Posted by: pinkturtle2 | Mac 31, 2009

Jangan kecewakan Zambry… Malam Ini Bagi Dia Jadi Imam Dan Tafsir Al-quran

Jom ramai-ramai kita buat jemputan kepada Zambry menjadi imam dan penafsir Quran dan hadith. Jangan kecewakan dia, jangan hampakan dia yang kepingin benar jadi imam dan penafsir itu

Jom ramai-ramai kita buat jemputan kepada Zambry menjadi imam dan penafsir Quran dan hadith. Jangan kecewakan dia, jangan hampakan dia yang kepingin benar jadi imam dan penafsir itu.Hari Jumaat ini masjid manakah agaknya yang akan menjemput Zambry pula membaca khutbah dan seterusnya mengimami solat Jumaat?

Zambry Akan Sampaikan Khutbah Jumaat Dalam Bahasa Tamil?

Dua malam lepas, Menteri Besar Kudeta Perak, Dato Zambry yang naik angin kerana terpaksa menjadi pengikut (makmum) kepada Datuk Seri Nizar ketika solat maghrib menjerit di dalam masjid Simpang, Taiping, kepada Nizar:

“Kenapa menggunakan masjid berpolitik. You tidak sepatutnya jadi imam tadi. Jika mahu jadi imam saya boleh jadi imam, jika nak tafsir saya boleh tafsir”.

Nah apa lagi AJK masjid dan surau di sekitar Bukit Gantang, tawaran terbaik dari Zambry sudah sampai. Mengapa sampai hari ini masih tiada yang sudi menjemput Zambry menjadi imam dan penafsir Quran dan hadith?

Jom ramai-ramai kita buat jemputan kepada Zambry menjadi imam dan penafsir Quran dan hadith. Jangan kecewakan dia, jangan hampakan dia yang kepingin benar jadi imam dan penafsir itu.

Hari Jumaat ini masjid manakah agaknya yang akan menjemput Zambry membaca khutbah dan seterusnya mengimami solat Jumaat? Mungkin masjid yang paling sesuai dan cocok idengan tampang Zambry ialah Masjid Keling yang terletak di tengah bandar Taiping tersebut. Masjid itu walaupun kecil tapi lengkap dengan penghawa dingin, sesuai dengan imej Zambry yang tidak suka berpanas-panas itu. Beliau bolehlah menyampaikan khutbah dalam Bahasa Tamil, seperti khatib-khatib lain sebelumnya.

Nak dengar kemahiran Zambry berbahasa Tamil, jom kita berjemaah di masjid Keling pada hari Jumaat ini. Itu pun tertakluk kepada syarat pihak pengurusan masjid sudi menjemputnya!

http://pendikargunung.blogspot.com


Responses

  1. ahahakz… tak dapat aku bayangkan,camana la zambry baca khutbah jumaat dalam bahasa tamil..
    di dahului dgn `Vanakkam’ ke apa kekekekeke 😛

  2. Aslkm,

    Tak sepatutnya Zambry cakap kat Nizar cam tu… apa-apa pun tak elok juga kita kutuk orang khutbah bahasa tamil atau tafsir dalam bahasa Tamil… mungkin yang berbangasa India atau keturunan Keling itu lebih tinggi darjatnya dari kita orang Melayu atau Pak Arab di sisi Allah..

    Allah tak memandang keturunan atau warna kulit umatnya… Kepada rakan-rakan berbangsa India atau keturunan Keling sila maafkan sahabat kita yang terkhilaf… Amin

  3. Tak payahlah nak berlakon nak tunjuk alim….UMNO sanggup buat apa saja, asalkan hajat mereka tercapai…
    Adakah patut soal amal ibadat nak tiru orang, nak berlawan dengan orang, nak tunjuk alim konon…..tak ada cara lain kah untuk menambat hati org….jawabnya memang tiada…kerna rakyat benci MB haram jadah…

  4. Aku pun setuju dengan NEUTRON..
    Aku pun x suka jugak si Zambry tu..
    Tapi bab2 keturunan aku x naklah kutuk.. tul x..
    Kalau kita ditakdirkan keturunan India Muslim.. nak wat mcm mana.. bukannya kita tentukan.. Allah yang punya kuasa…

    Kita just jatuhkan BN kali ini..
    Itulah yang patut kita lakukan…
    BN mmg banyak strategi kotor dia akan lakukan..
    Kita kena sentiasa alert…!

  5. Tak usahlah kita kutuk mengutuk soal keturunan. Itu bukan kerja kita, itu urusan ALLAH.
    Yang kita kena buat sekarang, pastikan parti Islam menang dan melaksanakan janji-janjinya. Kalau menang tapi tak buat pun tak guna juga.

    Salam Perjuangan dari Batu Pahat.

  6. Di mana boleh cari ramai Melayu?
    Di mana boleh cari ramai Melayu
    Pastinya di Kelantan dan Terengganu
    Dan juga di pasar malam dan pasar minggu
    Di Akademi Fantasia dan Pesta Lagu
    Di Jom Heboh orang Melayu berpusu-pusu
    Di Sungai Buloh, pusat pemuilihan, dulu di Pudu
    Dan di jalan, lumba haram, rempit tak berlampu
    Dan di selekoh duit rasuah depa pun sapu
    Di pusat serenti akibat ketagih dadah dan chandu
    Di malam kemerdekaan dan malam tahun baru
    Terkinja-kinja best giler menari macam hantu

    Apa hobi orang Melayu
    Terkenal dengan budaya malas dan lesu
    Berlepak buang masa tak jemu-jemu
    Atau baca majalah Mastika, Metro pasal cerita hantu
    Tengok telenovela dari Filipina dan Peru
    Berpusu-pusu pergi tengok pamiran hantu
    Sambil makan junk food, kuaci dan muruku
    Sibuk bercerita tentang Datuk K dapat bini baru
    Apa pakaian Siti nak pakai itu yang nak tahu
    Mana tak gendut berpenyakit selalu
    Kalau nak berlagak melayu masih nombor satu
    Asal bergaya sanggup makan nasi dan toyu

    Boleh tak jumpa mereka di kedai buku
    Atau di perpustakaan dan majlis ilmu
    Atau ambil kelas kemahiran di hujung minggu
    Ada tapi kurang sangat mereka di situ
    Kenapa melayu jadi begitu
    Nak salahkan siapa ibubapa atau guru
    Pemimpin negara atau raja dulu-dulu
    Ayat lazim di mulut ialah Melayu malas selalu
    Nak harap Kerajaan saja membantu
    Terutama sekali kontraktor kelas satu
    Tak habis-habis gaduh nak jatuh siapa dulu
    pasal jambatan senggek atau siapa dia penghulu
    Dan suka sanggat dengan budaya ampu mengampu

    Sampai bila kita nak tunggu
    Bangsa Melayu jadi bangsa yang maju
    BOleh! dengan beberapa syarat tertentu
    Pertama dengan banyak menguasai ilmu
    Kata nabi ikutlah Quran dan sunnah ku
    AlQuran yang diturunkan 1400 tahun dahulu
    tapi apa yang kita tahu, cuma baca bila nak halau hantu
    YANG KU CR BUKAN MELAYU TETAPI AGAMA ALLAH YANG SATU

  7. Khutbah boleh disampai dalam mana-mana bahasa yang mudah difahami.

    yang penting ialah ketakwaan kita dan keimmannya.. tak elok mempersendahkan bahasa lain..

    Sebelum kita nak orang lain adil,tanya pada diri sendiri adilkah kita semasa mencoret
    dan tuturan kita.

  8. Waaa, gua banyak setuju la yoppie. Gua respek kat you. Melayu hanya 14.5 juta org drp 27 juta penduduk Malaysia. Sedangkan 12.5 org lagi bukan Melayu! Tapi masih mimpi dibuai ketuanan Melayu…

  9. kalau sembayang kat masjid india khutbah jumaat memang guna bahasa tamil.tu semua tak jadi masalah.yang penting orang yang baca khutbah tu berilmu.yang muskilnya zambry faham sangat pasal
    islam…tah…tah ..sembayang pun kantoi.

  10. Apa yang Zambry sempit sangat pemikiran sehingga memarahi DS Nizar yang mengimami solat.Apa yang Zambry gambra sangat,bukankan dia MB Perak.Apa payahnya jadilah imam disetiap masjid di Perak.Tak semestinya masjid kawasan Bukit Gantang sahaja-kalau ikhlas dan jujur jadi MB perak.
    Politik Islam berada di mana-mana termasuk masjid.Jadi tidak salah DS Nizar sebab dia membawa mesej dan imej Islam.

  11. Jika isu imam ini dijadikan berita hangat dimedia masa,sedangkan berita sebenarnya ialah iman mesjid itu yang meminta agar Nizar untuk menjadi imam solat ketika itu,dan kebetulan yang menjadi makmum dimasa itu ialah Muhyidin serta Zambry.Ada baiknya pada hari jumaat yang ada ini(masa dalam hari kempen) diminta secara hormat agar Zambry menjadi imam solat jumaat pada sebuah mesjid kerajaan negeri perak,dan media masa bolih membuat siaran secara langsung.Dan juga dicadangkan isi khutbah jumaat itu mengupas makna dari kejijikan rasuah dan bertapa perlu nya pemerintahan yang mengikut pertunjuk Allah.

  12. setuju dengan unanjaga..
    tak kira la nak sampaikan dlm bahasa apa sekali pun.. 😛

  13. kenali ciri2 sombong bongkak takbur sumaah.jika ini yang memimpim diri,pasti diri rosak binasa,apatah lagi kalau memimpin rakyat jelata.tu yg kat luar banyak rakyat mengamal amalan ahli neraka.

  14. Assalamualaikum semua Marhaen Malaysia yang tercinta…… Semoga Allah merahmati kita semua dan sentiasa di bawah lindungan Nya…. Amin………

    Keturunan bangsa, bahasa dan tutur kata bukan lah mencerminkan apa, ia hanya sekadar paras rupa dan nada suara….. Allah yang menjadikan dan Allah Maha Mengetahui segalanya……

    Jika ada yang berkata ia berkebolehan dan mampu menjadi pemimpin sama ada dalam memimpin kita dalam negeri, negara, qariah atau masjid, jangan kita ketepikan, beri dia peluang untuk membuktikan kata-katanya…..

    tetapi sebelum itu kita lihat dulu latar belakang belakangnya, adakah ia benar-benar berkemampuan dan berkebolehan seperti apa yang didakwanya,,,, jika benar, silakan, hamparkan permaidani atau sajadah untuknya….

    Janganlah kita turut mengeluarkan kata nista dan menghina tanpa usul periksa kerana menghina dan menista orang itu besar dosanya…… jika kita tak suka, kita diam dan tolak atau jauhinya…. janganlah pulak kita mngumpul dosa dan menambah dosa yang sedia ada….

    Wallahu’alam……

  15. Kalau Zambry tu betul2 anak jantan, kita cabar dia jadi imam sembahyang Jumaat and siap dengan khutbah sekali….

  16. Nak test kat pilihanraya Bukit Gantang ni, mintak mana2 masjid kat situ anjurkan forum perdana, pasangkan dia ngan DS Nizar bagi tajuk” Quran menyelesaikan masalah”. Baru dia boleh tunjuk skil mentafsir quran.

  17. ape kate kite suruh si zambry tu jadi imam semayang mayat…. takut-takut mayat tu bangun terkam die.. mcm hantu altantuya…


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: