Posted by: pinkturtle2 | Februari 27, 2009

BN Perak persoal Speaker panggil sidang DUN… Rasakan!!

sidang-tergempar1

BN Perak persoal Speaker panggil sidang DUN

PETALING JAYA: Barisan Nasional (BN)Perak hari ini mempersoalkan sama ada Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak , V. Sivakumar telah memperoleh perkenan Sultan Perak, Sultan Azlan Shah untuk mengadakan sidang tergempar DUN 3 Mac ini.

Petang tadi, Sivakumar berkata beliau akan memanggil satu sidang tergempar DUN pada 3 Mac ini bagi membincangkan dua notis usul yang diterimanya berhubung krisis peralihan kuasa kerajaan negeri itu.

Semua ADUN akan menghadiri sidang tersebut kecuali Menteri Besar Perak, Datuk Dr Zambry Abdul Kadir, enam Exco yang baru dilantik dan tiga ADUN Bebas.

Enam exco berkenaan ialah Datuk Ramly Zahari (Manong), Datuk Saarani Mohamad (Kota Tampan), Hamidah Osman (Sungai Rapat), Zainol Fadzi Paharuddin (Sungai Manik), Mohd Zahir Abdul Khalid (Kamunting) dan Dr Mah Hang Soon (Chenderiang).

Sementara itu, tiga ADUN Bebas adalah Jamaluddin Mohd Radzi (Behrang), Mohd Osman Jailu (Changkat Jering) dan Hee Yit Foong (Jelapang).

Dalam reaksi segera daripada para Exco, Ramly yang juga Setiausaha Badan Perhubungan Umno negeri berkata, ramai ADUN BN yang tidak digantung juga masih belum memperoleh notis tersebut.

“Setakat ini, saya masih belum terima apa-apa notis tentang sidang DUN itu. Jika terima notis itu sekali pun saya tidak boleh buat keputusan untuk hadir atau tidak.

“Kita akan buat keputusan bersama, setelah mengadakan perbincangan dengan Menteri Besar, Dr Zambry,” katanya kepada mStar Online hari ini.

Menurut beliau, mesyuarat tersebut akan diadakan dalam tempoh terdekat.

Sementara itu, Dr Mah menyifatkan tindakan Sivakumar itu telah melanggar titah Sultan Perak.

“Dia (Sivakumar) ini macam tidak tahu undang-undang dan membuat keputusan tanpa rujuk kepada Sultan. Mana boleh adakan sidang DUN tanpa dapat perkenan Sultan?

“Oleh itu, keputusan yang Speaker buat pada hari ini adalah tidak sah. Kita kena bertindak ikut undang-undang dan kena mengenepikan sentimen politik dalam hal perlembagaan,” ujarnya.

Beliau turut mengesahkan belum menerima sebarang notis berhubung sidang DUN terbabit.

http://www1.mstar.com.my


Responses

  1. Sultan Azlan sepatutnya tidak memihak ke mana-mana parti, tengok Sultan Sharafuddin serahkan kepada kebijaksanaan MB Khalid, macam tulah baru rakyat respect kat Sultan. Kali ni kalau Sultan Azlan tak perkenankan sidang DUN tergempar yang diumumkan oleh Speker Sivakumar ni, sahlah Sultan Azlan memang memihak ke BN/Umno. Ini akan menambahkan kebencian rakyat kepada Sultan Azlan.

  2. Itulah… kan dah berapa kali nak cakap, bubar jealah DUN tu…apa pasallah BN ni takut sgt nak bersetuju utk bubar DUN…

    BUBAR DUN ADALAH PINTU KELUAR KEPADA MASALAH POLITIK YG SEDANG HARU-BIRU DI PERAK KINI!!!!!!!

  3. KITA NAK TENGOK. Nak tengok strategi siapa yang bagus. Barisan ke Pakatan? Rakyat biasa nak tengok.

    Di sinilah, Barisan atau Pakatan boleh tunjuk kehebatan mereka. Tapi mesti ikut perlembagaan dan undang2 negara.

    Jangan marah2 kalau kalah. Jangan buat perhimpunan sana sini. Jangan tulis yang bukan dalam blog2. Jangan dapat SAKIT JIWA SYNDROME.

  4. caya la….siva….

  5. tuan speaker

    setelah dapat perkenan teruskan, apa peduli dengan ammenong. mereka rampas kuasa dulu, ada dia bincang?

    pergi mampuslah ammenong, dasar penipu akan terus menipu. bincangkan apa yang diputuskan untuk dibincang. datang tak datang, suku pasal. jangan peduli.

    pemimpin ammenong ni, boleh kata apa saja kerana mereka memiliki semua kemudahan kerajaan. teruskan tugas, asalkan tidak melanggar undang-undang sudah.

    kita conteng muka najib, kerana dia yang mulakan, apabila rasa tak larat, dia libatkan raja. ini haram jadah namanya. perbuatan orang dajal dunia akhirat.

  6. “Oleh itu, keputusan yang Speaker buat pada hari ini adalah tidak sah. Kita kena bertindak ikut undang-undang dan kena mengenepikan sentimen politik dalam hal perlembagaan,” ujar Dr. Ma… wah sedap berkata-kata macam nak terajang jeeee… BN ikut undang-undang ke. Speaker yang ada kekebalan dan hak pun disaman!!!. tak reti bahasa lagaknya!!!

  7. “Setakat ini, saya masih belum terima apa-apa notis tentang sidang DUN itu. Jika terima notis itu sekali pun saya tidak boleh buat keputusan untuk hadir atau tidak.”
    BODOH! adeke cakap macam tu?! macam ni ke cakap seorang pembuat keputusan? ceh!!
    hadir aje lah! kalaupun keputusan persidangan tu tak sah nanti, tak jadi kudis punya. itupun nak kene aku ajo…
    Tak pe! kalau raja TAK TAU nak buat apa apa, duduk aje laaa, ..sampai satu masa nanti, rakyat akan tentukan semuanya

  8. Betul ke tak boleh adakan sidang DUN tanpa dapat perkenan Sultan? Kan sultan dah lantik speaker sebagai wakilnya (sultan) di DUN. Maka segala arahan speaker sama seperti arahan sultan. Kalau setiap kali nak buat sidang DUN kena mintak pekenan sultan amat tak logiklah. Sekarang siapa yang tak ikut undang-undang kerana sultan tidak memecat speaker dan beliau masih sah memegang jawatan tersebut.

  9. Budak Tadika, manusia umno memang tidak suka ikut undang-undang dan peraturan. itu dah memang perangai umno/BN. Cuba bayangkan kalau ada ahli Pakatan Rakyat buat laporan polis ke atas Speaker Parlimen kerana menggantung Gobind Sing MP Puchong daripada menghadiri sidang parlimen. Agak-agak budak tadika, ada tak anggota polis datang menyiasat Speaker Pandikar Amin? Hanya pemimpin BN yang bodoh dan dungu, dan buta undang-undang saja yang menyuruh polis pergi siasat speaker DUN Sivakumar di Perak. Pemimpin BN meraasakan undang-undang dan perlembagaan negara ini hanya untuk Pakatan Rakyat, manakala mereka BN meletakkannya di bawah tapak kaki.
    Kesian budak tadika masih menjadi spesies pembodek UMNO/BN tanpa gaji!

  10. “””Dr Mah menyifatkan tindakan Sivakumar itu telah melanggar titah Sultan Perak.

    “Dia (Sivakumar) ini macam tidak tahu undang-undang dan membuat keputusan tanpa rujuk kepada Sultan. Mana boleh adakan sidang DUN tanpa dapat perkenan Sultan?

    “Oleh itu, keputusan yang Speaker buat pada hari ini adalah tidak sah. Kita kena bertindak ikut undang-undang dan kena mengenepikan sentimen politik dalam hal perlembagaan,” ujarnya.”””
    Kalau dah geng um-no lama sgt, mmg confirm jadi bodo. Untuk sidang tergempar, tak perlu dapat perkenan sultan…Ayaa..bodo punya olang.

  11. Pemimpin UMNO memang bodoh dan sombong. Senang cakap bodoh sombong. Rakyat disuruh ikut peraturan dan undang-undang. Contoh pemakaian tali pinggang kereta penumpang belakang dan pasang lampu motorsikal siang hari. Tapi pemimpin umno/BN tidak pernah respect dan tak pernah ikut undang-undang. Yang
    pelik polis sokong pulak golongan perampas/perompak yang tak ikut undang-undang. FRU paling suka sembur air!!!!!!

  12. Agak-agak kalu bubar DUN tarikh dia sebelum persidangan UMNO ka atau selepas????

    Mesti kalut depa guna kati(dacing) nak timbang sapa nak jadi calon, bila tarikhnya, berapa nak kena keluaq duit…

    Org tak pakai kati dah la ni org guna penimbang eletrik. Kati dah tak relevan.. ketinggalan zaman…

    Jadi kalu nak cepat dan tepat kena la cari gadget yang baru …. kan tak faham lagi kut…

  13. AMNO BODO TAHAP GABAN..MERACAU SIANG MLM MCM HILANG BINI…HEHEHEHE…SYABAS SIVAJI..

  14. dr mah pula tau reti cakap sivakumar tu tak tahu undang2 dan melanggar titah sultan, yang sultan tu lebih tahu pasal undang2 kenapa pula tak tahu undang2..dia buat2 bodoh je pasal undang2, sivakumar lebih layak dari sultan yg setan tu, kenape lah bangang sangat dr mah oi! kalau dah tak faham undang2 baik kau diam!! kau mati lagi bagus, rampasan kuasa tak ikut undang2 boleh lah pulak, kuasa speaker siapa boleh halang…tak tengok kah speaker parlimen tu buat macamana?


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: