
ustaz bekas penyanyi rock ini berasal dari Perak iaitu negeri yang kini hampir karam oleh air mata rakyat. Tidakkah ustaz ini merasa sedikit pun perasaan kasih dan sayang kepada negerinya yang kini terumbang-ambing? Tidak mungkin setelah beliau berada di alam glamour di sebuah stesyen TV terkenal beliau boleh lupa bahawa negerinya dahulu diperintah oleh YAB Ir Nizar dari PAS dan kini telah dirampas secara yang amat menjelekkan?
SURAT TERBUKA BUAT USTAZ `WASSINI’
Situasi politik di Perak masih tidak menentu di mana segala usaha dan tenaga terus dicurahkan terutamanya dari kepimpinan PR di Perak bagi menyelamatkan Negeri Perak. Bukan sedikit pengorbanan yang telah mereka lakukan demi rakyat di Perak dan perjuangan ini sentiasa mendapat suntikan semangat dari pejuang-pejuang rakyat di negeri-negeri lain. Sudah tentunya menjadi kewajipan kepada pemimpin-pemimpin politik di Perak serta rakyat yang cintakan keamanan dan keadilan untuk terus berkorban tenaga, buah fikiran dan wang ringgit demi memerdekakan Perak.. Apatah lagi kepimpinan di bawah Parti PAS yang menjadikan Islam sebagai dasarnya, sudah tentu mereka merasakan suatu jihad apabila bangun menentang kezaliman yang terdapat di bumi Perak.
Malangnya bukan semua dari kita yang sanggup bersusah payah sedemikian rupa. Ada di kalangan kita yang kini menyepikan diri sambil menikmati kemewahan dan kehebatan dunia glamournya di luar sana. Saya merasa amat sedih dan kesal dengan seorang yang saya kenali dahulunya seorang pendakwah muda yang berani dan kental untuk bersama pemimpin kita berjuang bersama rakyat. Beliau dahulunya diminati ramai semenjak berada di dunia hiburan berentak rock, kemudian beralih ke bidang dakwah politik bersama PAS yang menjadikan beliau begitu diminati oleh golongan tua dan muda. Di dalam setiap siri ceramahnya, para penonton pasti akan terhibur dengan lagu dari bacaan ayat-ayat Al-Quran dan di selangselikan dengan sindiran lagu-lagu dari kegemaran muda mudi yang diubahsuai. Pernah seketika lagu `Wassini’ nyanyian Waheeda sering dinyanyikan oleh ustaz muda ini sebagai suatu sindiran, tetapi akhirnya penyanyi lagu asal `Wassini’ tersebut kini heboh digosspikan dengan ustaz muda tersebut. Mengapa gossip seperti ini mula menimpa ustaz muda atau Ustaz Rock itu sekarang?
Saya difahamkan ustaz bekas penyanyi rock ini berasal dari Perak iaitu negeri yang kini hampir karam oleh air mata rakyat. Tidakkah ustaz ini merasa sedikit pun perasaan kasih dan sayang kepada negerinya yang kini terumbang-ambing? Tidak mungkin setelah beliau berada di alam glamour di sebuah stesyen TV terkenal beliau boleh lupa bahawa negerinya dahulu diperintah oleh YAB Ir Nizar dari PAS dan kini telah dirampas secara yang amat menjelekkan? Bukankah beliau ini seorang pejuang PAS yang saban hari berceramah mengajak anak-anak muda berjuang mempertahankan Islam yang dibawa oleh PAS? Mungkin beliau tidak lagi punyai banyak masa untuk bersama-sama kita mempertahankan bumi Perak, tetapi saya terfikir mengapa ustaz ini punyai masa untuk bersama-sama peserta-peserta AF 7 baru-baru ini? Bukan main hebat beliau berceramah di depan peserta-peserta AF 7 sehinggakan beliau berkata peserta-peserta AF 7 yang terpilih patut bersyukur kerana kemasukannya ke dalam AF 7 bertepatan dengan sambutan Maulidur Rasul. Wah !! hebat bukan ustaz ini?
Saya percaya bukan saya seorang sahaja yang mulai merasa tidak selesa dengan pendekatan dan komitmen ustaz ini di dalam menyampaikan dakwahnya. Bahkan, saya melihat ustaz yang dahulunya saya puja kini telah mula hanyut di dunia glamour. Mungkin, mungkin ustaz ini akan menjawab niatnya betul dan hanya Allah sahaja yang tahu nawaitunya berada di dunia seperti itu. Cuma, saya kesihan dan simpati dengan ustaz ini kerana semenjak beliau berada di dunia yang asing dari teman-teman seperjuangannya dahulu, terlalu banyak gossip atau fitnah telah menimpanya. Kesemua musibah itu bukan beliau sahaja yang menanggungnya bahkan turut dirasai oleh keluarga beliau sendiri. Adakah berbaloi beliau menerima balasan seumpama itu dari jalan dakwahnya sekarang? Mengapa musibah itu berlaku ? Apakah beliau memilih jalan yang betul atau beliau terpesong dari jalan yang selama ini amat diredhai oleh Allah?
Saya bukan lah insan yang berilmu dan terlalu jauh jika dibandingkan dengan ilmu yang ada pada ustaz ini. Tetapi, atas dasar saling mengingati saya menyeru agar ustaz ini bermuhasabah diri dan mohonlah pada Allah agar tunjukkan jalan yang benar dan diredhainya. Kembalilah semula ke arus masyarakat yang kini dahagakan keadilan dan kebenaran serta lupakan saha dunia glamour yang penuh dengan kepura-puraan itu. Kembalilah wahai ustaz ke kampong halamanmu di Perak kerana di sana rakyat sentiasa menantimu untuk bersama-sama berjuang mengembaikan kuasa kepada yang berhak. Kami merindui alunan ayat Al-Quran yang sering kamu bawakan kerana dengan ayat itu kami semakin berani mempertahankan agama Allah ini. Sebanyak mana sekali pun kamu muncul di kaca TV atau di mana-mana anugerah sekalipun yang kamu menangi, kami sedikit pun tidak merasa bangga sebaliknya kami lebih berbangga jika kamu bersama-sama kami tumbang sebagai pejuang di kampung halaman bersama.
ustad ke dia tu?? ustad dalam panggung!! 😛
By: Misteri Altantuya...di hujung C4!! on Mac 15, 2009
at 7:50 am
sahabat lama gua..’buyong..lu sendiri mau ingat..gua tau bidang dakwah ni meluas tapi jgn sampai timbul fitnah’..org dah byk bunyi skrg…
By: akupentoi on Mac 15, 2009
at 9:45 am
Dengan ini jikalau kita hendak dipandang mulia di mata masyarakat makanya perlulah kita perjuangkan PAS…kita kene sokong PAS suapya rakyat dapat memandang mulia kepada kita…marilah kita jadi bengap seperti si gila kuasa nizar yg kononya perjuangkan Islam tuh…MArilah kita bersama2 dia jadi pejuang utk menjatuhkan bangsa melayu dan memakmurkan bangsa cina…marilah kita beramai2 jadi boneka cina….kpd ustaz akhil hayy,jikalau anda ingin dipandang tinggi kembali oleh org2 PAS,makanya anda juga perlu menyokong si gila kuasa nizar nih.Sekian,terima kasih..AADDIIINNNN…
By: Manusia on Mac 15, 2009
at 9:51 am
Manusia..
Dangkal nya pemikiran anda wahai Manusia.. Sembah lah najib mu itu seperti kamu merasakan pemimpin idola kamu itu punyai mukjizat dan ikutilah pemimpinmu itu sama-sama merasai azab peritnya neraka.. huhu
By: Monggolia on Mac 15, 2009
at 10:36 am
Bila kita menghampiri maksiat….inilah padahnya…Sebenarnya aku takut…Sama2lah kita berdoa kepada Allah S.W.T supaya ditetapkan iman kita…Jangan lepas ni kita tengok dia bersalaman dengan perempuan yang bukan muhrim pulak…Dulu aku punya la respect dia ni…aku minat la jugak dia dari zaman rock kapak lagi…bila tgk dia berubah lagi aku minat…bila tgk kepetahan dia berceramah bertambah minat…tapi bila aku tgk dia dah terjun semula ke kancah hiburan…aduh! aku tepuk dahi…apa bakal berlaku lepas ni….Inilah jadinya…
Dulu manis berserban dan berjubah, sekarang ni pakai snow cap je…dah tu siap pakai sun glasses lagi…pakaian tak usah cakap la…walaupun masih menutup aurat tp ciri2 seorang pendakwah yg pernah ada pada dia suatu ketika dulu sudah tiada lagi….lebih kepada penghibur pulak rasanya…lebih rugged…inilah padahnya dunia hiburan yang melagha’ kan….
Takut la aku….
By: 1st Class Honours on Mac 15, 2009
at 10:53 am
kini telah menjadi fardhu ain kepada akil haiyy utk berdakwah kepada Manusia yang hampir hilang nilai manusiawinya.
By: Ahli Majlis on Mac 15, 2009
at 10:54 am
Jangan lupa. dulu taka da kerja. nak kasi tahus etiap ceramah yang di hadiri pemimpin atau penceramah sampul surat akan di hulurkans elepas ceramah sdr.mana ada free. saya tahu le. sekarang dgn stesyen tv dapat gaji,royalti. .so tak memerlukan sampul surat lagi. itu kenyataannya.
By: jamilkucing on Mac 15, 2009
at 12:25 pm
Buyuong ooiii … awak jangen gilo posuit … taubet lahh yuong ooii
By: ramli on Mac 15, 2009
at 3:07 pm
jamill baliek kg medan lah .. rumah omak awak terbakar ….
By: ramli on Mac 15, 2009
at 3:09 pm
ak x phm lar…
mcm maner ideologi MANUSIA dan warga perak yang mbntah nizar…
sdgkan beliau (nizar) mampu memimpin rakyat…
memimpin dgn menjadi imam diwaktu solat…
memimpin dn memberi ceramah ugama kpda rakyat xpa menyelitkan isu politik…..
kuliah disubuh hari…
ak x degr lagi pekara tu dlakukan oleh mb baru ni…
andai wujud pasti dah msuk paper lar!!
xkan nak cri pemimpin yg hanya berceramah , merasmi dan menutup upacara red carpet je…
biarlah pemimpin serba boleh dlm pentdbiran.
By: pemarhatiAngle on Mac 15, 2009
at 4:44 pm
Manusia kalau hanyut dek “glamour” dakwah pun entah ke mana…. Layak ke, Akil Hayy ni masuk ke dalam PAS.. memalukan PAS ada le… Sudah le… teman tak suka dengan die. Jenis mcm ni elok masuk UMNO je. Adake masuk akademi fantasia kena bersyukur? Akademi fantasia tu harammmm, ada bukak aurat…, campur laki perempuan, nyanyi terlalak-lalak , terkinja-kinja menari tak kira dengan laki perempuan… yang itu kena bersyukur? Malidur rasul kebenda ? Kalau nabi ada lagi, marah dia orang kata cam tu masa hari lahir dia…
Akil Hayy….
Boleh belah lah…. kalau kita nak dakwah sebab nak glamour , boleh jalan….
Nak tanya hukum kat Akil Hayy…
Apa hukumnya tengok wayang malam-malam buta dengan perempuan yang bukan muhrim?
By: Seeri on Mac 15, 2009
at 5:28 pm
Alamaaak lelaki talam dua muka macam tu…isyyy!
Kalau akulah wahida tu…sepak saja mamat tu masuk tong Ezam…kah kah kah…
By: umno maksum on Mac 15, 2009
at 5:33 pm
kita tak tau niat dia.. allah saja yg tahu… dia pun perlu juga nak cari rezeki kat anak2 dan isteri..
Kita selalu menilai org dr pandangan sisi saja … lihat lah secara keseluruhan .. kalau dia nak berdakwah melalui seni apa salahnya… saya tengok ranc. cafe akil hayy ok apa…
Jangan ingat dia tak ingat masyarakat .. tanggungjwb terhadap keperluan anak isteri itu lebih diutamakan.. bgmana dia hendak meninggalkan mereka dlm keadaan serba kekurangan … anda jgn la terus menghukum dia.
Jgn terlalu prejudis .. kadang-kadang apb saya membaca komen dan pendapat terdpt sebilangan anda yg terlalu taksub kepada parti … saya tak menyebelahi mana-mana parti .. kalu salah tetap salah … walau ia kerajaan sekalipun …
Jangan marah … saya minta mahap jika ada yg tersinggung !!!
By: cikgu syon on Mac 15, 2009
at 5:37 pm
cikgu syon… mender la kau jawab camtu… sebab kita tak tau niat dia… allah jer yag tau…
kalu itu macam, ayah pin pun ko setujulah ya… kita tak boleh nilai dari pandangan sisi… harus lihat dari keseluruhan.
buat pengetahuan kau, pandangan sisi itu amat penting… sebab tu semua kenderaan kat jalanraya seperti motor ka, keta ka, lori ka… sumer ada cermin sisi. mana ada cermin keseluruhan? ko buat lawaklah cikgu syon!
ko baik masuk maktab balik, gi ngaji ngan ayah pin!
By: hang buah on Mac 15, 2009
at 9:39 pm
ustaz pun manusia biasa juga ada nafsu ada anu juga sama macam manusia yang sejenis dengannya jadi apa-apa pun pasti akan berlaku apatah lagi dihormat oleh orang maka apa saja yang dibuat walaupun yang haram pasti ada jawapannya
By: Din teksi on Mac 16, 2009
at 12:42 am
hukum dah sampai la tu,apa yg kau hampiri itulah yg ko dapat walau niatmu lain.kalu hampir dgn fitnah, fitnah la yg dapat takkan dapat fatimah melainkan ko hampir ngan fatimah.sebaik perkara hampiri kebenaran la..camno dia nak explen kalu itu yg dia dapat….haaa.. jawap jgn tak jawap
By: m7eye on Mac 16, 2009
at 5:05 am
manusia selalu alpa apabila berada dalam kemewahan dan menjadi terkenal tetapi mestilah dia ingat bahawa apa yang dia kecapi selami ini adalah sokongannya kepada ISLAM…jadi janganlah tergelincir dari landasan itu
By: majedan on Mac 16, 2009
at 9:58 am
aku dah lama bebulu dengan cara ex-Ustaz ni ..
Dulu kemain, dia ni la yg kutuk AF.. melalaikan lah hapa lah… sekarang apa dah jadi bro Hay ( malas nak paggil ustaz lagi)… Syok kot tengok Wahida tersengeh2 kat dia… Bro dulu lu jugak kata… suara wanita auratt…. macamana bro…
Bagi aku bro nih dah terpesong…..
By: Rock on Mac 16, 2009
at 2:27 pm
Matlamat tak menghalalkan cara. Sekian, wassalam.
By: ainur68 on Mac 16, 2009
at 3:39 pm
Takkan lah sebab sorang kita nak bercakar…. ada beribu lg yg sedang berjuang…. biarkan lah akil hay ditpt skrg…. dakwah/beri kesedaran perjuangan melalui cara lain…. bukannye terhad stakat ceramah jer…bukan semua org datang dengar ceramah….. Pak gat2… krew2 tv… pegawai2 kat situ…budak af…. pembancuh teh… bebudak radio era…dll….
Takkan lah Tuan guru nak turun kat situkan…. at least adalah wakil sket…. pelbagaikan cara…….
By: Chapsaa on Mac 17, 2009
at 12:57 am
Aduhh..
sedih tak tahu nak cakap apa..
By: Faridrashidi on Mei 11, 2009
at 6:07 am
Kuat mcm mana pun ustaz ni sebelum ni, akhirnya mesti kalah bila masuk dunia hiburan. Mcm OGY, dulu ingat betul2 dah taubat. Rupanya kembali jugak ke asal.
Maklumla ustaz ni dulu hidup susah, nak sara anak isteri melalui ceramah politik, hasilnya x seberapa. Time tu byk syukurnya.
Bila RM dah byk masuk, dunia pun jadi ana yg punya. Berkepit pulak dgn Wasini sana. Langsung hanyut. Syukur entah kemana.
By: abufaris on Mei 28, 2009
at 12:56 am
Mari kita sama2 doakan agar Ustaz Akil tabah dengan ujian skrg ini dan jika dia dah ‘off track’ mintak Allah tunjukkan jalan kembali. Kita sama2 manusia..
By: insan on Mei 31, 2009
at 7:27 pm
salam utk semua, dari mengata org lain baik fikir diri sendiri, sempurnakah sudah segala amal ibadat utk bekalan hari akhirat….
By: nina on Ogos 18, 2009
at 12:06 pm
undi lah ustaz kazim alias
By: mohd.helmi b abdul latif on September 2, 2013
at 5:54 pm