Posted by: pinkturtle2 | Februari 19, 2009

Nizar tidak meletakkan jawatan kerana dia memegang amanah rakyat – Dr Haron Din

dr-harun-din

‘Nizar dan Sultan ada tafsiran sendiri, biar rakyat tentukan’ – Haron Din

KUALA LUMPUR, 19 Feb (Hrkh) – Bagi tokoh agama yang terkenal, Dato’ Dr Haron Din menasihatkan agar kemelut yang berlaku di Perak ini diselesaikan dengan cara paling baik iaitu mengembalikan kuasa kepada rakyat untuk membuat keputusan melalui pilihan raya seluruh negeri.

Timbalan Mursyidul Am PAS itu juga berpendapat, perselisihan tafsiran undang-undang di antara Sultan Perak, Raja Azlan Shah dan Menteri Besar Perak Dato’ Seri Nizar Jamaluddin merupakan proses biasa dalam amalam demokrasi, dan bukan kali pertama berlaku di Malaysia dan mana-mana negara di dunia.

“Nizar tidak meletakkan jawatan kerana dia memegang amanah rakyat, dia hendak kembalikan semula kepada rakyat. Itu tafsirannnya.Saya tidak nafikan Tuanku Sultan ada tafsirannya. Jadi jika ada perselisihan tafsiran undang-undang, maka saya tidak fikir itu boleh dinamakan sebagai derhaka. Image

“Ini sepatutnya diselesaikan dengan cara paling baik iaitu, kembalikan kepada rakyat. Biar rakyat yang menentukan. Atau kita berlapang dada dan bersabar sedikit, biar Mahkamah Tinggi memutuskan kesahihan pelantikan menteri besar kedua,” katanya dalam satu wawancara eksklusif dengan Harakah baru-baru ini.

Dalam pada itu beliau menegaskan Raja-raja Malaysia perlu dikekalkan pada takhta yang sedia ada dan rakyat diseru supaya bersatu dan mengekalkan kedudukan mereka.

Beliau antara ulama yang dekat dan rapat hubungannya dengan istana menjelaskan istilah ‘sembah derhaka’ yang dimanipulasi oleh plebagai pihak khusunya media sedangkan ianya bukan satu bentuk tindakan derhaka yang sebenarnya.

“Sembah derhaka’ bermaksud apa yang diminta oleh seorang Raja atau Sultan tidak dapat dipenuhi atau ditunaikan oleh seorang hamba rakyat. Sama ada kecil atau yang besar. Seorang rakyat akan menuturkan bahawa ‘patik sembah derhaka’. Bukan yang kita fahami itu derhaka adalah melawan atau menyakiti Raja,” katanya yang cuba membandingkan pelbagai perbuatan menderhaka yang dilakukan oleh pemimpin sebelum ini. Image

Katanya, yang tidak mahu mendedahkan secara terperinci, memang berlaku perbuatan menderhaka yang tidak diketahui umum.

“Ada pemimpin disuruh Raja untuk ‘briefing’ pada hari tertentu tentang perkembangan negeri, langsung tak datang. Ada yang Raja suruh buat projek untuk rakyat, tetapi pemimpin tak buat. Ada Sultan yang suruh hentikan projek tertentu kerana membazir, mereka terus buat.

“Ada raja suruh bantu ekonomi orang Melayu, dengan bantu projek tertentu tetapi beri pada kroni mereka pula malah ada Raja beritahu saya, ada pemimpin yang terajang pintu istana kerana tidak puas hati.

“Ini semua saya dapat tahu dan ada antara Raja-raja yang beritahu sendiri kepada saya. Inilah perangai mereka… ini jauh lebih derhaka lagi,” katanya.

http://www.harakahdaily.net

Advertisements

Responses

  1. apa plak kata2 dari menteri dan ulamak2 BN nnt!?

  2. pilihanraya di kawasan bukit???teringat aku tentang kisah nabi nuh, apabila beliau mgarahkan pgikut2nya mbina bahtera dikala banjir akan mlanda.lalu mereka mbina bahtera tsebut.namun,masih ada yg mnentang,sombong dan angkuh untuk pergi mdaki bukit klu banjir mnimpa. apakah umno/bn jua akan tumbang,dihayutkan apabila mereka mjadikan bukit2 ini sbagai benteng terakhir mereka??sama2 kita saksikan……….

  3. Haa…bila baca ulasan Haron Din baru laa rasa macam ulama yang adil bercakap. Tak ada ajaran sonsang suruh taat membuta tuli pada pemimpin.

    Ini mufti pengampu seperti harusani dan wan zahidi buat malu pada orang bukan Islam yang tengah duk kaji konsep keadilan Islam.

    Wan Zahidi memang terang2 ulama ahli umno. Pernah terlibat dalam rehearsal debat olok2 antara UMNO dan PAS. Dia duk sebagai ulama wakil UMNO.

  4. Pelik2…tokoh2 cakap sungguh sopan…tapi bila sampai pengikut cakap…sungguh kurang sopan


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: