Posted by: pinkturtle2 | Mac 30, 2009

Akhbar-akhbar perdana: Tak Payah Nak Berbohong, Semua Orang Tahu

Nampaknya kebanyakan lebih cenderung menyamakan sahaja bilangan seperti BH, Utusan dan NST. Agaknya kalau lapor PAS lebih dari BN, mungkin ada yang marah-marah dan tidak mustahil diambil tindakan oleh itu untuk menyelamatkan diri, walaupun hakikatnya mereka tahu apa yang sebenarnya berlaku,

Nampaknya kebanyakan lebih cenderung menyamakan sahaja bilangan seperti BH, Utusan dan NST. Agaknya kalau lapor PAS lebih dari BN, mungkin ada yang marah-marah dan tidak mustahil diambil tindakan oleh itu untuk menyelamatkan diri, walaupun hakikatnya mereka tahu apa yang sebenarnya berlaku,

Jumlah bilangan yang hadir pun ditipu…….

Ramai termasuk saya hadir menyaksikan perhimpunan sempena proses penamaan calon bagi pilihan raya kecil kerusi parlimen P.59 Bukit Gantang di Taiping semalam. Memanglah setiap kali berlaku pilihanraya kecil, maka masing-masing ahli dan penyokong akan memastikan yang kumpulan merekalah yang paling ramai hadir pada hari berkenaan. Kejayaan menggembeling kehadiran ramai merupakan satu kejayaan psikologi sekurang-kurangnya membuktikan kepada rakyat bahawa parti mereka serius dan akan didokongi oleh jentera yang besar untuk memenangi pilihan raya berkenaan.

Dari pandangan kasar semalam ternyata mereka yang hadir di belah PAS jauh lebih besar dari di belah BN.

Jadi pagi ini saya sengaja menyelak lembaran akhbar-akhbar saluran perdana untuk melihat bacaan mereka masing-masing. Seronok juga kalau kita lihat angkanya, bagi mereka yang hadir sudah pasti dapat meneka mana satu laporan yang tepat, yang “cari makan”, yang menipu dan sebagainya.

The Sun – BN 2,000 PAS 10,000
Berita Harian – BN 10,000 PAS 10,000
Utusan Msia – BN 10,000 PAS 10,000
NST – 30,000 BN dan PAS
Sinar Harian – PAS 10,000

Nampaknya kebanyakan lebih cenderung menyamakan sahaja bilangan seperti BH, Utusan dan NST. Agaknya kalau lapor PAS lebih dari BN, mungkin ada yang marah-marah dan tidak mustahil diambil tindakan oleh itu untuk menyelamatkan diri, walaupun hakikatnya mereka tahu apa yang sebenarnya berlaku, himpunkan sahaja satu jumlah, dan laporkan sama rata.

Memang kehadiran semalam tidak memastikan kemenangan pada hari mengundi 7 April nanti, tetapi sekurang-kurangnya pegamal media mestilah memberi laporan yang tepat dan benar. Mereka bertanggungjawab kepada pembaca dan rakyat. Atau memang mereka begitu dan akan terus begitu, iaitu melaporkan menurut selera “tuan politik” mereka, kerana yang pentingnya adalah “tuan politik” mesti dilihat menang walaupun hakikatnya dibenci dan ditolak rakyat.

Selamat datang ke dunia kebebasan akhbar di Malaysia.

http://n32.blogspot.com

…………………………………………………………………………………………………………………

Kalau Nak Tahu Jumlah Sebenar Penyokong PAS kelmarin Tengok Kat Sini

Kalu Nak jelas lagi tengok gambar -gambar di bawah yang dirakam oleh wartawan Reuters,AP dan Getty Images… Lebih TELUS… Dan Jumlah Kehadiranpun  saya Dah kira Semuanya, tak ada yang tertinggal walaupun seorang… bacalah sendiri…

lihat betul-betul... nampak macam dua tiga orang je penyokong pas tu...

lihat betul-betul... nampak macam dua tiga orang je penyokong pas tu... biasanya gambar tak bisa berbohong,tapi tulisan.. sapa-sapa saja boleh kelentong

setelah saya bilang habis.. agak agak ada lah dalam 200 orang je penyokong PAS... tu pun saya dah campur dengan kanan-kanak yang belum mumayyiz dan sekali dengan bayang-bayangnya sekali...

setelah saya bilang habis.. agak agak ada lah dalam 150 orang je penyokong PAS... tu pun saya dah campur dengan kanan-kanak yang belum mumayyiz sekali dan termasuk dengan bayang-bayangnya sekali... Penyokong2 UMNO... Masya Allah.. Tak payah sebut.. tak terbilang ramainya.. nanti saya beritahu kamudian setelah anak saya yang tadika habis bilang...

Apa yang akhbar-akhbar perdana sebut 5 ribu atau sepuluh 10 ribu itu tak betul... itu jumlah penyokong PAS sebenarnya... itupun sebenarnya salah... Penyokong PAS dalam 200 orang je lebih sedikit daripada Polis... Ponyokong UMNO yang terlalu ramai sebenarnya... saya kira dekat 100 ribu ..mungking lebih lagi kalu...

Apa yang akhbar-akhbar perdana sebut 5 ribu atau sepuluh 10 ribu itu tak betul... jumlah penyokong PAS tak pernah sampai ke angka itu sebenarnya... Kalau Penyokong UMNO itupun sebenarnya salah juga.. sebab Penyokong2 UMNO terlalu Ramai... Penyokong PAS dalam 200 orang je kurang sedikit daripadajumlah anggota Polis... Ponyokong UMNO lah yang terlalu ramai sebenarnya... saya kira dekat 100 ribu ..mungkin lebih lagi kalu...

Bendera PAS pun nampak dua tiga batang je... tak ramai penyokong yang nak bawa bendera... yang nampak banyak bendera -bendera PAS dalam gambar tu sebenarnya salah ... itu teknik super impose yang dibuat oleh wartawan2 antarabangsa je supaya nampak kelihatan cantik.... nampak hijau banyak kan cantikkk

Bendera PAS pun nampak dua tiga batang je... tak ramai penyokong yang nak usung dan bawa bendera pas... yang nampak banyak bendera -bendera PAS dalam gambar tu sebenarnya salah ... itu teknik super impose yang dibuat oleh wartawan2 antarabangsa je supaya nampak kelihatan cantik.... nampak hijau banyak kan cantikkk



Responses

  1. Salam bro…..
    Kena adil skit…. mana gambar penyokong BN…. masuk la sekali…. tak nampak pun….

  2. Gambar penyokong BN ada di sini.

  3. saipul ko pi http://www.tranungkite.net..lagi jelas gambar penyokong bn berapa orang..kalu ada jari 10 tu memang dah cukup nak kira..hehehe

  4. akbar amenoo biasala brbohong nie ni dah jadi budaya mereka..dalam akbar amenoo berita yang boleh dipercayai t
    hanyalah TOTO,MAGNUM DAN KUDA..tak pecaya tanya orng amenoo/bee end….

  5. tiada manusia itu sanggup memikul kebenaran kerna azab dan seksa baginya melainkan org2 yg mencintai ALLAH dan RASULnya.inilah rama2 yg dapat menghidu manis madu.

  6. Salah satu agenda penggantungan HARAKAH dan KEADILAN.

  7. hi…hi…hi…. 😀

  8. mana budak tadika…tak nak komen kee…atau dah tak boleh nak kira…???

  9. dak tadika mak dia marah sbab dia tk baca buku.dok main tenet ja……
    mak dia ambik kmputer dia….
    hehehe….

  10. Yang ramai datang tu mereka dari mane ye. BN tak dapat kumpulkan orang dari seluruh negara ke?.

  11. Aslkm,

    Yang lawak sekali semalam kat TV , Presiden MCA beritahu bahawa berdasarkan pengalaman trend pengundian boleh berubah mejelang hari undi.. Hari penamaan takmengambarkan suasana sebenar…

    Dia nak cover yang penyokong BN hari penamaan boleh kira jari je…

    Bukan UMNO je… komponen pun kuat menipu..
    Patut lesen BeritaHarian dan Utusan di gantung 3 bulan juga kerana siarkan cerita tak betul…

    Malaysia…malaysia…

    in

  12. Bisnes ayo tebu bagus ni…

  13. budak tadika mana kau? just baca jer? ckp soal lain boleh bila tunjuk fakta dan bukti senyap.

  14. aku tengok tk ramai pon penyokong pas. tpi yg ramai nyer blah BN. Jgn silap. Mereka tu bukan org BN tapi hantu raya dan jembalang tanah.

  15. yang paling syok,penyokong PR di letakkan di satu tempat yang berbukit lagi redup,tapi penyokong UMNO diletak di kawasan lapang yang agak panas matahari,sebab tu penyokong Deme tak ramai takut kena panas.

  16. Pakatan Rakyat sudah mndahului 1 – 0..kita tngok plak pusingan kedua…..

  17. Salam.

    Salam khas buat GUBIR, Tukang cuci dan buluhruncingsatu.

    Alahai bukan semua orang tahu. Jurugambar PR pandai buat “camera tricks”. Itu nampak ramai. Sebenaqnya tak ramai. Masa tu budak tadika nak pergi “golf lesson” kat Kelab Golf Bukit Jana.
    GUBIR, tukang, buluh ni main golf tak?

    Budak tadika pula terlupa nak bawa modem. Sebab tu tak boleh komen. Nak pergi kat Cyber Cafe pula, penuh dengan asap rokok. Depa bukan faham, dok hisap2 rokok juga. TGNA komen lebih buruk dari lembu pun, mereka tak faham. Dok hisap2. Budak tadika ni baca komen TGNA pun sakit teliga.

    Tapi budak tadika rasa lah. Ramai masa ni tak guna. Yang semua dok nak, menang jadi ahli parlimen. Bukan menang sorak. Alahai, ini menang sorak namanya. Nanti semua dok syok sendiri.

    Awat? Budak tadika ni tak dak sat, tak seronok ka?

    Tapi nurr. Budak tadika rasa lah. BN akan menang kat Bukit Gantang. Sekarang ni U.M.N.O. tu dah uuuuuummmmmp. Dah mantap dengan barisan pemimpin2 mereka. Hebat mereka nurr.

    Ini analisis budak tadika. Kalau tak percaya pun tak pa. Sebab cikgusyon belum ajaq kita lagi. Dia tu guru sekolah menengah tau?

  18. itu le akhbar Malaysia sekarang banyak dok menipu semua rakyat benda kecil di perbesarkan bila tiba ada pilihanraya semua benda depa cari sampai ke lubang cacing bila pilihanaraya kecil diumumkan jauh api dari semanggang keputusan sebenar.

  19. ada rupanya dak tadika ni…
    Gubir bukanlah org senang nak pi main golf..
    sukan golf ni hanya untuk golongan orng yang berada saja….
    main golf gubir tak pandai klau main sabit kat kebun memang gubir pandai….

  20. Salam.

    Wahai GUBIR
    Kita ni bukan apa
    Tok kata, dia dulu main hoki
    Kayu hoki di buat dari buluhruncing
    bola dari getah buku dikat getah sekerap.

    Tok kata dan dok cerita juga
    Kegemilangan puak2 kita dulu
    Jadi kalau hoki tok kita main dah gemilang
    Maka kita rasa main golf lebih gemilang tau.

    Kita tak mahu, berbelit2
    Pi mai, pi mai dok tang tu.

  21. nmpaknya dak tadika tak baca komen Gubir kat foto trbaru paklah dan tun M…..

  22. budak tadika tak senang duduk, bila mak dia tengok penyokong PAS merenyut.. mak dia nak tergelak bila tengok penyokong UMNO… ciput.. tapi mak dia tahan..
    dalam hati mak dia,”begini rupanya yer, parti yang kembali ada uummph dengan pimpinan baru yang mantap”..
    he! he! he! he! ha! ha! ha!, mak dia gelak dalam hati.. nak gelak kuat-kuat takut budak tadika merajuk, bebai, tak mau pi sekolah..

  23. Salam.

    Hi GUBIAQ.

    Tak payah tengok. Tentu kutuk kita.
    Kita tak kisah. Macam Aiman tak kisah.

    Lagi pun.
    Kita tak payah tengok foto tu.
    Pak Lah dan Tun M, tentu ceria.

    Tapi kita gusar.
    Bila gambaq sebelah nak ditukaq?
    TGNA tu tak ceria langsung.
    Senantiasa berduka saja.
    Dok berduka kat GUBIAQ dan Bt Gantang kot.

    Terima kasih cinpaka tegoq kita.
    Macam mari dari Paka saja.
    Tapi yang “cin” tua apa.
    Ni dah pasti. Memang pasti.

    cinpaka ni pasti tak banyak membaca.
    Kena membaca banyak buku tau
    Sebuah buku sebulan
    Buku baik2 saja, untuk pintaq
    Kalau baca Harakah saja, tak jadi
    Nanti biol susah pula.

    Hanya mencari kepastian tentang cinpaka. Orang ganu ke orang mana, banyak membaca ke tidak.

  24. setakat banyak membaca tak cukup budak bangang oii.. kena faham jugak apa yang dibaca..
    kalau budak tadika nak kenal cinpaka.. akulah pak tiri sepupu angkat pak we adik nenek mak engkau..

  25. Budak Tadika cuma baca A…Apple…takat tu jer lah… Budak Menengah A= Apple…siap ngan Notebook software Machintosh OS X ..tapi Budak U… A=Apple Belajar Grafik, animasi Upin & Ipin dan macam² ada… yang lebih untung pemilik Apple itu sendiri… Income beb $$$$ masyuuukkk… bila dah tua pencen..A=Apple… buah kat pasar malam tu lah… nak makan pun payah..gigi dah tak der..Jadi..dimensi dan persepsi setiap orang berbeza…ada org berpolitik kerana PERJUANGAN, ada org berpolitik kerara HARTA, ada org berpolitik kerana PANGKAT..ada org berpolitik kerana apa² saja bergantung kepada org itu… cuba kita lihat diri kita…. ada yang mempunyai mata..tapi melihat dari banyak sudut….ada organ otak..tapi fikiran kita berbeza…jadi yang menatukan hati adalah IMAN seseorang dalam iktiqat atau pegangan kepada agama Allah saja……

  26. Salam..budak tadika tak g sekolah ari ini ke ? Kelas abis kul 12.00. Ari nie mesti pontengkan..Tak baik ponteng sekolah. Nanti cikgu marah. Main golf tu membazir aje. Kalau tanah tu diberikan kepada orang kampung buat tanam getah ke, sawit ke, kan ke baik. Pukul bola kecil danjalan-jalan..tulis, pikul lagi..jalan-jalan dan tulis lagi..tak syok langsung. Aku ada tanya kawan aku..apa yang syok sangat main golf tu? Aku ada cuba 3/4 kali pukul kat range tu. Tak keluar peluh pun. Baik pi menebas. Dia ” masa” kayu pemukul kena tepat kat bola. Tu yang syok sangat dan sanggup bayar ribu-ribu bahkan ratus ribu untuk jadi ahli. Hahahaha.. kalau dengar bunyi dan bayar, ini dah jadi cerita Abu Mawas bayar dengan bunyi duit..untuk bau masakan.

  27. *ada ayat tertinggal. Masa pukul dan bunyi “ting” pemukul kena kat bola. Itu yang syok sangat (ayat sebenar).

  28. hei..ape bodoh betul budak tadika nie..ngko ni buta ke ape..tulah org umno/bn niedah la buta hati, pastu buta mata.. budak tadika ni mmg bongok tahap 5 la..alahai.org suruh belajar ABC tak mau..belajar mengira lagilah bebal.10 org ngan 1000 ribu org pun tak tau nak beza..bodoh..

  29. Media arus perdana ini menipu, biasalah. Milik mereka, boleh saja kata apa pun. Biarlah mereka kata anggota polis itu lebih banyak penyokong PR yg hadzir. Kita tak ada daya untuk menyekat itu semua. Tapi kita mempunyai kuasa beli untuk memboikot mereka. Ini kita mesti lakukan.

  30. hanya sekelumpuk kecil sahaja yang berjaya ditipu oleh media arus perdana.. kelumpuk kecil ni terdiri dari warga-warga yang amat rendah daya berfikirnya, masih bebal dengan suasana dalam tempurungnya..
    contoh yang sama-sama kita dapat lihat di sini seperti : si bangang budak tadika, si bahlol dio, si mangkag matromeo, si mangkuk malaysianunited dan si tolol hassanalbino.

  31. Salam.

    Jangan marah-marah
    Jangan kutuk-kutuk
    Jangan radang-radang
    Jangan bengang-bengang

    Budak tadika ni tidoq lewat semalam.
    Tok Aki bawa kawan2 kat rumah.
    Gamat semacam.
    Dok betekak, bukan bincang, isu Bt Gantang.

    Kawan Tok Aki marah sangat.
    Melayu Islam dah hilang arah.
    Haii, nak jadi Iman pun depa gadoh.
    Tak “respect” kat masjid langsung, malulah sikit.

    Tapi yang dok betekak sangat,
    Pasai siapa akan menang

    Seorang kata Nizar, Nizar segala2nya,
    Macamlah tak ada orang lain.
    TGNA tak setuju pun, depa tak kisah
    Depa langgaq juga
    Dah tu, TGNA restu lah, apa nak kata.

    Seorang lagi kata, BN akan menang
    Sebab ramai takut
    Takut kalau PR menang
    Depa nanti dok bersidang bawah pokok pula
    Tak boleh jadi
    Lepas tu depa nanti buat plag
    Juai lagi.
    Apa nak jadi.

    Lepas tu, budak tadika ni terlelap terus.

  32. Malang sungguh dengan Budak tadika nih…
    Dalam siber cafe yang isap rokok tu mana nak ada orang PAS. yang ada hanyalah budak-budak yang cerdik sikit drp budak tadika. Budak yang dapat latihan dari puak-puak UBN.
    Dalam masjid pulak rumah Allah. Tok Imam yang ada tau sapa yang lebih sikit kemampuan untuk gantikan dia jadi imam. Zambri tu hanya layak dok belakang jer… Kantoi kalau dia jadi imam. Bukan orang tak tau….

  33. Confirm menang sorak…kampung KENA GADAI YEOP!!!

  34. lepas aku tgk page ni..
    terkejut tengok muka mak aku ada skali…haha…
    idup mama!!!
    idup PR!!!

    takbir!!!

  35. lagi satu…
    toksah la korg nak bertekak ngan budaktadika ni…
    name pun budak…
    masih naif lagi…lantak pie la die nak ckp pe…

    yg penting kite tetap undi PR!!!


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: