Posted by: pinkturtle2 | Februari 28, 2009

Kita berhak berbeda pendapat tetapi tidak pantas bertindak kasar dan ganas – DSAI

Saya tidak menuding kepada ahli parlimen umno. Namun mereka harus waras dan matang mengecam kebiadapan menodai kemurnian kawasan Parlimen. Kita berhak berbeda pendapat secara sopan tetapi tidak pantas bertindak kasar dan ganas.

Saya tidak menuding kepada ahli parlimen umno. Namun mereka harus waras dan matang mengecam kebiadapan menodai kemurnian kawasan Parlimen. Kita berhak berbeda pendapat secara sopan tetapi tidak pantas bertindak kasar dan ganas - DSAI

Dari Drama Pembunuhan, Ugutan, Penculikan, Rasuah dan Episod Memalukan di Parlimen

Semalam saya menerima undangan makan tengah hari bersama Pesuruhjaya Tinggi Australia di kediaman beliau. Saya kembali ke Parlimen dan mengadakan pertemuan dengan Menteri Besat Tan Sri Khalid di pejabat Ketua Pembangkang.

Sejurus kemudian saya diminta segera turun ke Dewan kerana Sdr. Karpal Singh mengemukakan bantahan diatas tekanan dan ugutan oleh pimpinan pemuda umno selangor. Saya terkejut dengan gelagar sebahagian ahli parlimen umno-bn yang memandang enteng serangan tersebut malah melalak menafikan ruang untuk Sdr. Karpal dan rakan lainnya berhujah.

Dalam keriuhan tersebut saya bangun dan diberikan ruang oleh Speaker. Saya tidak menuding kepada ahli parlimen umno. Namun mereka harus waras dan matang mengecam kebiadapan menodai kemurnian kawasan Parlimen. Kita berhak berbeda pendapat secara sopan tetapi tidak pantas bertindak kasar dan ganas.

Speaker Tan Sri Pandikar Amin memberikan jamninan bertindak. Maka kami keluar untuk memberikan kenyataan bersama kepada media. Dan selanjutnya ke pejabat Speaker menggesa beliau bertindak segera secara tegas.

Maka berakhirlah satu lagi babak keji dalam sejarah Parlimen – bersambung dari drama pembunuhan, ugutan, penculikan, rasuah dan akhirnya hingga ke kawasan Parlimen.

ANWAR IBRAHIM


Responses

  1. Memang UMNO dah lama samseng dan gedebe.Mereka sudah lama menyusahkan rakyat.Sudah banyak harta rakyat disapu.
    Nyahkan saja UMNO dalam PRK dan PRU13. Ajar mereka,mereka ingat UMNO boleh berkuasa sampai kiamat ke!!!

  2. Orang Melayu tak kira org politik ka rakyat marhaen masih tak sedaq diri! negeri2 melayu dijajah kerana sikap pemimpin yg tamak kuasa akhirnya sapa pun tarak apa…. Melaka musnah kerana pemimpin yg rakus dan gila kuasa…
    Semuanya kerana tidak ada sikap sayang kepada agama, bangsa dan negara.
    Jgnlah diulang sejarah lalu…
    Dulu dsar pecah dan perintah Ingg hanya menghalang hubungan baik antara kaum…
    Sekarang dasar pecah dan perintah di Malaysia menjadi punca perpecahan antara orang Melayu.
    Adakah kita mahu berlaku perang saudara antara kita seperti Muawiyah yg ingin jawatan khalifah sehingga sanggup memerangi Saidina Ali???? … Itulah perang saudara Islam yg I.
    Bersatulah wahai bangsa Melayu demi kekuatan ummah dan keamanan negara..

  3. Kebobrokan UMNO makin terserlah apabila tertekan.

  4. Sepatut nya kita punya contoh diri yang baik sebagai pelapis pada pemimpin negara,namun bila dalam sesuatu tindakan itu kita telah kehilangan kawalan diri lalu berbuat sesuatu yang diluar dari kewarasan(mengasari rang OKU),maka itu jelas memperlihatkan kerendahan maruah diri.Selayak nya mereka ini tak layak untuk jadi pemimpin.

  5. aku sokong cikgu Syon tak kira PKR ka PAS ka UMNO ka kena amik berat apa yang hang perkatakan tu

  6. Umno dari dulu sehingga kini perangai memang macam tu, takkan hangpa tak sedaq. Kes gaduh, samseng, ugut, gangguan seksual dan macam-macam lagi semua puak ni punya kerja. Tok sah nak heran la, Umno/Be End memang dah lama buat kerja keji macam ni. Malangnya ada lagi orang Melayu yang tak sedaq lagi, dok sokong gak parti haprak ni, heran sungguh no.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: