Posted by: pinkturtle2 | Mac 31, 2009

63 Peratus Pengundi di Taman Bandar Baru adalah Pengundi Hantu dan pengundi ragu.

Menurut Timbalan Ketua Angkatan Muda KeADILan, Fariz Musa, dari keseluruhan 3,544 pengundi di sebuah Taman di Taman Bandar Baru, Sungai petani, seramai 2,215 atau 63 peratus dari jumlah penduduk di kawasan itu dikesan sebagai pengundi hantu dan pengundi ragu.

Menurut Timbalan Ketua Angkatan Muda KeADILan, Fariz Musa, dari keseluruhan 3,544 pengundi di sebuah Taman di Taman Bandar Baru, Sungai petani, seramai 2,215 atau 63 peratus dari jumlah penduduk di kawasan itu dikesan sebagai pengundi hantu dan pengundi ragu.

Hantu sudah muncul di Bukit Selambau

RIBUAN Hantu kini muncul di Bukit Selambau bagi membuat kacau dan menimbulkan huru hara kepada penduduk-penduduk di kawasan itu.

Hantu-hantu ini bukanlah hantu yang bertaring atau hantu yang tidak berkepala, tetapi pengundi-pengundi hantu yang dihantar oleh Barisan Nasional untuk menghalang proses demokrasi berlaku pada 7 April ini.

Menurut Timbalan Ketua Angkatan Muda KeADILan, Fariz Musa, dari keseluruhan 3,544 pengundi di sebuah Taman di Taman Bandar Baru, Sungai petani, seramai 2,215 atau 63 peratus dari jumlah penduduk di kawasan itu dikesan sebagai pengundi hantu dan pengundi ragu.

“Sebagai contoh, di sebuah rumah bernombor 3 di Taman Bandar Baru, terdapat sehingga 60 orang menetap dalam rumah tersebut. Yang menimbulkan persoalan ialah bukan hanya jumlah yang ramai tinggal dalam sebuah rumah tetapi ada kaum dari melayu, cina dan India menghuni rumah yang sama,” katanya dalam sidang media di Bilik Gerakan AMK di Sungai Lalang tengahari tadi.

Turut hadir dalam sidang media itu ialah calon pilihanraya kecil BUkit Selambau, S. Manikumar dan Exco Kerajaan Negeri Selangor, Xavier Jeyakumar..

Menurut Fariz, pengundi hantu tersebut berjaya dikesan menerusi Sistem Pilihanraya (Sismep) yang dikendalikan oleh KeADILan dan sehingga kini sebanyak 67 buah rumah di kawasan taman perumahan tersebut dikenalpasti terdapat pengundi hantu.

“Berdasarkan kad Pengenalan mereka, terdapat kod-kod yang bukan dari negeri Kedah seperti 04, 06, 07, 08 dan sebagainya,”katanya.

Kata Fariz, AMK kini sedang mengenal pasti beberapa lagi Taman perumahan yang dipercayai wujud pengundi hantu dan akan mengambil tindakan untuk pergi ke rumah-rumah tersebut bagi membuat pengesahan.

“Ini baru satu lokaliti yang berjaya dikesan, bermakna terdapat banyak lagi kawasan perumahan yang masih dalam kajian. Kita akan kenalpasti dan berikan perhatian serius kepada isu ini supaya pada 7 April nanti, pengundi yang keluar mengundi ialah mereka yang betul-betul ‘genuine’,”katanya.

Jesteru itu beliau mendesak Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR) supaya mengambil tindaan segera dan membersihkan senarai pengundi hantu yang terdapat di kawasan tersebut supaya proses demokrasi dalam pilihanraya kecil ini berjalan dengan lancar.

“Kita minta SPR ambil tindakan yang drastik untuk membersihkan daftar pengundi dan yang paling penting ialah kita mahukan ketelusan dan biarkan pengundi Bukit Selambau untuk membuat keputusan siapakah calon yang layak untuk mewakili mereka,” ujarnya.

http://www.suarakeadilan.com


Responses

  1. ambik la gambar then post la sini,baru la ada kebenaran’nya..
    kang nnt tv3 dan rtm kata, PR main isu lama,isu yg sama – balik2, pengundi hantu.. 😛

  2. lebih molek siarkan nama2 pengundi hantu tue dan alamat palsu mereka.

    biar satu malaysia tahu dan kenal mereka2 nie pengundi hantu yg dpt rasuah dari umNo, be end.

  3. setuju..at least proof

  4. Telahan yang telah saya buat beberapa minggu lepas dlm slot komen ini nampaknya ada kebenaranya.

    Sebab itulah SPR ‘memanjangkan’ tempoh sehingga selesai PAU, PAU hanyalah ALAT untok ‘DIVERT’ kerja kerja kotor yang dilakukan oleh SPR.

    Saya tetap yakin perkara yang sama juga berlaku
    di Bukit Gantang dan Batang Ai.Masa akan menentukan.

    Sekiranya penipuan ini dapat dibuktikan kesahihannya,maka kita ajukan kepada PAK PAK MUFTI agar dapat mengeluarkan satu FATWA mengenai perkara tersebut. Apakah perbuatan itu
    HARAM atau DIIZINKAN oleh islam….selain dari dibawa ke mahkamah..!

  5. sokong XC60 100%…
    sokong XC60 100%..
    sokong XC60 100%.

  6. Sesiapa yang terlibat dengan pengundi hantu(sanggup mengundi atas orang lain),maka ia adalah rasuah yang cukup nyata,duit yang mereka dapat adalah haram(berdosa).Mereka juga adalah sebagai pengkhinat bangsa dan perosak demokerasi.

  7. Setuju tu… siar je nama pengundi hantu, alamat n no ic sekali kat web ne atau mana2 web yang sekutu.. agar seluruh malaysia dapat tau siapa mereka.. … .. Tim gerak saraf kena kuat n kawe rasa geng2 kelate tahu mcam mana nak hadapi hantu2 ne.. kelate banyak kali dah…..

  8. yang baik datang dari Allah dan yg buruk itu dari kite2 sendiri.

    tipu didunia tak kemana…lubang kubur juga akhirnya…jawab nanti.

    ade aku kesah

  9. Kenapa jadi begini? SPR sepatutnya berkerja secara jujur. Kalau nak berparti, letaklah jawatan. Pembayar cukai dan semua rakyat menaruh kepercayaan kepada SPR tetapi hasil kerja sangatlah menyedihkan. Mana integriti sebagai petugas dan kakitangan awam. Kamu akan didakwa di akhirat kelak dan tak halal kamu makan bayaran gaji atau elaun tu. Tak perlu memihak dan jalankan amanah dengan jujur. Kalau kamu tak dapat bekerja dengan jujr, berhenti sahaja. Cari kerja lain. Arahan pihak berkepentingan tidak perlu dijadikan sebagai alasan untuk berkhianat. Ramai lagi orang-orang yang jujur boleh membuat kerja-kerja itu. Dalam perkhidmatan, tidak ada alasan yang boleh diterima. Minta sesiapa yang boleh buat, paparkan nama-nama yang tak wujud atau meragukan. Mana-mana waris yang sudah meninggal, sila inform kat SPR. Biar depa buat kerja depa.

  10. UMNO tu memang PENIPU DULU KINI DAN SELAMANYA!

  11. buktikan segera black and white….dptkan bukti pastu lapor pada polis Malaysia bukannya polis umno….dakwa SPR di mahkamah sbb tidak amanah kpd rakyat……….lawan tetap lawan….

  12. bwk video cam ramai2

  13. Dunia dah maju zaman dah berubah..mana ada antu antu lagi dah..

    AMKalut apa..sismep? Ambuih.. canggih sungguh noo sistem ampa pakai..misti buleh print out nama & alamat depa yang dok kata antu tuuu

    Ampa jangan dok buat fitnah merata…boh pi senarai nama depa tang sini bagi suma orang percaya gelembong hang tuuu…

    Antu kununnnnn….

  14. bukan sahaja di bukit selambau bukit gantang lagi ramai.. pengundi hantu + hantu altantuya.. agak2 berapa orang?


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: