Posted by: pinkturtle2 | April 10, 2009

Manakah YB hendak letakkan muka? – Husam

Seperti YB ikuti, calon BN telah tewas dengan majority yang lebih besar dari pilihanraya umum 2008, sekalipun gambar YB sebagai 'Menteri Besa' tersenyum lebar dan terpampang di mana-mana. Kemenangan YAB Datuk Sri Nizar telah membuktikan segala-galanya.

Apa lagi yang boleh menghalang naluri murni YB tidak tersentuh dan deria maruah YB tidak terpanggil? Masihkah mampu YB berdiri tercacak sebagai 'Menteri Besar Perak' sedangkan pilihan rakyat adalah lain dan rakyat Perak melalui pengundi Bukit Gantang telahpun menjatuhkan penghakiman mereka? seorang ahli UMNO, boleh mengakui hakikat ini, di manakah YB hendak letakkan muka? - Husam

Surat YB. Husam kepada Dr. Zambry

YB Datuk Zambry Abdul Kadir,
ADUN Pangkor, Perak Darul Redwan.
Assalamualaikum wr wt.

PEMBUBARAN DUN PERAK

Salam, dengan iringan YB dalam keadaan sehat sejahtera.Kelancaran Pentadbiran Negeri Perak dan kestabilan politik yang membolehkan urusan kebajikan rakyat dikendalikan dengan baik terganggu apabila kuasa Kerajaan Negeri Perak dirampas dengan membelakangkan pilihan rakyat.

YB terlibat sebagai watak utama apabila bersetuju menerima jawatan MB sekalipun MB yang sah tidak pernah dalam apa jua cara mengosongkan kerusinya. Atas takdir Allah, berlaku kekosongan kerusi di Perak berikutan kematian YB ADR Bukit Gantang di mana satu dari ADUN yang telah berpaling tadah ada di situ, iaitu DUN Cangkat Jering.
Seperti YB ikuti, calon BN telah tewas dengan majority yang lebih besar dari pilihanraya umum 2008, sekalipun gambar YB sebagai ‘Menteri Besa’ tersenyum lebar dan terpampang di mana-mana. Kemenangan YAB Datuk Sri Nizar telah membuktikan segala-galanya.
Rakyat Perak tidak boleh menerima kerajaan haram yang membelakangkan pilihan rakyat. Apa lagi semua dasar-dasar yang diputuskan oleh Kerajaan Pakatan Rakyat telah diteruskan tanpa satu pun dirombak walaupun UMNO mendakwa dasar-dasar itu merugikan Melayu, termasuk dasar pemberian milik tanah yang telah terbengkalai puluhan tahun semasa BN mentadbir Perak.
Saya suka memetik pendapat Dr. Wee Ka Siong, Dr. Cheah Soon Hai, Pengerusi Gerakan Kedah dan Encik Ismail Saffian, bekas calon BN di Bukit Gantang sendiri, yang disiarkan dalam akhbar The Star, muka surat N4 hari ini: bahawa punca kekalahan BN bukan sahaja di Bukit Gantang, malah juga di Bukit Selambau ialah peristiwa perampasan kuasa Kerajaan Perak.

Jika calon BN sendiri, seorang ahli UMNO, boleh mengakui hakikat ini, di manakah YB hendak letakkan muka? Ia bukan sahaja menyebabkan BN kalah di Bukit Gantang, tetapi kesan negatifnya sampai ke Kedah. Selain calon, rakan-rakan parti komponen YB juga secara terbuka menyalahkan tindakan berkenaan. Kalau sudah ahli dan rakan sendiri menyalahkan YB dan parti YB, tentulah rakyat yang telah membuat pilihan mereka merasa terkilan berlebih lagi.

Apa lagi yang boleh menghalang naluri murni YB tidak tersentuh dan deria maruah YB tidak terpanggil? Masihkah mampu YB berdiri tercacak sebagai ‘Menteri Besar Perak’ sedangkan pilihan rakyat adalah lain dan rakyat Perak melalui pengundi Bukit Gantang telahpun menjatuhkan penghakiman mereka?
Kembalikanlah kepada rakyat. Walaupun sudah terlajak, ia masih boleh dibetulkan jika kehormatan politik dan maruah diri masih utuh dan tinggi.
Salam
Husam Musa
Naib Presiden PAS
13 Rabi’ul Akhir 1430/ 9 April 2009
husam-musa-61

Respon

  1. Kepada Husam Musa,

    Kalau diteliti keputusan BKt Gantang,Bukan semua orang melayu yang menyokong DS Nizar,Nizar menang dengan majoriti 2874 adalah undi yang diberi oleh Pengundi Cina 100% di kuala sepetang,Undi melayu meningkat berpihak disebelah BN. Oleh itu PAS perlu bekerja kuat kerana undi cina bila-bila masa sahaja boleh bertukar tangan
    sekiranya calon yang diketengahkan oleh BN lebih bersih kemungkinan BN akan menang,lagipun perayu undi BN terlalu malas jika dibandingkan dgn perayu undi PAS yang datang dari seluruh pelusuk tanahair bersama anakbini sanggup bermalam diBkt Gantang dengan tenpat tidur yang langsung tidak selesa. Cuba fikir jika BN juga buat perkara yang sama kemungkinan PAS akan kecundang.

  2. wahai orang melayu korang jgn pikir duit ja…aku kalau pemimpin melayu rasuah biar aku sokong yg bukan melayu…diorang mmg xda dlm pengalaman rasuah seperti S manikumar…

  3. pemimpin dalam umno mana ada rasa empathy. mereka tidak mengakui perasaan rakyat. pada mereka rampasan yang dilakukan direstui oleh rakyat, walhal adalah sebaliknya. krisis ini akan berpanjangan tanpa ada penyelesaian mutlak dari segi undang-undang. pilihan yang terbaik adalah kembali kepada rakyat. beranikah bn bersemuka dengan rakyat?

  4. Bagus juga UMNO tewas di dua Bukit.

    Bayangkan kalau mereka menang, dah tentu 7 hari 7 malam mereka akan memekek lolong kegembiraan sambil mengutuk Pakatan Rakyat.

    BN/UMNO sudah tewas di 4 – 0 dalam PRK selepas PRU12.

    Adakah ini telah menandakan BN/UMNO sudah mula pulih?

  5. Lebih ramai pengundi Melayu menyokong BN di Bukit Gantang adalah kerana mereka takut. Biasalah kalau dah berpendidikan rendah dan tinggal di luar bandar pulak tu mudah ditakut-takutkan dengan isu-isu perkauman yang diketengahkan oleh Umno.

  6. ana perayu undi kat air putih kuala sepetang, PRK bukit Gantang baru baru ni, tempat mengundi tepi jalan utama dari highway plus ke kaw industri kamunting. Untuk makluman, 10 kereta yang melalui jalan tersebut, 7 siap terpasang bendera, lambang PAS. BN cuma teksi angkut pengundi jee. No wonder they kalah kat bukit gantang.

  7. kepada fatamorgana, kenapa orang Melayu je yang diambil peduli sangat, apa negeri Perak ni milik orang Melayu sepenuhnyakah? Orang Cina dan India juga rakyat negeri Perak juga. Inilah UMNO-BN, bila dah kalah hujah perkauman juga yang digunakan

  8. Husainibrahim,

    Apa yang dikatakan oleh fatamorgana betul. Apa yang saudara nak putar belit sampai ke isu perkauman pula?..BACA betul2, apa yang fatamorgana nak sampaikan. Ego tuh buang dalam longkang, akal tuh tarik bawa ke depan..

    Ha, sekarang baru fikir..

    Orang yang menganalisis isu adalah orang yang amat bernilai untuk negara kita. Perlu kita rujuk dengan fakta dan data kalau kita tidak setuju dengan mereka.

    Saudara/saudari fatamorgana, teruskan menulis..

  9. Kepada DS Husam Musa,

    Saudara kena lihat apa punca terhadap politik ‘jalan belakang’ ini..

    Dulu, PAS pun sekoyong2 menyokong DSAI nak ikut jalan belakang dengan membawa 30 ahli parlimen BN ke kem PR..betul ker?..

    So, kalau kena balik pada PR, redha la.

    Strategi politik makan balik tuannya..ok what?..

    Its all about politic..

  10. fatamorgana, coma of souls haram jadah hasan albana ( orang sama saja, kalau lihat kat loga )

    tuan-tuan dan puan-puan, sila abaikan apa2 komen menatang sekor ni.

    masa dia menyamar hasan albana, seolah-olah kita bangang sangat ngan islam . diceduk dari buku mana hadis2 bertujuan nak menghentam kita.

    masa nama dia coma of souls haram jadah
    komen menyumpah-menyumpah

    sekarang nama fatamorgana ( selepas kalah di 2 bukit ) nampak macam natural saja

    tak tahu malu…. tak sedar diri… ptuiiiiii…

  11. BRAVO !!!

    Kembalikanlah PERAK kepada rakyat CINA.

    Walaupun sudah TERGADAI NEGERI, ia masih boleh dibetulkan jika kehormatan politik dan maruah diri masih utuh dan tinggi.

    he he he

  12. Kepada penyokong BN, toooolonglah….

    meh nak ajar sikit tadika ni…

    dalam BN ada MIC, MCA dan parti lain

    MIC = kaum India
    MCA = kaum Cina

    apa BN tu parti Melayu ke? MIC dan MCA kenapa diam je bila UMNO/BN menyalak pasal kemelayuan diorang ni???????

    apa yang tergadai, apa yang digadai??? dulu koh tsu koon jadi KM penang, ok je takde orang UMNO mengarut. agaknya diorang nampak Koh Tsu Koon tu Melayu kot…

    kita bekerjasama sbb semua kaum adalah rakyat malaysia… susah sgt ke nak faham? korang ingat IR Nizar tu bodoh ke???

    adoi laaa malu la kat anak-anak sedara aku yg kecik2 ni… diorang pun boleh fikir daaaa

  13. apa nak tekak2 lagi ni. dah menang dah le. yang kalah pun duduk dendiam aja la. so yang menag terutama Dato’seri Nizar jalankan kewajipan anda dengan baik, telus sempurna , adil. rajin2 la jenguk kawasan tersebut kerana anda memegang dua ‘hat’. selamat bertugas dengan jayanya.

  14. Mana dia mau lepeh itu jawatan. Dulu sapa kenai dia. Kalau dia lepeh dia kena cari glamour kat restoran mamak Nasi Kandaq 24 jam la pulak.

    Pemimpin Umno mana ada pemimpin yg betoi2 ikhlas nak bela rakyat, ada masyuk punya baru buat untuk rakyat. Depa ni pengamal ilmu Alfulus fiddunia Walmampus Filakhirat.

  15. Pada budak tadika warna kelabu a.k.a the pretender..

    Apa yang mahu dingatkan oleh fatamorgana kita perlu pandang dari aspek positif..

    Slogan PAS for all hanya berkembang setelah PAS membentuk perikatan PR dengan PKR dan DAP. Jelas dari beberapa pilihanraya kecil, undi bukan melayu lebih kepada PR dan faktor ini juga yang memenangkan PAS.

    Undi dikalangan melayu masih berstatus quo. Kalau ada pun perubahan di kotak undi2 muda mudi..

    Kemenangan PAS di Bukit Gantang perlu kita dalami untuk strategi yang akan datang. Bukan kalau dah menang, kita nak tutup buku. Masih terdapat banyak permasalahan yang perlu kita selesaikan..

    Memang betul pun apa yang dikatakan fatamorgana, ramai orang PAS yang berkempen adalah orang luar..

    So, apa nak bising?..kalian sekalian takut dikritik ker?..kebudak-budakan betul.

  16. dalam politik yang sempit….. perkauman menjadi isu besar…… dalam islam… kaum ke…. status ke…. tidak jadi persoalan kecuali yang bertakwa. Kalau melayu pun lebih yahudi dari yahudi… nak buat apa. Tu yang najib pi jaja “one nation” tu bukankah seolah-olah bermaksud tiada perkauman kecuali semua orang warga malaysia dan ke arah kesejahteraan malaysia. Kalau ada kepala otak macam ni masih terlalu mementingkan kaum maka aku yakin slogan Najib hanyalah mainan sandiwara nak raih sokongan sebab penyokongnnya masih ditakuk lama. Common la brader… kalau dah hak berilah hak…. jangan bagi kepada orang yang tak berhak. Dah kaya diberi juga kerana kroni….. majoriti rakyat dah fed up dengan stail lama ni….. itu sebab DEB kurang berjaya.

  17. HAKIKAT kita PERLU PERUBAHAN
    • Berubahlah dari terus mengekalkan pemimpin2 rasuah
    • Berubahlah dari pemimpin2 yang mempunyai amalan politik wang
    • Berubahlah dari pemimpin2 yang mempunyai salah laku moral
    • Berubahlah kita daripada pemimpin yang suka menyekat kebebasan rakyat bersuara
    • Berubahlah daripada pemimpin2 serta kroni yang suka membuat laporan serta memutar belit fakta.

    Tolak semua pemimpin2 umno bn serta kroni seangkatan dengannya.

  18. betul gak tue..malaysia ni bkn untuk melayu je..kalu untk melayu knp dulu g terima india n cina jd warganegara..puak2 umno gak terima..skrg padan muke heheheh nk nafikan kn dieorg plak..najib gak ckp ‘one malaysia’ so cina n india termasuk gak sbb dlm ic dieorg tulis warganegara..

  19. malaysianunited, kaedah bn dan pr berbaz.pkr menjemput dan menganjak menyebelahi tanpa paksaan dan tekanan serta suapan (ok le suapan tiada) tapi cara bn ialah dengan melarikan wakil rakyat pkr, dibuat tuduhan dan ancaman.

  20. anti panass, kamu taada tajuk lain ke? agaknya diani buta 50 tahun amno memerintah barapa banyak melayu punya.kalau tanya berapa banyak cina punya mungkin tak terbilang.bior tanya selama amno kuasa dalam sebuah bandar berapa deret kedai melayu punya dan berapa pula yang cina punya.anti panass agak melayu yang lebih yek! patutle melolong2 tak henti2.

  21. BUAT TATAPAN MB….. TEH TARIK UNNNNNNEEE

    DUDUK KAMU DISITU PUN DISEBABKAN SIKAP OPORTUNIS PAK LAH YANG TELAH MENGUMUMKAN NAMA KAMU DI ‘AIRPORT’ LAGI
    MENDAHULUI NAJIB YANG MEMPUNYAI CALON LAIN…

    TERGAMAM DAN TERKEDU NAJIB, PERANCANGAN
    DIA SEPARUH BERJAYA DIK SIKAP OPORTUNIS PAK LAH

    WALAUPUN DUDUK NYA KAMU DISITU ADALAH BY ‘CHANCE’ BUKAN BY ‘CHOICE’ JADI PERKARA
    YANG PALING BIJAK UNTOK KAMU LAKUKAN ADALAH …. KEMBALIKAN HAK KEPADA RAKYAT
    UNTOK MEMBUAT PILEHAN…NESCAYA KAMU AKAN DIANGGAP SEBAGAI PENYELAMAT DEMOKRASI DINEGERI PERAK….

    KAMU AKAN DIANGGAP SETANDING DENGAN YBNIZAR DALAM MENZAHIRKAN ‘KEBIJAKSANAAN’..

  22. fatamorgana

    BN tak akan boleh buat kalau tak di beri habuan.Kalau nak kluarkan perbelanjaan sendiri sampai kiamat pon tak boleh punya.Untuk meluangkan masa pon tak boleh.Ini la kelebihan kalau org mengikhlaskan diri dlm perjuangan kerana allah.
    Kaum cina boleh terima
    Ini plak melayu tak dapat menerima dan menilai antara permata dan kaca.

    pooooooooooorahh…krak…tuuih

  23. Ayooyoyoyo…MB(lama)VsMB(baru)..serupa maca wrestlemania wooo…sape ada menang ..manyak lama fight wooo..ayoyyoooo

  24. mamak bodo………

  25. TOKSAHLA NAK MENGIRA PERATUS UNDI MELAYU BANYAK MANA KONON NYA UNDI MELAYU MEMIHAK PADA BN SAYA LEBIH REDHA KALAU DIUNGKAPKAN YG BN TIDAK ADA REZEKI UTK MEMERINTAH DISANA BIASALA DUNIA INI IBARAT RODA MUNGKIN SESETENGAH PIHAK BERKATA DEMIKIAN MANA TAU KUASA ALLAH PU13 PERATUS PAS PULA YG NAIK OK JANGAN GADO2 BETUL TAK KITA HANYA MERANCANG ALLAH YG MENENTUKAN…… TAKBIR

  26. Kepada semua pengampu, penjilat, pembodek umno/BN, teruskan kerja-kerja anda sehingga umno/BN masuk kubur. Dah tak lama dah.

    Bila dah lama, dah biasa makan hasil haram, memanglah hati tak dapat terima perkara-perkara yang hak dan benar. Itu yang langgar semua undang-undang, boot apa saja harta negeri dan negara. Lepas tu perbodohkan rakyat melalui media prima pembodek dan penjilat no. 1 Malaysia. Berita Pakatan kecil dibesar-besarkan, disensasikan sehingga rakyat lupa amalan rasuah dan penyelewengan pemimpin-pemimpin umno/BN yang tegar ditutup daripada pengetahuan rakyat. Orang kampung jadi percaya, apatah lagi menerima RM200-300 masa PRU/PRK.

    Semoga umno/BN terus berantakan dan terus berkubur menjadi mendiang!

  27. NEGARA IMPIAN WARGA MALAYSIA BARU

    Salam hormat para sahabat yang baik,

    Betapa minda dan akal budi warga Malaysia baru menghendaki kewujudan negara Malaysia yang aman dan damai, sentosa dan sejahtera sebagaimana Firman Allah : “Negeri yang baik dengan mendapat keampunan Tuhan”. (QS 34 : 15).

    Negara Malaysia yang aman dan damai, sentosa dan sejahtera bermaksud, negara Malaysia yang warganya selamat, tenang dan selesa dari sebarang ketakutan dan pembunuhan, dikemudi oleh pemimpin yang berintegriti, pemimpin yang dengan penuh bijaksana mampu menyediakan segala lapangan keperluan asas untuk hidup bagi warganya seperti makan minum, pakaian, rumah, bebas bekerja dan bergerak tanpa sebarang ancaman yang membimbangkan.

    Dengan kata lain, negara ini berhak untuk mendapat pemimpin yang terbaik dari kalangan warganya yang baik-baik. Baik dalam erti kata yang memberi manfaat kepada seluruh warga yang dipimpin sebagaimana Sabda Rasulullah : “Sebaik-baik manusia ialah yang banyak memberi manfaat kepada manusia lain.”.

    Negara persekutuan Malaysia ini bukan hak UMNO. Justeru, negara ini adalah hak bersama seluruh warganegara Malaysia, termasuklah sekarang 1.3 juta pendatang haram di Sabah yang telah diberi (IC projek) dan dimelayukan oleh UMNO. Yang demikian, generasi yang bijaksana dan pintar Malaysia baru, kini telah mampu menilai watak dan sikap, kotor dan bohong warga UMNO yang laksana biawak komodo di persada negara dan antarabangsa.

    Manakala mendapat keampunan Tuhan pula ialah masyarakat yang berbudi perkerti yang baik dan menjelma pula dalam bentuk sifat taqwa. Konsep takwa yang paling ringkas ialah ketaatan untuk menunaikan perintah Tuhan, di samping kesanggupan untuk meninggalkan larangan Tuhan, sama ada perintah dan larangan Tuhan itu bersifat luaran mahupun dalaman. Betapa keampunan Tuhan itu tidak bergantung kepada kecanggihan teknologi tinggi kerana bersifat rohaniah atau mujarad yang menjelma dalam ketinggian budi pekerti yang baik serta sopan santun yang terpuji.

    Tanpa sikap dan watak ketinggian budi pekerti yang baik serta sopan santun yang terpuji dalam tata bermasayarakat, nescaya gerombolan yang berkuasa akan menzalimi golongan marhaen yang lemah. Justeru, golongan marhaen yang dizalimi itu sudah tentu sakit hati dan memberontak kepada gerombolan yang menindas tersebut. Yang demikian, tidak wujud kedamaian dan keharmonian dalam tata bermasyarakat dan bernegara. Di sinilah terletaknya tanggungjawab masyarakat yang beragama untuk mematuhi perintah Tuhan. Dengan kata lain, bertakwa kepada Tuhan dengan cara mengamalkan segala perintah Tuhan.

    Betapa saya bukan pemikir agung yang layak untuk mencetuskan tata fikiran bagi keunggulan hidup bernegara dan bermasyarakat. Namun begitu, kadang kala suatu disiplin ilmu itu datangnya dari anugerah alam semula jadi, walaupun hanya sekadar buah apple yang jatuh dan menimpa kepala yang bijaksana. Lantaran itu, saya sering menyatakan bahawa, yang benar tetap benar laksana intan yang terbenam beribu tahun di kolam najis, namun nilai intan itu tidak terjejas. Demikianlah juga dengan perkara yang salah tetap salah, bagaikan najis yang tidak dapat atau gagal membersihkan najis. Dan kemuncak tertinggi harapan insan yang baik, tidak lain dan tidak bukan adalah hasanah di dunia dan hasanah juga di Akhirat.

    UMNO PEMUSNAH KEKEBALAN RAJA MELAYU
    UMNO SARJANA AGUNG DALAM BERBOHONG
    – Naspazi

  28. Assalamualaikum semua……

    Yang menang jangan bongkak dan megah…..
    setelah menang, buktikan bahawa kita diperlukan oleh pengundi untuk membela, membetulkan dan memberi khidmat yang terbaik, ikhlas, jujur serta amanah….. Keikhlasan dan kejujuran telah terbukti dan dipercaya oleh rakyat yang mengundi, jangan disia siakan hadapan pengundi dan negeri….. jangan sampai menang sorak, kampong tergadai……

    Yang kalah jangan menghina dan melalut…. muhasabah diri adakah anda benar2 ikhlas dalam usaha ingin menerajui negeri Perak ini atau hanya sekadar ingin beruasa dan meraih kepentingan diri… Pengundi telah membuat pilihan…. sadar lah, berubahlah…..

  29. Undi Melayu meningkat sokong BN di B. Gantang sebab banyak menggunakan pengundi hantu. Tu pun nasib baik banyak bas yang bawa pengundi hantu berjaya ditahan/dihalang petugas/penyokong PR, kalau tidak tentu undi hantu Melayu lebih-lebih lagi meningkat sokong BN.
    Ntahlah…

  30. […] Manakah YB hendak letakkan muka? – Husam Apa lagi yang boleh menghalang naluri murni YB tidak tersentuh dan deria maruah YB tidak terpanggil? Masihkah […] […]

  31. ثُمَّ تَوَلَّوْا عَنْهُ وَقَالُوا مُعَلَّمٌ مَّجْنُونٌ
    Sekalipun demikian, mereka juga berpaling ingkar daripada menerima keterangannya sambil berkata (sesama sendiri): “Dia seorang yang diajar (oleh bangsa asing), dia juga seorang yang gila!”
    Surah Ad-Dukhaan, Ayat 14

  32. Ati Panass..jangan jadi JAHIL sangat..kalau bab bagi negeri kat cina..ameno dah dulu bagi Singapura kat cina..lepas tu bagi Pulau Batu Putih pulak .. tak payah nak cover line…

  33. Pada Ati Panas dan Fatarmorgana….itu sikit bawah Bukit Gantang ada satu tempat nama Padang Rengas. Sana juga itu dulu Perak Hanjoong kasi operate bikin simen juga. Asal usul itu tanah Malay Reserve jugalah! Tapi sekarang apa sudah jadi ayoyo…. Itu jadi tukar tangan masa U M N O kasi perintah Negeri Peraklah!. Mahu sembunyi lagi sebalik kain nipis ka?

    Sapa kasi tukar tarak tau ka? Sapa kaya tarak tau kah? Sape kasi kena sama Melayu you orang tarak tau ka? Sapa yang kena pun mau saya juga kasi tauka? Ayoyo….. Sekarang cina pun mau sama Agama Islam, India pun mau juga sama islam dan lain-lain rakyat juga mau sama islam yang ajar kasi duduk baik-baik aman sentosa tarak kacau, ini you orang saya kata mesti ada itu ‘Bin’ or ‘Binti’ sejak lahir lagi tarak mau sama islam. Saya fikir you orang bukan itu orang yang ada itu ‘Bin’ or ‘Binti’ yang asli . Tapi you punya standard sama itu orang yang sangat asli. Kasi tengok sana Penanti, u orang tarak masuk campur , itu small election tarak ada hal punya. Itu bukti yang there is no reasonable doubt, parti yang mahu aman lain itu U M N O saja yang mahu bikin kacau. PDRM mesti pandang berat ini hal kalu mahu jadi Polis yang Cekap , Bersih lagi sama Amanah.

    Apa mau cakap lagi? Tarak betulka saya cakap.?

  34. Malayanunited, you betul-betulsudah nampak sendirikah itu kena “jalan Belakang”atau you jugak kasi tumpang dua kaki juga?

    You banyak seronokcakap itu hal hah? Apa tarak ingat sama itu Dr Mahathir punya statement dia bikin masa dia kasi “jalan belakang Hit & Run pada Pak Lah”. Ingat itu Ijok Selangor punya small election lepas itu Sivalinggam jadi mendiang. Terang-terang dia mengaku dia saja buat itu cerita mau kasi finish Dato Seri Anwar Ibrahim punya karier. Masa itu mana orang boleh lawan cakap Dr M. Mau matika ? Mau duit Ka ?

    Malayanunited , you sudah ada banyak wang kah? Mau jadi sama Anifah Aman ka?


Tinggalkan Jawapan kepada OPPENENT leader Batal balasan

Kategori