Posted by: pinkturtle2 | Februari 20, 2009

Untuk mengguling kerajaan BN di Perak Kata PM…. Terkejut Beruk Semua!!!

pm-mamai1

Apabila Perdana Menteri Bercakap Macam Orang Mamai

Mungkin malam tadi Pak Lah tidak dapat tidur nyenyak. Sebab itu tiba-tiba saja hari ini Pak Lah mengeluarkan kenyataan macam orang ‘mamai’ yang baru tersedar dari mimpi ketika diminta mengulas tindakan Speaker Perak menggantung Menteri Besar dan 6 EXCO yang merampas kuasa tempoh hari itu.

Pak Lah berkata tindakan Speaker itu sebagai satu cara untuk mengguling kerajaan BN di Perak.

“Ia satu muslihat…tidak ada niat baik, cuma niatnya untuk menggulingkan kerajaan BN yang telah diwujudkan,” katanya.

Kadang-kadang terfikir, eh…Pak Lah ni bercakap dalam keadaan sedar atau tidak sedar? Atau dia sedang ‘mamai’? Bukankah semasa Najib sedang mengatur strategi merampas kuasa dahulu hingga rampasan kuasa tersebut berjaya direlisasikan pada 6 Februari lalu Pak Lah ada di Malaysia ini? Tapi jika dia berada di Malaysia ketika itu mengapa dia terlupa insiden rampasan kuasa yang baru berlalu 2 minggu itu? Tiba-tiba saja Pak Lah berkata ada pihak yang hendak menggulingkan kerajaan BN, sedangkan semua rakyat Perak tahu kerajaan BN yang dikatakannya itulah yang telah menggulingkan kerajaan PR yang dipilih rakyat. Atau Pak Lah jenis manusia Melayu mudah lupa sepertimana yang pernah disebutkan oleh Tun Dr Mahathir?

Pak Lah juga berkata tindakan Sivakumar itu tidak disenangi oleh rakyat Perak.

“Mereka (rakyat) tentu sekali tidak senang hati dengan apa yang berlaku sehingga ke peringkat ini. Dulu bila mereka (pembangkang) menang, kita beri jalan kepada mereka untuk memerintah. Apabila situasi telah berubah dan sokongan kepada BN telah melebihi, maka BN pula yang akan memerintah”.

Sekali lagi kenyataan Pak Lah ini bagai orang mamai baru bangun tidur. Entah statistik apa yang dipakainya yang menyatakan tindakan Sivakumar itu tidak disenangi oleh ‘rakyat Perak’, entahlah. Ini kerana mengikut kajian Merdeka Centre 74% daripada rakyat Perak inginkan DUN dibubarkan. Ini bermakna majoriti rakyat Perak bukannya tidak senang dengan tindakan Sivakumar, tetapi sebenarnya mereka tidak senang dengan tindakan merampas kuasa itu.

Mungkin juga Pak Lah tidak percaya dengan kajian Mereka Centre itu. Cara hendak membuktikan sama ada kajian itu betul atau tidak senang saja – bubarkan DUN dan adakan pilihanraya baru. Tapi beranikah Pak Lah dan Najib berhadapan dengan suara rakyat? Jawapan muktamad setakat ini ialah kedua-duanya tidak berani berhadapan dengan suara rakyat! Buktinya?

Buktinya ialah apabila di akhir ucapannya Pak Lah berkata kerajaan BN di Perak tidak bercadang untuk mengadakan pilihanraya baru sebagai cara untuk menyelesaikan kemelut politik di negeri itu, tetapi akan terus memerintah demi ‘rakyat’ di negeri berkenaan.

“Dalam situasi yang ada sekarang ini, saya fikir lebih baik sekiranya kerajaan BN terus dengan pemerintahannya. Buatlah apa yang boleh untuk ‘rakyat’ negeri Perak,” kata Pak Lah.

Cuma sekali lagi kita tidak faham maksud ‘rakyat’ yang dikatakan Pak Lah itu. Adakah maksud ‘rakyat’ yang dimaksudkan Pak Lah itu ialah 74% rakyat yang tidak setuju dengan tindakan BN yang merampas kuasa itu?

Lalu saya teringat perihal seorang adik saya ketika kami kecil yang selalu mamai dan bercakap merapu lepas bangun tidur. Kami pasti ketawa mendengar dia bercakap yang entah apa-apa itu.

Dan hari ini saya ketawa lagi. Tetapi yang saya ketawakan bukan adik saya. Dia Perdana Menteri saya.

http://pendikargunung.blogspot.com

Advertisements

Responses

  1. nice artikel

  2. tengai mamai nak komen, sebab baru lepas terguling-guling bila baca apa kata Pak Lah

  3. MEMANG LAYAK DIGELAR PENDIKAR GUNUNG.BERNAS DAN BERISI.SAMPAI BILA LE AGAKNYA BEE END NI NAK MEMPERBODOHKAN KAN KITA SEMUA EK,SUDAH SUADAH LER.DA NAK MUNTAH DA.

  4. Bukan saja Pak Lah yang ‘mamai’, gila meroyan, tp ramai mentari-menteri yang mamai dan sudah menjadi gila akibat tindakan Speaker DUN Perak kelmarin…ulasan menteri2 ni rasanya mereka ni sangat marah…tengok muka dia kat TV merah padam semua…
    Di sini kita dapat menilai bahawa sebenarnya undang-undang dan perlembagaanlah yang mengatasi semua…dulu mereka merampas dan menubuhkan karajaan HARAM tak mengapa pulak????
    Tp apa yang menariknya Presiden MUBARAK dan veteran Aziz Tapa pula bersetuju dan menyatakan tindakan V.Sivakumar mengikut undang-undang!!!!!! pelik bin ajaib….bila dah kena batang hidung sendiri barulah tahu langit tinggi rendah…
    Nampak sangat bacul dan TIADA MARUAH langsung UMNO/BN dan isu kerajaan Perak ini…Nampak sangat mereka MENIPU….dan pendek akal….sesungguhnya PROJEK PERAK GAGAL!!!!!!!

  5. Sungguh kasihan Pak Lah, namun biarkanlah dia bercakap. Ini akan menyerlahkan kedangkalan fikiran beliau. Semua rakyat tak kira bangsa dan agama, kedudukan atau jawatan dapat menilai sendiri kredibiliti PM kita ni. Apakah UMNO/BN sudah ketandusan pemimpin yang berkarisma. Memang sejak dulu dan kini pemimpin Umno/BN banyak yang merapu, tapi masih ada juga golongan yang dok sokong mereka ni. Ya Allah berilah hidayah kepada mereka agar kembali ke landasan Islam yang sebenarnya. Amin.

  6. kan PM otak udang ini mamai selama 4 tahun,, lagi pun baru kahwin tak ada masa fikir untuk kebaikan negara,,adik najib asyik mengingati kekasih mongolia yang kembali ke rahmatullah…mana beruk beruk ini ada masa…dah gila babi..kuburkan BN

  7. fuh.. terasa lama nak menunggu bulan Mac nak nengok drama lembu-lembu pawah kat PWTC .. agaknyer jadi ker PM nie turun takhta presiden UmNo !!!

    aku setuju Dolah turun takhta tapi tak setuju LANGSUNG pak najiBs C4 jadi presiden!

    Harap2 ader la kejutan dibuat sebelum perhimpunan itu nanti!!

  8. Orang tua ni, kalau bukan mamai, ..nyanyuk. kalau bukan nyanyuk, …ilang ingatan. kalau ilang ingatan pun bukan…. buang tabiat agaknye kot!!

  9. nak guling krjaan bee end..lawak betul la pak lah nie…tue la tido lagi…

  10. SPRM+SPR+PDRM+PEGUAM NEGARA+KETUA HAKIM=UMNO+BE END.

    MASING-MASING TENGAH BERTUNGKUS LUMUS UNTUK KEKALKAN KERAJAAN BE END JAHANAM KEPARAT.

    PIKIR-PIKIRKAN YA…USUL SUPAYA PAK LAH KEKAL SBG PM PERLU DITERUSKAN DIPARLIMEN BAGI MENGHALANG SINAJIB TU NAIK SEBAGAI PM TAIK

  11. kisahnyaaaa….
    aduh duh duh sakit hati jiwa merana, melihat mereka yang gila kuasa, berusaha untuk mengekalkannya, tak kira bala dan bencana…

    aduh duh duh rasa nak meroyan, mendengar cerita mereka yg berkuasa, membuat apa saja untuk kuasa dan harta, sedang mereka lupa nyawa dah di hujung usia…

    dengarlah wahai pembesar negara …
    jangan sampai kubur tak bertanda ..
    nama yang gah entah ke mana..
    harta menimbun tidak berguna…
    kuasa berakhir di hujung nyawa…
    hidup tak senang disumpah rakyat jelata..
    ditimbus bumi sudah tak berdaya..
    terimalah balasan dari yang Maha Esa..

  12. Pak Lah takpayah susah-susahlah… gi ulek ‘jin’ mu tu udah!

  13. Kebanyakan UMNO semenjak dua menjak ni cakap merapu macam orang mamai. Anak Toyo dan Ali Rustam komen fasal Eli pun macam orang mamai juga. Apa dah jadi dengan UMNO? Mungkin dah terlalu banyak sangat makan hasil rasuah kot? Pasai tu la cakap merapu tak tentu pasai. Nak kata lucu tak lucu tapi kadang-kadang sakit hatipun ada. Kadang-kadang meluat semeluat meluatnya. Teruk sangat otak depa ni. Bengap sungguh. Mungkin otak murid tadika lebih baik lagi.

  14. politik BABI……

  15. umNO, parti untuk orang munafik, cakap berbelit belit.

  16. Aku sokong NTBN. UMNO memang parti munafik dan parti najis. Parti besarnya BN-Bangkai Najis. Bakal PM yang akan naik – Penjenayah Mega C4. Dia setaraf dengan bekas PM Yahudi Shimon Peres, Netanyahu, Ehut Olmert dll. Siapa saja pemimpin umno/BN akan terpalit membuat zalim, menyalahgunakuasa, mengambil rasuah dan memberi rasuah, memperlekeh kedudukan agama Islam dan memperbodoh orang Melayu. Melayu penjilat akan ngeh saja apa kata pemimpin korup mereka. Bagi pemimpin UMNO, biar rakyat hidup sengsara asal dia dan keluarga serta kroni kaya raya mewah sepuas-puasnya walaupun merompak harta negara!

  17. Baru2 ni beberapa org pemimpin PR spt Nik Aziz sarankan Pak Lah teruskan khidmat, jgn serah pada Najib. Dengarnya dia tengah berkira2 tak nak bagi jawatan tu pada Najib. Jadi jgn komen dia sangatlah.

  18. ala dia main-main je tu maklumla dia kan orang tua


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: