Posted by: pinkturtle2 | Februari 20, 2009

Sombong Dan Bongkaknya Menteri Ini…

Itu hak Umno, biar Umno selesaikan. Kita tak pernah nak minta nasihat daripada Presiden PAS. Dia elok jaga parti dia cukuplah,

Itu hak Umno, biar Umno selesaikan. Kita tak pernah nak minta nasihat daripada Presiden PAS. Dia elok jaga parti dia cukuplah, Jadi tak payahlah bagi nasihat, terima kasih banyak-banyak. Umno boleh cari jalan selesaikan urusan kita. Kita tidak perlu campurtangan daripada orang luar yang saya tidak fikir berniat baik - Muhyiddin

Jaga parti sendiri, Muhyiddin nasihat Hadi

TAIPING: Naib Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata adalah lebih elok untuk Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menjaga partinya sendiri daripada sibuk mencampuri urusan dalaman Umno.

Beliau berkata, PAS sendiri mempunyai banyak masalah termasuk pelbagai isu yang turut melibatkan parti itu dengan DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang membentuk komponen Pakatan Rakyat.

“Itu hak Umno, biar Umno selesaikan. Kita tak pernah nak minta nasihat daripada Presiden PAS. Dia elok jaga parti dia cukuplah, dia pun banyak masalah.

“Jadi tak payahlah bagi nasihat, terima kasih banyak-banyak. Umno boleh cari jalan selesaikan urusan kita. Kita tidak perlu campurtangan daripada orang luar yang saya tidak fikir berniat baik,” katanya kepada pemberita di pejabat Umno Bukit Gantang di sini hari ini.

Beliau mengulas cadangan Abdul Hadi pada persidangan Dewan Rakyat semalam supaya pelan peralihan kuasa daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi kepada timbalannya Datuk Seri Najib Tun Razak ditangguhkan kononnya untuk Abdullah melunaskan segala tugas dan agenda yang belum diselesaikan.

Ditanya desas-desus kononnya Abdullah akan hanya menyerahkan jawatan Presiden Umno kepada Najib dan bukan jawatan Perdana Menteri pada Mac ini, Muhyiddin meminta rakyat negara ini agar tidak mudah terpengaruh dengan pelbagai khabar angin untuk mencemarkan nama baik parti itu dan pemimpinnya.

Beliau berkata kedua-dua pemimpin tertinggi negara itu merupakan pemimpin yang bermaruah dan setiap keputusan yang dibuat mereka adalah berdasarkan kepada pertimbangan yang rasional dan bijaksana.

Katanya golongan penyebar khabar angin berkenaan perlu menghentikan tindakan mereka yang hanya akan mencelarukan keadaan politik semasa dan menimbulkan senario yang tidak menentu yang hanya akan mendatangkan kesan tidak baik kepada negara ini.

“Kita sudah cukup banyak cerita tentang politik. Lebih elok kita tumpukan kepada soal kerja untuk membangunkan rakyat dan negara. Itu yang patut jadi tumpuan sekarang, bukannya terganggu dengan sebab masalah-masalah politik yang tidak berkesudahan yang ditokok lagi penyebar khabar angin yang beroperasi 24 jam,” katanya.

Sementara itu Muhyiddin berkata pilihan raya kecil kerusi Parlimen Bukit Gantang pada 7 April ini akan menjadi medan ujian untuk membuktikan bahawa Umno khususnya dan Barisan Nasional (BN) masih mendapat sokongan daripada rakyat.

Beliau berkata walaupun sebelum ini tewas pada pilihan raya kecil Permatang Pauh dan Kuala Terengganu namun pilihan raya kecil Bukit Gantang akan membawa satu perubahan yang menunjukkan bahawa Umno dan BN masih menerima sokongan dan diyakini oleh rakyat.

http://www.bernama.com


Responses

  1. mu tunggu la

  2. NI KE MUKA UTK CALON2 MT UMNO???HAK TUIHHHH..PI RAHHHHHHHHHHHHHHHHH MABOKKKKKKKK..DIRI SENDIRI X BETOL NK CCKP ORG…NI DINAMAKAN SOMBONG BODOH..!!!STUPID IDIOTT

  3. Pandai tak boleh diikut, Bodoh tak boleh diajar,
    taunya main ludah ludah ke langit. ni la dia!

  4. Aku rasa puak2 pengecut amno ni klu humban ke semenanjung gaza gerenti jadi pencacai penjilat kaki zionist israel.suruh bubarkan dun pn takut inikan nak berjihad mempertahankan kedaulatan Islam.kalau anak jantan bubarkan dun dan pilhanraya semula.kalah menang adat pilihanraya..takut kalah ke…jika benar bakal PM Malaysia terlibat sebagai Ahli Kehormat FreeMason Malaysia, adalah menjadi tanggungjawab kita untuk menolak beliau naik. Jika tidak sudah pasti seluruh rakyat Malaysia yang beragama Islam akan berada dalam keadaan bahaya. Sudahlah selama ini kita dirosakkan dengan “Islam Hadhari”. Mungkinkah pula selepas ini kita akan ditanamkan pula dengan “Islam Glokal” pula. Sila rujuk dibawah :-

    Bermula 10 Sya’ban 1398H bersamaan 15 Julai 1987 masihi, Lajnah Fatwa Majmak Fiqhi di Mekah Al-Mukarramah telah mengeluarkan fatwa, kafir bagi sesiapa sahaja yang terlibat secara langsung dengan pertubuhan ‘Freemason’. Impak pertubuhan paling lama bertapak di muka bumi ini menghasilkan implikasi yang benar-benar, paradoksnya. Berhasrat untuk merampas kembali Palestin dari Kristian untuk membina kembali Haikal (Istana) Nabi Sulaiman. Asetnya tidak manimalis, malah akan melebarkan pemerintahannya ke Syria, Iraq, Jordan, Mesir, dan Madinah.

  5. Unmaking leader!!! biarlah dia…. skang ngah belajar pandai bercakap depan media.

  6. Hadi bukan campur urusan parti UMNO. Bukan Hadi minta Dolah Badawi terus jadi Presiden UMNO. Hadi minta Dolah terus pegang jawatan PM Malaysia. PM Malaysia bertanggungjawab kepada semua rakyat Malaysia. Tak kira dari parti mana.

    Hadi memang layak cakap begitu. Muhyiddin tak layak pegang jawatan kerajaan kalau tak faham jawatan kerajaan berkhidmat untuk seluruh rakyat.

    Jawatan Parti berkhidmat untuk parti.

  7. Muhyiddin panic, takut2 kepunan jadik TPM!! 😛

  8. wak mane ckp org….xtau makna tersurat atau tersirat…..wak bikin malu la….balik niaga tempe lagi baik..

  9. malaun muhyidin…ko nie gilo ko? ko selesai masalah dalam meno ko bagi C4 untuk perti meno haprak ko..kojol lah meno…bile laih lah nie…?

  10. klu dilihat pada pmimpin umno ni.. mereka ni jenis cakap lain,tp buatnya lain..cakap baik hakikatnya buat jahat…

  11. pilihanraya di kawasan bukit???teringat aku tentang kisah nabi nuh, apabila beliau mgarahkan pgikut2nya mbina bahtera dikala banjir akan mlanda.lalu mereka mbina bahtera tsebut.namun,masih ada yg mnentang,sombong dan angkuh untuk pergi mdaki bukit klu banjir mnimpa. apakah umno/bn jua akan tumbang,dihayutkan apabila mereka mjadikan bukit2 ini sbagai benteng terakhir mereka??sama2 kita saksikan……….

  12. kesian, di Malaysia kita cuma boleh lihat, lihat, dan lihat sajaaaaaaaaaaaaaaaaa, apa yang boleh buat nak ubahkan keadaan. Walau apa pun orang kata namun untuk jadi PM tetap akan jadi PMMMMMMMMMMMMMMMMM, hangpa boleh buat apa?yang ini kita mesti faham betul, betul.

  13. Relaks la Tok Din? Apa nie… macam tak betul je Tok Din nie. Haji Hadi tu kata, dia MINTA TANGGUH PERALIHAN KUASA PM DRP PAK LAH KPD NAJIB. Bukan minta tangguh peralihan kuasa Presiden Umno!!!

    Atau Tok Din nak putar belit lak cerita nie utk kepentingan politik Tok Din. Jangan Tok Din, jangan. Org sekarang dah tak bodoh lagi. Ramai yg dah celik internet walaupun dah tua bangka macam aku nie.

  14. Mana ada maruah pemimpin umno ni..bodoh,sombong,perompak,pengkhianat,perogol,lari anak dara orang,buat lari puteri istana dan macam-mcam lagi,macamana si mudin ni claim semua pemimpin umno ni bermaruah atau maruah kelas apa dalam kotak pemikiramn muhidin…

  15. Jangan riso… kalau lu bagi semua pengundi sorang RM1000000 …. gua rasa lu boleh memang kat Bukit Gantang… tapi kena bagi semua orang la… hehehe….

    kalau lu bagi RM10 atau RM100… jangan mimpi la nak menang,,,,,

  16. Kalau nak tukar dasar kerajaan kena lah tukar kerajaan persekutuan . Caranya adalah melalui peti undi PRU13 nanti. Advantage ada kepada mereka yang memegang tampuk Persekutuan.
    ( seperti main dam haji lah ,siapa dah ada haji kan kuasa dia besar dan banyak laluan dan angle yang dia ada untuk kalahkan lawan)

    Kalau tidak macam ni je lah tak akan ada perubahan. Jika ingin berubah ubah secara total melalui pilihanraya. Mulai dari saat ini pendukung perubahan hendaklah menanamkan tekad ,memainkan peranan kearah perubahan.

    Saya percaya elok ujud sistem dua parti BN dan PR dinegara ini. Siapa yang lebih baik kita pilih begitu juga sebaliknya .Kita tukar pemerintah setiap 5 tahun secara demokratik tak perlu gadoh2, maki2. Nanti tension kita yang kena darah tinggi. hari ni paper SINAR kata 270,000 orang sakit jiwa dimalaysia ,takutlah nanti saya pun kena plak. Kita work smart lah dgn strategi yang mantap.

    Kita nak satu hari nanti semua boleh dudok semeja minum teh tarik bersama walaupun lain2 bendera yang dipakai. Bolek ke? ada harapan kot.

  17. LU mahyudin berapa ribu hektar tanah johor jatuh ke tangan orang singapura semasa lu jadi MB dulu!!
    Sultan sama naik dengan MB…..buka hutan buat ladang untuk kaya sendiri…rakyat johor duduk rumah stingan…Buat rumah mahal jual pada orang singapura….HARAM JADAH PUNYA ANAK YASSIN.

  18. dia ni kalau aku jumpa one by one kat tepi jalan ke..@ kat kebun ke..aku lipat and karate tengkok die ni.lepas tu aku picit telur dia kuat2..
    dah lembik aku ikat kat pokok nangka pastu aku kibas ngan sarang kerengge…(saje jer nk luah perasaan)…entah2 aku yg kena lipat!

  19. aku cadangkan buat undi…muhyidin yasin ni boleh ke jadi TPM? Dia tau ka…fungsi jawatan tu?
    takut dia hanya tau gagau duit rakyat aje…Masa jadi MB Johor dulu itulah kerja dia…Sultan Johor murka…maka berpindahlah dia ke Federal…jadi penjilat UMNO…

  20. sultan johor murka psl tanah tepi laut dia si tok mudim ni dak tambak dan dirikan projek danga bay utk kroni2 dia… habis pantai utk istana tu dibedalnya.

    tok mudim ni kan tukang sunat… mana2 budak yg degil sikit tak ikut cakap tu dia gertak la dgn pisau dia. tapi la ni pisau dia dah tumpul psl batu asah dia dah kena ketepikan, cuma baru2 ni je jumpa balik batu asah dia tu… tu yg ligat gertak nak sunat org lagi tu.

  21. berbesar hatilah pemimpin umno purba bila orang beri pandangan.parti yang akan mereput tak lama lagi bersama dengan lunchainya sekali.Bagi muhidin banyakkan masa dengan rakyat bawahan dan jangan jadi merak kayangan yang syok sendiri.Masa surut mu akan sampai tak lama lagi…..TUNGGUUUUUUU

  22. Ini la bezanya pemimpin UMMeno dgn pemimpin PR. Jenis susah skit naktrima teguran org luar… mampuh mu la UMMno..

    Harap2 lepas ni rakyar2 johor tu sokong n pakoh la POK DIN ni lg ya… last2 hang sdiri yg sengsara….
    sedar la…….

    pade keno tipi gitu jah ko sek UMMeno ni…

    Kawe serik doh sokong UMMeno ni, sek perabih duit blako ni….

  23. Yang ini kita setuju.

    Gunalah masa dan kepintaran memperbaiki jentera PAS. Jangan duduk asyik nak menang atas kelemahan orang. Menanglah atas kekuatan PAS sendiri.

    Menang di KT baru2 ini pun bukan atas kekuatan PAS tapi atas kelemahan UMNO.

    Kalau UMNO letak anak Dato’ Razali, tentu UMNO menang.

    PAS kena ucap terima kasih pada Muhyiddin.

  24. Kesian budak tadika. Baru nak belajar membaca.
    Muhyiddin ni dah kenyang hasil jual tanah Johor kepada Singapura untuk buat empangan Lingiu yang membekalkan air ke Singapura. Jual tanah kerajaan negeri, komisyen berjuta-juta masuk poket. Itu memang cara MB Bee End mentadbir. Dapat duit rasuah banyak, senang nak tabur kepada pengundi bila menjelang pilihanraya. Pemimpin Bee End tidak fikir pasal mati, dosa aphala. Yang penting selagi pegang jawatan, kaut, sapu, songlap mana harta negeri/negara yang boleh disebat! Timbunan harta negeri dan negara sudah di hadapan mata, apalagi tunggu. Polis, SPRM dan Peguam Negara akan jadi balaci sekuriti menjaga penyamun-penyamun ini. Kalau siasatpun,akhirnya tiada kes. Macammana nak ada kes, SPRM pun diberi rasuah!

  25. “kesian budak tadika ni”…baru nak belajar tentang politik katakan.Puak cam ni lah pemimpin-pemimpin UMNO suka sebab boleh “dicucuk hidung”.

  26. “shukoi9909 dan mandala” macam ambil budaya Arab saje. Dah tak kuat, melalak melaung pada Israel pun tak guna. Melalak, melaung, menangis, merayu ” until the cows come home” kata orang putih, pun tak jadi apa2.

    Itu sebab kita seru PAS perkuatkan jentera parti. Kita nak PAS kuat. Baru PAS tak kena buli dan cucuk hidung.

    Kita nak bergantung pada PAS pun tak boleh. Banyak kelemahan orang2 PAS. Kajilah.

  27. UMNO lebih sombong dari Israel


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: