Posted by: pinkturtle2 | Mac 20, 2009

Ir Mohd Suffian Abdul Aziz membicarakan salah laku moral isterinya…

Merujuk gambar Norhayati dengan bekas Ahli Parlimen Gombak Dr Rahman ini diambil, di mana kejadian ini berlaku? ... Ketika Pilihan Raya Kecil Pengkalan Pasir, Kelantan pada tahun 2005. Berlaku di bilik salah sebuah hotel di Kota Bharu. Semuanya ada terkandung dalam surat akuan bersumpah saya bertarikh 12 Oktober, 2006

Merujuk gambar Norhayati dengan bekas Ahli Parlimen Gombak Dr Rahman ini diambil, di mana kejadian ini berlaku? ... Ketika Pilihan Raya Kecil Pengkalan Pasir, Kelantan pada tahun 2005. Berlaku di bilik salah sebuah hotel di Kota Bharu. Semuanya ada terkandung dalam surat akuan bersumpah saya bertarikh 12 Oktober, 2006

‘Khir Toyo suruh saya cari Lutfi’

“…saya memang orang kuat dia dan memang saya disuruh cari Lutfi. Khir Toyo siap cabar lagi…”

Penolong Pengarang Harakahdaily AZAMIN AMIN dan jurugambar NASIR SUDIN)baru-baru ini bersua muka dengan suami Senator Datin Paduka Norhayati Onn, Ir Mohd Suffian Abdul Aziz membicarakan salah laku moral isterinya, isu politik wang dan bekas Menteri Besar Selangor Dato’ Seri Khir Toyo. Sembang-sembang santai dengan bekas Ketua Pemuda UMno Klang itu mengambil tempat di salah sebuah hotel di ibu negara 12 Mac lalu.

HARAKAH:Apa status kes Nusyuz isteri saudara, Senator Norhayati Onn setakat ini?

SUFFIAN:Pada 23 April depan ianya akan dibacakan di Mahkamah Syariah Shah Alam dan peguam beritahu jika dia tak hadir, satu waran tangkap akan dikeluarkan kerana ingkar. Seingat saya sudah 10 kali saya hadir tetapi dia langsung tak datang.

Apa hasrat saudara dan mahukan sebenarnya? Image

Saya nak isteri saya itu tidak ada sebarang tuntutan ke atas saya dan ada apa-apa hak ke atas anak-anak. Saya mahu buktikan kebenaran dalam masalah rumah tangga saya dan saya juga mahu nama baik saya dibersihkan.

Dia dakwa saya macam-macam..’the damage is done’ walaupun dia sudah tarik balik saman fasakh ke atas saya.Dia kata dia nak berbaik-baik semula dengan anaknya dan sanggup pergi kaunseling… tetapi sampai sekarang dah setengah tahun lebih, tiada apa-apa yang berlaku. Tidak pernah berinteraksi dengan anak-anak, bulan puasa ke atau Hari Raya ke, jauh sekali hari jadi..seolah-olah dia ‘membuang’ anaknya sendiri.

Merujuk gambar Norhayati dengan bekas Ahli Parlimen Gombak Dr Rahman ini diambil, di mana kejadian ini berlaku?

Ketika Pilihan Raya Kecil Pengkalan Pasir, Kelantan pada tahun 2005. Berlaku di bilik salah sebuah hotel di Kota Bharu. Semuanya ada terkandung dalam surat akuan bersumpah saya bertarikh 12 Oktober, 2006 dan juga sembilan laporan polis dibuat termasuk kepada Jabatan Agama Islam Selangor. (Menunjukkan salinan gambar dan laporan polis)

Setakat ini status laporan polis bagaimana?

Tiada sebarang tindakan dan sudah empat tahun ianya terjadi. Tapi kes Elizabeth Wong, cepat betul tindakan polis. Tukar polis Wilayahlah, cari orang itu, ini sampai nak cari luar negara sedangkan kes itu berbeza dengan kes isteri saya yang lebih teruk moralnya.

Elizabeth, dia bukan Islam…mungkin pergaulan itu membenarkan malah isunya ialah orang menceroboh ‘privasi’. Tapi kes isteri saya ialah adakan hubungan sulit dengan orang lain. Ada gambar, video dan rakaman perbualan. Kenapa tiada tindakan? Ia melibatkan seorang Senator Dewan Negara dan pemimpin pergerakan Wanita Umno.

Selain polis, kepada siapa saudara mengadu?

Dato’ Seri Khir Toyo…tetapi Khir kata itu hal rumah tangga. Selesaikanlah sendiri dan dia tak buat apa-apa tindakan. Dia lindungi Norhayati kerana mahu sokongan untuk bertanding pemilihan Umno dulu dan jaga reputasinya sebagai Menteri Besar Selangor ketika itu. Kini nak jadi calon Ketua Pemuda Umno pula. Dia kena jaga orang-orang ini yang ada pengaruh nak ‘support’ dia dalam pemilihan.

Bukan masalah berpuas hati atau cukup hukuman kepada Norhayati. Dr Rahman digugurkan tetapi kenapa dia masih lagi dilantik semula sebagai Senator Oktober tahun lepas. Saya ada juga jumpa pemimpin Umno yang lain (off record) tetapi mereka K.I.V (Keep In View) saja.

Ini kejadian ke berapa kali?

Banyak dah berlaku. Antaranya di Kuala Lumpur, Petaling Jaya (beberapa nama hotel disebut) malah setiap kali dia tangkap gambar, telefon bimbit itu ada tarikh dan masa. Bila saya ‘check’ memang tepat.

Ada yang kata ianya teknik super-impose (cantuman, tindanan) dan ada pihak ketiga?

Dia cakap berbelit-belit. Mari masuk mahkamah dan bawa pakar-pakar teknologi…tengok. Super-impose ke tidak?

Ada saudara bertemu sendiri dengan bekas ahli parlimen Dr Rahman?

Ada, saya pergi rumahnya dengan abang saya. Rahman kata biasalah gambar itu…hubungan antara pesakit dan doktor. Menyirap darah saya…yang peluk-peluk itu apa..apa lagi saya pun bagilah dia sedass dan bergasak …(Off record). Lepas itu saya buat laporan polis dan dia juga buat tetapi tiada sebarang siasatan.

Apa lagi bukti yang saudara ada?

Ada video rakaman yang mungkin jauh lebih teruk daripada kes Elizabeth. Malu saya nak siarkan dan kasihan anak-anak malu…(Suffian mengalirkan air mata)

Bukankah saudara ‘orang kuat’ Khir Toyo suatu ketika dulu sehingga saudara pernah diarah oleh beliau untuk ‘mencari’ dan menggertak Ketua Pengarang Harakah Ahmad Lutfi Othman yang mendedahkan kes rasuah beliau dulu?

Ya betul, saya memang orang kuat dia…dan memang saya disuruh cari Lutfi. Khir Toyo siap cabar lagi….dia ingat aku ni siapa, aku ni Menteri Besarlah.

Berpengalaman sebagai bekas Ketua Pemuda Umno Klang, apakah ini insiden pertama melibatkan moral dan salah laku pemimpin Umno?

Saya dah lama dalam sistem ini. Ini bukan kali pertama, ada pemimpin Umno yang terlibat, ada yang ada bukti dan ada yang tidak diketahui. Cuma saya ‘respect’ juga yang bukan Islam ini, dia buat dia mengaku bertanggungjawab macam Dato’ Chua Soi Lek dan Elizabeth Wong tetapi pemimpin Umno yang macam ni (tunjukkan gambar isteri) sampai sekarang tak mengaku. Jujurlah….

Adakah saudara pernah kena ugut dan diancam keselamatan?

Ada, banyak kali malah anak-anak saya diugut untuk tidak mendedahkan keburukan moral ibu mereka dan membawa ke mahkamah. Anak lelaki saya dipukul, anak perempuan disergah dan macam-macam lagi.

Status saudara dengan Norhayati masih suami isteri?

Ya, tetapi itulah dia tak serik. Baru-baru ini anak saya beritahu terserempak dengan ibunya dengan lelaki lain, ‘dating’ malam. Saya siasat, dia seorang yang terlibat dengan Animation Advertising (Pengiklanan Animasi). Sebelum itu ada dua tiga orang yang lain dia berpacaran

Malu nak cakap tetapi orang macam ini tidak layak jadi pemimpin apatah lagi ada jawatan berprestij seperti Senator. Saya dapat tahu dia ‘lobi’ pemimpin Umno untuk dapat jawatan itu.

Sebagai orang yang rapat dengan dengan Khir Toyo, apakah persepsi saudara dan layakkah dia bertanding Ketua Pemuda Umno?

Jangan jadi sombong. Ingat asal dan sejarah dulu sebelum jadi Menteri Besar. Sedarlah sikit. Jangan kata orang lain rasuah atau tuduh orang tak bermoral. Saya rasa orang macam ini lupakan sahajalah. Kalau nak jadi Ketua Pemuda Umno dia mesti ada karektor dan watak nasional. Ini bukan bertanding Ketua Umno Sabak Bernam. Mesti mahir berbahasa Inggeris kerana Ketua Pemuda akan bertemu dengan pemimpin dunia. Maaf cakap itu…dia tak ada. Bukan masanya lagi.

Begitu juga dengan Norhayati yang akn bertanding Exco Wanita Umno…

Inikah yang akan memimpin bangsa dan agama. Kalau hobinya buat kerja lain, baik lupakan saja dan letakkan jawatan Senator. Kalau buat silap minta ampun dengan Allah, kalau salah pikul sendiri, jangan sampai aniaya orang lain terutamanya anak-anak… Anak saya yang kecil tiga tahun…kasihan dia (mengalir air mata). Mungkin orang tak percaya, dan jarang-jarang berlaku tetapi ketiga-tiga anak saya yang jaga sejak kes itu…ayah yang menjaga bukan ibunya.

Saudara bersediakah untuk menghadapi sebarang tindakan undang-undang seperti saman atas pendedahan isu salah laku moral ini?

Saya berani hadapinya. Cabarlah di mahkamah khususnya melibatkan Senator Norhayati.

Tentang politik wang dalam Umno, termasuk 900 aduan rasuah dan dapatkah dibendung , apatah lagi dengan wujud Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) ?

Tidak dapat. Mungkin dikurangkan sedikit boleh. Ianya dah berakar umbi. Dasyat… dan kronik. Macam mana nak buktikan pun susah juga. Kalau belanja makan, beri duit minyak RM300 seorang untuk datang, itu pun politik wang. Sembang-sembang sedikit, sedekah duit…macam mana tu?

Tentang 900 aduan kepada Lembaga Displin Umno, ada yang buat aduan tu sebab nak jatuhkan pemimpin dan ada yang memang ada bukti.

Dah jadi budaya. Duduk jumpa perwakilan belanja teh tarik pun dikira politik wang. Definasinya tak jelas tapi memang wujud. Budaya kita lebih kepada kebendaan. What can i get? At the end of the day hanya beberapa orang perwakilan yang ada ‘kuasa’ untuk memilih kita. Itu yang mencecah (pemilihan agung Umno tahun 80-90an) RM200,000 seorang. Sekarang kurang sikit daripada itu.

Payah nak ubah. Kalau tak boleh bagi tunai, mereka masuk dalam akaun bank. Dulu tahun 90an’ ada duit RM1,000. Koyak dua. Satu kau ambil dan satu lagi pemimpin pegang. Menang cantum balik. Boleh pakai.

Selain politik wang, adakah proses pemilihan undi juga dicemari?

Umno ini, macam-macam kepakaran dia ada. Saya tak nak cerita banyak. Ada kes, tertutup lampu di PWTC sekejap waktu proses kira undi. Ada yang seluk kertas undi simpan dalam seluar dalam pun ada. Pernah beberapa ahli akademik buat penilaian semula proses kiraan undi pemilihan agung Umno menyatakan bahawa ianya dibuat dengan tidak betul. Tapi itu semua tidak didedahkan.

Semua ‘korupsi’ kah dan tiada seorang pun yang bersih?

Ada yang baik malah mereka ini kita tengok cara kerja dan bercakap memang benar-benar ikhlas. Tak perlu pakai wang dan mereka juga tak pernah tawar wang dan kita tahu mereka ini pemimpin yang ‘genuine’. Saya tak nak sebut nama, nanti dikatakan kempen orang tertentu. Saya akan tolong orang-orang macam ini. Saya suka macam Allahyarham Dato’ Harun Idris dulu, itu betul-betul pejuang.

Bagaimana dengan tindakan anak Dato’ Haron untuk dapatkan injuksi mahkamah halang perhimpunan agung Umno 27 Mac ini?

Tak boleh buat injuksi. Dalam Perlembagaan Umno, mana-mana ahli yang bawa kes ke Mahkamah akan dipecat. Clearly stated. Dia akan dipecat.

Bagaimana isu ‘hijacked’ kuasa di Perak?

Saya rasa kalau Tun Mahathir dulu dia ikut ‘prosedure’. Dia akan buat ‘smart move’. Bawa ke DUN, buat undi tak percaya. Ikut proses. Ini semua orang nampak macam ‘hijacked’. Jika Mahathir pun, dia tak akan berdiri di samping orang-orang yang lompat.

Akhir kata saudara…

Kita bukan ‘above the law’…saya nak Norhayati lepaskan jawatan dia sebagai Senator dan kita ‘bertarung’ secara sama rata. Sekarang dia ada kuasa, ada immunity. Dia bohong pada orang atas, kata dia dah berbaik-baik dengan ‘family’ tetapi sebaliknya, kemudian burukkan saya. Saya juga nak bersihkan nama saya. Tunaikan hak anak-anak dan sebagai pemimpin masyarakat.

http://www.harakahdaily.net

Advertisements

Responses

  1. Terimakasih kepada mereka yang dah insaf tentang penipuan UMNO dan ingin kembali kepangkal jalan.

    Nampaknya isu korupsi dalam UMNO semakin parah dan jallan terbaik adalah kalahkan parti UMNO agar pemimpin mereka insaf dan pilih ahli baru yang lebih bersih memimpin parti agar kesejahteraan lebih terjamin.

    Lebih baik lagi, bak kata TGNA, bubarkan UMNO dan semua melayu islam mauk parti PAS

    http://nmjnh.wordpress.com/2009/03/20/when-the-corruption-in-umno-would-end-malaysiakini/

  2. Sudah terang dan nyata, Umno sedang nazak dengan isu rasuah dan salah laku yang begitu tegar. Teruk sangat-sangat Umno ni. Diharap semua penyokong Umno insaflah diri, segera keuar dan tinggalkan Umno jika anda Islam yang sejati.

  3. Allah s.w.t kalau nak tunjuk, zappp..

    Si Ir pun bukan seorang yang baik. Mungkin itu balasannya di dunia ini. Namun, bukan hanya soal si suami sahaja yang mahu saya persoalkan.

    Betapa malu sangat melihat grup2 wanita UMNO ini hanya mendiamkan diri dengan imej buruk Senator ini.

    Kononnya Wanita UMNO mengikut cara TS RAfidah, suruh si Senator ini angkat sumpah guna al-quran atau cara Rafidah, ‘sentuh-sentuh’ al quran. Haaa..lihat tak Senator ni takut atau tak takut depan orang ramai.

  4. Khir Toyo juga terbabit rupanya. Hai anak Toyol ni tak habis-habis buat kerosakan, kalau dah dasar hantu tu ke mana pergi pun sifat kehantuan tu tak dapat dibuat. Harap sangat agar Khir Toyo ni mendapat balasan hukuman di dunia ni lagi, agar diambil pengajaran. Sial punya Khir Toyo pemusnah maruah Jawa di Selangor.

  5. Makin banyak krisis dalam Umno menjelang pemilihan Presiden dan Naib Presiden. Masing-masing nak menjatuhkan satu sama lain dan akhirnya membuka pekung di dada sendiri. Inilah balasan kepada para pemimpin yang dah 50 tahun menipu rakyat Malaysia.

  6. aku dah sedar.aku minta maaf kepada semua. rupanya buruk sifat umno ni. dulu mana la aku tahu.tengok tv semuanya baik2 ja tentang umno/bn.baca paper mcm tu jugak. bila aku sedar semua ni..TERNYATA LAKONAN MEDIA DARI UMNO/BN yg mnipu rakyat. CONTOH y kuat aku XNAK umno/bn senang ja.. klu si A (UMNO/BN) gaduh gan si B(PAKATAN RAKYAT). aku plak hanya dengan cerita si A sahaja.. corfirm aku akan sokong si A.walhal… si A ni yg salah.tp dah aku jahil…buta,tuli, aku xnak dengar cerita dari si B..TP semua tu dulu..skrg aku dah tau mana intan mana kaca bdindingkan plastik smata2..

  7. Ir sufian kena sabar. Dugaan datang sesuai dangan amalan kita. Kena terima hakikat ini. Kalau dah nyata macam iu, lepaskan sahaja dia pergi. Ini bukan perempuan yang baik untuk Ir. Pasal harta, cari yang lain, yang halal dan barakah. Harta dunia tak bawa kita ke syurga pun. Dayus kita kalau dibuat macam itu oleh isteri. Saya bimbang Ir pun kena jampi jugak. Pergi cari tuk guru dan berubat.

  8. Kalau macam tu punya perangai UMNO/BN pastikan BN kalah di Bkt gantang dan Bkt Selambau

  9. Anak dah tiga, perangai macam bohsia. Ni bohsia ada class punya. UMNO dah ketandusan pemimpin, bohsia pun dah jadi senator. Bohsia yang masih lagi aktif dengan aktivitinya pulak tu.

  10. Bang suffian,

    anak punai anak merbah
    terbang turun buat sarang
    anak sungai pun berubah
    ini pula hati orang
    mengapa dikenang

    syurga isteri di sisi suami
    jika derhaka neraka tempatnya
    bang suffian ikhlas dihati
    dia tak peduli tinggalkan saja

    semoga bang suffian berjaya menjadi ayah yg baik kepada anak-anak…didiklah mereka menjadi insan yang berguna..

  11. Salam tuan,

    Taat akan kedua ibu-bapa,seolah-olah kamu taat akan Allah s.w.t.

    Barang mana isteri minta cerai dari suami,maka tak akan bau syurga akan dia.Walaupun suami itu berperangai s***tan.

    Pergghh !
    Dasyat nasihat orang tua-tua dulu ni.
    Kerana itu jarang kes keluar masuk mahkamah.
    Usahkan syurga,bau syurga pun tak dapat.
    Dasyat ! tapi disebalik itu,penuh dengan hikmah.
    Tapi zaman sekarang ramai yang tak pegang pada ajaran ugama dan nasihat orang tua-tua.

    Mahkamah jadi tempat bayar cukai/denda sahaja.
    Untuk menyelamatkan sebuah rumahtangga dengan ayat/nasihat orang tua-tua diatas haram mereka tak tahu.Mungkin tak pernah jumpa ayat atau hadis tersebut.
    Maklumlah, cari makan ma,graduate universiti Al-Azhar,UIA…dll pula.
    Tambahan sistem mahkamah Malaysia udah jadi ‘
    ‘Goverment Revenue’

    Anjang perhati,UMNO punca orang melayu hanyut dibawa arus kelubang neraka.

    Contoh terdekat :
    Pinjaman PTPTN, ada berani mahu berhujah soal bunga/riba atau %.
    Carilah mana kitab yang menghalalkan bunga/riba atau %.
    Kecik-kecik dah hantar tengkuk anak-anak kelubang neraka.
    Anak-anak yang suci bersih mana tahu semua hal ni,yang mana pemimpin berpolitik,makan rasuah,tak rujuk nasihat bersumber hukum.
    Pakai hentam je,janji buat duit kiri-kanan.

    Banyak contoh lagi,
    secara logik,kalau pemimpin suka berhibur,berjudi,betina dan bermacam-macam lagi maka itu yang akan disediakan oleh pengikut atau penyokong.
    Sebab penyokongpun gemar buat kerja itu.
    Nak putus tengkuk kalau tak ikut cakap ?
    Penyokong/pengikut yang tak buat kerja itu mana berani menegur.
    Wal hasil maka dipenuhi dengan pengikut yang seragam sifatnya.

    Menyalaklah macam manapun,mereka buat tengin(bodoh)

    Berbalik pada bicara salah laku moral,lihat berita yang dibawa media arus perdana,artis keluar masuk mahkamah.menteri dituduh itu ini,hilang kelayakan bertandinglah dan bermacam-macam lagi.
    Apalagi,sebagaimana cerita diatas pengikut/penyokong buat bodoh je,ada yang tumpang sekaki,ikut juga perangai pemimpin dan artis pujaan mereka.
    Sebab tak ada yang melarang,UMNO tak marah dan melarang.

    Pucuk pangkal,kalau ketua suka minum milo maka pengikutpun ber karoke dan minum milo le………hidup tak ada ujung pangkal,pakai ikut je……asas ugama tak ada,apalagi terjunlah kelubuk neraka bersama anak bini dan pemimpin/artis pujaan hati.

    UMNO oh UMNO,logikpun tak boleh pakai.
    Apa nak jadi tanahair ku ????????

    Maka berkatalah orang tua-tua :
    ‘Neraka itu dimasuki secara berombongan’

    Hah ! ahli UMNO nak berombongan kemana ni ?
    Neraka ? Medan ? Phuket ?
    Hentam sajalah pengikut/pemimpin UMNO !!!!
    Lubang kubur masing-masing !!!!!!!!!!!!!!!

  12. Umno memang sedang mencari Bohsia yang mahu jadi pemimpin,senang la dia orang bawa ke hulu dan ke hilir

  13. saya ni pun setuju dgn cikgu son kita.rasanya lepaskan ajelah.Tak perlu nak nanggung dosa.Kuar TV, masuk suratkabar jadi lebeh sensasi lagi cerita nie.Kita doakan yg terbaik buat bang sufian dan pada senator norhayati kembali lah kepangkal jalan Selagi maseh ada nyawa dikandung badan.Takut tak sempat nanti.Kesian kat anak2.Percayalah mereka semuanya nie rasanya mengalami truma yg teruk akibat perkara yg berlaku skrg nie. Allah sentiasa menerima taubat hambanya .Insyallah.

  14. Allah itu maha pengaseh , maha pengampun lagi maha penyayang.ada pantun lagi ker cikgu.

  15. masa senang semua indah & sedap… masa tersungkur semua keluar di ungkit. nang jahanam

  16. simple rules’

    isteri solehah suami beriman
    dua-duanya ALLAH sayang
    alangkah baik budimu tuan
    harap sentiasa disayang orang

    berbuat baik tiada salahnya
    malah diberi ALLAH pahala
    semoga kita diberkati sentiasa
    beramal kita sepanjang masa

    salam perkenalan …

  17. Cepat-cepat la Pakatan Rakyat ambik alih negara, banyak kes kena dakwa ni… teruknyeee… harap kawan2 yg atas pagar boleh sedar….

  18. si ir tggu apa lg.p la kat tv3 heboh ttg hal ni..citer kat tv3 .biar tv3 lapor yg ni keja umno sblum ni..tp kalau berbuih2 pun aku cakap tv3 duk cover cam2 juga…meluat aku.

  19. sabar bang, Moga2 Allah Pelihara abang dan anak2. Tegakkan yang Haq, hancurkan yang bathil. Allahuakbar!!!

  20. disebalik kehebatan saudara2 mengutuk UMNO etc etc..adalah lebih afdal jika saudara meneliti juga kelemahan PR terutama PAS dan juga PKR.

    Kita kena konsisten. Baik parti yang kita tidak suka dan juga yang kita suka dan kita pilih. Salah tetap salah walaupun apa yang didakwa ia satu ‘kesalahan kecil’.

    Sentimen kepartian amat2 tebal dalam jiwa sebilangan besar masyarakat Malaysia. Hentikanlah perbuatan itu sebelum terlambat.

    Kita patutnya berjuang menentang kejahatan manusia..bukan berjuang dengan berimej ‘parti’.

  21. bersabar lah…setiap yang bathil pasti akan lenyap..ingatlah setiap dugaan yang Allah berikan untuk menyedarkan kita supaya kita tidak alfa..

    INGIN MENJADI AHLI HPA????PENDAFTARAN SECARA ONLINE..DAFTAR PERCUMA N BOLEH MENJANA PENDAPATAN….

    http://www.DuniaHerba.net/arie

  22. Isk…isk ..isk.., anak2 juga yang jadi mangsa. Inilah contoh kebejatan moral masakini.

    kepada malaysianunited…selamat berjuang!

  23. Masih mempertahankan UMNO yang dah terang2 penuh dengan aktiviti tak bermoral. Masih lagi berselera nak pemimpin yang macam ni. Masih lagi mengharapkan pemimpin macam ni untuk mencorakkan masa depan anak cucu cicit kita….???????
    Alahai ahli UMNO………..

  24. Woooo….Umeno manyak busyukkkk… sesama ahli diaorang pun pakat tibai…inikan pulak dengan RAKYAT MALAYSIA…. Hancus kitaaaa

  25. malaysianunited kata
    disebalik kehebatan saudara2 mengutuk UMNO etc etc..adalah lebih afdal jika saudara meneliti juga kelemahan PR terutama PAS dan juga PKR.

    Hero ulas
    alahai malaysianunited… masih ada hati lagi ke dengan UMNO.. bukak la mata tu luas-luas. Daripada menjaga parti KORUP lebih baik jaga parti yang nak tegakkan ISLAM… Huhuhu.. UMNO tetap UMNO

    Kita kena konsisten. Baik parti yang kita tidak suka dan juga yang kita suka dan kita pilih. Salah tetap salah walaupun apa yang didakwa ia satu ‘kesalahan kecil’.

    hero ulas
    salah tetap salah? kalau betul2 salah naper Khairy dibenarkan bertanding???? Rasuah jenis apa yang dia buat sampaikan boleh bertanding. Pasni bolehlah buat rombongan jumpa budak Oxford tu belajar cara rasuah yang membolehkan bertanding. Kuaw kuaw kuaw

    malaysianunited kata
    Sentimen kepartian amat2 tebal dalam jiwa sebilangan besar masyarakat Malaysia. Hentikanlah perbuatan itu sebelum terlambat.

    Hero kata
    Sentimen tebal? Apa benda tu? nama murtabak jenis baru ke? Setahu aku yang tebal sentimen ni puak UMNO. Dah tau salah pun masih nak menjilat. Oooo…terkenang memori UMNO memerdekakan negara yee???

    malaysianunited kata
    Kita patutnya berjuang menentang kejahatan manusia..bukan berjuang dengan berimej ‘parti’.

    Hero ulas
    Kita?? iskkk mana sama aku dengan kau. Kau totok UMNO. Masih bersekongkol dengan parti korup. Gelilah sebut “kita”. Imej parti aku ISLAM. Terbukti di Kelantan 18 tahun TANPA RASUAH… apa nak lagi?? Takpun kau dah termakan ayat KHAIRY masa PRU ke 12 dulu kot…. Kan dia kata Kerajaan Kelantan paling banyak rasuah kat Malaysia… Kuaw kuaw kuaw

    sayang..sayang..sayang…sayang kat UMNO..ye tak MalaysianUnited

  26. Saya ada dengar ceramah ustaz, dayus termasuk dalam kumpulan dosa-dosa besar…pikir-pikirlah.

  27. kenapa berita sensasi ni tak keluar dalam TV3, RTM,berita Harian dan Utasan Malaysia? kalau2 ada wakil dari pihak diatas cuba maklumkan kat orang ramai tentang kes ini

  28. kire menyundal la betina ni ya??!! 😛
    cayalah Wanita UMNO…

  29. Salam.

    Mengapalah dijaja cerita peribadi dan tentang bekas isteri. Apa untungnya? Tak ingat ke masa depan anak2? Tak rasa segan ke?

    Melayu Islam kena ambil ingatan. Kena berkata/menulis yang baik2 sahaja atau berdiam/tidak tulis.

    Yang HARAKAH kerobek cerita ini pasal apa? Kalau nak berjuang, janganlah heret isu2 peribadi yang memalukan.

    Isu ini bukan memalukan UMNO. Isu hanya memalukan MELAYU ISLAM. Tak tahulah kalau HARAKAH sudah ikut budaya PELASTIN ISLAM.

    Patutlah gambar sebelah menunjukkan TGNA menangis. Nak tegoq salah dan tak tegoq salah. Sebak hati orang tua tu.

    Editor tolonglah. Budak tadika rasa amat tak sesuai mencerita isu ini di laman ini.

  30. Saudara herologi,

    sebelum tu saya nak persoalkan satu perkara..

    Betul ker PAS selama 18 tahun tiada RASUAH?

    Jeng Jeng JENG!!

    Inilah orang yang berparti, sanggup lakukan apa sahaja. orang2 yang digelar anjing parti nie cirinya;

    -tak kisah pun apa parti dia buat..dia tahu pun takat parti dia ISLAM (PAS) atau parti dia MELAYU (UMNO).

    -dia sebenarnya tak TAHU pun apa yang berlaku dalam partinya. tapi kalau nak serang, kutuk kritik partinya..mak ai, lebih sudu dari kuah.

    good boy.. 🙂

  31. Kita?? iskkk mana sama aku dengan kau. Kau totok UMNO. Masih bersekongkol dengan parti korup. Gelilah sebut “kita”. Imej parti aku ISLAM. Terbukti di Kelantan 18 tahun TANPA RASUAH… apa nak lagi?? Takpun kau dah termakan ayat KHAIRY masa PRU ke 12 dulu kot…. Kan dia kata Kerajaan Kelantan paling banyak rasuah kat Malaysia… Kuaw kuaw kuaw
    _________________________________________

    Hero,

    Kalau anda tak nak sahut semangat kekitaan dan mahu menjadi anjing setia parti..baguslah.

    Saya pun taknak duduk sebelah ‘anjing’..

    Lawaklah saudara ini, orang sepatutnya kalau jadi proPAS, anda sepatutnya tahu banyak perkara dalam PAS. Ini tak, lebih tahu pasal UMNO rasuah etc etc dari tahu perihal hal ehwal PAS..

    ahahhaa..

    saya yang bukan pro partisan pun tahu lebih dari saudara..malulah sikit.

    Ni nak tanya psal Islam nie, saudara undi dahulu tuh undi pasal parti ka pasal calon?..ha, realitinya majoriti besar penduduk kat Malaysia ini tak pernah nak nilai calon2 mereka. Semua ikut sahaja telunjuk pemimpin2 parti mereka.

    PAsal tu la orang rasuah MELAMBAK, timbul falsafah ‘seks halal’..pasal orang seperti anda la..

    Sapa lagi???..

    Saya tak main la nak sokong2 parti. Dari dulu saya analisis calon2 yang nak bertanding. Kalau tak sesuai, baik PR baik BN..saya tak undi. Anda?..main undi sahaja kan?..

    Bagus..good boy.. 🙂

  32. ucapan YB Nik Nazmi ketika dijemput dalam mesyuarat Persatuan Mahasiswa Islam UM baru2 ini.

    ‘Alhamdulillah, ucapan saya berjalan dengan baik tanpa gangguan. Saya menekankan kepentingan mahasiswa Islam menunjukkan contoh yang baik kepada masyarakat pelbagai kaum, bagaimana mahasiswa seharusnya mendepani perubahan dan seterusnya keutamaan mahasiwa menjadi dhamir masyarakat dan tidak menjadi pak turut mana-mana parti politik sama ada UMNO, PAS mahupun Keadilan.’

    saya tekan kan..TIDAK MENJADI PAK TURUT PARTI DAN MENJADI DHAMIR MASYARAKAT.

    hero, ada apa2 nak tambah?..ini antara pemimpin muda PKR cakap.

    errr..errr….jangan senyap yea. 🙂

  33. Malaysiaunited mungkin bukan orang UMNO tetapi tetapi cakap macam orang UMNO. Suka kiasu. Jangan peduli dia herolagi. Pencacai macam ini tak perlu dilayan. Orang yang tak ada pendirian. Nak pilih calon yang dia suka. Kalau tak, tak nak undi. Kita bukan ada ilmu kasyaf. Kenal orang baik atau tak baik. Jangan main serkap jarang atau agak-agak. Baik malaysia united berkawan dengan Pak Lah atau Najib ke. Boleh tunjukkan yang mana satu orang rasuah atau tidak. Kalau ada ahli PAS yang rasuah, tolong beri tahu kami. Ramai yang akan telanjangkan dia. Membebel kat sini sapa-sapa pun boleh (macam aku). Tolong bawak sekali buktinya. PAS atau PR tak kasi can orang-orang rasuah macam itu. Itu pun kalau m.united sudi menolong PAS dan PR.

  34. Islam itu adalah Ad-Din, maknanya cara hidup,
    berfikir cara Islam, berpolitik cara Islam, undang2 pun kena ikut apa yang Al-Quran bagitau..
    Yang kita syok sangat berpegang dgn Perlembagaan yang asasnya dicipta mengikut
    acuan penjajah yang telah tinggalkan kita buat pa.
    Sebab tulah jadi macam2 kat kita sebab kita amalkan islam separuh2..jahat buat, baik pun buat..kata ulama, jati diri seseorang itu boleh hilang kalau lalai terutama dalam hiburan..

    Lihatlah di sekeliling kita, berapa ramai di antara
    anak muda kita yang lalai solat- Tiang agama kita..
    kalau berterusan camni la, nanti keturunan akan
    datang solat pun dah tak reti. Allah dah bagi
    peringatan dalam surah Maryam:ayat 59-60.

  35. lee hepi,

    memangla kita tak kasyaf, tapi kita dikehendaki menjadi umat yang sebaik mungkin..betul tak?

    Maka, sekarang ini Allah s.w.t dah buka medan ketamadunan tertinggi manusia sedang capai. Apakah kita masih mahu berada pada sistem yang sama?..anda penyokong2 hebat PR yang mahu menuntut perubahan bukan?..pemimpin muda PKR sendiri telah mengatakan bahawa kita wajib menjadi dhamir masyarakat, pembela masyarakat tak kira mana parti yang kita dokongi.

    Contoh macam tempat YB Yusmadi Yusoff, beliau memang pemimpin yang terbilang. Walaupun saya berada di Selangor dan YB muda ini berada di P.Pinang..saya guna internet lihat blog beliau, lihat aktiviti beliau..lihat sahajalah dengan akademi rakyatnya mengajar undang2 kepada penduduk kawasannya. Haa, barulah pemimpin yang memimpin. BUkan pemimpin yang bekerja untuk parti!!

    Saudara,
    Saya kritik Karpal pasal dia mendakwa TANPA BUKTI terhadap Pemuda UMNO pun, saya balik yang kena oleh mereka2 yang kononnya berjuang untuk Islam??..masakan saya boleh cakap tentang PAS??..mesti kena maki hamun menggila lagi.

    Realitinya saudara, pada saat kita mahu memihak atau menjadi ahli pada mana2 parti..buatlah hanya satu niat sahaja. Parti bukan apa yang kita akan lindungi jika didapati salah.

    Namun di Malaysia ini, survival dan kehendak kepemimpinan parti mengatasi segalanya.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: