Posted by: pinkturtle2 | Februari 16, 2009

Bagi saya Najib punca kekalutan politik di Perak – Nik Aziz

tokguruku

Menculik Wakil Rakyat Adalah Salah Dalam Islam- Nik Aziz

…………………………………………………………………………………………………….

Berkaitan....

Abdullah diminta kekal jawatan PM sehingga PRU 13 – Nik Aziz

PENGKALAN CHEPA, 16 Feb (Hrkh) – Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi diminta mengekalkan jawatan sebagai Perdana Menteri selepas perhimpunan agung Umno Mac depan bagi mengelakkan politik negara terus menjadi kalut.

Ini kerana PAS melihat Dato’ Seri Najib Razak sudah terpalit dengan banyak isu dan kepemimpinannya semakin tidak dihormati rakyat di negara ini.

Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato’Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, Abdullah usah mudah menyerah kalah kepada Najib biar pun pada perhimpunan agung Mac depan Presiden Umno sudah beralih kepada anggota parlimen Pekan itu.

“Kejadian penculikan tiga bekas Adun Pakatan Rakyat di Perak merupakan rancangan jahat Umno yang dikatakan turut melibatkan Najib. Ini kerana setelah menghilang diri beberapa hari mereka muncul bersama Timbalan Perdana Menteri di Putrajaya.

“Bagi saya sahlah Najib punca kekalutan politik di Perak. Menculik wakil rakyat adalah salah dalam Islam. Malangnya perkara itu berlaku ketika Najib bakal menduduki kerusi Perdana Menteri tidak lama lagi,” katanya.

Beliau ditemui di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra ketika dalam perjalanan ke Kuala Lumpur petang semalam.

Baru-baru ini Adun Changkat Jering, Mohd Osman Jailu, Adun Behrang, Jamaluddin Mohd Radzi dan Adun Jelapang, Hee Yit Foong menghilangkan diri dan hanya muncul bersama Najib di Putrajaya bagi mengisytiharkan keluar dari Pakatan Rakyat.

Ekoran tindakan itu Najib mengadap Sultan Perak bagi membolehkan Menteri Besar BN dilantik.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, cara yang dilakukan Timbalan Perdana Menteri tidak kena adat orang timur dengan merampas kuasa melalui penculikan wakil rakyat.

“Saya tak dapat terima cara Najib memancing tiga Adun terbabit yang menghilangkan diri dan kemudian muncul di televisyen.

“Kalau di Kelantan perkara seperti itu kita katakan pekerjaan hantu raya yang menyembunyikan orang,” katanya.

Oleh itu beliau berkata, Abdullah perlu mempertahankan jawatan sebagai Perdana Menteri sehingga menghadapi pilihan raya umum (PRU) ke-13 bagi mengekalkan kestabilan negara.

Menurutnya tidak sepatutnya beliau melepaskan jawatan disebabkan faktor kekalahan teruk Umno pada pilihan raya umum lalu, sebaliknya perlu terus memikul tanggungjawab tanpa mudah menyerah kalah.

“Kalau Dato’ Seri Abdullah rasa tak bersalah dalam hal ini, mengapa harus ambil tindakan untuk berundur. Saya tak faham politik Umno sekarang,” ujar beliau.

Katanya tidak menjadi halangan beliau terus kekal sebagai ketua kerajaan di Malaysia biar pun bukan lagi mengetuai Umno.

Ditanya mengenai tindakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) melengah-lengahkan tarikh pilihan raya kecil Bukit Gantang dan Bukit Selambau sehingga mengambil tempoh 58 hari dianggap sebagai satu permainan politik.

“Saya tahu SPR boleh bertindak atas kuasa mereka tetapi apa yang berlaku sekarang tarikh penamaan calon dan pilihan raya ada kaitan dengan perhimpunan agung Umno Mac depan,” katanya.

Advertisements

Responses

  1. AKU sokong pendapat TGNA 100%. G
    eng UMNO dok buat perarakan tu, semuanya bodoh-bodoh belaka. Tiada akal logik sebab tak belajar dengan betul waktu mengaji dulu. Penaakulan mantik lemah. Tuju salah orang. Patut depa tu tuju ke rumah TUN DET mahupun DS Najib. Ini tidak, orang lain yang berak, orang lain pulak yang kena tahinya. Lebih teruk lagi ialah ada orang tak kenal tahi yang dibuang itu ialah tahi big boss depa lalu diarak seolah-olah tahi itu kepunyaan musuh boss depa. Kasihan melihat depa tu. Satu lagi yang AKU ialah orang UMNO yang berarak tu datang dengan bas sewa. Jadi maklumlah AKU bahawa orang UMNO ini berjuang untuk poket depa. Orang yang benar-benar berjuang atas prinsip sudah tentu akan mengeluarkan apa saja untuk menjayakan perjuangan mereka. Ini tidak. Yang dok mai tu naik bas yang disewa. Silap-silap dapat habuan pasal jadi pelakon tambahan.

  2. aku tambah lg sokongan kat AKU-110%!
    yg aku geli geleman kat selangor tu bila wak khir toyo bawak geng pakaian silat amende ntah! buat demo bantahan kat istana ..
    sempat gak nk interframe kat tv3 dekat2 nk pemilihan umno ni.

  3. bisala khir toyo sebenarnya nk meraih populariti rakyat….
    dia ingat rakyat ni x cerdik pandai ke…
    rakyat tau laa menilai sape yg derhaka pada sultan…

  4. Bercakap pasal khir Toyo, kau tau tak yang dia nak ADUN PKR Selangor letak jawatan. Sebab gambar bogel dia yang diambil ketika sedang tidur tersebar.

    http://siasahdaily.blogspot.com/2009/02/jika-anda-elizabeth-apa-yang-ada-akan_15.html

  5. kau ni Azlan…terkejut aku!!
    ingatkan ada gambar bogel wak khir-toyo.
    (tp aku rasa gambar bogel dia masa kecik2 dulu
    mesti ada kan?gambar tu lak lepas cukur rambut!)

  6. biarlah mulut si toyol tu berbuih seperti yang dia selalu tunjukkan bila bercakap.

    Jangan peduli dia. kan dia ni dah kecewa,, rakyat tak lagi yakin dan percaya pada dia i.

    mana ada kesalahan kita berbogel.jangan saja berbogel di tempat awam dan buat demonstrasi bogel.
    adam dan hawa dulu pun berbogel. kita lahir pun berbogel, malah sekarang pun,, bila kita melepas di tandas.
    bahlul ,,bahlul!!betul si toyol tu.jangan2 toyol tu cemburu orang berbogel sebab toyol lagi kerap berbogel.

  7. SILAP BESAR LA PAKLAH KALU BAGI NAJIB JADI PM…

  8. Najib nak Prasiden UMNO bukan jawatan PM elok la jawatan PM pak Lah terus kekalkan

  9. Reformis’ Ramlan Bogel ape ceta??

  10. Najib..Akan Ku seru………………tunggu!!

  11. Najib..Akan Ku seru………………tunggu!! 😛

  12. Yang menghancurkan itu adlah tangan2 manusia2 itu sendiri yang rakus serta ujub akan dunia ini… Baik umno ker, Pas ker, PKR ker… Marilah bersatu sebulat hati mempertahankan tanah melayu yang tercinta ini… Apabila kita berpolitik maka dasar kita terhadap pegangan agama pun berubah… Jgn kita menuding jari menyatakan salah org lain… sedarlah.. Melayuku…

  13. Dua dua patut berhenti jer…bagi yang lainlah presiden UMNO…tak ader orang lain ker…yang bagus dan dihurmati

  14. bagi aku lah…khir toyol,mukhriz.khairy….semua nak tonjolkan diri…dah nak dekat pemilihan amno…semua nak tunjuk hero,kental…nak2 si toyol tue…nak tunjuk garang …tapi muka dia ‘ jambu sgt’…standard muka ‘paperdolls’ kat thailand….karpal pun x takut larrrr…

  15. agaknya aper la nasib PKR,PAS,DAP selepas DS najib pegang jawatan perdana menteri…MUNGKIN PKR akan hilang mata@buta..PAS jadi black hole..DAP kena hantar kat angkasa lepas(karpal singh akan menjadi angkasawan berkerusi roda yg pertama)…dengan pengalaman politik yg tersangat lama di Malaysia dan pernah jadi CEO termuda di Petronas…lihat dan tunggu di episod akan datang…..

  16. Ko silap tu fahmi…. bukan aper la nasib PKR,PAS,DAP… tapi apalah nasib rakyat macam kiter….
    dan yang penting Apalah nasib agama Islam di Malaysia nie bila Najib naik PM…. hehehe….
    Aku heran, ramai jugak yang dah tertelan air basuh tapak kaki najib, sampai tak dapat nak nilai dia macam mana…aper jer dia buat, semua nyer betul….
    aper dia ada jual air tu dalam botol mineral ke??? lepas nie dia tukar nama jadi Ayah Jib…. kerajaan Hangit…

  17. jangan lupa rosmah sekali

  18. Selepas ini sesiapa saja dari parti PKR,PAS,DAP yang ingin berkhalwat bolehlah berbuat demikian sebab jika ditangkap UMNO akan disalahkan

  19. pak janggut, lagi silap BESAR kalau Anwar jadi PM..sekarang ni pun selalu pergi oberseas mintak tolong orang luar jatuhkan kerajaan BN ataupun mintak diut nk jatuhkan kerajaan. orang kat oberseas tu pulak meluihat ini merupakan satu kesempatan baik untuk menjatuhkan negara islam yang pragmatik ini dengan mewar-warkan anuar seorang pemimpin unggul, anti rasuah, baik dan bermacam lah kredit yang diberi kepada dia. kerana mereka tahu bila anuar dah naik , anuar banyak berhutang kepada mereka dan selepas itu negara ini diminta menutup mulut dari bercakap apa sahaja tetntang keburukan mereka. semasa israel membunuh budak2 palestuine di gaza , anuar senyap jer, kutuk israel yahudi pun sikit jer, lepas tu BN yang tkda kena mengena dan anti zionists itu pula dipersalahkan . macamlah yg melakukan pengeboman di gaza itu didalangi oleh BN. amerika sedikit pun tidak di sebut kerana anuar takut kalu dia kutuk amerika duit utk PKR tak dapat dari amerika. so elizabeth wong yang tak bermoral tu pun dia tuduh BN punya kerja. Orang macam ni nk jadi PM..hmmm rentikan lah..kalau dia nak jadi PM ,dah lama Allah SW.T jaikan dia PM..tetapi sampai sekarang tak jadi2 ..kenapa? hanya Allah dan anuar sendiri jer yang tahu

  20. 1. SESUNGGUHNYA, BETAPA NABI YUSUF ADALAH INSAN YANG BAIK DAN MULIA. NAMUN, FIRAUN JUGA YANG MENJADI KETUA NEGARA.

    2. BETAPA TINGKAH LALU FIRAUN SAH SEORANG MANUSIA YANG KEPARAT. NAMUN, NABI YUSUF YANG MASUK PENJARA.

    3. NAMUN, SEJAHAT-JAHAT FIRAUN, TIDAK PULA TERGAMAK MEMBELI MARUAH ORANG LAIN UNTUK MENGAKU DILIWAT OLEH NABI YUSUF.

    4. JUSTERU, SEORANG INSAN YANG BAIK, SAH MAMPU MENILAI KEBANGSATAN TINGKAH LAKU MANUSIA UMNO YANG MELAMPAUI KEJAHATAN FIRAUN.

    KEBEJATAN UMNO MELAMPAUI KEJAHATAN FIRAUN
    – NASPAZI

  21. zaman nabi yusuf tak sama dengan sekarang dari segi penyebaran maklumat.. NASPAZI penah merasa zaman firaun kot tu yg boleh buat perbandingan..bukan ke yg minta penjarakan nabi yusuf itu si zulaikha..aper kes firaun terkena getah…eheheh sama kes…ahli PKR punya gambar..UMNO yg kena maki…

  22. 1. KALAU DASAR BEROTAK BANGSAT ITU, KEPARAT JUGA HASILNYA. KADANG KALA KAEDAH TULISAN YANG MENDASARI HASRAT YANG DINYATAKAN BEGITU LEKEH DAN LECEH.

    2. TIADA SATU PUN NEGARA DI DUNIA INI YANG TERGAMAK MEMBERIKAN KAD PENGENALAN KEPADA 1.3 JUTA PENDATANG HARAM MELAINKAN HANYA BINATANG MANUSIA UMNO DI SABAH.

    3. DEMIKIAN JUGA PARADIGMA YANG MENDASARI SESETENGAH TULISAN DI SINI YANG DITUJUKAN KEPADA ‘NASPAZI’ BEGITU HODOH WACANANYA, DI SAMPING TERASA HENDAK MUNTAH MENILAI USLUB BAHASANYA..PUIIIH!!

    4. JUSTERU, LANTARAN TINGKAH LAKU KEBINATANGAN MANUSIA UMNO, SAH MELETAKKAN WARGA NATIVE SABAH DI JURANG KEHANCURAN.

    5. YANG DEMIKIAN, SEMOGA AKAN LAHIR SEORANG LELAKI YANG MENGERTI KEBEJATAN AKHLAK MANUSIA UMNO YANG HANYA MEMBAWA SIAL KEPADA WARGA NATIVE SABAH, LANTAS BANGKIT MENGHANCURKAN UMNO DI SABAH DALAM TEMPOH YANG TERDEKAT INI…

    SAH MANUSIA UMNO BEROTAK HAIWAN
    – NASPAZI

  23. PENDATANG ASING TANPA IZIN (PATI)
    PARTI UMNO SARANG PATI DI SABAH

    Sabah nama negeri baru
    Parti UMNO menjadi raja
    Bunga melur cempaka biru
    Native sabah di mulut naga.:)

    Kalau tidak kerana polo
    Tidak tuan datang kemari
    Kalau tidak kerana UMNO
    Tidak PATI halal mengundi.:)

    UMNO PEMUSNAH NATIVE SABAH
    – Naspazi


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: