Posted by: pinkturtle2 | Mac 31, 2009

Pilih pemimpin yang amanah, sehingga dia benar-benar berusaha mensejahterakan rakyatnya

Pilih pemimpin yang amanah, sehingga dia benar-benar berusaha mensejahterakan rakyatnya. Bukan hanya mampu menjual aset negara atau kekayaan alam Malaysia untuk kepentingan peribadi dan kelompoknya.

Pilih pemimpin yang amanah, sehingga dia benar-benar berusaha mensejahterakan rakyatnya. Bukan hanya mampu menjual aset negara atau kekayaan alam Malaysia untuk kepentingan peribadi dan kelompoknya.

RENUNGAN BUAT PENGUNDI2 SEKALIAN

Salam kepada semua warga di Bukit Gantang, Bukit Selambau dan Batang Ai. Sedarlah wahai diri kamu bahawa keputusan yang akan kamu adili pada pilihanraya kecil ini bakal diadili di SANA kelak. Buatlah pilihan yang tepat mengikut ciri2 yang ditetapkan oleh Islam. Renung dan fikirlah sebaik2nya.

Bacalah sebelum kamu dibacakan….

Pemimpin negara adalah faktor penting dalam kehidupan
bernegara. Jika pemimpin negara itu jujur, baik,
cerdas dan amanah, nescaya rakyatnya akan makmur.
Sebaliknya jika pemimpinnya tidak jujur, korup, serta
menzalimi rakyatnya, nescaya rakyatnya akan sengsara.

Oleh kerana itulah Islam memberikan pedoman dalam
memilih pemimpin yang baik.
Dalam Al Qur’an, Allah SWT memerintahkan umat Islam
untuk memilih pemimpin yang baik dan beriman:

“Hai orang2 yang beriman! Janganlah kamu jadikan
bapak-bapak dan saudara-saudaramu menjadi
pemimpin-pemimpinmu, jika mereka lebih mengutamakan
kekafiran atas keimanan. Dan siapa di antara kamu
menjadikan mereka menjadi pemimpin, maka mereka itulah
orang2 yang zalim” (At Taubah:23)

“Sesungguhnya Allah akan melindungi negara yang
menegakkan keadilan walaupun ia kafir, dan tidak akan
melindungi negara yang zalim (tiran) walaupun ia
muslim”. (Mutiara I dr Ali ibn Abi Thalib)

Dari Ma’qil ra. Berkata: saya akan menceritakan kepada
engkau hadis yang saya dengar dari Rasulullah saw.
Dan saya telah mendengar beliau bersabda: “seseorang
yang telah ditugaskan Tuhan untuk memerintah rakyat
, kalau ia tidak memimpin rakyat dengan
jujur, nescaya dia tidak akan memperoleh bau syurga”.
(HR. Bukhari)

Pilih pemimpin yang mahu mencegah dan memberantas
kemungkaran seperti korupsi, nepotisme, manipulasi,
dll:

“Barang siapa melihat kemungkaran, maka hendaknya ia
merubah dengan tangannya, jika tidak mampu, maka
hendaknya merubah dengan lisannya, jika tidak mampu,
maka dengan hatinya. Dan yang demikian itulah
selemah-lemahnya iman”. (HR. Muslim)

Pilih pemimpin yang mampu mempersatukan umat, bukan
yang fanatik terhadap kelompoknya sendiri:

Padahal Allah Subhanahu wa Ta’ala telah menyatakan
dalam Al Qur’an :

” … Dia (Allah) telah menamai kamu sekalian,
orang-orang Muslim, dari dahulu … .” (QS. Al Hajj :
78)

Dalam menafsirkan ayat di atas, Imam Ibnu Katsir
menukil satu hadis yang berbunyi :

“Barangsiapa menyeru dengan seruan-seruan jahiliyah
maka sesungguhnya dia menyeru ke pintu jahanam.”
Berkata seseorang : “Ya Rasulullah, walaupun dia puasa
dan solat?” “Ya, walaupun dia puasa dan solat,
walaupun dia mengaku Muslim. Maka menyerulah kalian
dengan seruan yang Allah telah memberikan nama atas
kalian, yaitu : Al Muslimin, Al Mukminin, Hamba-Hamba
Allah.” (HR. Ahmad jilid 4/130, 202 dan jilid 5/344)

Dari Aisyah ra. bahwasanya Rasulullah saw. bersabda:
adakah patut engkau memintakan kebebasan dari satu
hukuman dari beberapa hukuman (yang diwajibkan) oleh
Allah? Kemudian ia berdiri lalu berkhutbah, dan
berkata: ‘Hai para manusia! Sesungguhnya orang-orang
sebelum kamu itu rosak/binasa kerana apabila
orang-orang yang mulia diantara mereka mencuri, mereka
bebaskan. Tetapi, apabila orang yang lemah mencuri,
mereka berikan kepadanya hukum’. (HR. Bukhari, Muslim,
Tirmidzi, Nasa’i, Abu Daud, Ahmad, Dariini, dan Ibnu
Majah)

“Hai orang-orang yang beriman! Tegakkanlah keadilan
sebagai saksi kerana Allah. Dan janganlah rasa benci
mendorong kamu berlaku tidak adil. Berlaku adillah,
kerana itu lebih dekat dengan taqwa…” (Q.s. Al-Maidah
5: 8)

Pilih pemimpin yang amanah, sehingga dia benar-benar
berusaha mensejahterakan rakyatnya. Bukan hanya mampu
menjual aset negara atau kekayaan alam Malaysia untuk
kepentingan peribadi dan kelompoknya.

Oleh karena itu, ummat Islam dan rakyat yang bakal
mengundi di 3 pilihanraya kecil ini harus mencari dan
memilih pemimpin yang baik dan mampu memberi kesejahteraan
kepada rakyat dan negara.

http://kedaikopitepimasjid.blogspot.com


Responses

  1. Alhamdulillah.
    Suatu seruan yang baik disampaikan kepada orang ramai teruskan usaha murni tuan ini.Ianya suatu ibadah menuntun umat ke jalan yang memberikan kesedaran dan berkeperibadian yang tinggi.
    Bagi mereka yang telah tahu seruan ini membaharui dan mengingatkannya kembali.Yang ramainya ialah yang tidak tahu.Syabas saya ucapkan.

  2. Pengajian Kitab bersama Sheikh Muhamad Fuad Kamaluddin(Ahli Majlis Fatwa N.Sembilan), Hari ini di Surau Kemensah Heights

    Muslimin & Muslimat semua dijemput hadir,

    Tarikh : 31 Mac 2009 (SELASA – HARI INI)
    Masa : Lepas Solat Maghrib
    Tempat : Surau Kemensah Height, belakang Zoo Negara.

    http://pondokhabib.wordpress.com

  3. MENGUNDI SERUPA DENGAN MEMBERI KESAKSIAN

    Pandangan Sheikh Yusof al-Qardawi Mengenai Undi

    Menurut ulamak terkenal masa kini, Sheikh Dr. Yusuf al-Qaradhawi, Islam
    menganggap penyertaan seseorang dalam pilihan raya dan pungutan suara
    serupa dengan memberi kesaksian bahawa calon yang dipilih adalah baik.
    Pada pandangan beliau lagi, sesiapa yang memberikan undian/suaranya
    kepada seorang calon kerana alasan kerabat dekat atau sekampung, atau
    kerana berharap dapat mengambil manfaat bila calon itu terpilih nanti,
    maka dia telah menentang firman Allah di dalam surah at-Talaq, ayat
    ke-2 yang bermaksud,

    “Dan hendaklah kalian dirikan kesaksian itu kerana Allah.”

    Manakala sesiapa yang tidak menunaikan kewajipannya dalam pilihan raya
    (tidak keluar mengundi) sehingga golongan yang jujur kalah dan golongan
    yang tidak layak memimpin menang dengan suara majoriti, maka dia juga
    telah menentang perintah Allah dalam memberi kesaksian. Firman Allah di
    dalam surah al-Baqarah, ayat 282 yang bermaksud,

    “Janganlah saksi-saksi itu enggan (memberi keterangan) apabila mereka dipanggil.”

    “Dan janganlah kalian (para saksi) menyembunyikan kesaksiannya dan
    sesiapa menyembunyikannya, maka sesungguhnya dia adalah orang-orang
    yang berdosa hatinya.” (al-Baqarah: 283)

    [Dipetik daripada tulisan Dr. Yusuf al-Qaradhawi berjudul “Fiqh Daulah”]

  4. SEKIRANYA MASIH ADA DIANTARA PEMIMPIN PEMIMPIN UMNO YANG BENAR BENAR BERIMAN,
    WARAK,BERTAQWA DAN MENGAMALKAN ILMU YANG DIMILIKI,SUDAH TENTU DIA TIDAK AKAN LAGI BERADA DLM SEBUAH PARTI PERKAUMAN DAN BRGELUMANG DENGAN RASUAH,BETINA,ARAK DAN SEGALA MACAM PERKARA PERKARA KEJI DAN HINA DAN SUDAH PASTI ‘DIA’AKAN MEMILEH JALAN YANG ‘SEJAHTERA’ .

    BUAT PENGUNDI PENGUNDI MELAYU DI SEMUA KAWASAN TERLIBAT,RENUNGILAH..APAKAH KAMU RELA NASIB KAMU DITENTUKAN OLEH GOLONGAN YANG ‘KHIANAT’ INI.YANG HANYA MENGAUT HARTA KEKAYAAN UNTOK DIRI SENDIRI…KITA YANG DAIF DAN MARHAEN IBARAT MELUKUT DITEPI GANTANG,ITULAH NASIB KITA JIKA KITA MEMILIH UNTOK MEMENANGKAN CALON UMNO BN….

    BERUBAHLAH UNTOK KEBAIKKAN,BERUBAHLAH DEMI MASA DEPAN ANAK CUCU KITA.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: