Posted by: pinkturtle2 | Mac 25, 2009

Confirm…Shahrizat jalil menang Ketua Wanita UMNO…

Dah Confirm!! Shahrizat jalil menang Ketua Wanita UMNO

untuk penggal 2008/2011…

Shahrizat menang dengan 507 undi

kak pidah hanya dapat 280 undi sahaja…

Menangis tak berlagu kak pidah ku… Dah beritahu awal-awal… tak nak dengar,ni lah akibatnya…

pengumuman pukul 9:09pm di TV3

Video ucapan shahrizat akan menyusul…


Responses

  1. Jika nak tahu laporan dan ulasan yang lebih bernas dan terperinci, kau orang datang ke blog aku:

    http://melayusesat.blogspot.com

  2. Perhimpunan Pekembar ke 59 telah bermula.Hari ini sayap-sayap Pekembar mula bersidang dan perayu-perayu undi sedang sibuk berkempen untuk kemenangan bos mereka.

    Pertembungan dua menteri pencen,Rafidah dan Shahrizat tidak kurang sengitnya.Pewaris keris panca warisan yang menjolok mata rakan-rakan kongsi dalam BN akan diketahui malam ni.KJ,Khir Toyo atau Mukhriz mengisi slot drama samarinda yang penuh suspen dan undian sms dikatakan menjadi faktor kemenangan mereka.Tok tengok berita NTV7 tadi kata Hishamudin nak jadikan keris panca warisan sebagai hak milik kekalnya.
    Nampaknya,bakal ketua sayap muda terpaksa cari keris baru dan berikan nama baru untuk kerisnya.Panca Delima dan Panca Sitara tak boleh pasal dah pattern.Kalau pakai nama Pancasila bakal mengudang kemarahan negara jiran.Biarlah polemik ini menjadi perdebatan mereka asalkan Pakatan Rakyat menang di Bukit Gantang,Bukit Selambau dan Batang Ai.

    Tok nak ulas sikit tentang kempen PRK……calon memang ada kredibiliti cuma kempen kita terencat sikit dengan pengharaman akhbar Harakah dan Suara Keadilan dan kekangan FRU apabila melibatkan perhimpunan atau ceramah tanpa permit.

    Jentera pilihanraya Pakatan Rakyat perlu bersedia menghadapi segala macam kemungkinan yang berlaku.Selain laman sesawang yang pro Pakatan Rakyat,kita boleh berkempen menggunakan sms atau paling tradisional sembang di kedai kopi.Risalah-risalah atau ceramah kelompok boleh diadakan dari masa ke semasa.

    Tentangan pasti sengit kerana Pekembar dalam proses merawat kecederaannya sedang sayap mudanya bertindak menjadi gembala kambing dan mula mengkambinghitamkan Anwar sebagai petaka kepada bangsa Melayu.Setahu toklah umur Pekembar dah cecah 62 tahun.dah tua tu dan cubalah bersikap intelek sikit setaraf dengan umur yang dah pencen.Asal kalah je salahkan pembangkang.Asal pembangkang menang je mula tak keruan.

    Setahu tok,Anwar tak buatpun keputusan keluarkan Singapura dari Malaysia.Anwar juga tak buat keputusamn sambung kontrak air dengan Singapura pada 1999.

    Matanglah sikit brother sayap muda Pekembar.Patutlah orang muda tak nak join Pekembar kerana setiap tindakan yang dilakukan pemimpinnya menampakkan wajah hodohnya Pekembar sehingga rakyat marhain jadi muak dan benci kepadanya.

    Pengharaman akhbar Harakah dan Suara Keadilan tetap dianggap bermotifkan politik walaupun kerajaan BN berulangkali menafikannya.dah sah dua-dua suratkhabar tu suratkhabar siasah politik.Lainlah kalau URTV atau Mangga yang diharamkan,barulah khalayak ramai menganggapnya bermotifkan hiburan.

    Mantan Memanda Menteri, Dr Mahathir juga dijemput menghadiri Perhimpunan Pekembar sebagai status pemerhati.Tok tak pasti pulak,Pekembar ada jemput Berahim Ali atau tidak.Itu kena tanya Ku Nan.

    Kekalahan Mukhriz dijangka akan membantutkan semula kemasukan mantan memanda menteri ini ke dalam Pekembar.Puak-puak dan juak-juak Ali,Mat Taib,Shahrizat,Rafidah,Khaled Nordin,KJ,Norza,Razali dan Azalina pula telah bercadang mengajar keangkuhan memanda menteri yang dah pencen ni dengan tidak mengundi Mukhriz,Hisham,Muhyiddin dan Zahid.Nama Ismail Sabri dan Saifuddinpun masuk senarai calon reject.

    Motifnya tentulah politik brother.Jika hulubalang kanan Najib tumbang,jentera kerajaannya tentulah lemah dan Najib ketika ini dahlah tak popular dan tidak disukai dalam dan luar Pekembar.Hayat politiknya tidak lama dan jika jadi PM,diramalkan tak menjangkaui tempoh Pak lah jadi PM.Senang citer,PM paling sekejap di Malaysia.Itupun kalau Pak Lah serah kuasa.Tok tengok banyak idea Pak Lah tak sempat dilaksanakan.Pak Lah pernah kata setelah perlaksanaan SPRM,Surahanjaya Perlantikan Hakim dan SIAP,barulah dia bercadang letak jawatan.Sekarang SIAPpun belum siap lagi.Konvensyen BNpun ditangguhkan.Semalam cara Pak Lah jawab pertanyaan wartawan macam dia tak nak letak jawatan lagi.
    Kita sama-sama tunggu dan lihat.

    Sepupu Najib,Hisham jadi sasaran kebencian ahli-ahli Pekembar.Ada yang cakap peluangnya jadi Naib Presiden berkubur.Kira nasi dah jadi bubur.bubur pulak dah basi.Isu bahasa Melayu jadi senjata makan tuan.Sayap wanita UMNO hari ni pulak luluskan usul tolak PPSMI tanpa bahas.Tak tahulah mana nak letak muka Hisham ni.

    Terkini,shahrizat menang besar kalahkan opah Pidah untuk merebut jawatan wanita UMNO apabila mengutip 507 undi berbanding penyandangnya Rafidah Aziz yang meraih 280 undi.laporan tok peroleh dari malaysiakini.

    Pergelutan sayap muda kian sengit.keputusan masih belum diperolehi dan kiraan semula terpaksa dilakukan.tok tak tahulah ada masalah undi pos atau pengundi hantu.

    Biaq pilah depa.Apa yang penting kita kena fokus dan tok yakin geng-geng kalah tentu dah patah semangat turun berkempen dan kita anggap semua yang berlaku sebagai bonus untuk kita.

    Ketika ini penyokong Pakatan Rakyat kena menyusun gerakan dan bersatu agar kita menang dalam PRK di Bukit Gantang,Bukit Selambau dan Batang Ai.

    Tok hampir lupa,ada ura-ura PDRM nak tubuhkan lagi dua jawatan Timbalan KPN.Tak tak tahulah jawatan ini untuk Sabah dan Sarawak atau untuk bos FRU dan yang jaga DNA.Tugas dan bidangkuasa MP Pakatan Rakyat untuk bahaskannya di parlimen.Pada rakyat,tak perlu dan membazir.Kena pulak ekonomi meleset dan merudum.

  3. Terima kasih Tok, diateh laporan tu. Semoga kepimpinan Umno lintang pukang dan simpang prenang.

  4. Masa Kak Fidah telah habis untuk berada dipentas politik sebagai ketua wanita…begitulah hayat politik…tiada sesuatu yang kekal lama.

  5. Dah lama dah….

  6. lapam Jawa dah tumpor Yoep,moh Yong Fidah balik Kuale,Teman tunggu Deme di tambang Sayong lagipun doroyan dah berbunga,jom kita nebas.Sabor Yong Fidah,Mike pun dah mankor dah masuk skim pencen pun.

  7. tahniah kak pidah….balik umah jaga cucu … dah lah bagi le kat kat izat lak…………… uhuk! uhuk! lepas ni tulis surat lagi ke ?????

  8. lagi cepat lintang pukang lagi cpt rakyat akan bangkit menyokong PR

  9. kat pidah dah lama monopaus’ dah..bagi la kat orang lain plak.. šŸ˜›

  10. walaupun gegak gempita kak fidah kita mengatakan yg dia mendapat pencalonan yang banyak dari bahagian bahagian umno yg mencalonkan beliau tapi hakikatnya beliau kalah teruk gan kak izat kita nie.Dia maseh tak sedar dan tak mahu terima keyataan.Baru dia sedar selama nie yg dia kata banyak peyokong rupanya berlakun jer depan dia.Bagitau kat paper gan tv yang dia tak mahu mengecewakan mereka yang mencalonkan dia.Rupanya saya rasa ini adalah konpirasi nak malukan kak fidah kita nie jer. Kesian dia.Takpe la kak fidah .Mungkin da tiba masanya kak fidah kita nie banyak2 pi masjid .Tentu sekarang ni tak sibuk sgt da.Aktiviti pun da kurangkan. Dulu kan sibuk.nak ke masjid pun kurangkan.Tak sabar nak tengok kak fidah kita nie bertudung.Tentu manis kan.bila ler agaknya ya.

  11. aku dah cakap kat ang pidah oooi… kita dah tua. xyah nk btanding2… skrg dapat malu jer… wakakaka….

  12. hahahha…padan muka geng rapid_dah…

  13. wakakakakak…..akhir nya kucing gemok tu kalah….sudah2 la…awak tu dah tua…nak gol dah…bertaubat la…

  14. aku dengar ucapan dia semalam cakap UMNO ni sebenarnya tak ada cacat celanya, mengucap panjang aku, dia ingan parti umno ni agama ALLAH ke yang tak ada cacat celanya…..

  15. Bagus la si sharizat menang, dia boleh bawa makcik2 UMNO pegi karaoke kat lembah pantai, menyanyi, menari mcm hindustan….. semua terkeluar jambul kat dahi. Pas ni makcik2 UMNO boleh tiru INUL lak………. padanm muka melayu tak sedar diri, agama dibuang, bahasa diterajang jauh asalkan makcik shahrizat ni menang. Semua pemimpin UMNO gila dan patut MAMPOS.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: