Posted by: pinkturtle2 | April 13, 2009

Yang tak layak, tak payahlah undi – TGNA

Kalau yang ada kemampuan, tak ada masalah untuk mereka tawar diri untuk bertanding. Kalau yang ada kemampuan menonjol tak apalah, (tapi) kalau yang tidak ada kemampuan tapi menonjolkan diri, tak payahlah undi dia - TGNA

Kalau yang ada kemampuan, tak ada masalah untuk mereka tawar diri untuk bertanding. Kalau yang ada kemampuan menonjol tak apalah, (tapi) kalau yang tidak ada kemampuan tapi menonjolkan diri, tak payahlah undi dia - TGNA

Hanya Yang Layak Boleh Tawar Diri Bertanding – Nik Aziz

MACHANG, 13 April (Bernama) — Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menasihatkan hanya mereka yang layak sahaja menawarkan diri untuk bertanding jawatan dalam pemilihan pada Muktamar PAS yang dijadualkan Jun ini.

Nik Aziz ketika mengingatkan perkara itu berkata beliau tidak mahu anggota parti itu yang tidak mampu menjadi pemimpin yang baik, membuang masa menonjolkan diri menarik sokongan.

“Kalau yang ada kemampuan, tak ada masalah untuk mereka tawar diri untuk bertanding. Kalau yang ada kemampuan menonjol tak apalah, (tapi) kalau yang tidak ada kemampuan tapi menonjolkan diri, tak payahlah undi dia,” katanya.

Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Hari Terbuka Loji Rawatan Air Merbau Chondong, sempena sambutan Hari Air Sedunia 2009 peringkat negeri di sini, hari ini.

Katanya, PAS turut memberi kebebasan kepada anggota akar umbi untuk memilih barisan pimpinan yang mereka mahukan dan menolak mana-mana pemimpin yang dirasakan tidak lagi diperlukan parti itu.

“Saya tak nak sebut apa-apa, nanti pengaruhi orang lain pula, biar saya senyap-senyap sudahlah. (Tetapi) kalau barang perlu diubah, ubahlah. Terserah kepada (anggota parti) dari peringkat cawangan untuk mengundi siapa,” katanya.

Muktamar PAS dijadual diadakan di Shah Alam, Selangor Jun ini.

http://www.bernama.com.my


Responses

  1. 2009 Apr 13
    Kerabat DiRaja Negeri Sembilan dan lain lain Pembesar Melayu Pengarah Kilang Arak Carlsberg Brewery!

    Rakyat Negeri Sembilan memang bernasib baik!

    Bernasib baik tidak mendapat Yang Di Pertuan Besar Tauke Kilang Arak Carlsberg sebagai Raja mereka!

    Kerabat di Raja Negeri Sembilan rupanya mempunyai seorang Tauke Kilang Arak terbesar di Malaysia sebagai salah seorang kerabat di raja yang hampir!

    Hampir dipertabalkan sebagai Yang di Pertuan Besar Negri Sembilan baru baru ini dari 3 orang!

    Mujurlah yang terpilih adalah Duli Tuanku Mukhriz yang memang tepat sekali pilihan baginda sebagai Raja dan Yang Di Pertuan Besar Negri Sembilan, Bumi Adat di Semenanjung Tanah Melayu ini.

    Jikalah tersalah keputusan Undang Undang Negeri menabalkan Naqiyudin sebagai Yang Di Pertuan Besar, maka silap haribulan Negara Malaysia ini kelak akan mempunyai seorang Yang Di Pertuan Agong Tauke Kilang Arak!!!!

    Na’uzubillahimin zalik!

    Phewwwww!!!!

    Ikuti laporan ini untuk mengenali Pengarah pengarah Syarikat arak Carlsberg Brewery Malaysia Berhad.

    Laporan Reuters : Klik sini

    Jen. (B) Tan Sri Dato’ Mohd. Ghazali bin Dato’ Mohd. Seth, P.G.A.T., P.M.N., P.S.M., S.P.M.J., S.I.M.P., D.H.M.S., P.N.B.S., J.M.N., P.P.C., jssc, psc

    Y.A.M. Tunku Naquiyuddin ibni Tuanku Ja’afar
    D.K., D.K.Y.R., S.P.N.S., S.P.M.P., P.P.T.

    Tan Sri Datuk Asmat bin Kamaludin, P.S.M., P.J.N.,
    J.S.M., S.M.J., K.M.N.

    Seorang Kerabat Di Raja Negri Sembilan, seorang bekas Jeneral Angkatan Tentera kita dan seorang tokoh korporat dan juga pengarah Scomi Berhad, syarikat kelolaan anak bekas Perdana Menteri Al Imamul Akbar Al Islam Hadhari Tun Abdullah Badawi al Ngantuki.

    Cantik!!! Memang kelas sungguh jatidiri manusia manusia yang bergelar di Malaysia ini.

    Setakat nak harap darjah dan pangkat kebesaran berjela jela dibelakang nama ini, saya tak hairan lah barang secebis sekali pun!

    Bagi saya pakcik tua yang duduk berzikir dipenjuru masjid itu jauh lebih hebat dari manusia manusia bergelar ini!

    Rakyat Malaysia! bukalah mata anda seluas luasnya dan sadar akan peribadi manusia manusia sebegini yang kekadang disanjung, dimuliakan dengan hamparan permaidani merah, menjunjung sembah hormat ketika mereka lalu, hanya perbuatan sia sia belaka!

    Rakyat Negri Sembilan! Anda perlu mengadakan kenduri majlis kesyukuran kerana terlepas bala musibah mendaulatkan seorang tauke kilang arak!

    Hish!!! Loya tekak hamba memikirkannya…..

    Carlsberg ..oh Carlsberg…berpengarah Melayu rupanya kamu…

    Patutlah tak boleh disentuh Al Maunah sekalipun….

    Sialnya berterusan dibumi bertuah ini…..

    Selagi ujudnya kilang arak haram tajaan makhluk diraja ini dan juga dua orang lagi manusia Melayu yang mengaku Muslim tetapi berkelakuan haprak seperti ini..selagi itulah negara kita ini akan terdedah kepada murka Allah Azza Wa Jalla!!

    Satu persatu bencana alam sedang melanda negara kita yang sebelum ini tidak pernah berlaku?

    Apa sebabnya?

    Bila sesebuah negeri atau negara dimana penduduknya ramai beragama Islam tetapi mempunyai pembesar dan pemimpin yang menaungi kerja kerja maksiat dan mungkar seperti mendirikan kilang arak dan pusat judi serta makan hasil haram darinya itu, maka halal lah akan diri mereka itu ditimpa musibah Allah!

    Bila manusia manusia yang diamanahkan Allah Subhanahu Wa Ta’ala untuk menjaga urusan umat Islam khianat terhadap amanat itu dan bertindak membelakangkan ajaran Islam dan perintah allah, maka jatuh haramlah kepimpinan mereka itu!

    Hadith Nabi Sallalahu Alaihi Wassallam dari Kitab Ahkam, Sahih al Bukhari. Mukasurat 1024. Bab 85. Hadith # 2201 :

    Di riwayatkan oleh Ma`qil bin Yasar Radhiallahu Anha :
    Aku mendengar Rasulullah Sallalahu Alaihi Wassallam bersabda : ” Mana mana lelaki yang allah kurniakan pangkat dan kedudukan berkuasa ke atas manusia dan tidak melaksanakan tugas dan tanggungjawabnya secara beramanah, tidak akan dapat mencium bau syurga”.
    Sadaqa Rasulullah Sallalahu Alaihi Wassallam.

    Ini khianat namanya tuan tuan dan puan puan. Bukan setakat manusia 3 orang di atas ini sahaja yang sedang melakukan pecah amanah rakyat terhadap mereka?

    Ramai lagi. Satu persatu akan kita dedahkan bilamana sampai saat dan waktu serta bukti bukti yang kukuh serta sahih, Insya Allah!

    Manusia manusia pembesar Melayu yang dipaparkan diatas sekian lama ini selesa menaja kilang arak terbesar di rantau Asia ini kerana sekian lama ini media perdana tidak berani mendedahkan kepada pembaca umum akan kelakuan seperti ini kerana ujudnya penapisan oleh para editor dan arahan kementerian itu dan ini.

    Mintak maaf le, blogger seperti saya ini hanya akur pada Allah Subhanahu Wa Ta’ala!

    Dah tua dah bro…apake jadahnya nak gentar dengan manusia?

    Alang kepalang hidup biar dalam keadaan mujahadah menebus dosa dan silap kita jangan mati didalam keadaan syubhat dengan makhluk perosak sekelian!

    Kita dedahkan kerana Allah! Biar umat Islam sedar akan siapa dia makhluk makhluk yang mereka sanjung, hormat, puji dan puja sekian lama ini?

    Bayangkanlah dah berapa lama dok makan hasil dari kilang arak ini dan bagi makan anak bini mereka?

    Kasihan sungguh anak anak bini yang membesar dari makan minum hasil haram sebegini?

    Kasihan…..

    ~Kerabubersuara.
    Posted by pemudabesut at 6:37 PM

  2. Sepatutnta tiada berbangkit menawarkan diri…jika seseorang itu layak, ahli parti akan mencadangkan…..penawaran diri bertanding sesuatu jawatan dalam parti adalah kerja umno…

  3. jawatan & pangkat adalah SATU TANGGUNGJAWAB.

    bila ianya satu tanggungjawab…it means kalau nnt lepas terima jawatan2 tue…then tak bertanggungjawab…pasti akan dihisab kelak dihadapan Allah SWT….balasan pasti menimpa mereka2 yg tidak menjalakan tanggungjawab.

    lebih2 lagi mereka yg pecah amanah, yg terima rasuah…sudah pasti akan terima balasan setimbal dari Allah SWT.

    so…beringatlah….jawatan & pangkat bukan utk bermegah…..tapi utk bantu Islam.

    kalau rasa tak mampu…atau rasa ada orang lain yg lagi layak lagi mampu, maka beri laluan kpd orang yg lebih layak….supaya Islam sentiasa berkembang dan Islam tidak rugi.

  4. Salam, Yang Tak Payah bertanding adalah Nik Aziz Nik Mat, letak jawatan segera, tak tau memerintah dok ceramah saja, tugas tu kita dah bayar gaji(Tok iman,mubaligh,atau tok mufti)Sebagai MB tolong bagisediakan peluang rakyat bekerja sara diri dan keluarga FAHAM.

  5. KAMU TU BUKAN PROPAS TAPI PROPASU..ELOK SANGAT BOLEH GUNA UNTOK TANAM POKOK HIASAN ATAU SAYURAN SAJA…

    KALAU TAK FAHAM HIRAKI DALAM PAS,TAK PAYAH BUANG MASA BAGI KOMEN YANG BODOH
    DOK SENYAP SENYAP PALING TIDAK AMBIK CEKELAT HACKS PI MAIN JAUH JAUH….SHUUUU..!

  6. TAMBAH SATU LAGI,KERABUBERSUARA….
    JANGAN LUPA ANAK MADEY….MIRZAN,DIA JUGA MEMPUNYAI PEGANGAN SAHAM SEBANYAK 20% DLM KILANG MEMBUAT ARAK SAN MIGUEL YANG BERPUSAT DI FILIPINA……

    ATI PANAS,PROPAS,BUDAK TADIKA P*KIMAK DAN PUAK PUAK UMNO YANG TAK BERSEKOLAH YANG BERKOMENTAR DISINI…..

    INILAH PERANGAI MELAYU UMNO LOKLAQ YANG KAMU SEMUA SANJUNGI DAN PERTAHANKAN…… PENGHINAAN TERHADAP UMAT ISLAM SELUROHNYA….

  7. kepada Hamba Allah,

    tak kan la kerana Kerabat Yang Dipertuan Besar N9 yang jadi pengarah kilang arak, abis sume rakyat N9 kene najisnya??
    adilkah begitu?? sy rakyat N9 dan saye xde rase sikit pon bangga dengan ape yg saudara nyatakan diatas..dan bukan kerabat di N9 sahaja..sume negri pon same je..cume terdedah tau x..

    saye harap saudara paham~


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: