Posted by: pinkturtle2 | Februari 12, 2009

Rakyat Perak tak mahu kerajaan Haram,97 peratus mahu DUN dibubarkan

nizar-dijulang

Kajian: 97 peratus rakyat Perak mahu DUN dibubarkan

KUALA LUMPUR, 12 Feb (Hrkh) – Sebanyak 97 peratus rakyat Perak mahukan Dewan Undangan Negeri (DUN) dibubarkan iaitu sebagai cara terbaik mengatasi kemelut politik di negeri itu serta memberi peluang mereka ‘meraikan’ demokrasi.

Demikian hasil kajian yang dilakukan oleh Penganalis Politik dan Pensyarah Kanan Jabatan Pengajian Media, Universiti Malaya, Prof Madya Dr Abu Hassan Hasbullah terhadap penduduk di negeri itu yang bermula di Pasir Salak sehingga ke Kuala Gula.

Abu Hassan menjelaskan, peratusan tersebut yang menunjukkan desakan rakyat Perak yang merupakan natijah gerakan massa rakyat yang merasa tertekan, penghidupan terganggu serta seluruh sistem ekonomi, politik dan sosial yang sudah punah.

“Bagi mereka, rakyat harus bangkit semula memperbetulkan keadaan bagi memberi peluang kepada rakyat memilih tokoh-tokoh politik yang mereka inginkan. Rakyat mengatakan bagi peluang kepada kedua-dua pihak. Jika rakyat memilih salah satu pihak, maka pihak itulah pilihan rakyat Perak. Kata mereka, sebagaimana sebuah acara kematian, begitulah acara demokrasi.

“Dun Perak sekarang ini dianggap sebagai telah ‘mati’. Kedua-dua pihak mempunyai ruang dan juga tanggungjawab untuk mempertahankan apa keadaan sekalipun. Sebagaimana dilihat pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gantang yang akan diadakan, maka sekaligus SPR menggunakan ruang pilihan raya ini untuk mengadakan pilihan raya di seluruh negeri Perak dengan andaian kedudukan Dewan Undangan Negeri adalah tidak sah,”katanya sewaktu dihubungi Harakahdaily baru-baru ini.

Sementara itu beliau berkeyakinan kehadiran media baru yang dikenali sebagai ‘kewartawanan sukarelawan’ akan terus menjadi medium yang paling berpengaruh dan paling berpengaruh sepanjang pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gantang dan Dun Selambau.

Jelasnya media tradisi seperti akhbar merupakan media yang sangat berpihak yang mana hanya bersifat satu sisi dan satu arah.

“Internet adalah media yang tidak berpihak berbanding akhbar. Jika Harakah ia akan melihat daripada sisi PAS, jika Suara KeADILan daripada sisi KeADILan, Utusan Malaysia dan Berita Harian akan melihat daripada sisi Barisan Nasional. Maka bagi rakyat tidak ada medium lain yang mempunyai pelbagai sisi dan tidak berpihak ialah media baru iaitu internet.

” Blog merupakan kewartawanan individu di mana mereka meluah perasaan individu sebagai ahli masyarakat bukan seperti sebuah akhbar yang mempunyai ramai pengarang. Jika ada 5,000 blog rakyat di Perak, mereka dapat membaca 5,000 blog daripada sisi orang Perak. Ini berbeza dengan media sekular yang satu arah,” tegasnya.

Sehubungan itu beliau tidak meragui bahawa media baru ini akan menguasai aliran informasi sehingga ke skala 86 peratus yang akan menguasai dan membentuk pilihan raya di kedua-dua Dun dan Parlimen itu.

http://www.harakahdaily.net

Advertisements

Responses

  1. laporan biarlah dari fakta kerana itu satu tanggungjawab.jangan berlandaskan akal emosi itu tak adil.ingat itu boleh jadi tuduhan.jangan tengok pada quantiti tapi tengok pada kualiti orang yang hadir

  2. Penjara Guantanamo bakal d hapuskan,
    Penjara Kamunting plak akan terus d pertahankan stlh k’jaan haram jadah d Perak Darul Entah Ape Dah berkuasa.

  3. Nah ! lihat sekarang, satu kajian bebas yg mana keputusannya ingin diadakan pilihanraya DUN semula…apa mesejnya? mesejnya adalah kerajaan BN sekarang yg dipimpin olh si Zambry Gelap adalah memang KERAJAAN HARAM, yg berasal dpd parti UMNO/BN yg memang kurang ajar, tidak bertamdun dan berperangai separuh manusia…

  4. “Pergolakan yg berlaku di Perak sekarang, bukanlah tindak balas dendam Umno ke atas Pakatan Rakyat, tetapi hakikatnya mereka (Umno) MASIH TAK DAPAT MENERIMA REALITI KEKALAHAN DLM PILIHAN RAYA UMUM KE-12 MAC LALU MENYEBABKAN MEREKA MASIH BERHARAP AGAR DAPAT MENEBUS MALU,”

    Bukan aku yg kata. Prof. Madya Dr Ghazali Mahyudin, Pensyarah Sains Politik Fakulti Sains Sosial & Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yg kata. Sumber: HarakahDaily.Net

    Tapi cara Najib menebus malu tu menggunakan cara org yg tak tau malu!

  5. semua sudah maklum kejadian yang terjadi…apasalahnya kalau diadakan pilihanraya sekali lagi…barulah adil bagi rakyat hendak buat keputusan…lepas tu siapa yang menang…perentahlah,siapa pun tak akan demo…adalah tidak adil kalau pilihanraya tidak dibuat…
    pengundi kawasan tersebut telah dicabar sekali lagi…pemimpin mereka berpaling tadah…adakah layak pemimpin itu…anda sebagai pembaca blog tentu mengharapkan pilihanraya dibuat sekali lagi…

    salam dari globalmalau:

  6. setakat menjalankan piliharaya… tak banyak sangat modal diperlukan berbanding dengan nak tabur bagi pengundi sebelum pilihanraya. Kaki tabur duit dan projek ni kerja BE END. Itu sebabnya kalau boleh tak payah buat pilihanraya tetapi “manipulatelah” apa yang patut supaya dapat terus berkuasa. Heii…minyak bila mau turun woiii….SPRM dah habis seret politk wang ke belum….. kes altantuya dah sejuk woiiii….harga barang tak turun pun dan sejuk wooiiii…. dan banyak lagi isu tak selesai dah mula sejuk wooiiii… pasal apa? pasal isu perak.

  7. BN pengecut sbb klu undi semula kompom diorg tersungkur..minyak xkan turun sbb najib nak kumpul duet lagi utk ugut n beli adun2 pakatan rakyat..sape x makan saman kena letup!!awas!!

  8. sokong lily…kerakusan dan keganasan yang melampau…mmg menjahanamkan rakyat jelata…itu laa barisan neraka…

  9. Patut dibubarkan dun perak dengan segera.

  10. ak juga sokong lily..
    wahai id nak adil..
    ak dlu sokong gak umno nih..
    tp skang ak xskong da..
    sbb pemimpin umno nih ske kelam duet rakyat..
    mcm2 ar..
    alhamdulillah ar skang ak da dpt petunjuk n brubah..
    ak knl prof abu hassan nih..
    ape yg dia wat kajian kn suma hmpir btol..
    ari tuh dia wat kajian yg mengatakn pas kemungkinan akn menang di kuala terengganu dgn majoriti 1800 ke 2500..
    so da terbukti pas menang dgn majoriti 2000 lbh kn kt kuala terengganu..
    kajian die trus ke penduduk..
    die turun trus kt tmpat yg dia yg kajian tuh..
    ak xtaw ape yg akn berlaku d bikit gntng nih..
    tp rse cm pas akn mnang majoriti lg beso la kot..
    jentera2 pakatan wat lah yg terbaek..
    utk 2 prk nnti..
    ak akn support korg dr blkg..
    insyaallah kita akn mendapat petunjuk

  11. Petang nie aku baru didatangi kawan aku penyokong Umno. Dia marah2 nie pasal perlantikan exco Perak. Dia kata, kenapa hanya 6 ADUN dilantik exco sedangkan BN ada 28 ADUN? Dia tanya lagi, 4 kerusi exco utk siapa? Lepas tu dia jawab sendiri, utk 4 ADUN katak kot?

    Aku malas nak cerita. Aku biar dia tanya & jawab sendiri. Lagi pun aku tau, dia tak perlukan jawapan drp aku. Dia sekadar melepaskan geramnya…

  12. takda pilihanraya pun tempat tu Parti Islam Malaysia atau PIS yang punya. so klu menang pun bukan bole merintah negara pun,..tunggu jer la 2011..itu pun kalu menang. nak sangat merintah…kat kelantan tu aku nengok camtuuu jugak…keja takda. pas tu datang merempat ke negeri orang nak berlagak pulak. tu pasal kelantan tu camtuuuu jer…apa pun tarak except orng lelaki yang suka pegi dengar ceramah pas tu mencangkung tak buat keja. PEMALAS …itu la mereka tapi pasal nak menegakkan Ugama miskin papa kedana pun takpa. klu camtu tak yah lah keluar kelantan tu. duduk jer las sana , melahu ke sana ke mari. tak yah buat kerja pasal tuhan akan bai rezeki juga

  13. PERAK semakin suram dan semakin gelap d bawah pimpinan Zambry…

  14. mana tak dapat 97%…..yg buat survey tu professor yg nak lobby jadi calon PAS bukit gantang…..patut la…

  15. Nizar J…kalau kau tak mahu terima survey tu tiada masalah.kau buat survey sendiri.guna pen dn kertas aje.jumpa org tanya.tajuk Bubar dan Tak Bubar.kalau kau tak cukup duit aku kasi kat kau,duit mkn/minyak aku tanggung.maklumlah pecacai umno ni buat keja semua nk kasi upah.lepas tu kau buat akuan sumpah lahnat yg mengatakan survey itu sah dan tiada pindaan.kalau tipu nasib kau sama spt si sepol tu.

    BOLEH??

  16. wahai anti umno yg jahil, demo tau mmano kelantan camtu camni?pooodah,koya pandai..cube kire brapa kerat je arm no menang PRU ke12 dulu kat klantan? hah!kire,kire

  17. tui tu jinbara08

  18. ak sokong jinbara08
    ak rsa yg si nizar j nih
    xleh terima peratus tuh kot..
    da ar umno..
    bodoh sombong lak..
    hina n keji plak tuh pkai nick name MB yg sah..
    awat ang xpkai nick name MB yg haram lg mamak n gelap tuh ..?
    pasni..
    abes ar org perak jd mamak melayu..
    ikut bontot mamak plak..

  19. Nizar J: mana tak dapat 97%…..yg buat survey tu professor yg nak lobby jadi calon PAS bukit gantang…..patut la…

    ———————————————–

    Tak setuju. Tengok kat http://www1.mstar.com.my/cerita.asp?file=/2009/2/12/mstar_mutakhir/20090212172050&sec=mstar_mutakhir

    Kajian: Majoriti mahu DUN Perak dibubar

    Oleh G. MANIMARAN

    PETALING JAYA: Hampir dua pertiga pengundi Perak mahu Dewan Undangan Negeri (DUN) dibubarkan bagi membolehkan pilihan raya tergempar diadakan di negeri itu ekoran krisis politik sejak penghujung bulan lalu.

    Kajian pendapat umum kendalian Merdeka Center, yang dikeluarkan hari ini, menunjukkan hampir 74 peratus mahukan DUN dibubarkan manakala 76 peratus pengundi juga ingin melihat “pilihan raya menerusi rakyat” diadakan untuk menentukan kerajaan pilihan mereka.

    Hanya 21 peratus responden mengatakan bahawa pihak istana mempunyai “hak” untuk menentukan kerajaan bagi rakyat jelata.

    “Malah, 62 peratus lagi responden merasakan bahawa peranan istana dalam kes ini (perubahan kerajaan) tidak mencerminkan kehendak rakyat negeri Perak,” kata kenyataan yang dikeluarkan oleh Merdeka Center hari ini.

  20. Nizar J,aku keliru ngan nama ko ni..tukarla kpd Simon Peres ker,Bush ker…ha,baru sesuai ngan ko..

  21. patut le semasa Teman balik ke Kuale,ada orang naye dekat Teman.Dia naye, Mike ni sokong ke kalau adakan pilihanraye,ate Teman pun jawab le ….eh kalau anak jantan moh le kita berentap.Bila Teman degor ropernya jawapan same aja ajak berentap.ate……..

  22. Tukar je nama nizar jamaludin ni kepada Ehud Olmert ke atau Ariel Sharon…baru ngam ngan puak UMNO/BN tu,,,ye la…perangai hampir sama….

  23. adakah Prof Madya Dr Abu Hassan Hasbullah lepas nie akan dipecat dari UM???

  24. apelah diorg nie…baca artikel tak habis.

    bila masa harakahdaily buat kajian???

    yg buat kajian tue Prof Madya Dr Abu Hassan Hasbullah Penganalis Politik dan Pensyarah Kanan Jabatan Pengajian Media, Universiti Malaya.

    mmg dah sampai masanya umno jatuh…ahli2 nya sendiri tak reti nak baca artikel sampai habis….atau tak reti membaca???

  25. memang BN pengecut dan bacul! kalau betul2 gentle,adakan pilihanraya sekali lagi! Kami di Pakatan Rakyat kalau BN menang semua kerusi, malah kalau satu Malaysia nak buat Pilihanraya semula pun kami sanggup! Kami tak gentar dalam menyahut erti sebuah negara yang merdeka dan berdemokrasi. Kami cabar k’jaan pimpinan Najib dan Paklah buat pilihanraya semula…kalau tak setuju,sampai mati kami aanggap Paklah dan Najib BACUL!!!!

  26. Saudara anti umno,
    Consider this;
    Tugas pemimpin adalah untuk menyelamatkan rakyat dan umat di dunia dan di Akhirat. Untuk itu, dia hendaklah orang yang betul-betul boleh membuat kerja tersebut. Dia mesti ada karisma kepimpinan yang Tuhan bekalkan kepadanya, ilmu kepimpinan, watak semula jadi, latar belakang kehidupan dan didikan awal yang sesuai untuk melayakkan dia dapat membawa umat kepada keselamatan dunia dan Akhirat. Kalau dia bukan orangnya dan dia tidak layak, akan rosak umat dan rakyat dikerjakannya. Selamat atau tidak sesebuah negara banyak bergantung kepada pemimpin. Sebab itu, Islam ada menetapkan syarat-syarat dan sifat-sifat yang wajib ada pada seseorang pemimpin.
    Pentingnya pemimpin adalah untuk mengajar, mendidik dan memimpin rakyat kepada jalan kebenaran, keadilan, keselamatan dan kebahagiaan hidup yang hakiki dunia dan akhirat. Dengan kata yang lain, pemimpin bertanggungjawab untuk membuat rakyat dan negara aman, makmur dan mendapat keampunan Allah.

    Untuk itu, pemimpin bukanlah boleh sebarang orang. Bukan terlantik hasil diundi atau hasil merebut-rebut jawatan atau hasil menonjolkan diri. Pemimpin bukan juga dipilih kerana ada kelulusan atau ijazah. Kelulusan dan ijazah dunia tidak relevan dan bukan syarat untuk menjadi pemimpin. Sebab pemimpin bukan bekerja untuk mendapat-kan rezeki dan tidak juga untuk mencari publisiti. Lebih-lebih lagi bukan untuk mengaut harta dan kekayaan.

  27. Anti UMNO ni bukannya anti UMNO. Dia orang kuat UMNO. Otaknya tidak berfungsi dengan baik sehingga menghina Kelantan sebagai orang miskin. Cakap minda kuli kelas pencacai UMNO. Kalau nak tau, jika tiada orang Kelantan, nescaya ekonomi orang-orang Melayu bukan setakat hanya 17 % tetapi mungkin 5 % sahaja. Cuba buat kajian isi rumah. Nak tengok kekayaan sesebuah negeri atau rakyatnya jangan tengok kepada kekayaan atau harta bendanya tetapi tengoklah pada hutangnya. Negeri yang tebal UMNOnya kebanyakannya banyak hutang dengan kerajaan Persekutuan.Contohnya negeri Pahang. Anti UMNO ni lama sangat duduk di bawah tempurung sampai proses globalisasi pun tak nampak. Warganegara sendiri cari makan dan berhijrah nak marah tetapi PATI dan berbagai bangsa dari luar datang ke Malaysia buat tak tau aje. Suruh Polis & UMNO tangkap PATI ini.Lihat diri kamu sendiri…kaya dengan harta ke, atau kaya dengan hutang. Orang Kelantan ni rajin-rajin belaka sampai tak ada tanah atau pekerjaan yang nak dibangunkan di Kelantan. Pasal itu mereka berhijrah untuk mencari rezki dan rahmat Allah di tempat lain. Itu pun tak faham. Minda katak bawah tempurung betul. UMNO totok. Racist…Facist..PHD..(pakar hasad dengki)

  28. Kalau Nizar Jamalaudin tak setuju dgn hasil kajian Dr Abu Hassan, Nizar Jamalaudin kena buat kajian sendirilah utk membuktikan hasil kajian Dr Abu Hassan tu tak tepat.

    Kalau setakat menuduh Dr Abu Hassan melobi nak jadi calon Pas, ia tak mampu mempengaruhi org lain utk mempercayai hujah tuan. Perbuatan tuan itu hanya sia2 & menjatuhkan kredibiliti tuan sebagai pembela Umno.

  29. kajian tu buat macammana. kalau takat cari reponden dari kalangan PR. memang la semua nak menang, semua sokong. Sebenarnya akupun sokong DUN dibubarkan, Tp dalam satu kes aku terfikir kalaula kerajaan dulu adalah BN dan Adun BN lompat ke PR dan PR dpt majoriti tubuh k,jaan. Nak tak bubar DUN. Sedangkan yang menaja lompat parti ni adalah AI, Bos PR. Sila Jawab

  30. Anwar Ibrahim didakwa oleh Najib sebagai pihak yg memulakan insiden lompat. Tapi Anwar memulakannya dgn menjemput MP2 BN menyertai PR bagi peralihan kuasa Kerajaan Persekutuan. Jemputan Anwar pula dibuat secara terbuka.

    Anwar telah menulis kpd Yg Dipertua Dewan Rakyat utk memanggil sidang khas bagi membuat undi tak percaya kpd kerajaan BN dlm dewan. Anwar juga bertekad utk membubarkan Parlimen selepas peralihan kuasa agar tindakan itu mendapat mandat rakyat. Maknanya, tindakan Anwar penuh adab kpd keluhuran perlembagaan & prinsip demokrasi.

    Tapi tindakan Najib di Perak diselubungi misteri.
    Bermula dgn kehilangan 2 ADUN PKR & 1 ADUN DAP. Kemudian diikuti pula dgn ADUN Umno yg melompat ke PKR kembali semula kpd UMNO. Akhirnya kesemua ADUN berkenaan hadir pula dlm PC Najib di Puterajaya sebagai penyokong BN.

    Namun Najib terburu2. Sekiranya Najib sanggup menggunakan tindakan beradab dgn meminta pembubaran DUN atau persidangan khas DUN seperti Anwar, tentu institusi raja tak akan terheret ke dlm kontroversi seperti sekarang nie.

    Najib & BN sepatutnya berani berhadapan dengan rakyat melalui PRUN. Selain itu, Najib & BN boleh mengukur sama ada tindakan mereka dibuat di atas prinsip atau sebaliknya.

    Malangnya, tindakan Najib yg ghairah mahukan peralihan kuasa bukan saja mencetus keadaan yg tak stabil malah telah mencemarkan kemuliaan institusi raja berperlembagaan di negara kita.

  31. Nie 1 lagi poll by the Merdeka Centre:

    A survey of registered voters in Perak on Feb 8 showed that:

    • 74 per cent of the respondents feel that the state assembly should have been dissolved after the defection of the three Pakatan Rakyat lawmakers

    • 76 per cent of the respondents felt that the “people, through elections, should decide on who forms the government”

    • 62 per cent of the respondents felt that the “role of the palace in this decision” means it does not recognise the will of the people

    • 66 per cent of the respondents do not accept state governments formed through the defection of state assemblymen

    • 59 per cent of the respondents feel that the political crisis in Perak would decrease support for Barisan Nasional.

    Elok la Mat Romeo buat kajian sendiri kalau masih juga tak nak percaya.

  32. huh! kesian nizar J kena belasah bertalu-talu.. hahaha.. buat lawak skit pon kena belasah..
    tak saba nak tunggu karpal sigh kluarkan stetment lagi.. insaf n bertaubatlah.. hehehe.. lepas ni sape plak yg kena.. hahaha

  33. saudara gegala, memang betul apa yang saudara katakan. Anwar memulakannya dgn menjemput MP2 BN menyertai PR bagi peralihan kuasa Kerajaan Persekutuan. Jemputan Anwar pula dibuat secara terbuka (Ayat saudara) bukankah ini menjemput MP BN lompat parti. satu perbuatan yang tidak bermoral dari sudut politik.

  34. Apakah selepas berkuasa dengan cara lompat parti Anwar akan bubarkan parlimen. Apakah setelah menjadi Perdana Menteri beliau akan bubarkan parlimen untuk dapatkan mandat rakyat. Menaja lompat parti adalah satu perbuatan yang tidak bermoral. Setelah dapat kuasa nak bubar pulak…………? Rakyat Malaysia berfikirlah anda.

  35. alo ‘natang mat romeo, pekebodonya ko ni?

    kalau lompat pasal prinsip atau kepentingan rakyat tu kira ok la… cthnya utk kebenaran atau keadilan, bukan krn kepentingan diri sendiri, nak lepas tuduhan rasuah ke, nak dpt juta2 ke, nak kreta camry ke….

    dan lagi, kalau nak bentuk kerajaan pun, biarla ikut perlembagaan… bukan main belakang camni dan gunakan sultan utk menghalalkan pembentukan KERAjaan haramjadah umno/be-end.

    *wait n see kata mat romeo ni… dah jumpa tak makna ‘natang dlm kamus oxford ko tu???*

  36. Tahniah dan TQ Lee Lepi, ambo tak perlu kata apa lagi untk anti umno yang dah putus wayer tu.

  37. Mat Romeo memang bebal no. wahid.
    Gegala dah ulas panjang lebar pon mat romeo masih tak faham.
    DSAI ajak MP secara terbuka dan undi dalam Parlimen. Bukan macam Najis Toya culik ADUN, buat ancaman, rasuah bla bla bla…
    Bangang !

  38. saudara kereko. Mana ada ahli politik nak lompat atas prinsip dan kepentingan rakyat. kalau betul-betul atas kepentingan rakyat letak jawatan n bagi rakyat pilih. itu baru betul. aku nk cita sikit.

    1. BN Pasca Pilihanraya Umum memang menghadapi masalah akibat daripada tidak mendapat mandat 2 pertiga dan kalah dibeberapa negeri. Pergolakan diburukan lg dengan tuduh menuduh sesama ahli.

    2. Desakan demi desakan untuk Paklah letak Jawatan n pada masa yang sama Anwar dah habis edah. Boleh plk bergiat secara aktif dalam politik.

    3. pilihanraya Permatang Pauh. Anwar menang. daah bertanding di kg sendiri tentulah menang. dan selepas itu bemulalah episod lobi MP BN untuk lompat parti. Anwar bijak mengambil kesempatan pada masa BN dalam keadaan bergolak untuk memujuk MP BN masuk PR. Dalam pada itu dia berjaya jugak menghasut SUP ekor kat Sabah keluar BN.

    4. Dalam masa pergolakan dalaman BN berterusan Anwar sekali lagi cuba menanguk di air keruh dengan meminta dipangil sidang khas parlimen diatas usul tidak percaya kepada Perdana Menteri dan BN. tujuannya adalah supaya parlimen dibubarkan. Sunguh bijak. Tapi BN x bodoh. Aku rasa pada masa tu kalau panggil sidang khas parlimen kemungkinan besar akan berpihak kepada Anwar. Pada masa inilah lobi lompat parti diadakan secara besar-besaran.

    5. Desakan berterusan oleh MT UMNO meminta peralihan kuasa dipercepatkan telah berhasil apabila PM bersetuju untuk megadakan peralihan kuasa lebih awal iaitu dari bulan 10 2010 ke bulan 2 2009 iaitu bulan depan. Persetujuan Pm ini adalah langkah awal kepada kestabilan dalam BN kerana selepas pengumuman itu BN semakin stabil. Walau macamanapun anwar tidak berputus asa lalu menaja road to Putrajaya pada 16 sept tak jadi 24 sept pun x jadi. aku tak tau apa nak jadi.

    6. Kisah di Perak ADUN Bota tiba-tiba umum keluar BN masuk pakatan rakyat. Anwar buat sidang media dan menyokong ADUN Bota lompat parti. Tok Guru Nik Aziz nyatakaan proses politik yang Matang. Nizar pun ada sekali ucap tahniah. Tuhan maha kuasa buat baik dibalas baik buat jahat ada balasanya. 3 ADUN PR jd bebas. ADUN Bota lompat balik. Maka tumbanglah kerajaan PR diPerak.

    7. Dalam kes ini aku nak tanya siapa yang memulakan politik Lompat Pati. Kenapa semasa ADUN Bota lompat ke PR. Kerajaan PR tidak meminta untuk beliau letak jawatan dan adakan Pilihanraya. Bila ADUN PR keluar PR n sokong BN minta bubar DUN dan nak serah pada rakyat balik DIMANA KEADILAN. Rakyat Malaysia anda renung kembali dan buat penilaian…. Siapa disebalik semua ini dan siapa yang memulakan semua ini. Jadi bila anda hendak menegak benang yang basah dengan berselindung disebalik kedaulatan rakyat dan mandat rakyat maka hentikanlah.

    8. Dalam PRU 12 Rakyat telah memberi mandat kpd BN untuk memerintah walaupun dengan majoriti yang mudah. Ini bermakna kedaulatan Rakyat. dan 2013 sekali lagi mandat itu akan diuji. Itulah proses demokrasi di negara kita. lompat parti patut diharamkan dalam proses demokrasi di negara ini

  39. mar romeo kembalilah pada Islam UMNO pernah tak memperjuangkan islam yg aku nampak memperjuangkan najid, rosmah dan kuncu2nya

  40. Kome semua tak faham langsong taktik DAP yang dah meracun Nizar yg. tamak kuasa tu.Dah lah bertanding
    bukan tempat sendiri kerana takut orang tahu perangai dan kentut busuknya, ni nak bertanding lak tempat org lagi.Dulu kata dia jangan kacau kawasan orang la…le lek tamak betul si Nizar……darah DAP tu……..kawasan tempat yg diwakili sampai kini tak nampak apa pun yang di beri tapi kawasan DAP….. pergi le jenguk semuanya dah naik tarafkeranaa diketuk oleh Ngeh…..Nizar angguk je……lama lama lagi jika makan dengan Ngeh alamat…tempat Ngeh akan
    jadi 2nd bandaraya.Mengapa le kome asyik nak cakap pasal isu agama dalam hal politik macam ni
    fikir le masa depan bangsa melayu.Nizar sekarang ni pun telah dikongkong dan kerana .nak kan gaji MB ikut aje terlunjuk Ngeh.Adake patut bina tugu bawah pokok dengan kos puluh ribu.Mengapa Nizar tak nasihat secara orang islam bahawa tugu kalau di buat bawah pokok lama lama akan ada orang yang menyembah dan setahu saya orang speaker tu akan claim untuk buat tempat sembahyang mereka. Patutke tu? Fikir fikir le….jangan nak kanSi Nizar tu jadi MB lupa …..siapa sebenarnya yang jadi dalang untuk pepecahan orang melayu. Kasihan…anak cucu kita yang mana nanti akan menjadi macam melayu di Singapore.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: