Posted by: pinkturtle2 | Mac 31, 2009

UMNO/BN Bukit Gantang Bergolak,Markas Lengang

UMNO/BN Bukit Gantang Bergolak

UMNO/BN Bukit Gantang bergolak lagi. ini bukan omongan kosong, tapi kenyataan. tak percaya, korang boleh buat survey sendiri dekat kawasan-kawsan sekitar Bukit Gantang. pi la ronda-ronda dekat semua markas-markas dan jugak bilik-bilik gerakan pilihanraya UMNO/BN. kalau nak cakap tak dak orang langsung, memang penipu, tapi kalau nak cakap ada orang, memang penipu kalau lebih dari 20 orang ada.

2 hari dah aku dok perati keadaan ni dan benda ni memang dari awal lagi aku dah agak dan dari awal jugak aku dah dapat info bahawa ada ahli UMNO yang bertindak memboikot 2 pilihanraya kecil yang diadakan serentak pada 7hb. April, 2009 kerana tidak berpuas hati dengan keputusan pemilihan pucuk pimpinan UMNO dalam PAU lepas.

Malam sebelum hari penamaan calon geng dari Kolumpo call bagitau awal-awal yang ramai geng-geng UMNO dari PAU yang sepatutnya bergerak terus dari PWTC ke Bukit Gantang dan Bukit Selambau mengambil keputusan untuk memboikot 2 Pilihanraya Kecil ni sebab tak puas hati.

Memula aku kurang percaya sebab kalau ikut sejarah, kalau 10 benda orang UMNO cakap, 20 tak betul. tapi bila sampai waktu Hari Pencalonan aku tengok penyokong UMNO/BN yang berkumpul sampai jam 8:00 pagi tak sampai 1000 orang dan majoriti yang ada hanya kaum India yang diangkut dengan bas, aku mula percaya depa memang boikot.

Masa hari pencalonan tu pulak, mungkin lepas habis ikhtiar, UMNO/BN terpaksa kumpul budak-budak PLKN (tak tau betul tidak) untuk meramaikan penyokong depa. tu pasai lambat sangat depa pi masuk padang. lepas depa kerah budak-budak PLKN pun angka penyokong depa masih lagi kecil berbanding penyokong Pakatan Rakyat.

Kalau nak nisbahkan, aku letak Pakatan Rakyat 10, UMNO/BN 1 – (10:1). nak percaya boleh, tak mau percaya pun aku tak kesah. tu pasai dalam TV ngan surat khabar tak keluar gambar penyokong UMNO/BN. depa dok tayang gambar calon je.

Kalau tayang gambar penyokong kang takut pulak kantoi bila mak bapak budak-budak PLKN tu nampak anak depa dipergunakan, tak kek mampuih..?

Ni dah masuk hari ke-2 kempen pilihanraya kecil P-059. markas-markas UMNO/BN lengang. majlis ceramah setakat kecil-kecilan (kelompok) je depa buat. semalam Ezam datang, ada la dalam 400-500 orang datang dok dengar Ezam melebong.

Dengar cerita Ezam nak pakuk DSAI, tapi macam tak dak kesan pun? silap strategi ka?

Hari ni aku tak ambik gambar markas UMNO/BN walaupun aku cakap nak snap gambar petang tadi. bukan apa, kalau aku snap pun, rasaa macam rugi bateri je. sebab suasananya sama je macam yang aku publish sebelum ni.

Kesian pun ada.

Dengar cerita bajet untuk pilihanraya pun tak sampai-sampai lagi. tu pasai tak dak orang. ni la bezanya petugas UMNO/BN dengan petugas Pakatan Rakyat. hangpa berkhidmat untuk RM, petugas Pakatan Rakyat berkhidmat untuk menang. tak sama perjuangan.

Hari ni pulak ada blogger jumpa bendera kempen UMNO berbucu bintang 6 (Star Of David)… ni memang tak sengaja ke memang sabotaj?

Kalau tak sengaja aku kira bohong. tak kan dalam ramai-ramai petugas tak dak sorang pun yang terfikir benda tu?

Samada tak terfikir, kurang pandai berfikir atau saja buat, aku tak tau.

http://perisik-rakyat.com


Responses

  1. Cara yang dilakukan oleh UMNO dan BN adalah cara Yahudi maka tidak hairanlah mengapa ini berlaku..fahamilah bahawa perbuatan kita ini sentiasa diperhati oleh Allah s.w.t…ini adalah salah satunya petunjuk Allah s.w.t. bagi memberitahu manusia bahawa siapa mereka..

  2. Salam,
    Wahai sahabat ku yang cintakan perjuangan ke arah kebenaran, kita mesti berhati-hati dengan tipu helah meraka.

    Yang pasti kemenengan di pihak PR…

  3. patut la pukul 9 lebih umno/bn xmasuk padang lagi..masa tu pyokong PR dah penuh stiap ruang yg ada..UBN tak masuk2 lagi..rupa2nya p angkut BUDAK2 PLKN…teruk2 umno ni kan…patut la masa balik lalu kawasan umno bkumpul..budak2 belasan tahun ja yg naik bas n ada la orang tua2 bbaju putih,ada yg btudung merah ada yg tidak btudung mereh..

  4. ahahahaha…ada apa dengan azam?sape ezam?….rakyat tak pandang dia seorang ahli politik pun…tp meludah kat dia macam anjing jek..barua.baguih la umno ambik ezam jadi anjing yg dok menyalak tuh…

  5. Ezam: Barisan baru Umno pasukan idaman Anwar dulu
    Oleh G. MANIMARAN dan ZANARIAH ABD MUTALIB

    TAIPING: Bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan Rakyat, Ezam Mohd. Noor dalam kempen pilihan raya kecil di Bukit Gantang dan Bukit Selambau mendedahkan barisan pemimpin Umno baru sebenarnya merupakan pasukan idaman Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika berada dalam Umno.

    Malah, Ezam dalam kempennya di Bukit Gantang kelmarin dan di Bukit Selambau malam tadi berkata, Anwar yang merupakan bekas Timbalan Presiden Umno pernah menganggap Presiden semasa, Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak sebagai “antara orang paling cerdik.”

    “Saya pernah tanya Anwar masa beliau jadi Ketua Pemuda Umno, siapa yang paling beliau risau… beliau mengatakan nama Najib… dia kata Najib yang paling cerdik di kalangan barisan Pemuda.

    “Anwar mengatakan kepada saya (semasa menjadi pembantu Anwar), Anwar berkata antara yang paling cerdik, yang beliau iktiraf ialah Najib (ketika itu Naib Ketua Pemuda Umno),” kata beliau ketika berceramah pada sesi Pidato Perdana di Taman Kaya dekat di sini malam kelmarin.

    Ezam juga merupakan bekas Setiausaha Politik dan Setiausaha Sulit kepada Anwar, yang juga bekas Timbalan Perdana Menteri, dipecat pada September 1998.

    Ezam kembali ke pangkuan Umno Jun lalu.

    Beliau merupakan antara penceramah tetamu tetap bagi Umno dalam pilihan raya kecil sejak persaingan di Parlimen Permatang Pauh Ogos lalu dan Parlimen Kuala Terengganu Januari lalu.

    Anwar menambah, Mohd; Timbalan Presiden, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan dua Naib Presiden, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein adalah antara pemimpin Umno yang diakui oleh Anwar sebagai pemimpin-pemimpin bijak dan terbaik yang menjadi sebahagian dalam pasukan idamannya.

    Oleh itu, katanya, Anwar dan pemimpin Pakatan Rakyat tidak harus mempertikaikan keupaya

    “Kenapa dia (Anwar) protes Datuk Seri Najib? Sebab dia takut. Sebab apa dia paling takut Datuk Seri Najib? Sebab beliau adalah yang paling cerdik.

    “Saya pernah tanya Anwar Ibrahim ketika dia menjadi Ketua Pemuda Umno dulu, Exco Pemuda Umno mana yang paling cerdik.

    “Anwar jawab Datuk Najib. Lepas Datuk Najib siapa? Dia jawab (Tan Sri) Muhyiddin dan sekarang ini tengok, Najib jadi Presiden dan Muhyiddin sebagai Timbalan Presiden,” katanya ketika berceramah di Sungai Lalang, Bukit Selambau di sini.

    Selain itu katanya, Anwar turut menyenaraikan Ahmad Zahid dan Hishammuddin sebagai sebahagian daripada kumpulan wawasan yang ditubuhkannya.

    “Ini bermakna Anwar mengakui, mereka ini adalah pemimpin terbaik Umno yang ada pada masa itu dan kini kesemua mereka sudah menerajui Umno. Apa lagi Anwar nak kata?” katanya.

    Ezam berkata, pemimpin-pemimpin Umno yang baru sahaja dipilih menerajui parti pada pemilihan Khamis lalu adalah pasukan terbaik yang pernah ditampilkan Umno dalam masa 10 tahun ini.

    “Sebab itu, saya minta orang Melayu beri peluang kepada Umno untuk lakukan perubahan melalui pimpinan baru ini.

    “Saya tidak kata Umno parti yang sempurna tetapi kekuatan Umno adalah kerana ia nampak kelemahan dan segera lakukan perubahan,” katanya.

    Ezam berkata, hal itu berbeza dengan PKR hanya akan menutup sebarang masalah yang dihadapi mereka dan ini terbukti melalui negeri-negeri yang ditadbir Pakatan Rakyat yang sering menghadapi dan melalui peletakan jawatan dua pemimpin parti itu tanpa sebab yang jelas iaitu V Arumugam sebagai sebagai ADUN Bukit Selambau dan Exco Kerajaan Negeri Kedah dan Mohammad Fairus Khairuddin sebagai Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang 1 dan Exco negeri.

    “Selain itu, PKR kini bukanlah seperti yang mula-mula ditubuhkan dahulu di mana saya adalah antara pengasasnya.

    “Dulu PKR juga adalah untuk berbilang kaum tetapi tunggaknya adalah Melayu.

    “Setiap parti itu perlu ada tunggak supaya asasnya itu tidak menyimpang tetapi kini, semata-mata untuk mendapat undi masyarakat Cina dan India, Anwar sanggup memadamkan tunggak itu.

    “Ia bukan kerana beliau sayangkan kaum Cina dan India, tetapi semata-mata hanya untuk kepentingan mendapatkan undi,” katanya.

    Disebabkan beliau muncul memberi ceramah setiap kali pilihan raya kecil, Ezam memberitahu, beliau didakwa oleh PKR sebagai seorang yang diperalatkan Umno.

    “Saya nak beritahu, jika saya dianggap begitu kerana membela bangsa, agama dan negara saya, saya rela diperalatkan,” katanya.

    Beliau turut menyatakan kesediannya untuk berdebat dengan Anwar bagi menangkis tuduhan itu serta mengupas pelbagai permasalahan politik yang berlaku dalam negara pada masa ini.

    “Saya sedia berdebat tetapi hanya dengan Anwar… bukan dengan pemimpin lain,” katanya.

    ……………………dah lama dah… ezam oii oiii….

    dah tak relevan lagi…. kalu dah sekarang … jadi kaki pukul …. pembunuh adakah dsai setuju lagi???

    itu pun nak cakap… pe le si ezam ni …..takde isu le …

    yang penting Dato Sri Nizar adalah pemimpin menjadi pilihan warga perak….

    tu ezam …. lu pikirlah sendiri….

  6. Itu nasib baiknya DSAI masuk penjara. Boleh kenal musuh dan kawan. Dalam pada itu, ada jugak musuh dalam selimut. DSAI kena basuh betul-betul UBN ni parti duit aje. Ada duit ada kerja. Kat kg aku pun sama jugak. Suatu peperangan besar akan berlaku dalam UMNO tak lama lagi. Tunggu dan lihat.

  7. biasalah tu, penyokong UMNO tunggu RM datang, baru semangat garang.. jentera BN digerakkan oleh RM.. sangat berbeza dengan jentera pilihanraya PAS.. hanya atas rasa keinsafan dan kesedaran yang tinggi, tanpa upah walau satu sen, jentera-jentera PAS akan bergerak maju, demi perjuangan yang murni..
    syabas, anda semua adalah pejuang-pejuang Allah..

  8. kesian ezam… takde isu……………….

    tak habis habis nak burukkan DSAI….

    …… dah lama dah……………….

    kesian kesian… Ni PAS le bro…

    apa kes takde isu dok melalut nak buruk bekas BOS sendiri..

    nak kata bodoh… kasar kan tapi fikirlah sendiri .. berkokok lah …

    ada kami peduli…. sory le ka mi ada blog blog yang terbaik mengisi berita yang sahih… tak cam tv3 suku … kira pun tak betul….

  9. perjuangan umno=ada duit ada perjuangan
    perjuangan umno=ada duit keje jalan
    perjaungan umno=ada duit bole rasuah kat orng
    perjuangan umno=ada duit ….belum tentu bole menang…

  10. UMNO kini berada dalam keadaan atau posisi defensive…..tak boleh jalan langsung….mereka guna apa sahaja kini….hatta BABI pun kalau boleh membantu mereka, mereka akan gunakan…
    UMNO sudah tidak lagi sesuai dan relevan dengan aspirasi Melayu…UMNO kini sudah tidak boleh diharap menjaga kepentingan Melayu/Islam….UMNO kelihatan sangat kecil sekali dimata rakyat, hatta org Melayu sendiri….
    Lihat lah….apa sahaja, Melalyu semakin lemah di terajang olh UMNO…Melayu semakin haru biru dibelasah UMNO…Islam semakin diancam oleh sikap hipokrit UMNO…
    SO….tiada apa lagi untuk Melayu boleh bermegah dengan UMNO….tukarlah haluan kita sedara ku sekalian….tolak lah UMNO…..

  11. kemunculan PR merupakan perubahan besar dalam pemikiran orang2 melayu supaya tidak terus menerus di jajah oleh parti umno yg dianggap keramat dan berjasa kepada org melayu..malah umno melayu ini sendiri yg merobek2,meruntuhkan perpaduan dikalangan melayu dgn menyebarkan isu2 perkauman dan dengan senang berlindung dan mengunakan institusi raja sebagai benteng pertahanan..memalukan betul…

    perjungan bangsa tidak memberi jaminan utk lepas dari seksaan api neraka…jadi jadikanlan perjaungan agama dan hanya kerana ALLAH sebagai pemangkin untuk meruntuhkan semangat perjuangan umno yang telah lama menganiayai bangsa melayu dan memberi seribu satu alasa utk menegakkan syiar islam…takbirrrrr

  12. mana tak nye…diorang nak markas diaorang tu mesti ada karaoke..baru bole keja..pastu campur sikit ngan awek puteri umno..baru rase cam pusat karaoke..ape kejadahnye..

  13. Lihat lah bender UMNO/BN…diaorg buat STAR OF DAVID YAHUDI pulak……2 x 5 jer perangai….ibarat adik/abang jer dengan star of david punya orang….
    tu lah dia nak jaga Islam konon…….

  14. kan Dr Fadzilah Kamsah kata yahudi pun tak sedashat macam UMNO dalam berpolitik. Budaya cantas mencantas dan rasuah politik UMNO lebih advance dari Yahudi….

  15. Selasa Mac 31, 2009
    Zambry: Nizar rancang insiden ‘rampas’ mikrofon di Masjid Simpang
    Oleh G. MANIMARAN

    TAIPING: Menteri Besar Perak, Datuk Dr Zambry Abdul Kadir percaya Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin telah merancang untuk menimbulkan suasana tidak senang di Masjid Simpang malam kelmarin ketika Barisan Nasional (BN) menganjurkan majlis solat hajat dan bacaan Yassin.

    Ketika ditemui lewat petang semalam, Zambry berkata, pihaknya yakin bekas Menteri Besar itu sedia mengetahui bahawa BN sedang mengadakan majlis khas di masjid tersebut tetapi sengaja bertindak menyampaikan ucapan.

    “Walaupun Nizar berkata telah dijemput oleh imam masjid, bagi saya ini satu adalah tindakan yang telah dirancang awal oleh Nizar,” kata Zambry.

    Kata Zambry, tidak dapat dinafikan bahawa Nizar boleh mengimamkan solat dan seterusnya menyampaikan ucapan mentafsir ayat-ayat yang diucapkan sebagaimana pernah dilakukan sebelum ini.

    “Bagaimanapun ketika itu, pada majlis anjuran BN, ada ramai pemimpin termasuk Tan Sri Muhyiddin Yassin (Timbalan Presiden Umno)… sekurang-kurangnya beliau hormati tetamu majlis dan mengelakkan suasana tidak senang,” kata beliau yang turut menekankan bahawa Nizar seharusnya telah mengelak daripada berucap walaupun diminta oleh imam.

    Menurut Zambry, Muhyiddin dalam reaksinya kepada beliau telah melahirkan rasa ‘tidak senang’ dengan kejadian itu. Malah, sebagai kawan, Zamby berkata, beliau juga ada menyatakan pandangan kepada Nizar bahawa beliau tidak seharusnya berbuat demikian.

    Semalam Nizar, bekas Menteri Besar Perak yang juga calon PAS kerusi Parlimen Bukit Gantang menegaskan, beliau “tidak merampas” kuasa ketika majlis membaca Yassin dan solat berhajat di Masjid Simpang.

    Sebaliknya, kata Nizar, beliau telah diundang oleh imam Masjid Simpang untuk berucap menjelaskan ayat-ayat yang dibacakan semasa mengimamkan solat Maghrib.

    Kata Nizar, apabila beliau meminta mikrofon untuk menyampaikan ucapan tafsiran ada pihak yang membantah dengan alasan ia bukan tempat untuk berpolitik.

    “Bagi mengelakkan suasana kecoh, saya memutuskan untuk tidak meneruskannya dan kemudian meninggalkan masjid… apa terjadi selepas itu saya tidak tahu,” katanya.

    ………………….

    kesiannn MB Haram ni….. kesian… putar belit… belit….

    lagi mau tafsir…. aduh!!!!! kesian putar cerita ….

    Bodek Bodek … tak lama le kami rakyat perak tak mau le …

    mb kaki putar belit cam gini…..

  16. bodo la zambery ni

  17. ezam ni dah sah ka jadi ahli UMNO? kenapa tak di masukkan dalam team baru UMNO yang diterima oleh perwakilan UMNO?? tak layak ka?Kawan rapat dan musuh dekejap dia lokman adam boleh pula bertanding…menang dan dah jadi EXCO pemuda UMNO. Pelek betul aku dgn Ezam ni…tak layak la tu kut…kempen untuk UMNO punya la teruk tapi dan undi tak dapat..duit berkokok dapat la..!!!! MasyuuUUUkKKK!!!

  18. tenang..jgn over confident….teruskan kerja..pedulikan amno nie…

  19. Apa nak diherankan dgn ‘rampas mikrofon’. Yang Zambry tu ‘RAMPAS KERAJAAN’ apa ke halnya. Benda kecik dibesor-besorkannya. Bendo besor lak dikecik-kecikkannya. Dah memang dasar ‘orang umno’ lagu tu. Nak buat camne? ….Apa Yang Penting – KERJASAMA untuk memastikan PEJUANG RAKYAT menang besor dalam PRK.

  20. Mereka telah terdidik dengan budaya kerja bilamana setiap telunjuk itu ada imbuhan wang ringgit,baru lah mereka akan berkerja(bukan atas dasar perjuangan).Dan maruah mereka hanya tertegak atas kepalan wang ringgit yang masuk kedalam poket mereka…ini lah gambaran bagi manusia yang telah lari jauh dari pertunjuk Allah.Mata hati mereka hanya terang bila melihat kelibat RM di depan mata.

  21. kebenaran telah bertunas,pelihara dgn cermat,bajai dgn iman,supaya tumbuh memayungi tanah tumpah darahku,sesungguhnya ENGKAULAH MUTAKABBIR

  22. Salam.

    Tang ni kita setuju.

    Kalau BN bawa Ezam, cari nahas namanya.

    Tapi PR jangan “overconfident”

    Markas2 kosong tu ada penunggu.

    Penunggu2 tu suka sangat sesiapa yang berkawan dengan Iblis dan Syaitan.

  23. ni apa kes dgn star of david pun ada kat markas UBN ni? dasyat betul korang…dah seangkatan dgn bangsa star of david ke?

  24. Ai sey man! camna nak bisnes air tebu ni…markas BN kosong…rugi-rugi.. lebih baik kita pi markas PAS…MASYUUUKKK!!!

  25. ezam u are my idola. oh ezam ku.. mampuih laa engko bersammmma ummno lasuah.

  26. Kawanku, “aku tak nak sokong UMNO”

    Aku tanya, “apasal?”

    Jawab kawanku, “sebab UMNO tu Untuk Melayu No Otak”

  27. Hei budak tadika, hang reti tak, aku kata hang lebih baik diam, budak tak cukup akal betul. Siapa punya anak budak tadika ni, ke anak haram jadah

  28. budak tadika anak jeghangkong tu la yg jadi penunggu disemua markas BN yg kosong tu.

    budak tadika tu kapiag yg selindung balik nama Melayu Islam.

  29. Berita dari MalaysiaKini, 1 April 2009:

    “Calon BN Ismail Saffian kelihatan berada dalam keadaan sukar berdepan lawannya Mohammad Nizar Jamaluddin – jika maklum balas jentera Umno dan MCA ini tepat.

    Pada hari keempat berkempen di parlimen Bukit Gantang, seorang pemimpin kanan MCA kecewa calon itu bersama pekerja kempen BN tidak setanding petugas Pakatan Rakyat.

    Dalam lawatannya ke kampung baru Cina di Simpang dekat Taiping semalam, Timbalan Presiden MCA Dr Chua Soi Lek berkata BN tidak membawa banyak bahan kempen ketika bertemu pengundi.”

    Tak membawa ‘bahan kempen’ tu maksud apa ye? Fulus ke?

  30. ehem tak baik kata orang haram jadah,kalau kau haram jadah marah tak,oleh itu TGNA tak ajar orang PR kata haram jadah

  31. Sebagai anak Matang (laknat Allah kepada yang buat kurang ajaq kat masjid kampung aku!) dalam kawasan Bukit Gantang, saya terima SMS seperti berikut:

    Awat org2 UMNo Bkt Gantang bubuh banner yg tanya “Apa kejadahnya calun kita rajin ke DANOK, Thailand?” Mail Pian selalu pi Danok? Dia pi Danok buat apa?
    Saya lalu forwardkan mesej itu kepada ramai kawan. Macam-macam jawapan. Antara yang jawab ialah Mat Comot. Dia jawab:

    Aku pernah mengajar di Kg Cheh. Sebut nama dia, org belah sana geleng kepala
    Saya tak berani nak komen apa-apa. Saya tak kenal pun Ismail Saffian yang menjadi calon Barisan Nasional di Bukit Gantang tu. Saya harap dia selalu pergi Danok kerana nak beli selimut Toto yang murah di Siam tu dan tak buat tak elok.

    Hanya saya nak tanya, adakah Mail orang Kampung Cheh? Kalau dia orang Kampung Cheh, besar kemungkinan dia orang Betani. Saya pun orang Betani, sebelah Pak saya. Jangan bagi malu orang Betani kita, Mail!!

    Apa pun, saya dengar orang dalam kawasan Bukit Gantang pakat-pakat dok hantar SMS seperti di atas kepada adik-beradik dan kawan-kawan mereka. Semua pakat-pakat dok tanya:

    Awat org2 UMNo Bkt Gantang bubuh banner yg tanya “Apa kejadahnya calun kita rajin ke DANOK, Thailand?” Mail Pian selalu pi Danok? Dia pi Danok buat apa?
    Imej di atas ihsan saing kawe, Manjanik. Dia juga ada cerita tentang Mail Pian di samping komen seperti berikut dalam blog kulaan kita, Al-Banjari:

    wak,

    saya sampai di Bkt Gntg melalui tol exit Changkat Jering jam 5.00 pagi pd hari penamaan calon. Saya lihat ada banner “pilih apa calon yang selalu pi DANOK” dan macam2 lagi banner ttg Danok Siam ni. Tapi sudah hilang bila saya menuju pulang tengahari selepas penamaan calon.

    Tentu nya ada masalah dalaman Umno dalam memilih calon mrk hingga ada yg sanggup meletakkan banner itu.

    koken
    Dalam posting “Bukit Gantang, hantu Altantuya dan 13 Mei,” saya terima komen yang membuat dakwaan seperti berikut (yang saya harap tak benar dan boleh menafikannya tanpa sebarang keraguan yang munasabah):

    Hampir 10 tahun berkhidmat sebagai Setiausaha Majlis Perbandaran Manjong.

    Perasuah Tegar

    * Sepanjang Ismail Safian menjawat jawatan Setiausaha Majlis Perbandaran M*nj*ng, 5 kali Majlis Perbandaran M*nj*ng disiasat oleh Badan Pencegah Rasuah (BPR) kerana Tender Majlis Perbandaran M*nj*ng hanya diberikan kepada rakan-rakan terdekat.

    * Hotel Crystal Sitiawan adalah diantara premis perniagaan yang mempunyai tunggakan hutang Cukai Taksiran berjumlah puluhan ribu tetapi tiada tindakan diambil oleh Majlis Perbandaran M*nj*ng semasa Ismail Safian menjadi Setiausaha Majlis Perbandaran Manjong.

    * Ketika Ismail Safian Menjadi Setiausaha Majlis Perbandaran Manjong, puluhan Kilang/Premis Industri di kawasan Majlis Perbandaran M*nj*ng beroperasi tanpa lesen tetapi tiada tindakan diambil oleh Majlis Perbandaran Manjong.

    “Sexual Harrasment” (Gangguan Seksual)

    * Beberapa kakitangan wanita Majlis Perbandaran Manjong seringkali diajak untuk tidur bersama termasuk seorang yang hanya mahu dikenali sebagai Puan “R”.

    * Seseorang itu memerlukan sekeping Ijazah untuk layak memegang jawatan Pegawai Pentadbiran Majlis Perbandaran Manjong tetapi hanya Ismail Safian sahaja yang tahu bagaimana Puan “H” yang hanya berkelulusan SPM sahaja layak memegang jawatan tersebut.

    * Anugerah Pekerja Cemerlang seringkali dinobatkan kepada Setiausaha Khas beliau Puan “A” yang seringkali dikaitkan sebagai mempunyai hubungan “sulit” dengan beliau.

    * Ismail Safian seringkali ke Sempadan Thailand untuk mencari “sesuatu”. boleh semak rekod keluar masuk di Pasportnya untuk pengesahan (kecualilah beliau keluar masuk melalui jalan yang tak sah).

    Salahguna Kuasa

    * Seringkali ditegur dan beberapa kali menerima Surat Peringatan dari Yang Dipertua Majlis Perbandaran M*nj*ng kerana menggunakan kenderaan Majlis Perbandaran M*nj*ng untuk parti (UMNO).

    * Pernah disiasat Badan Pencegah Rasuah kerana Kediaman Rasmi Majlis Perbandaran Manjong di Sitiawan yang didiami Ismail safian diubah suai sehingga melibatkan kos yang mencecah hampir Setengah Juta Ringgit Malaysia dan akhirnya beliau berpindah ke rumah sewa di Taman Venice Of Perak, Seri Manjung.

    Kesejahteraan Rakyat Perak, Insya-Allah dalam masa tedekat ini, kami Rakyat Perak pendukung kebenaran akan membongkarkan lebih banyak lagi kisah Ismail Safian dalam Siri Ke-2..!

  32. kalu nak tau dia pi ka tak,hangpa pi cari dia ni..orang kat sana panggil dia Penghulu Dannok (305aw)


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: