Posted by: pinkturtle2 | Februari 27, 2009

Macam mana nak serah… Dia masih lagi MB

keta-mb

Enggan serah kereta rasmi, simbol MB yang sah

IPOH, 27 Feb (Hrkh) Dato’ Seri Mohammad Nizar Jamaluddin enggan menyerahkan kereta rasmi jenis Toyota Camry dengan alasan kenderaan itu adalah simbol “kerajaan negeri yang sah”.

Pegawai khas beliau, Amran Harun, berkata keengganan Mohammad Nizar memulangkan kenderaan rasmi itu bukan bertujuan mengingkari arahan Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Dr Abdul Rahman Hashim tetapi ingin menjadikan kereta bernombor AGS 10 itu sebagai simbol kerajaan negeri yang sah sehinggalah mahkamah membuat keputusan sama ada beliau atau Datuk Dr Zambry Abdul Kadir adalah menteri besar yang sah.

“Beliau bersedia memulangkannya jika mahkamah mengisytiharkan Zambry adalah menteri besar yang sah selepas ini,” katanya yang dipetik daripada laporan Bernama

Sebelum itu, Amran mewakili Mohammad Nizar menyerahkan kunci kediaman rasmi itu kepada Ketua Penolong Setiausaha Kerajaan Negeri (Bahagian Khidmat Pengurusan), Shamshuzaman Sulaiman di kediaman rasmi itu.

Shamshuzaman berkata semua anggota exco kerajaan negeri di bawah pakatan DAP, PAS dan PKR sebelum ini, telah memulangkan kereta Toyota Camry yang digunakan sebagai kenderaan rasmi.

“Arahan meminta memulangkan kenderaan rasmi tersebut sudah dimaklumkan kepada Dato’ Seri Mohammad Nizar melalui sepucuk surat sebaik sahaja beliau diperintah meletak jawatan oleh Sultan Perak Sultan Azlan Shah,” katanya.

Beliau berkata selain daripada 10 kereta Toyota Camry itu, pihaknya turut menerima lima lagi kenderaan yang digunakan oleh Mohammad Nizar sebelum ini.

Katanya kediaman rasmi Menteri Besar itu akan diserahkan kepada Zambry selepas Jabatan Kerja Raya selesai membuat pemeriksaan bagi mengesan sebarang kerosakan dan membuat kerja baik pulih.

Sementara itu, sumber daripada Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri berkata daripada segi pentadbiran, Mohammad Nizar perlu menyerahkan kembali kenderaan itu kerana apabila Zambry dilantik oleh Sultan Perak sebagai menteri besar, maka secara automatik beliau (Mohammad Nizar) tidak lagi menjadi menteri besar dan perlu menyerahkan segala kemudahan yang diperuntukkan untuk seorang menteri besar.

Sumber itu berkata perkataan ‘Menteri Besar’ pada plat nombor pendaftaran kereta AGS 10 itu juga tidak boleh dipakai lagi.

“Ia dilihat melanggar kuasa Sultan Perak yang melantik Dr Zambry sebagai menteri besar. Ia juga sesuatu yang melucukan dan memalukan diri sendiri,” katanya.

http://www.harakahdaily.net


Responses

  1. Ini semua Najib punya pasal, Sultan Azlan pun terheret sama. Sial betul Najib@najis ni.

  2. Serah ajalah. Apa ada pada simbol?

    Pakatan Rakyat, kalau hendak ke depan, mesti menunjuk nilai2 budaya yang baik. Ia mesti dilihat mempunyai nilai2 yang baik. Tambahan apabila PAS ada bersama Pakatan Rakyat.

    Pakatan Rakyat kena ‘review’ kedudukannya dikaca masyarakat. Sekarang ini Pakatan mendapat sokongan kerana undi ‘protest’.

    Isu Perak ini dimulakan oleh dua ADUN Pakatan yang tidak pandai menjaga diri. Ia juga dimulakan dengan keghairahan Pakatan menerima ADUN Bota.

    Hanya satu yang baik dengan kemelut di Perak. Ia membuatkan ramai yang sedar- sedar kedudukan dan sedar diri.

    Pandai2 lah.

  3. Betul kata budak tadika yang belum habis hingus pada hidungnya. Mana dia tahu rakyat mengundi PR kerana protes. AKU tak mahu bercakap dengan budak tadika sebab tak cukup baligh lagi.
    Sumber SUK pun bodoh macam kerbau. Mereka lupa bahawa Sultan tak boleh pecat MB. Kenapa mereka beriya-iya hendak menegak benang yang basah? Siapa yang salah dalam kes ini? Sudah tentu pada waktu ini, kita nampak Sultanlah yang bersalah kerana melantik MB yang baru tanpa melalui saluran undang-undang tubuh. Kita tak boleh pakai amalan dengan beranggapan kata-kata Sultan adalah di atas undang-undang. Ini hanya amalan zaman dulu. Sekarang Sultan pun boleh didakwa di mahkamah. Jadi kata-kata Sultan bukan lagi terletak di atas undang-undang.
    Derhaka pada Sultan kerana mematuhi undang-undang negara adalah suatu anggapan yang jahil dan bahlul. Manusia yang melanggar undang-undang, kita jadikan idola merupakan suatu perkara yang amat sedih untuk diterima manusia yang waras pemikirannya. Sultan pun terletak di bawah undang-undang. Ini bukan Sultan Melaka atau Sultan di dalam filem. Menghalalkan yang haram tidak harus ada dalam pemikiran orang yang mengaku dirinya Islam. Kecualilah munafikun sahaja.
    Nasihat saya pada budak tadika. Sedar tu bagus tapi sedar saja, tak guna. Ianya mesti diikuti dengan perasaan benci akan kemungkaran dan sebaik-baiknya dilakukan dengan tindakan. Untuk pengetahuan budak tadika, AKU bukan orang PR tapi hanya seorang rakyat Malaysia yang perihatin yang berpegang kepada prinsip-prinsip Islam.

  4. Saya sokong pendapat Aku. Dalam dunia pada hari ini tiada siapa yang mengatasi undang2 hatta sultan. Hari ini cakap sultan bukan lagi perintah saperti pada zaman dulu. Undang dan Perlembagaan adalah diatas sekali. Apabila ada pihak yang jelas melanggar undang2 maka jadilah masalah2 yang macam ini.

  5. Sape yg hendak sangat Nizar jadi MB dulu?

  6. Ha……ni sekor lagi!……wirawaja soalan ape yg mike tanye ni?…..

    Mike tau tau ke ape peronjang yang mike tanye ni?…..kalau tak tahu ape ke bendanya baik mike diam je……

  7. soalan wirawaja tu patut dijawab dgn pertanyaan balik…

    sape yg hendak sangat zombie ehh… zambry ni jadi mb skrg? rakyat ke umno/be-end?

  8. Dok teropong sana teropong sini, Aku masih tak nampak dan Aku masih belum boleh kira?

    Cik Gu kita kata. Tak payah guna teropong dan calculator.

    Aku i lah yang 28 kerusi tak boleh jadi majority.

  9. belia benci umno/bn….

  10. Perumpamaan seorang dipecat dari jawatan oleh majikannya, pekerja yang dipecat akan mencabar keputusan majikannya di Mahkamah Perusahaan (industrial court) bahawa pemecatannya adalah tanpa sebab dan tidak munasabah (without just cause n excuse).

    Sementara menunggu Mahkamah membuat keputusan, apa hak si pekerja ini?

    Apakah dia berhak pergi / masuk ke tempat kerjanya, mengambil dan menggunakan aset (harta) bekas majikannya?

    Apakah dia berhak mendapat gaji dan elaunnya?

    Bolehkah perkerja tersebut yang sudah dipecat mengambil dan menggunakan harta majikannya tanpa restu majikannya?

    Adakah tindak tanduk sebegitu boleh ditakrifkan sebagai suatu perbuatan mencuri?

    Pekerja yang dipecat biasanya menunggu keputusan Mahkamah dan tidak perlu hadir ke tempat kerjanya dan tidak berhak kepada gajinya (dan elaun), dan jika kelak mahkamah memutusakan dia dipecat tanpa sah dan sebab munasabah, maka dia layak kepada gajinya dari tarikh dia dipecat dan apa-apa ganti rugi yang patut dan wajar.

    Maka saya bersependapat dengan kenyataan dibolg ini;;

    http://pemudasubang.com/v5/?p=1042

    beberapa petikan dari blog diatas;
    Bekas MB Perak keliru?
    March 28, 2009 oleh Pemuda UMNO Subang
    Dalam kategori Hal Semasa, Perak

    IPOH 27 Mac – Pemahaman bekas Menteri Besar, Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin bahawa beliau berhak menggunakan kenderaan rasmi kerajaan negeri sehingga mahkamah membuat keputusan kes siapa Menteri Besar yang sah adalah salah.

    “Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, Datuk Dr. Abdul Rahman Hashim berkata, Mohammad Nizar sebagai pihak yang menuntut dalam kes itu mesti menyerahkan kenderaan rasmi itu terlebih dahulu dan menunggu keputusan mahkamah.”

    ”Jika keputusan memihak kepada bekas Menteri Besar, barulah beliau berhak ke atas kenderaan itu dan pada lazimnya, beliau juga berhak mendapat ganti rugi yang setimpal,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

    Persoalannya berbalik kepada penguatkuasaan undang2 (pendakwaan) seperti apa yang telah dinyatakan oleh Dato Seri Utama Dr Rais Yatim. Disnilah Penashat Undang 2 Negeri Perak perlu memainkan peranannya memberikan nasihat undang2 kepada Pentadbir2 Kerajaan Negeri Perak agar bertindak sewajarnya.

    Pada masa yang sama. MB Dato Zambri Kadir dan Exconya berhak kepada gaji dan elaun mereka serta apa-apa imbuhan selari dengan tugas dan kedudukan mereka. malainkan Mahkamah kemudiannya mengataka perlantikkan mereka tidak sah, Dato Zambri dan exconnya berhak (seperti pendapat Dato Seri Utama Dr Rais Yatim) menjalankan tugas masing2 sebagai MB Perak dan exco kerajaan negeri selagi tiadanya injunksi mahkamah menghalang mereka (Dato Zambri) berbuat demikian.

    Prof Madya Dr Abdul Rani Bin Kamarudin
    Pensyarah Undang2 (Jabatan Undang Awam)IIUM.

    Sila lawati pendapat Dato Seri Utama Dr Rais Yatim (Sedikit petikan saja)

    http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Sunday/Rencana/20090308000611/Article/index_html
    Soal Jawab: Sultan Perak miliki kuasa lantik Menteri Besar sesuai Undang-Undang Tubuh Negeri
    Oleh Rasid Rahaman dan Siti Almizan Aripin

    Bloggers turut memperkecilkan fungsi Sultan?
    Kita lemah dari segi penguatkuasaan undang-undang. Dan apabila saya nyatakan begini, saya tidak fikir ramai yang tidak bersetuju. Majoriti bersetuju apa saya rasakan. Kita ada Akta Hasutan dan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Sama ada puncanya berasaskan kepada radio, televisyen atau blog di dalam internet, ia sama seperti seseorang itu menulis. Sebab niat yang wujud akibat perbuatan itu untuk mewujudkan suasana menghasut atau perasaan syak wasangka hingga menyebabkan perpaduan masyarakat berpecah. Jadi dengan itu, pihak berkuasa harus terus mengambil tindakan mengikut Akta Hasutan atau Kanun Keseksaan atau Akta Polis dan ada beberapa akta lain. Dan tidak semestinya kita guna ISA. Saya cuma bercakap dari hal undang-undang semata-mata. Ini bukan soal hendak mempolitikkan sesuatu isu. Seharusnya, penulis blog ini sudah menerima saman dan juga untuk hadir di mahkamah. Jadi kita bandingkan kalau di beberapa negara jiran, mereka tidak berani menulisnya di blog, kenapa mereka berleluasa di Malaysia. Sebab mereka tahu kita tidak menjalankan tugas asas untuk menyusul sesuatu tindakan mengikut undang-undang.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: