Posted by: pinkturtle2 | Februari 28, 2009

Rayuan Kepada Tuanku Paduka Sultan Perak

Kami rakyat jelata di negeri Perak sekarang ini sentiasa didalam kecelaruan untuk menjalani kehidupan seharian, kami tidak tahu yang mana satu yang patut kami lakukan..

Kami rakyat jelata di negeri Perak sekarang ini sentiasa didalam kecelaruan untuk menjalani kehidupan seharian, kami tidak tahu yang mana satu yang patut kami lakukan..Kami rakyat Perak juga keliru yang mana satu Menteri Besar negeri Perak, Dato Seri IR Haji Mohammad Nizar bin Jamaludin masih mengaku Menteri Besar, sebab dia belum letak jawatan, manakala Dato Dr Zambri bin Abdul Kader juga mengaku Menteri Besar yang baru sebab ia mendapat perkenan dan dilantik oleh Tuanku

Rayuan Kepada Tuanku Paduka Sultan Perak

Assalammuaalaikum!

Ampun Tuanku!

Patik selaku pengundi berdaftar di N51 DUN Pasir Panjang dengan rendah hati memohon perkenan dari Tuanku dapat mempertimbangkan permohonan daripada semua rakyat negeri Perak Darul Ridzuan yang mahukan sistem demokrasi dilaksanakan dengan kaedah membubar Dewan Undangan Negeri Perak.

Ampun Tuanku!

Kami rakyat jelata di negeri Perak sekarang ini sentiasa didalam kecelaruan untuk menjalani kehidupan seharian, kami tidak tahu yang mana satu yang patut kami lakukan.. Umpamanya Anak-anak kami yang bersekolah yang memerlukan tandatangan sokongan dari Ketua kampong, ada yang berkata Ketua Kampong lantikan Kerajaan Negeri tak boleh di terima, pihak sekolah mahukan Tandatangan Ketua Kampong Lantikan Pusat.. dah timbul masaalah..

Ampun Tuanku!

Kami rakyat Perak juga keliru yang mana satu Menteri Besar negeri Perak, Dato Seri IR Haji Mohammad Nizar bin Jamaludin masih mengaku Menteri Besar, sebab dia belum letak jawatan, manakala Dato Dr Zambri bin Abdul Kader juga mengaku Menteri Besar yang baru sebab ia mendapat perkenan dan dilantik oleh Tuanku.

Ampun Tuanku!

Suasana yang berlaku di Negeri Perak ini tuanku dah merebak ke negeri lain.. selepas Perak kekacauan timbul pula dinegeri Selangor, tetapi Alhamdulillah, Paduka Sultan Selangor dapat menyelesaikannya dengan bijaksana apabila beliau melihat suasan tegang yang berlaku di negeri Perak. Dan selepas ini ia dah mula juga ada sedikit kekacauan di negeri Kedah.. Apa pun perkara sebegini bermulanya dinegeri Perak.

Ampun Tuanku!

Apa yang patik nampak perkara-perkara yang tidak sedap didengar dan tidak enak dipandang di negeri Perak ini akan berterusan, Bekas Kerajaan Pakatan Rakyat akan menggunakan seberapa cara dan kuasa yang mereka ada untuk mereka nak kembali berkuasa, manakala Kerajaan Barisan Nasional yang mentadbir negeri Perak buat masa ini pula pun nak mempertahankan kuasa mereka.. Jadi perkara sebegini sampai bila penghujungnya.. Adakah sampai ke Piliharan Raya Umum ke 13 nanti, yang masaalahnya kami rakyat bawahan. Jadi untuk mengelak perkara sedemikian ini berlanjutan Patik memohon kepada Tuanku jalan yang terbaik adalah dengan Membubarkan Dewan Undangan Negeri Perak, berilah kuasa kepada semua rakyat negeri Perak memilih kerajaan mana yang rakyat mahukan untuk mentadbir negeri Perak. Sekian Wassalam.

http://manjungmari.rentaprevolusi.com


Respon

  1. Allah menyayangi hambanya yg bersabar.ingat sabar itu separuh dari iman.
    berdoalah selalu.
    amin…

  2. Pihak Istana Perak, kalau sayangkan rakyat dari perkara menjerumus kapada perkara yang tidak eluk kalangan sesama rakyatnya, bubarkan saja DUN, biar rakyat menentukan siapa pemimpin mereka.

    salepas itu segala pertelingkahan pasti reda, kalangan rakyat akan berpuas hati tak kira parti mana pun yang menang pada masa itu. keseluruhan rakyat perak pada masa itu pasti redha dan kembali bertaut antara sesama rakyat perak dan kembali menjalani kehidupan saperti biasa.

  3. Sultan pun kena jaga Periuk nasik…kan!!
    nanti projek tak on,anak beranak susah!!
    daulat Tuanku,TaikPalat Tuanku atas bangku!!

  4. Tak guna merayu pada tuanku…tak ada faedahnya…baik panjatkan doa kepada ALLAH SWT.ALLAH segala2nya,bukan tuanku.jangan kita taksub kepada raja sehingga kita terlupa kewujudan yang maha Esa…

  5. Rasanya DUN tidak akan dibubarkan samasekali walau menangis airmata darah sekalipun…

    Sebab UMNO amat tahu, jika bubar DUN bermakna partinya akan menuju ‘pembubaran’ sepenuhnya…

    Kepada PR, usah lagi berharap kpd yg ‘tak sudi’, gunakanlah segala ruang yg ada dan termampu berdasarkan peruntukan undang-undang yg sedia ada bagi mengembalikan semula Kerajaan yang dipilih oleh rakyat pada 08 Mac 2008…

    Lawan tetap lawan, patah sayap bertongkat paruh…namun mengalah tidak samasekali…

  6. Tak payah dirayu kepada Dia…Dia pun manusia biasa di sisi Allah….Pohonlah kpd Allah sahaja…Saya pun tak tahulah sekarang…Adakah negeri Parak ni masih ada atau tidak Sultannya????…pelik..pelik…Biarlah Dia terus bersemayam di istana besarnya…jangan diganggu Dia lagi…biarkan dia dengan kehidupannya yang penuh warna-warni…yang penuh sanjungan..yang penuh kemewahan…bak kata orang…tidur pun atas duit dan emas….biarkan dia dengan kekuasaannya yang hanya membilang masa dan waktu yg diizinkan Allah….Mungkin tidak lama lg dia akan menjadi memori buat kita…JANGAN DIRAYU PADA DIA LAGI……

  7. pengajaran kpd umat Islam di malaysia….

    berharap hanya kpd Allah SWT…bukannya kpd manusia lebih2 lagi manusia yg bertopengkan jawatan sultan.

    marilah kita semua muhasabah.

  8. Salam, Dalam keadaan macam ni, aku percaya Sultan takkan nampak dilihat kepada PR, biarle perlembagaan yang akan hukum BN katenya. Kalau baginda buat statement, itu dilihat akan merosakkan bisnes anakdanya. Itulah, kalau nak nampak dia cerdik pun. Hebat betul mainan PakJib, raja2 pun ketaq no. Tapi rakyat Perak khususnya, tarak takut.

  9. Sebaik baik pergantungan harapan(doa) itu adalah pada Allah yang Maha Perkasa dan Maha teliti keadilan nya.namun bukan sesuatu merendahkan diri dalam martabat insan kita membuat rayuan pada Sultan dalam menghadapi kekusutan politik yang berlaku dalam negeri Perak itu,insyAllah akan tiba masa nya akan Allah tunjukkan jalan keluar pada semua masalah itu.Yakin lah.

  10. ISU SEKARANG – BN dan PR masing2 nak jadi pemerintah. Berebut. Satu dapat dan satu lagi tak dapat. Itu sahaja. Memang begitu.

    Jangan marah pada Sultan.

    Satu. PR mengadap membawa usul. PR ada berapa ramai ADUN?. Sultan dengar Sultan kira. Tak payah calculator.

    Dua. BN mengadap membawa usul. BN ada berapa ramai ADUN? Sultan dengar Sultan kira.
    Tak payah calculator.

    Tiga. Sultan tak payah kira terok sangat. Congak saja. Maka Sultan buat keputusan.

    Keputusan telah dibuat.

    Bagi apa2 keputusan pun, yang tak dapat tentulah marah. Ini memang naluri manusia. Tapi kita kena sejukkan dan kita kena fikirkan. Fikir dengan kira2 (matematik).

    Bukan semua rakyat Perak mahu Dewan dibubarkan. Suara rakyat tentunya dikira melalui wakil mereka. Berapa PR dan berapa BN? Matematik lagi.

    Tidak ada salahnya dengan keputusan Sultan itu. Percayalah yang Sultan mahu keamanan di negerinya.

    Salam kepada PR. Reviewlah dengan penuh berhemah.

  11. budak tadika ni memang bangang .. nama pun budak tadika! kepala hotak dia ingat duit saja sebab itu dalam hal ini dia nak pakai matematik juga… itu pun matematik congak yang salah. No such thing la oiii. It is beyond mathematics!!! 3 ekor katak yang ‘bebas’ itu dah letak jawatan (Najib pun dak ngaku) – bukan lagi ADUN – mereka dah jadi berok!!. Jadi, tolak 3 ekor katak yang tak patut masuk dalam calculation, gunalah matematik engkau tu … mana yang lebih berhak??. Kalau tak tahu nak kira masuk tadika semula – kelas untuk umur < 3 tahun. 3 ekor katak tu bukan lagi mewakili rakyat Perak tapi SPR, SPRM dan diri, anak beranak mereka saja!!

    Inilah sikap Melayu bangang … bila apa-apa terjadi suruh ‘sejuk’. Melayu (kalau..) yang telah menjadi bangang dan sedang dibangangkan olih Barisan Najis.

    Keputusan Sultan mengambil kira keamanan negeri?? Hoi jangan tidor lepas ‘Asar lah …. kepala otak lembab!!

    Pandai pula nak nasihat PR supaya berhemah. Kenapa tak nasihat Barisan Najis supaya ambil kuasa dengan cara Jantan … kalau masih ada jantan …

  12. JOM SIGN PETISYEN TOLAK BRAHIM ALI DI KELATE

    SILA MASUK DI http://www.petitionspot.com/petitions/kelate

    terima kasih

    – Blogger Rakyat – http://wwww.bloggerrakyat.blogspot.com

  13. ISLAM MENYATAKAN PEMIMPIN YANG ADIL DAN BIJAK AKAN DI UTAMAKAN MASUK SYURGA…DAN PEMIMPIN YANG ZALIM DAN BODOH AKAN DI UTAMAKAN DI SUMBAT DALAM NERAKA….KEADILAN ADALAH PEMBAWA KESEJAHTERAAN….TETAPI SAYANG MANUSIA YANG BERPAKSIKAN WANG AKAN BERTINDAK MACAM SYAITAN..YAALLAH HANCURKAN GOLONGAN INI DENGAN SEHANCURNYA AMIN…

  14. hoi budak tadika.. ko ni kalau nak bercakap kena la bermula dari A. Benda yg ko cakap tu berada di E. Cuba la ko pikir skit, asal usul salsilah situasi yg berlaku di Perak tu, macam mane mulanyer berlaku dulu. kalau ko xtahu, meh sini aku gitau ko. ASALNYER SBB SPR XNAK TERIMA 2 KEKOSONGAN DUN, SBB XNAK BUAT PRK. Di sini aku perhatikan ada beberapa sbb.

    1.) SPR terima arahan dari atasan supaya jangan adakan pilihan raya kecil. SPR bias dalam hal ini.

    2.) Sbb xnak adakan PRK sbb takut confirm kalah. So, xde can la nak amik Perak balik.

    3.) Sbb ada taktik nak pakai alasan bilangan ADUN BN bile ngadap Sultan. <—BENDA NI YANG KO CAKAPKAN NI BUDAK TADIKA

    4.) Sultan pun tersepit ngan isu puteri dan GAMUDA. seperti yang diwar-warkan ramai. samada nak terima alasan BN atau projek-projek utk GAmuda.

    Mungkin isu keturunan yang dihebohkan adalah dari BN sendiri sebagai senjata BN utk menguasai Sultan. kalau Sultan ikut PR, BN akan besarkan isu ini. Lagi la tersepit sultan.

    kepada yang lebih arif, betulkan aku kalau aku ada silap disini. terima kasih!

  15. salamzzzzzzzz cerita dah jadi panas.. sepatutnya .. semua pemimpin duduk semeja. kalau asyik duk bercakap sini-sana, siapa yang rugi rakyat jugak yang rugi.. kita sepatutnya cari jalan untuk menyelesaikan masalah tersebut. jangan lagi dipanjangkan.. buang masa jer sekarang kita duk menghadapi kegawatan ekonomi ni. bagi saya umno tak payah duk berebut jawatan. kita adakan pengudian semula … pilih kerajaan yang baru… kerana selagi tiada pilihanraya masalah tersebut akan bertambah parah.. saya hairan kenapa umno tak nak mengundi semula…. undi jer,,,

  16. Budak tadika tak boleh masuk politik kerana bawah umur. Dia bukan ahli BN dan dia juga bukan ahli PR. Tapi nasihatnya.

    1) Yang dikatakan BN buat tidak baik, PR janganlah ikut dan begitulah disebaliknya BN jangan ikut apa yang tak baik ada pada PR.

    2) Tak usahlah ungkit yang buruk2kan sesiapa, cakap yang baik2 cukuplah. Apatah lagi yang dikatakan buruk/tidak baik itu belum ada kesahihannya.

    Budak tadika bercakap lurus. Cakap budak tadika diterima mahkamah. Budak tadika inginkan Malaysia yang:

    aman damai,

    indah.

    sejahtera dan baik2 belaka.

    Tapi bila besar kelak, budak tadika nak tengok kedua2 kelompok politik, BN dan PR, berada di tahap yang matang, saling menghormati satu sama lain.

    Masa itu, barulah budak tadika nak pilih, YANG MANA SATU, antara BN atau PR.

  17. budak tadika lom sunat..x layak berckp pasal politik..lom mumais lg..hahahah..g la blaja ABC dulu…

  18. Saudara ADA,

    Saya hanya mahu komen tentang perkara 4..

    Saudara kata Sultan tersepit kerana isu Gamuda.

    Ini pandangan saya,

    Saya rasa Sultan Perak tidak tersepit malahan rekod Sultan Perak antara yang terbaik di kalangan Sultan2 yang ada.

    Contohnya isu Sultan Johor (ketika itu tunku mahkota) disabitkan kesalahannya dan Hakim ketika itu ialah Sultan Perak kini (ketika itu Raja muda). Ada Sultan Perak menyebelahi Sultan Johor?..

    Hubungan kerabat2 istana dengan pembesar2 dari parti UMNO juga parti pembangkang dah lama terjalin. Saya tak nampak apa relevannya kini nak sebut tentang hubungan ini.

    Isu Gamuda, puteri yang dipilih menjawat jawatan bukan calang2 orang. Juga, kalau lah nak dikatakan membalas budi..tukar kerajaan Perak itu pemberian yang tak setimpal dengan menjawat jawatan Gamuda. Kalau nak setimpal, bagi dua negeri PR kepada BN..ha, itu barulah saya nampak ada semacam perjanjian antara pihak istana dengan BN.

  19. Bersabarlah dan serahkan Kepada Allah apa yang telah berlaku , percayalah ada hikmah yang hanya Allah mengetahui ..

  20. saudara malaysiaunited,

    hmm….

    (Suara hati BN pun berbisik…)

    PERAK D.R: ..dapat Perak dulu pun dah kira ok, walaupun xsetimpal.

    SELANGOR D.E: kita guna cara yang lain dengan taktik yang berbeza.

    KEDAH D.A: ..susah sikit ni. Rileks2..tengah cari isu dan idea ni. Peluru dan ada, senapang pun dah ada, cuma ngah cari point kat mane nak tembak je nih.

    he he he he….

  21. nak kata 100 % rakyat perak mahukan dewan dibubarkan adalah MUSTAHIL tetapi MAJORITInya mahu pemilihan semula dibuat kerana rakyat mahu kerajaan yang sah disegi perlembagaan dipilih melalui peti undi BUKAN secara tidak demokratik yang ada sekarang.biarlah rakyat yang menentukan siapa yang akan menerajui pemerintahan negeri perak.kalau dalam 51 tahun sejak merdeka umno perintah perak,pembangkang tak usikpun,yang hairannya baru sekali pembangkang perintah ( itupun 11 bulan ) dikacau,ditohmah,diganggu dengan bermacam macam.tunggulah pru 13 kalau teringin nak perintah balik.dah tak tahan lagi ke umno nakkan perak juga?

  22. anaksejatiteja,

    Saya setuju dengan Pilihanraya adalah saluran yang terbaik untuk selesaikan isu ini..

    Namun, saya gusar akan satu perkara buruk iaitu jika BN menang.

    Adakah penyokong2 PR dapat menerima keputusan ini? Atau dengan kemenangan BN menjadi titik kepada krisis politik yang lebih teruk?..

  23. Dear Malaysianunited, don’t be silly. SPR should conduct the by-election first and see the results. You are dreaming my friend. Majority of the people (rakyat) in Perak and Malaysia had been very angry with BN due to the the current situation. How can you predicy that BN will win. In the past 2 by election, BN had been lost with a bigger majority. You better shut up. You are really a silly donkey.

  24. Sudahlah jangan mimpi BN/Umno berani nak buat pilihanraya kat Perak. Majoriti rakyat dah bosan ngan Umno/BN. Berpijaklah di bumi nyata wahai Malaysianunited dan yang seangkatan dengannya.

  25. Marilah kita bersama-sama berdoa kepada Allah mohon petunjuk dan hidayah. Usahlah lagi merayu kepada Sultan Perak. Kita semus sedia maklum, kebanyakan Sultan telah serasi dan sebati dengan pemimpin2 UMNO kerana :

    1. Pemimpin UMNO (MB negeri) akan mengikut saja apa kehendak Sultan walaupun tindakan itu akan menyusahkan rakyat termasuk meminta duit (luar dari budget utk Sultan) untuk enjoy mereka.

    2. Sultan lebih menyenangi pemimpin UMNO yang boleh duduk semeja dgn mereka dalam mengaut harta negara.

    3. dll

    Sekiranya Sultan bersalah dan zalim, dia juga tidak akan terlepas dari balasan dari Allah. Sebagai makhluk Allah yang dizalimi. mohonlah kepada Allah kerana doa2 orang yang dizalimi akan dimakbulkan Allah.


Tinggalkan Jawapan kepada budak tadika Batal balasan

Kategori