Posted by: pinkturtle2 | April 14, 2009

Saya tidak terkejut, tak akan pujuk 10 ADUN ‘boikot’ – MB Terengganu

Tidak hadir Dewan perkara biasalah bagi orang politik... saya tidak akan memujuk mereka supaya datang (esok),

Tidak hadir Dewan perkara biasalah bagi orang politik... saya tidak akan memujuk mereka supaya datang (esok),Saya tidak tahu perkara sebenar berhubung SMS dan tindakan 10 Adun yang tidak menghadiri sidang Dewan hari ini - Mat Said

MB Terengganu: Saya tidak terkejut, tak akan pujuk 10 ADUN ‘boikot’

KUALA TERENGGANU: Menteri Besar Terengganu, Datuk Ahmad Said berkata, beliau tidak tahu punca 10 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) negeri itu tidak menghadiri sidang DUN hari ini.

Katanya, beliau juga tidak mengetahui bahawa tiga ADUN BN telah menerima SMS ugutan yang mengancam nyawa mereka, malam semalam.

“Saya baru balik dari Kemaman kirakira pukul 2.30 pagi tadi.

“Saya tidak tahu perkara sebenar berhubung SMS dan tindakan 10 Adun yang tidak menghadiri sidang Dewan hari ini,” katanya ketika ditemui pemberita selepas sidang DUN berhenti rehat tengah hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai tindakan 10 ADUN BN yang enggan menghadiri hari kedua sidang DUN hari ini kerana mendakwa keselamatan diri mereka terancam.

Tindakan kesemua ADUN BN itu dipercayai mempunyai kaitan dengan SMS berbentuk ugutan yang diterima oleh tiga wakil rakyat BN iaitu Permaisuri, Paka dan Ajil malam semalam berhubung kemelut politik di negeri ini.

Sepuluh wakil rakyat yang tidak menghadiri sidang Dewan itu ialah ADUN Tepuh, Muhammad Ramli Nuh, Mohd Zawawi Ismail (Kuala Berang), Abdul Halim Jusoh (Permaisuri), Datuk Din Adam (Bukit Besi), Datuk Rosol Wahid (Ajil), Alias Abdullah (Alor Limbat), Zakaria Abdullah (Paka), Ramlan Ali (Jabi), Datuk Seri Idris Jusoh (Jertih) dan Mohd Pehimi Yusof (Kota Putera).

Dipetik Bernama, Ahmad berkata, beliau tidak terkejut dengan tindakan wakil rakyat BN itu dan tidak akan menghubungi mereka bagi mendapatkan penjelasan berhubung perkara itu.

“Tidak hadir Dewan perkara biasalah bagi orang politik… saya tidak akan memujuk mereka supaya datang (esok),” katanya yang banyak mengelak soalan daripada wartawan.

Ditanya mengenai pegawai kanan kerajaan negeri yang dikaitkan dengan penghantaran SMS itu, Ahmad menyerahkan perkara itu kepada polis untuk mengambil tindakan selanjutnya kerana tiga Adun berkenaan telah membuat laporan mengenai perkara itu.

http://www.mstar.com.my


Responses

  1. pelik nie yang kena ugut 3 saja,yang 7 lagi pasai pa pulak….

    amenoo ganu buat drama baru untuk rakyat malaysia..kalau nak buat undi tak pecaya tu buat saja la.tak payah la dok main wayang rakyat meluat tengok hangpa….

    satu cadangan Gubir bubar saja DUN habis cerita…

  2. rupe2nye umno BN doh lame dok bercakarang sesame …. ingatkang bercakarang umno-mca-mic ganu…. nenenenenenng ganu kite…

  3. selama ni bn pakat nok serang pr…nguduh ke pr psal alih kuasa dlu..mcm2 kata ke pmimpin pr…skrg baru tahu…baloh same sndiri psal gler kuasa dan pngkat…gmol la bn…dah nak hancur pun..tggu mase je ….

  4. YA TAK YA JUGAK.yANG 7 ORANG LAGI TU APSAL JUGAK TAK MAI SIDANG.dEPA SEMUA SAKIT PERUT KA. HIS.HIS.HIS.

  5. Balasan allah berkat doa rakyat yang di zalimi…amin.

  6. kita semua tunggu dan lihat apa akan terjadi dalam episod seterusnya.

  7. Link ini menjelaskan kenapa ADUN Terengganu takut untuk ke dewan

  8. tak perlu mat said chopong pujuk kerana 22 drp 23 adun umno tak sokong mat said jadi mb dan benci dgn lagak pentadbiran samseng yg diamalkan sejak setahun sebagai mb. cuba nilai kenyataan nya dan program yg dijalankan. nampak sangat bodoh dan tidak ada krisma sbg mb.mb darat belumut jongang. patut pun kalau diberi undi tak percaya…memang tak layak memimpin pun.

  9. Alahai…semakin hari semakin panas…ujian pertama buat najib and co…kestabilan politik tu penting kalau kita nak majukan negara…kalau politik x stabil, negara jadi huru hara…orang luar pun takut nk melabur kat Malaysia ni….tak meyakinkan langsung!

  10. Salam.

    Manalah nak terkejut kerana dipilih menjadi MB dulu tidak mengikut kehendak pucuk pimpinan parti.

    Menjadi MB pun kerana mengambil kesempatan akan keputusan PRU yang merosot dan kerana kebaikan Pak Lah yang banyak tolak ansoq.

    PM Najib kena tegas. Kena dengaq pandangan ADUN2 BN Terengganu.

  11. dulu set amno ni khianat….masa PAS perintah sekat duit royalti…hoh lening dapat balasanlah…Allah Maha Kaya….siapa sebenor pengkhianat Melayu kalau bukan set amno…..

  12. kami dok mau hadir `natang’…. :p

  13. kami dok mau mung,said… 😛
    kami mau Natang!!
    Natang Sungguh mung nie.. 😛

  14. tula MB ganu..dulu suka sangat maen sumpah ALLAH sane sini..kan dah kene bala nye balik..kalu dah AMNO tu AMNO la jugak..
    adoiyai~

  15. misteri Anuar ada pada bekas imam masjid negara,,dan juga saypol..jejeng jeng jenggg

  16. misteri duit rakyat lesap angkara siapa adakah angkara udang kara? umno say no to umno bye2 my umno….

  17. kami nak umno natang beruuuuuu


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: