Posted by: pinkturtle2 | Februari 27, 2009

Macam Mana ni ! ada orang nak rempuh masuk sidang dewan…

80% Tidak Bersetuju Sidang Tergempar Rumitkan Keadaan


Responses

  1. tangkap video..bagi kat cnn dan al jazeera..baru depa malu cam zam maidin dulu!!!

  2. Soalan yang di kemukakan olih TV 7 is misleading.
    Cara terbaik menyelesaikan masalah ini ia lah dengan mengadakan sidang tergempar dan bubarkan DUN.
    Well done speaker. Go go ahead since PM does not want to solve the problem and it is within your authority to ensure the state will be back to normal.

  3. Kadang2 kita tak faham.

    Dulu masa ADUN Bota keluar UMNO masuk Keadilan, bukan main lagi NIZAR ketika itu. NIZAR ada mengatakan ada lagi yang akan mengikuti ADUN Bota itu.

    Kemudian, bila ADUN Bota itu pulang ke UMNO diikuti dengan 3 ADUN lagi menjadi bebas dan menyatakan sokongan pada BN dan Istana melihatnya sebagai ada majoriti, maka marah pula Pakatan Rakyat.

    Kalau Pakatan Rakyat terima budaya lompat, maka terimalah lompatan 4 orang itu dengan berhemah. Sebab mereka melompat bukan isu.

    Pakatan Rakyat kena ‘review’ kedudukan mereka dalam hal ini. Pakatan Rakyat kena tunjuk kekuatan mereka dari segi nilai2 yang baik. Kalau kata UMNO rasuah, maka Pakatan Rakyat juga kena tunjuk yang rasuah tidak berlaku dalam Pakatan Rakyat. Pakatan Rakyat kena tunjuk sifar rasuah dan sifar keangkuhan.

    Keadaan sekarang menunjukkan Pakatan Rakyat masih tidak sebulu/tidak seiring/tidak sekata.

    Blog2 yang menyokong Pakatan Rakyat pun banyak yang memaki hamun dan mencerca.

    Kita suka dua2 kuat dan baik. BN kuat/baik dan PR kuat/baik. Sebagai rakyat, kita mahu peluang untuk memilih yang baik.

    Kita mahu lihat BN dan PR, masing2, cuba membina masyarakat.

    Suasana sekarang lebih merosakkan Malaysia. Fikir2 lah.

  4. Krisis ini pada saya lebih mencerminkan kisah bagaimana Hamas dan Fatah bertelagah. PLO pula jadi macam kek yang direbut2 kedua2 puak ini..yang masih digasak dan mengalami kesulitan kehidupan masih rakyat Palestin.

    Dari PR dan BN negeri Perak,

    Benda yang saya mahu kata ialah..anda ni ada banyak kelulusan ijazah la, produk pelajar yang bagus2..dah round satu negara bahkan satu dunia..buku2 pasal politik memang dah anda baca, juga buku2 lebih berharga dari seekor kambing.

    Maka, gunalah ilmu yang ada..berunding. Kalau tak, masakan berunding..perintah negara sememangnya TAK LAYAK!!..

  5. Setuju dengan malaysianunited.

    Kalau Arab dimainkan oleh “mat salleh”, di Malaysia ini, Melayu dimainkan oleh siapa pula?

    Ada blog2 yang lebih merosakkan Melayu dari UMNO. Tapi kita tak nampak apa yang tersirat.

  6. biadap edisi 7,,,Makan rasuah ke,…anak haram you,…ikutlah keoutusan speaker.

  7. onderfu; speaker,.,.,betul2 anak jantan…takut ke najib pondan u…

  8. walaupun kita tulis kat sini…kuasa kat tangan spker….so tgk jer…go ahead bro…kita tgk ketar atau x lutut si zam & jib tue..

  9. dasar ammenong

    pemimipin jahat, dia akan mengajar anak buahnya supaya jadi jahat. puak-puak ammenong ni tak tahu agama. mana harunsani, cakaplah apa yang patut. kamu tahu agama tu.

    gunalah pengetahuan agama tu untuk menyokong ammenong. ok

  10. Budak tadika memberi pendapat tanpa berlandaskan undang-undang. Cuba rujuk kepada undang-undang. Peraturan didalam undang-undang adalah sangat jelas bagaimana untuk melucutkan jawatan Nizar. Kenapa tak ikut? Ini lah punca kepada masalah yang berlaku di Perak. Banyak lagi perkara yang berlaku di Perak yang tidak mengikut undang-undang.
    1. SPR tolak notis speaker tidak mengikut undang2.
    2. Perlantikan MB baru dan exco tidak mengikut undang2.
    Gulongan muda sekarang bukan mereka yang boleh dibodohkan oleh media arus perdana. Fikiran mereka sekarang terbuka akibat daripada sumber ilmu yang banyak terutama melalui internet.

  11. wahai malaysiaunited,

    ko paham ke tak sebenarnyer ape yg terjadi di perak atau pon palestin??

    sape yang berebut?? tapi mmg betul ape ko cakap tu kes di perak ngn palestine sama

    mana kan tidak? di palestine hamas dah menang pilihan raya tapi fatah still tak ble terima… sama jugak mcm perak pr dah menang tapi bn tak ble terima lalu direncana lah bermacam2 rancangan…so kalo tak tau isu tu jgn le suke2 nak ulas rakyat bukan bodoh tuli lagi…..kut ye pon kamu tu penulis upahan bn cuba la ulas isu ikut fakta yang betul…baru la rakyat bole terima

  12. malaysianunited & budak tadika.
    HAMAS & FATAH xde kena mengena dgn iklim politik M’sia
    DONT PLAY2 haaaa….
    anda harus bertaubat atas apa yg anda katakan.
    kebenaran akan datang dan anda akan terima padahnya.

  13. malaysianunited ngan budak tadika.
    Korang janganla marah kuat kuat kat dia dua orang ni.
    ksian aku tengok..
    satu mualap melayu besatu (nama dia pun masih malaysianunited.. kan?) , yang satu lagi, baligh pun belum. (baru 6 taun, jantan betina pun blum tau lagi)
    kan ke siva raja perak skang? undang undang tubuh negeri perak juga yang kata, takde sapa boleh pecat speaker. speaker tu sebenarnya yang aku paham adalah jurucakap sultan kat dalam dewan. jadi…. jadilah!
    3 mac buat sidang.. buatlah
    sapa sapa yang layak, jemputlah datang kan!
    menurut speaker sapa yang tak layak tu, tak yah la datang, jamuan makan cukup cukup je..
    tapi kalau nak datang gak, tpaksala datang tanpa undang undang. nasibla kalau kalau dapat makan jamuan selaku kambing hitam. dah kenyang makan buatlah keputusan sidang, jangan buat tak tau aje.
    Keputusan sidang dah ada nanti, ikutlah! jangan tak ikut pulak. bukan macam tu ke?!!

  14. jinbara08, auzi dll

    Bila la pulak saya main2 isu?..betullah apa yang saya maksudkan.

    2 pihak yang bertelagah dalam mana2 krisis politik di dunia ini memerlukan rundingan, sua muka..itulah ciri2 pemimpin!

    Ramai yang kata pilihanraya semula adalah jalan terbaik untuk akhiri krisis di Perak.

    Oklah, katakan PR menang semula..tak jadi masalah. Kalau tiba2 BN menang semula?..saya rasa memang la website ini sekali lagi akan bertimbun2 kata2 nista dan sebagainya..kata rasuah la bla bla bla..adakah krisis akan berakhir?..ia akan lebih buruk lagi jadinya!!..

    sebab itu kaedah rundingan diperlukan. Kita yang rakyat ini PATUTnya suruh PEMIMPIN kita untuk benar2 JADI PEMIMPIN..bukan lagi suruh mereka nak bergaduh..

    Lihat sahaja Dewan Undangan Negeri digantung selama berbulan2..sapa rugi?..RAKYAT YAKNI RAKYAT PERAK YANG RUGI!!!

    Sebab itu saya ambil hubungan Fatah dan Hamas sebagai bandingan..kalau lah Fatah dan Hamas masih nak bertelagah,berkonfrantasi sesama sendiri..akhirnya apa akan berlaku saudara?

    aie,

    Hamas dipilih oleh majoriti rakyat Palestin..tapi kepimpinan dan orang2 Fatah masih memonopoli kebanyakan jawatan tertinggi dalam organisasi Palestin termasuk hubungan2 strategik antarabangsa. kalau kita masih dengan cara Hamas-putih dan Fatah-hitam, kita tidak akan dapat selesaikan masalah ini. Negara2 Arab termasuk Arab Sunni masih berhubungan dengan Fatah berbanding dengan Hamas dan Israel ada sebab untuk tidak melepaskan tanah taklukan mereka.

  15. mana taknya Islam tak berkembang pesat dekat Malaysia ini..orang2 macam auzi ada.

    Suka hina dan rendahkan martabat mualaf.

    Aneh, US yang majoritinya Kristian dan ateis pesat perkembangan memeluk Islam..tapi Malaysia yang ada segala macam persatuan agama Islam FAIL/GAGAL kembangkan Islam..

    Sebab?..

    Tengok jea entry ini..orang2 Islamnya tak langsung tergambar seorang yang beragama. Guna bahasa kasar, tidak beradab, hina orang lain.

  16. setuju dgn malaysiaunited –
    Aneh, US yang majoritinya Kristian dan ateis pesat perkembangan memeluk Islam..tapi Malaysia yang ada segala macam persatuan agama Islam FAIL/GAGAL kembangkan Islam.

    – segala macam persatuan Agama Islam tu, tido kot!!
    tu yg ramai org Islam Murtad,kes2 Khalwat dorg buat tak tahu je!
    Anak dara Islam masuk pertandingan Ratu Bikini pun’ – pegawai Agama Islam pun tak boleh nak dakwa!
    Tahnian Malaysia!!

  17. syabas ntv7, memang pandai main jarum, buatlah sebanyak mana pun survey perihal negri perak..pasai apapun takpa tp kena ingat,bibiaq merah dah x senang duduk, kuasa speaker,kuasa
    mutlak dlm memanggil sidang dun. Kalu dah rasa nk boikot pun takpa sbb x menjejaskan arahan mesyuarat tergempaq yg speaker dah buat.
    nampaknya selepaih sidang dun nanti speaker terpaksa mengadap tuanku sultan utk perkenankan pembubaran dun. kalau bibiaq merah xmau pekara tu terjadi alamat terpaksa lah bibiaq merah bawa lari sultan pula. Pi simpan tempat org xleh cari paih dua tiga hari bibiaq merah berdiri tepi sultan dan buat live press statement. Kira cerita mola2 dulu berulang balek lah. kali ni bukan orang kaya osman jendalu dan sekoq lg lupa pulak nama dia dok d tepi bibiaq merah tp dia yang bediri sebelah tuanku sultan plak minta talian hayat..haa tu dia padan muka

  18. Aslkm,

    Malaysian united.. saya setuju dengan pandangan saudara.. Untuk kawan2.. niat dia ni baik dan untuk kebaikan kita penyokong2 PR.. sindir sikit sikit ok la.. tak payah la sangat kita mencerca dan maki hamun orang kerana itu menunjukkan kekurangan kematangan diri kita..

    Perkataan yang teruk2 tu memang tak patut.. Saya pun tersa juga smash dari malaysian united.. Anyway terimakasih kerana mengingatkan semua dan juga diri saya.. Geng PR kita ambil komen MU tu secara positif. respek untuk kawan2 semua

  19. ha.. ha..hai!! marah btul gamaknya kawan kita,
    malaysianunited nih!
    maap lah, ..kalau ko rasa terhina ..yea!
    (mualap melayu besatu (nama dia pun masih malaysianunited.. kan?))
    ko tuka la nickname yang nampak melayu sket, melayu besatu ke, mohd layu ke, tubuh melayu ke, ..barula aku bleh anggap ko ni melayu tulen.. bukan mualap/saudara baru melayu. ..tak gitu?!
    dalam kepala otak aku ni, mualap tu samadengan sedara baru, tidaklah ia dilahirkan ‘begitu’, kalau melayu ..melayulah, kalau Islam ..Islamlah. itu sahaja!
    Tiadalah aku merendah rendahkan martabat apa apa pun mualap yang ada di atas muka bumi ini. yang ko ceramah, Islam tak berkembang biak, rendahkan martabat mualaf, persatuan Islam kat malaysia gagal semua tu ..apa ke bendanya?
    ..keluar dari topik entri ni.

    “..Maka, gunalah ilmu yang ada..berunding. ..”
    dalam senario ni, btul kata ngko tu.. berunding.. setuju benar aku..
    tapi kalau kelaku rundingannya, seperti budak tadika.. satu topik tak selesai, bangkitkan topik lain, ..dari satu topik ke satu topik yang lain lagi..
    aku tak rasa, yang mengaku pemimpin tu ada jawapannya, ….mungkin izrail ada bawak jawapannya.

  20. auzi,

    nickname auzi pun apa kurangnya saudara..tak macam melayu pun.

    saya dan terangkan panjang lebar dalam website ini kenapa saya guna nama saya malaysianunited. Dah lupa mana satu entrynya. Mungskin saudara boleh tanya kepada matkreko.

    Rasanya tak perlu nak persoalkan nickname. Perlu kita fahami nama samaran itu, adakah sesuai dengan orang yang menggunakannya.

    Layaknya, memang dah keluar tajuk..tapi saya dah tahan lagi dengan sikap segelintir saudara2 di sini.

    Nak tegur pun dengan adab dan buah fikiran la. Ini tak, terus main balun dengan kata2 mengeji..

    kalau anda tanya pun mana2 bukan Islam yang tahu tentang hukum hakam Islam..tapi tak masuk Islam. Mereka akan kata lihat penganut Islam disini..tak pun pamerkan Islam sebenar.

  21. Kena tahu arithmetic. Tahu kira2. Dah tidak ada majority kan? Terima ajelah. Yang nak pusing kanan pusing kiri belit kepala itu buat apa?

    Dah PR tidak ada majority maka kedudukan speaker akan gugur secara sendiri. Melainkan BN nak pakai dia lagi, tak tahu lah.

    Sebenarnya dalam konteks sekarang, masing2 sayang kedudukan yang baru dikecapi. Rasa tak puas itu ada. Jadi macam2lah teori yang keluar dan ramai pula pakar yang menulis dan bercakap. Pakar undang2 ada dan pakar Islam pun ada.

    Tapi cik gu kita kata. Tak payah guna calculator. 28 kerusi tak boleh jadi majority.

  22. STANDING ORDER KONSPIRATOR MENGATUR LOGIK
    Oleh Naspazi | Sunday | March 01, 2009

    Salam hormat para dhamir jiwa yang baik,

    Dikatakan bahawa ada professor undang-undang yang menyumbang pandangan yang berhubung dengan kegawatan politik di Perak, yang demikian, itu sudah kira bagus. Namun, adakah pandangan yang diberi itu berada di garis tengah atau senget sebelah?

    Saya ingin menjelaskan bahawa, para pengamal undang-undang purba semenjak Lycurgus (885sm) hingga kini dan semasa, kebenaran dan kebaikan itu kerap kali dilihat dan dinilai, bukan dan tidak pada nilai benar dan baik yang sesungguhnya, tetapi lebih kepada kepuasan nafsu oleh para pengamal undang-undang atau penguasa dan pemimpin yang terlibat. Oleh itu, penguasa atau pemimpin yang sungguh-sungguh adil, baik dan bertanggungjawab seperti Khalifah Umar Abdul Aziz, akan dipendekkan umurnya oleh para pendurjana yang bersekongkol untuk tujuan yang jahat.

    Tegasnya, segala undang-undang yang mendendangkan lagu kebenaran, kebaikan dan keadilan hanya akan memberi keuntungan kepada para pengendali kuasa, dan dengan kuasa di tangan bermaharajalela merempuh kebenaran, kebaikan dan keadilan yang amat memeritkan marhaen yang diwakili oleh Helot.

    Demikian juga dengan segala yang berlaku di negara ini, di depan khalayak antarabangsa. Sedikit masa yang lalu, telah berlaku pertembungan dalam merebut jawatan presiden UMNO antara Tun Mahathir – Tengku Razaliegh. Sementara Tengku Razaliegh yang kalah, lantas dijadikan alasan untuk mengharamkan UMNO. Dengan tertubuhnya UMNO (baru), maka keanggotaan UMNO lama berkecai laksana diletupkan dengan C4 gamaknya. Maka bertakhtalah Tun mahathir selama 22 tahun sebagai presiden UMNO dan Perdana Menteri Malaysia tanpa kebimbangan untuk dicabar.

    Apabila kuasa itu terlampau lazat dan terasa begitu nikmat gamaknya, maka Tun mahathir bernafsu pula untuk menghancurkan immunity raja dan sultan melayu, lantas pada tahun 1993 immunity raja dan sultan melayu sungguh-sungguh telah diranapkan. Justeru, maharaja sebenar Malaysia adalah Tun Mahathir.

    Tatkala Dato’ Seri Anwar Ibrahim muncul sebagai menteri kewangan terbaik Asia dan antara yang terbaik di Dunia, lantas diberi kepercayaan untuk menjadi presiden Bank Dunia serta pengerusi Tabung Kewangan Antarabangsa. Jawatan tersebut, tidak syak lagi, telah menimbulkan penghormatan tinggi oleh beberapa buah negara dan kerajaan di serata dunia ke atas Dato’ Seri Anwar Ibrahim, antaranya seperti Maghribi, China, Arab Saudi, Indonesia, Filipina dan Amerika Syarikat. Kalau begitu, wibawa maharaja malaysia sudah tentu tercabar atau terasa-rasa tergugat. Apa lagi, dengan penuh iman di dada, maka berjuanglah Si Khalid Japri di pihak maharaja untuk menyiapkan sebuah Kitab Suci yang diberi tajuk 50 Dalil.

    Kitab suci 50 Dalil, telah dijadikan alasan untuk menghancurkan kerjaya politik Dato’ Seri Anwar Ibrahim. Pertimbangan maharaja mudah saja, sekiranya immunity raja dan sultan melayu berjaya dihancurkan dan tidak mampu bangkit melawan, tiada sebab Dato’ Seri Anwar Ibrahim yang hanya Timbalan Perdana Menteri tidak boleh dileburkan.

    Justeru, untuk mewajarkan pemecatan Dato’ Seri Anwar Ibrahim, maka Rahim Noor dan Musa Hassan telah mengusung segala tilam dan bantal Dato’ Seri Anwar Ibrahim ke mahkamah yang sedia dan setia ditunggu oleh para Hakim Korek Korek dan doktor (DNA) Lim Kong Boon. Pendek kata, setelah beberapa siri penghakiman oleh para hakim korek korek dengan tarikh yang dipinda-pinda, maka Dato’ Seri Anwar Ibrahim pun dipenjarakan.

    Namun, manusia malaysia yang bukan manusia UMNO atau bukan manusia BN, serta masyarakat antarabangsa sah tidak percaya kepada keputusan penghakiman oleh para hakim korek korek tersebut. Persoalannya, di manakah terletaknya kesahihan standing order itu?

    Demikian juga dengan situasi yang berlaku di Perak. Mudah saja, speaker memohon diadakan pilihan raya di tempat yang berkenaan, namun ditolak oleh SPR. Kenapa ditolak? Begitu juga dengan Dato’ Seri Menteri Besar yang memohon perkenan Duli Yang Maha Mulia Sultan Perak untuk membubarkan DUN, namun tidak diperkenankan. Kenapa tidak diperkenankan? Kalau begitu, kenapa ada jalan yang mudah, tetapi dipilih juga jalan yang susah? Jawapannya, atas kehendak Najib Razak – Zahid Hamidi.

    Kini, pelbagai reaksi oleh golongan yang bernada menjilat lantas pura-pura percaya demi kepentingan wang dan kuasa, UMNO dan Najib Razak – Zahid Hamidi sebagai tempat bergayut untuk mengisi perut diri dan keluarga, lantas fungsi Tuhan sebagai pemberi rezeki semacam diketepikan.

    Namun begitu, saya tetap berpendirian bahawa seseorang pemimpin mestilah atau wajiblah mempamerkan contoh tingkah laku moral yang terbaik kepada masyarakat kerana najis tidak boleh membersihkan najis. Saya yakin bahawa setiap pemimpin, bahkan setiap orang yang sanggup menipu dirinya sendiri, sudah pasti sanggup juga untuk menipu orang lain.

    Dengan kata lain, kuasa yang dimiliki atas dasar penipuan dan ugutan semasa dalam proses mencapai kuasa tersebut, seperti menipu undi dalam pilihanraya, mengugut dan menggertak para pengundi supaya mengundi manusia UMNO, sudah pasti pimpinan manusia UMNO sanggup juga untuk menipu, mengugut dan menggertak masyarakat semasa mereka menggunakan kuasa yang telah mereka genggam hasil dari mandat rakyat yang mereka telah tipu, ugut dan gertak sebelumnya.

    Natijahnya ialah, kerajaan Malaysia yang dibentuk berasaskan kepada penipuan, ugutan dan gertakan semasa pilihanraya bukan lagi cerminan dari ketulusan akal budi masyarakat sebagaimana yang dinyatakan oleh John Stuart Mill (1806-1873) bahawa standard kerajaan sesebuah negara adalah ukuran dari standard pemikiran warganegaranya yang memberi mandat kepada pimpinan atau penguasa yang membentuk kerajaan tersebut.

    Betapa Malaysia berhak diperintah oleh pemimpin yang baik, jujur, berintegriti dan mempunyai standard moral yang tinggi dan pada masa yang sama, masyarakat tidak memerlukan pemimpin yang gila glamour, yang tingkah lakunya seolah menonjolkan keinginan mendalam agar sentiasa disanjung-sanjung, dipuji-puji dan dipuja-puja sebagaimana yang media TV1 dan TV3 pernah lakukan ke atas Tun Mahathir yang diarahkan oleh Dato’ Zainuddin Maidin.

    HANYA SI BANGSAT YANG HALALKAN CARA SI JAHAT

    “REMPUH UMNO SAMPAI JATUH”
    – Naspazi


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: