Posted by: pinkturtle2 | April 13, 2009

Bala Tentera Pak Lah Akan Tumbangkan Najib

Apakah beliau gembira apabila memikirkan bagaimana penggantinya menyisihkan Khairy daripada kabinet yang diumumkan 9 April lalu.

Apakah beliau gembira apabila memikirkan bagaimana penggantinya menyisihkan Khairy daripada kabinet yang diumumkan 9 April lalu.

Pak Lah Kumpul Bala Tentera Tumbang Najib

Sejak dipencenkan daripada jawatan Perdana Menteri, Abdullah Ahmad Badawi nampaknya gembiranya menghabiskan masa luang beliau bersama isteri kedua tersayang, Jeanne Abdullah.

Malah beliau seronok dapat memandu isterinya ke ke sana ke mari memenuhi majlis undangan dan berjumpa kawan-kawan lama serta bekas anank buahnya di Jabatan Perdana Menteri kebelakang ini.

Sungguhpun secara luaran Abdullah atau Pak Lah nampak gembira tidak siapa tahu apa perasaan dalam benak sanubari beliau.

Walaupun ada desas desus mengatakan Pak Lah akan terus memegang jawatannya sehingga habis tempuh lantikannya pada 2013 namun beliau tetap melepaskan tampuk pemerintahan kepada Najib Razak lantas mengecewakan ramai penyokong setia dan juga kumpulan penasihatnya yang dikenali sebagai “budak-budak tingkat empat” (merujuk kepada tingkat empat bangunan Perdana Putra yang menempatkan Unit Dasar dan Unit Komunikasi, kedua-duanya dikepalai oleh “orang-orang” Khairy Jamaluddin, menantu Pak Lah).

Selain hal-hal peribadi banyak persoalan yang ingin diajukan kepada beliau sejak timbalannya mengambil alih jawatan Perdana Menteri 3 Mach lalu.

Rakyat umum tahu betapa Pak Lah terlalu sayangkan Khairy sebagai suami kepada satu-satunya anak perempuannya, Nori.

Bukan sahaja Khairy ditatang bagaikan minyak yang penuh sebagai menantu kesayangan malah Khairy juga pernah bekerja sepejabat dengan bapa mertuanya sebagai pegawai khas pada awal peringkat Pak Lah menjadi Perdana Menteri.

Apakah beliau gembira apabila memikirkan bagaimana penggantinya menyisihkan Khairy daripada kabinet yang diumumkan 9 April lalu.

Menambahkan luka dihati Pak Lah, Najib menamakan Mukhriz, anak kepada pengkritik hebat beliau, mantan Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad, sebagai timbalan menteri.

Khairy dilihat lebih berhak mendapat habuan jawatan kabinet kerana baru sahaja memenangi pertandingan bagi Ketua Pemuda Umno, sayap kanan parti.

Dalam pertandingan tiga penjuru itu Mukhriz mendapat undi tercorot, kalah kepada Khairy dan Dr Mohd Khir Toyo.

Khairy seperti Mukhriz juga adalah seorang Ahli Parlimen. Jadi di mana letaknya logik Najib untuk melantik Mukhriz dan menolak menantu Pak Lah.

Tidak lain tidak bukan keadaan ini timbul hasil tangan Dr Mahathir yang membayangi karier politik Najib dari awal dan kini dengan munculnya Najib sebagai Perdana Menteri peranan Dr Mahathir sebagai mentor politiknya semakin menyerlah.

Dr Mahathirlah yang memastikan anaknya tidak keciciran menapak tangga politik dalam kerajaan Najib dan beliau jugalah yang menentukan Khairy tidak mendapat sebarang jawatan dalam kabinet Najib.

Rakyat sedia maklum betapa bencinya bekas Perdana Menteri itu kepada Khairy, menuduh anak muda berusia 33 tahun itu sebagai mempunyai pengaruh besar ke atas Pak Lah dalam urusan kerajaan dan parti.

Dr Mahathir sejak 2006 sehingga turunnya Pak Lah dari tampuk kuasa tidak henti-henti menghentam Khairy dan orang-orangnya di tingkat empat pejabat Perdana Menteri dengan meletakkan punca kelemahan kerajaan dan parti dan akhir sekali kekalahan teruk Umno dan Barisan Nasional pada pilihan raya umum ke 12 lalu sebagai angkara Khairy.

Pada pandangan Dr Mahathir, Khairy budak jahat hingusan yang mengawal Pak Lah dan Umno, sebab itu dia mesti dihapuskan pengaruh dan cengkamannya dalam kerajaan dan parti.

Maka bermulalah pembersihan segala legasi Pak Lah dalam kerajaan dan parti dan sasaran pertama ialah Khairy.

Selepas Khairy berjaya dinafikan jawatan kabinet langkah seterusnya ialah mentalkin Islam Hadhari ciptaan Pak Lah.

11 April lalu Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Mjr Jen (B) Jamil Khir Baharom berkata dasar perlaksanaan Islam Hadhari akan dikaji semula (baca: akan dikuburkan).

Inilah satu-satunya peninggalan program pentadbiran Pak Lah yang menjulang nama beliau sejak beliau menjadi Perdana Menteri pada 2003 dan Najib lalu mahu menghapuskannya tidak sampai seminggu usia kabinetnya.

Pak Lah masih mampu tersenyum walaupun Khairy disishkan dan Islam Hadharinya bakal mengakhiri hayat tidak lama lagi.

Walaupun sudah pencen jadi Perdana Menteri, Pak Lah masih kekal Ahli Parlimen Kepala Batas dan di Dewan Rakyat pun masih ramai wakil rakyat yang pro beliau.

Ini kerana kerajaan yang diwarisi Najib adalah kerajaan Pak Lah yang mendapat mandat rakyat pada PRU 12 lalu, jadi kebanyakan ahli parlimen adalah mereka yang dipilih dan disahkan oleh Pak Lah sendiri, bukannya Najib.

Dalam kabinet Najib boleh memasukkan kroni dan teman setianya termasuk yang kalah dilantik sebagai Senator tetapi lain pula di Parlimen.

Dalam Parlimen Pak Lah masih mempunyai blok pengikut yang besar.

Di Parlimen Pak Lah boleh dianggap sebagai ketua fraksi yang berpengaruh malah sokongannya akan menumbangkan atau mengukuhkan kerajaan.

Analisis rambang profil ahli parlimen Umno yang kini berjumlah 55 orang daripada keseluruhan 140 kerusi milik BN menunjukkan sekurang-kurang 34 adalah pro Pak Lah.

Ketiga-tiga Ahli Parlimen di Perlis adalah orang Pak Lah begitu juga, seorang di Melaka, tujuh di Perak, tiga di Negeri Sembilan, seorang di Wilayah Persekutuan, dua di Selangor, enam masing-masing di Johor dan Pahang, tiga di Terengganu.

Ini tidak termasuk Tengku Razaleigh Hamzah di Kelantan dan kerusi beliau sendiri di Kepala batas, Pulau Pinang.

Sekiranya Pak Lah menggerakkan hulubalang-hulubalangnya di Parlimen beliau mampu mendapat sekurang-kurang lagi wakil rakyat.

Ini menjadikan jumlah Ahli Parlimen yang bakal menyertai dan menyatakan sokongan padu kepada Pak Lah berjumlah 44 kesemuanya, 45 kalau termasuk beliau sendiri.

Sebelum ini Tengku Razaleigh telah beberapa kali melontarkan ide berhubung penubuhan kerajaan perpaduan di antara BN dan Pakatan Rakyat.

Dengan trend penolakan terhadap kepimpinan Najib sebagai Perdana Menteri baru lambat laun cadangan ini akan menjadi realiti.

Tidak mustahil Pak Lah dengan 44 wakil rakyat Umno akan bersama-sama Pakatan Rakyat untuk menubuhkan sebuah kerajaan perpaduan sekali gus menguburkan kerajaan Najib yang tidak sampai setahun jagung.

Mungkin blok Pak Lah akan menggerakkan usul undi tidak percaya terhadap Najib dengan sokongan Pakatan Rakyat, semua ini adalah tidak mustahil dalam dunia politik masa kini.

Sekiranya Najib bersama-sama Dr Mahathir terus menganiaya menantu kesayangannya itu Pak Lah tidak akan berpeluk tubuh sahaja dan lambat laun akan bertindak menentang penindasan Najib.

Setakat ini semboyan perang belum dibunyikan tetapi sampai satu ketika tidak lama lagi Pak Lah akan terpaksa mengumpul bala tenteranya melawan Najib sekiranya Khairy ditekan sebegitu hebat.

Kemungkinan Najib memanipulasi Lembaga Disiplin Umno untuk mengambil tindakan ke atas Khairy berhubung politik wang tidak boleh ditolak kerana sudah ada desas desus ke arah itu.

Pak Lah tidak akan terus berkecuali jika Khairy dikambinghitamkan oleh presiden baru Umno.

Najib juga dijangka meletakkan orang-orang kepercayaannya menerajui Badan Perhubungan Umno di setiap negeri tidak lama lagi.

Orang-orang Pak Lah akan dicantas dan digantikan. Ini proses biasa di mana-mana apabila berlaku peralihan kuasa.

Walau apa pun Parlimen akan bersidang semula Jun depan dan hanya percaturan kompleks politik akan menentukan jatuh tumbangnya kerajaan Najib.

http://www.tvantara.com


Responses

  1. DAN BEGITULAH WAJAH POLITIK TIKAM MENIKAM
    DIDALAM PARTI FANATIK MELAYU….’UMNO’

    APA YANG DI ‘WAHYUKAN’ MEREKA MENJAGA KEPENTINGAN ORANG ORANG MELAYU RUPANYA
    ‘RETORIK’ SEMATA MATA..

    SESAMA MEREKA BERGOLAK BERGOLOK UNTOK PERTAHANKAN KEDUDUKAN..DENGAN KEDUDUKAN DAN KUASA MEREKA MEMAINKAN
    LAGU LAMA MEMPERTAHANKAN KEDUDUKAN ORG ORG MELAYU….. CYNICAL OF THEM

    PAK LAH TAK PUNYA ‘KEKUATAN’ DAN ‘NETWORKING’ SAPERTI DSAI…JANGAN DIHARAPKAN PADA ORANG ORANG PAK LAH DLM PARLIMEN UNTOK MELAKUKAN SESUATU ‘KEJUTAN’

    YANG ADA HANYA MEREKA YANG PANTAS ‘MENYEMBAH ‘TUAN’ YANG BARU AGAR
    DAPAT TERUS MEMPERKAYAKAN DIRI… DALAM UMNO MANA ADA MEREKA YANG PUNYA ‘PENDIRIAN’ UNTOK MELAWAN ARUS?

    YANG ADA HANYA ‘PEMBODEK’ DAN BERLUMBA LUMBA UNTOK TUNJUK KESETIAAN PADA PRESIDEN YANG BARU…

    PERJUANGAN INI TIDAK KENAL ERTI JALAN MUDAH…YANG ADA HANYA ONAK DAN DURI..
    JANGAN KITA ASYIK DENGAN PERSEPSI PERSEPSI YANG TIDAK TENTU HUJUNG PANGKAL NYA..

    KITA HARUS BINA KEKUATAN KITA TANPA PERLU MENANGGUK DI AIR YANG KERUH…

  2. CITRA POLITIK MALAYSIA KOTOR

    Salam hormat sdr hapsengkong,

    Artikel di atas seakan-akan menepati komen saya di blog sdr pinkturtle2 ini pada April 11, 2009, yang kebetulan dikira sebagai komen bangsat oleh salah seorang komentar di log ini, iaitu :

    Betapa citra politik Malaysia di bawah pimpinan UMNO sekarang terlalu kotor. Bermulanya kekotoran melampau politik Malaysia semenjak bertaburnya surat-surat layang yang bermotifkan untuk mencemarkan citra diri DS Anwar Ibrahim, yang akhirnya surat-surat layang tersebut telah diterbitkan menjadi buku (50 DALIL).

    Rentetan dari buku 50 Dalil tersebut DS Anwar telah dipecat, diaibkan dan disiksa. Kita faham bahawa budaya surat layang di negara ini adalah budaya mahathir semenjak di zaman Tunku Abd Rahman lagi.

    Kesanggupan Mahathir menyembunyikan tangan selepas membaling surat layang, telah menjadikan Khalid Japri sebagai Pak Sanggup untuk mengumpul surat-surat layang tersebut menjadi buku yang dibiayai penerbitannya oleh Rahim Thamby Chik.

    Mahathir adalah mamak kutty. Mahathir sendiri yang telah mengaku dalam surat layangnya kepada Tunku Abd Rahman sebagai mamak kutty yang hanya berdarah sesudu melayu.

    Betapa bangsa india adalah bangsa yang bertamadun. Tetapi, mana-mana bangsa, termasuklah bangsa india memang wujud orang yang baik dan jahat. Sebab itu, dalam Hikayat Mahabharata telah berlaku pertempuran dan perang dahsyat antara Arjuna dengan Duryodana.

    Perang dahsyat antara Arjuna dengan Duryodana melambangkan kebaikan melawan kejahatan. Arjuna mewakili kebaikan sementara Duryodana mewakili kejahatan. Mahathir adalah mamak kutty dari keturunan india yang jahat seperti Duryodana dalam Hikayat Mahabharata.

    Justeru, citra politik jahat dan kotor Malaysia sekarang yang diterajui oleh UMNO memerlukan jiwa-jiwa yang besar untuk mewujudkan ketenangan, sekaligus menghancurkan Mahathir dan kuncu-kuncunya dari terus-menerus memporak-perandakan kerukunan bermasyarakat dan bernegara.

    Tidak sukar untuk menghancurkan kejahatan mahathir kutty dan kerajaan UMNO pimpinan Najib jika majoriti melayu sungguh-sungguh berjiwa besar dan menghendakinya. Majoriti melayu yang berjiwa besar hanya perlu meninggalkan UMNO untuk menyertai mana-mana parti politik yang lebih baik dan berintegriti, nescaya Mahathir, Najib dan UMNO akan hancur dengan sendirinya.

    Justeru, cabaran terbesar Pak Lah dan proksinya dalam UMNO sekarang adalah kesanggupan untuk berjiwa besar dengan meninggalkan UMNO beramai-ramai bagi menyertai mana-mana parti politik dalam Pakatan Rakyat yang lebih berintegriti, bersih dan tanpa rasuah atau bahasa lembutnya tanpa politik wang. Sementelahan, dasar politik najis UMNO di Sabah terlalu bangsat.

    UMNO SARJANA AGUNG DALAM BERBOHONG
    DASAR UMNO DI SABAH TERLALU BANGSAT
    REMPUH UMNO SAMPAI JATUH
    – Naspazi

  3. Pak Lah bukan jenis orang yg berani menongkah arus. Hati Pak Lah sebesar telur puyuh aja. Madey terlebih dahulu dah membaca jiwa bekas anakbuahnya ni. Atas sebab itulah Madey telah menyusun kabinet Najib yg anaknya disenaraikan bersama. Madey juga yg mengajar anaknya menyanggah ucapan Pak Lah dlm satu perhimpunan agong Umno beberapa tahun yg lalu.
    Cuba gambarkan kalau Madey yg jadi Presiden Umno ketika itu dan Khairy pula yg menyanggah ucapan Madey, dah pasti Khairy lunyai dibelasah oleh Madey.

    Pak Lah sebenarnya tak merancang apa apa pun
    untuk membela menantunya, Pak Lah yg lembik longlai seperti tarian inang dipulau kapai.

    Yang jelasnya Madey melalui Najiblah sedang menggunakan SPRM dan jentera yg lain untuk menggodam Khairy sehingga keluar dari gelanggang. Madey terpaksa bertindak begini demi menyelamatkan kareer politik anaknya yang baru nak bermula.

    Khairy adalah penghalang kepada perancangan Madey. Khairy lebih bijak dari Mukhriz, lebih bijak dari Najib dan Hishamuddin. Khairy hanya menantu Pak Lah berbanding Najib. Hishamuddin dan Mukhriz anak bekas Pee Em. Mereka merancang untuk menjadikan bumi Malaysia diwariskan kepada zuriat keluarga mereka, sebab mereka tahu rakyat Malaysia punya hati juga sebesar telur puyuh. Hidup Rakyat…

  4. dengan skandal silam, salah gunakuasa, penyelewengan bertimbun atas kepala MP2 UMNO ni, beranikah mereka join PR..
    sama-sama kita mendoakan mereka agar kembali kepada kebenaran..

  5. innalillahiwainnailalhirojiuun

    yaasin
    walquranilhakim innakalaminalmursalin a’lasirotimmustaqim…………..

  6. kenapa pecah rahsia strategi pak lah awal sangat?!! heheheh drama tak habis lagi nih…

  7. “Those who are good in defence, hide themselves in the deepest dept of the earth” kata-kata ini saya petik dari ‘The art of war’.

    Pak Lah is a very skillful politician. He looks quiet but definately every cell in his brain is working to defend his integrity.

  8. lantaklah UMNO nak jadi apa pun. PR buat kjerja apa yg patut. Gunakan peluang yg ada utk memenangi hati rakyat. Jgn pulak bergaduh sama sendiri berebut kawasan pilihanraya. Orang parti ni kata itu kawasan tradisional dia, orang parti lak kata populasi kaum sesuatu kawasan tu memerlukan parti dia utk bertanding….. ntah apa2. ikhlas ke mcm tu?. Ingat! rakyat adalah penentu siapa yg layak.

  9. (saya dapat e-mail perkara ini, tak sure ‘yes or no’)
    Tolong sebarkan…

    Taktik Jahat UmNO-Bn
    Untuk Menang Pilihan Raya Akan Datang
    Kiriman Hijat Panjang (http://bloghijat.blogspot.com/) – Laman M@RHAEN

    Bongkar! UMNO cuba menggunakan taktik yang telah dilakukan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk meraih kemenangan semula melalui penipuan.

    Ini berdasarkan kepada kenyataan Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bahawa Kementerian Pertahanan akan menubuhkan satu batalion Tentera Wataniah di kesemua 222 kawasan Parlimen dalam usaha memantapkan sistem pertahanan bagi seluruh negara.

    Beliau berkata pasukan pertahanan itu akan mengandungi 300 anggota bagi setiap platun yang terdiri pelbagai kaum dan bilangan anggota secara keseluruhan dijangka 600,000 dalam tempoh lima tahun akan datang.

    Mengimbas kembali pilihanraya 1999 Najib hanya menang dengan majoriti 242 undi. Itu pun selepas dibawa masuk tambahan 2,400 undi dalam bentuk undi pos. Apabila konstituensi itu diubah semula, satu kem pasukan tentera darat dan tentera udara telah diselitkan daripada kawasan Mentakab dan Kuantan, sekali gus menokok 4,000 undi dalam lingkungan kawasan pilihan raya Pekan. Pada luaran sahaja Dato Najib pasti mampu menang mudah di sana. Kemenangan Najib bagi tahun 2004 jauh lebih besar.

    Dengan cara yang sama itulah Najib kini mengajar Zahid Hamidi untuk mempergunakan Kementerian Pertahanan bagi menambahkan undi untuk UMNO-Barisan Nasional untuk pilihanraya akan datang. Taktik kotor dirancang supaya kesannya berpihak kepada mereka untuk setidak-tidaknya di dalam pilihanraya umum akan datang.

    Kita boleh mengesani penipuan pengundi-pengundi pos yang mana nama seorang pengundi terdapat lebih dari satu. Atau dengan kata mudah, nama dia ada kat tempat lain jugak dengan mengubah sedikit nombor tentera yang dipegang oleh seseorang pengundi. Sebagai contoh:

    Sila semak secara ‘random’ nama2 dibawah ni di database SPR dan saksikan sendiri jawapan nya… http://daftarj.spr.gov.my/daftarj/

    Match 1
    T0705196, SHAMSUDDIN BIN JUSOH, 1956, 085 PEKAN
    T705196, SAMSUDDIN B JUSOH , 1956, 118 SETIAWANGSA

    Match 2
    T0708111, JEROME LUCAS A/L LUCAS LOUIS, 1958, 085 PEKAN
    T708111, JEROME LUCAS A/L LUCAS LOUIS, 1983, 107 SUBANG

    Match 3
    T0713078, SAIDI BIN ISMAIL, 1961, 033 BESUT
    T713078, SAIDI BIN ISMAIL , 1961, 118 SETIAWANGSA

    Match 4
    T0713701, AMRAN BIN AWANG, 1966, 033 BESUT
    T713701, AMRAN B AWANG, 1966, 196 STAMPIN

    Match 5
    T0713794, MOHAMAD SHAMMI BIN AHMAD, 1965, 033 BESUT
    T713794, MOHAMAD SHAMMI BIN AHMAD, 1965, 085 PEKAN

    Match 6
    T0713844, JOHNNY HARPER@NORAZMAN BIN IBRAHIM, 1965, 159 PASIR GUDANG
    T713844, JOHNNY HARPER @ NORAZMAN BIN IBRAHIM , 1965, 118 SETIAWANGSA

    Match 7
    T0713938, HIPPENI BIN HAMZAH, 1964, 033 BESUT
    T713938, HIPPENI B HAMZAH, 1964, 196 STAMPIN

    Match 8
    T0714086, MOHAMAD NOR AHADI BIN HARUN, 1965, 033 BESUT
    T714086, MOHAMAD NOR AHADI BIN HARUN, 1965, 085 PEKAN

    Match 9
    T0714250, ZAKARIA BIN ABU BAKAR, 1967, 033 BESUT
    T714250, ZAKARIA B ABU BAKAR, 1967, 085 PEKAN

    Match 10
    T0714255, ZIHATOL IHAZAIR BIN SAYUTI, 1964, 033 BESUT
    T714255, ZIATOL IHAZAIR BIN SAYUTI, 1964, 107 SUBANG

    Itu baru 10, dan kedapatan beribu-ribu pengundi di dalam

    Zahid berkata :“Penubuhan Tentera Wataniah adalah sebagai usaha untuk membantu angkatan tentera dalam menjalankan tugas menjaga keamanan negara.”

    Kita ingin bertanya kepada Zahid semejak negara mencapai kemerdekaan, bilakan masanya kita diserang dari darat, udara atau laut oleh pihak tentera dari luar?

    Jelas menunjukkan bahawa tiada justifikasi lansung terhadap langkah Kementerian Pertahanan tersebut dan sewajarnya ahli-ahli parlimen Pakatan Rakyat menentang usaha tersebut di Dewan Rakyat bagi menghalang perencanaan jahat manusia-manusia gila kuasa dari UMNO-BN ini.

    – Hijat Panjang
    http://bloghijat.blogspot.com/

    13.04.2009

  10. Bijan BODOH…bini dia makin berlagak cam ewok ketot……

  11. Aku rasa semcam aje, rasanya tak lama lagi Beruk Mat Yeh tu akan disumbatkan dalam ISA ….

  12. khairy lebih bijak? Hanya orang bodoh dan orang khairy je cakap macam tu..

    bijak merosakkan umno….
    bijak merosakkan….
    orang macam ni masuk parti apa2pun cuma akan merosakkan….

    pr hati2….
    madey lebih bijak dari apa yang anda fikirkan….
    dia sengaja jadikan dirinya sebagai ‘kambing hitam’ Najib….
    bila semua orang mula menudingkan jarinya kepada madey….
    tiba2 najib akan dilihat sebagai hero….
    semua kebodohannya akan perlahan2 dilupakan orang….

  13. Ayooyoo..itu accident aje sudah kena talkin ke..

  14. SALAM
    AKU SETUJU SANGAT
    PAK LAH,KULI,ANWAR,HADI N KIT SIANG BERSATU…AKU CUKUP BENCI KERAJAAN MAHATHIR-NAJIB SEKARANG….PAK LAH N KHAIRY LEBIH MULIA DARI ‘NEGARAWAN’ MAHATHIR YANG TAK KETAHUAN TUUU…JAHANAM HABIS INTITUSI KERAJAAN SEPANJANG22TAHUN DIA PERINTAH….CAKAP DIA SEMUA BETUL LA KONON…ZAMAN DIA DAH HABIS…KEMPEN BUKIT GANTANG N BKT SELAMBAU PUN DAH TAK LAKU…ADA AHLI UMNO KATA SEBAB TUN KEMPEN LAGI ORANG MELUAT KAT UMNO BN…DULU KATA PAK LAH PUNCA KEKALAHAN TAPI PAK LAH DAH TAK JAWATAN & TUN SENDIRI DAH MASUK UMNO N P KEMPEN PUN KALAH JUGAK….

    LUUUU PIKIR LA SENDIRI

  15. he..he he lagi cepat umNO mampuih lagi baguih..negara akan aman dan sejahtera.

  16. baru usia seminggu jagung…macamana nak analisa…sian khairi…

  17. anak orang UMNO,,kau jangan harap la..harapan ko tinggal harapan jer..Najib is the PM and will be the PM until at least 2013..Khairy and pak lah wiil not interfere..when the times come khairy will be the PM ,,InsyaaAllah..lagipun dia sudah terima apa penjelasan DSNTR

    alamak terlebih sudah..

    lu pun sama,,lu pikir la sendiri ye..

  18. HAKIKAT kita PERLU PERUBAHAN
    • Berubahlah dari terus mengekalkan pemimpin2 rasuah
    • Berubahlah dari pemimpin2 yang mempunyai amalan politik wang
    • Berubahlah dari pemimpin2 yang mempunyai salah laku moral
    • Berubahlah kita daripada pemimpin yang suka menyekat kebebasan rakyat bersuara
    • Berubahlah daripada pemimpin2 serta kroni yang suka membuat laporan serta memutar belit fakta.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: