Posted by: pinkturtle2 | Februari 27, 2009

InsyaAllah, Datuk Seri Najib akan mengambil alih (kepimpinan) daripada Datuk Seri Abdullah- Muhyiddin

Bagi Malaysia, ia bukan perubahan kerajaan tetapi kepimpinan. Parti memerintah yang sama. InsyaAllah, Datuk Seri Najib Tun Razak akan mengambil alih (kepimpinan) daripada Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Bagi Malaysia, ia bukan perubahan kerajaan tetapi kepimpinan. Parti memerintah yang sama. InsyaAllah, Datuk Seri Najib Tun Razak akan mengambil alih (kepimpinan) daripada Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Perubahan kepimpinan tidak akan jejas dasar – Muhyiddin

HUA HIN (Thailand): Dasar dan rancangan yang telah disediakan untuk mengurangkan kesan krisis ekonomi global akan kekal meskipun akan berlaku perubahan kepimpinan di Malaysia bulan depan, kata Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini.

“Bagi Malaysia, ia bukan perubahan kerajaan tetapi kepimpinan. Parti memerintah yang sama. Insya-Allah, Datuk Seri Najib Tun Razak akan mengambil alih (kepimpinan) daripada Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

“Oleh itu, apa yang dirancang untuk menangani krisis akan diteruskan dan apa sahaja keperluan yang perlu dilakukan selepas itu,” kata beliau dalam temu bual secara langsung dengan CNBC.

Muhyiddin berada di sini sempena Sidang Kemuncak Asean ke-14.

Mengenai perubahan kepimpinan di negara lain di rantau ini, terutamanya Indonesia, beliau berharap sebarang perubahan kepimpinan tidak akan menjejaskan isu keutamaan untuk menangani krisis.

“Saya tidak begitu pasti mengenai yang lainnya di rantau ini kerana terdapat perbezaan peringkat isu dan masalah yang perlu ditangani.

“Diharapkan, ia tidak sampai ke peringkat mengganggu apa sahaja isu keutamaan yang perlu ditangani dengan krisis ekonomi ini,” katanya.

Mengenai pakej rangsangan kedua atau bajet mini yang akan diumumkan pada 10 Mac ini, Muhyiddin berkata ia mungkin lebih daripada RM10 bilion atau RM15 bilion, tetapi “yang paling penting ialah pelaksanaannya.”

“Wang itu perlu sampai ke bahagian yang perlu dibelanjakan. Perlu ada sistem pemantauan bagi memastikan wang berkenaan dibelanjakan pada tujuan itu, terutamanya perniagaan, industri dan rakyat yang kami rasakan penting untuk disokong,” katanya.

http://www.bernama.com


Responses

  1. Sudah tentu Muhyiddin mengharapkan Najib akan naik ke takhta kepimpinan negara sebagai PM. Muhyiddin mengimpikan jawatan no 2 sudah lama. Ini masa yang sangat sesuai untuk beliau ke jawatan itu kerana Najib telah merestuinya sebagai calon Timbalan Presiden UMNO.

    Setelah berada di kerusi no 2, apa yang bakal Muhyiddin lakukan? Serangan pasti akan dilakukan oleh puak-puaknya untuk menjatuhkan Najib pula. Mungkin tidak dilakukan dalam peringkat awal. Kerusi no. 1 lagi best kan …

  2. erk najib takkan naik kerusi no.1.. yang naik rosmah sebenarnya heheehe..

  3. jom hambat brahim ali di sini http://www.petitionspot.com/petitions/kelate

    Dari Blogger Network Kelantan & Blogger Rakyat

    http://www.bloggerrakyat.blogspot.com

  4. Salam hormat para sahabatku pencinta kebenaran,

    Standard pemimpin yang berwibawa mengangkat martabat negara dan bangsa ke puncak tamadun yang kaya, moden dan kuat adalah negarawan yang dinamik dan komprehensif. Kamus sejarah mencirikan negarawan yang dinamik dan komprehensif ini, sebagai insan yang hebat dalam menjalinkan intraksi antara moral dengan intelek pada darjah yang tertinggi, agar negara dan bangsa mampu dibawa ke puncak tamadun yang kaya, moden dan kuat.

    Dengan ungkapan lain, peneraju negara hendaklah yang memiliki keupayan luhur bagi mempamerkan perwatakan unggul, agar lebih perkasa mengemudi negara menuju ke garis besar ketamadunan baru berbangsa dan bernegara. Betapa negara dan bangsa yang bermaruah begitu menghendaki kepemimpinan negarawan yang dinamik dan komprehensif, agar negara dan bangsa yang sedang dipimpin mampu duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan negara dan bangsa lain di persada antarabangsa.

    “Pergilah keseluruh dunia dan carilah ilmu yang dapat membantu negara kita menjadi negara yang kaya, moden dan kuat, agar negara kita boleh berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan negara dan bangsa lain di dunia ini.”

    Petikan di atas merupakan ‘Ikrar Piagam’ Maharaja Meiji kepada warga Jepun tatkala melihat peningkatan kekuatan tentera Amerika Syarikat, Great Britain, German dan Perancis yang hendak mencuba mengancam kedaulatan Jepun. Justeru, tindakan Maharaja Meiji yang pertama ialah menubuhkan Kementerian Luar yang bertanggungjawab untuk mencari pelbagai buku falsafah di seluruh dunia dan menterjemahkannya ke Bahasa Jepun. Yang demikian, banyak ciptaan Jepun dalam bidang teknologi yang diberi nama dengan nama yang hanya terdapat dalam falsafah purba, seperti Canon, Mazda dan Sony.

    Maharaja Meiji juga telah melancarkan pembinaan sekolah rendah sebanyak 54,000 secara serentak di seluruh Jepun. Tegasnya, Maharaja Meiji mahukan kewujudan sebuah sekolah bagi setiap 600 orang penduduk Jepun. Hasilnya, adalah nyata, hanya dalam tempoh 50 tahun, Jepun telah muncul sebagai antara negara yang termoden, terkaya dan terkuat di dunia.

    Arakian, jika kita ada sedikit ketulusan dalam usaha membangun warga Malaysia ke arah bernegara dan berbangsa yang bermaruah, justeru kita tidak akan menemuinya dalam puing kehancuran bahasa melayu dan tulisan jawi. Laporan liwat Azizan Abu Bakar dan Saiful Azlan Bukhari juga bukan keramat sakti bagi mencapai impian untuk menjadi negara Malaysia yang gemilang. Demikian juga, dengan kelakuan membunuh Altantuya dengan cara meletupkannya dengan C4 selepas membantu Malaysia dalam usaha membeli kapal selam Russia, bukan jalan pintas bagi manusia melayu untuk menjadi bangsa yang mulia dan terbilang di persada antarabangsa.:)

    AKU BERFIKIR, JADI AKU ADA : KATA DESCARTES
    – Naspazi

  5. Sanggup pulak puak-puak umno ni guna istilah insyaAllah. Aku ingat bila dah bertuhankan kuasa dan wang ringgit, tuhan tolak tepi.

  6. Melihatkan keadaan, rakyat Malaysia tiada pilihan, melainkan terpaksa, nak tak nak, berpayungkan Barisan Nasional.

    Kita berkata begitu kerana Pakatan Rakyat, yang diharap2kan, menjadi pilihan lain, masih tidak bersedia. Sebagai contoh:

    (1) Pakatan antara Keadilan, DAP dan PAS pun masih terumbang ambing.

    (2) Pakatan masih belum ada pemimpin yang berwibawa.

    (3) Pakatan membenarkan blog2 penyokongnya menulis secara negatif (mencaci, mengutuk).

    (4) Pakatan masih belum menampakkan budaya yang lebih baik dari Barisan.

    Lebih elok Pakatan review kedudukannya. Lebih baik menang atas kekuatan sendiri dari menang atas kelemahan orang lain.

  7. tak layak

    mana boleh orang kotor macam najib nak dilantik sebagai pm. banyak kes-kes yang gelum dibersihkan. bersih dulu baru orang boleh terima.

    para orang umno kena fikir lah…..

  8. Ko nak naik, naik la jib, takdir ko agaknya.
    .. tapi pastikan ngko sentiasa di atas rosmah tau! teruk ngko nanti kalau dia kat atas ngko..

    Mengenai pakej rangsangan kedua atau bajet mini yang akan diumumkan pada 10 Mac ini, Muhyiddin berkata ia mungkin lebih daripada RM10 bilion atau RM15 bilion, tetapi “yang paling penting ialah pelaksanaannya.”

    – fuyooh!! best dengarnya nih..

    “Wang itu perlu sampai ke bahagian yang perlu dibelanjakan. Perlu ada sistem pemantauan bagi memastikan wang berkenaan dibelanjakan pada tujuan itu, terutamanya perniagaan, industri dan rakyat yang kami rasakan penting untuk disokong,” katanya.
    Yeaa ke niii?
    – jangan lupa! ko bentangkanla skali, duit RM 50 kami, berapa hari boleh bertahan untuk buat belanja dafurrr bia berasapp. OK?!


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: