Posted by: pinkturtle2 | Februari 26, 2009

Sepatutnya SPRM siasat pengerusi perhubungan Umno Perak bukannya Speaker- Nik Aziz

kemelut-di-perak

SPRM perlu siasat pengerusi perhubungan Umno Perak – Nik Aziz Nik Aziz

KOTA BHARU, 26 Feb (Hrkh) – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) perlu profesional. Mungkinkah peringatan Perdana Menteri itu menggambarkan badan tersebut belum mampu keluar dari dimensi lama.

Pertukaran nama baru daripada Badan Pencegah Rasuah (BPR), belum memadai apabila banyak kes yang dilaporkan Pakatan Rakyat seperti disenyapkan.

Sebaliknya pantas sekali bertindak kalau melibatkan aduan daripada pemimpin Umno.

Buktinya Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, V Sivakumar terus disiasat SPRM setelah menerima laporan pemimpin Barisan Nasional (BN).

Sebelum ini Ketua Pesuruhjaya SPRM, Dato’ Seri Ahmad Said Hamdan membuat kenyataan pihaknya akan menjalankan siasatan berhubung dakwaan salah guna kuasa V. Sivakumar kerana menggantung Menteri Besar Perak dan enam anggota Exco daripada menghadiri persidangan Dun.

Mengulas perkembangan tersebut Mursyidul Am PAS Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat mempersoalkan mengapa SPRM tidak menyiasat orang yang dikatakan menjadi punca kepada tiga Adun Pakatan Rakyat di Perak berpaling tadah.

“Sepatutnya yang bertanggungjawab mencetus isu tersebut dan membawa tiga Adun terbabit ke Istana Perak perlu disiasat SPRM kerana segala masalah yang berlaku sekarang berpunca dari situ.

“Kita belum mendengar ada maklumat badan tersebut menyiasat Pengerusi Perhubungan Umno Perak yang baru dilantik, kerana difahamkan dia ada hubungan dengan tiga Adun tersebut hilang dan muncul di Putrajaya.

“Hilang ke mana.. tentunya ada hubung kait pemimpin tertentu. Jadi kita persoalkan kenapa tidak disiasat pihak terbabit, kalau benar-benar mahu lebih profesional,” katanya ketika ditemui di kediamannya di Pulau Melaka, semalam.

Beliau berkata, SPRM seolah-olah berfungsi menyiasat kes tertentu sahaja dan pembaharuan yang dilakukan sekarang tidak memperlihatkan badan itu benar-benar telus.

“Selama tidak ada sifat taqwa pada pengerusi dan jawatankuasanya, mereka tidak akan melakukan siasatan ke atas pemimpin negara. Yang disiasat hanya anak-anak bilis.

Habiskan duit rakyat

“Oleh itu, tubuh apa jenis badan sama ada polis atau badan pencegah rasuah, ia menjadi kerja sia-sia kalau dilihat terhadap apa yang berlaku sekarang. Habis masa dan wang rakyat,” katanya.

Sebelum ini tiga bekas Adun Pakatan Rakyat di Perak, Hee Yit Foong (Jelapang), Jamaluddin Mat Radzi (Behrang) dan Mohd Osman Jailu (Changkat Jering) hilang dan tiba-tiba muncul bersama Dato’ Seri Najib Razak di Putrajaya.

“Tindakan itu tidak sah, tindakan yang tidak membawa ke syurga, bahkan tindakan yang boleh membawa ke neraka,” kata Menteri Besar Kelantan.

Menurutnya tindakan pemimpin yang menjatuhkan kerajaan di luar normal biasa jelas tidak ada dalam diari perjuangan Islam.

Beliau juga mempersoalkan adakah kerana Dato’ Seri Nizar Jamaluddin melakukan kesalahan rasuah sehingga Pengerusi Perhubungan Umno Perak bertindak merampas kerajaan negeri dengan cara tidak halal.

“Yang menjadi persoalannya kenapa Pengerusi Umno bertindak demikian. Adakah Nizar melanggar peraturan Kerajaan atau menyalahgunakan kuasa hingga menyebabkan berlakunya rampasan kuasa di Perak.

“Jika tidak demikian bermakna tindakan dilakukan pihak berkenaan berasaskan semata-mata nafsu. Memuja nafsu dan bertindak seperti gengster,” katanya.

Menurutnya segala yang berlaku kerana Umno membuang sifat taqwa kepada Allah menyerlahkan lagi amalan mereka memisahkan agama dan politik.

Beliau berkata, berdasar kepada tindak tanduk Umno itu membuat rakyat terutamanya golongan cerdik pandai semakin menjauhi parti tersebut.

Tindak tanduk Umno seperti gengstar

“Apabila Umno mencetuskan banyak isu, semakin dibenci golongan intelek,� katanya.

Malah katanya, orang muda sekarang melihat pemimpin Umno semacam terkena allergic.

“Seorang bekas mufti mengatakan Umno sekarang sudah menjadi allergic dan saya pula anggap macam penyakit berjangkit yang mesti dijauhi orang ramai,� katanya.

Beliau juga berkata, sekiranya seseorang pemimpin itu mendapat kedudukan tinggi kerana amalan rasuah yang diamalkan, mereka tidak layak hidup di muka bumi ini,” katanya.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz menyifatkan Umno sekarang berada dalam kolam najis kerana amalan rasuah sudah sebati dengan pemimpin parti itu.

“Mana rakyat boleh menerima pemimpin sebegitu,” katanya.

http://www.harakahdaily.net

Advertisements

Responses

  1. Nik Aziz ni seperti biasa akan bercakap ikut sedap hati dia aje. Aku dari dulu lagi tak respect dia sebagai ulamak pewaris nabi. Gelaran yg tepat untuk dia ialah Ulamak politik. Semua PAS buat betul. DAP dulu tak betul , tapi sekarang dah betul. Bila tak benteras rasuah, kata kerajaan menyokong rasuah. Bila kerajaan dah tubuhkan badan cegah rasuah, bila terkena pada ahli parti atau kumpulan mereka, salahkan kerajaan sebab konspirasilah..dan macam2.
    kalau bercakap ikut hukum Islam, orang rasuah tak kiralah anak kita ke, bapak kita ke, ianya tetap salah.
    Nik Aziz ni, dulu, sekarang dan selamanya kot (harap-harap tidak), akan bagi alasan ikut sedap hati dia. Ulamak politik dan dunia.

  2. ISLAM AGAMA YANG SYUMUL MENCAKUPI SEMUA ASPEK KEHIDUPAN
    Oleh Lim Guan Eng | Sunday | October 05, 2008

    Islam sebagai agama yang syumul atau universal adalah Ad-Din.Ia tidak bersifat perkauman kerana Ad-Din adalah berteraskan sistem keadilan tanpa mengira kaum dan agama. Sememangnya, saya amat menghormatinya dan berharap ia akan menjadi teras kepada usaha merapatkan silaturahim antara kaum di negara ini.

    Naspazi Says:

    Our human is a social existence. We come to the world as the result of other human actions. We survive here independence to each other. Either we like or not, there almost our stays transient when we have no benefit from other activities. For this reason, it is hardly surprising our most happiness get up relationships in the contact us with others. Hence, all those people who honestly interact with others, I believe as valuable things in human life.

    THE BEST AFFECTION
    – Naspazi

  3. sasha2020, nasihat sy kepada anda.
    jgn menghina ulama..berdosa. lebih2 lg ulama yg berwibawa mcm tuan guru nik aziz. kata2 nya berkias.. anda org yg jahil sudah tentu tidak paham. dari kata2 anda sudah tahu anda menulis berlandaskan nafsu.

  4. Haiya sasa2020, lu amoi ka, nyonya ka asoh. Lu jangan cakap itu macam. Saya sayang sama tok gulu Nik Aziz ma, apa dia cakap manyak betul ma, lu sendili mau pikir ma, kaum Tiong Hua dan kaum India pun sudah sokong PAS ma, lu bila lagi. Wa helan la, lu pandai tulis macam-macam tapi talak guna akai ma, haiya, cin coi ya.

  5. sasha2020 KEPADA ANDA CAKAP BIAR LAH BERTAPIS MACAM PENAPIS HABUK AIRCOND KAT RUMAH AKU…JGN MENGHINA PAK GURU….

    KALAU ANDA KENA RABA MACAM PUTERI UMNO BARU TAU….

  6. Aku tahu doh brangai orghe UMMENO ni…. Baso jahir tukir…..

    Ambo saye Tok Guru!!!!

  7. Kepada Shasha 2020…

    Saya rasa, hati anda telah mati+buta+tuli…

    Klu nak bandingkan pak guru dgn pemimpin umno, jauh bezanya..

    Ini lah satu petanda akhir zaman.. org yg hatinya mati macam shasha2020 telah ramai..

  8. Suruhanjaya PoRno Malaysia – SPRM! 😛

  9. altantuya,, hahahaha pandai no buat lawak…
    baguih hang memang kreatif … cikgu suka ada bdk pandai buat lawak.. baru la kelas tak sunyi dan mengantuk..

    Berani ka depa nak siasat Najib, berani ka,,,, siasat tengok kalu hampa ada egg!!!! sahih tak berani sebab egg tu semua dah dibuat teloq masin…

    Kami rakyat MARHAEN cabar SPRM siasat NAJIB anak lelaki RAZAK dan konco2nya…..
    SIIIIIIIIIIIAAAAAAAAASAAAAAAAAAATTTTTTT!!!!!

  10. Sasha2020….. Jangan satu hari nanti ko sujud kat kaki Tuan Guru udah la…..

  11. semuanya apa yang berlaku adalah gara-gara umno, ketuanya adalah najib. kerjanya dengan kuasa yang ada menggunakan segala kemudahan dan agency kerajaan, mempengaruhi badan kehakiman, sprm, polis dan lain-lain.

    saperti tindak tanduk sprm terhadap speker dan pemimpin pakatan rakyat di perak, nampak sangat berat sabelah saolah mereka bertindak untuk menekan kerajaan pakatan rakyat atas arahan atasan mereka. saperti najib ketua perhubungan umno langsung tidak terusik untuk siasatan. tidak perlu cerdik untuk memikirkan perkara sebegini. melainkan orang yang tidak siuman, kencat akal atau mindanya tersubat.

    apa pun dalam perkara begini saperti yang telah berlaku sejak era mahathir, rakyat mula sedar, hari kehari bertambah ramai, malahan hampir seluruh negara…, buktinya ialah keputusan yang telah dibuat olih rakyat dalam pru 12.

    mudahan tipu daya dan tekanan yang dilakukan olih pihak kerajaan akan menambah lagi kebencian rakyat kapada mereka. kali ini mereka tidak mudah digula-gulakan atau diperbodohkan lagi.

    maka ditangan rakyat yang semakin hari memahami mainan politik umno hari ini akan memastikan umno tidak lagi dihati rakyat.

  12. Cik Sasha 2020……
    Kalau apa yang PAS buat berlandaskan Al-Quran dan Hadis sudah tentunya betul. Dalam Islam tiada pengecualian, tak kira mak, bapak, menteri, sultan dsbnya. tapi klu SPRM yang ditubuhkan tu hanya nak melindungi org2 yang berkepentingan betul atau salah. Mengapa masa SPRM nak siasat org UMNO yang terlibat dalam politik wang, berbondong2 ahli2 UMNO bt demonstrasi.

  13. Isu rasuah tidak akan ada penghujungnya selagi pemerintah dilinkungi oleh gulungan-gulungan perasuah dan pemakan rasuah. Bertimbun-timbun kes rasuah berapa kerat saja yang disiasat.Dari zaman BPR hinggalah kini bertukar kepada jenama SPRM tapi isi kandungan dalam tindakan tetap sama dan tidak relevan dengan slogan yang suatu ketika diawal perlantikan PM kini sekadar gah dengan laungan hapuskan rasuah. Bagaimana pula nak jadikan Islam Hadari sebagai pemangkin pentadbiran negara? Apakah objektif pemerintahan pada harini akan berterusan dengan fitnah memfitnah dan selalu menjadikan isu mengaibkan sebagai fokus untuk mendapatkan sokongan dan seterusnya berkuasa? Tamadun politik harini sedang menuju kehancuran selagi adanya intelek politik beremosikan syaitan!!!

  14. sasha2020, how old are you. u ni mesti lawa kan. bole kasi no hp. i nak bekenalan laa sebab tak berapa hari laiee all spesices macam lu akan khuyubb dari bumi malaysia ni, kalau lu dari perak lagi cepat khuyubnyee.

  15. Kenapa kau bengap sangat shasha? Kau ni memang spesies penganut umno pencuci tong tahi tegar. Kau tunjukkan ulamak umno yang berilmu, berkarisme, yang boleh dicontohi, yang dihormati oleh semua kaum dan rakyat? Hj. Harussani, mufti Perak? Hampehhh!!! Jauh bumi dengan langit ilmunya dengan ulamak-ulamak dalam Pas. Shasha, kau puteri umno yang selalu gila meroyan tu kan?

  16. shasa 2020 cakap mcam x dak otak

  17. Islam sudah ada landasan bukan ikut selira. Islam lebih dari apa yang dikata olih sasha2020. Kalau kita jahil hormatlah orang yang berilmu. Contohlah cara hidup Tuan Guru, lihat & banding dia dengan “ulama-ulama” lain. Guna akal dan jangan menyesal nanti.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: