Posted by: pinkturtle2 | Mac 2, 2009

kalau Sultan Perak tahu menggunakan budi-bicara, kekecamukan ini tidak akan berlaku – MSO

Perak Memerlukan Perlembagaan Tubuh Yang Baru

MEREKA yang tidak memilih politik sebagai kerjaya tetapi menganggap politik sebagai satu mekanisme terbaik untuk memilih pemimpin bagi mentadbir negara merasa mual dengan apa yang berlaku di Perak khasnya, dan apa yang berlaku dalam arena politik negara muasir ini.

Lebih-lebih lagi pergolakan politik di Perak itu menjadikan semua tekak mereka jenis itu merasa loya dan ada yang sudah termuntah. Mereka menjadi letih dan malas membicarakan soal politik yang dianggap sebagai tidak ada kesudahan dan moral lagi.

Satu masalah besar apabila rakyat sudah melihat politik itu seperti jambatan tahi ia bakal menimbulkan masalah kepada negara.

Seharusnya sebelum rakyat mengambil sikap membenci politik, kualiti politik negara ini perlu ditingkatkan. Orang politik sepatutnya berusaha dan bertanggungjawab bagi meningkat kualiti dan keyakinan umum kepada siasah serta menjaga wibawa mereka sebagai pemain politik negara ini.

Betapa hari ini rakyat diheret untuk berkencah dalam situasi itu yang tidak memberi keuntungan kepada mereka. Semuanya merugikan masa depan rakyat manakala pemain politik pula lebih untuk menjaga kedudukan dan kuasa mereka. Peripolitik orang politik sudah tandus dan kering.

Implikasi yang timbul dari keadaan itu, rakyat berada dalam keadaan tegang, hubungan Melayu sama Melayu yang bertentangan juga makin tegang dan kritis. Perkara-perkara yang menjadi rahsia bersama sebelum ini terpaksa diburaikan kerana untuk mempertahankan diri dan kerana ego masing-masing.

Pertalian saudara dan kepentingan bersama sudah mengecil dan di ketepikan kerana untuk menegak idealogi politik kebendaan dan kuasa masing-masing.

Orang politik tidak lagi berfikir untuk menjadikan politik sebagai alat untuk membawa kebaikan kepada rakyat. Politik bukan lagi wadah ataupun medan untuk memberi kesejahteraan rakyat dan mengurus negara dengan baik; memberi kesejahteraan dan keselamatan kepada rakyat.

Sebaliknya politik digunakan sebagai senjata untuk membendung kausa dan kekayaan sendiri. Sikap mementingkan diri dan kronis menjadi satu isme yang didewa-dewakan dalam politik.

Kalau mereka ada pelita fikir demikian, pergolakan politik seperti di Perak itu tidak akan berlaku. Apa lagi dalam keadaan ekonomi negara tidak menentu semuanya membebankan fikiran dan jiwa rakyat, mereka akan mencari masa lain untuk membuka langkah silap dan gelanggang gaduh. Bukannya waktu ini…waktu gawat.

Hari ini macam-macam kita dengar berlaku di Perak. Semuanya bermula daripada tindakan BN merampas kuasa yang dinaungi istana dan raja yang meragukan awal Februari lalu itu. Hari ini semua perkara ‘bercadas’ dan ‘berkadas’ antara satu sama lain. Seolah-olah negeri Perak kini tidak ada kitab tatacara hidup (perlembagaan) yang jelas dan sahih lagi.

Segala macam peraturan dan perkara dalam perlembagaan tubuh kerajaan negeri Perak seperti tidak sahih dan palsu atau boleh dipermainkan begitu saja. Sesiapa pun bebas bercakap dan mentafsir sendiri kemudian mempertahankan pandangan mereka sebagai benar walaupun ia jelas salah! Perlembagaan sudah tidak dihormati dan dipatuhi lagi, seolah-olah orang politik di Perak seperti buta huruf.

Betapa tidak di Perak hari ini ada dua orang menteri besar; seorang menteri besar istana dan seorang menteri besar rakyat. Keduanya mengaku adalah menteri besar yang sah. Ada dua barisan exco satu, exco lama satu exco baru. Begitu juga dengan kedudukan Speaker ada mengatakan kuasanya tidak sah dan tidak laku dan ada yang beranggapan Speaker masih sah dan berkuasa dan berhak melaksanakan tugas-tugasan mereka.

Kedudukan raja dan istana yang menjadi tempat rujuk dan naungan rakyat jelata juga sudah tidak dihormati lagi. Ada sebilangan rakyat yang menghormati raja secara membuta tuli dan ada yang sudah mula hilang kepercayaan dan kemuliaan institusi itu. Kata-kata raja juga bukan kata-kata pemutus lagi, apabila ada rakyat yang berani membantah dan pandangan raja hanya berlalu begitu saja.

Kebijaksanaan raja dan budi bicara raja juga tidak dihomartinya lagi. Keadaan hari ini payah untuk diputuskan siapa yang sebenarnya benar dan haq.

Lantaran kecamukan tidak berkesudahan itu maka berlakulah soal dakwa mendakwi. Menteri besar rakyat, Mohamad Nizar Jamlauddin memfaikan di mahkamah tinggi meminta mahkamah menentukan kedudukan Menteri Besar baru, Zambry Abdul Kadir sah atau tidak.

Pihak Zambry pula membuat laporan kepada SPRM dan minta mahkamah menentukan apakah keputusan Jawatankuasa Terpilih Dewan yang menggantungkannya selama 12 bulan dan ahli Exco lain selama 18 bulan sah atau tidak.

Terbaru, kerajaan pimpinan Zambry dikatakan akan meminta Jawatankuasa Hak dan Kebebasan yang dipengerusikan oleh Spaeker, V Sivakumar agar mengambil tindakan ke atas dirinya sendiri. Bukankah ini semua menunjukkan apa yang berlaku di Perak itu sudah mabuk dan menjadi seperti keluarga 69. Tempoyak sudah liat kerana ditenyeh dengan ulama petai dan jengkol.

Siapa salah? Yang jelasnya kalau Sultan Perak tahu menggunakan budi-bicara dan sungguh bijaksana kekecamukan ini tidak akan berlaku atau berpanjangan. Tetapi apabila ia berlaku dan kata raja tidak menjadi kata pemutus maka satu kebijaksanaan pihak istana yang diagungkan selama ini sudah tidak ada lagi.

Melihat suasana di Perak yang tidak ada kesudahan ini maka sukacita saya mencadangkan kalau pelembagaan Perak yang ada kini hendaklah dimansuhkan dan ganti dengan perlembagaan baru. Perak hendaklah gubal perlembagana baru yang meliputi semua aspek, baik kedudukan dan peranaan raja, kausa Dewan Undangan Negeri (DUN) dan perkara-perkara lain.

Perlembagana baru itu bolehlah membuat kesimpulan yang jelas mengenai sesuatu perkara misalnya mengenai bidang kuasa raja berpelembagaan, kuasa Menteri Besar sebagai eksekutif selepas dilantik memegang jawatan itu.

Pentafsiran-pentafsiran mengenai undang-undang juga hendaklah jelas dan tidak mengandungi makna dan maksud berlapis-lapis yang boleh menimbulkan masalah bila dipakai kelak.

Saya percaya hanya dengan adanya perlembagaan baru yang menjelaskan mengenai beberapa perkara penting seperti yang berlaku kini ia boleh menjernihkan keadaan dan insiden yang merugikan rakyat di Perak itu tidak akan berlaku lagi.

Yang nyatanya perlembagaan yang ada sekarang ini yang digunakan oleh kedua pihak dalam menegakkan pendirian masing-masing sudah tidak boleh dipakai lagi. Kerana kelonggaran pentafsiran perlembagaan itulah menyebabkan politik Perak kini berada dalam keadaan sembelit.

http://msomelayu.blogspot.com

Advertisements

Responses

  1. Aku rakyat perak,tinggal pun kat perak. Pada hal ini Sultan dan Istana perlu bertanggungjawab. Yang menjadi mangsa rakyat. Sultan yang konon nya mahir dalam undang2 pada saya perlu buat kenyataan. Supaya rakyat faham. Pergolakkan ini perlu timbang tara dari istana.Jangan dengar nasihat individu spt Zahid Hamidi sebab dia ada kepentingan. Sultan patut membuat keputusan tanpa nasihat individu berkepentingan. Kasihan la tuanku pada hamba rakyat. Isu derhaka juga perlu diselesaikan.Nyatakan Nizar derhaka tau tidak.kini kerjaan pusat asyik memainkan isu yang sama sahaja. Sedangkan sultan membisu seribu bahasa

  2. apabila mata melihat tetapi BUTA,telinga yg mendengar tetapi TULI,jantung yang berdegup tetapi MATI dan mulut yg berkata2 tp BISU dan akal yg berfikir tetapi LESU,tidak hairanlah kita melihat adengan2 yang menjijikkan lg membusuk
    dihadapkan kpd kita. Titah raja menjadi titah sesia
    kerna telah hilang hormat kpd institusinya.
    UMNO punca segala kebejatan,kebencian,kerakusan dan segala macam mak nenek yang memporak perandakan
    peradaban kemanusian.Undang2 RIMBA yang di
    tabalkan menjadi titah mulia. Segala monyet,babi dan serigala menjadi penterjemah undang2nya.
    Selagi tidak terdetik di hati seluruh warga msia utk bangun menyatakan CUKUP dgn persundalan ini maka kita hanya bermimpi disiang hari untuk melihat kebaikan di esok hari.

  3. Sultan Perak telah mengguna dan di lihat mengguna budi bicara baginda apabila baginda melantik kumpulan yang mempunyai majority menerajui kerajaan.

    Budi bicara yang macam mana lagi yang dikehendaki?

    Bukankah kita mendokong demokrasi? Demokrasi berlandaskan angka.

    Angka PR lebih atau angka BN lebih? Yang kurang kenalah terima hakikat.

    Jangan buat2 tak faham.

  4. budak tadika yg sungguh bengong….lain kali kalau tak tahu or tak faham baik duduk diam…tgk skang semua dah gelakkan ko.

    sblum mencelah…bagilah salam…lepas bagi salam…buatlah homework…study dulu undang2 tubuh negeri perak….sapa yg ikut undang2 tubuh negeri perak, siapa yg tak ikut.

    hatta dlm kes nie….sultan azlan sendiri tidak ikut undang2 tubuh negeri perak.

    kalau bekas hakim tak mau ikut undang2….apa lagi yg diharapkan….no wonder institusi kehakiman skang hancus sbb bekas ketua hakim negera pun turut sama hancusssss.

    sesungguhnya…dunia membuatkan orang lupa diri…hidup selasa & mewah di istana adalah contoh terbaik utk explain bende yg berlaku skang nie.

  5. Salam XC60.

    Cik Gu kita kata. Cik Gu kita kata lah.

    Angka 28 itu bukan majoriti.

    Cik Gu kita kata lagi.

    Apa pasai nak bubar DUN?

    Tambah Cik Gu.

    Yang 28 tu la letak jawatan. Undi semula 28 DUN.

    Baru HEBAT dan baru ada UUUUMMPH.

  6. Cikgu yang bijaksana akan berkata:

    1. Perbuatan manusia UMNO merompak kerajaan PBS di Sabah pada tahun (1994) adalah bangsat.

    2. Perbuatan manusia UMNO merompak kerajaan PR di Perak dengan cara yang sama tahun ini (2009) adalah bangsat.

    3. Lantas, mereka yang bersekongkol dan gembira dengan cara manusia UMNO merompak kerajaan Sabah dan Perak adalah sama bangsat.

    WATAK MANUSIA UMNO TERKOTOR DI DUNIA
    – Naspazi

  7. Raja itu sepatut nya bertindak pada kehendak suara ramai(bukan kehendak orang tertentu).Itu lah raja yang adil dan penuh pertimbangan yang bijaksana.Sementara untuk melantik siapa yang layak untuk menjadi MB pula adalah pada budi bicara Sultan dalam melihat siapa yang layak untuk kebaikan pada seluruh kerajaan negeri itu.Dan urusan istana dan urusan negeri telah ada dua perbezaan yang tidak bolih dicampur aduk.Apa jua percanggahan yang melibatkan kepentingan rakyat,hendak lah diserahkan kembali pada rakyat untuk membuat pilihan.InsyAllah jika hal ini dilakukan secara baik tiada kekalutan dalam pentdbiran negeri itu.

  8. Krisis di Perak kini memasuki yang ke entah fasa berapa pun tak tahu….serang menyerang antara dua kumpulan (PR/BN) semakin kalut….sampai bila agaknya kes berlarutan….Umpama ayah dan ibu bergaduh…anak-anak mati kebulur….Sepatutnya kes ayah dan ibu ini adalah pendamainya…ini tidak pendamainya tiada taring lagi….gigi pun dah gugur…tiada keramat lagi….tiada TULAH lagi…tiada malu lagi…tiada rasa sayang akan rakyatnya sendiri….tiada rasa kasihanbelas lagi…apa yang ada..hanyalah AKU RAJA…..biarkan lah dia bermaharaja lela di istana tersergam indahnya…

  9. Dah memang nama budak tadika. Otak pun macam budak tadikalah. Sultan pakar undang2 tapi bertindak tidak mengikut undang2. Dah jelas dalam perlembagaan negeri, nak lucutkan jawatan menteri besar mesti dengan undi tidak percaya yang memiliki majoriti dalam sidang dewan atau MB letak jawatan. Tidak ada dalam perlembagaan negeri yang kata jika MB tak mau letak jawatan, jawatan MB dianggap jawatan itu kosong. Sultan ikut perlembagaan negeri mana? Negeri darul gamuda kot? Jika sultan yang pakar undang2 pun tak mau ikut undang2 macam mana? Bijak lagi Almarhum Sultan Idris dulu?

  10. Salam unanjaga

    Cik Gu kata.

    Yang ada majoriti ADUN itu lah yang mewakili suara ramai. Sultan ikut kehendak suara ramai.

    Tidak ada percanggahan apa2 pun.

    Yang kalutnya. Yang tak ada majoriti nak juga berkuasa. Itu kekalutannya. Lebih pada itu tidak ada apa2 pun.

  11. Salam teropong.

    Teropong apa yang dipakai tu. Mesti buatan negeri China. Tak nampak2.

    28 ADUN bukan majoriti.

    Ingat tak. Dulu orang suruh Anwar jumpa Agong tunjuk senarai ahli2 parlimen yang nak bertukar tempat (bukan melompat). Tak kan Anwar nak jumpa Agong untuk bubar parlimen. Tentu nak minta Agong tukar tiub (kerajaan lah tu).

    Ni yang PR tak faham2 pasal apa. Tak kan kerana guna teropong pun tak nampak.

  12. Dlm hal ini…mahadey yang salah, azlan ikut aje…najib ikut bontot mahadey….budulah…tak cukup tido,,angguk je…mamak pangkoq..dulu, kentot anwar pun sanggup cium., same macam zaid midi..takut bini, datin midah…macam najiss gak..

  13. Hanya tinggal 28 setelah yang lain itu (dirompak – dilanun – diculik – diugut – digertak – dibeli – dihilangkan – dighaibkan) dan tatkala muncul telah bersama dengan Najib Razak – Zahid Hamidi di Putrajaya. Justeru, selain 28 itu adalah haram…

    OTAK MANUSIA UMNO TERKOTOR DI DUNIA
    – Naspazi

  14. ibarat kita bermain bolasepak, ada kalah ada menang, yg kalah terimalah hakikat, akuilah kelemahan, gentlemen, usah salahkan sesiapa, baik referee, jurulatih hatta pemain, teruskan usaha, perbaiki diri, buat homework,
    tetapi itu tidak terjelma pada batang tubuh ammeno, mereka tidak mahu menerima kekalahan, mereka dakwa mereka tetap menang dengan apa cara, mereka tak peduli ape pun, hukum hakam hatta undang2, mereka letak semua peraturan ke dalam lubang jamban, yang penting mereka tetap mahu diisytihar menang…
    dan apabila stuasi ini berlaku, beginilah jadi negeri perak, ammeno tak boleh menunggu 4 atau lima tahun lagi, itu terlalu lama bagi mereka,
    bermuhasabah diri, akur pada kekalahan itu tidak ada dalam kamus mereka,
    kenapa?
    mereka tidak terdidik dalam stuasi begitu, sistem pendidikan yg sering ammeno dakwa, satu-satunya sistem pendidikan bertaraf dunia, mereka sendiri jadikan lintang pukang…..
    esok lusa mereka terus mendakwa bahawa mereka tetap dijalankan yg betul,
    beginikah mereka mahu mengajar generasi pewaris bangsa dan negara?

  15. kalau ye pun tak nak bubar semua dun,bubar la dun yg di huni oleh tiga org tu, sebab rakyat pilih parti, diaorang bertiga tu hanya wakil parti je. yg merasa tertipu sangat2 rakyat dikawasan tiga dun tu.

  16. Kalaulah Ke Bawah Duli Tuanku, mengambil bicara pandangan dari suara hati patik2 pacar yang hina terdahulu sudah barang tentu tidaklah akan begini jadinya negeri kita Tuanku; Ampun Tuanku beribu-ribu ampun, sembah patik harap diampun:

    (Ampun Tuanku, sembah patik harap diampun. Patik pacar yang hina memohon sembah derhaka jua ke bawah Duli Paduka Sultan, apa kiranya mendapat perkenan ke bawah Duli: masih belum terlambat ke bawah Duli Tuanku dengan kuasa-kuasa yang ada untuk memperbetulkan ketetapan yang telah dibuat dengan merestui pembubaran Dewan Undangan Negeri Perak sebelum kemelut politik yang tidak menentu akan arahnya kini daripada menjadi lebih gawat lagi. Lepas satu demi satu permasaalahan yang timbul tidak akan berkesudahan jua. Hamba tidak akan jemu-jemu menadahkan kedua belah tangan jua berdoa ke hadrat Allah swt memohon perkenan ke bawah Duli Tuanku, yang sebenar2nya memohon belas kasihanNya jua untuk memberi taufik dan hidayatNya ke bawah Duli Tuanku yang akan senantiasa diingati serta dikasihi akan sekalian rakyatnya….Ampun Tuanku beribu-ribu ampun, sembah patik harap diampun. Tiada tercalar barang sedikit pun akan nama baik ke bawah Duli Tuanku seandainya ketetapan tersebut dibuat demi kebaikan semua pihak tanpa mengira apa kaum, bangsa mahupun agamanya semata-mata demi kebaikan untuk sekalian rakyat yang ingin berteduh di bawah Payung Kebesaran dan Keadilan ke bawah Duli Baginda Tuanku jua. Ampun Tuanku beribu-ribu ampun, sembah patik harap diampun, bantulah kami semua rakyat jelata yang sedang dalam kesempitan ini, hilangkanlah kekeruhan ini, perbaikikanlah kekelangkabutan ini dengan menggantikan segala kemelut ini dengan situasi yang lebih aman damai, dengan memahami rintihan suarahati sekalian hamba rakyat pacar2 yang hina dina……..hamba sungguh malu untuk berkata-kata dengan menggunakan bahasa pertuturan yang tidak molek untuk tatapan ke bawah Duli Tuanku……salah dan silap hamba, ampun dan maaf jua hamba pinta………………anakdagang 15/2/2009)

  17. Ampun Tuanku…patik rasa bubar dun adalh jalan penyelesaian yg sangat2 baik demi kesejahteraan rakyat Tuanku. berilah peluang sekali lagi kepada rakyat Tuanku untuk memilih wakil mereka untuk memerintah negeri perak yg patik sekelian rakyat sangat2 sayangi ini. Ampun Tuanku.

  18. Ampun Tuanku,

    Tiada siapa yang menginginkan negeri perak menjadi negeri pasir berdengung (negeri padang jarak padang terkukur). Masih belum terlambat untuk Duli Tuanku melaksanakan KEADILAN sekurang2nya demi untuk sekelian rakyat negeri perak sebelum fajar menyingsing di awal pagi nanti.

    Hamba percaya seluruh rakyat mulimin dan muslimat di negeri perak malah di seluruh negara sedang dan ada yang sudahpun selesai bertahjud dengan khusuk diiringan linangan airmata kesyahduan memohon keampunan dari Yang Maha Berkuasa jua bagi merestui keamanan negeri perak khususnya dan negara kita ini umumnya dari segala apa yang tidak sama sekali diingini oleh kita semua sebelum menjelangnya sinar mentari pagi nanti: Mohon perkenan Yang Teramat Mulia Al Sultan Darul Ridzuan memberi limpah perkenan Baginda untuk memperbetulkan segala kekusutan ini sebijak2 laksanaya. Kenangilah jerih pedih setiap hamba rakyatnya yang telah sekian lama menderita untuk bersama memelihara keamanan, kedamaian, keharmunian dan kesejahteraan negeri Tuanku sebagai sebuah negeri ternama sempena dengan kehadiran Duli Yang Maha Bijaksana lagi Adil kepada seluruh hamba rakyatnya.

    Ampun Tuanku.

  19. Aku dengar ada suara-suara sumbang yang mengatakan Sultan Perak terima habuan dari Najid. Entah berapa ratus juta tu……….

  20. Sultan Perak tak patut buat macam ni. Sepatutnya Sultan tak payah ikut campur urusan politik. Serahkan kepada rakyat untuk membuat keputusan. Maka, jadilah Sultan yang adil tanpa berat sebelah.
    Aneh sungguh…..tiba-tiba je website Sultan Perak hilang dari persada……..itu menandakan rakyat pun tidak suka dengan tindakan Sultan Perak ikut memihak kepada mana-mana parti politik.
    Nah sekarang, apa dah jadi……..nak tak nak, Sultan Perak diam seribu bahasa………
    Apakah Sultan kebal terhadap undang-undang rakyat………………Jadilah Sultan yang adil agar DAULAT Sultan tetap terjaga! DAULAT Tuanku!!!

  21. nak buek apo mintak ampon kat sultan, kito bukan salah apo2 kat dio. dio yang salah kat kito. sobab sultan kito terlebih cerdik, mako seluroh negeri kito jadi huru-haro tak tentu arah.

    tak tak tahulah kenapo sultan masuk angin satu badan sampai buek keputusan budoh dan senget sebeloh. mungkin sobab kena angin ringgit malaysia atau angin tamok untuk kekal kuaso ke waris dio tanpo ikut giliran yang bonar.

    pokcik raso, sultan2 ni tak payoh ado laie lah. membazir duit rakyat dan tak ikut sunnah. kalao sistem sultan ni baguih, pasti nabi kito dulu buek samo.

    kepado hambo rakyat yang taat sangat titah sultan, cubo2lah ekau makan tahi. gitulah ibaratnya taat buto tuli kepado sultan. akibatnyo ekau jadi macam setan. perintah alloh dan perintah nabi aja ekau langgar, ini perintah sultan ekau junjung tinggi. ekau ni ugamo apo?

    melayu memang polik!

  22. salam

  23. setakat tiga ekor katak rasuah lompat sokong be END apalah sangat…………………………………….
    ini dikatakan sokongan rakyat?????????????????????

  24. Ampun tuanku,
    Sekiranya tuanku memperkenankan pembubaran DUN Perak, Tuanku akan dikenang sebagai Raja yang bijaksana dan arif tentang undang-undang. Janganlah kita mengikut telunjuk orang yang ada kepentingan kelak tidak terjawab di hadapan ALLAH Taala nanti di Akhirat. Ingatlah kita yang berkuasa dan yang tidak berkuasa akan mati juga akhirnya..Sesungguhnya kuasa , harta dan kemewahan hanyalah pinjaman semata-mata.
    Ampun Tuanku.

  25. walaupun say bukannya rokyat perak,… ampun patik haraap diampun. Ya tuanku pemerintah perak.. BANGUNLAH DAN TAMPIL KE DEPAN DAN PERJELASKAN DENGAN SEJELAS JELASNYA KEPADA SEMUA ROKYAT TUANKU DAN BUAT MAKLUMAN SEMUA RAKYAT MALAYSIA > TITAHKANLAH YG SEBENAR-BENARNYA, BERKATA BENAR LEBIH BAIK DARI TERUS MEMBISU DAN ROKYAT SEMUANYA MASIH TERPINGA-PINGA….MANA SATU YANG SAH MANA SATU YANG HARAM…AYUH TUANKU TITAH TITAH LAH KEPADA SEMUA….BIAR PAHIT TAPI JADI UBAT JUGA AKHIRNYA.

    “weather still not clear”

    ampun tuanku sembah patik harap diampun. salam

  26. SETAKAT INI PUN APA YANG TELAH BERLAKU DI NEGERI PERAK SUNGGUH TERAMAT MEMALUKAN…

  27. Alahai Raja Jadi-jadian!!!!
    Kau duduk..makan…tidur….terberak semua sedap. Semua rakyat tanggong.
    Rakyat juga yang susah lebih-lebih lagi sekarang…semua naik…Bagi akulah…kalau raja tak mau dengar permintaan rakyat, baik duduk pulau dan jadi raja syok sendiri. Kita tabal raja yang lain…RAJA SPEED!!!!!

  28. tu sultan dah ikut budi bicara dia la tu. tak payah nak bubar DUN. lawa aja lah 3 mangkok hayun tu join PKR tu balik. dah join nanti sultan akan suruh zambtry letak jawatan la pulak..kalu dapat majoroti di DUN la,..kalu tak dapat..duduk jer la bersidang bawah pokok tu. tu yang nak di megah megahkan. kena sambar dek petir baru tau..hehehe

  29. Ampun TuAN KU….patik memohon supaya Tuan ku bubar kan DUN perak…settel TuanKu…

  30. Ampun Tuanku patik pacal yang ini merasa bubarkan saja dun negeri perak ini adalah jalan penyelesaian yg terbaik demi kesejahteraan rakyat Tuanku. berilah peluang sekali lagi kepada rakyat Tuanku untuk menentukan wakil mereka untuk memerintah negeri perak ini. patik merasa dan melihat rakyat dikampung serba tak kena pergagualan dan pembangunan terggangu rakyat sidir menyindir terasa juga kesilapan yang terlaberlaku tidak berpanjangan bubarkan saja lah patik tau org umno hanya berkapentingan peribadi sahaja kerana hamba nin dibersarkan dikalangan org Umno jangan diterima nasihat yang membawa rebah terkilan dihati patik agar tuaku perkenankan pembubaran ini agar tidak berpanjangan semoga rakyat perak dapat hidup aman dan damai. Ampun Tuanku.

  31. Tak kisah siapa yang betul dan siapa yang salah TAPI KEJADIAN
    1. DUN dikunci
    2.Mesyurat DUN dibawah pokok
    3.Pelbagai laporan polis
    4.Kes-kes saman di Mahkamah
    5,Dikatakan ada 2 MB dan 2 team exco
    6.dan segala yang menyerabutkan

    Maka tidak wajar semua perkara seperti ini berlaku di abad ke 21 ini dan sungguh memalukan. Seolah-olah kita hidup tanpa tamadun.
    Berundinglah wahai pihak BN dan wahai pihak PR.
    Buktikan yang kita punya tamadun…..

  32. KHAS PANTUN 2 KERAT UNTUK BUDAK TADIKA;

    LIMAU PURUT TIGA SERANGKAI
    DAH SAH HANG NI BUTA PERUT TADAK AKAI”’

  33. hahaha bagus arr lu olang sama2 melayu mau gaduh2.. wa suka maa… waa nk tgk itu melayu sama melayu bergaduh.. xlama waa nk chinese jd itu PM malaysia utk ke-7… hahaha waa manyak paham sama lu olang wooo

  34. Biasanya dlm permainan bola sepak kalu seri depa tak tambah masa dan kalu seri jg depa buat tendangan penalti.

    la ni cikgu nak habaq kalu buat pilihanraya sekali lg pun tak berlaku perkara yg memalukan seluruh negeri Perak… org kedah pun tumpang malu pasai jiran dia…

    kes di perak ni kalu buat pilihanraya selesai… Semua puas hati… Rakyat pun tak rasa ralat… nak jimat duit tak payah lah buat bendera2, banting apa semua tu…

    Awat yg krj malaysia ni berkira sgt.. tang lain boleh perabih yg ni tak boleh pulak…
    isyk..isyk …isyk…

  35. Ampun tuanku,
    Sekiranya tuanku memperkenankan pembubaran DUN Perak, Tuanku akan dikenang sebagai Raja yang bijaksana dan arif tentang undang-undang. Janganlah kita mengikut telunjuk orang yang ada kepentingan kelak tidak terjawab di hadapan ALLAH Taala nanti di Akhirat. Ingatlah kita yang berkuasa dan yang tidak berkuasa akan mati juga akhirnya..Sesungguhnya kuasa , harta dan kemewahan hanyalah pinjaman semata-mata.
    Ampun Tuanku. aku copy tulisan elgoog/

  36. Budak tadika tak tau baca!! Hampasss!!!

  37. Pada budak tadika lu ni tau matematik ka…BN 28 PR 28 yang tiga lagi BEBAS…camna u kata BN lebih…lainla kalau yang BEBAS @ KATAK PURU tu istihar masuk BN….INILAH YANG DIKATAKAN ADA HATI MATI….ADA MATA BUTA..AKAI ADA KA

  38. sumer PENYOKONG PR memang BENGGONG dan BODOH…pr ,ker bn ker memerintah tak ader bezanyer..korang ni kufur nikmat..negara aman..tak kucar kacir pon nak bising…sepatutnyer SI HANG NIZAR tu patut sedar diri kalo ikut kursi DUN ko tu tak leh jd MB perak..org CHINA yang patut jd MB..demi utk org MELAYU raja lantik si nizar..tp penyokong pr ni tak sedar..sebab pr telah memperbodohkan penyokongnyer

    1.kalo bole org PR sedar skit…diorANG NI IBARAT kapal yg mempunyai 3 nakhoda…tp punyai tujuan yg x same..akhirnyer kapal tu akan karam
    mcm KARPAL SINGH hu.hu
    2.RAJA manusia yg perlu kiter hormat sebab kalo KELING,CHINA,SINGH BERKUASA raje lah payung kiter ..so orang melayu kene sedar 10 orang terkaya di malaysia cumer 1 orang melayu..
    3.takut melayu akan tenggelam nanti di bumi sendiri bak kata HANG TUAH tak kan hilang melayu didunia ini..
    4. raja adil raja disembah(HORMAT)..raja zalim raja disanggah…pikir la zaman ni raja ader zalim kat kite…rasenyer tak seperti zaman melyu dulu!!
    sedar lar KORANG SUMER…!!!!!!!!!!

  39. korang ni nak gaduh2 kalo pr memerintah pon bukanyer ko yang kaya..ko tetap jadi macai…BUDUH!!!hu.hu tindakan raja tu 100% betul .ko tak sedar perak sekarang hampir dikuasai orang CHINA. pasal byk exco PR sane byk orang china tak kan dah lupe PR BERKUASA pasal DAP MENANG banyak .nampaknyer sah korang dah diperbodohkan oleh orang PR..utk menyekat kuasa CHINA BN patut.. MEMERINTAH utk menjaga kepentingan orang ISLAM melayu..hu.hu MELAYU memang buduh…SENANG PERRCAYA..aku kesal dilahirkan menjadi melayu..kan best aku di lahirkan jd china muslim…hu.hu

  40. klu dilihat pyokong bn ni mmg dia org otok mcm tv3 suku.. bab hukum Allah xbsykur…dah allah jadikan melayu bsyukur la..yg jadi bodoh tu pasal diri tlalu pcaya kepada media2 bn… yg jadi jahil tu sbb xnak blajar ilmu agama…

  41. Nanti dulu, itu lagu perkauman apa nama kununnya … Auuuw!

    1. Kenapa UMNO menerima prinsip Jos Soli sebagai syarat kemerdekaan Tanah Melayu dari British?

    2. Apa itu Jos Soli?

    3. Kenapa UMNO memberi kerakyatan, kewarganegaraan dan kad pengenalan projek kepada pendatang haram dari Filipina, Indonesia dan Pakistan di Sabah, sehingga bilangan mereka kini mengatasi penduduk Native?

    4. Kenapa baru sekarang atau di Perak penjilat UMNO mendendangkan lagu perkauman?

    5. Kenapa penjilat UMNO tidak mendendangkan lagu perkauman yang serupa di Sabah?

    6. Kalau lah kerakyatan Cina dan India di Tanah Melayu atas dasar dan prinsip Jos Soli, justeru kerakyatan pendatang haram di Sabah atas dasar dan prinsip apa?

    7. Kalau begitu, validlah bahawa otak penjilat UMNO penipu dan lidahnya dari spesis biawak komodo!

    OTAK PENJILAT UMNO TERKOTOR DI DUNIA,
    UMNO SARJANA AGUNG DALAM BERBOHONG,
    LIDAH PENJILAT UMNO BIAWAK KOMODO
    – Naspazi

  42. pemuda2 perak…aku ni memang kacukan china melayu ..tp bapak aku melayu so kene jd orang melayu lar..abih ko ingat harakah tu betul la..hu.hu ko ingat harakah tu kitab suci..ker hu.hu .sebab tu tuhan bg ko otok untuk pikir bg mate lihat.bg telinga dengar..gune lar sebaiknyer syg oi…ko tengok lar berape kali pembangkang berdoa nak memerintah..siap sembahyang hajat tu ..tp tak berjaya..kenape yer…???
    1.tuhan berkata apabila akhir zaman banyak ulamak yang bertopeng kan syaitan…tak semestinyer alim…dan mereka bole percaye
    2.tuhan tu maha mengetahui..sape yang benar dan salah.. ko bukan tahu sape salah atau benar pasal ko ader sepasang mate. jer..hanyer dgr citer org jer..kalo korang berdoa seribu kali pon kalo perjuangan korang salah tak jadi gak!
    3.pelikkan beribu orang berdoa..nak jatuhkan bn masa zaman mahathir dulu ..tp tak jatuh gak takkan satu doa pon tak sampai
    4.tuhan tu maha adil…kalo kerajan tu tak jatuh lagi..makna yer tuhan berkati la tu..
    PIKIR lar …pemuda…jgn lar ko pikir ko tu pandai sgt pasal agama islam..jgn kater orang jahil..aper ko ingat ko bijak..ko pon jahil gak pasal ko ckp aku jahil…

  43. wow doremi power juga mu eloklah sedarkanlah mereka yang tersesat dek politik,kesian pakcik-pakcik,tokwan-tokwan,paklebai dan pak Aji yang berkopiah putih merusuh tak tentu haluan,rumah tangga pun kelam kabut sanggup tidur atas jalan demi perjuangan,perjuangan ape

  44. naspazi..sedihnyer ko ader pemikiran begini..jus soli..aper ko merepek ni? kot tau kenape umno bg kad pengenalan projek…kat orang asing pasal orang melayu tak nak keje buat bangunan tak nak jadi kuli…so kene panggil diorang..kalo mereka tak ader mcm maner negara nak berkembang..dari segi ekonomi..dan pembangunan..takkan kiter nak semakin mundur..tgk iran,dubai mereka dah maju..pon..ko pikir la byk orang asing nak keje ngan negare kite…so ko kene akui umno.bn dah berjaye menjadikan malaysia sebuan negara yg baik..pas belum buktikan pasal byk orang kelantan brhijrah ker bandar hu.hu pasal memperjuangkan islam..bn dah berjaye laksana sebab
    1.senang aku nak bersolat..masjid ader kat maner..kat KLCC pon ader
    2.mkn halal masih lagi dipantau..
    3.azan yang merdu selalu aku dgr…
    4.tak ader orang nak pancung aku kalo aku ni nak gi beribadat
    aperpon aku akui pub,disko tetap ader.(utk org kafir).byk maksiat berlaku..sebab tu kiter kene pilih jalan maner yang betul atau salah..tu kiter lar pikir.. kiter kene tahu..semakin akhir zaman semakin byk orang yg sesat..jd anggap ia satu perjalanan takdir utk meniti ker kiamat!!kite tak bole elak…bg org islam kite kene berpandukan iman dan al-quran serta sunnah nabi..pilih jalan anda sendiri

  45. do re mi dan din teksi adalah manusia celaka dan sial. Jangan dilayan pencacai Umno/BN ni. Diaorang ni semua munafik.

  46. setelah meneliti beberapa komen, aku tengok banyak yang meminta Sultan bubarkan parlimen. Bubar sajalah Tuanku..

    Kalaulah macam dikata Dato Jib bagi sesuatu..ambil sajalah. Atau dia hutang dulu..tak mungkin…

    Sekarang Tuanku bubarlah. Dulu memang tak bubar. Tuanku dah jalankan tugas bukan..dah ada 2 MB sekarang..Tak kan dia nak bising Tuanku dah ambil duit dia. Macam tu, tak dok harapan la dio jadi PM.

    Tuanku buat macam rakyat Kelantan..tabur duit ambik, bagi kain pakai, bagi gula, kacau buat air..UNDI TETAP PAS… ni baru cerdik namanya Tuanku…

  47. Biar saya menjelaskan tindak tanduk dan keadaan sebab kecamukan yang berlaku diPerak agar tidak kita tidak mudah termakan hasut dan dikelirukan dengan menyalahi orang lain. Apapun ini hanya pandangan – banyak lagi pandangan2 lain yang disatu pihak dan disebelah pihak yang satu lagi dan ada yang atas pagar pun ada kot.

    Article 16 (6) Undang2 Tubuh Negeri Perak

    “If the MB ceases to command the confidence of the majority of the members of the Legislative Assembly, then, unless at his request His Royal Highness dissolves the Legislative Assembly, he shall tender the resignation of the Executive Council.”

    Article 16 (7) Undang2 Tubuh Negeri Perak

    “Subject to Clause (6) a member of the Executive Council other than the MB shall hold office at His Royal Highness’ pleasure, but any member of the Council may at any time resign his office.”

    Fasal 16(7) menyebut “subject to clause (6). Maka berbalik kepada Fasal 16(6) jika permintaan MB Dato Seri Nizar untuk dibubarkan DUN tidak mendapat perkenan Sultan, MB Dato Nizar hendaklah mengemukakan perletakkan jawatan EXCO.

    Samada beliau hendak atau tidak meletakkan perletakkan jawatan sudah tidak relevan kerana akan dianggap sebagai sudah meletakkan jawatan. Maka saya pasti sangat Sultan Perak bertindak mengikut undang2 Tubuh Negeri dan pemecatan Dato Nizar dan Exconya pun mengikut undang2 negeri?

    Dalam hal majoriti, sila hayati perkataan fasal 16(6). Adakah ianya menyebut “members in” atau “members of the legislative Assembly”? Maka perlukah kehilangan sokongan majoriti mesti dibuat didalam sidang DUN? Ya atau tidak?

    Perlukah sokongan majoriti diraih semasa diadakan sidang DUN?Perkataan “members of the Legislative Assembly” bukan “members in” bukankah sudah cukup jelas? Apakah tafsiran Tuanku Sultan Perak tersasar?

    Persoalan Pakatan Rakyat tidak ada lagi majoriti tidak menjadi isu sebab itu Dato Seri Nizar sendiri memohon perkenan Sultan untuk dibubarkan DUN kerana jika Dato Seri Nizar memanggil sidang DUN nescaya usul tidak percaya BN (28 campur tiga ADUN lompat) terhadapnya tentu berjaya. Bermakna Kerajaan Pentadbiran Pakatan Rakyat tumbang juga.

    Pandangan Prof Dr Aziz Bari’s;
    http://sanggahtoksago.blogspot.com/2009/03/profesor-dr-aziz-bari-sanggah-pandangan.html

    Ahad, 2009 Mac 08
    Profesor Dr Aziz Bari sanggah pandangan Rais Yatim tentang kemelut Perak

    sedikit Petikan dari web diatas;

    Ujar Prof Dr Aziz Bari;

    “Seperti yang saya berulangkali katakan tindakan sultan melantik Zambry itu tidak salah tetapi saya fikir ia tidak wajar di dalam senario di Perak kerana ia jelas tidak menyelesaikan masalah. Malah kita mendapat masalah baru yang kemudiannya memaksa sidang diadakan di bawah pokok,” ujarnya

    Kuasa Sultan melantik MB mengikut timbangan/ fikirannya sudah cukup jelas dan dapat dilihat pada perlantikkan MB Trengganu dan Perlis baru2 ini. Bahkan, bagiperlantikkan MB Perakpun, PAS sekadar hanya mempunyai beberapa kerusi walaupun DAP dan PKRpun mempunyai calon masing2.

    Beberapa petikan dari Peraturan2 Tetap DUN dan Undang2 Tubuh Negeri Perak;

    PT 1 (Perintah Tetap DUN) yang mengatakan “maka Setiausaha Dewan hendaklah membacakan Pemasyhuran DYMM Seri Sultan Perak Darul Ridzuan memanggil mesyuarat..”.

    “PT 10 (1) mengatakan “ Penggal Dewan hendaklah diadakan pada waktu dan tempat sebagaimana yang ditetapkan oleh DYMM Seri Sultan Perak Darul Ridzuan dari semasa ke semasa melalui perisytiharan dalam Warta,” katanya.

    PT 10 (1) itu, kuasa mutlak untuk memanggil sidang DUN adalah kuasa Sultan Perak dan ia tidak boleh dipertikaikan.

    Perkara XXXVI(1) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Perak Darul Ridzuan memberi kuasa yang jelas kepada DYMM Sultan Perak untuk memanggil DUN bersidang.

    Perkara XXXVI (1)memperuntuk “DYMM hendaklah dari semasa ke semasa memanggil bersidang Dewan Negeri itu dan tidaklah boleh membiarkan tempoh
    enam bulan berlalu di antara perjumpaan yang akhir lepas dalam satu persidangan dengan tarikh yang ditetapkan bagi perjumpaan yang pertama dalam persidangan
    yang di hadapan.”

    Peruntukan di atas adalah peruntukan Perlembagaan yang merupakan Undang-Undang Tertinggi di negeri Perak dan jelas menunjukkan kuasa untuk memanggil sidang DUN adalah kuasa Sultan Perak. Bilapula Sultan ada menitahkan sidang DUN boleh dibuat dibawah pokok? Maka janganlah memalukan Sultan dan orang-orang Perak . Apakah Sultan tidak memiliki Dewan Undang Negeri yang moden sehingga dibuat dibawah pokok? Bukankah sidang dibawah pokok suatu “perhimpunan haram” dan suatu kesalahan oleh tangkap tanpa waran?

    Berdasarkan Peraturan2 Tetap DUN Perak yang dikemukakan, bukankah Sultan mempunyai kata akhir/ kataputus (final say)? Saya bukan mengatakan Speaker tiada kuasa namun kuasa Speaker tidak pula boleh menafikan Kuasa (kedaulatan & ketuanan) yang ada pada Raja itu sendiri dibawah Undang Tubuh dan Peraturan Tetap DUN.

    Speaker hanya kebal jika pada mulanya sidang DUN yang dibuat itu adalah sidang yang sah dan ditempat yang sah.

    Tindakan Sivakumar menggantungkan MB Dato Zambri dan EXCOnya, bukankah itu melanggari titah dan lantikkan Sultan? Apakah menerima lantikkan Sultan Perak itu sendiri kesalahan dibawah Peraturan2 Tetap DUN? Bila pula DUN bersidang dan meluluskan usul tersebut?

    Maka, kewajaran siapa yang perlu Sultan guna pakai untuk atau tidak membubarkan DUN? Kewajaran kamu, saya, Prof tersebut dan banyak lagi?

    FAsal 16(6) membenarkan Sultan menggunakan kewajarannya , maka bila Baginda Sultan bertindak tidak mahu membubarkan DUN, ada yang tidak berpuashati. Apapun keputusan Baginda Sultan, akan ada yang tidak berpuashati. Bubar salah tak bubarpun salah.

    Apa yang penting dipenghujungnya adalah siapa mempunyai “sokongan majoriti” juga.

    Jika keputusan Sultan dihormati sehingga mahkamah memutuskan siapa MB dan exco yang sah, maka tidaklah kecoh. Ini tidak, digantungkankan MB dan exconya kononya telah bertindak melanggar Peraturan Tetap Dewan hanya kerana menerima perlantikan dan perkenan Sultan sebagai MB dan EXCO – bilapula Dewan bersidang?

    Beginilah perumpamaannya – Ali dan Minah sepasang suami isteri- Minah lompat kemudiannya ke lelaki lain. Apakah tok kadi pula nak dipersalahkan dan minta tok kadi bubarkan juga akad nikah pasangan-pasangan suami isteri yang lain juga yang tiada masaalah hanya kerana mereka (ALi dan Minah) bermasaalah?

    Maka, pada Sultan, membubarkan DUN hanya kerana tiga ADUN itu yang `menimbulkan masaalah’ bukan tindakan yang wajar kerana ia akan juga melibatkan ADUN2 yang lain yang tidak mempunyai masaalah.

    Pembaca sekalian, jika kamu salah seorang dari pengundi2 DUN Behrang (contoh saja) dan “berang” dengan lompatan ADUN kamu dan “penipuan beliau” semasa pilihanraya, kenapa kamu tidak saman sahaja DUN kamu kerana mungkir janji (Undang2 kontrak – perjanjian)? Adakah Sultan yang menyuruh kamu mengundi ADUN tersebut? Bukankah kamu sendiri yang ditipu dan tertipu – lain kali perlu lebih berhati2 bila membuang undi – itu sajakan. Sultan ke ADUN yang menipu kamu?

    Ataupun saman juga Pakatan Rakyat kerana “kecuaian” (undang2 Tort – kecuaian) mereka mencalonkan calon yang “tidak kredible”? Dimana pula “kecuaian” Sultan disini?

    Apa yang saya nampak, Pakatan Rakyat cuba “mengalihkan pandangan” seolahnya kelam kabut yang kini berlaku adalah “silap” Sultan bukan Pakatan Rakyat kerana kononya Sultan “kurang kewajaran” bila tidak membubarkan DUN. BN apa lagi, menangguk di air kerohlah kot?

    Parti-parti politik sekadar suatu pertubuhan yang didaftarkan dibawah Akta Pertubuhan (Society Act). Apa-apa masaalah hendaklah diselesaikan mengikut Akta tersebut dengan Pendaftar Pertubuhan. Jika parti-parti seperti DAP dan PKR “berang dan terangkat” dengan ADUN Behrang dan Changkat, sila ambil tindakan mengikut piagam parti-parti masing seperti menggantungkan keahlian mereka namun kedudukan mereka sebagai hak ADUN kekal kerana itu keputusan dibawah Akta Pilihanraya berdasarkan pengundian pengundi2. Matlamat, objektif, piagam (Article and Memorandum of Association) sebuah pertubuhan samada parti politik atau tidak sudah jelas semasa pendaftaran dibuat dan diluluskan. Piagam suatu pertubuhan politik contohnya, antara lainnya untuk mencalonkan dan pertandingkan dikalangan ahli-ahli mereka calon wakil rakyat dikerusi DUN dan Parlimen.

    Persoalan saya kepada yang tahu dan tidak tahu undang2 termasuk mana-mana Parti2 Presiden pertubuhan Politik (UMNO, PAS, DAP dll), adakah didalam piagam mana-mana pertubuhan parti2 politik adakah ada menyatakan bahawa antara lainnya;

    (i)menggangu gugat, merampas dan memperlekehkan kedaulatan dan Ketuanan Tuanku dinegeri masing-masing/ Malaysia;

    (ii)Menjadikan Malaysia sebagai Negara Republic;

    (iii)Menyalahi mana-mana undang2

    Bukankah itu perbuatan subversive (derhaka)? PKR dan DAP bernasib baik kerana Parti-parti tersebut boleh diharamkan dibawah Akta Pertubuhan dan mereka-mereka didakwa dibawah Akta Hasutan/ Kanun Keseksaan dan atau ISA.

    CHAPTER VI (Kanun Keseksaan)
    OF OFFENCES AGAINST THE STATE
    121. Waging or attempting to wage war or abetting the waging of war against the Yang di-Pertuan Agong, a Ruler or Yang di-Pertua Negeri.
    Whoever wages war against the Yang di-Pertuan Agong or against any of the Rulers or Yang di-Pertua-Yang di-Pertua Negeri, or attempts to wage such war, or abets the waging of such war, shall be punished with death, or imprisonment for life, and if not sentenced to death shall also be liable to fine.
    121A. Offences against the Yang di-Pertuan Agong’s person.
    Whoever compasses, imagines, invents, devises or intends the death of or hurt to or imprisonment or restraint of the Yang di-Pertuan Agong or any of the Rulers or Yang di-Pertua-Yang di-Pertua Negeri, their heirs or successors, shall be punished with death and shall also be liable to fine.
    121B. Offences against the authority of the Yang di-Pertuan Agong, Rulers or Yang di-Pertua Negeri.
    Whoever compasses, imagines, invents or intends the deposition or deprivation of the Yang di-Pertuan Agong from the sovereignty of Malaysia or the deprivation or deposition of the Ruler, his heirs or successors, or of the Yang di-Pertua Negeri from the rule of a State, or the overawing by means of criminal force or the show of criminal force the Government of Malaysia or of any State, shall be punished with imprisonment for life and shall also be liable to fine.
    121C. Abetting offences under section 121A or 121B.
    Whoever abets the commission of any of the offences punishable by section 121A or 121B shall be punished with the punishment provided for the said offences.
    121D. Intentional omission to give information of offences against sections 121, 121A, 121B or 121C by a person bound to inform.
    Whoever knowing or having reason to believe that any offence punishable under sections 121, 121A, 121B or 121C has been committed intentionally omits to give any information respecting that offence, which he is legally bound to give, shall be punished with imprisonment for a term which may extend to seven years or with fine or with both.
    122. Collecting arms, etc., with the intention of waging war against the Yang di-Pertuan Agong, a Ruler or Yang di-Pertua Negeri.
    Whoever collects or attempts to collect men, arms, or ammunition, or otherwise prepares to wage war with the intention of either waging or being prepared to wage war against the Yang di-Pertuan Agong or any of the Rulers or Yang di-Pertua-Yang di-Pertua Negeri or abets the waging or the preparation of such war, shall be punished with imprisonment for life or imprisonment for a term not exceeding twenty years, and shall also be liable to fine.
    123. Concealing with intent to facilitate a design to wage war.
    Whoever by any act, or by any illegal omission, conceals or attempts to conceal the existence of a design to wage war against the Yang di- Pertuan Agong or any of the Rulers or Yang di-Pertua-Yang di-Pertua Negeri, intending by such concealment or attempted concealment to facilitate, or knowing it to be likely that such concealment or attempted concealment will facilitate, the waging of such war, shall be punished with imprisonment for a term which may extend to ten years and shall also be liable to fine.
    124. Assaulting Member of Parliament, etc., with intent to compel or restrain the exercise of any lawful power.
    Whoever, with the intention of inducing or compelling or attempting to induce or compel a member of Parliament or of any Legislative Assembly or of any State Executive Council to exercise or refrain from exercising in any manner the lawful powers of such member, assaults or wrongfully restrains, or attempts wrongfully to restrain, or overawes by means of criminal force, or the show of criminal force, or attempts so to overawe, such member shall be punished with imprisonment for a term which may extend to seven years, and shall also be liable to fine.
    124A. (Repealed).

    Maka,
    (i)adakah pemecatan MB Dato Seri Nizar sah?
    (ii)Adakah perlantikkan MB Dato Zambri dan Exconya sah?
    (iii)Adakah penggantungan Dato Zambry dan Exconya sah dibawah Undang2 Tubuh Negeri Perak dan Peraturan2 Tetap DUN?
    (iv)Adakah siding DUN dibawah pokok itu sah atau suatu “perhimpunan haram”?
    (v)Adakah Speaker DUN Sivakumar dan kuncu-kuncunya telah menyalah guna kuasa atau menggunakan kuasa yang salah?

    Diatas adalah perkara2 yang mahkamah Persekutuan perlu selesaikan pada 27 Mac 2009 (kes ditunda dari 20 Mac 2009).

    Kedudukan Raja dalam Rukun Negara dan lagu Negaraku.

    Fahamilah Rukun Negara
    (i) Kepercayaan kepada Tuhan
    (ii) Kepercayaan kepada Raja dan Negara
    (iii) Keluhuran Perlembagaan
    (iV) Kedaulatan Undang2
    (v) Kesopanan dan Kesusilaan

    dan lagu Negaraku!

    Negarakau,
    tanah tumpahnya darahku
    Rakyat hidup bersatu dan maju
    Rahmat bahagia Tuhan kurniakan
    Raja kita selamat bertakhta.

    Apa yang pelik tapi benar ialah, ramai tidak sedar termasuk yang mengajar perlembagaan itu sendiri siapa Tuan mereka dinegeri-negeri masing-masing diMalaysia.

    Apakah Raja sekadar simbolik atau Raja sememangnya berkuasa?

    Artikel 32 Perlembagaan Persekutuan (PP) menyatakan YDPA adalah Ketua/ Kepala Tertinggi (Supreme Head) dalam Persekutuan dan mengatasi semua orang didalam Persekutuan;

    Artikel 36 PP adalah hak YDPA menyimpan dan menggunakan Mohor Awam Persekutuan (Public Seal);

    Artikel 38 (4) PP menyatakan tiada Undang-undang yang menjejaskan keistimewaan, kedudukan, martabat atau maruah Sultan dan atau Yang DiPertua Negeri boleh diluluskan tanpa persetujuan Majlis Raja-Raja – lihat juga Artikel 181 berkenaan dengan kedaulatan kedudukan dan keistemewaan Sultan-Sultan;

    Artikel 39 (1) Perlembagaan Persekutuan (PP) menyebut kuasa eksekutif terletak pada YDPA.

    Artikel 40(2) PP menyebut YDPA boleh bertindak mengikut budibicaranya dalam perlantikan Perdana Menteri.

    Artikel 41 PP – YDPA adalah (shall) Pemerintah Tertinggi Tentera DiRaja Malaysia (armed forces of the Federation);

    Artikel 137 (1) & (3) PP, Ketua Angkatan Tentera mestilah lantikan YDPA;

    Artikel 43 (2) PP menyebut bahawa perlantikan Perdana Menteri adalah kuasa lantikan YDPA seseorang yang pada keputusan/ timbangan/ kewajaran YDPA akan memperolehi keyakinan majority ahli-ahli Dewan Rakyat;

    Artikel 43 (6) – Minister shall take oath of allegiance (sumapah taat setia kepada siapa? – bukankah Raja?.

    Artikel 44 PP, YDPA adalah sebahagian dari komponen Perundangan Persekutuan dan Artikel 66, mana-mana undang-undang yang hendak diluluskan perlu mendapat perkenan YDPA – pindaan pada Artikel 66 (4) & (4A) yang memperuntukkan bahawa perkenan YDPA tidak lagi penting adalah ultra vires Artikel 36 & 38(4) PP kerana menjejaskan kedudukan dan keistimewaan Raja-Raja;

    Artikel 45 PP – dalam perlantikan ahli-ahli Senate, mereka hendaklah pada pandangan/pendapat/ timbangan YDPA orang yang berwibawa;

    Artikel 122(1A) PP perlantikan Ketua-ketua Hakim adalah atas kehendak YDPA (may appoint .. for such period of time as he may specify any person who has held high judicial office in Malaysia…).

    Artikel 125 PP, pemecatan seorang hakim adalah atas kehendak YDPA (YDPA may on the recommendation of the tribunal remove the judge from office). Bukan tribunal tapi YDPA yang berhak memecatkan?;

    Artikel 140(4) PP, jawatan Ketua Turus Polis hendaklah dibuat oleh YDPA atas saranan/cadangan Suruhanjaya Angkatan Polis;

    Artikel 141A, ahli-ahli Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan hendaklah dilantik oleh YDPA setelah mengambil kira nasihat PM dan setelah mendapat nasihat Majlis Raja-Raja;

    Artikel 145 PP, YDPA yang melantik Peguam Turus Persekutuan.

    Artikel 145(2) & (5), YDPA adalah Tuan kepada Peguam Turus Persekutuan dan boleh mengarahkannya dimana jawatan Peguam Turus Persekutuan itu sendiri adalah mengikut kehendak hati YDPA (during the pleasure of the YDPA);

    Artikel 150, kuasa mengistiharkan darurat adalah kuasa YDPA jika dia berpuashati untuk berbuat demikian dan tidak boleh dicabar langsung;

    Artikel 153 PP, tanggungjawab menjaga kepentingan orang Melayu, pribumi (Sabah & Sarawak) dan kepentingan-kepentingan yang berasas (legitimate) mana-mana kaum adalah tugas YDPA;

    Dalam Jadual 8 PP, Sultan dan atau Yang Dipertua melantik Menter Besar mengikut budibicaranya (act in his discretion), pada keputusannya (in his judgment), dan atau pada pendapat/ timbangan/fikirannya (in his opinion) – ahli-ahli Majlis Executive (EXCO) memegang jawatan atas kehendak hati (at the Ruler’s pleasure).

    Sultan juga boleh prorogue atau bubarkan Majlis Perundangan. Undang-Undang Negeri hendaklah mendapat perkenan Sultan. Seksyen 11 (2B) Jadual ini adalah ultra vires Artikel 36 & 38(4) PP Perlembagaan kerana pindaan ini menjejaskan kedudukan Sultan – iaitu kuasa perkenanya antara lain.

    Prof Madya Dr Abdul Rani Bin Kamarudin
    Pensyarah IIUM (Public Law Dept)


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

w

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: