Posted by: pinkturtle2 | Februari 20, 2009

Berkokoklah Sepuasnya Brehim,Sebelum Rakyat Ajar Kamu PRU 13 Nanti..

Inilah ahli politik yang

Inilah ahli politik yang mengkhianati amanat rakyat Pasir Mas dan Kelantan amnya.Berkokoklah sepuas-puasnya brehim sebelum rakyat kelantan mengajar kamu nanti pada pru akan datang.

Ibrahim Ali sindir pembangkang boikot Dewan Rakyat

KUALA LUMPUR: Sebahagian besar anggota Parlimen pembangkang bertindak keluar dari Dewan Rakyat ketika Datuk Ibrahim Ali (Bebas-Pasir Mas) membahaskan usul Menjunjung Kasih Titah Yang diPertuan Agong di sini hari ini.

Keadaan itu berlaku apabila mereka tidak berpuas hati terhadap katakata yang diucapkan oleh Ibrahim terhadap pembangkang dan berlaku perang mulut sehingga menjadikan Dewan kecoh.

Ibrahim sebelum itu menyindir anggota Parlimen yang bersikap hipokrit apabila tidak memperjuangkan apa yang sepatutnya mereka perjuangkan ketika berkuasa sebaliknya menghentam kerajaan apabila berada di luar kerajaan.

Kekecohan terus berlaku apabila Ibrahim menggunakan perkataan ‘bangsa asing’ yang dikatakan tidak tahu menggunakan perkataan sesuai terhadap Raja-Raja Melayu.

N.Gobalakrishnan (PKR-Padang Serai) kemudian meminta Ibrahim menarik balik perkataan bangsa asing itu kerana menyifatkan ia merujuk kepada bangsa yang ada di dalam negara ini selain ia kurang sopan. Ibrahim bagaimanapun enggan menarik balik perkataan itu kerana ia merujuk kepada bangsa asing di luar negara.

Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar menenangkan keadaan tetapi tidak diendahkan oleh keduadua anggota Parlimen tersebut.

Keadaan bertambah panas apabila masingmasing saling mempertahankan diri sehingga mengeluarkan perkataan yang tidak sepatutnya menyebabkan Gobalakrishnan keluar Dewan.

Ibrahim kemudian meminta maaf kepada Dr Wan Junaidi dan menarik balik semua perkataan yang tidak sesuai yang disebut kerana mendakwa Gobalakrishnan membuat provokasi terhadapnya.

“Tuan Yang Dipertua saya minta maaf banyakbanyak kepada Dewan yang mulia ini. Mereka buat provokasi terhadap saya tanpa mengikut peraturan, dengan tidak menghormati Tuan Yang Dipertua…menuduh, menuding dan mengeluarkan katakata kesat sambil keluar dari Dewan. Jika ada kesilapan itu sekali lagi saya minta maaf dan tarik balik semua,” katanya. Tidak lama selepas itu, Dewan menjadi panas semula apabila Khalid Abdul Samad (PAS-Shah Alam) mempertikaikan sikap Ibrahim seolaholah hanya beliau pemimpin yang memperjuangkan hak dan institusi Raja-Raja Melayu.

Perang mulut sekali lagi berlaku apabila Ibrahim enggan memberi laluan kepada Khalid yang inginkan penjelasan menyebabkan Khalid keluar dari Dewan.

Kecewa dengan sikap pembangkang dan ucapannya yang sering diganggu, Ibrahim kemudian menghempaskan songkok yang dipakai di atas meja sebelum sebahagian besar wakil pembangkang keluar Dewan.

Isu yang dibangkitkan Ibrahim itu bagaimanapun mendapat sokongan anggota Parlimen kerajaan termasuk Datuk Bung Moktar Radin (BN-Kinabatangan) dan Datuk Mohamed Aziz (BN-Sri Gading) yang bangga dengan ketegasan Ibrahim mempertahankan hak Raja-Raja Melayu di negara ini.

Sebelum itu semasa perbahasan yang sama, ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau tidak bersetuju dengan hasrat Pengerusi DAP Karpal Singh untuk menyaman Sultan Perak Sultan Azlan Shah dan menyifatkan tindakan itu sebagai tidak perlu. Anwar (PKR-Permatang Pauh) berpendapat Karpal seharusnya mengambil tindakan terhadap kerajaan negeri yang didakwa sebagai tidak sah.

“Sebagai anak Melayu, yang berjiwa Melayu dan warga Malaysia, saya menentang keras sebarang cubaan untuk menghina, mempertikai dan mengugut untuk menahan Sultan Perak, Sultan Azlan Shah di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA),” katanya.

Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu juga mendakwa kononnya Barisan Nasional (BN) telah mencuba pelbagai cara untuk menggagalkan penubuhan kerajaan gabungan DAP, PAS dan PKR di negeri yang dikuasai parti itu.

Persidangan Dewan disambung Isnin

http://www1.mstar.com.my


Responses

  1. pilihanraya di kawasan bukit???teringat aku tentang kisah nabi nuh, apabila beliau mgarahkan pgikut2nya mbina bahtera dikala banjir akan mlanda.lalu mereka mbina bahtera tsebut.namun,masih ada yg mnentang,sombong dan angkuh untuk pergi mdaki bukit klu banjir mnimpa. apakah umno/bn jua akan tumbang,dihayutkan apabila mereka mjadikan bukit2 ini sbagai benteng terakhir mereka??sama2 kita saksikan……….

  2. brahim ali skrg katak hijau,pru 13 jadi katak kering. umno dah buang dia seumor hidup, pas bagi dia peluang wpun majoriti ahli pas kawasan p mas tidak setuju dgn keputusan tg n aziz. skrg tebelang dia jelas tergilakan nak masok umno dan harap najib ambil balik dia. hayat brahim ali dah tak ada rakyat tak boleh terima org politik macam dia yg tak tahu malu, tak laku dahh.

  3. maleh kawan nak ulas dia sorang ni. betul kata Fauzi diatas PAS baik sangat beri dia talian hayat dan sekarang ni dia yang hentam PR lebih teruk dari UMNO hentam. Tapi takpe ‘ ada ubi ada batas, budi dia kita akan balas, turunkan dia pilhanraya ke 13. (Sorry pantun 3 kerat pulak) .
    rangkap keempat lu karang lah sendiri. Kah……kah. ketawa pun tak boleh panjang sangat nanti masuk lalat. Lalat bukan makanan aku ia makanan …………….lu pikir lah sendiri

  4. kalau brahim bertanding ats tiket bebas comfrim dia hilang wang pertaruhan….. tuan guru niz aziz bg dia peluang tp dia masih lagi ingat dia org umno…. sedau la sikit hang 2 mng ats sokongan org PAS… sedau la brahim sedau la

  5. Kenapalah PAS beri laluan pd mangkuk sorang ni kalau dah terkenal dgn raja katak. Dari awal lagi org dah tahu bhw pak ibrahim nie org bergantung harap pd org kaya umno.

  6. dh ramai org kata dia katak…
    bila aku teliti/focus betul2 kat muka dia mmg ada iras2 katak la..
    Nau’zubillah….

  7. Kasi pencen la katak ni. Cakap berdegar2 bukan tak tau mata duk mengintai peluang isi perut.

    Sudahlah brahim. Rahsia mu begaduh dgn nadzmi dalam mara holdings habis kakitangan 43 buah anak syarikat tau.

    Pemboros, pembohong dan paling kurang ajar.

  8. Ini satu lagi babi……syaitan, ana haram……
    wang umno bawa dia makan najis ..najib

  9. AKU TENGOK BREHIM NI CAM SEWEL OTAKNYA..IBARAT MELEPASKAN ANJING TERSEPIT.

  10. BRAHIM cari makan. Dari dulu lagi. Pandai cakap. Berapi2.

    Dia cerdik dan orang2 yang suka/sokong dialah yang tak cerdik. Kan gitu?

  11. boleh komen, jangan sampai menjatuhkan maruah orang.kesihan tau.

  12. Takkan kita lupa D’ Frogger ni, sanngup keluar BN sebab tak dapat jadi MP, Dia mudah lupa..cuma dia saja yang mudah lupa…kut. Dulu menangpun guna lambang kapai kuttttttttt….entahlah aku pun dah lupa tolong tanya D Frogger kalau-kalau dia ingat boleh dia peringat kat aku pulakkkkkkk

  13. Jika dah lebih teruk perangai dari Abu Lahab apa salahnya
    di seranah!!!

  14. syabas PAS memberi peluang ibrahim ali jadi MP…syabas juga PAS bersetuju MOHD NIZAR jadi MB…syabas PAS yg di tunggang oleh DAP di perak…selamanya tak belajar…terima kasih Ben Awang..yg tak penah belajar..

  15. Kalau jumpa si brahim ni di mana mana, ambil kasut baling kat muka dia. Orang hina macam dia kena di hina saperti tu baru dia tau!!!

  16. die nie…patut letak dlm kandang anjingn jerk..biaq tau sket apa 2 anjing…
    muka xmalu..anak haram jaddah tol..

    ckupla pas..xpyh nk pcya ckp org2 lg..

  17. untuk fahmi sahaja……bi la masa nizar jadi kuda tunggangan dap???? aku tengok kamu ni tak reti berpolitik tapi nak berpolitik.aku mahu kamu berikan email kamu sendiri dan kita jumpa dan bincang. lupa ke 51 tahun umno memerintah…sape ditunggangnya…….tokeh tokeh kaya kan??? balak bagi kat sapa??? tanah bagi kat sapa ??? banyak lagi dalam negeri perak ni yang dibagi kat sapa!!! alahai…jangan nak tuduh orang lain….diri sendiri gadaikan maruah sendiri kat orang lain tak nampak…habis habis yang kita dapat kuah pun takde.fikir dan imbas kembali sejarah perak.

  18. aku pedulik hapa dgn umNO..aku bkn ahli umno dan belum lg undi mereka..dan aku bukan org perak…aku dok uk…hehehe


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: