Posted by: pinkturtle2 | Februari 27, 2009

Breaking News: Sivakumar putus sidang DUN tergempar 3 Mac

sidang-tergempar

Sivakumar putus sidang DUN tergempar 3 Mac

IPOH: Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, V. Sivakumar memutuskan untuk mengadakan sidang DUN tergempar pada 3 Mac ini.

Semua ADUN akan menghadiri sidang tersebut kecuali Menteri Besar Perak, Datuk Dr Zambry Abdul Kadir, enam Exco yang baru dilantik dan tiga ADUN Bebas.

Enam exco berkenaan ialah Datuk Ramly Zahari (Manong), Datuk Saarani Mohamad (Kota Tampan), Hamidah Osman (Sungai Rapat), Zainol Fadzi Paharuddin (Sungai Manik), Mohd Zahir Abdul Khalid (Kamunting) dan Dr Mah Hang Soon (Chenderiang).

Sementara itu, tiga ADUN Bebas adalah Jamaluddin Mohd Radzi (Behrang), Mohd Osman Jailu (Changkat Jering) dan Hee Yit Foong (Jelapang).

http://www1.mstar.com.my

Sidang tergempar DUN kusutkan lagi krisis Perak

dikemaskini Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, V Sivakumar telah memanggil sidang tergempar dewan itu pada Selasa depan untuk membahaskan dua usul yang kelihatan boleh mengusutkan lagi krisis politik negeri tersebut.

Beliau menggunakan kuasanya bawah peraturan tetap 8 dan 11 DUN itu untuk membahaskan isu-isu utama yang menjadi ketegangan pokok antara Pakatan Rakyat dan BN sejak awal bulan ini.

sivakumar and perakUsul pertama, mengesahkan Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin sebagai menteri besar yang sah sebelum ditumbangkan dalam rampasan kuasa BN.

Kedua, membubarkan DUN bagi membolehkan satu pilihanraya peringkat negeri diadakan seperti hasrat Pakatan Rakyat sebelum ini.

Krisis politik di negeri itu tercetus susulan tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pakatan Rakyat meninggalkan kerajaan campuran itu dan menyatakan sokongan kepada BN.

Speaker membenarkan kesemua Adun hadir di persidangan khas itu kecuali mereka yang telah digantung, iaitu menteri besar kerajaan BN sekarang Datuk Dr Zambry Abdul Kadir dan enam anggota exconya.

Tiga wakil rakyat bebas – yang dianggap telah mengosongkan kerusi masing-masing melalui surat peletakan jawatan mereka – juga dilarang menyertai sidang tersebut.

Jika larangan itu dipatuhi, barisan wakil rakyat BN akan tinggal 21 orang, sementara Pakatan Rakyat 27 orang, tidak termasuk Sivakumar.

Sidang tergempar DUN ini akan mencetuskan satu lagi babak tegang dan tidak menentu perebutan kuasa antara BN dan Pakatan.

Malaysiakini


Responses

  1. Nampaknya Zambry mamak akan gigit jari la kali ni……………

  2. jom hambat brahim ali di sini http://www.petitionspot.com/petitions/kelate

  3. Setiap suatu ada tanda. Itu tanda baru yang pilihanraya seluruh Perak akan berlaku tahun ini. Mudah-mudahan rakyat Perak bersedia untuk memilih wakil rakyat yang AMANAH dan jauh daripada RASUAH.

  4. Nasihat saya kepada sultan Azlan, perkenankanlah pembubaran DUN Perak agar piliharaya dapat diadakan semula. Biar rakyat Perak tentukan. Jangan biarkan rakyat Perak terus mencemuh Tuanku, doa rakyat yang dizalimi akan dimakbulkan oleh Allah. Semoga Tuanku Sultan dapat memperbetulkan kesilapan yang telah dilakukan. Amin.

  5. Pakatan kena guna kira-kira (arithmetic). Bukan guna emosi.

    Adakah gantung ahli kemudian panggil mesyuarat ambil undi. Ada akaii ke? Inikah budaya yang nak ditunjukkan oleh Pakatan? Budaya mana yang diceduk?

    Kalau inilah caranya, pentadbiran Ketua Kampong pun lebih baik.

    Dah Pakatan bukan majoriti, mengapa nak melalak? Takkan itu pun tak faham?

    28 itu bukannya majoriti.

    Orang yang kena gantung, undinya tak hilang. Yang hilang adalah hak berbahas dalam dewan. Kalau hilang, maka rakyat yang diwakili boleh marah. Ini Pakatan tau ke?

  6. Hai budak tadika,
    Jangan jadi pencuri yang teriak orang lain pencuri. Yang hang dok sokong perbuatan BN itu, hang pun taik juga. Jangan nak berlagak macam budak kecil sebab hang sebenarnya syaitan yang cuba menidakkan kebenaran.
    Salahkah bubar dewan? Biarlah rakyat yang tentukan siapakah yang mereka berkehendakkan? Bukan macam BN yang dayus dan pengecut macam budak tadika, hang juga.
    AKU marah ni sebab budak tadika yang tak tahu dan tak faham undang-undang malahan belum pun baligh yang mana tak layak mengundi bercakap pasal pilihanraya dan undang-undang. pi ra .rrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr

  7. Berbahas biarlah berethika. Org Melayu punya budi bahasa yg tinggi. Jgnlah guna prkataan2 yg tak sedap didengar.

  8. Pakatan bukan sahaja kena pandai kira2 tetapi kena mula belajar aljibra. Lepas itu belajar pula geometri dan kalkulus.

    Ramai yang lulus undang2 tetapi berlatarbelakangkan sastera. Kalau tidak ada matematik dan sains, mana ada logiknya? Undang2 tanpa matematik, maka dramalah namanya.

    Kalau tidak senantiasa akan berdrama. Salah satu tajuknya “AKU’ (Kalau drama indonesia “DIA”)

  9. Persoalan2 yang saya ajukan adalah;

    Apa kah Standing Order itu undang2? Jika bukan, apakah ianya boleh mengatasi keputusan dan perlantikkan yang dibuat Sultan dibawah Undang2 Tubuh Negeri (State Constitution) dengan menggantungkan EXCO baru dan menghalang mereka dari menjalankan tugas?

    Siapa yang Tuanku di Perak – Speaker DUN atau Sultan Raja Azlan Shah?

    Siapa ketua eksekutif tertinggi di negeri Perak. Sultan atau Speaker DUN?

    Inilah masaalahnya jika Standing Order tidak dibaca dengan menyeluruh mengenai kedaulatan dan ketuanan Sultan seperti termaktub dibawah Undang2 Tubuh Negeri Perak dan Perlembagaan Persekutuan itu sendiri.

    Perlu faham bahawa Sultan Raja Azlan Shah bukan sahaja Tuanku dinegeri Perak bahkan salah seorang ahli Majlis Raja-Raja (atau Majlis Pemerintah2) bagi Persekutuan Malaysia. Malaysia adalah sebuah persekutuan (Federation) hasil gabungan negeri-negeri Tanah2 Melayu yang berdaulat dibawah Tuanku2 masing-masing. Inilah yang Dato Seri Nazri Aziz, Menteri di JPM mngatakan “Malay Lordship” bukannya “Malay Supremacy”. Lebih tepat jika disebut “Ketuanan Raja-Raja”. Inilah sejarah Malaysia dibentuk atas muafakat dan sepakat Raja-Raja Tanah Melayu.

    Maka bagi Persekutuan Malaysia, kuasa exsekutif tertinggi (Fasal 39) terletak pada kuasa Yang DiPertuan Agung selaku wakil kepada Majlis Raja-Raja (Majlis Pemerintah2).
    Saya ada terdengar diTV3 baru-baru ini, Dr Marzuki, pensyarah Sains Politik IIUM disebuah persidangan menyebut dibawah Fasal 10 Undang2 Tubuh Negeri Perak, Sultan Perak adalah Ketua Exsekutif Tertinggi bagi Negeri Perak.

    Ibarat seorang guru besar sekolah mengenepikan dasar dan ketetntuan Menteri Pendidikan atau Yang DIpertua Persatuan Ibu Bapa Guru melawan ketetapan Guru Besar Sekolah itu sendiri.

    Police Standing Order (Peratturan Tetap Polis) yang bukan Undang2 tidak boleh mengatasi Undang2 Kanun Prosedur Jenayah. Begitu juga, sebuah Standing Order DUN, tidak boleh disegi Undang2 membelakangkan kuasa dan keputusan Sultan yang dibuat dibawah Undang Tubuh Negeri Perak iaitu, tidak membubarkan DUN, memecat MB Dato Seri Nizar dan EXCOnya dan melantik MB baru Dato Dr Zambri dan Exconya.

    Sementara menunggu keputusan mahkamah, speaker DUN tidak berhak bertindak seolah-olah dia adalah ketua eksekutif dinegeri Perak mahupun bertindak seperti Hakim Besar Malaya dengan mendahului Mahkamah mengesahkan bahawa Dato Seri Nizar adalah MB yang sah bertentangan dengan keputusan Sultan. yang telahpun melantik Dato Zamri sebagai MB dan EXCONya.

    Masa akan menentukan samada tindakan Speaker DUN menyalahi undang2 atau tidak, didakwa atau tidak.

    Sebab dipanggil sidang tergempar DUN adalah kerana keputusan Speaker belum sah dan perlu di bincangkan dan diendoskan oleh ahli2 DUN. Maka kenapa MB Dato Zambri dan lain2 digantung dan dihalang menghadiri sidang DUN terlebih dahulu?

    Prof Madya Dr Abdul Rani Bin Kamarudin
    Pensyarah Undang2 IIUM

  10. STANDING ORDER CONSPIRATOR MENGATUR LOJIK

    Salam hormat para sahabatku pencinta kebenaran,

    Dikatakan bahawa ada professor undang-undang yang menyumbang pandangan yang berhubung dengan kegawatan politik di Perak, yang demikian, itu sudah kira bagus. Namun, adakah pandangan yang diberi itu berada di garis tengah atau senget sebelah?

    Saya ingin menjelaskan bahawa, para pengamal undang-undang purba semenjak Lycurgus (885sm) hingga kini dan semasa, kebenaran dan kebaikan itu kerap kali dilihat dan dinilai, bukan dan tidak pada nilai benar dan baik yang sesungguhnya, tetapi lebih kepada kepuasan nafsu para pengamal undang-undang yang terlibat.

    Tegasnya, segala undang-undang yang mendendangkan kebenaran, kebaikan dan keadilan hanya memberi keuntungan kepada pengendali kuasa, dan dengan kuasa di tangan bermaharajalela merempuh kebenaran, kebaikan dan keadilan yang amat memeritkan marhaen yang diwakili oleh Helot.

    Demikian juga dengan segala yang berlaku di negara ini, di depan khalayak antarabangsa. Sedikit masa yang lalu, telah berlaku pertembungan dalam merebut jawatan presiden UMNO antara Tun Mahathir – Tengku Razaliegh. Sementara Tengku Razaliegh kalah, lantas dijadikan alasan untuk mengharamkan UMNO. Dengan tertubuhnya UMNO (baru), maka keanggotaan UMNO lama berkecai laksana diletupkan dengan C4 gamaknya. Maka bertakhtalah Tun mahathir selama 22 tahun sebagai presiden UMNO dan Perdana Menteri Malaysia tanpa kebimbangan untuk dicabar.

    Apabila kuasa itu terlampau lazat dan terasa begitu nikmat, maka Tun mahathir bernafsu pula untuk menghancurkan immunity raja dan sultan melayu, lantas pada tahun 1993 immunity raja dan sultan melayu sungguh-sungguh telah diranapkan. Justeru, maharaja sebenar Malaysia adalah Tun Mahathir.

    Tatkala Dato’ Seri Anwar Ibrahim muncul sebagai menteri kewangan terbaik Asia dan antara yang terbaik di Dunia, lantas diberi kepercayaan untuk menjadi Presiden Bank Dunia serta Pengerusi Tabung Kewangan Antarabangsa. Jawatan tersebut, tidak syak lagi, telah menimbulkan penghormatan tinggi oleh beberapa buah Negara dan kerajaan di serata dunia ke atas Dato’ Seri Anwar Ibrahim, antaranya seperti maghribi, China, Arab Saudi, Indonesia, filipina dan Amerika Syarikat. Kalau begitu, wibawa maharaja malaysia tercabar. Apa lagi, dengan penuh iman di dada, maka berjuanglah Khalid Japri di pihak maharaja untuk menyiapkan sebuah kitab suci yang diberi tajuk 50 Dalil.

    Kitab suci 50 Dalil, telah dijadikan alasan untuk menghancurkan kerjaya politik Dato’ Seri Anwar Ibrahim. Pertimbangan maharaja mudah saja, sekiranya immunity raja dan sultan melayu berjaya dihancurkan dan tidak mampu bangkit melawan, tiada sebab Dato’ Seri Anwar Ibrahim yang hanya Timbalan Perdana Menteri tidak boleh dileburkan.

    Justeru, untuk mewajarkan pemecatan Dato’ Seri Anwar Ibrahim, maka Rahim Noor dan Musa Hassan telah mengusung segala tilam dan bantal Dato’ Seri Anwar Ibrahim ke mahkamah yang sedia dan setia ditunggu oleh para Hakim Korek Korek dan doktor (DNA) Lim Kong Boone. Pendek kata, setelah beberapa siri penghakiman oleh para hakim korek korek dengan tarikh yang dipinda-pinda, maka Dato’ Seri Anwar Ibrahim pun dipenjarakan. Namun, manusia malaysia yang bukan manusia UMNO atau manusia BN, serta masyarakat antarabangsa sah tidak percaya kepada keputusan para hakim korek korek tersebut. Persoalannya, di manakah terletaknya kesahihan standing order itu?

    Demikian juga dengan situasi yang berlaku di Perak. Mudah saja, speaker memohon diadakan pilihan raya di tempat yang berkenaan, namun ditolak oleh SPR. Kenapa ditolak? Begitu juga dengan Dato’ Seri Menteri Besar yang memohon perkenan Duli Yang Maha Mulia Sultan Perak untuk membubarkan DUN, namun tidak diperkenankan. Kenapa tidak diperkenankan? Kalau begitu, kenapa ada jalan yang mudah, tetapi dipilih juga jalan yang susah? Jawapannya, atas kehendak Najib Razak – Zahid Hamidi.

    Kini, pelbagai reaksi oleh golongan yang bernada menjilat lantas pura-pura percaya demi kepentingan wang dan kuasa, UMNO dan Najib Razak – Zahid Hamidi sebagai tempat bergayut untuk mengisi perut diri dan keluarga, lantas fungsi Tuhan sebagai pemberi rezeki semacam diketepikan.

    Namun begitu, saya tetap berpendirian bahawa seseorang pemimpin mestilah atau wajiblah mempamerkan contoh tingkah laku moral yang terbaik kepada masyarakat kerana najis tidak boleh membersihkan najis. Saya yakin bahawa setiap pemimpin, bahkan setiap orang yang sanggup menipu dirinya sendiri, sudah pasti sanggup juga menipu orang lain.

    Dengan kata lain, kuasa yang dimiliki atas dasar penipuan dan ugutan semasa dalam proses mencapai kuasa tersebut, seperti menipu undi dalam pilihanraya, mengugut dan menggertak para pengundi supaya mengundi manusia UMNO, sudah pasti pimpinan manusia UMNO sanggup juga menipu, mengugut dan menggertak masyarakat semasa mereka menggunakan kuasa yang telah mereka genggam hasil mandat rakyat yang mereka telah tipu, ugut dan gertak sebelumnya. Natijahnya ialah, kerajaan Malaysia yang dibentuk berasaskan kepada penipuan, ugutan dan gertakan semasa pilihanraya bukan lagi cerminan dari ketulusan akal budi masyarakat sebagaimana yang dinyatakan oleh John Stuart Mill (1806-1873).

    Betapa Malaysia berhak diperintah oleh pemimpin yang baik, jujur, berintegriti dan mempunyai standard moral yang tinggi dan pada masa yang sama, masyarakat tidak memerlukan pemimpin yang gila glamour, yang tingkah lakunya seolah menonjolkan keinginan mendalam agar sentiasa disanjung-sanjung, dipuji-puji dan dipuja-puja sebagaimana yang media TV1 dan TV3 pernah lakukan ke atas Tun Mahathir yang diarahkan oleh Dato’ Zainuddin Maidin.

    SATU PENGAJARAN ABADI KEPADA WARGA SEMASA
    – Naspazi

  11. Article 16 (6) Undang2 Tubuh Negeri Perak

    “If the MB ceases to command the confidence of the majority of the members of the Legislative Assembly, then, unless at his request His Royal Highness dissolves the Legislative Assembly, he shall tender the resignation of the Executive Council.”

    Article 16 (7) Undang2 Tubuh Negeri Perak

    “Subject to Clause (6) a member of the Executive Council other than the MB shall hold office at His Royal Highness’ pleasure, but any member of the Council may at any time resign his office.”

    Fasal 16(7) menyebut “subject to clause (6). Maka berbalik kepada Fasal 16(6) jika permintaan MB Dato Seri Nizar untuk dibubarkan DUN tidak mendapat perkenan Sultan, MB Dato Nizar hendaklah mengemukakan perletakkan jawatan EXCO.

    Samada beliau hendak atau tidak meletakkan perletakkan jawatan sudah tidak relevan kerana akan dianggap sebagai sudah meletakkan jawatan. Maka saya pasti sangat Sultan Perak bertindak mengikut undang2 Tubuh Negeri dan pemecatan Dato Nizar dan Exconya pun mengikut undang2 negeri?

    Dalam hal majoriti, sila hayati perkataan fasal 16(6). Adakah ianya menyebut “members in” atau “members of the legislative Assembly”? Maka perlukah kehilangan sokongan majoriti mesti dibuat didalam sidang DUN? Ya atau tidak?

    Perlukah sokongan majoriti diraih semasa diadakan sidang DUN?Perkataan “members of the Legislative Assembly” bukan “members in” bukankah sudah cukup jelas? Apakah tafsiran Tuanku Sultan Perak tersasar?

    Persoalan Pakatan Rakyat tidak ada lagi majoriti tidak menjadi isu sebab itu Dato Seri Nizar sendiri memohon perkenan Sultan untuk dibubarkan DUN kerana jika Dato Seri nizar memanggil sidang DUN nescaya usul tidak percaya BN (28 campur tiga ADUN lompat) terhadapnya tentu berjaya. Bermakna Kerajaan Pentadbiran Pakatan Rakyat tumbang juga.

    Pandangan Prof Dr Aziz Bari’s;
    http://sanggahtoksago.blogspot.com/2009/03/profesor-dr-aziz-bari-sanggah-pandangan.html

    Ahad, 2009 Mac 08
    Profesor Dr Aziz Bari sanggah pandangan Rais Yatim tentang kemelut Perak

    sedikit Petikan dari web diatas;

    Ujar Prof Dr Aziz Bari;

    “Seperti yang saya berulangkali katakan tindakan sultan melantik Zambry itu tidak salah tetapi saya fikir ia tidak wajar di dalam senario di Perak kerana ia jelas tidak menyelesaikan masalah. Malah kita mendapat masalah baru yang kemudiannya memaksa sidang diadakan di bawah pokok,” ujarnya

    Beberapa petikan dari Peraturan2 Tetap DUN dan Undang2 Tubuh Negeri Perak;

    PT 1 (Perintah Tetap DUN) yang mengatakan “maka Setiausaha Dewan hendaklah membacakan Pemasyhuran DYMM Seri Sultan Perak Darul
    Ridzuan memanggil mesyuarat..”.

    “PT 10 (1) mengatakan “ Penggal Dewan hendaklah diadakan pada waktu dan tempat sebagaimana yang ditetapkan oleh DYMM Seri Sultan Perak Darul Ridzuan dari semasa ke semasa melalui perisytiharan dalam Warta,” katanya.

    PT 10 (1) itu, kuasa mutlak untuk memanggil sidang DUN adalah kuasa Sultan Perak dan ia tidak boleh dipertikaikan.

    Perkara XXXVI(1) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Perak Darul Ridzuan memberi kuasa yang jelas kepada DYMM Sultan Perak untuk memanggil DUN bersidang.

    Perkara XXXVI (1)memperuntuk “DYMM hendaklah dari semasa ke semasa memanggil bersidang Dewan Negeri itu dan tidaklah boleh membiarkan tempoh
    enam bulan berlalu di antara perjumpaan yang akhir lepas dalam satu persidangan dengan tarikh yang ditetapkan bagi perjumpaan yang pertama dalam persidangan
    yang di hadapan.”

    Peruntukan di atas adalah peruntukan Perlembagaan yang merupakan Undang-Undang Tertinggi di negeri Perak dan jelas menunjukkan kuasa untuk memanggil sidang DUN adalah kuasa Sultan Perak. Bilapula Sultan ada menitahkan sidang DUN boleh dibuat dibawah pokok? Maka janganlah memalukan Sultan dan orang-orang Perak . Apakah Sultan tidak memiliki Dewan Undang Negeri yang moden sehingga dibuat dibawah pokok? Beberapa banyak kapal-kapal perang berlabuh diLumut.

    Berdasarkan Peraturan2 Tetap DUN Perak yang dikemukakan, bukankah Sultan mempunyai kata akhir/ kataputus (final say). Saya bukan mengatakan Speaker tiada kuasa namun kuasa Speaker tidak pula boleh menafikan Kuasa (kedaulatan & ketuanan) yang ada pada Raja iu sendiri dibawah Undang Tubuh dan Peraturan Tetap DUN.

    Speaker hanya kebal jika pada mulanya sidang DUN yang dibuat itu adalah sidang yang sah dan ditempat yang sah.

    Maka sidang DUN dibawah pokok itu bukanlah ianya suatu perhimpunan haram, kesalahan yang boleh ditangkap tanpa waran?

    Tindakan Sivakumar menggantungkan MB Dato Zambri dan EXCOnya, bukankah itu melanggari titah dan lantikkan Sultan? Apakah menerima lantikkan Sultan Perak itu sendiri kesalahan dibawah Peraturan2 Tetap DUN

    Maka, kewajaran siapa yang perlu Sultan gunan pakai? Kamu, saya, Prof tersebut dan banyak lagi?

    FAsal 16(6) membenarkan Sultan menggunakan kewajarannya , maka bila Baginda bertindak tidak mahu membubarkan DUN, ada yang tidak berpuashati. Apapun keputusan baginda, akan ada yang tidak berpuashati. Bubar salah tak bubarpun salah.

    Apa yang penting dipenghujungnya adalah siapa mempunyai “sokongan majoriti” juga.

    Jika keputusan sultan dihormati sehingga mahkamah memutuskan siap MB dan exco yang sah, maka tidaklah kecoh. Ini tidak, digantungkankan MB dan exconya kononya telah bertindak melanggar Peraturan Tetap Dewan hanya kerana menerima perlantikan dan perkenan Sultan sebagai MB dan EXCO – bilapula Dewan bersidang?

    Beginilah, Ali dan Minah sepasang suami isteri- Minah lompat kemudiannya ke lelaki lain. Apakah tok kadi pula nak dipersalahkan dan minta tok kadi bubarkan juga akad nikah pasangan-pasangan suami isteri yang lain juga yang tiada masaalah hanya kerana mereka (ALi dan Minah) bermasaalah?

    Pembaca sekalian, jika kamu salah seorang dari pengundi2 DUN Behrang (contoh saja) dan berang dengan lompatan ADUN kamu dan “penipuan beliau” semasa pilihanraya, kenapa kamu tidak saman sahaja DUN kamu kerana mungkir janji (Undang2 kontrak – perjanjian)?

    Ataupun saman juga Pakatan Rakyat kerana “kecuaian” (undang2 Tort – cuai) mereka mencalonkan calon yang “tidak kredible”?

    Apa yang saya nampak, Pakatan Rakyat cuba “mengalihkan pandangan” seolahnya kelam kabut yang kini berlaku adalah “silap” Sultan bukan Pakatan Rakyat kerana kononya Sultan “kurang kewajaran” bila tidak membubarkan DUN.

    Prof Madya Dr Abdul Rani Bin Kamarudin
    Pensyarah IIUM (Law)


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: