Posted by: pinkturtle2 | Februari 28, 2009

Pemimpin-pemimpin jenis ini hanya tahu ‘bahasa undi’ (pilihan raya) – A samad said

Saya menyarankan jika kita (rakyat) sayangkan bahasa kita. Jika mahu bahasa (Melayu) kita dilanjutkan dan dilestarikan. Gunakanlah undi anda (kita), gunakan undi anda.

Saya menyarankan jika kita (rakyat) sayangkan bahasa kita. Jika mahu bahasa (Melayu) kita dilanjutkan dan dilestarikan. Gunakanlah undi anda (kita), gunakan undi anda.Sebab, pemimpin-pemimpin jenis ini hanya tahu ‘bahasa undi’ (pilihan raya). Dia (pemimpin Umno) tidak tahu bahasa Melayu- Sasterawan Negara, Dato’ A Samad Said

Anak Muda Kena Guna ‘Bahasa Undi’ – Pak Samad

Dungun – Rakyat disaran menggunakan ‘bahasa undi’ untuk mengajar pimpinan Melayu yang bakal ‘membunuh’ bahasa ibundanya (Melayu) sendiri demi menyelamat bangsa dan bahasa dari kepupusan.

Sasterawan Negara, Dato’ A Samad Said, 76, berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penerangan Isu Pengajaran Pembelajaran Sains & Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) di perkarangan Surau Tuan Guru Zainal Abidin, Sura Gate, Dungun, kelmarin.

Katanya, pemimpin Umno dan kerajaan Barisan Nasional (BN) hanya boleh diajar dengan kuasa undi dalam pilihan raya.

“Saya menyarankan jika kita (rakyat) sayangkan bahasa kita. Jika mahu bahasa (Melayu) kita dilanjutkan dan dilestarikan. Gunakanlah undi anda (kita), gunakan undi anda.

“Sebab, pemimpin-pemimpin jenis ini hanya tahu ‘bahasa undi’ (pilihan raya). Dia (pemimpin Umno) tidak tahu bahasa Melayu,” tegasnya.

Menurutnya, Umno-BN memperkecilkan golongan muda yang bakal menentukan masa depan negara ini.

Oleh itu, kata beliau golongan muda wajar menggunakan kuasa mengundi (pilihan raya) bagi menentukan pemimpin dan masa depan negara ini.

“Dia (Umno) selalu memperkecilkan ‘angkatan’ (generasi) muda. Angkatan tua biasanya sudah bersikap jika dia Umno tetap akan Umno, jika syahdunya PAS dia akan tetap dengan PAS.

“Kuasa imbangan yang terbesar sekarang adalah ditangan anak-anak muda dan janganlah lupa menggunakan kuasa (pilihan raya) itu untuk menentukan masa depan bangsa dan bahasa,” ujarnya.

Beliau yang lebih dikenali dengan panggilan ‘Pak Samad’ mendakwa pemimpin Negara ini telah melakukan satu ‘jenayah’ kerana melanggar Akta Pendidikan dan Perlembagaan.

Katanya, kemajuan yang mahu dinikmati oleh rakyat dan negara ini bukan dengan cara ‘membunuh’ bahasa dan bangsa sendiri.

“Kenapakah pemimpin (Umno-BN) kita telah melakukan satu jenayah dengan melanggar Akta Pendidikan dan melanggar Perlembagaan yang mensucikan bahasanya.

“Sekarang tahun 2009, perlanggaran itu berterusan. Apakah orang seperti saya yang membantah PPSMI kerana tidak mahu kemajuan.

“Saya telah berusia 76 tahun dan saya telah menulis sepanjang lebih 50 tahun dan menghasilkan 65 buah buku khazanah untuk bangsa saya.

Katanya, permasalahan isu PPSMI berlarutan sejak enam tahun lalu kerana negara ditadbir oleh pemimpin yang hanya berfikir lima tahun ke hadapan dan bukan 50 tahun ke hadapan.

“Kita (Melayu) sudah kepupusan huruf (jawi) dan kita sudah hilang Utusan Melayu oleh kerana kepupusan huruf.

“Kita (Melayu) hilang kitab-kitab jawi dan tidak lama lagi dalam lima dekad kita akan hilang bahasa kita (Melayu) sendiri,” jelasnya.

Hadir sama pada majlis tersebut Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu, Dato’ Abu Bakar Chik, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sura, Ustaz Wan hassan Ramli dan Timbalan Pengarah Jawatankuasa Pelaksana Gerakan Memansuhkan PPSMI, Suhaizan Kaiat.

http://buletinonline.net


Responses

  1. ambo dah tunai buat kali pertama hari tu….tapi sayang tak tumbang-tumbang.

  2. Memang betul kata Pak Samad tu… UMNO perlu tahu pemuda-pemudi hari ini amat meluat dgn UMNO kerana UMNO suka sgt memperbodohkan fikiran rakyat…

    contoh paling mudah, lihat saja laporan berita di RTM dan TV3 suku tu…

    Apa kata Pak Samad lancarkan kempen ‘Belia Benci UMNO’ bagi mengiringi kempen belia benci dadah…

  3. Aslkm,

    Dah lama saya tak menukilkan buah fikiran kat pinkturtle ni…

    Setuju sangat dengan Pak Samad upaya golongan muda guna bahasa undi,,, Hishamudin memang buat lawak bila nak pertahankan PPSMI ni. Semua kita patut tengok logik ini.. KENAPA RUSSIA, GERMAN, FRANCE, SPAIN, JEPUN, KOREA, CINA dan lain-lain negara jauh lebih maju dari MALAYSIA dalam bidang sains?

    Adakah negara-negara tersebut ada PPSMI dalam kurikulum pendidikan mereka? Itulah lawak antarabangsa oleh Hisham.. Kalau masuk Raja LAwak memang saringan pun dah tak lepas..

    Pendekar Melayu konon.. dengan menghunus keris dalam Parlimen dia ingat dah memperjuangkan bangsa dan budaya.. Pui.. pendekar taik kucing ada la..

    Patut Pak LAh pecat dan sumbat dalam ISA saja Hisham ni… kerana menghabiskan duit kami pembayar-pembayar cukai, sampai beratus juta kerana dasar yang tak menggunakan akal fikiran secara waras.. dan melanggar perlembagaan

  4. sifat kesombongan mereka telah menafikan suara dari pejuang pejuang bahasa itu sendiri…kita tidak faham atas kewajaran apa mereka masih ingin mengekakalkan PPSMI itu.Seolah olah mereka telah hilang keyakinan pada keunggulan bahasa Malaysia itu sendiri.

  5. Sendi bangsa adalah bahasa dan Malaysia seharusnya beridentiti dari bangsa-bangsa beradab dan berjuang untuk intergriti negara tercinta. Tapi malangnya ada petualang yang senantiasa melaung bantahan mengikut naluri bahasa dan kefahaman tersendiri. KJ apalah sangat laluan kehidupannya nak dibandingkan dengan Dato’ A.Samad Said dan rakan-rakan seangkatannya ibarat jauh panggang dari api.Tak akan terhitung oleh KJ bagaimana tamadunnya mereka dalam perjuangan menegakkan bangsa dan mendaulatkan bahasa.Hinakah hidup ini dengan bahasa kita sendiri.Ilmu dan hukum mana yang KJ anuti kini? Untuk maju tidak semesti dengan bahasa tapi dengan akal yang kita pergunakan dengan sebaik-baiknya.Sesunggunhya kita saling memerlukan antara satu sama lain bukan bersengketa untuk populariti dengan emosi sendiri.Tinggi manalah pengajian di Oxford itu kalau amal hidup ini tidak menyedarkan kita untuk menegakkan bahasa ibunda dan bahasa kepada setiap bangsa di Malaysia ini?

  6. Ya…amat setuju sekali dengan Pak Samad…beliau dan pejuang-pejuang lain amat lurus dan ikhlas dalam menjadi benteng mempertahankan maruah bangsanya dari dirobek dan dihancurleburkan oleh bangsanya sendiri iaitu UMNO….Semoga Pak Samad dan pejuang lain akan terus berjuang hingga mencapai matlamat….Di mana dan kemana perginya Pemuda UMNO yg terkenal dengan gagah beraninya, pemuda perkasanya, sentiasa menghunus keris pusaka, sentiasa lantang mengherdik, memfitnah, mencaci, memaki, membelasah org lain atas nama memperjuangkan umat Melayu….kenapa dlm soal bahasa ini pemuda UMNO menjadi pemuda PONDAN…tiada statement langsung dalm isu PPSMI…semua kecut telor, tiada kote, dayus, bangang, bodoh dan lebih bangang dari seekor kaldai…..Kamu pejuang apa wahai pemuda UMNO….? kamu adalah sebenanrnya pejuang tembolok kamu sendiri….Tiada maruah….Sangup berdiam diri dari mempertahankan adat budaya sendiri, bahasa sendiri dari dimusnahkan oleh kaum kau sendiri demi mencapai matlamat ILUSI wawasan 2020…..macamana umat melayu nak terus menyokong kamu….Siapa orang Melayu yg menyokong UMNO dialah pengkhianat Bahasa melayu sendiri…..

  7. Abg Hisham dok rok cetong… cakap lebong…kalu zaman hang tuah dulu lama doh kena tikam…umno memang nak bunuh melayu apatah lagi agama..apa yang penting projek dan jawatan. Bahasa Melayu sudah tidak ada nilai bagi mereka.

  8. PAK SAMAD DAH TERLAMBAT.

    Mengenai mendaulatkan bahasa Melayu seharusnya telah lama diusahakan. Oleh Dewan Bahasa dan Pustaka dan oleh sasterawan2.

    Bukankah anugerah sasterawan negara itu kerana bahasa Melayu? Jadi sasterawan2 negara sepatutnya menyuarakan perkara mendaulatkan bahasa Melayu dulu2 lagi. Apalah ertinya menjadi sasterawan negara kalau bahasa Melayu dipinggirkan? Apalah erti mengaku Melayu kalau kita sendiri menganaktirikan bahasa Melayu?

    Begitu juga dengan Dewan Bahasa dan Pustaka. Apa matlamat penubuhannya? Kemajuannya begitu cetek sekali kalau dibandingkan dengan kemajuan negara. Sepatutnya DBP menjadi lambang kepada keutuhan dan keagungan bahasa/bangsa Melayu.

    Pergilah ke DBP dan tengok lah.

    Semua orang Melayu patut rasa bersalah. Bila orang bercakap bahasa Inggeris terasa amat meyakinkan. Bila orang bercakap bahasa Melayu, macam dengar tak dengar sahaja.

    Kita hormat pada Pak Samad yang pada akhir2 ini menyuarakan isu ini.

    Kita tak salah sesiapa cuma kita rasa hairan mengapa ini semua berlaku di tanah Melayu.

    Tapi tanggungjawab memperbetulkan adalah kita orang Melayu. Dalam usaha ini, buatlah secara berhemah dan dengan penuh tertib, tanpa menyalahkan mana2 pihak.

    Bukan mana2 parti politik yang bersalah. Kita semua bersalah atau lemah.

  9. cayalah pak samad! caya! caya!
    ntah! orang yang jaga melayu, MOE ni, camana ntah!?! nak buat budak pandai ‘speaking london’, bahasa melayu simpan senyap senyap kat DBP dia ngan dia je. matematik ngan sains jadi lingkup. pastu, rendahkan peratus kelulusan… kan ke penipu namanya tu. ..martabatkan melayu ke hape?!
    kalau lagi dulu dengar cakap bapak melayu, mungkin skang tak jadi cam ni ..kan!?
    buat orang marah je!

  10. Aslkm,

    BUdak Tadika… anda ni memang berat sebelah dalam hal ini.. Berapa la UMNO bayar anda untuk jadi pecacai? Kenapa nak salahkan Sasterawan-sasterawan negara dan semua orang Melayu dalam mendaulatkan bahasa kita..

    Anda sengaja pekakkan telinga dan butakan mata dari segala fakta yang benar.. DBP itu bukan khas untuk BM sahaja. Kalau DBP khas untuk BM dah tentu dijadikan DBP MELAYU.. dan tak akan ada satu makalah atau penerbitan bahasa lain di dalam bangunan DBP.. jadi dasar DBP memang untuk mendaulatkan BM selaras dengan perlembagaan.

    Semua sasterawan berhabisan perjuangkan BM tetapi siapakah pembuat dan perlaksana dasar / polisi kalau bukan wakil-wakil rakyat UMNO yang anda pilih itu?? Adakah para sasterawan atau rakyat kebanyakan yang mencadangkan perlaksanaan PPSMI ini.. Sudah tentu ini idea gila dari menteri-menteri kabinet yang sentiasa berbuat sesuatu dengan mempunyai agenda tersembunyi..

    Kita rakyat memilih mereka untuk memperjuangkan kepentingan bangsa dan negara.. tetapi mereka ini hanya pandai berlindung di sebalik kata-kata KAMI MEWAKILI SUARA RAKYAT MAJORITI.. jadi yang menghancurkan bahasa kita dah tentu UMNO sebab mereka yang menjadi suara majoriti kan..kan..

    Budak Tadika.. jadilah orang yang menuturkan kebenaran jangan jadi pecacai bersifat munafik.. semuga buah fikiran saya ini memberi sedikit kesedaran untuk anda.. yang baik dari Allah dan yang tak elok itu dari saya..Amin

  11. JOM SIGN PETISYEN TOLAK BRAHIM ALI DI KELATE

    SILA MASUK DI http://www.petitionspot.com/petitions/kelate

    terima kasih

    – Blogger Rakyat – http://wwww.bloggerrakyat.blogspot.com

  12. Apa pasal pula nak tolak Ibrahim Ali.

    Sekurang2nya kita ada IA. Dia berani. Dia pandai bercakap.

    Eloklah kita minta tenaga IA. Bela bahasa Melayu.

    Kan lebih baik?

  13. Asrol,

    Saya akan turunkan tandatangan saya kalau nama Petisyen ditukar kepada

    ‘Petisyen Tolak Ibrahim Ali sebab kritik PAS’.

    Ha, sesuai nama ini dengan petisyen tersebut..harap saudara fikirkan, sebab akan berbondong2 ramai orang akan turunkan tandatangan.

  14. Salam malaysianunited.

    Mu ni pon. Takkan PAS tak leh kena tegor langsong.

    Kita nak kritik sikit. TG Nik Aziz kena pencen. Kena didik pemimpin pelapis.

    Jangan ikut Tun Mahathir.

  15. Nampak benar UMNO-BN tidak setia dengan bahasa Melayu. Benarlah puak ini hanya faham bahasa undi, dah jenuh diberi alasan masih nak teruskan juga PPSMI.

    PPSMI itu jelas meminggirkan bahasa Melayu-kecuali yang buta hati dan buta perut sahaja yang tak nampak. Mentaliti apa agaknya.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: