Posted by: pinkturtle2 | Februari 26, 2009

Menyerang OKU!! Beraninya Pemuda UMO

Keberanian Pemuda Umno Biarlah Profesional dan Beradat

NEGARA memang memerlukan pemuda yang berani untuk mempertahankan maruah agama, nusa dan bangsanya. Tanpa keberanian sesuatu bangsa itu akan dilanyak dan dipersendakan sepanjang masa. Bangsa itu akan diinjak-injak. Pemuda yang berani juga adalah pahlawan negara. Mereka juga menjadi benteng kepada kesejahtraan negara.

Tetapi keberanian itu bukan keberanian bodoh, gedebe atau samseng, sebaliknya keberanian bertatasusila dan bertamadun serta bijaksana.

Keberanian beradat dan keberanian yang memiliki akal budi yang luhur nan terpuji. Keberanian yang berpijak di bumi nyata dan rasional.

Singa dan harimau di dalam rimba juga berani. Tetapi keberanian itu tidak boleh diikhtiraf kerana ia meceroboh hak asasi orang lain. Berani mereka tidak berhati perut dan berani tidak disulami dengan ilmu-ilmu kemanusiaan dan lain-lainnya.

Perompak, lanun dan kaki pukul juga berani. Tetapi keberanian itu tidak ada moral. Mereka berani kerana diupah dan diberi baksis sesen dua. Keberanian mereka bertongkatkan kepada perut. Mereka menggunakan keberanian untuk mengisi perut dan bukan menjaga agama, bangsa dan negara. Keberanian begitu bukan sejati. Keberanian kumpulan itu yang boleh membawa ketidakamanan kepada negara dan huru hara kaum. Ada kalanya keberanian itu membelakangkan undang-undang dan lebih bersifat bersultan di mata beraja di hati.

Di parlimen petang tadi sekumpulan pemuda telah menunjukkan keberanian menyerang ahli Parlimen Bukit Gelugur, Karpal Singh. Mereka mengepung Karpal yang duduk atas kerusi roda sewaktu hendak memasuki ke Parlimen bagi menjalankan tanggungjawabnya.

Kumpulan itu marah dengan Karpal Singh ekoran ahli parlimen itu mengatakan celaka kepada pemuda Umno di Parlimen semalam. Karpal berilusi bahawa pihak yang mengirimkan dua butir peluru hidup kepadanya baru-baru ini adalah pemuda Umno. Mungkin kumpulan pemuda seramai 10 hingga 20 orang itu kalangan Pemuda Umno sebab itulah mereka marah sangat dengan Karpal.

Walaupun Karpal sudah menarik balik kata-kata itu atas arahan timbalan Speaker Wan Junaidi Tuanku Jaafar namun kumpulan berkenaan tidak berpuas hati sehingga mengepung Karpal. Adalah hak pemuda Umno untuk mempertahankan maruah mereka. Tetapi caranya bukan seperti kumpulan berkenaan lakukan.

Masih ada cara yang lebih lunak yang boleh memberi gambaran ketinggian pemikiran dan akal budi pemuda Umno. Ia sepatutnya dilawan dengan kenyataan akhbar saja dan bukan cuba beradu kekuatan fizikal.

Lagipun apa yang diucapkan Karpal itu bukan pertama kali, sebaliknya sudah kerap berlaku perkataan-perkataan un parlimentarian disebut di Parlimen. Bukan saja dari kalangan pembangkang tetapi ahli Parlimen kerajaan juga galak melakukannya.

Pun begitu belum pernah berlaku pertengkaran dalam dewan terbawa ke luar. Masing-masing masih menjaga kemuliaan dewan dan biasanya pertengkaran itu akan berakhir di Dewan saja.

Pemuda Umno atau sesiapa pun boleh membantah dan mengecam Karpal sikapnya Pengerusi DAP itu sudah melampau. Tetapi apabila Karpal sudah diserang begitu maka ia menjejaskan imej Pemuda Umno itu sendiri. Tidak sepatutnya pemuda Umno yang sudah berusia lebih setengah abad tetapi masih lagi bersikap samseng dan kurang beradat.

Pemuda Umno menuduh Karpal Singh tidak beradat terhadap apa yang Karpal lakukan. Sepatutnya sebelum mereka melemparkan tuduhan itu pemuda Umno perlu merenung ke dalam diri mereka. Apakah pemuda Umno golongan yang beradat dan menjaga tatasusila dan tidak pernah biadap?

Sejarah yang dilalui oleh pemuda Umno dalam politik negara ini cukup banyak. Di sini saya suka bangkitkan kembali bagaimana sikap dan perangai pemuda tahan lasak yang dianggotai oleh pemuda Umno tahun 1960-an. Mungkin Khairy, Mukhriz dan Khir Toyo tidak pernah mengalami atau membaca sejarah kesadisan dan kejahatan induk mereka dalam pemuda Umno.
Siapa yang membuat ugut, tekan, paksa, menahan dan menempeleng orang-orang Pas di Kelantan macam zaman Jepun pada tahun 1960-an kalau bukan puak-puak pemuda tahan lasak kalangan pemuda Umno?

Sikap gedebe, samseng dan merasakan bumi ini hanya untuk Umno sahaja, timbul di jiwa pemuda Umno sejak lama dulu. Sikap samseng sesetengah pemuda Umno hari mewarisi dari sikap tidak tamdun itu. Bagi saya, apa yang berlaku di parlimen itu tidak menghairankan kerana itulah benih-benih pemuda tahan lasak Umno di zaman Senu Abdul Rahman dulu.

Mangsa-mangsa kejahatan pemuda tahan lasak Umno di Kelantan dan Terengganu setengah masih ada sampai kini. Pemuda Umno boleh membuat penyelidikan dan kajian atas apa yang dilakukan oleh pemuda tahan lasak Umno ini untuk tujuan rekod bagi mengenalkan pemuda Umno dengan rupa diri mereka sendiri.

Jika pemuda Umno hari ini bermaruah apa yang berlaku di parlimen siang tadi hendaklah dipertanggungjawab oleh Ketua Pemuda Umno, Hishamuddin Hussein dan Naibnya, Khairy Jamaluddin serta seluruh Exconya. Kalau mereka benar pemuda berakal dan profesional mereka harus meminta maaf kepada Karpal Singh jika perlu. Mengepung dan menganggu orang kurang upaya (OKU) seperti Karpal itu sungguh mengaibkan. Aib! Kalau tidak mahu menghormati Karpal sebagai seorang ahli politik yang lancang tetapi hormatilah beliau sebagai OKU.

Kecaman ke atas Karpal itu juga double standard. Misalnya apa yang disuarakan oleh Mukhriz Mahathir yang mengaitkan tindakan Karpal itu sebagai melanggari peruntukan 36 (4) Peraturan Mesyuarat Dewan Rakyat yang tidak membenarkan kata-kata kesat semasa berbahas di Dewan, ingin ditanya apakah sebelum ini tidak ada kata-kata kesat demikian?

Kenapa Mukhriz tidak pula mengecam dan mengeluarkan bantahan yang sama kepada ahli parlimen yang bersikap biadap dan melanggar peraturan dewan?. Inilah double standard kalau ianya dilakukan oleh pembangkang, apa lagi bukan bangsa Melayu semuanya menunjukkan belang merah tetapi kalau di lakukan oleh ahli Parlimen Melayu dibenar dan dibiarkan.

Sepatutnya perbezaan-perbezaan itu tidak perlu wujud dan berlaku dari kalangan pemuda yang dikira sudah cerdik, profesional dan berfikiran global dan gloka ini?

Begitu juga tentang kritikan Mukhriz kepada Karpal yang menyelar raja, dan mahukan Karpal memperakui kedaulatan raja-raja. Apakah Mukhriz lupa dalam hal ini bahawa bapaknya juga boleh disifatkan sebagai tidak menghormati isntisui raja-raja dengan apa yang dilakukan pada tahun 1990-an dulu.

Peristiwa dan senario pindaan perlembagaan bagi mengurangkan imuniti dan kuasa raja menceritakan segala-gala siapa Mahathir dan apakah sikapnya ketika itu lebih baik dari Karpal hari ini. Tembelang dan kemuliaan raja-raja Melayu yang terpelihara selama ini terburai seluas-luasnya angkara Mahathir. Jadi kalau menyebut soal menderhaka kepada raja-raja, juaranya ialah Mahathir.

Di sini bukan saya tidak setuju dengan tindakan Mahathir berkenaan untuk mengembalikan kuasa rakyat, (dan supaya raja tidak keterlaluan) tetapi cara Muhkriz melupai perkara ini sangat dikesalkan. Jangan kerana kesalahan itu dilakukan oleh keluarga kita didiamkan dan malang lagi cuba melindunginya dengan membesarkan kesalahan orang lain.

Jika Mukhriz ikhlas dan benar-benar menyanjungi tinggi institusi raja-raja beliau juga harus ikut sama menyebut fasal-fasal yang dilakukan oleh bekas Perdana Menteri ke lima itu.

Baik Mukhriz atau Khairy serta Khir Toyo yang bakal memimpin pemuda Umno perlu menjaga kewibawaan sayap Umno itu. Sudah sampai mereka mengawal dan menjaga pemuda Umno menjadi sayap yang mempunyai kelas dan mutu yang tinggi. Membentuk pemuda Umno mempunyai saksyiah yang tinggi dan berkeperibadian yang luhur. Perlu diingat perlawanan politik di zaman ini bukan lagi dengan kekuatan fizikal, tetapi keampuhan akal fikiran.

Juga jangan sesekali cuba mencari kekuatan dengan menggunakan nama raja dan istana sebaliknya berjuang dan berlawanlah dengan kudrat dan kebolehan diri sendiri. Itulah baru dikatakan pemuda yang berani, bijak dan berwawasan dan berdiri atas keyakinan diri sendiri.

http://msomelayu.blogspot.com


Responses

  1. Pemuda PEKEMBAR perlu cermin diri dulu,jangan jadi samseng dan pengecut untuk berlawan dgn org cacat (OKU)

  2. AKU HERAN ADA MELAYU YG MASIH SOKONG KARPAL SINGH YG BIADAB DAN CELUPAR BEGITU JUGA ANAKNYA, GOVIN DEO. BAPAK BOREK ANAK KURAP. SAMA SAJA. MULANYA AKU SOKONG PENDIRIAN PKR SOAL ISU SULTAN PERAK -TAPI BILA KARPAL CUBA SAMAN DAN CABAR SULTAN AZLAN- AKU RASA KARPAL BIADAB DAN TIDAK HORMAT RAJA-RAJA MELAYU.SEMALAM KARPAL SEBUT “CELAKA”- TUNJUKKAN SIKAP BENCINYA KEPADA MELAYU…KEMUDIAN GOVIND,ANAKNYA BANGKITKAN ISU PERDANA MENTERI MESTILAH DILANTIK OLEH RAKYAT-TAK MESTINYA MELAYU JELAS DISINI PKR CUBA HINA DAN MENGENEPIKAN MELAYU. KEDUA EKOR MANUSIA NI PANDAI GUNAKAN ‘AKTA’ UNTUK HALALKAN CARA MEREKA. HARI INI JELAS NAMPAK KURANG AJARNYA MEREKA BILA SANGGUP MENENGKING DI KAW.PARLIMEN. BILA KITA LIHAT HAL INI SOKONGAN KAMI SEBAGAI PRO-PKR SUDAH TAWAR. INGATLAH PINK TURTLE DLL MELAYU YG BERSENGKOKOL DGN DAP (KELING/SINGH IS KINNG)…SOKONGAN KAMU BIARLAH BERPADA2-JANGAN JADI PAK KADOK…MENANG SORAK KAMPONG TERGADAI. SECARA DIAM ANGGAPLAH AGENDA MELAYU DIUTAMAKAN-BUKANNYA MENJATUHKAN MELAYU UTK MELIHAT KAUM LAIN MENGUASAI BUMI INI…!LAST SEKALI AGENDA KAMU JUGA TURUT BERKUBUR…BARU KAMU SEDAR-BILA MELAYU TIADA KUASA…SUARA KAMU DIKETEPIKAN…INGAT KAUM “KAFIR” YG ADA INGIN MERAMPAS PEMERINTAHAN NEGARA DARI TANGAN MELAYU!!!JANAGN ASIK INGAT NAK KUTUK PEMIMPIN BANGSA MELAYU SAJA…!
    AKU SUDAH FED-UP DGN POLITIK UMNO DAN PKR. YANG PENTING POLITIK BANGSA MELAYU DAN ISLAM DIUTAMAKAN.

  3. Cadangan Govin Deo tentang calon Perdana Menteri memang WAJIB ditolak kerana membahayakan umat Islam. Tapi itu hanyalah cadangan dia. Cadangan dia itu adalah sama dengan bisikan syaitan. Bisikan tak bahaya. Yang bahaya jika bisikan itu diikut. Hanya orang yang LEMAH imannya akan mengikut bisikan syaitan. Penyelesaiannya hanyalah kembali kepada ISLAM. Kerajaan WAJIB melaksanakan HUDUD supaya umat Islam selamat di Malaysia.
    Wallohua’lam

  4. Tan Sri Kadok…Anda sebenar tidak peka dan sensitif dengan realiti sebenar…Nampak gayanya cara anda berhujah saling tak tumpah dengan cara UMNO berhujah….nampak sangat anda begitu dungu dan lempar batu sembunyi tangan..satu perbuatan gila…
    Baiklah…Cuba anda fikir dan cari punca kenapa Karpal Singh sanggup nak saman Sultan Perak….? Saya yakin org Melayu keseluruhannya (baik menyokong UMNO atau pun PR) tentu terguris…..Cuba kaji dan cari apa puncanya Karpal begitu lantang nak saman sultan tanpa segan silu…
    Cari punya cari jawapannya adalah kerana UMNO KEPARAT telahpun membuka jalan kepada sesiapa sahaja boleh menyaman sultan/raja…dengan alasan hendak menjaga keselamatan rakyat…Nah! ini realitinya apabila Mahathir dengan disokong oleh UMNO KEPARAT sama dengan KEPARATNYA MAHATHIR telah meminda perlembagaan supaya Sultan/Raja boleh dihadapkan dimahkamah…Nah! Mahathir dan UMNO telah membuka lorong dan jalan untuk sesiapa sahaja menyaman sultan/raja hatta sebuah bank luar negara telah menyaman YDPB N.S baru-baru ini….Dalam soal ini…tak salah kalau Karpal nak saman sultan….Mahathir dalam reaksi awalnya menyatakan tak salah karpal nak saman, tp kurang morallah…itu komen singkat MAHATHIR KEPARAT….sekarang manusia yg UMNO agong-agonngkan iaitu MAHATHIR KEPARAT duduk jauh-jauh tersenyum simpol sahaja….Sepatutnya UMNO pergi hentam Mahathir…bukan PR…Sekarang UMNO mengambil kesempatan kononnya pembela raja…Bukankah penipu namanya….Tengok AG (peguam negara) pun tak boleh nak bertindak…sebab AG tahu tindakan Karpal ada asas dan ikut undang-undang….kenapa UMNO perlu marah-marah beriya-iya sangat…pada hal UMNO lah hantu keparatnya yang menjahanamkan institusi raja….

    Cuba waras sikit….UMNO/BN memang perlu ditumbangkan….termasuk penyokongnya sekali semuanya bodoh atau buat-buat bodoh…bangang>>>>>

  5. pemuda umno celaka! kahkahkah

    bukan shj celaka… malahan sial, sundal, bangsat!

    hahaha memanglah yg hantar peluru tu org umno!

  6. pegi mampos la kau tan sri kadok!

  7. Tan Sri Kadok…..
    Sila muhasabah diri sendiri dulu.
    Kalau kita dah tunjuk kurang ajar dengan orang, tidak hairanlah orang tu juga boleh tunjuk kurang ajarnya kepada kita. Cerminkan lah diri sendiri dulu sebelum nak maki hamun orang lain.!!
    Orang melayu sepatutnya bersopan santun. Tapi kalau perangai dah macam lanun sebagai contoh inilah dia hasilnya….

  8. umno mmg celaka!!!
    kt parlimen wat kecoh…
    mna FRU topi merah tuh!!!!???
    nih la umno…!!
    kalo PR yg wat perhimpunan sket..
    abes suma p tgkap msuk ISA..
    kalo umno..??
    depa igt parlimen tuh apa..?
    parlimen tuh kira istana agung gk tuh sbb c2 la agung trun tuk lihat pekembangan negara..
    jd..
    umno nih sebenarnye da derhaka kt AGONG!!!!!
    sbb wat kecoh kt parlimen..
    tol x geng2 suma..

  9. kadok….lihat dan imbas kembali semua insiden yang berlaku sebelum ini.kita kena faham akan kronologi insiden yang terjadi dan cuba tanya direi sendiri,siapa yang membuka ruang seluas luasnya kepada sesiapa saja untuk bertindak ? walaubagaimanapun,itu hak engkau.

  10. itu tan sri kadok naik junjung namanya. sahih sarkas dulu kini dan selamanya..entah berdengkur masa tidoq pun bunyi sarkas sarkas….
    tak tau nk panggil pemuda umno atau putri umno.
    atau bencong umno.. cis..oku pun kamu buat camtu..low class betul puiii..

  11. Pokok kaduk tumbuh ditanah yang agak lembab. Paling disukai tanah lembab di kawasan jamban. Ini realitinya. Oleh sebab itu tan sri kaduk memang dah biasa jadi pencuci tong najis. Jadi tak payahlah nak marah dia.
    Oleh sebab otak dah beku, dungu, ahli umno totok, penyokong amalan rasuah tegar, maka kaduk dan penjilat pembodek yang seangkatan dengannya sudah tidak boleh menerima kebenaran. Maka berlumuranlah najis pada seluruh tubuh tan sri kaduk!!!

  12. APA PUN YANG DIKATA MELAYU MANGKOK AYUN DI ATAS KARPAL SINK MEMANG HARAM JADAH, CELAKALAH SIAPA YANG MENYOKONG KARPAL SINK HARAM JADAH.SOKONG BIAR BERTEMPAT
    MCA.DAP,GERAKAN MEMANG CELAKA.

  13. OKU YANG NI HARUS DI HUMBAN KETENGAH LAUT BAGI JERUNG MAKAN

  14. haihh..dulu wirawaja..ni tan sri kadok..sama2 bengap..agaknya ko ni pun tali barut be end jgk kan..tan sri kodok tan sri kodok…oppsss..ni kodok no 2 slps kodok di kelantan..pak him..hahahaha

  15. Dia bukan tali barut tapi dia beritahu perkara yang betul,cuba baca dan teliti dulu tulisan diajangan makan budi orang kafir sampai dah tak nak dengar cakap orang melayu,fikirkan la

  16. Melayu2 dlm blog nih yg menyokong gobind cilaka dgn bapak dia si karpal cilaka tuh merupakan melayu paling bodoh paling bangang aku pernah tgk….oooiiii melayu bodoh,pk lah gi sokong karpal buat apa….org tuh punya kutuk melayu tp melayu sendiri sokong dia….tau takut bila dapat peluru,report polis gak pastuh dok kutuk2 polis….si cilaka karpal nih dahlah oku tp x sedar diri…haiii aku marah btol dgn melayu2 bodoh yg sokong karpal nih….weii bodoh,bawak2 lah ingat diri,ingat bangsa ko tuh…..bangang btol melayu jenis mcm nih….

  17. BroN9,

    Anda kata Mahathir yang merintis jalan untuk menyaman Sultan/Raja2 untuk keselamatan rakyat. Baik, nie saya pula nak tanya atas sebab atau peristiwa apa Mahathir buat begitu?..

    Saudara nie sebenarnya memusuhi Mahathir ke sampai sanggup pejam mata kebaikan pelucutan kekebalan raja2 dari undang2 negara kita?. Tanpa pindaan ini, saya rasa DS Nizar tak dapat pun keluar hidup2 dari istana selepas sebut nak sembah derhaka itu. Dan penyokong PAS yang berbaring tu boleh terus digelek sahaja..dan tak siapa yang kisah. Bukan saya katakan institusi Raja2 kita ini sifatnya kejam, tapi inilah perkara yang boleh berlaku tanpa pindaan tersebut.

    Anda sepatutnya kaji siapakah Karpal Singh?..satu persoalan yang utama, kenapa dia begitu berani mahu menyaman Sultan?..Sultan yang mahu disaman bekas hakim pula, malahan antara yang terkenal di negara2 Komanwel di era baginda?. Dah tentu Sultan maklum dengan undang2 negerinya sendiri.

    Siapa Karpal?..

    1) Pernah ditampar oleh seorang lelaki melayu kerana kebiadabannya.
    2) Menegur ahli DAP yang dilantik sebagai ADUN di Perak dan Selangor supaya tidak memakai songkok ketika upacara perlantikan. Dia kata tak ada dalam undang2 dewan pemakaian songkok adalah wajib. Ahli2 DAP langsung tidak mengendahkannya.
    3) Dikhabarkan ahli2 DAP muda langsung tidak mengendahkan beliau dan lebih kepada Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng, juga bersama dengan pemimpin2 PR yang lain..Contoh terbaik, jarang dilihat Karpal Singh bersama2 dengan pemimpin2 PR dalam majlis2 rasmi. SANGAT2 JARANG!!
    4) Membangkang ahli2 DAP dianugerahkan pangkat Datuk dan melabel anugerah tersebut sebagai murahan dan boleh dibeli begitu sahaja.

    Dari perkara 2 dan 4 yang saya berikan, anda boleh lihat sendiri betapa Karpal memang tidak hormat kepada Sultan..berbanding dengan pemimpin2 lain, mereka lebih kepada pertemuan dua mata dengan Sultan atau pergi mengadap Sultan. Lim Guan Eng juga mengadap Sultan untuk memohon maaf tentang gering baginda akibat terpaksa berjalan kaki selepas menonton bola sepak di Penang..ini contoh pemimpin yang bagus!!..

    Karpal lebih kepada menyerang melalui media..mungkin dia sendiri pun tahu Sultan2 di Malaysia ini telah memulaukannya. Dia pun terlalu angkuh nak mengadap Sultan.

    Nah, masih nak sokong Karpal?..teruskan..

  18. Saya begitu tidak faham dan merasakan msomelayu sudah lari dengan perjuangannya..

    Dalam nak mengulas pemuda yang mengepung Karpal, saya nampak lebih banyak tenaga dicurahkan menulis tentang peristiwa pemuda UMNO bla bla bla..tak nampak pun secalit salah Karpal!!

    msomelayu cuba nak sorok kesalahan terbesar Karpal!!..ini faktor yang paling jelas dan tiada sesiapa boleh bangkang apa yang saya katakan.

    Celaka, tuduhan tanpa bukti..apa ini? Ini yang anda nak tegakkan?. Lepas 24 jam diberi, kenapa tak sahut..

    Saya tanya anda, kalau ada bukti mengaitkan pemimpin parti lawan anda ada kesalahan yang membuatkan rakyat menolak mereka..apa yang anda akan buat saudara2 sekalian?..

    TERANG DAN JELAS..sebelum Subuh lagi anda akan gegarkan kesemua rumah2 wartawan untuk mengadakan sidang akhbar tergempar!..betul tak kata saya?..

    Karpal pun seorang peguam saudara sekalian..nak kata dia tak tahu soal keadilan, dah banyak court dah dia masuk..apa sahaja bicara kena ada BUKTI yang sahih dan diperakui oleh saksi. ini perkara asas yang kita sedia maklum..takkan la masih nak sokong Karpal?

  19. CELAKA PEMUDA PAS!!!!!!

    CELAKA ANGKATAN MUDA!!!!!

    Apa anda rasa?..mesti amarah dah masyuk satu badan apabila anda baca tulisan saya diatas..betul tak?..in baru tulisan saudara, bagaimana kalau saya sebut?

    Ini naluri manusia..merasa marah bila ada orang mencerca kita. Budak2 sekolah pun sanggup bertumbuk bagai bila mereka dituduh dan diburukkan.

    Sebagai pemimpin yang memimpin manusia, Karpal sudah tentu faham apa akibatnya bila menyebut benda yang tidak patut disebut..jalan terbaik, minta maaf sahaja la.

  20. Tu lah hebatnya pemuda UMNO siap buat laporan polis sampai2 100 pulak tu atas alasan YB Karpal menderhaka..uihhh banyaknya!! Skrg saya CABAR Pemuda Umno yg mengaku pembela Raja2 Melayu..Buat laporan polis terhadap ahli2 UMNO yg buat banner yg mengatakan DYMM YDPA sbg “NATANG@BINATANG” ada berani? Klu tak berani mmg betullah spt diungkapkan YB Karpal “PEMUDA UMNO NI CELAKA”!!

  21. Malaysia United…saya nak respon pasal Karpal saman sultan sahaja….kes yang lain bukan fokus saya dan saya tidak minat…persoalan saya, kenapa Karpal berani nak saman sultan perak…itu keyword saya…

    Karpa merasakan bahawa dia mempunyai hak dari segi undang-undang yang mempunyai peruntukan demikian…yang mana manusia KEPARAT MAHATHIR lah yang membolehkan setiap org pergi saman sultan…andalah manusia hipokrit kerana begitu mengagongkan MAHATHIR KEPARAT ni…KULI pun menentang kerana KULI dah nampak bala akan menimpa raja / sultan suatu hari nanti…ini lah balanya dah tiba pun…iaitu hasil kreatif MAHAHIR KEPARAT dan UMNO KEPRAT yang melulskan pindaan perlembagaan tersebut…..sekarang hati semua org Melayu termasuk saya sangat terguris dek insiden demikian…salah siapa sekarang, Karpal atau UMNO KEPARAT yang menghidangkan makanan enak kepada Karpal dan org lain jg untuk membaham sultan / raja kita yg disanjungi…Anda jangan melenting bagai org gila kerana terbawa-bawa dengan sentimen yg dimainkan UMNO/BN, Media yg membangkitkan kemarahan org Melayu terhadap biadapnya Karpal terhadap sultan…sebenarnya UMNO/BN hanya nak meraih simpati dan sokongan Melayu sahaja dalam keadaannya yg semakin tersepit dgn melagukan kesetiaan kpd sultan/raja…itu sahaja matlamat UMNO/BN…UMNO hanya berpura-pura menyokong instutusi raja tetapi merekalah anai-anai yang memakan asas kukuh sedikit demi sedikit hinggakan institusi beraja Melayu semakin reput dek perbuatan rakus dan tamak haloba….UMNOlah yg memperkudakan Sultan / Raja…..termasuklah anda yang menyokong UMNO membati buta dlm soal ini tanpa berfikir bahawa UMNOlah punca kemusnahan umat Melayu kini…..UMNO seburuk namanya akan terus dikeji dan dihina olh bangsanya sendiri hingga berkurun lamanya akan datang……..

  22. ASAL USUL RAJA BOLEH DISAMAN
    Naspazi | Friday | February 27, ’09

    RANG UNDANG-UNDANG AKTA PERLEMBAGAAN (PINDAAN) 1993
    PENGHAPUSAN KEKEBALAN RAJA MELAYU DALAM SISTEM
    DEMOKRASI BERPARLIMEN DAN RAJA BERPERLEMBAGAAN
    UCAPAN : DATO’ SERI DR. MAHATHIR BIN MOHAMAD
    JAWATAN: PRESIDEN UMNO / PERDANA MENTERI MALAYSIA
    LOKASI : DEWAN RAKYAT, KUALA LUMPUR
    TARIKH : 18 JANUARI, 1993

    ——————————————————————————–

    Tuan Yang di-Pertua, Saya mohon mencadangkan iaitu Rang Undang-Undang bernama Suatu Akta untuk meminda Perlembagaan dibacakan kali yang kedua sekarang.Tuan Yang di-Pertua, Izinkan saya memperkenal dan mengulas Akta yang telah saya sebutkan tadi.

    2. Ketika negara menuntut kemerdekaan, pemimpin-pemimpin negara yang telah mendapat kemenangan besar dan sokongan padu dalam Pilihanraya Umum tahun 1955 telah membuat pilihan supaya sistem pemerintahan di negara ini ialah sistem Demokrasi Berparlimen atau `Parliamentary Democracy` dan Raja Berperlembagaan atau `Constitutional Monarchy`.

    3. Sistem ini dipilih kerana semasa negeri-negeri Melayu diperintah melalui sistem feudal dengan kuasa di tangan Raja, negeri-negeri Melayu adalah begitu lemah dan pentadbirannya berada dalam keadaan kucar-kacir. Negeri- negeri ini tidak dapat menentukan keamanan dan menguatkuasakan undang-undang. Akibatnya negeri-negeri ini terpaksa meletakkan diri di bawah naungan kuasa-kuasa asing seperti Cina, Siam dan Barat. Akhirnya semua negeri Melayu ditakluki oleh British dan diperintah sebagai tanah jajahan British melalui perjanjian di antara Raja-Raja yang memerintah dengan pihak Kerajaan British.

    4. Selepas Perang Dunia Kedua, Raja-Raja Melayu berharap apabila British mentadbir semula kedudukan mereka sebagai Raja yang berada di bawah nasihat pegawai-pegawai British akan dikembalikan. Negeri-negeri Melayu akan sekali lagi diperintah oleh British walaupun tidak seperti Singapura, Pulau Pinang dan Melaka, di mana British berkuasa penuh.

    5. Bagi majoriti rakyat Melayu negeri-negeri Semenanjung, mereka juga bersedia menerima pemerintahan di mana keMelayuan negeri-negeri Melayu diakui oleh British, walaupun pentadbiran dikuasai hampir sepenuhnya oleh British. Namun ada pendapat di kalangan sebilangan orang Melayu bahawa negeri-negeri Melayu sepatutnya dibebaskan daripada pemerintahan kolonial British sama sekali.

    6. Orang Melayu hanya sedar akan kemungkinan mereka diketepikan dan menjadi pengemis di negeri mereka sendiri apabila Raja-Raja Melayu tunduk kepada ugutan MacMichael dan menandatangani perjanjian baru dengan British yang menyerahkan negeri-negeri Melayu terus kepada British untuk diperintah sebagai tanah jajahan takluk British sama seperti Singapura, Pulau Pinang dan Melaka.

    7. Oleh kerana begitu mudah Raja-Raja menyerahkan Singapura, Pulau Pinang dan Pangkor kepada penjajah dan kemudiannya menyerah pula negeri-negeri Melayu, maka rakyat tidak lagi boleh menerima sistem yang memberi kuasa hanya kepada Raja dan rakyat tidak diberi peranan apa-apa dalam politik negara. Lagi pun selepas Perang Dunia Kedua, Sistem Raja berkuasa penuh sudah menjadi lapok di seluruh dunia. Di merata-rata tempat Sistem Beraja ditamatkan terus. Di mana ia dikekalkan, kuasa Raja dihadkan oleh Perlembagaan atau undang-undang asas negara. Justeru itu, semasa Persekutuan Tanah Melayu menuntut kemerdekaan, pemimpin- pemimpin rakyat telah mengkaji sistem-sistem pemerintahan dengan mengambilkira sejarah negeri-negeri Melayu dan sistem-sistem pemerintahan lain.

    Tuan Yang di-Pertua,

    8. Sistem pemerintahan lama negeri-negeri Melayu adalah sistem feudal di mana Raja berkuasa penuh tanpa Perlembagaan yang ditulis. Sistem feudal ini ditentukan oleh adat yang sering dimanipulasikan dengan sewenang-wenangnya oleh pihak berkuasa. Jika pihak yang berkuasa melampaui adat, pegawai- pegawai istana atau rakyat sukar untuk menegur dan membuat sebarang dakwaan. Tetapi apabila keadaan menjadi terlalu buruk, kemungkinannya ialah adat diketepikan dan pemberontakan berlaku. Tetapi cara ini tetap membawa kesan yang buruk tanpa menjamin bahawa pemberontakan akan memperbaiki keadaan.

    9. Oleh itu lahirlah pendapat bahawa Raja perlu diletak di bawah suatu Perlembagaan yang menentukan kedudukan dan peranan Raja. Dengan cara ini Raja tidak lagi boleh bertindak dengan sewenang-wenangnya. Kuasa Raja akan ditentukan oleh Perlembagaan, iaitu undang-undang asas negara. Namun ada Raja yang sanggup menyerahkan negeri sendiri kepada kuasa asing tanpa menghiraukan Perlembagaan.

    10. Namun semasa sistem Raja Berperlembagaan digubal untuk Persekutuan Tanah Melayu, yang ketika itu menuju kemerdekaan, penggubal-penggubal perlembagaan masih percaya Raja-Raja akan patuh bukan sahaja kepada yang tersurat tetapi juga yang tersirat di dalamnya – iaitu semangat yang terdapat dalam Perlembagaan.

    11. Di zaman penjajahan British, oleh kerana mereka boleh menaik atau menurunkan Raja, maka Raja menerima nasihat pemerintah kolonial. Perkara ini dimasukkan dalam perjanjian di antara pihak British dengan Raja-Raja Melayu di mana nasihat `British Resident` atau `British Adviser` mesti dipohon dan dipatuhi oleh Raja melainkan berkenaan agama Islam dan adat istiadat Melayu. Bagi British, nasihat yang mesti dipatuhi oleh Raja tidaklah ganjil kerana dalam sistem Kerajaan di Britain, `King` atau `Queen` mereka mesti menerima nasihat Kerajaan. Jika tidak, Raja akan diturunkan dari takhta. Oleh itu apabila King Edward VIII berkeras untuk berkahwin dengan seorang janda, baginda terpaksa turun dari takhta atas nasihat Kerajaan, walaupun tidak ada peruntukan khusus untuk tindakan ini. Yang dikuatkuasakan bukan undang-undang tetapi kepentingan politik negara, dan Raja-Raja British memang akur kepada politik negara. Sebab itulah sebelum pun Parlimen British memutuskan supaya Queen Elizabeth membayar cukai pendapatan, Baginda sendiri baru-baru ini membuat keputusan untuk membayar cukai pendapatan. Perlembagaan British, walaupun tidak bertulis, dipatuhi daripada segi semangat dan adat.

    12. Oleh kerana Raja-Raja Melayu di zaman kolonial telah mematuhi nasihat, maka dipercayai bahawa masalah Raja bertindak di luar undang-undang tidak akan berlaku.

    13. Penggubal undang-undang dan pengasas pemerintahan Persekutuan Tanah Melayu yang merdeka juga percaya peruntukan bahawa Raja tidak boleh didakwa di mahkamah hanyalah sebagai petanda kemuliaan Raja dan bukan sebagai hak untuk melakukan jenayah. Sudah tentu penggubal Perlembagaan dan pengasas kemerdekaan negara tidak bermaksud peruntukan ini memberi hak kepada Raja untuk membelakangkan undang-undang civil dan criminal. Raja Berperlembagaan atau Constitutional Monarchy tidak pernah memberi keistimewaan atau privilege kepada Raja untuk melakukan jenayah. Tetapi jika Raja tersalah semasa menjalankan tugas rasmi, Raja adalah bebas daripada tuduhan. Ini adalah kerana yang bertanggungjawab dan boleh didakwa ialah Kerajaan.

    14. Dalam usaha menentang Malayan Union dan mengembalikan negeri-negeri Melayu dan negeri-negeri Selat kepada `status quo ante` iaitu keadaan sebelum Perang Dunia Kedua, rakyat telah memainkan peranan yang penting walaupun tidak diperuntukkan oleh undang-undang. Adalah jelas kepada rakyat pada masa itu bahawa Raja tanpa sokongan rakyat mudah dikuasai oleh pihak penjajah dan pihak-pihak lain. Justeru itu, rakyat perlu diberi hak dalam politik dan pentadbiran negara. Peranan rakyat mestilah ditentukan oleh undang- undang.

    15. Memandangkan hakikat ini dan sekali lagi dengan mengambil contoh dari Britain, Persekutuan Tanah Melayu yang merdeka memilih sistem Demokrasi Berparlimen. Rakyat akan melantik wakil mereka ke Dewan Rakyat dan Dewan-Dewan Undangan Negeri yang menjadi penggubal utama undang-undang dan dasar-dasar negara. Ini menentukan rakyat boleh memainkan peranan mereka dengan tertib dan tersusun.

    16. Tetapi sekali lagi mengikut sistem di Britain, undang- undang hanya menjadi sah setelah ditandatangani oleh Raja. Di Britain, ini tidak menjadi masalah kerana Raja tidak mungkin menolak nasihat Jemaah Menteri. Tetapi di Malaysia perkataan nasihat, yang penggubal perlembagaan percaya akan mempunyai makna yang sama seperti di Britain dan juga di zaman penjajah, tidak ditafsirkan dengan jelas. Oleh itu pihak Raja boleh menolak nasihat Kerajaan.

    17. Jika Kerajaan diakui terdiri daripada wakil-wakil yang dipilih oleh rakyat untuk menentukan rakyat berkuasa, tetapi nasihat Kerajaan berkemungkinan tidak diterima, ini bererti Demokrasi Berparlimen tidak wujud dan rakyat tidak berkuasa sepenuhnya. Dalam perkara-perkara tertentu bukan sahaja persetujuan Yang di-Pertuan Agong diperlukan, tetapi juga persetujuan Majlis Raja-Raja.

    18. Walaupun wakil rakyat bebas bercakap dalam Dewan Rakyat dan Dewan-Dewan Undangan Negeri mengenai apa juga tajuk, tetapi mereka tidak boleh menyentuh diri Raja-Raja kerana sebarang kritikan atau teguran terhadap Raja boleh ditakrif sebagai hasutan dan mereka boleh didakwa di bawah Akta Hasutan. Peruntukan ini adalah hasil pindaan yang dibuat pada tahun 1971. Sebelum ini, teguran terhadap Raja boleh dibuat di dalam dewan. Di Britain dan di negara-negara lain, ahli-ahli Parlimen bebas menegur atau mengkritik Raja. Adalah jelas bahawa menegur dan mengkritik Raja tidak menghapus kedaulatan Raja.

    19. Sementara halangan ke atas teguran ini dikatakan akan memelihara kemuliaan Raja, tetapi apabila Raja tidak ditegur, maka ia tidak akan sedar akan kesalahan yang telah dilakukannya. Dengan itu, mungkin lebih banyak kesalahan akan dilakukan dan kesalahan ini mungkin akan menjadi lebih serius. Ini bukan sahaja akan mencemarkan kemuliaan Raja, bahkan juga boleh menimbulkan kebencian rakyat terhadap Raja. Tidaklah benar jika dikatakan larangan terhadap mengkritik Raja akan memelihara kemuliaan Raja. Sebenarnya kemuliaan Raja akan tercemar kerana larangan ini.

    20. Dengan kemungkinan Raja menolak nasihat serta bebas daripada teguran dan sebarang tindakan keadilan, maka Raja sebenarnya bukan Raja Berperlembagaan lagi tetapi menjadi Raja mutlak. Sekali lagi Demokrasi Berparlimen tidak wujud kerana tidak ada tindakan undang-undang yang boleh diambil terhadap Raja yang tidak menerima nasihat Kerajaan rakyat dan melakukan kesalahan.

    21. Pada tahun 1983, tindakan telah diambil untuk meminda Perlembagaan supaya sekurang-kurangnya kuasa Yang di-Pertuan Agong menolak rang undang-undang yang dilulus oleh Parlimen dibatalkan. Usaha ini berjaya tetapi tidak sepenuhnya. Yang diluluskan akhirnya ialah kuasa Yang di-Pertuan Agong menolak rang undang-undang Parlimen dikurangkan sedikit dengan mengadakan peruntukan baru bahawa Baginda boleh merujuk balik kepada Parlimen jika Baginda enggan menandatangani rang undang-undang yang telah diluluskan oleh Parlimen. Jika Parlimen meluluskannya sekali lagi, sama ada dengan pindaan atau tidak, maka rang undang-undang itu akan menjadi undang-undang yang sah dalam jangkamasa 30 hari (Perkara 66(4) Perlembagaan) walaupun tidak ditandatangani oleh Yang di-Pertuan Agong.

    22. Tetapi kelulusan secara ini terhad kepada perkara-perkara yang tidak menyentuh hak-hak dan keistimewaan-keistimewaan Raja-Raja. Untuk meminda peruntukan Perlembagaan yang menyentuh Raja-Raja, Majlis Raja-Raja perlu memberi persetujuan.

    23. Di peringkat negeri, tidak ada pindaan dibuat kepada Perlembagaan negeri. Dengan itu tidak ada undang-undang yang boleh diluluskan tanpa ditandatangani oleh Raja. Ini bermakna kuasa Raja-Raja di negeri-negeri mengatasi kuasa Dewan-Dewan Undangan Negeri yang mewakili rakyat.

    24. Peruntukan-peruntukan ini tidak menjadi masalah jika tidak ada tentangan pendapat di antara Raja-Raja dengan Dewan-Dewan Undangan, atau tidak ada perbuatan yang salah yang dilakukan oleh Raja-Raja, atau tidak ada adat Melayu yang tidak suka memburukkan hubungan dengan Raja-Raja. Malangnya oleh kerana Menteri-Menteri Besar dan Perdana Menteri adalah orang Melayu yang enggan bermasam muka dengan Raja, maka apabila Raja membuat sesuatu yang tidak sepatutnya dilakukan, tidak ada teguran yang berkesan yang dibuat. Jika ada pun, keengganan Raja mengambil berat akan teguran penasihat-penasihat rasmi ini tidak mendatangkan apa-apa tindakan kepada Raja.

    25. Justeru itu dalam sejarah Malaysia yang merdeka, tindakan Raja-Raja dan pihak-pihak yang berlindung di belakang Raja yang melampaui hak dan keistimewaan Raja, semakin lama semakin serius. Kemungkinannya ialah ia akan menjadi lebih serius lagi di masa-masa hadapan. Jika tidak ada pindaan undang-undang, seperti yang dicadangkan ini, tidak syak lagi bahawa perkara-perkara yang lebih buruk akan berlaku yang mana ini akan menyebabkan institusi Raja dibenci oleh rakyat. Bukanlah mustahil jika satu hari kelak tuntutan dibuat untuk menghapuskan Sistem Beraja sama sekali walau apa pun yang diperuntukan oleh Perlembagaan.

    26. Justeru itu pindaan yang dicadangkan ini bertujuan mengelak atau menghalang daripada meningkatnya perasaan benci kepada Raja yang boleh membawa kepada tuntutan untuk menghapuskan Sistem Beraja. Pindaan ini adalah untuk menyelamatkan Raja-Raja sendiri dan sistem Raja Berperlembagaan. Untuk memperkuatkan lagi peruntukan Perlembagaan bagi mengekalkan Sistem Beraja, peruntukan dibuat supaya sebarang syor atau cadangan untuk menghapuskan Sistem Beraja akan ditakrif sebagai hasutan dan tertakluk kepada Undang-Undang Hasutan.

    27. Pindaan ini tidak menyentuh keistimewaan-keistimewaan yang diberi kepada Raja-Raja. Raja-Raja akan terus bertaraf Raja, dan kemudahan-kemudahan yang disediakan kepada Raja dan keluarga di-Raja mengikut Perlembagaan dan undang-undang akan diteruskan.

    28. Untuk menentukan sistem Raja Berperlembagaan benar-benar berkesan, maka tiga pindaan perlu dibuat kepada Perlembagaan Persekutuan. Yang pertama ialah peruntukan Perlembagaan berkenaan dengan kekebalan Raja-Raja daripada sebarang tindakan undang-undang seperti dalam Fasal (1) Perkara 32 yang mana selepas perkataan “mahkamah” ditambah perkataan “tetapi hanya berkenaan dengan apa-apa jua yang dilakukan atau ditinggalkan daripada dilakukan olehnya dalam perjalanan atau yang berupa sebagai perjalanan fungsi-fungsinya di bawah mana-mana undang-undang bertulis”. Ini bermakna tidak ada tindakan mahkamah yang boleh diambil terhadap Raja dalam menjalankan tugas rasminya.

    29. Kekebalan Raja atau Sovereign Immunity adalah suatu prinsip feudal – satu konsep kononnya `The King can do no wrong`. Mengikut Dr. Hogg dalam bukunya `Liability of the Crown` konsep ini berasas kepada alasan bahawa seorang Raja tidak boleh didakwa dalam mahkamahnya sendiri. Alasan ini sudah lama dipersoal dan ditolak oleh pakar-pakar undang- undang di Eropah seperti Adams yang merasakan tidak ada keraguan bahawa feudal lords diletak di bawah mahkamah mereka sendiri – `No doubt at all of the subjection of feudal lords to their own courts`.

    30. Di bawah Government of India Act 1935 Governor General atau Governor adalah kebal hanya semasa melakukan tugas rasmi.

    31. Di Amerika Syarikat, tuntutan Presiden Nixon supaya dianya dikecualikan daripada suatu peruntukan undang-undang telah ditolak oleh Supreme Court.

    32. Di England, Queen tidak boleh ditangkap dan penangkapan sesiapa tidak boleh dibuat dalam kawasan istana. Juga dakwaan terhadap Queen tidak boleh dibuat dalam mahkamah.

    33. Tetapi dalam satu kertas yang membincangkan Constitutional Law of India, di bawah Crown Proceedings Act bagi England peruntukan asal telah dipinda supaya `Civil proceedings by and against the Crown` boleh dibuat. Dengan ini perbezaan `proceedings` terhadap `Crown` disamakan dengan rakyat.

    34. Di dalam kertas yang sama disebutkan bahawa adalah menjadi `fundamental general rule` bahawa `His Majesty cannot sanction any act forbidden by the law`. Apabila Baginda tidak boleh sanction, Baginda dengan sendirinya tidak boleh berbuat sesuatu yang salah. Dengan ini, maka `His Majesty is under and not above the laws, (and) that he is bound by them equally with his subjects`.

    35. Peruntukan dalam Perlembagaan-perlembagaan Sepanyol, Belgium, Norway, Denmark, Sweden dan Luxembourg, semuanya memberi immunity kepada Raja hanya dalam menjalankan tugas rasmi sebagai Raja. Sebarang kesalahan dalam menjalankan tugas rasmi akan dipikul oleh Kerajaan atau Menteri.

    36. Tidak ada peruntukan khusus dalam mana-mana Perlembagaan negara-negara Eropah yang memberi immunity kepada Raja apabila melakukan perbuatan yang tidak rasmi. Namun Raja-Raja negara-negara berkenaan masih diiktiraf dan berdaulat. Mereka terus menjadi sovereign dan tidak hilang sovereignty mereka. Pendapat bahawa Raja hanya berdaulat jika Raja boleh melakukan jenayah dengan sewenang-wenangnya, tidak disokong oleh amalan-amalan di negara-negara lain di zaman ini. Bahkan di zaman dahulu pun Raja kerap dihukum apabila melakukan kesalahan. Demikian dengan Charles I di England dan Louis XVI di France.

    37. Hanya dalam Perlembagaan Malaysia sahaja yang diperuntukkan secara khusus bahawa di bawah Artikel 181(2) bahawa `no proceedings whatsoever shall be brought in any court against the Ruler of a State in his personal capacity`.

    38. Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj, Perdana Menteri pertama negara ini, pernah menulis bahawa kekebalan atau immunity ini tidak `satisfactory` kerana `Raja boleh membunuh tanpa sebarang tindakan terhadapnya`. Kesan peruntukan Artikel 181(2) ini amatlah luas. Oleh kerana Perlembagaan-Perlembagaan Persekutuan dan Negeri adalah juga undang-undang, Artikel 181(2) sebenarnya membenarkan Raja melanggar Perlembagaan. Sebab itu apabila Raja berniaga, walaupun dilarang oleh Perlembagaan, tidak ada apa-apa yang boleh dibuat oleh Kerajaan. Yang di-Pertuan Agong juga tidak boleh didakwa dalam mana-mana mahkamah. Tetapi Majlis Raja-Raja boleh melucutkan jawatannya. Sebaliknya sebagai Raja, Artikel 181(2) akan melindunginya.

    39. Jika Malaysia ingin menjadi sebuah negara yang mengamalkan Demokrasi Berparlimen dan Raja Berperlembagaan, kekebalan yang diberikan kepada Raja-Raja perlulah dihapuskan. Oleh kerana Perlembagaan di negara-negara yang mengamalkan Sistem Raja Berperlembagaan tidak memberi kekebalan kepada Raja-Raja mereka, maka penghapusan kekebalan Raja-Raja Melayu tidak akan menjejaskan sover- eignty atau kedaulatan mereka. Di zaman moden ini hanya kerana Raja tidak boleh melakukan jenayah dengan sewenang- wenangnya tidak akan menjejaskan taraf Raja, terutama di dalam sebuah negara yang mengamalkan sistem Demokrasi Berparlimen dan Raja Berperlembagaan.

    40. Untuk menentukan bahawa penghapusan kekebalan berkesan, dua lagi peruntukan dalam Perlembagaan perlu dipinda. Yang pertama ialah berkenaan dengan peruntukan dalam Artikel 63(2) yang melindungi seseorang yang mengambil bahagian dalam perbahasan di Parlimen atau Jawatankuasa Dewan daripada disoal dalam mahkamah, telah dipinda di bawah Artikel 63(4) jika dianya menyentuh peruntukan Akta Hasutan.Peruntukan ini dibuat pada tahun 1971. Ini bermakna teguran terhadap Raja boleh dibuat sebelum 1971 tanpa menjejaskan kedaulatan Raja. Justeru itu membenar semula wakil-wakil rakyat mengkritik Raja yang bersalah tidaklah menidakkan hak atau keistimewaan asli Raja-Raja.Pindaannya Perkara 63 selepas Fasal(4) berbunyi:- “(5) Walau apa pun Fasal (4) tidak seorang pun boleh dikenakan apa-apa prosiding dalam mana-mana mahkamah berkenaan dengan apa-apa jua yang dikatakan olehnya tentang Yang di-Pertuan Agong atau seseorang Raja semasa mengambil bahagian dalam apa-apa prosiding mana- mana satu Majlis Parlimen atau mana-mana jawatankuasanya kecuali jika ia menganjurkan penghapusan kedudukan Berperlembagaan Yang di-Pertuan Agong sebagai Kepala Utama Negara bagi Persekutuan atau kedudukan Berperlembagaan Raja sesuatu negeri, mengikut yang mana-mana yang berkenaan”.Perkara 72 Perlembagaan Persekutuan adalah dipinda dengan memasukkan selepas Fasal (4) Fasal yang berikut:- “(5) Walau apa pun Fasal (4) tiada seorang pun boleh dikenakan apa-apa prosiding dalam mana-mana mahkamah berkenaan dengan apa-apa jua yang dikatakan olehnya tentang Raja mana-mana Negeri semasa mengambil bahagian dalam apa-apa prosiding Dewan Undangan mana-mana Negeri atau mana-mana jawatankuasanya kecuali jika dia menganjurkan penghapusan kedudukan Raja itu sebagai Raja Berperlembagaan Negeri itu”.

    41. Tafsiran yang dibuat mengenai hasutan terhadap Raja dalam Perlembagaan adalah begitu luas sehingga tidak ada apa-apa pun teguran yang boleh dibuat di dalam Parlimen oleh ahli-ahli Dewan Rakyat atau Dewan Undangan. Dengan itu me- dia juga tidak berpeluang untuk melapor. Teguran yang boleh dibuat hanyalah oleh penasihat Raja secara tertutup. Jika teguran ini tidak berkesan tidak ada apa-apa lain yang boleh dibuat.

    42. Sebenarnya ketiga-tiga Perdana Menteri dahulu, sebagai penasihat kepada Raja-Raja, telah pun menegur Raja-Raja berkali-kali semasa mereka berkhidmat. Saya tahu teguran ini dibuat kerana perkara ini telah dilaporkan dalam mesyuarat Jemaah Menteri dan juga Majlis Tertinggi UMNO berkali-kali.

    43. Allahyarham Tun Hussein Onn, semasa menjadi Perdana Menteri, pernah dalam ucapan bertulis di suatu mesyuarat Majlis Raja-Raja, yang dihadiri hanya oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia atau wakil-wakil mereka sahaja, menegur dengan kerasnya perbuatan Raja-Raja yang tidak harus dilakukan.

    44. Tetapi semua teguran ini tidak berkesan. Perkara- perkara yang disentuh terus dilakukan juga, bahkan ditingkatkan. Apa yang tidak pernah dibuat di zaman British dan pada tahun-tahun awalan Malaysia merdeka, dilakukan dengan semakin ketara dan meluas.

    45. Walaupun hampir semua Perdana Menteri dan Menteri Besar melaporkan kepada Majlis Tertinggi UMNO akan masalah yang dihadapi oleh mereka tetapi orang ramai tidak diberitahu. Justeru itu, orang ramai tidak mengetahui masalah yang dihadapi oleh Kerajaan. Sebahagian besar daripada mereka terus percaya bahawa sistem Raja Berperlembagaan berjalan dengan baik dengan Raja menghormati segala peruntukan dalam Perlembagaan. Hanya sebilangan kecil daripada rakyat yang mengetahui dan mereka ini memang tidak senang hati dengan perbuatan Raja-Raja. Tetapi mereka ini tidak dapat menyuarakan pandangan dan perasaan mereka ini kerana adanya Akta Hasutan.

    46. Akta Hasutan dan peruntukan berkenaan dengan hasutan terhadap Raja-Raja dalam Artikel 63(4) Perlembagaan menghalang rakyat daripada mendapatkan maklumat dan menyuarakan pendapat mereka. Mereka hanya dapat bercakap sesama sendiri sahaja. Pemimpin-pemimpin politik, termasuk pemimpin-pemimpin Kerajaan, memang mendengar dan menyedari akan pandangan dan kemarahan sebilangan rakyat yang mengetahui perbuatan Raja. Demikianlah kemarahan mereka sehingga ada, terutama di kalangan generasi muda, yang menganggap Sistem Beraja sudah ketinggalan zaman.

    47. Tetapi oleh kerana Akta Hasutan dan larangan terhadap mengkritik Raja, Raja tidak mendengar dan tidak percaya kepada penasihat mereka apabila maklumat disampaikan berkenaan kegelisahan rakyat. Raja dan keluarga-keluarga di-Raja nampaknya berpendapat bahawa semua ini adalah ciptaan penasihat-penasihat Raja untuk menakutkan Baginda atau untuk merebut hak Raja.

    48. Dalam keadaan ini Raja bukan sahaja akan meneruskan amalan-amalan yang tidak disenangi atau disukai oleh rakyat tetapi juga akan melakukan perkara-perkara yang lebih dibenci oleh rakyat. Jika trend ini tidak disekat, perasaan rakyat terhadap Raja tentu akan meluap dan menjadi begitu buruk sehingga pada suatu masa nanti rakyat mungkin tidak lagi dapat membendung perasaan mereka. Perasaan yang diluahkan dalam surat-surat kepada akhbar sebenarnya sudah lama wujud.

    49. Dengan izin Tuan Yang di-Pertua, saya ingin membaca petikan daripada satu rencana yang dihantarkan kepada akhbar The Straits Times pada tahun 1946 oleh seorang tokoh Melayu yang terkemuka, apabila British mencadangkan penubuhan Malayan Union. Tokoh ini kemudian memegang jawatan yang tinggi dalam Kerajaan. Rencana ini tidak disiarkan oleh akhbar Straits Times tetapi ia disampaikan kepada saya baru- baru ini oleh penulis.

    50. Penulis ini menyatakan, dengan izin, `All intelligent Malay leaders ought now seriously to give most profound and careful thought to the question whether the time has not ar- rived when the Malay Royalty (I mean the Sultan and Raja) should gracefully withdraw themselves altogether`.

    51. Jika pandangan seperti ini sudah ada pada tahun 1946, apakah ia tidak mungkin wujud semula pada tahun 1993 jika Raja-Raja tidak dihalang daripada melakukan perbuatan- perbuatan yang tidak diingini?

    52. Perlindungan dan keistimewaan yang diberi kepada Raja bertujuan meletakkan Raja di tempat yang tinggi dan mulia. Perlindungan dan keistimewaan ini bukanlah untuk membolehkan Raja melakukan apa sahaja termasuk jenayah. Raja yang sedar dan faham akan maksud sebenar peruntukan ini akan sentiasa memelihara daripada mencemar diri dalam perbuatan atau berkelakuan yang tidak baik dan tidak disukai oleh masyarakat. Raja yang sedar akan tahu bahawa perbuatan tidak menghiraukan perasaan dan pandangan masyarakat akan menyebabkan rakyat akhirnya menyingkirkan Raja, bahkan menghapuskan Sistem Beraja. Inilah yang berlaku di negara- negara lain yang sekarang menjadi republik.

    53. Di Malaysia lindungan yang diberi amatlah tebal.Kekebalan Raja daripada undang-undang dan larangan terhadap teguran, walaupun hanya oleh ahli-ahli Dewan-Dewan Undangan yang dipertanggungjawabkan untuk mentadbir negara, mengasingkan Raja daripada dunia sebenar. Dalam keadaan ini perbuatan dan tingkah-laku Raja akan menjadi lebih buruk sepanjang masa. Inilah yang berlaku di Malaysia sekarang.

    54. Justeru itu, adalah penting Ahli-Ahli Dewan diberi semula hak menegur Raja dalam perbahasan mereka. Tanpa hak ini Ahli-Ahli Dewan tidak akan berjaya mengamalkan sistem Demokrasi Berparlimen dan tidak akan dapat membuktikan bahawa rakyatlah yang berkuasa dalam sistem ini. Tanpa hak ini, yang berkuasa ialah Raja dan bukan rakyat.

    55. Dengan adanya larangan terhadap menegur Raja, Ahli-Ahli Dewan sebenarnya tidak dapat memelihara Institusi Raja dan Sistem Beraja. Justeru itu, kebebasan Ahli-Ahli Dewan berucap dalam Dewan tidak harus disekat oleh Akta Hasutan seperti yang diperuntukan di bawah Artikel 63(4) dan 72(4).Dengan ditambah Artikel 63(5) dan 72(5) Ahli-Ahli Dewan bukan sahaja boleh memelihara kedudukan Raja, tetapi institusi Raja Berperlembagaan akan dilindungi oleh Perlembagaan secara jelas, kerana disebut di dalam Artikel 63(5) dan 72(5) bahawa pengecualian daripada Akta Hasutan tidak termasuk penganjuran `penghapusan kedudukan Berperlembagaan Yang di-Pertuan Agong sebagai Kepala Utama Negara bagi Persekutuan atau kedudukan Berperlembagaan Raja sesuatu negeri`.

    Tuan Yang di-Pertua,

    56. Perkara yang kedua yang boleh menidakkan penghapusan kekebalan Raja-Raja apabila melakukan sesuatu yang melanggar undang-undang dalam suatu urusan yang tidak rasmi ialah hak pengampunan Raja seperti yang diperuntukkan dalam Artikel 42. Dengan peruntukan ini, Raja boleh mengampunkan dirinya sendiri jika ia dihukum salah oleh mahkamah setelah kekebalan daripada tindakan undang-undang ditarik balik. Ini bermakna penarikan kekebalan tidak bermakna dan tidak berkesan.

    57. Justeru itu, Kerajaan bercadang supaya Perkara 38 dan 42 Perlembagaan Persekutuan dipinda seperti dalam Fasal(2) Perkara 38 dan Fasal(12) Perkara 42. Fasal (2) Perkara 38 Perlembagaan Persekutuan adalah dipinda – (a) dengan menggantikan koma di hujung perenggan (c) dengan koma bernoktah; dan (b) dengan memasukkan, selepas perenggan (c), perenggan yang berikut: “(d) memberi ampun, reprief dan respit, atau meremitkan, menggantung atau meringankan hukuman-hukuman, di bawah Fasal (12) Perkara 42,”.Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan adalah dipinda dengan memasukkan, selepas Fasal (11), Fasal-Fasal yang berikut: “(12) Walau apa pun apa-apa jua yang terkandung dalam Perlembagaan ini, jika kuasa-kuasa yang tersebut dalam Perkara ini – (a) kena dijalankan oleh Yang di-Pertua Negeri sesuatu Negeri dan dikehendaki dijalankan berkenaan dengan dirinya atau isterinya, anak lelakinya atau anak perempuannya, kuasa-kuasa itu hendaklah dijalankan oleh Ketua Menteri bagi Negeri itu yang bertindak atas nasihat Lembaga Pengampunan yang ditubuhkan bagi Negeri itu di bawah Perkara ini dan yang hendaklah dipengerusikan olehnya; (b) dikehendaki dijalankan berkenaan dengan Yang di-Pertuan Agong, Raja sesuatu Negeri, atau Konsortnya, mengikut mana-mana yang berkenaan, kuasa-kuasa itu hendaklah dijalankan oleh Majlis Raja-Raja dan peruntukan-peruntukan yang berikut hendaklah terpakai: (i) apabila menghadiri mana-mana prosiding di bawah Fasal ini, Yang di-Pertuan Agong tidak boleh disertai oleh Perdana Menteri dan Raja-Raja lain tidak boleh disertai oleh Menteri-Menteri Besar mereka; (ii) sebelum membuat keputusannya tentang apa-apa perkara di bawah Fasal ini, Majlis Raja-Raja hendaklah menimbangkan apa-apa pendapat bertulis yang mungkin telah diberikan oleh Peguam Negara tentang perkara itu; (c) dikehendaki dijalankan oleh Yang di-Pertuan Agong atau Raja sesuatu Negeri berkenaan dengan anak lelakinya atau anak perempuannya, mengikut mana-mana yang berkenaan, kuasa- kuasa itu hendaklah dijalankan oleh Raja sesuatu Negeri yang dinamakan oleh Majlis Raja-Raja dan Raja itu hendaklah bertindak mengikut nasihat Lembaga Pengampunan yang relevan yang ditubuhkan di bawah Perkara ini.(13) Bagi maksud perenggan (b) dan (c) Fasal (12), Yang di-Pertuan Agong atau Raja Negeri yang berkenaan, mengikut mana-mana yang berkenaan, dan Yang di-Pertua- Yang di-Pertua Negeri tidak boleh menjadi anggota Majlis Raja-Raja”.

    58. Dengan pindaan ini Raja tidak boleh mendengar rayuan dan mengampun dirinya sendiri. Jika ada Raja atau Konsortnya yang merayu pengampunan, maka Majlis Raja-Raja akan mendengar dan memutuskan kes berkenaan.

    59. Raja juga tidak boleh mendengar rayuan dan mengampun anaknya. Majlis Raja-Raja akan melantik seorang Raja lain untuk mendengar dan memutuskan rayuan pengampunan anak Raja.

    60. Dengan pemansuhan kekebalan Raja-Raja daripada tindakan undang-undang, kecuali ketika menjalankan tugas rasminya, adalah dipercayai Raja tidak akan melakukan perbuatan- perbuatan yang boleh didakwa di mahkamah. Dengan ini, Raja akan dihormati rakyat.

    61. Pemansuhan sekatan yang dikenakan terhadap Ahli-Ahli Parlimen dan Dewan-Dewan Undangan Negeri oleh Akta Hasutan akan mengelakkan Raja-Raja daripada melakukan sebarang perbuatan yang mungkin menarik teguran ahli-ahli dewan-dewan berkenaan.

    62. Pemansuhan kuasa mengampun diri sendiri akan menjadikan tindakan undang-undang lebih berkesan.

    63. Tujuan sebenar pindaan-pindaan ini bukan kerana Kerajaan ataupun rakyat ingin mengheret Raja-Raja ke mahkamah dengan sewenang-wenangnya. Tujuannya ialah supaya Raja-Raja akan menghindarkan diri daripada melakukan perbuatan yang boleh mengakibatkan tindakan undang-undang.Oleh itu, Raja akan lebih dihormati.

    64. Harus diingat bahawa penghormatan rakyat terhadap Raja tidak boleh ditentukan oleh undang-undang. Dengan izin, `Respect must be earned`. Mengadakan undang-undang yang menakutkan rakyat tidak akan membawa `respect`. Dengan kesedaran Raja boleh dihadapkan ke mahkamah, Raja tentu akan mengelak daripada melakukan perbuatan yang akan menyebabkan rakyat tidak menghormati Raja. Dengan itu, Institusi Beraja akan lebih dihormati dan lebih berkekalan.

    65. Bagi menguatkan usaha mengekalkan Raja dan Sistem Beraja, sebarang syor atau desakan menghapuskan Sistem Beraja adalah ditafsirkan sebagai hasutan dan akan didakwa di bawah Akta Hasutan.

    Tuan Yang di-Pertua,

    66. Saya berasa amat sedih kerana pada hari ini saya terpaksa mengemukakan kepada Dewan yang mulia ini satu Rang Undang-undang untuk meminda Perlembagaan yang sedikit-sebanyak mencemar nama baik Raja dan Institusi Raja. Dengan hati yang berat saya telah mengemukakan dan mengulas pindaan-pindaan yang dicadangkan ini.

    67. Kerajaan membuat keputusan untuk meminda Perlembagaan bukannya tanpa sebab. Sebenarnya seperti yang telah saya katakan, Kerajaan telah mengelak daripada membuat pindaan ini semenjak daripada mula kita mencapai kemerdekaan. Kita mengelak kerana ingin menjaga maruah Raja-Raja. Tetapi pendekatan secara ini tidak meredakan keadaan. Sebaliknya keadaan menjadi lebih buruk.

    68. Akhirnya dengan berlakunya insiden Raja memukul rakyat dan sebelum ini satu lagi insiden di mana anak Raja juga memukul rakyat, Kerajaan tidak dapat memandang ringan kejadian-kejadian ini tanpa menjejaskan kredibiliti Kerajaan sebagai pemerintah yang bertanggungjawab.

    69. Kerajaan terpaksa membuat pendirian tegas untuk melindungi rakyat daripada dianiaya oleh Raja. Sudah tentu pendirian ini tidak dibuat kerana dua insiden ini sahaja.Sebelum ini terdapat banyak insiden di mana Raja menganiaya rakyat, Raja menyalahi undang-undang civil dan criminal, Raja menyalahgunakan wang serta harta Kerajaan dan negara, Raja menekan dan menganiaya pegawai-pegawai.

    70. Insiden di Johor hanyalah dengan izin, `the straw that broke the camel`s back`. Reaksi rakyat terhadap insiden-insiden ini jelas menunjukkan bahawa rakyat tidak lagi dapat menerima dan `tolerate` perbuatan seperti ini.

    Tuan Yang di-Pertua,

    71. Memang ada orang tertentu yang seolah-olah ingin memberi kuasa dan mempertahankan Raja apabila Raja melakukan jenayah. Mereka cuba memesongkan fikiran rakyat dengan menuduh bahawa Kerajaan bercadang menghapuskan Sistem Beraja.

    72. Saya ingin menegaskan bahawa Kerajaan Barisan Nasional tidak bercadang sama sekali untuk menghapuskan Sistem Beraja. Ini jelas daripada pindaan yang dikemukakan.Sebarang cadangan untuk menghapuskan Sistem Beraja akan ditafsir sebagai hasutan dan Kerajaan akan mengambil tindakan di bawah Akta Hasutan ke atas sesiapa sahaja yang mengesyor atau bertindak untuk menghapuskan Sistem Beraja.

    Tuan Yang di-Pertua,

    73. Kerajaan sedar bahawa rakyat, khususnya orang Melayu menerima dan menyokong Institusi Raja-Raja Melayu. Tuduhan yang dibuat bahawa Kerajaan bercadang untuk menghapuskan Sistem Beraja adalah kerana kepentingan politik semata-mata. Kerajaan yang mewakili majoriti orang Melayu dan kaum-kaum lain akan mematuhi kehendak rakyat dan tidak akan melakukan sesuatu yang tidak disukai.

    74. Oleh kerana jelas majoriti rakyat berbilang kaum di negara ini masih menghendaki Sistem Beraja, khususnya Sistem Raja Berperlembagaan, maka Kerajaan akan menentukan sistem ini dilindungi oleh Perlembagaan.

    Tuan Yang di-Pertua,

    75. Ada pihak yang berpendapat bahawa Raja Melayu diperlukan untuk melindungi orang Melayu. Peristiwa Perjanjian MacMichael dan Malayan Union jelas membuktikan bahawa yang sanggup dan mampu melindungi orang Melayu ialah orang Melayu sendiri. Jika tidak kerana mereka bangun dan menentang Malayan Union, hari ini orang Melayu akan menjadi pengemis di negeri sendiri.

    76. Percubaan pihak yang cuba menakutkan orang Melayu terhadap pindaan ini adalah kerana mereka ingin menggunakan sentimen kaum untuk kepentingan parti mereka. Sejarah mereka tidak boleh meyakinkan kita bahawa mereka ikhlas.Mereka inilah yang telah cuba melemahkan orang Melayu dengan memecahbelahkan UMNO dan mengadakan kerjasama dengan pihak- pihak tertentu yang diragui oleh orang Melayu.

    77. Apakah hanya dengan menghalang Raja daripada melakukan jenayah maka Raja akan hilang kedaulatan dan tidak lagi menjadi Raja? Pendapat bahawa Raja hanya boleh menjadi 33 Raja jika ia berhak dan diberi keistimewaan melakukan jenayah adalah bertentangan dengan konsep Raja sebagai punca undang-undang. Di zaman dahulu di Barat, Raja memang mempunyai hak melakukan jenayah. Umpamanya mengikut kepercayaan kepada konsep, dengan izin, `Droit du seigneur` (right of the Lord) atau Hak yang di-Pertuan, Raja berhak bermalam dahulu dengan semua pengantin baru.

    78. Tetapi di Barat pun semua hak ini telah dihapuskan.Sebab itu di negara-negara Barat yang mengekalkan Sistem Beraja, tidak ada kekebalan secara khusus bagi Raja. Jika ada pun sebutan bahawa Raja tidak boleh dihadapkan ke mahkamah, ini hanyalah formaliti sahaja. Raja, Kerajaan dan rakyat tahu bahawa jika Raja melakukan jenayah, ia akan dihadapkan ke mahkamah, dan ia akan diturunkan dari takhtanya. Justeru itu, Raja di negara Barat tidak akan dengan sengaja melakukan jenayah.

    79. Walaupun jelas Raja-Raja di Barat tidak kebal atau immune daripada tindakan undang-undang dan bukan undang-undang, Raja masih tetap juga Raja. Mereka masih dihormati dan disegani.

    Tuan Yang di-Pertua,

    80. Di zaman British, Raja-Raja Melayu bukan sahaja tidak kebal tetapi juga berada di bawah telunjuk pegawai-pegawai British. Mereka boleh dinaikkan atau diturunkan dari takhta. Satu daripada ugutan MacMichael supaya Raja menandatangani Perjanjian Malayan Union ialah mereka akan diturunkan dari takhta jika mereka tidak menandatangani Perjanjian tersebut.

    81. Dalam keadaan sebegini pun, Raja masih terus menjadi Raja. Rakyat tidak menuntut supaya Raja-Raja disingkir atau Sistem Beraja dihapuskan walaupun Raja-Raja telah menyerahkan negeri-negeri Melayu kepada penjajah. Sayugia diingatkan bahawa pada masa itu Raja-Raja di Indonesia, India dan Pakistan telah ditolak oleh rakyat yang menuntut kemerdekaan. Sebaliknya rakyat Malaysia, terutama orang Melayu dan UMNO, telah berjuang untuk menyelamatkan Raja-Raja dan Sistem Beraja.

    82. Dengan tindakan orang Melayu melawan Malayan Union adalah jelas bahawa nasib orang Melayu berada di tangan rakyat Melayu. Keselamatan orang Melayu tidak terjejas dengan Raja Melayu tidak memiliki hak untuk melakukan jenayah. Ada pihak yang berkata dengan penghapusan hak Raja melakukan jenayah, maka orang Melayu tidak akan Melayu lagi atau akan habislah keistimewaan kedudukan orang Melayu. Ini tidaklah benar. Ini adalah fitnah. Yang akan menjamin Melayu terus Melayu dan hak-hak orang Melayu terus terpelihara ialah orang Melayu sendiri. Merekalah melalui wakil-wakil dan Kerajaan yang mereka pilih yang mencipta dan melaksanakan berbagai-bagai rancangan untuk memelihara dan menebus maruah bangsa Melayu.

    Tuan Yang di-Pertua,

    83. Seorang Raja telah menyoal kenapakah pindaan Perlembagaan ini dikaitkan dengan agama Islam sedangkan Kerajaan ini tidak bersetuju dengan pelaksanaan undang- undang syarak dan hudud. Menurut Baginda, Baginda sedia menerima hukum-hukum Islam tanpa immuniti tetapi tidak sanggup menerima undang-undang negara yang dikatakan bukan undang-undang Islam.

    84. Sama ada direstui atau tidak oleh Baginda, kedudukan Raja-Raja Melayu semenjak merdeka ditentukan oleh undang- undang, iaitu Perlembagaan. Undang-undang inilah juga yang memberi keistimewaan-keistimewaan tertentu kepada Raja. Di antara keistimewaan ini ialah immuniti daripada tindakan undang-undang. Jika Raja sanggup menerima immuniti di bawah undang-undang yang bukan undang-undang Islam, kenapakah penghapusan immuniti dalam undang-undang yang sama tidak mahu diterima oleh Raja?

    85. Dalam Islam ada dua prinsip yang dipegang kuat berkenaan dengan undang-undang. Yang pertamanya ialah tidak ada perbezaan antara umat Islam daripada segi penguatkuasaan hukum-hukum Islam. Raja dan rakyat adalah sama sahaja.Immuniti bagi Raja adalah bertentangan dengan prinsip ini.Menolak penghapusan immuniti supaya dikekalkan perbezaan antara Raja dan rakyat dalam undang-undang tidak mencerminkan pegangan yang kuat kepada prinsip Islam.

    86. Menerima immuniti daripada undang-undang yang dikatakan bukan undang-undang Islam, tetapi menolak penghapusan immuniti ini dalam undang-undang yang sama amatlah bercanggah dengan dakwaan hanya sanggup menerima undang- undang Islam sahaja.

    87. Islam memberi banyak kelonggaran. Islam mengambilkira segala faktor dan keadaan yang dihadapi oleh umatnya.Demikian dalam menunaikan ibadat pun keadaan alam sekeliling, kesihatan individu dan keadaan semasa diambilkira. Oleh itu, sembahyang boleh dilakukan tanpa gerak badan tertentu, tanpa menghadapi kiblat, didahulukan, dikemudiankan atau dicantumkan, berjemaah atau berseorangan.Rakyat Palestin yang dihalau keluar oleh Pemerintahan Zionis boleh sembahyang tanpa menanggalkan kasut. Dalam ibadat- ibadat lain kelonggaran juga diberikan. Demikian juga dengan penguatkuasaan hukum hudud. Keadaan alam sekeliling dan masyarakat perlu diambilkira. Sebab itu tidak banyak negara yang majoriti penduduknya terdiri daripada orang Islam yang melaksanakan hukum hudud. Yang melaksanakannya pun tidak melaksanakan dengan sepenuhnya.

    88. Kerajaan tidak menolak hukum hudud. Pelaksanaannya mestilah mengambilkira keadaan negara di mana penduduk Islamnya hanya merupakan 56 peratus dan mereka masih daif dalam berbagai-bagai bidang. Pentadbiran yang menolak kelonggaran yang diberikan oleh Islam sebenarnya tidak mematuhi ajaran Islam. Islam tidak menyuruh orang Islam atau Kerajaan Islam melaksanakan hukum Islam secara membuta- tuli sehingga boleh membinasakan diri. Sebab itu Nabi menyuruh pengikutnya pergi ke Habsyah untuk menyelamatkan diri. Sebab itu Nabi berhijrah ke Madinah untuk menyelamatkan Islam dan perjuangan Islam.

    89. Jika keadaan mengizinkan, kita akan menguatkuasakan hukum hudud. Tetapi janganlah sementara kita menunggu hukum hudud dilaksanakan, kita melakukan sesuatu yang bertentangan dengan ajaran Islam. Sebenarnya jenayah yang dilarang dalam undang-undang negara ini adalah juga yang dilarang oleh agama Islam. Apakah Raja berkenaan mahu kebebasan melakukan jenayah ini hanya kerana kita belum boleh melaksanakan hukum hudud yang melarang jenayah yang sama?

    90. Prinsip yang kedua ialah tidak ada kekebalan dalam Islam. Semua hukum adalah untuk semua umat. Raja yang mahu dirinya kebal daripada undang-undang sudah tentu menentang prinsip Islam ini.

    Tuan Yang di-Pertua,

    91. Akhirnya saya ingin menyentuh mengenai masalah menasihati Raja. Seperti yang telah saya sebutkan, Raja dikehendaki menerima nasihat Kerajaan. Di negara-negara lain di mana Sistem Beraja masih wujud walaupun tidak ada peruntukan khusus bahawa Raja bertindak mengikut nasihat Kerajaan, namun Raja tidak pernah bertindak bertentangan dengan nasihat Kerajaan. Oleh itu, perhubungan di antara Raja dengan Kerajaan yang mewakili rakyat tetap baik. Lebih daripada itu, di negara-negara ini Raja dihormati dan disanjung tinggi oleh masyarakat.

    92. Malangnya, di Malaysia walaupun ada peruntukan bahawa Raja harus bertindak mengikut nasihat Kerajaan, tetapi pihak Raja memegang kepada tafsiran nasihat yang diterima umum – iaitu nasihat boleh diterima atau ditolak. Tafsiran ini adalah salah. Dalam pada itu, ada pula perkara tertentu yang Raja menganggap ianya tidak perlu diberi nasihat.Dengan ini banyaklah perkara yang dilakukan yang bertentangan dengan Kerajaan yang mewakili rakyat.

    93. Masalah yang dihadapi hari ini berpunca daripada pendapat bahawa Raja boleh membelakangkan Kerajaan rakyat.Tindakan curang yang berlaku adalah kerana nasihat tidak dihiraukan. Tidak adanya persetujuan terhadap pindaan ini juga berpunca daripada keengganan Raja menerima nasihat.

    94. Jika ini berterusan, maka Kerajaan Demokrasi Berparlimen tidak dapat wujud sepenuhnya dan sebenarnya. Inilah sebabnya Kerajaan membawa pindaan ini kepada Dewan. Jika proses ini dipertikaikan, maka keputusan boleh dibuat oleh mahkamah. Sebagai Kerajaan yang berpegang teguh kepada, dengan izin `rule of law` kita akan patuh kepada keputusan mahkamah. Di masa yang sama, perkara ini tidak harus dilihat daripada sudut undang-undang sahaja. Ia perlu dilihat daripada sudut politik juga.

    95. Di waktu Raja menyerahkan negeri-negeri Melayu kepada British, rakyat mengambil tindakan politik untuk mendapatkan balik negeri-negeri Melayu dan mengekalkan Institusi Raja. Walaupun daripada segi undang-undang rakyat tidak berhak kerana semua perjanjian dibuat antara British dan Raja sahaja, pihak British menghormati tindakan politik rakyat.

    96. Saya berharap Raja-Raja Melayu juga akan mengambil iktibar daripada sejarah negara, khususnya sejarah Malayan Union dan menerima kehendak politik negara. Walaupun tanda-tanda menunjukkan bahawa Raja-Raja tidak menerima pindaan ini, saya berharap selepas pindaan ini diluluskan oleh Dewan Rakyat dan Dewan Negara, Raja-Raja Melayu akan menerima dan meluluskan undang-undang ini.

    Tuan Yang di-Pertua, Saya mohon mencadangkan.:)

    MANUSIA UMNO PEMUSNAH KEDAULATAN RAJA MELAYU
    – Naspazi

  23. TAN SRI KADOK….ANDA JUGA ADALAH SEBAHAGIAN DARIPADA LEMBU YANG BERSAMA DENGAN AMENO…KENYATAAN ANDA JUGA TAK RASIONAL…

    KIRANYE ANDA JUGA LEMBU YANG SEGAR…ENAK DI MAKAN BEGITU SAHAJA…..

  24. Nah Tan Sri Kadok….baco artikel Naspazi betul-betul….Tahniah Naspazi…Harap media PR sebarluaskan artikel ni supaya rakyat Malaysia tahu siapa manusia KEPARAT sebenarnya…macam Tan Seri Kadok…. Lu pikir lah sendiri….malas nak layan org gilo macam kau…tak paham-paham, macam budak pemulihan kat sekolah pulak….Org UMNO tak kan paham selamnya…diorg ni hati batu…hati kotor…tak nampak NUR kebenaran…bg diorg kebenaran adalah WANG, RASUAH, PROJEK dan perkara lain yg terkeji….

  25. Kadok ke kodok ke MalaysianUnited ke semua talak otak punya olang, jangan layan diaolang, semua olang ameno/be end. Hati sudah gulap macam olang Habsyi negeli Alab.

  26. melayu bodoh adalah MELAYU UMNO!

  27. org UMNO mana ada ‘nur’ pun….

  28. Malaysianunited, lu tukar nama kepada Malaysiandemolish lagi sesuai. asyik nak berantakan je kerja hang ya, mari kita ramai-ramai hancurkan dia, takde maruah punya orang!

  29. masalah dalam malaysia ni akan selesai selepas umno bn dihapuskan.
    Kita juga dah tak boleh harap dengan polis, SPRM, SPR, diaman mereka semua ni adalah ahli gabungan umno bn, manakala ketua mereka adalah ketua cawangan umno. Permasalahan adalah sifat tamak umno untuk memerintah. Yang bodoh adalah melayu umno. ok ternmasuk kodok, malaysia united. bangang tak sudah babi

  30. Pok Nik kita buka maksum… kita bersifat baharu…
    Kita pun banyak dosa … jgn dok tambah-tambah lg dosa kita… saling ingat mengingati… I’m sorry.

    Semua memberi pandangan berdasarkan persepsi masing-masing… Semua ada ‘bias’ bergantung kepada aliran pemikiran kita..

    Ia sesuatu yg subjektif. Semua pendapat yg diberi betul dari sudut pandangan yg berbeza. Itu hak masing-masing untuk memberi pendapat.

    Baik.. kalau kita nak jaga politik org Melayu mengapa kita tak bersatu… mengapa Melayu UMNO, Melayu PKR dan PAS bergaduh … masing-masing ego dengan pandangan yang berbeza. Cuba satukan pandangan itu…

    UMNO tak jaga pun kepentingan org Melayu sepenuhnya… Dia bg sedikit kepada rakyat tapi banyak yg diambil oleh PEMIMPIN UMNO… Rakyat pun tahu salahguna ini… UMNO akan hilang dalam PRU13 jika keadaan ini berterusan.
    Badan undang-undang dan kehakiman tidak adil. Keputusan sentiasa menyebelahi pemimpin UMNO walau semua pihak tahu mereka bersalah.
    Pemimpin UMNO terlibat rasuah.. tapi tindakan tidak diambil… Pilihanraya tidak telus banyak berlaku penipuan untuk mengekalkan pemimpin2 tertentu dengan UNDI POS… Jika UMNO nak teruskan survival kenalah buat reshuffle besar-besaran…. anak-anak pemimpin UMNO tidak boleh terlibat dalam business mendapat kontrak kerajaan dan politik. Amacam boleh hidup dak?
    Jika UMNO benar-benar sayang Melayu buang semua sifat serakah dan bersatu dengan PAS dan PKR.

    PAS cuba untuk melahirkan negara Islam sepenuhnya… Boleh diterima… tetapi susah sikit la ustaz!!! kita mempunyai rakyat pelbagai kaum. Di Kelantan OK sebab rakyat ramai org Melayu Islam… berbanding negeri-negeri lain spt Perak, Selangor, Penang, susah ustaz nak capai matlamat ni… Pemimpin PAS lain tak sehebat Datuk Nik Aziz… PAS kena ada perancangan yg lebih hebat… carilah pakar-pakar dalam bidang sains politik Islam.. Kaji macam mana Perlembagaan Madinah berjaya menyatukan semua kaum semasa pembentukan Kerajaan Islam Madinah… Disitu terdapat kunci yg tersembunyi….

    PKR masih baru tetapi telah berjaya mencuri hati rakyat marhaen … sebab ANWAR IBRAHIM.. Dia pemimpin yg bagus…Hal-hal peribadi dari pandangan saya di utara dia OK… ANWAR boleh menyatukan org Melayu jika semua bersetuju atas satu matlamat menyelamatkan POLITIK org Melayu..

    PAS + PKR + UMNO = survival politik Melayu

    Ada ka depa mau dengar cakap rakyat marhaen ni…. Harap-harap depa semua sayang bangsa Melayu dan agama depa… amin..

  31. malaysianunited?….. tambah sorang lagi tak reti bahasa istana. ‘Sembah derhaka’ tu bahasa istana la bodo. Bahasa beradab. Ape hal la bengap sangat?…. Tu la pasal, rakyat suruh mansuh PPSMI tak mau. Pejuang bahasa dikatakan ‘anasir’ dek MP MELAYU BN sendiri. Tuh, 10 tahun lagi bertambah la makhluk macam malaysianunited ni. Lain kali kalau dah otak UMNO sangat, suruh kerajaan wujudkan pembelajaran bahasa istana. Ehem, ada MP BN yang melayu sorang tu tak fasih B.I. tapi boleh jd MP gak…..

  32. Aku kesian betul la kat pemuda Umno tu. Betul2 dia org tu dah tak leh guna otak – hingga terpaksa guna tangan.

    Tapi aku lagi kesian kat penyokong2 pemuda Umno yg membela tindakan brutal tu. Kalau macam nie lah cara perjuangan kalian, makin jauh la Umno dari hati rakyat.

    Tak berdaya intelek langsung. Sikit2 ikut perasaan & guna kekerasan. Betul2 tak pakai akai. Buat malu Melayu je…

  33. anakrajadagang,

    Ini nak tanya ni, wujud kah kaedah sembah derhaka ini?..gi la baca sejarah, dari Kesultanan Melayu Melaka hingga ke zaman peralihan kepada pemerintahan British..mana ada wujudpun perkataan ‘sembah derhaka’ ini.

    Derhaka lebih kepada sifat perbuatan atau tuduhan kepada seorang individu yang dikatakan membelakangi/melawan/mengendahkan Sultan seperti,
    1) membelakangi Sultan/Raja dalam mengutip cukai..(sewaktu zaman institusi Raja2 Melayu masih memerintah secara mutlak)
    2) Mengambil harta hak milik Sultan.
    3) Menjadi ejen kepada musuh baginda.

    TIADA dalam sejarah seseorang individu itu membuat sembah derhaka kepada Raja atau Sultan di negerinya.

    Bendara Tun Perak pun waktu anaknya dibunuh anak Sultan, beliau tidak buat sembah derhaka..sila la lapangkan diri membaca buku Sejarah Melayu.

    Bahkan bapa Tajol Rosli menyanggah kehendak Sultan, tidak pula dia nak ‘menyembah derhaka’ pada Sultan..

    Apa yang DS Nizar buat TIDAK PERNAH DIBUAT ORANG..

    Mengaku jea la anakrajadagang oi..tiada bahasa sebegitu diungkapkan kepada Sultan atau Raja Melayu sejak dari zaman Parameswara hingga la di hari DS Nizar ungkapkan perkataan itu.

    ‘Derhaka’ ialah bahasa yang digunakan di istana, juga di khalayak ramai. Sama maksud adalah ‘belot’.

  34. Nak betulkan anda di sini anakrajadagang,

    Derhaka bukan bahasa beradab. Bahasa istana ialah bahasa puitis..bahasa yang menggunakan ungkapan dan perumpamaan.

    Ambil contoh yang anda rasa biasa didengari..

    ‘ingin membuat onar’
    ‘sembah patik harap diampun’..sebelum nak beritahu raja atau sultan pun dah meminta maaf..takut terkasar bahasa.

  35. malaysianunited saya kagum tentang awak mempertahankan bangsa awak ,tetapi yang bagi respon tentang artikel di atas adalah ramai bukan melayu jadi buang masa saja,mereka ni kafir yang sentiasa akan buat provokasi terhadap apa yang saudara terangkan.Oleh yang demikian usah buang masa dengan kafir kat sini, menurut antara yang dikenalpasti bukan melayu gegala,anakrajadagang,ghaib,ghuyub,bron9,Ipohmali,oleh yang demikian tak perlulah buang masa

  36. Malaysianunited, lu amatlah bebal sekali. Memamg lu buang masa lu, wa baca lu punya tulisan manyak gelihati, wa lasa lu ni boleh jadi pak pandir moden ma, haiya, manyak lawak ma, kesian lu. Wa ingat lu celdik punya olang ka, tapi lupa-lupanya lu talak otak punya olang, hangsup.

  37. Ingat, barang sapa yg menuduh org lain yg beriman kafir maka …

  38. Halo broder din taxi, lu jgn sinang-sinang cakap olang lain kafir ma, wa sudah lama masuk Islam ma, wa sudah kahwin sama Melayu ma. Wa punya emak saudala pun sudah kahwin sama mamak ma, wa hari-hari pun minum teh tarik, makan loti canai kedai mamak ma. We all Malaysian ma. Wa sokong tok gulu ma. Haiya, lu cakap baik-baik sikit ma, haiya chin choi ya.

  39. Penduduk Malaysia hari nie lebih kurang 27 juta. 54% Melayu. 25% keturunan Cina & 7% keturunan India (25%+7%=32%).

    Sapa yg setuju dgn prinsip jus soli & beri taraf warganegara kpd 32% tu kalau bukan Umno? Tapi kenapa penyokong & pendokong Umno kini chauvinist?

    Kalau mulut Karpal yg celupar, apakah pemuda Umno mesti guna penumbuk? Tak leh fikir cara lain ke? Tu la, pemuda Umno harapan bangsa dah jadi OKU – otak kurang upaya! Macam mana nak bela Melayu?

  40. oii penyokong umno… pegi la berambus lawat blog mykmu.net… kat situ kau boleh buat puji-pujian kt parti kesayangan kau tu..

    arr… jgn lupa kena registre dan masukkan password ok

    kat sini parti korang tu diwah tapak kaki kitorang aje… aku dah patah-patahkan keris kontot korang

    keris korang kita pakai untuk majlis kawin aje

    kahkahkah

  41. Pemuda Umno punya olang suka bikin kacau, itu sudah jadi dalah daging diaolang ma. Dia punya penyokong pun sama jugak mau kacau sama kita olang, jahat punya olang Umno.

  42. Hakk tuihh bawah tapak kaki korang…dlm blog berlagak nak mampuih….cakap nak letup je…weeiii bangsa2 melayu bodoh..gi lah ikut pungkoq karpal tuh gi ikut pungkoq cina ikut pungkoq anwar…DEPA SUMA TUH YG BAKAL BAGI ANAK BINI HAGPA MAKAN,BAGI GENERASI HANGPA SENANG HIDUP NANTI…SOKONG LAH DEPA SAMPAI BILA2…DEPA KAN X PERNAH BUAT SALAH..DEPA SENTIASA BETUL…ORG LAIN BUAT SEMUA SALAH MAKA SOKONGLAH CILAKA2 ITU YA.

  43. umno kalah pasal rakyat dah jijik dgn umno… umno mcm tahi pd rakyat

  44. Pasal anwar pun nak gaduh ke? Dia pun tak heran komen2 korang ni hah.. Aduhai.. Ni la Melayu.. Sama sendiri pun nak gaduh.. Apa salahnya baik2 pakat..

    Time ni la mat saleh tu gelak2 kan kita.. sbb kita dah nak pecah belah dah.. PKR dan UMNO, dua2 sama.. jangan fikir PKR tu baik, jangan fikir UMNO tu baik..

    Peace no war!

  45. Karpal OKU, sbb tak leh jalan.. Tapi mulut bau belacan..

  46. Bako Wan yang tiada adab,

    Anda tak baca seantero politik duniakah?..ker anda hanya bergantungan dengan idea ciptaan falsafah politik anda sendiri?..

    UMNO takkan terhapus..this is FACTS!! jangan la jadi pendusta. untuk hapuskan UMNO perlu menghapuskan BN juga..pakatan parti2 yang ramai dan masih berpengaruh di Malaysia ini.

    Pergila ke mana2 sejarah politik moden DUNIA yang menggunakan kaedah kepartian..jarang sekali parti dominan tapi mulai hilang sokongan rakyat akan terhapus begitu sahaja.

    Paling dekat lihat parti Golkar, masih berpengaruh dalam negara Indonesia.

    Sebab itu seperti yang saya katakan..kalau parti pembangkang mahu membentuk kerajaan yang kuat..mereka perlu 3 X ganda lebih bersedia dari kerajaan sedia ada. Ini membantu untuk mereka mencapai 2/3 kerusi di parlimen dan pembaharuan yang mereka ingin capai tidak mudah diganggu gugat.

  47. malaysianunited yg berfikiran terhad,

    anda tak tahu ke umno sebenarnya dah terhapus? skrg mana ada lagi umno yg asal, yg berjuang utk bangsa dan negara? kesian kpd anda yg pemikiran tertutup dek kerana hanya membaca media2 pelacur milik umno.

    bukan tubuh je yg dah mati, semangatnya pun dah terkubur kat luar umno(baru) bila org2 yg mendokong semangat penubuhannya dulu menggadai dan membubarkannya, kononnya demi utk perpaduan bangsa, tapi akhirnya diketepikan atau disisih dlm umno(baru) tu. kalau adapun skrg ni umpama melukut di tepi gantang!!!!

    dan pemikiran-mahathir anda tu masih lekat sampai skrg yek? cuba bukak sikit kepala hotak anda tu… kerajaan tak perlukan 2/3 kerusi utk melaksanakan polisinya, kecuali kalau nak ubah undang2 – spt yg mahathir buat dulu krn nak kekal berkuasa!!!!

  48. Kesian Malaysiaunited dan Din Teksi. Baik-baik membodek dan menjilat umno/BN. Nanti silap bodek/jilat terkena bom C4 si Najib. Paling tidak agen2 Najib menculik dan menyimpan di gua-gua dan hutan di Malaysia yang tak boleh dikesan. Teruskan menjilat. Pastikan najis-najis tong tahi umno/BN itu betul-betul bersih!!

  49. Matkreko yang berfikiran luas,

    UMNO tidak terhapus.

    1) Semua perlembagaan UMNO lama masih dikekalkan dalam UMNO baru.
    2) Nama UMNO Baru ditukar kepada UMNO sahaja dan ini tidak melawan undang2 negara kita.
    3) SEMUA identiti UMNO lama ada pada UMNO baru yang ditubuhkan oleh Mahathir. Warna, logo, lagu, dllnya.

    Dari segi prinsip pula ramai pemimpin2 dan ahli2 UMNO lama anggotai UMNO baru.

    Saya ambil bidalan untuk jelaskan lagi pendapat saya,

    Ahmad diisytiharkan mati. Kemudian, mahu dikebumikan. Tiba2, Ahmad hidup kembali.

    Persoalannya, adakah ini Ahmad? atau kita tak terima dia sebab dia bukan Ahmad, Ahmad dah mati! Kita kena asingkan Ahmad yang ‘baru’ hidup ini sebab Ahmad ‘lama’ dah mati!!

    Anda ini macam tak tengok sangat politik kita..wake up bro!!. Tanpa 2/3, lihat sahaja kerajaan PR Perak yang kelebihannya 3 ADUN sahaja!..apa dah jadi???..

    memang la dengan kelebihan satu parlimen pun kita boleh gubal undang2..tapi kestabilan kerajaan menang tipis rapuh. Lihat kerajaan Mugabe di Zimbabwe..apa dah jadi?

  50. malaysianunited,

    hujah dan fakta anda tu ada yg tak betul dan ada yg tak boleh pakai.

    1) *semua* perlembagaan umno dikekalkan? cuba terangkan macamana boleh takde pertandingan utk kerusi presiden dan naib presiden? atau perlukan 30persen penamaan baru dapat pencalunan?
    2) kenapa bila tunku dan veteran umno yg lain nak tubuhkan umno malaysia tak boleh?
    3) tu namanya cetak rompak. dan merompak sekali aset2 umno yg lama tu.

    bidalan orang mati hidup balik tu tak mungkin terjadi. tiada manusia yg dah mati kembali ke dunia nak menceritakan suasana dalam kubur!!! diisyhtiharkan mati bukan kerana dia mati, tapi kerana org yg hidup *sangka* dia dah mati…

    kerajaan pr di perak tak stabil sebab kedunguan dan ketamakan puak2 parti munafik umno nak berkuasa. dungu dan tamak, sebab guna wang dan kuasa utk membeli dan mengugut wakil rakyat, membelakangkan undang2 bila nak berkuasa dan juga menyorok di belakang sultan bila dah terserlah kedunguannya.

    ambil lagi contoh kerajaan pr di perak, yg berjaya menyelesaikan isu2 yg tertangguh yg tak diselesaikan selama 50 tahun bn berkuasa, walaupun tanpa 2/3 majoriti.

    kerajaan mugabe di zimbabwe? apa kena mengenanya dgn negara demokratik? mmg sah tak terjangkau dek pemikiran anda.

  51. shukoi9909,

    Pegangan agama anda tidak tergambar dengan penulisan2 yang begitu keji. Itu sahaja saya nak cakap.

  52. Matkreko,

    1) Tiada pun dalam perlembagaan parti kata semua jawatan wajib ditandingkan. Keputusan jawatan tidak dipertandingkan dibuat oleh Majlis Tertinggi parti, kalau tak apa fungsinya ada Majlis Tertinggi?..seperti juga PAS. Walaupun dalam perlembagaan PAS kata hanya orang Islam boleh masuk PAS, tapi PAS mengambil cara menubuhkan Kelab penyokong PAS yang dianggotai bukan melayu dan bukan Islam.
    2) Persoalan ini anda tanya kepada pihak daftar pertubuhan. Kalau anda tahu, silalah jelaskan kepada saya.
    3) Tak ada pun istilah ‘merompak identiti parti’..

    -kalau kita nak guna perkataan demokratik, adakah kita merompak dari parti demokrat?
    -kalau PAS nak guna warna hijau, adakah ia merompak warna bendera negara Arab Saudi?

    Meraka yang menubuhkan dan menggunakan kembali perlembagaan UMNO lama (sekarang ada dah banyak pindaan dan pembaharuan) ialah dari UMNO lama, ahli UMNO lama..apa yang kita nak kata mereka ini perompak?..kecualilah jika orang DAP nak gunakan perlembagaan UMNO, itu namanya merompak jika diikutkan dari segi prinsip perjuangan.

    Bidalan
    Nabi Isa a.s menghidupkan kembali orang yang telah mati. dari sini saya ambil bidalan itu. Jangan la saudara nak nafikan apa bolehkah orang yang diisytiharkan mati boleh hidup semula.

    Anda kata orang yang hidup ‘sangka’ Ahmad dah mati. Maka, anda pun setujulah dengan apa yang saya katakan. Anda ‘sangka’ UMNO dah mati, tapi kalau diikutkan..UMNO masih hidup dan masih UMNO yang sama.

    Anda tak faham maksud saya. Kelebihan 3 adun memang la boleh gubal undang2, tapi lihat sahaja sekarang ini..hanya dengan 3 Adun yang melompat keluar jadi bebas..terus politik negeri Perak jadi tidak keruan. Kalau menang majoriti 2/3, lompat 3 Adun tak jadi masalah pun sebab kerajaan masih ada majoriti untuk memerintah. Betul tak apa yang saya katakan?..

    Anda nie banyak sangat baca laporan Barat tentang Zimbabwe. Mereka dok kata Mugabe diktator, tapi kerajaan Zimbabwe adalah kerajaan demokrasi. Kini, parti Mugabe menang tipis dan susah untuk membentuk kerajaan hingga peru berkompromi dengan pembangkang. Krisis ini berlarutan hampir setahun.

    Pesan saya, gunakan internet cari fakta. Kalau tak tahu apa maknanya kerajaan demokratik dan perlembagaan kerajaan demokratik.

  53. malaysianunited

    begitu gah ada berkata2.sayang sekali isinya tiada,hanya kulit yg setebal muka Najib.Terimalah hakikat yg rakyat secara TOTAL telah menolak kepimpinan yg ada sekarang ini.BN/UMNO tidak relevan lg kepada org Melayu.Tak payah le anda berhujah panjang lebar kerana 1000 org yg membaca tulisan anda,999 pasti menyumpah dgn anda.Dunia sedang mentertawakan kita disebabkan oleh kelemahan,kedanggalan,kebodohan,keceluparan,kebiadapan dn bermacam-macam lg yg telah di lakukan oleh pemimpin kita.kenapa anda begitu teruja untuk mempertahan kan mereka?apakah anda dibayar?atau anda ada kepentingan lain?.
    di mana maruah anda?.

  54. malaysianunited,

    bila umno(baru) ditubuhkan, semua org2 yg menentang pengasasnya ketika itu tidak diluluskan utk didaftar sbg ahli – maknanya hanya org2 yg terpilih saja, termasuk juga ahli mt nya. jadi takde bezanya mengambil sesuatu secara tak beretika melalui rekahan undang2 dgn merompak aset dan identiti parti.

    pandai ye nak bagi bola kpd pendaftar pertubuhan krn tak meluluskan permohonan penubuhan parti baru, spt mana parti munafik umno bagi bola pd sultan perak utk menubuhkan kerajaan kudeta walaupun masih ada kerajaan pr yg sah!

    bidalan nak ambil dari mukjizat rasul… ada ke sapa2 dlm umno tu yg jadi rasul dan dpt mukjizat hidupkan org mati? rasul hadhari? kahkahkah…

    kalau ruh dan semangat dah takde, dikira mati la… tak tau la kalau pemikiran cetek anda hanya tau erti mati tu bermaksud jasad tak bernyawa saja.

    anda juga tak paham maksud saya, betapa undang2 boleh menghalang kejadian spt yg berlaku di perak itu – tapi dek kedunguan dan ketamakan org2 dlm parti munafik umno membelakangi undang, maka ia terjadi.

    jika anda menyamakan apa yg dilakukan umno skrg dgn apa yg mugabe lakukan di zimbabwe, maka saya tak dpt nak mendalamkan pemikiran cetek anda, krn pada pandangan anda itulah demokrasi…

  55. Matkreko,

    Kalau anda katakan ada antara ahli yang tidak didaftarkan kembali atau dihalang, dimana ahli2 ini sekarang selepas Semangat 46 dibubarkan?..Setelah sekian lamanya UMNO (baru) dan Semangat 46 berentap mengakui merekalah pewaris UMNO(lama), akhirnya pemimpin2 ini kembali ke UMNO(baru)?

    Samada merompak atau terhapus, pada saya tidak logik dari segi prinsip dan undang2. Juga ketetapan pendirian parti.

    Pasal daftar parti itu, sudah tentu rujuk kepada pendaftaran pertubuhan. Saya jelaskan begitu kerana saya tidak tahu apa sebabnya, dan saya telah berpesan jika saudara tahu, silalah beritahu kepada saya. Itupun kalau saudara mahu, kalau tidak mahu..tidak mengapa.

    Sempat saudara buat lawak 🙂 hehehe. Tak adalah saya katakan ada dalam UMNO itu jadi Rasul..tiada pun. Cuma saya ambil peristiwa pemuda itu dari saat dia mati hidup kembali. Itu sahaja. Tiada kaitan atau ada isi tersirat nak kaitkan UMNO dengan kesucian Rasul2.

    Katakan Ahmad (ini nama yang saya bagi) mati hidup kembali..apakah sebab anda nak katakan dia dah mati dan tidak mahu terima dia dah hidup kembali?..

    1) Badan dan fizikal masih sama.
    2)Jasad yang sama.
    3)Sudah tentu sifat, perangai dan emosi yang sama.

    Anda seperti katakan Ahmad(baru hidup kembali) semangatnya dan ruh telah mati, tapi Ahmad nie hidup atas dasar apa kalau ruh dan semangatnya tiada?..ini persoalannya.

    Dah tentu Ahmad yang baru hidup kembali ini ada ruh dan semangat yang sama!!.

    Anda masih belum jawab pertanyaan saya,

    hanya dengan 3 Adun yang melompat keluar jadi bebas..terus politik negeri Perak jadi tidak keruan. Kalau menang majoriti 2/3, lompat 3 Adun tak jadi masalah pun sebab kerajaan masih ada majoriti untuk memerintah. Betul tak apa yang saya katakan?..

    tadi kita berbincang tentang kerajaan yang menang tipis dengan kerajaan majoriti, contohnya krisis kerajaan di Perak. Rasanya tak perlu saudara nak panjangkan kepada isu krisis tersebut, nanti jadi panjang lebar perbahasan kita. Apa yang saya inginkan dari krisis tersebut hanyalah satu akhiran yang menguntungkan rakyat. Itu sahaja.

    Anda nampak tidak faham apa yang saya katakan. Saya tak label mana2 parti Malaysia dengan pihak2 politik di Zimbabwe. TAK ADA!! maka, jangan saudara membuat andaian yang sempit.
    Saya ambil contoh krisis kerajaan Zimbabwe bila sesebuah parti itu hanya MENANG TIPIS DAN KESANNYA kepada pentadbiran kerajaan itu nanti. Juga MAKSUD SAYA lebih baik berkerajaan 2/3 majoriti dimana kerajaan yang dibentuk ini JAUH LEBIH STABIL dari kerajaan MENANG TIPIS. Untuk menang majoriti, PR perlu 3 X lebih bersedia dari BN..barulah majoriti rakyat suka.

  56. jinbara08,

    cuba ambil mana2 petikan saya kata saya sokong UMNO atau mahu pertahankan??..

    Saya PERSOALKAN kenapa Matkreko kata UMNO dah terhapus?..sedangkan UMNO mempunyai perlembagaan parti yang sama dengan yang lama. Kalau saudara nak bangkang, bangkangla isu yang dibincangkan..

    Jangan jadi JUMUD, tiba2 nak label saya sokong UMNO..sungguh jijik orang2 begini. Mana la tak berpecah bangsa Melayu ini, sikit2 kalau ada yang tidak bersetuju mulalah nak berpuak2.

    Saudara2 sekalian,

    Kalau la perbincangan yang kecil ini nak menggelar orang lain babi, penjilat dll..saudara tafsir sendirilah kenapa hingga sekarang UMNO-PAS tak dapat satu titik pertemuan untuk memperjuangkan melayu muslim di Malaysia ini.

    Saudara bayangkan di pihak UMNO, berjela2 yang masuk U serata dunia ini..di pihak PAS, berjela2 pemimpin ada belajar U Islam terkemuka dunia..punyalah HEBAT pemimpin2 kita ini tahap ilmunya..tapi sampai sekarang tak pernah nak duduk bersama..hairan bukan?..

  57. malaysianunited,

    membuat perbandingan antara manusia dgn sebuah pertubuhan adalah bidalan yg tak masuk akal dan percubaan utk lari dari konteks penghujahan asal. persoalan yg seharusnya ditumpukan adalah, adakah umno(baru) itu masih berjuang utk bangsa dan negara seperti yg dilaung2kan dan dilakukan oleh pertubuhan asalnya? penghuraian anda itu nyata hanya hujah kosong yg tak dapat menggarap isu yg sebenarnya.

    dan anda masih tak paham kaitan “kerajaan tak memerlukan 2/3 majoriti” dgn keberkesanan kerajaan utk melaksanakan sesuatu polisi – bukan menggubal undang2 baru atau mengubah yg sedia ada. mungkin demokrasi kepartian yg berasaskan bangsa yg diamalkan di malaysia ini yg mengakibatkan pemikiran rakyatnya terkongkong dgn retorik kestabilan kerajaan yg kosong dan palsu krn pemisahan etnik dan bangsa.

    carilah maklumat sendiri tanpa perlu penghidangan di hadapan mata, krn anda boleh ambil contoh yg berlaku di zimbabwe tapi tak dpt mencari maklumat sejarah dlm negara sendiri… malang sungguh. sekiranya anda memilih utk mengambil tahu hanya kpd perkara2 yg selari dgn pendapat anda dan membuang yg selainnya, maka benarlah apa yg dinyatakan sbg “pemikiran terhad” anda itu…

  58. Matkreko,

    Kenapa tak btw saya awal2 yang bidalan manusia ini tak ada kaitan dengan pertubuhan?..adakah selepas saudara rasa saudara tenggelam punca dengan sokongan saudara kepada benda yang salah, maka baru saudara nak ajukan bidalan ini tak kena?..

    Baiklah, kalau saya tak faham, anda terangkan apa sebenarnya anda maksudkan. Jangan terus nak lontar batu pada permasalahan kepartian bangsa pula.

    Saya rasa anda TAK TAHU LANGSUNG dengan apa yang dinamakan sebagai parti dan organisasi yang terlibat dalam parti.

    Anda rasa UMNO yang lama itu baik2 belaka kah?..apa yang dilakukan sama dengan objektif penubuhan parti?..Tunku sokong bina Genting tu betulkah?..Ada dalam kepimpinan UMNO sebelum Mahathir yang tegur pengawainya tentang budaya berparti dan amalkan hidup ‘class’ ketika itu?..

    Kalau la saya ni pemikiran terhad, saudara dah patut tahu perkara ini. Saudara pun jaguh sejarah, takkan sekadar hafal sejarah sahaja.

  59. malaysianunited,

    sokongan kpd benda yg salah? siapa yg menyokong apa? sedari awal dah dikatakan tak masuk akal, tapi masih juga ditekankan hingga mukjizat rasul dimasukkan sbg hujah…

    kalau tak faham dgn apa yg dikatakan, tak payah lah susah2 nak berhujah – kenyataan tu dah jelas, cuma anda yg sengaja tak nampak atau tak mahu membuka minda utk mengkajinya.

    ataukah krn nak lari dari tajuk lagi sebab anda tahu sememangnya umno tidak lagi memperjuangkan bangsa dan negara, sebaliknya kepentingan individu dan parti saja?

    seburuk2 umno lama, kepentingan bangsa melayu dan rakyat umum tidaklah diabaikan sbgmana umno baru ini mengabaikan kepentingan rakyat umum malah bangsa melayu juga.

  60. Matkreko,

    Sudahlah, anda dah pun bersetuju dalam bidalan tersebut anda di pihak yang mana.

    Anda tak iktiraf pun Ahmad yang hidup kembali..malah anda tolak dia hidup2 sebab anda cakap ruh dan semangat dah mati..sedangkan dia tengah tegak berdiri!!..

    Anda cakap tak relevan pada mulanya sebab anda kata orang yang mati TAK MUNGKIN hidup semula. Ini menunjukkan anda terlupa Nabi Isa a.s dah buktikan manusia boleh hidup kembali. Anda ini dah lupa kekuasaan Allah s.w.t kot?

    Barulah saudara kata perbandingan antara manusia dengan pertubuhan tak masuk akal.

    1) Anda kata tak mungkin terjadi manusia boleh hidup kembali. Sah tolak kekuasaan Allah s.w.t.

    2) Anda masuk cari point dalam bidalan tersebut

    3) Kemudian baru anda nak kata bidalan tak boleh. Bandingan manusia dengan pertubuhan tak boleh.

    Pada saya, bidalan ini saya tujukan kepada isu UMNO (lama) dan UMNO (baru).

    hampir semua sama antara UMNO (lama) dan UMNO (baru). Sekarang pun orang bekas Semangat 46 pun dah jadi Presiden Parti.

    Anda jangan silap fakta.

    Waktu UMNO (lama) adalah waktu permulaan banyak dasar2 termasuk MARA, FELDA dan pelbagai agensi kerajaan ditubuhkan. Ini zaman Tun Abdul Razak.

    Masa Tun Husein dan Tun Mahathir, dasar2 ini dalam proses ‘perkembangan’ dan masa untuk merealisasikan idea tersebut.

    Sekarang, saudara adili sendiri mana satu lebih mencabar..mewujudkan dasar atau melaksanakan, membaik pulih dan merealisasikannya?..

    Saya tak kata nak wujudkan sesuatu dasar itu senang, ada juga cabarannya..tapi cabaran yang mendatang lebih menguji seseorang pemimpin itu samada mahu mengekalkannya atau mengantikannya dengan dasar yang lebih relevan.

    Saya ambil contoh:

    Kementerian Usahawan dan Koperasi bawah Nazri dulu beri lesen teksi atas dasar mahu golongan bumiputera mempunyai kerja dan berdikari..kemudian, berlambak lesen teksi diberikan hingga meningkatkan persaingan antara pemandu teksi.

    Idea dah cantik nak tolong golongan bumiputera, tapi pelaksanaan lemah hingga menjejaskan idea tersebut..salah siapa?..dah tentu Pak Menteri dan Pengarah2nya.

  61. malaysianunited,

    berselindunglah disebalik agama, sebagaimana puak2 parti munafik umno beselindung dibelakang agama dan sultan sebagai talian hayat bila tertekan dek kesilapan perbuatan sendiri.

    fakta apa yg silap? berikut inikah idea2 utk menolong rakyat dan bangsa melayu?

    cuba terangkan ke mana perginya tanah rezab melayu yg disapu oleh puak2 umno tanpa diganti?

    cuba terangkan langkah pengswastaan perkhidmatan dan harta awam yg membebankan rakyat tetapi mengkayakan syarikat2 kroni?

    cuba terangkan langkah menukar royalti minyak terengganu kpd wang ihsan dan menafikan rakyat hak mrk dari hasil buminya?

    cuba terangkan keengganan kerajaan memberi tanah kpd rakyat sendiri, tapi dgn senang memberi hakmilik beratus ribu ekar kpd syarikat kroni?

    cukuplah sekadar beberapa contoh yg dibuat oleh kerajaan umno/be-end pujaan anda tu, betapa kepentingan rakyat telah diabaikan.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: