Posted by: pinkturtle2 | April 14, 2009

ADUN BN Pulau…Sidang DUN Didominasi Oleh ADUN Dari PAS

SIDANG MEDIA ADUN BN… Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Terengganu merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ajil, Datuk Rosol Wahid (tiga, kanan) bersama beberapa ADUN ketika mengadakan sidang media berhubung ugutan yang mereka terima melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) dipercayai berhubung isu pembetangan usul undi tidak percaya terhadap Menteri Besar, Datuk Ahmad Said pada persidangan DUN Terengganu yang memasuki hari kedua, hari ini. Beberapa ADUN dari BN bertindak tidak menghadiri Persidangan Dewan Undangan Negeri hari ini apabila mendapati keselamatan mereka tidak terjamin berikutan ugutan yang diterima. — fotoBERNAMA
MENTERI Besar, Datuk Ahmad Said (kiri) tiba untuk menghadiri Persidangan Dewan Undangan Negeri yang tidak dihadiri oleh sebahagian Ahli Dewan Undangan Negeri BN selepas menerima ugutan melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) dipercayai berhubung isu pembetangan usul undi tidak percaya terhadap beliau pada persidangan DUN Terengganu yang memasuki hari kedua, hari ini. — fotoBERNAMA

Kemelut politik Terengganu: 10 ADUN boikot, paksa MB undur

[DIKEMAS KINI, 1.30 TENGAH HARI] KUALA TERENGGANU: Sepuluh wakil rakyat Barisan Nasional (BN) Terengganu hari ini ‘memulaukan’ persidangan Dewan Undangan Negeri pagi ini – yang berlangsung buat hari kedua – berkaitan dengan kemelut politik negeri itu.

Perkembangan terbaru ini dikaitkan dengan desas-desus sejak beberapa bulan lalu bahawa ada usaha berterusan untuk menggesa Menteri Besar, Datuk Ahmad Said meletakkan jawatan.

Mereka terdiri daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tepoh, Muhammad Ramli Noh, Mohd Zawawi Ismail (Kuala Berang), Abdul Halim Jusoh (Permaisuri), Datuk Din Adam (Bukit Besi), Datuk Rosol Wahid (Ajil), Alias Abdullah (Alor Limbat), Zakaria Abdullah (Paka), Ramlan Ali (Jabi), Datuk Seri Idris Jusoh (Jertih) dan Mohd Pehimi Yusof (Kota Putera).

Ketiadaan kesemua mereka pada sesi soal jawab pagi ini, yang dihadiri semua 10 anggota exco dan Menteri Besar Datuk Ahmad Said, menyebabkan ia didominasi semua lapan ADUN dari PAS.

Hanya tiga wakil rakyat BN yang kelihatan menghadiri sidang Dewan pagi ini.

Sumber-sumber memberitahu bahawa difahamkan mereka berbuat demikian untuk menekan Menteri Besar yang dilantik Mac 2008 supaya meletakkan jawatan.

Tindakan kesemua ADUN BN itu dipercayai mempunyai kaitan dengan SMS berbentuk ugutan yang diterima oleh tiga wakil rakyat BN iaitu Permaisuri, Paka dan Ajil malam semalam berhubung kemelut politik di negeri ini.

Bagaimanapun Rosol ketika ditemui wartawan di sini memberitahu, tindakan mereka itu bukan bertujuan memulaukan sidang DUN.

Sebaliknya jelas beliau, pihaknya bertindak demikian demi faktor keselamatan selepas menerima SMS berbentuk ugutan semalam.

Tengah malam tadi pula tiga ADUN BN Terengganu termasuk Rosol membuat laporan polis setelah menerima khidmat pesanan ringkas (SMS) berbentuk ugutan, dipercayai berhubung kemelut politik di negeri ini.

Isu itu dipercayai berlaku selepas Ahmad membuat kenyataan untuk mengambil tindakan tegas termasuk memecat ADUN BN, jika mereka membentangkan usul tidak percaya terhadap beliau.

Terengganu mempunyai 32 kerusi Dewan Undangan Negeri, lapan daripadanya diwakili pembangkang.

http://www.mstar.com.my


Respon

  1. demi untuk memertabatkan bangsa, perebutan kuasa menjadi agenda utama..
    semoga rakyat Ganu buka mata..
    pemimpin leka gila harta, rakyat semakin sengsara..

    Ding, jangang lupe pangkah bulang nanti..

  2. Ganu kita,jangan jadi macam kami orang Perak,ADUN yang gila kuasa.

  3. Sepatutnya mereka semua(adun) memberikan sokongan dalam membangunkan kerajaan negeri Terengganu,siapa sahaja yang menajdi MB,bukan soal yang perlu diperbesarkan.Namun bila mereka telah ada puak puak tertentu dalam politik,maka mereka tidak dapat disatukan hati,mereka ini semua jelas berjuang bukan atas kepentingan bangsa dan ugama,namun yang menjadi keutamaan merka adalah pembahagian projek(disana ada peluang untuk menghimpun kekayaan yang luar biasa).Sudah tentu bila mana mereka bukan dari kelompok yang berkuasa,maka peluang untuk mendapat apa jua projek itu akan terpinggir.
    Dan kita ingin bertanya secara jujur,apakah telah ada dalam budaya umno untuk saling memberi ugutan,apalagi ugutan bunuh.Jika ini lah yang telah jelas ada…maka dapat kita katakan bahwa umno ini telah menumbuh dengan budaya samseng dan jenayah.Dan lagi juga kita ingin bertanya,apakah mereka yang menerima ugutan bunuh itu terlalu pengecut orang nya hingga takut untuk datang kedewan undangan negeri.Jika ini yang berlaku,adalah lebih elok mereka tak payah untuk menjadi wakil rakyat.

  4. woooooiii mb ganu.kate nak bagi notebook sorang satu kat budak darjah lima?mana?sembang bombang

  5. mu MB kuat lebong,penghayuk mok

  6. Tak payah la nak kelam kabut kat Trengganu.
    Umno nak rebah dah kat Trengganu kita.
    Dah menjadi budaya umno berebut nok kuasa.
    kaki lebong n kcing blakee..
    nak senang cerita..bubarkan aje Dun tu..
    adakan pilihanraya semula kalu berani.

  7. Yang bagusnya masa persidangan yang didominasi oleh Pas itu, mengambil kesempatan membelasah MB ramai2, kan MB masa jadi adun dulu dia cabar Whid Endut begocoh. Ni lah masanya Pas korek benda2 yg tak betul dibuat masa Idris dan dia tadbir. kan cantik…

    Satu ja takut dia mengamuk kerana otak dia sedang tertekan mau dia jadi gila babi. Dia ni kalau mengamuk, babi gila pun tak macam tu.

  8. kah kah kah babi gila pun kalah kpd mb lebong note book tahi kucing. meloya dan menyampah tengok muka lebong nii.

  9. kite tengok penyu telo… penyu tengok telo umno… muahahahahaahahahaha

  10. HAHAHAHAHA

  11. Salam.

    PM Najib kena tanya semua ADUN BN.

    Siapa mereka hendak menjadi MB Terengganu.

    Kalau ramai pilih Si A, maka nama Si A sahaja disembah untuk Sultan pekenan.

    Habis cerita.

  12. YANG DOK BERGOCOH SESAMA UMNO TU BUAT APA….? MALU KAT ORANG CINA,INDIA,SIAM DAN MELAYU SENDIRI….

    SEBAB TU LAH ORG ORG CINA,INDIA,SIAM DAH TOLAK PARTI PERKAUMAN MELAYU NI… SESAMA SENDIRI PUN BOLEH JADI CERITA….

    PAKAT NAK BEREBUT DUIT ‘ROYALTI’ MINYAK LA TUU…

    HARAP SANGAT SANGAT ORG MELAYU KT GANU BUKA MATA LUAIH LUAIH….DAN TOLAK PUAK PUAK YANG DOK BERGOCOH SESAMA SENDIR…

    BAGI LAH PELUANG UNTOK PAKATAN RAKYAT PULAK PERINTAH…UNTOK KESEJAHTERAAN RAKYAT GANU….

    KALAU PKTN RAKYAT PUN MACAM TU JUGA…. MAKA TOLAK LAH DEPA JUGA…MELAYU KENA JADI ORG CERDIK….

  13. Rakyat faham budaya wakil rakyat UMNO.Yang mereka hendak adalah jawatan EXCO.Lumayan sheikh,gaji tidak seberapa sangat,mendekati 10K sebulan saje,tapi elaun sheikh yang sedak sekali.Kuasa melulus projek lagi sedak.Habuang keliling pinggan.
    Kalau tak jadi exco pung lantiklah jadi pengerusi GLC Kerajaan.Boleh tahang jugok pendapatang tiak-tiak bulang.Tapi haprak pun tak dok,sebab MB tak suke kami kroni deris.Mb lantik puok-puok dia,macang Roslang wanchik,Pok Rusli, Zuber Embun, Ku Putere,Ramang Bakor dan sewaktu dengan nye.
    MB pung boleh tahang, kalu mari buoh tok molek,perangai lame gedebe,punoh ranoh,dia cabor betumbok di luor dewang macam kes dengan Wahed Endok dulu.Diri kalau dia hayung Rosol boleh lawang,tapi kalau die hayung Ramli noh berterabo.

  14. Pelik gak sebab tidak ada alasan yg kukuh diberikan untuk menjustifikasikan menolak Ahmad Said sebagai MB. Wa takut ini semenanya tektik jahat untuk menghalang Ahmad Said dari wang royalti petronas. Selama ini kita pun tahu kerajaan negeri tak merasa duit ni. Cuma denga nombor yg banyak angka kosong jer… kononya untuk rakyat. Kalau tak dapat duit ni lagi camner nak bagi laptop kat anak anak ganu ni weh? Nak cari duit sendiri tak pandai. Apa yg ada dok perabih.. malangnya orang lain yg tolong perabih.. kuang3


Tinggalkan komen

Kategori