Posted by: pinkturtle2 | April 9, 2009

Kes Altantuya… Azilah dan Sirul dihukum gantung sampai Mati

Azilah dan Sirul dihukum gantung sampai mati

SHAH ALAM: Cif Inspektor Azilah Hadri dan Koperal Sirul Azhar Umar hari ini dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam setelah didapati bersalah atas tuduhan membunuh wanita Mongolia, Altantuya Shaariibu.

Hakim Datuk Mohd Zaki Md Yasin berkata kedua-dua mereka gagal membuktikan sebarang keraguan bagi kes dakwaan tersebut sebaliknya hanya menyalahkan antara satu sama lain.

Kedua-dua anggota Unit Tindakan Khas (UTK) ini selesai memberi keterangan membela diri Februari lalu tanpa memanggil saksi lain selain mereka sendiri.

Azilah, 33, yang diwakili dua peguam, Datuk Hazman Ahmad dan J. Kuldeep Kumar membela diri dengan memberi keterangan di kandang saksi manakala Sirul Azhar, 37, yang diwakili peguam Kamarul Hisham Kamaruddin, Hasnal Redzua Marican dan Ahmad Zaidi Zainal memilih untuk membacakan keterangan bertulis di kandang tertuduh.

Dalam kes yang pernah menjadi tumpuan media tempatan dan antarabangsa ini, kedua-dua mereka didakwa membunuh Altantuya, berusia 28 tahun, di antara Lot 12843 dan Lot 16735 Mukim Bukit Raja dekat sini antara pukul 10 malam, 19 Oktober dan 1 pagi, 20 Oktober 2006.

Sebelum ini, mereka dibicarakan bersama-sama Pengarah Eksekutif Pusat Penyelidikan Strategik Malaysia (MSRC), Abdul Razak Abdullah Baginda, 48, yang dituduh bersubahat membunuh Altantuya.

Bagaimanapun pada 31 Oktober 2008, penganalisis politik itu dilepaskan dan dibebaskan tanpa perlu membela diri setelah pihak pendakwaan gagal membuktikan elemen penting dalam pertuduhan bersubahat.

http://mstar.com.my

Azilah dan Sirul dihukum mati… Versi Malaysiakini

Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini menjatuhkan hukuman gantung sampai mati ke atas Cif Inspektor Azilah Hadri dan Koperal Sirul Azhar Umar selepas mereka didapati bersalah terhadap tuduhan membunuh wanita Mongolia, Altantuya Shaaribu.

Kedua-dua anggota Unit Tindakan Khas (UTK) itu didapati bersalah membunuh Altantuya Shaariibuu, 28, di antara Lot 12843 dan Lot 16735 Mukim Bukit Raja dekat sini antara jam 10 malam 19 Oktober dan 1 pagi 20 Oktober 2006.

altantuya trial 160707 azilahSebelum ini, mereka dibicarakan bersama-sama Pengarah Eksekutif Pusat Penyelidikan Strategik Malaysia (MSRC), Abdul Razak Abdullah Baginda, 48, yang dituduh bersubahat membunuh Altantuya.

Bagaimanapun pada 31 Oktober 2008, penganalisis politik itu dilepaskan dan dibebaskan tanpa perlu membela diri setelah pihak pendakwaan gagal membuktikan elemen penting dalam pertuduhan bersubahat.

Azilah, 33, dan Sirul, 37, telah dipanggil membela diri pada 31 Oktober tahun lalu. Azilah memberi keterangan membela dirinya sendiri di kandang saksi manakala Sirul Azhar membacakan keterangan bertulis di kandang tertuduh.

Selepas penghakiman dibuat, peguam kedua-dua tertuduh menyalahkan satu sama lain berhubung keputusan mahkamah itu.

Mereka mendakwa, kegagalan memanggil saksi-saksi lain telah menjejaskan kes pihak pembela untuk menyokong alibi Azilah dan Sirul.

Karpal Singh, yang menjadi peguam pemerhati bagi pihak keluarga Altantuya berkata, sabitan ke atas kedua-dua tertuduh itu, tidak dapat memperbaiki imej Malaysia di peringkat antarabangsa.

Menurutnya, masih banyak persoalan yang belum terjawab berhubung motif pembunuhan wanita Mongolia itu.

Menurutnya, satu lagi persoalan yang belum terjawab ialah sama ada kedua-dua tertuduh itu melakukannya atas kehendak sendiri atau diarahkan berbuat demikian oleh orang lain.

“Pastinya Dr Shaariibuu Setev (bapa Altantuya) tidak akan puas hati kerana beliau merasakan terdapat orang lain lagi yang turut terbabit tetapi terlepas daripada hukuman,” katanya.

Manakala ketua pihak pendakwaraya, Tun Majid Tun Hamzah berkata pihaknya berpuas hati dan telah membuktikan bahawa tiada orang lain terbabit dalam kes pembunuhan itu.

Peguam Sirul – Hasnal Rezua Merican – berkata beliau akan mengemukakan rayuan terhadap hukuman tersebut.

Malaysiakini

About these ads

Respon

  1. bagus, yg tukang buat ni kita gantung, bapak penyangak kita lepas…. yahuuu…

  2. Apa kata jika kedua-dua ekor Kambing Hitam tersebut dibunuh, sebagaimana mereka membunuh Alatantuya?

    Nampaknya, membunuh dan kambing hitam budaya dan kerjaya baru kaum melayu.

    MELAYU MUDAH LUPA GAMAKNYA
    - Naspazi

  3. maybe diorang anggap lepas dah jatuhkan hukuman mati kat kambing hitam 2 orang ni,terlepas la najib..
    makcik n pakcik kat kampung bolehla nk kelentong..
    rakyat dah cerdik la najib!
    puih!

  4. Sememang nya kedua mereka itu telah terlibat sama dalam kes pembunuhan gadis mongolia itu,namun yang menjadi dalang bagi pembunuhan itu masih hidup bebas.Kita kena bertanya secara jujur,siapakah mereka itu,jika yang menjadi dalang itu adalah orang biasa(bukan orang penting kerajaan),sudah pasti ia telah lama diseret kemuka pengadilan.

  5. Both of them should expose the true story rather than die for nothing !!!!

    http://globalbreakingnews.blogspot.com/2009/04/death-sentence-for-altantuyas-murderers.html

  6. jika mereka didapati bersalah … bagaimana pula dengan yang menjadi dalang atas perbuatan mereka tersebut?

    Agaknya selepas ini siapa yang merancang akan terlepas begitu sahaja? yang diarahka melakukan, tertangkap dan terhukum?

    Apakah inilah dinamakan undang undang yang adil?

    Malaysia oh Malaysia.. dimanakah keadilan?? Salam simpati pada keluarga Sirul dan azilah ….

    Yang Nyata orang yang terlibat terlepas yang disuruh menerima hukuman… percayalah ALLAH SWT akan membalas pada mereka mereka yang senang senang belakon seperti tidak bersalah…..

  7. Aku rasa dia org x akan mati.. officially YES
    Tapi akan dilarikan ke negara lain… percayalah..
    Sapa tau…so..semua lepas..
    last sekali.. x tau siapa dalangnya.. x kanlah saja2 nak bunuh kot…hehe…

  8. saya nak tanya semua org kenapa muka dia org Polis di tutup? dari kena tangkap sampai sekarang pasai apa kes Mona Fendy bole tunjuk muka kat org ramai…………

  9. Aku rasa pun macam tu, dimahkamah umum tau
    hukuman gantung sampai mati pucuk ke atas kedua-dua tu, tapi dari belakang keluar beberapa keping cek untuk menyuruh mereka keluar dari MALAYSIA ni agar rakyat tahu bahawa mereka telah dikukum gantung. Kalau betul tulus pulus, tunjukkanlah `life’ hukuman ke atas mereka?.Mampus tak dia tunjukkan. Tengoklah saja Razak Baginda, mana dia keja sekarang ni? mana ada di Malaysia….. Apa-apa pun di dunia ni kau (………..) selamatlah, di akhirat nanti tahulah Tuhan nak buat apa balasn ke atasnya. Yang aku gerammmm sangat ni si kambing tu apasalllll tak kasi bukti……. Heee gerammmm.

  10. jangan depa pi gantung banduan lain atau mat gian sudah hehehe. lagi lawak kalau depa gantung mayat muahahahaha

  11. memang depa ni bunuh, kalau tidak mcmana hakim boleh hukum,…. yg dalang tu ..bukan dalang..yg sebenarnya tapi saksi yg tau apa sebenarnya yg berlaku…x kan depa ni nak bunuh orang mcm tu aje.. yg benar akan terserlah dan yg bathil akan lenyap.. u org semua tunggu lah nati ..satu masa akan terbongkar jua..adanya… mcm cerita trajedi memali dulu..lah…

  12. Duit punya pasal…nyawa boleh melayang! Aku rasa macam mati sia2 jer…itu pun kalau betul dia kena gantung sampai mati. Kalau ada konspirasi lain pulak camner…apa2 pun boleh jadi dunia ni!

  13. Depa ni semua akan lepas,bukan pasai apa,aku nak tanya kat hangpalah……agak2nya hang kenai ka rupa makrok dua ekor tu,kalu depa dok sebelah hang pun aku rasa hang x kenai…..Jadi yang kena gantung tu depa gantilah dengan sapa2 yg dah memang pun tunggu hari saja…Lepaih ni depa pi la makan angin kat Monggolia nu,maklumlah duit dah banyak (Upah tutup mulut)

  14. Azilah and Sirul. Alang-alang kena bunuh, buat ape nak sorok-sorok cerita lagi. U must have disclosed all the related stories… If not, both of you are not human. Or, Azilah and Sirul are just imaginary characters…

  15. Rakyat akan membuat bermacam macam telahan.Ada yg cakap mereka nie kambing hitam,ada yg cakap depa ni akan dihantar keluar negeri,ada yg cakap macam2 lagi lah.Banyak yang tersirat dan tersurat sepanjang perbicaraan kes altantunya nie.Kita nie nak komen lebeh lebeh pun mungkin disalah anggap ler plak nanti.Tapi yang heran kenapa ler dia orang nie nak bunuh si Altantunya nie.Altantunya nie rasa nya tak menyusahkan dia org pun.Bukan minta duit dia orang pun.Apsal plak depa nak pi bom sampai bekecai mayat tu. saper yang bagi bom tu kat dia orang.setahu saya lah C4 ni hanya tentera jer yang ada simpananya.Macamana plak polis boleh dapat stok tu.Senang2 jer depa bawa kuar dari kem askar tu.Heran kan.Lagi satu si mamat tu cakap dia kambing hitam tapi saper plak gembala dia. Tak nak bagitau ler plak walaupun da nak kena bunuh da.ni.Nak mempertahan kan saper ek.Kalu memang da suka sangat nak mati tu tahu ler say,tapi bukanya mati sahid pun.agaknya dia hanya a boleh bagitau bila jasad dia da melayang agaknya.entah la.

  16. nismoxuan, nak cerita mcmmana? suratkhabar mana nak dpt story tu? masa zaman Rasulullah s.w.t ada citer pasal seseorang yg nak larikan diri dari malaikat maut?..sampai bila boleh lari? bila tiba masanya..tidak cepat @ lambat sesaat pun..termasuklah dalang-dalang kes ini, biarlah Razak Baginda tu nak duduk kat London, alah setakat London,..kat Langit ke-7 pun dia akan mati bila sampai masanya?..Taubat? ehmm..wallahualam..

  17. ingat tak yang Tuan Guru Nik Aziz pernah saman Herald Tribune (UK) kerana mendakwa Tuan Guru ada hubungan dgn Al-Qaeda, hasilnya Tn. Guru menang RM 1 juta, begitu jgk bila dia saman Utusan Meloya, ni semua cerita lama tapi kalau BENAR apa nak takut setakat akhbar UK pun boleh disaman..tapi…Kenapa ya Najib tak saman-saman suratkhabar UK,Indonesia, Thailand, Korea dan ada jgk Singapore yang tulis pasal dia dan kes ni..susah jugak nak jawap tu.

  18. malaysia boleh !!!! pak polisi masih x sodar2 ke hangpa suma tu digunapakaikan oleh mereka2 yg ada power…pakai otak la woii !!

  19. pelik ar.. asl lak mangko 2 eko ni ni p bunuh c mongolia 2? asl? 2 org ni nak suka2 nk test bom tu ke? or mongolia tu wat pijaman along? pergh… xkan ar diorag nk bunuh tnpa sbb… kalo tnpa sbb.. msti ar terlepas… tp kurg2 inya ttp menjejaskan pasukan pertahanan negara…adios..

  20. Semoga peristiwa ini menjadi iktibar kepada semua polis-polis semua da n FRu…

    Jangan asyik nak lanyak pembangkang ajer…Hangpa setia-setia sangat pun dapat apa?Hangpa patuh-patuh sangat pun dapat apa?

  21. Gua pun pelik. Mereka tu polis. Kerja mereka jaga keamanan. Tup! Tup! jadi pembunuh.

  22. HAKIKAT kita PERLU PERUBAHAN
    • Berubahlah dari terus mengekalkan pemimpin2 rasuah
    • Berubahlah dari pemimpin2 yang mempunyai amalan politik wang
    • Berubahlah dari pemimpin2 yang mempunyai salah laku moral
    • Berubahlah kita daripada pemimpin yang suka menyekat kebebasan rakyat bersuara
    Berubahlah daripada pemimpin2 serta kroni yang suka membuat laporan serta memutar belit fakta
    sebenar

  23. u cuba org tgk ada x waris dua ekor polis ke dtg ke mahkamah untuk mendengar sepanjang perbicaraan tersebut

  24. muka ada tutup macam zorro macam mana pun ramai orang sudah kenal mamat bt. gantang dengan melayu dayak sarawak 2 orang ni.

  25. erm…
    officialy diorg blh le di’declared’kn dh mati nnti…
    tp sape yg tau kn if after this identiti ditukar n go on kerje balik mcm biase….
    mana tau kot2 dpt naik pangkat ke….
    huhu…

  26. kalau waris depa mai dah tentu rahsia bocoq

  27. sepatutnya dua2nya kena citer hal sebenarnya kepada umum…daripada kena gantung sia2..atleast org tau sapa dalang sebenarnya dalam kes nie..

  28. jgn harap….malaysia boleh. sapa yg tau rupa diorang ni. ntah2 pagi tadi dah dok minum teh tarik sblh kita. pelik, napa mesti sorok muka diorang. lain mcm pulak rasanya. ada deal belakang tabir ni. anyhow, tahniah pada mukriz, jadi timbalan menteri… see, abis org dollah ke campak… najib jadi boneka madey..ha ha ha…

  29. mmg ler kena hukum gantung,tapi korag jgn terpedaya…nati tgklah mesti terlepas punya..

  30. kalau 2 org ni bunuh atntuya sbb masalah pribadi mmg patut le kn gantung, tp kalau diupah @ diarah,maka tersnyun le pngarah @ pengupah tu sbb terlpas mcm tu je. maka betul2 le jd kambing korban polis 2 org tu.

  31. kawan2 semua saya pakat marila kita berdoa pada allah mudah2han mereka yg dihukum gantung nie diampunkan dosa mereka kita semua tidak tahu apa yg mereka selindung atau pertahankan sekiranya ini percaturan seseorang yg mempunyai kuasa perundangan atau sebaliknya tak perlula kita memberi berbagai tomahan dan spekulasi kerana dosa dan pahala hanya allah ta ala yang menentukan kita yg masih hidup ni pula mendapat dosa kerana ingin menentukan sapa yg salah atau tidak cuba fikir dan kaji mengikut hukum akal masing2 sambil berdoa di dalam hati moga allah memberi petunjuk pada kita dan hamba2nya allahualam

  32. pastikan pengantungan dua pesalah itu (bukan orang lain) tu disaksi oleh seluruh dunia…

  33. Jgn jd mcm cita hg tuah dah le…..di katanya hukum bunuh tub tub di sembunyikan….kita bukannya th pun kat mn polis ni nak d hukum. muka pun tak penah tegok. tp aku kesian le kat polis ni,ish tak nak cakap le,,nnti tersalah ckp plak…

  34. Salam hormat para sahabat yang baik,

    1 . Saya tidak menuduh mereka berdua Kambing Hitam, mereka berdua sendiri yang kata, mereka hanya Kambing Hitam seseorang. Siapakah seseorang itu? Mereka berdua sahaja yang tahu..

    2 . Mereka berkata lagi, walau pun mereka berdua telah membunuh Altantuya, tetapi mereka berdua kononnya tiada NIAT membunuh Altantuya.

    3 . Persoalannya, kalau mereka tiada NIAT membunuh Altantuya, kenapa mereka bunuh juga?

    4 . Kalau mereka tiada NIAT membunuh Altantuya, apa makna dan tujuan mereka membunuhnya?

    5 . Kenapa mereka berdua tidak menjelaskan kepada mahkamah tentang orang yang menjadikan mereka berdua sebagai Kambing Hitam atau orang yang menyuruh mereka untuk membunuh Altantuya.

    6 . Apa tujuan Altantuya datang ke negara kita? Jawapannya adalah, ia datang ke negara kita kerana menuntut US$500,000.00 komisen yang dijanjikan kepadanya setelah menjadi juru bahasa Russia bagi pihak Malaysia dalam urusan pembelian Kapal Selam Russia.

    7 . Malangnya, bukan sahaja US$500,000.00 yang dijanjikan kepadanya tidak diberi, bahkan diculik, ditembak dengan pistol, dimasukkan dalam plastik hitam dan diletupkan lagi dengan BOMB C4 sebagai bom pemusnah Kereta Kebal.

    6 . Alangkah sedihnya prinsip mereka berdua. Yang menyuruh mereka membunuh terus HIDUP, sedangkan mereka berdua akan MATI.

    Justeru, betapa pegangan hidup melayu UMNO sungguh menghairankan gamaknya..

    BUDAYA SI KITOL DAN MENDALIAR MENJIJIKKAN
    - Naspazi

  35. Kita perlu kembali kepada hukum Islam yang sebenarnya iaitu Hukum Hudud untuk menangani masalah semasa. Selagi menggunakan hukum buatan manusia, selagi itulah masalah manusia tidak akan selesai. Semoga kerajaan baru sekarang menggunakan Hukum Hudud untuk menghadapi masalah zaman sekarang.

  36. Hampa semua hanya boleh cakap dan tulis sahaja, Kajian telah dibuat kebanyakkan orang melayu diMalaysia, boleh dibeli dengan ringgit dan betina. Bak kata pepatah DUIT dan B***T abang adik pun HENTAM O . Kalau tidak takkan KHAIRY Boleh menang. Ketua PEMUDA Kelantan la ni pakai kereta DBD 1 (Itu LAJE punya Lombo OOOOO, halega No. saje 40LIBU)

  37. banyak persoalan wujud daripada keputusan mahkamah ini. Keputusannya dipertikai dan perjalana proses nak “kojolkan” mereka inipun akan dipertikaikan samada betul-betul dan tercerut lehernya atau ada “hanky-panky” pula. Apa motif pembunuhan ini…..???? Hanya orang gila sahaja yang bunuh tanpa ada motif… aku minta semua ahli beruniform terutama PDRM menjalani ujian psikologi bagi memastikan semua stafnya tidak mengalami gila dan boleh bumi orang tanpa niat dan tanpa sebab. gua serammmmmm ni…

  38. Perasan tak;

    Peguam Sirul – Hasnal Rezua Merican – berkata beliau akan mengemukakan rayuan terhadap hukuman tersebut.

    Ada rayuan beb. Kalau kita buat betting OK gak ni. Agak2 rayuan diterima tak?

  39. Kes Ini memalukan seluruh rakyat Malaysia…..hanya Allah maha mngetahui…pada yang terlibat tunggulah pengadilan Allah nanti….dunia lepas tapi akhirat tak akan terlepas…..

  40. [...] Kes Altantuya… Azilah dan Sirul dihukum gantung sampai Mati Azilah dan Sirul dihukum gantung sampai mati SHAH ALAM: Cif Inspektor Azilah Hadri dan Koperal Sirul Azhar Umar [...] [...]

  41. hanya Allah yang tau apa sebenarnya yang terjadi……siap betul atau salah….hanya di akhirat nanti yang menentukan……

  42. kalau kambing itam pun, aku tak snggup sampai kena hukuman gantung. baik aku cerita je sapa dalang disebaliknya… Hmmmm dunia2…

    tips buat duit dengan serai!! klik
    :)

  43. ok.. gantung pun gantung la..
    tapi kami nak siaran langsung kat semua siaran TV.
    Muka kasi buka aah…

    kalu depa buat cerita rekaan semata-mata … camna???

    Ni budak dua orang ni asal dari mana?? sapa mak bapa depa?? tak dak cerita ka?? sapa2 blogger dok kat kg depa?? takkan depa tak dak famili langsung?
    takkan nak biaq anak kena gantung camtu je kalu tak salah… expose la bro!!!!!!!

  44. Ala…mesti ade gambar gambar deme. Misalnya kat majalah sekolah deme. Kat tempat deme pergi kursus dan sebagainya. Kat paspot dan tempat2 rasmi (pejabat) mungkin dah kena erase. Blogger boleh cari tempat tak rasmi.

  45. kenape xtujuk muka azilah n sirul ore malaysia nk kenal juga sape azilah sape sirol,kalau xtujuk,aku rasa azilah n sirul xkn dihukum mati
    malah di hantar ke luar negara,

  46. kepercayaan kepada tuhan-depa dah x takut
    kesetian kpd raja n neg-mmg setia,biar kena gantung
    keluruhan perlembagaan-leh tukar bila2
    kedaulatan undang2-langgar je
    kesopanan n kesusilaan-dah hancur lama dah..

    apa yg negara kita pegang sekarang.????

  47. btul ke dorg bunuh.?
    asal razak baginda tu ley lepas.?
    rs dua org ni org suruhan or ap..tp bos die xtau sape la.. x kan saje2 nk risk kan diri bunuh org tnpa sbb.. x kn tbe2 jer ley kenal altantuya tu tepi jalan n bom kan, kn,, dorg pon xde kena mengena dgn altantuya, soo,,,, sape d sebalik smue ni?? pasti kebal undg2 org tuee..

  48. Jangan2..nanti ada rayuan…and keampunan…(raja?) then terlepas selang bebapa tahun.
    Hope tarikh hukuman disebarluaskan nanti.
    Ada tak NGO yang pantau lokasi penjara/sel mana mereka sekarang??DNA perlu direkodkan. Jangan2 sedang honeymoon n hidup mewah kat oversea? Apa logik tutup muka…x sesiapa saudara mara hadir ke mahkamah masa bicara? Sangat luar baisa….n kes pelik…..


Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 61 other followers

%d bloggers like this: