Posted by: pinkturtle2 | Mac 24, 2009

Undilah PAS…. Berubah Untuk Kemenangan Rakyat

undilah-pas

Undilah PAS…. BerubahUntuk Kemenangan Rakyat

……………………………………………………………………………………………………………………

Nizar calon PAS di Bukit Gantang

TAIPING, 23 Mac (Hrkh) – Menteri Besar Perak Ir Dato’ Seri Nizar Jamaluddin telah diumumkan sebagai calon untuk mewakili Pakatan Rakyat dalam pilihan raya kecil kerusi Parlimen Bukit Gantang 7 April depan.

Pengumuman itu dibuat di Padang Kota, Taiping sebentar tadi di hadapan ribuan penyokong Pakatan Rakyat.

Beliau yang juga Adun Pasir Panjang dilahirkan pada 17 Mac 1957 di Kampung Air Hitam Labu, Kampar Perak merupakan lulusan Sarjana Muda Sains Kejuruteraan Mekanikal dari University Of Aston di Brimingham, United Kingdom.

Sebelum dilantik menjadi Menteri Besar beliau merupakan Pengarah Urusan di beberapa firma swasta manakala di luar negara pula beliau banyak menjalankan beberapa projek di beberapa buah negara, antara di Birmingham, United Kingdom, Zug Switzerland dan Miano Italy.

Dalam bidang politik pula, beliau berkecimpung dengan PAS dengan memegang Ahli Jawatankuasa PAS kawasan Kampar (1999 – 2001). Beliau menjawat jawatan Yang Dipertua PAS kawasn Kampar (2001 hingga kini).

Di peringkat PAS Negeri Perak, beliau memegang jawatan Bendahari PAS Negeri (2001- 2006), Setiausaha PAS Negeri (sebelum menjadi Menteri Besar Perak).

Kerusi Parlimen Bukit Gantang menjadi rebutan selepas penyandangnya, Roslan Shaharum daripada PAS meninggal dunia awal bulan lalu.

Harakahdaily


Advertisements

Responses

  1. TAHNIAH DATO’ SERI NIZAR
    KITA AKAN BERTEMU DI BUKIT GANTANG

  2. memang satu pilihan yang tepat.. calon yang dinanti-nantikan oleh pengundi-pengundi Bukit Gantang dan penyokong-penyokong PR seluruh negara untuk mengajar UMNO cara nak menangani rasuah.. yakin majoriti akan meningkat dengan meletakkan MB Perak ni sebagai calon.. tok target 3500-4000..

  3. yaa pengadai tanah tanah melayu telah di jadikan calon,…. kita tungguuu

  4. TAPAK KAKI menteri pasola akan kena cucuk dgn buluh runcing.BULUH RUNCING SATU!!!!!! biar ameno tau malu sket lepas ni.

  5. TAHNIAH kepada MB NIZAR. Di atas kertas kejayaan adalah hampir pasti,namun dengan KEGILAAN umno BN dewasa ini,janganlah kita LEKA dan TERJERAT dengan segala mainan diatas padang yang tak sama rata.

    NAJIB adalah MALAPETAKA yang akan pastikan hajat rakyat untok melihat PR menang melalui Nizar tidak kesampaian.

    Kepada semua warga pas jadikanlah PRK ini sebagai WADAH JIHAD untok MENGAGALKAN setiap rancangan BUSUK mereka..

  6. Alhamdulillah, Semakin bersemangat aku nak balik mengundi di Bukit Gantang!

  7. pengadai tanah melayu?…bukan ker org keris jual gadai tanah melayu…aparaaa…

  8. Berita semalam:

    “Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) menerima lebih 10,000 permohonan dari seluruh negara untuk mengisi hanya kira-kira 100 jawatan kosong pelbagai peringkat dalam organisasi tersebut”

    Beginilah selama2nya, jika kepimpinan Melayu/Islam yg memiliki kekuasan & sumber kewangan tak berbuat apa2 utk mengatasinya, selain sibuk menjaga kepentingan diri & kroni!

    Buat masa ini, di anggarkan ada 14.5 juta populasi Melayu di negara ini. Andainya, sekitar 1.2 manusia Melayu bekerja dgn kerajaan pada masa nie, maka 13.3 juta lagi sapa pula nak bagi kerja?

    Nak kerja syarikat swasta? Tapi hampir semua syarikat swasta yg ada kat negara nie bukan Melayu yg punya! Bolehkah Kerajaan UBN guna kuasa utk paksa syarikat bukan Melayu tu terima Melayu kerja dgn syarikat mereka, atas nama Ketuanan Melayu? Yg Melayu pula, tak malu ke?

    Benarlah pendapat yg mengatakan, duit Melayu tak tolong Melayu! Sayang, para jutawan umno menghabiskan wang sekitar RM300 – RM600 juta hanya utk pemilihan jawatan Ketua Bahagian Umno! Maknanya wang itu hanya beredar di kalangan ahli Umno yg terlibat dgn pemilihan Umno saja!

    Alangkah baiknya jika para jutawan Umno itu berpandangan jauh, lalu menubuhkan syarikat atau konsortium yg akan mewujudkan rangkaian pasaraya, atau apa2 perniagaan yg boleh menciptakan pekerjaan buat umat Melayu.

    Selain itu, jika jutawan Melayu mempunyai syarikat yg besar2, mudah sikitlah nak mendaulatkan Bahasa Melayu dlm urusniaga, macam syarikat Cina menggunakan Bahasa Mandarin dlm urusniaga mereka.

    Lagipun, jika duit yg menjadi matlamat para jutawan Umno itu, maka mereka sepatutnya mengumpul aset, bukan bertanding jawatan Umno! Tapi, membelanjakan wang yg banyak utk memenangi jawatan Umno jelaslah bukan mengumpul aset, tapi mencari liabiliti!

    Akhirnya, nak kata jutawan Umno tu berjuang utk bela Melayu, tak juga. Nak kata mereka nak melabur utk nak buat aset, tak juga. Apa yg jelas, mereka adalah insan2 yg keliru lagi sesat. Sudahnya, mereka terlibat dgn rasuah & salah guna kuasa. Justeru, bagaimana mereka nak membela org Melayu?

    Selamat berkempen kpd Pas/Pakatan Rakyat. Semoga perjuangan kalian berhasil.

  9. Dah lama dah rakyat sedar tapi dorg tak boleh nak cakap memang berlaku depan mata kepala sendiri bukannya suratkhabar cakap pun…tapi sekarang rakyat dah semakin kuat menolak sebab dorg dah tahu lebih banyak berita dan sejarah…maklumat sekarang tak boleh nak tepis-tepis apatah lagi yang disaksikan sendiri oleh rakyat, apa kerja BN selama ni…sapa-sapa yang masih nak menafikan sebab takut perubahan..GOODBYE lah yer..ikut je lah tunjuk BN tu, bagi satu negeri je kat org mcm ni cukuplah, biar jadi hamba BN.

  10. wei yooyoo hg tau apa,sejak umno perintah 50 tahun dulu sekolah agama rakyat 1 sen pun umno x bg.ini hg kata nizar penggadai tanah melayu..tu la ko tgok lagi tv3,tv1 media pengampu no 1 kerajaan yang lapor x ikut fakta…pelik2

  11. yooyoyo…ko silap blog la…sapa nak sokong org takde otak mcm ko…spesis mcm ko ni mampos cepat lg bagus, kurang org nak menyokong B.END ni.

  12. Pengajian Kitab bersama Sheikh Muhamad Fuad Kamaluddin(Ahli Majlis Fatwa N.Sembilan), Hari ini di Surau Kemensah Heights

    Muslimin Muslimat semua dijemput hadir ke majlis ini pada:

    Tarikh :
    24 Mac 2009 (SELASA – HARI INI)
    Masa :
    Lepas Solat Maghrib
    Tempat :
    Surau Kemensah Height, belakang Zoo Negara.

    http://pondokhabib.wordpress.com

  13. Haiya Yoyoyo, hang ni Melayukah? Kerlingkah macam Sammy Velu? Kalau hang Melayu, sedihlah bangsa Melayu. Disebabkan orang macam hang nilah, Melayu terlihat sebagai bangsa bodoh dan tak berpengetahuan. Ikut perasaan tapi tak pakai akal.
    Melayu Gah bila Melayu diperlihat dipersembahkan sebagai bangsa yang hebat dari segi ilmu, kepimpinan, keadilan, ketelusan, bersih, cekap dan beramanah. Bagaimana Melayu nak jadi TUAN kalau berfikiran seperti kau, yoyoyo ….. Bukan saja orang bukan Melayu tak minat, orang Melayu sendiri pun akan terajang pengkok hang.
    AKU selalu seru kepada orang Melayu iaitu jadilah Melayu yang hebat dari segi ilmu, berdaya kepimpinan, berfikiran ketelusan, berjiwa bersih, cekap dalam semua bidang dan beramanah dalam segala-gala hal serta adil kepada semua manusia. Waktu itu, orang lain akan menghormati kita. Fikir-fikirkanlah.

  14. Daging yang tumbuh dari makanan yang haram akan mengotorkan hati dan tubuh badan sesaorang, aku yakin emak bapak yooyoyo ni dah bagi makan anaknya yooyoyo ni hasil haram tangan2 mak bapak dia tu sebab itu komen2nya aku perhatikan tak bernas langsung dan tergambar kekotoran hatinya

  15. LETAK LAH SAPA PUN CALON..KAMI TETAP AKAN UNDI PAKATAN RAKYAT…KALU BURUK PAKATAN RAKYAT HANYA 10 PERATUS TAPI BURUK NYA UMNO-BN 90PERATUS….LEBIH BAIK KAMI PILIH PAKTAN RAKYAT….
    YANG BETUL KAMI BENCI NAJIB & MAHATHIR…

    KAMI AKAN TUNGGU KAMU NAJIB MAHATHIR DI AKHIRAT…

  16. BRAVO…BRAVO…SYABAS…SYABAS…LIFELONG….GRACIAS AMIGO…

  17. Pastikan UMNO Bukit gantang membawa sejarah hitam dalam perjuangan rasuah mereka,Jangan bagi satu undi pun pada UMNO busuk macam gigi calon dia.Mampos umno,lingkup UMNo. Selamat berkempen orang PAKATAN RAKYAT pastikan jangan ada ruang untuk UMNO menipu rakyat


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: