Posted by: pinkturtle2 | Mac 31, 2009

Beberapa anggota MT Umno disiasat susulan pemilihan Khamis lalu – Lembaga Disiplin

Beberapa anggota MT Umno disiasat susulan pemilihan Khamis lalu – Lembaga Disiplin

KUALA LUMPUR: Beberapa pemegang jawatan tinggi Umno kini disiasat ekoran aduan berlaku amalan politik wang dua tiga hari menjelang perhimpunan agung parti itu minggu lepas, kata Anggota Lembaga Disiplin Umno Tan Sri Megat Najmuddin Megat Khas.

“Saya tak ariflah kes-kes yang mana disiasat sekarang tapi saya dengar memang ada kes yang sedang disiasat.

“Sampai hari ini boleh tahan jugalah (bilangannya). Berkaitan dengan jawatan tinggi pun ada banyak,” katanya kepada pemberita selepas membentangkan kertas kerja pada Sidang Kemuncak Anti Rasuah “Tiada Tolak Ansur Bagi Rasuah” anjuran Institut Strategi dan Kepimpinan Asia (ASLI) dan Transparency International Malaysia di sini hari ini.

Beliau ditanya sama ada masih terdapat laporan politik wang yang disiasat oleh lembaga itu walaupun setelah perhimpunan agung Umno itu berakhir Sabtu lepas.

“Memang dalam perhimpunan agung, itulah masanya pun berkempen cara politik wang,” kata Megat Najmuddin sambil menjelaskan beliau bagaimanapun tidak terbabit secara langsung dalam siasatan berkenaan kerana sebagai anggota lembaga mereka tidak boleh menjadi penyiasat, pendakwa dan juri sekaligus.

Ditanya sama ada kes berkenaan membabitkan juga Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin, beliau berkata sekiranya terdapat bukti sesiapapun akan dikenakan tindakan.

“Sesiapapun kita akan dakwa kalau ada bukti sahih yang teguh, tapi kalau bukti tak kuat, susah. Baik laporkan di Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia atau Lembaga Disiplin,” katanya.

Megat Najmuddin berkata pemberian wang untuk belanja makan dan minyak bukan merupakan satu kesalahan kerana yang penting ialah niat di sebalik pemberian wang itu.

“Kalau RM50 sekalipun tujuannya untuk membeli undi itu dikira rasuah politik dan politik wang. Jumlah tidak penting dan apa yang penting ialah niat,” katanya.

Beliau menyambut baik kenyataan Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mahu Lembaga Dispilin distruktur semula untuk diperkasakan.

“Elok sangatlah sebab kita pun tak ada jentera yang ramai untuk bekerja. Negara kita agak besar, Umno juga besar dengan anggotanya lebih tiga juta orang, jadi kita perlu perkasakan,” katanya.

Sebelum itu, semasa membentangkan kertas kerjanya, Megat Najmuddin mencadangkan lima langkah membanteras rasuah iaitu mengenakan hukuman lebih berat terhadap pemberi dan penerima rasuah, gaji lebih baik untuk kakitangan awam, kurangkan birokrasi, ketelusan dalam penajaan politik dan pendidikan yang memberi tumpuan kepada hakikat bahawa rasuah itu adalah satu dosa.


Respon

  1. hahahaaaa….
    duit bocor dari poket laaa….
    sapa yang dok tadah tangan..
    kita tungguuuu…………

    RENUNGAN BUAT PENGUNDI2 SEKALIAN.

  2. Huh ! tak habis-habis perangai busuk si UMNO dajal ni…..memang rasuah ni dah menjadi kiblat diorang…apa…UMNO ni tak malu ke ? tak ada kah lagi sifat malu kepada rakyat ? tak ada lagikah iman mereka ni ? masyaAllah….berserabut kepala tengok UMNO ni…memanglah Allah nak bg UMNO hancur….hancurlah UMNO/BN…tak de kerja lain, asyik buat kerja HARAM……TOLAK LAH UMNO….

  3. Begitulah dangkal nya maruah umno dalam melihat unsur rasuah dalam parti mereka,mereka tidak akan faham makna dari kejijikan rasuah itu apalagi untuk merasa bersalah dan berdosa.Daki dan noda rasuah itu telah menebal dalam dilubuk hati mereka,demi kekuasaan politik mereka sanggup membelakangi hak ugama.Namun yang cukup anih,diatas pentas mereka lah juara sebagai pejuang bangsa dan ugama,suara mereka terlalu angkuh disisi Allah.

  4. Kita nak dengag geng mana lagi pulak yg nak kena hukum. Geng Paklah yg ada sorang dua lagi tu ka atau geng Najib. Kalau geng Paklah Etnik Cleansing la tu.

  5. Buat apa kita nak pening dengan UMNO ni? Kita dah tau bahawa itu memang budaya UMNO. Budaya angpau.. Biar aje. Yang penting pastikan PR bebas dari unsur-unsur camtu. Kalau ada, dedahkan habis-habisan. Biar dia sampai tak boleh nak berkata-kata atau dia lompat parti gi kat UMNO atau MCA atau MIC macam Kalai.. Orang macam ini bukan sokong tetapi anai-anai. Cuma agaknya korang kasihan tengok depa kelam-kabut nak bagi bersih parti depa tu. Kalau nak perkasakan Lembaga Tatatertib tu, carilah orang muda. Tua-tua kerepot jadi Lembaga Disiplin Parti…perkasa apanya….ngabih duit aje.

  6. ASLI ni organise tentang rasuah. Tapi ASLI ni sapa punya dan sapa yang form ASLI. Duit HRDF semua channel kat dia sebab kursus yang dia buat saja boleh claim. Company lain payah dapat duit HRDF? Pasai apa? Mat said kena guna otak untuk siasa ASLI sendiri kut kut ada apa apa no!!!

  7. undi ‘aku’ dapat 10 ribu..klu menang dapat lagi 15 belas ribu…sape ek??? lu fikir la sdiri… pakat2 teka la..itu la phimpunan lanun2 sdunia..

  8. POlitik wang bagi UMNO jangan sebut rasuah. Politik wang halal. Rasuah salah. UMNO baik-baik cuma hulur sikit-sikit duit belanja beli gula bukannya beli undi. PSMI pun boleh tutup mata – tak ada kes – bersih. UMNO tak apa – tempat bergantung hidup mana boleh kacau. Nanti jawatan tak sambung. Dalam kubur nanti awak Pembebas Rasuah Negara Untuk UMNO, Polis Negera Ketuakah, Menteri Perdanakah jawablah sendiri. Tak tahulah dengan pangkat yang ada malaikat pun nak disaman.

  9. rakyat dah terlampau meluat dengan parti celaka UMNO yang tak habih-habih nak pekena rakyat..
    kononnya ada usaha untuk banteras rasuah, untuk membersihkan UMNO, cuba digambarkan pada rakyat..
    hanya yang cacat otak saja yang percaya dengan mainan malaun-malaun penyangak negara ini..

  10. Dari kacamata penilaian Lembaga Disiplin UMNO, politik wang ada diskripsinya yang tersendiri atau ada gambaran yang boleh diolah agar ianya tidak boleh dinamakan ‘RASUAH’ kerana rasuah adalah terlalu hina dan keji. Maka tidak hairanlah jika corak penghakimannya juga mempunyai beberapa implikasi yang berbeza dan tidak boleh dipertikaikan.Begitulah tegas dan betapa terbelitnya kekusutan yang bertambah kusut lahir dari karyawan -karyawan yang tidak diketahui rujukan dari sumber mana mereka perolehi. Adakah ianya sekadar bermain catur untuk kuasa gila kemenangan atau menutupi masa yang tercalar dengan sikap keji sebegini. Lalu bagaimanalah pula bentuk pengurusan yang terhasil dari politik wang ini kelak? Sedangkan umum tahu tidak ada bezanya antara Politik Wang dan Rasuah. Semaklah dalam kamus DBP kalau-kalau ada! Yang pasti telah ada ialah dua macam keputusan, yang satu bertanding manakala yang satu lagi digantung tapi pada dasarnya mereka masih bebas tanpa segan tanpa silu untuk teruskan karier politik mereka. Masya allah!!


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: