Posted by: pinkturtle2 | April 3, 2009

Mahkamah Perintah Raja Petra bayar RM1 juta kepada Bendahari Umno

https://i0.wp.com/3.bp.blogspot.com/_p0oiFNLP4Ys/R-rolTupeiI/AAAAAAAAALQ/glftZO7XmBk/s400/rajapetra-large.jpg

Reja Petra diperintah bayar RM1 juta kepada Bendahari Umno

15:06PM

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini hari ini memerintahkan penulis blog, Raja Petra Kamaruddin membayar pampasan RM1 juta kepada Bendahari Umno, Datuk Seri Abdul Azim Mohd Zabidi kerana menerbitkan artikel berbentuk fitnah.

Keputusan itu dibuat Timbalan Penolong Pandaftar mahkamah, Nor Hartini Abdul Hamid di dalam kamar mahkamah.

http://www.bharian.com.my


Responses

  1. Kayo pakcik….kayo….!

  2. 😛 😛 😛

  3. Keputusan itu dibuat Timbalan Penolong Pandaftar mahkamah, Nor Hartini Abdul Hamid di dalam kamar mahkamah.

    Hurayyyyyyyy !
    buat kindergarten.

    berita dari berita hairan.

    nor hartini memerintahkan seorang muflis membayar RM1 juta………….

    Kita cadangkan RPK bayar dengan menggunakan note bank neraka yang biasa digunakan oleh kaum cina kepada Abdul Azim.

    Bodoh punya Timbalan Penolong Pandaftar mahkamah !!!
    Memalukan !!!
    Kecik-kecik dah menjadi penjilat !
    lulusan universiti kangkung……….

  4. sungguh bongok timb penolong pendaftar mahkamah….orang yg dh bankrup mana mampu nk bayar satu juta.

    sama jugak hari tu…hakim yg jatuhkan hukuman penjara pd seorg adik yg susah yg terpakse berhenti sekolah lepas form 3 yg terpakse bekerja utk sara family dia yg asal dari perlis yg gagal utk pergi ke kem PLKN….hakim tue jatuhkan hukuman pd dia….sedangkan…..artis yg gagal utk g kem PLKN dibiarkan sahaja…bahkan diberi layanan istimewa diberi kelonggaran utk extend pergi kem plkn pd masa lain.

    bongok sungguh orang2 skang yg jadi hakim…poyo je cakap nk jd hakim, jd peguam utk menegakkan keadilan….poooraahhh!!!….penipu!!!…jadi hakim kipas dan jilat bontot pemimpin zalim, melindungi penjenayah….jadi peguam pulak utk mewakili penjenayah dan melepaskan penjenayah dari sabitan jenayah.

  5. Untuk XC 60(jika awak beragama islam jika tidak abaikan)

    Kita perlu mengetahui bahawa fitnah itu adalah satu perkara yang buruk dan boleh menjejaskan maruah seseorang. Fitnah ialah tuduhan, khabar, kisah dan lain-lain yang diadakan atau dibuat-buat untuk memburukkan atau membencanakan seseorang dan memfitnah pula ialah membuat fitnah dan mengada-adakan sesuatu untuk memburuk-burukkan atau membencanakan sesuatu pihak yang dilakukan sama ada dengan perkataan atau tulisan atau isyarat dan gerak-geri dan sebagainya, sama ada perkara itu sememangnya suatu keaiban atau kekurangan mahupun bukan. Orang yang membuat fitnah itu dikatakan juga sebagai orang yang membawa mulut atau mengadu domba.

    Adapun perbuatan fitnah itu hukumnya adalah haram dan termasuk dalam perkara dosa-dosa besar. Firman Allah Subhanahu Wata’ala dalam Surah Al Qalam ayat 10-11 tafsirnya :

    “Dan janganlah kamu menurut kemahuan orang yang selalu bersumpah, lagi yang hina, yang suka mencaci, lagi yang suka menyebarkan fitnah hasutan”.

    Diriwayatkan daripada Khuzaifah Radiallahuanhu, beliau mendengar Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda maksudnya :

    “Tidak masuk syurga orang yang suka memfitnah (mengadu domba)”. {Hadis riwayat Imam Muslim}

    Daripada dalil-dalil tersebut jelas menunjukkan bahawa fitnah itu adalah suatu perkara yang sangat dilarang dan perlu dijauhi. Oleh yang demikian, kita hendaklah memelihara diri dan keluarga kita dari perbuatan menabur fitnah. Maka apabila disampaikan kepada kita suatu berita yang memburuk-burukkan orang lain, maka kita hendaklah memelihara diri kita daripada mendengarnya dan menghebah-hebahkannya kepada orang lain.

  6. Salam dari budak tadika berlogo HIJAU.

    Apa yang hendak dikisah.
    Berani buat beranilah tanggong.
    Tak usah merayu, tak usah marah
    Bayaq saja, dah RPK ramai penyokong.

  7. XC60 on April 3, 2009
    at 8:21 pm

    sama jugak hari tu…hakim yg jatuhkan hukuman penjara pd seorg adik yg susah yg terpakse berhenti sekolah lepas form 3 yg terpakse bekerja utk sara family dia yg asal dari perlis yg gagal utk pergi ke kem PLKN….hakim tue jatuhkan hukuman pd dia….sedangkan…..artis yg gagal utk g kem PLKN dibiarkan sahaja…bahkan diberi layanan istimewa diberi kelonggaran utk extend pergi kem plkn pd masa lain.

    Eh,eh,eh…………….
    Apa pulak fitnah cerita yang dibawanya ?
    Bukankah peristiwa itu benar ?
    Yang menyembunyikan kebenaran bagaimana pulak ?

    Agaknya,diulangi agakkknya….ini yang dimaksudkan Mahafiraun melayu mudah lupa ?

  8. Kalau dah muflis nak bayar camner???Akai x dak ka. Nak jatuhkan hukuman pun bialah logik bukan main hentam keromo ajer. Paham…

  9. Bayar ajelah ikut kemampuan. ayar ansur RM1 sehari..lama-lama habislah. Tapi kalau dah bangkrap macam mana? Entahlah…tu pasai jangan buat fitnah..

  10. Kalau nak tulis tu biaq berita betui.Aku pun marah kalau dok baca cerita karut-karut aja.
    Biaq surat habag luar tu saja dok kelentong tapi yg dalam ni biaq yang panas dan tepat.

  11. haram RPK nak bayar..baik masuk jail dari bayar kepada perompak negara..

  12. salam. Rasulullah ada bertanyakan kepada sahabatnya tentang orang yang muflis di akhirat. orang yang muflis di akhirat adalah seseorang yang mati dengan membawa pahala yang banyak tetapi kerana banyak melakukan dosa kepada sesama manusia sehingga habis pahalanya ditolak oleh Allah untuk menggantikan kesalahan yang telah dilakukannya. Dalam kes raja petra ini kita sepatutnya mengambil iktibar yang bersungguh-sungguh untuk kita menghadapi perkara selepas kematian nanti. Kalau di dunia Allah dah tunjukkan kepada kita begini balasannya tidak tahulah apa akan terjadi sesudah mati nanti. Kalau kita nak sokong seseorang tidak semesti perkara yang salah pun kita perlu sokong juga. Manusia yang selalu berkata sesuatu tanpa dapat membuktikannya adalah manusia yang lebih hina dari orang yang bodoh berlagak pandai.

  13. Ingatlah!

    – Bahawa hakim melayu UMNO sanggup mengatur logik bagi menghalalkan orang yang tidak bersalah terpenjara, contohnya dalam kes Dato’ Seri Anwar.

    – Manakala orang yang sah bersalah dibebaskan begitu saja, contohnya dalam kes Allahyarhamah Noritta.

    – Alasan hakim melayu UMNO wujud sperma X. Siapa lelaki sperma X itu? Kenapa tidak dicari secara saintifik dan bersungguh-sungguh lelaki sperma X itu?

    – Akhirnya, begitu ramai orang baik-baik yang dimangsakan oleh logik kotor melayu UMNO pembohong..

    HENDAK SERIBU DAYA BUKANNYA SERIBU DALIH
    – Naspazi

  14. Salam Naspazi,

    Komentar kadang-kadang tersasar dari logik.
    Saya setuju dalam hal ini logik diguna pakai untuk mencari mangsa.

    Tetapi ada satu lagi yang banyak digunakan dalam komentar dialam siber iaitu ketagihan.
    Contohnya ketagihan candu,dadah,alkohol dan seumpamanya,yang mana dapat melemahkan pemikiran normal manusia.

    terima kasih kerana saling ingat-mengingati.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: