Posted by: pinkturtle2 | Februari 14, 2009

UMNO BANYAK BERJASA PADA RAJA_RAJA MELAYU

tetapi apabila Raja tidak ditegur, maka ia tidak akan sedar akan kesalahan yang telah dilakukannya. Dengan itu, mungkin lebih banyak kesalahan akan dilakukan dan kesalahan ini mungkin akan menjadi lebih serius. Ini bukan sahaja akan mencemarkan kemuliaan Raja, bahkan juga boleh menimbulkan kebencian rakyat terhadap Raja - TUN DR MAHATHIR MOHAMAD

Tetapi apabila Raja tidak ditegur, maka ia tidak akan sedar akan kesalahan yang telah dilakukannya. Dengan itu, mungkin lebih banyak kesalahan akan dilakukan dan kesalahan ini mungkin akan menjadi lebih serius. Ini bukan sahaja akan mencemarkan kemuliaan Raja, bahkan juga boleh menimbulkan kebencian rakyat terhadap Raja - TUN DR MAHATHIR MOHAMAD

Mahathir …. jangan biadap !

52. Perlindungan dan keistimewaan yang diberi kepada Raja bertujuan meletakkan Raja di tempat yang tinggi dan mulia. Perlindungan dan keistimewaan ini bukanlah untuk membolehkan Raja melakukan apa sahaja termasuk jenayah. Raja yang sedar dan faham akan maksud sebenar peruntukan ini akan sentiasa memelihara daripada mencemar diri dalam perbuatan atau berkelakuan yang tidak baik dan tidak disukai oleh masyarakat. Raja yang sedar akan tahu bahawa perbuatan tidak menghiraukan perasaan dan pandangan masyarakat akan menyebabkan rakyat akhirnya menyingkirkan Raja, bahkan menghapuskan Sistem Beraja. Inilah yang berlaku di negara- negara lain yang sekarang menjadi republik.

Penyampai : DATO’ SERI DR. MAHATHIR BIN MOHAMAD
Tajuk : SEMASA MEMBENTANGKAN RANG UNDANG-UNDANG AKTA PERLEMBAGAAN (PINDAAN) 1993
Lokasi : DEWAN RAKYAT, KUALA LUMPUR
Tarikh : 18-01-1993

http://umnonomore.blogspot.com

Harap-harap semua tidak bising lagi selepas ini pasal menderhaka… sepatutnya kita tanya diri kita sendiri adakah kita ini termasuk sama dalam golongan yang menderhaka kepada Allah dalam kehidupan seharian kita… adakah kita tidak menderhaka apabila allah mewajibkan kita menyembahnya lima kali sehari? Adakah kita tidak menderhaka apabila Allah menyuruh kita mendidik anak-anak kita dengan petunjuk alquran? Sebagai Pemimpin!! Adakah kita tidak menderhaka kepada Allah apabila Allah  mewajibkan kita mengatur urusan hamba-hambanya di muka bumi ini dengan Hukum-hukumnya dan bukan dengan hukuman toghut yang dicipta oleh tangan-tangan kita sendiri?


Responses

  1. hidup mahathir
    hidup BN !!

  2. umno tidak membela raja-raja melayu

    pemimpin ammenong tidak membela raja-raja, pemimpin ammenong menghina raja-raja. mana ada pemimpin ammenong ikhlas menegor raja-raja. mereka suka menghina, mengherdik, memaki hamun dan lain-lain kepada raja kerana raja-raja ni menggangu pemerasan mereka terhadap rakyat.

    raja-raja merebut kekayaan dari pada kalangan mereka. raja-raja banyak menghabiskan wang negera dan harta negara.

    mana mungkin ammenong membela dan menghormati raja-raja. tengok dan bacalah bukti-bukti penderhakaan ammenong terhadap raja-raja. ok….

  3. Umno lama ( tertubuh tahun 1946 ) UMNO yang memelihara hak raja raja melayu. UMNO mahathir mana ada bela RAJA . UMNO baru ni apa tahu celek mata semua dah ada. Pahit getir orang melayu memperjuangkan UMNO mana UMNO baru tahu. UMNO lama UMNO melayu UMNO baru UMNO bumiputera . Bumiputera tu umum tak heran lah satu hari nanti orang bumiputera akan memerintah Malaysia. Bumiputera tu besar masharakatnya . Tapi kalau melayu tu kecil rumpun nya. Betul tak.

  4. Raja muafakat dengan menteri,
    seperti kebun berpagarkan duri.
    Betul hati kepada raja,
    tanda jadi sebarang kerja.
    Hukum adil atas rakyat,
    tanda raja beroleh anayat.
    Kasihan orang yang berilmu,
    tanda rahmat atas dirimu.
    Hormat akan orang yang pandai,
    tanda mengenal kasa dan cindai.
    Ingatkan dirinya mati,
    itulah asal berbuat bakti.
    Akhirat itu terlalu nyata,
    kepada hati yang tidak buta.

  5. UMNO memang byk berjasa …tetapi jasa yg tak baik….PENDERHAKA SULTAN TRENGGANU & RAJA PERLIS, Hapuskan kekebalan sultan pada masa Che Det jadi PM , peralatan kan SLUTAN PERAK untuk setuju tubuh kerajaan BN/UMNO HARAM -tak sah dari segi undang2 Perak..
    memang UMNO berjasa & patut diingati..buat zalim,perampas serta lanun ..baik sungguh jasa UMNO

  6. Melindungi Raja-Raja Melayu bermakna ARAH Raja-raja Melayu membuat perlantikan yang bercanggah dengan PERLEMBAGAAN.

    Melindungi Raja-Raja Melayu bermakna JANGAN melaksanakan Hukum Hudud sebab Raja-Raja Melayu pun tertakluk di bawah hukumNya. Kan Raja-Raja Melayu KETUA AGAMA ISLAM DI MALAYSIA.

    Melindungi Raja-Raja Melayu bermakna Menjalankan sesuatu perintah yang tidak bercanggah dengan kehendak BN.

    Melindungi Raja-Raja Melayu bermakna HANYA UMNO saja yang boleh mempertikaikan immuniti Raja-Raja Melayu. Orang lain dari UMNO, HARAM mempermain-mainkan Raja-Raja Melayu.

    Derhaka pada Raja-Raja Melayu dibolehkan untuk orang-orang UMNO saja tapi HARAM dilakukan oleh rakyat jelata yang lain.

    Sayangi Raja-Raja Melayu, Boleh tapi tak boleh melebihi tahap sayang pada Allah swt. Boleh derhaka pada Raja yang zalim tapi jangan sekali-kali derhaka pada Allah swt.

    Sekarang Melayu Kita sanggup derhaka pada Allah swt yang maha adil dan maha mengetahui tetapi tak sanggup derhaka pada Raja mereka yang tidak adil. Inilah kehebatan Melayu kita.

    Jangan lupa bahawa Allah swt boleh melenyapkan Raja-raja Melayu dengan sekelip mata saja. Tiada akta maupun peraturan yang mampu mempertahankan institusi Raja-Raja kalau Allah swt berkehendak sedemikian. Raja-Raja Melayu seharusnya bersyukur kerana masih dikekalkan sehingga hari ini.

  7. Aslkm,

    Nampaknya Mat Romeo dan rakan-rakan taksubnya dah macam mendiamkan diri… tak mau jawab lansung ‘tohmahan’ kita.. kalau berdasarkan fakta yang terang-terang tentang perbuatan pemimpin UMNO terhadap Sultan selama ini mereka kata tak mengapa… maka mereka ni taksub peringkat samdol lah namanya..

    Mereka asyik kata pembangkang terutama penyokong PKR dan PAS golongan taksub.. tapi lihatlah pulak diri mereka..

    Yang gelinya.. golongan bijak pandai ahli akedemik dan penganalisa politik yang asyik keluar TV mengulas kekesalan mereka kerana pihak pembangkang sanggup membelakangkan Sultan..

    Kenapa mereka lansung tak sebut ” Oh.. Mahathir dan mereka yang terdahulu itu bukan nak derhaka… Waktu itu bukan bidang kuasa Sultan-sultan,,,”

    Kalau nak kira kes ayah Tajol Rosli dan Tun Razak tu kira lagi dasyat la sebab tipu arwah Sultan Idris… Kata 2 tahun saja jadi MB alih-alih lebih sampai Sultan marah..

    Itu la saya katakan.. Sama ada Najib atau Mahathir tak berani nak komen kes derhaka DS Nizar… Bagus lagi PakLah dalam hal ni.. dia diam saja dan tak bising-bising tuduh orang ni derhaka atau orang tu derhaka..

    Entah lah apa nasib saya lepas ni… entah-entah kena siasat bawah akta hasutan kot..

  8. Sebenarnya Mahathir punca kemusnahan yg berlaku kini…hujah saya :
    1. dasar penswastaan yang mencekik darah rakyat.
    2. menghapuskan imuniti raja/sultan
    3. menghukum pembangkang/negeri yg diperintah pembangkan (PR)
    4. PPSMI
    5. dasar Islam yang merugikan org Islam-mentafsirkan Islam ikut selera dia
    6. Rakus menggunakan pelbagai akta utk melindungi dia
    7. Rakus menggunakan polis utk menakutkan rakyat
    8.politik ugut
    9. menjadikan org UMNO pak turut
    10. rasuah
    11. rasuah politik
    12. menghukum rakyat dgn ISA
    13. paling dengki dan kemaruk kuasa

    Nah! apa yg berlaku kini adalah legasi mahathir…dia kutuk Pak Lah tp semuanya berasal dari dia…masa negara sedang gawat politik dan ekonomi dia mengambil kesempatan utk menonjol diri spt isu palestin dan sebagainya…demi menunjukan dia orang baik…itulah mahathir yg diagung2kan olh UMNO…dialah RAJA di Malaysia

  9. cuba tanya org UMNO mereka sokong raja ke Allah tanya dan bertanya manusia biasa jea aku sokong Allah

  10. BapoK Negara penGecuT

  11. APA KATA TUN MAHATHIR TENTANG RAJA ??

    Kita suarakan pendapat kita, jangan takut, jangan takut ! Kenapa kita begitu sekali takut ? Orang melayu ni macam tu lah jelas Hang Tuah. Hang Tuah kata orang melayu tak akan menderhaka kepada raja. Jadi, raja buat apa, bunuh orang pun tak apa, ini lah nasib semua orang melayu. Kalau kita tak berani menderhaka, bila patut, bukan selalu. Buat apa kita patuh ! Jangan, saya dulu patuh baik-baik, tapi sekarang ni tak usahlah patuh sangat ! Sebab dia buat benda tak betuuul ! Itu saja. Jangan takut, jangan takut !!!

    BERANILAH MENDERHAKA PADA RAJA
    – Tun Mahathir

    http://naspazi.multiply.com/video/item/207

  12. Sudah terang lgi bersuluh. Umno dan BN ialah bukanlah sebenarnya penderhaka. Tapi raja-raja Melayulah yang tak cerdik termasuklah Sultan Perak. Dulu aku sebagi rakyat Perak cukup hormat kat Sultan Azlan dan Raja Nazrin, Daulat Tuanku tapi selepas insiden terbaru ni aku jadi menyampah kat depa berdua Berak Tuanku!

  13. wa hormat pd raja-raja sejak wa kecik laiee, tapi bila kes mb perak ,, waa sikit susah mau cakap

  14. segala gerhana, bahana, masalah, kebejatan di negara kita ni, punca nyer sorang je, mahader kutty ni,… otak panjang, roh kurus kering, sial dia, sampai dia mamposs baru ok politik malaysia.. lu pikir la sindiriiii….


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: