Posted by: pinkturtle2 | Mac 5, 2009

Sidang Tergempar Dun Perak (Bawah Pokok) Sah Disisi Perlembagaan – Prof Aziz Bari

Apa yang berlaku sah dan tidak menyalahi undang-undang kerana perlembagaan dan arahan tetap dewan menyerahkan kepada speaker untuk menetapkan tempat bersidang.Dua usul yang diluluskan oleh dewan diperakui sah dan perlu dilaksanakan. Malah Menteri Besar, Dato' Seri Mohamad Nizar Jamalauddin boleh mengadap Tuanku Sultan dan persembahkan usul dewan untuk tindakan seterusnya

Apa yang berlaku sah dan tidak menyalahi undang-undang kerana perlembagaan dan arahan tetap dewan menyerahkan kepada speaker untuk menetapkan tempat bersidang.Dua usul yang diluluskan oleh dewan diperakui sah dan perlu dilaksanakan. Malah Menteri Besar, Dato' Seri Mohamad Nizar Jamalauddin boleh mengadap Tuanku Sultan dan persembahkan usul dewan untuk tindakan seterusnya.mahkamah tidak ada kuasa untuk mengeluarkan injunksi kepada dewan

Prof Dr Aziz Bari akui “Sidang Tergempar Dun Perak” sah di sisi Perlembagaan

KUALA LUMPUR, 5 Mac (Hrkh)– Sidang tergempar Dun Perak yang terpaksa diadakan di bawah pokok kira-kira 100 meter dari Bangunan Perak Darul Ridhwan, 3 Mac lalu adalah sah dan tidak menyalahi undang-undang kerana perlembagaan dan arahan tetap dewan menyerahkan kepada Speaker untuk menetapkan tempat dan lain-lain perkara berkaitan.

Menurut pakar Perlembagaan, Profesor Dr Abdul Aziz Bari yang mengulas tentang ‘Tragedi Hitam Demokrasi’ di Perak itu, pihak polis awal-awal lagi sudah melanggar Perlembagaan apabila menerima arahan dan perintah dari Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) dan bukan dari Speaker yang menjadi kuasa tertinggi dalam dewan.

“Apa yang berlaku sah dan tidak menyalahi undang-undang kerana perlembagaan dan arahan tetap dewan menyerahkan kepada speaker untuk menetapkan tempat bersidang,” tegas beliau ketika dihubungi.

Dua usul yang diluluskan oleh dewan diperakui sah dan perlu dilaksanakan. Malah Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamad Nizar Jamalauddin boleh mengadap Tuanku Sultan dan persembahkan usul dewan untuk tindakan seterusnya.

Aziz berkata, mahkamah tidak ada kuasa untuk mengeluarkan injunksi kepada dewan. Beliau kesal, pihak pentadbiran negeri (SUK), polis dan lain-lain pihak terpaksa menyekat dan menutup dewan dari digunakan untuk sidang tergempar Dun.

“Mereka (BN) tidak ada pilihan lain,” ujar pensyarah undang-undang Universiti Islam Antarabangsa (UIAM) itu.

Aziz mempersoalkan sejak bila seorang setiausaha dewan (Abdullah Antong) diberi kuasa mentafsirkan peraturan tetap dewan sedangkan setiausaha hanya kakitangan biasa yang bekerja di bawah arahan Speaker.

Polis juga, tegas beliau boleh didakwa di bawah Kanun Keseksaan (Penal Code) kerana menghalang dewan bersidang dan perkara ini telah disebut oleh Speaker, V Sivakumar.

Mengimbas apa yang terjadi pada pagi 3 Mac lalu, insiden di Perak itu cukup menyedihkan kerana ini membuktikan bagaimana institusi rakyat seperti pentadbiran awam termasuk polis yang sepatutnya bersikap neutral dan tidak memihak serta menjunjung perlembagaan, rela dijadikan ‘kuda tunggangan’ oleh pihak tertentu, kata Aziz.

“Demokrasi tidak akan makmur tanpa kerjasama insititusi itu. Anehnya Zambry tidak mengaku mengeluarkan arahan menutup bangunan sekretariat. Begitu juga dengan Dato’ SS. Jadi, bagaimanapun OCPD terus tidak membenarkan ahli dewan masuk?” soal Aziz kehairanan.

Dari satu sudut, ini telah menimbulkan persoalan, “Apa asas pihak polis untuk tidak membenarkan 28 Adun Pakatan Rakyat masuk ke Dewan? Takkan mereka (polis) tak kenal Speaker? Takkan Adun-Adun Pakatan ini dianggap pengganas dan penjenayah? Ini perlu dijawab oleh pihak polis.”

Tegas Aziz lagi, insiden di Perak itu gagal menyuburkan proses demokrasi kerana institusi awam seperti polis tidak memainkan peranan dengan betul.

http://www.harakahdaily.net


Responses

  1. polis oh polis

    kita dah tahu polis bertindak atas arahan dari pihak atasan. tetapi pihak atasan itu faham ke atau tidak institusi dewan ni. dalam hal ini tidak kira polis atau siapa pun kerana menghalang persidangan harus diambil tindakan. kita nak tahu adakah malaysia ni masih mengamalkan demokerasi atau sebaliknya.

    sekarang kita dah boleh baca, polis, sprm, spr, dan lain-lain badang semuanya dah jadi anggota bn. mereka akan pertahankan parti komponen mereka. jadi demokerasi nampaknya tak jalan, hanya diwara-warakan sahaja yang malaysiani masih mengamalkan demokerasi.

    kita masih menunggu pilihanraya, dan kita akan beri kemenangan besar kepada pr supaya padan muka dengan bn yang mempermainkan institusi rakyat.

    kami rakyat malaysia berhasrat untuk tahun akan datang ni pr akan memerintah. kita tinggalkan bn biar dia terkapai-kapai dengan penipuan dan rasuahnya.

  2. Setau aku SUK Perak tu bawah cabang EXECUTIVE la kan. Speaker DUN lak bawah cabang LEGISLATIVE. Pesuruhjaya Kehakiman yg luput tarikh tu lak bawah cabang JUDICIARY.

    Kalau gitu, apa yg aku faham ialah cabang executive & judiciary dah mencerobohi bidang kuasa cabang legislative. Executif mengunci pintu DUN & judiciary lak mengeluarkan perintah menghalang speaker memanggil sidang DUN!

    Ya Tuhan, betapa teruknya krisis di negeri Perak Darul Ridwan? Betul2 prinsip pengasingan kuasa dah dicerobohi. Sultan mantan ketua hakim negara? Macam mana boleh jadi cam nie?!

  3. Speaker kena buat laporan polis dengan segera terhadap ketua polis.

  4. ketua polis kena buat laporan polis terhadap speaker sebab speaker juga manusia paria dan tak ada kekebalan,ya tuhan selamatkan lah negeri ku dari jajahan orang kafir

  5. Din teksi

    bo bin doh cakap tak tahu……..gila

  6. Semalam aku terjumpa satu buku abg aku punya sewaktu dia belajar di UiTM bertajuk Sains Politik. Aku terjumpa satu bab yg mengatakan:-

    Asas demokrasi adalah bertunjangkan kepada konsep ‘check & balance’ di antara 3 badan utama iaitu Eksekutif, Legislatif (Perundangan) & Judiciary (Kehakiman)…

    Secara ringkasnya buku tersebut menyatakan Demokrasi sebenar akan terbentuk apabila setiap badan tersebut tidak melangkaui kuasa badan yg lain…

    Belajar kat Universiti bagai nak rak tentang demokrasi, tetapi penghayatan pemimpin negara mengenainya…amat hodoh sekali…

  7. Sidang DUN: mugkin sah -mungkin tidak…mungkin sah….mungkin tidak
    TAPI
    Sidang DUN sebelah pagi….
    Injunksi pula sebelah petang…..

    Pening……………

  8. semakin tolol dan bahalul orang-orang UMNO nampaknya

  9. UMNO…guna perut utk berfikir….

  10. saudara Din teksi matlamat tidak meghalalkan cara, walaupun si speaker tu india tapi dia tegas dalam keputusannya. kita melayu? macamana ye??

  11. BERUK2 YG BERSIDANG BAWAH POKOK NIH BERUK2 JENIS MODEN…BIASA BERUK SIDANG ATAS POKOK TP BERUK2 NIH NAK BG PERSEMBAHAN PERCUMA KEPADA RAKYAT JELATA,KETUA BERUK PERAK SKANG NIH SIVAKUMAR LAH,DIA BERJAYA MEMBERI ARAHAN KEPADA BERUK2 LAIN SUPAYA SIDANG BAWAH POKOK JA…HUHU…KITA RAMAI MELAYU2 DUNGU MELAYU2 BODOH MELAYU2 BANGANG SANGGUP IKUT CAKAP KELING IKUT CAKAP CINA…TEGAS DLM IKUT PUNGKOQ KELING DGN CINA TP LEMBEK DLM PERJUANGKAN BANGSA SENDIRI…BEGITULAH BENGAPNYA ORG2 PAKATAN RAKYAT INI…BELAJAR KONON2 TINGGI TP OTAK LETAK KAT LUTUT…BANGANG BETUL,DOK MENYALAK BAGAI NAK RAK,KETUA BERUK ANWAR IBRAHIM TUH SENYUM JE TAK PAYAH BUAT KERJA..DALAM HATI DIA..’HAK,GADO LAGI,GADO LAGI,GADO BANYAK2…AKU TAU LEPAS NIH AKU JADI PM’…MARILAH KITA BERTERUSAN JADI MELAYU BODOH..HIDUP CILAKA PAKATAN RAKYAT.

  12. 3 badan dalam dewan samada parlimen atau DUN
    – Badan perundangan (Legislative)
    – Pentadbiran (Executive)
    – Kehakiman (Judiciary)
    3 badan ini mempunyai kuasa yang berasingan `sparation of power’ cuma dalam demokrasi tulin ianya perlu `timbalbalas’ atau check and balance.
    Tapi apa yang di Perak khasnya Malaysia amnya amalan ini tidak pernah langsung diamalkan. Undang-undang tertinggi digunakan oleh pihak yang berkepentingan dan pengamal undang-undang tidak jujur menjalankan amanah yang penting kuasa, kroni, kekayaan, nafsu serakah.
    UNDANG-UNDANG MALAYSIA ADALAH TEMPELAN BAGI YANG BERKUASA. DIGUNA-PAKAI HANYA GOLONG SENGKEK (MARHEAN) DAN GOLONGAN BANGSATWAN BERMAHARAGILA MENTERBALIKKAN UNDANG-UNDANG.

    SAYA PERNAH MENGHADIRI KURSUS DI INTAN PADA TAHUN 90AN ADA PENCERAMAH MEMBUAT TAFSIR PERJALANAN UNDANG-UNDANG DI MALAYSIA DI MANA KAEDAH PERLAKSANAAN YANG SERING DIAMALKAN ADALAH BERDASARKAN NAFSU. BELIAU MENTAFSIR AMALAN UNDANG-UNDANG SEPERTI BERIKUT:-

    DON’T BREAK THE RULE BUT CAN BEND THE RULE
    (KAEDAH INILAH YANG BIASA DIAMALKAN DIMALAYSIA)

    MAKA YANG KELIRU HARI ADALAH RAKYAT KERANA GOLONGAN CERDIK PANDAI UNDANG-UNDANG DIPERKUDAKAN OLEH GOLONGAN BERKEPENTINGAN.

    PANDANGAN SAYA ` PALACE OF JUSTICE’ HENDAKLAH DIRUNTUH KERANA HANYA MENJADI KUDA TUNGGANGAN GOLONG BERNAFSU BESAR.

  13. Mr.Bond kat Malaysia ini di ibarat kan seperti seekor DOG…..kalau orang suruh dia kejar tulang dia kejar la…kalau orang suruh duduk dia duduk lah…

    Ini la akibatnye bila sesuatu kerajaan memegang tampuk permerintahan terlalu lama…

    Jadi DOG2 kat MALAYSIA ni semua dah jinak ikut kata tuan….

  14. HEI, KATSINI PUN ADA ANJING TGH MENYALAKLah MAJEDAN Oooo MAJEDAN MANA kau, DIA JE YG BOLE HALAU ANJING NI, KAU org JGN PERCAYA ‘MANUSIA’ tu SGT, klu korang ada tulang cepat2 campak nnt ada anjing dtg kutip he..he..


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: