Posted by: pinkturtle2 | April 22, 2009

Manohara Odelia Pinot: Macam mana najib nak jawab soalan wartawan indonesia

Adakah benar Manohara Odelia Pinot diculik ataupun beliau hanya mengikuti suaminya ke Kelantan

Adakah benar Manohara Odelia Pinot diculik ataupun beliau hanya mengikuti suaminya ke Kelantan

Kerabat Kelantan didakwa dera isteri model

Model terkenal Indonesia, Manohara Odelia Pinot, didakwa dilarikan oleh seorang kerabat diraja Kelantan, yang juga suaminya, dan pernah didera, termasuk dilukakan di bahagian dada.

Ibunya Daisy Fajarina mendakwa, beliau mempunyai bukti penderaan tersebut dan maklumat mengenainya disampaikan oleh orang istana sendiri yang bersimpati dengannya.

“Anak saya disiksa, di bagian dadanya disilet (ditoreh) silet. Itu yang ngomong dari pihak dalam istana yang punya hati nurani dan nggak (tidak) tega melihat penderitaan anak saya,” wanita itu dipetik berkata.

manohara odelia pinot tengku kelantan royal indonesia model controversy 210409Ibunya juga mendedahkan anaknya, 17, dibawa secara paksa dan tanpa diduga oleh kerabat tersebut selepas mereka sekeluarga selesai mengerjakan umrah bulan lalu dengan pesawat peribadi Challenger 300 dari Jeddah, Arab Saudi.

“Saya tidak menyangka setelah umrah, mereka sanggup melakukan hal yang sangat tidak manusiawi (berperikemanusiaan),” wanita 44 tahun itu dipetik sebagai berkata di Jakarta.

“Alhamdulillah, kami melakukan ibadah dengan baik, hubungan kami dengan Tengku pun baik.”

Daisy berkata, sewaktu mereka menuju ke lapangan terbang untuk pulang ke Indonesia, Manohara berangkat satu kereta dengan suaminya, sementara beliau sendiri bersama kakak Manohara Odelia dalam kenderaan lain.

Tambahnya, bagaimanapun kenderaan yang membawa kerabat tersebut dan model Indonesia itu tidak ke lapangan terbang biasa, sebaliknya ke bahagian berlepas jet peribadi.

Daisy mendakwa, beliau dan anak sulungnya Dewi Sari Asih cuba menghalang pesawat tersebut berlepas sehingga hampir terkena sayapnya tetapi tidak dipedulikan.

Sehingga kini nasib dan lokasi wanita muda itu masih tinggal misteri, lapor sebuah akhbar di republik tersebut Surya hari ini.

Mereka, termasuk kerabat tersebut, mengerjakan umrah bersama-sama antara 25 Februari hingga 9 Mac lalu sebagai undangan untuk berbaik-baik semula.

Manohara Odelia – yang pernah tersenarai “100 Pesona Indonesia” – lari dari negara ini ke republik itu selepas berasa sering dikasari oleh suaminya.

manohara odelia pinot tengku kelantan royal indonesia model controversy 210409 02Model itu berkahwin dengan tergesa-gesa dengan kerabat tersebut, yang berusia 31 tahun, pada 26 Ogos lalu setelah dicabuli lelaki tersebut awal 2007 sewaktu remaja itu berusia 15 tahun, dakwa Daisy lagi.

Manohara Odelia diberikan mas kahwin RM50,000, kalung berlian, anting-anting, gelang, cincin dan jam tangan.

Lebih kurang seminggu sebelum majlis pernikahan itu, Manohara Odelia dan keluarganya diundang ke Kuala Lumpur atas undangan istana Kelantan.

Pertemuan mereka berdua bermula pada Disember 2006 sewaktu Daisy dan anaknya hadir di majlis makan malam Datuk Seri Najib Razak, lapor Surya lagi.

Tiada maklumat lengkap bentuk program itu dinyatakan, namun dipercayai satu program rasmi Najib ketika mengunjungi Indonesia pada bulan tersebut.

Ibu model itu dilaporkan berkata, dalam pertemuan awal itu kerabat tersebut kelihatan sopan dan pertemuan mereka seterusnya menunjukkan lelaki itu “baik orangnya, rajin bersolat, tidak pernah kasar dan lembut bicaranya.”

“Saya sudah menganggap Tengku anak saya,” Daisy dilaporkan berkata.

Selepas kejadian yang tidak diduga di Arab Saudi, menurutnya lagi, beliau terus membuat aduan kepada kedutaan Indonesia di Jeddah.

Untuk menjejak anak bongsunya daripada dua beradik itu, Daisy cuba masuk ke Malaysia tetapi dihalang oleh jabatan imigiresen atas alasan “permintaan istana Kelantan.”

Beliau juga mendapat bantuan daripada Kementerian Luar Indonesia selepas gagal ke Kuala Lumpur.

“Rasanya saya ingin mati mati saja, tapi saya tahu saya harus kuat untuk anak saya.

“Saya tidak sanggup membayangkan apa yang akan terjadi pada anak saya,” Daisy dipetik berkata sambil berlinangan air mata.

Manohara Odelia mewarisi darah kacukan Perancis daripada bapanya Reiner Pinot Noack.

Akhbar Tempo edisi internet petang ini melaporkan polis republik itu akan mula menyiasat kes penculikan tersebut sekiranya mendapat laporan keluarga model tersebut.

Jurucakap ibu pejabat polis, Abubakar Nataprawira berkata sampai saat ini belum mendapatkan laporan daripada keluarganya.

“Katanya (keluarga) sudah lapor, tapi belum ada laporannya,” beliau dipetik berkata, sambil menambah kes tersebut diketahuinya daripada wartawan.

Tambahnya, apabila sudah dilaporkan, siasatan lanjut akan dibuat.

http://www.malaysiakini.com

……………………………………………………………………………………………………………………

Satu lagi insiden memalukan Malaysia

Sampai bilakah nama Malaysia akan terus tercemar dengan kes-kes sebegini?

Dahulu nama Malaysia busuk apabila Altantuya Shariibuu seorang warga Mongolia mati dibunuh dinegara ini. Hari ini, nama Malaysia busuk dinegara jiran kita Indonesia.

Sekali lagi Jabatan Imigresen bertindak diatas arahan pihak-pihak tertentu.

Hari ini, perdana menteri kita memulakan lawatan rasmi selama dua hari ke Indonesia.

Bagaimanakah dia akan menjawab soalan-soalan yang panas ini dari wartawan-wartawan di Indonesia.

http://aminiskandar.wordpress.com

…………………………………………………………………………………………………………………

Kalau kena culit tak kan ceria gembira bergambar dalam pesawat peribadi

Kalau kena culit tak kan ceria gembira bergambar dalam pesawat peribadi..

Benarkah Monahara Diculit Suaminya Sendiri?

ADA berita panas dan berat tersebar dalam internet di Indonesia mengenai Tengku Temenggong, Tengku Mohamad Fakry Sultan Ismail Putra anak Raja Kelantan yang dikatakan melarikan model cantik Indonesia, Monahara Odelia Pinot, 17.

Berita ini geger dan hangat dalam blog-blog sosial dan politik di serata Indoensia. Media massa cetak juga sudah mula turut sama menyiarkan berita ini. Rupa-rupanya kisah percintaan Fakry dengan Monahara yang mesra dipanggil Pinot sudah jadi bahan terlaris di Indonesia sejak beberapa bulan sebelum ini lagi.

Ini tidak menghairankan sebab Pinot kacutan Bugis dan Perancis merupakan seorang model hebat di Indonesia yang disenaraikan dalam 100 model tercantik musim ini.

Sebaba itu apa-apa berita mengenainya mudah hangat dan disensasikan. Apa lagi kalau ia ada hubungan dengan pengeran (anak raja) ia makin menjadi tumpuan.

Saya sendiri mula menyedari berita ini selepas membaca laporan protal berita tribahasa semalam. Laporan protal berita itu yang memetik laporan sebuah majalah (Syura) sungguh mengejutkan dan ini menyebabkan membuka selera untuk membuat serch di beberapa engin internet.

Beratus blog di Indonesia memainkan berita berkenaan. Nampak begitu marah sekali rakyat Indoneisa terhadap apa yang berlaku. Paling memedihkan hati bila membaca komen yang dikirimkan sampai ada yang mahu ganyang Malaysia. Rakyat Indonesia begitu menyayangi warganya dan mudah menunding jari kepada kita.

Ada sebab bagi rakyat Indonesia kalau mereka merasa marah dan kesal atas laporan itu. Mereka tidak mahu kalau warga mereka diculik kemudian diseksa! Bukan saja mereka, kalau terjadi ke atas rakyat kita juga kita akan bertindak demikian. mungkin lebih dahsyat lagi.

Bagaimana pun apakah laporan atau dakwaan ibu Monahara itu, Daisy Fajarina, 44 itu benar belaka? Ada sesuatu yang perlu dicungkil mengenai dakwaan yang dibuat itu. Ada beberapa perkara yang menimbulkan keraguan dan terasa anih.

Menurut Daisy anaknya diculik ketika selesai mengadakan umrah awal Mach lalu. Beliau yang turut mengerjakan umrah mendakwa perpisahan alias diculik dengan anaknya berlaku di lapangan terbang. Kayanya Monahara dilarikan dengan pesawat lain manakala beliau bersama seorang anaknya, Dewi menaiki pesawat lain. Macam cerita Hindustan bunyinya!

Selepas itu beliau tidak mengetahui di mana Monahara berada. Maklumat yang beliau perolehi seperti dipetik mengatakan Monahara di dera oleh Fakry. Sumber maklumat itu dari dalam istana Kelantan sendiri.

Dakwaan Fajarina itu boleh dipersoalkan kesahihannya. Apakah wujud cerita yang dilaporkan itu? Dan apakah perpisahan itu boleh dikelasfikasikan sebagai culik?

Bukankah Monahara telah bernikah secara sah dengan Fakry? Kalau sudah menjadi isterinya apakah boleh dikatakan Fakry membawa isterinya itu sebagai diculik?

Majlis perkahwinan Fakry dan Monahara diadakan secara besar-besaran di Kota Bharu Kelantan. Monahara juga telah dibawa ke majlis-majlis yang melibatkan rakyat. Acara ringkas memperkenalkan menantu raja itu kepada rakyat diadakan. Gambar-gambar mengenai majlis itu juga turut sama disebarkan dan membuktikan perkahwinan itu berjalan lancar dan dalam keadaan baik.

Mengenai Monahara diseksa dan dicalar di dada, sebaiknya Daisy dan pihak berkuasa Indonesia lain mendapat laporan tepat dan jitu mengenai keabsahannya. Jangan percaya kepada sumber gelap dari mana-mana sudut. Ingat syaitan suka melagakan manusia di mana-mana saja tanpa mengira warna kulit dan bangsa.

Hubungan baik antara dua negara boleh manfaatkan bagi menyelesaiakan krisis dua individu ini. Dan kisah ini juga seharusnya tidak dijadikan maslaah dua negara melainkan kisah rumah tangga saja yang membabitkan keluarga di Raja Kelantan dan keluarga Daisy dan Pinot.

Sehubungan itu elok juga kalau pihak istana Kelantan membuat penjelasan mengenai perkara ini. Tuduhan yang dilemparkan dalam blog dan mungkin media Indonesia sedikit sebanyak menjejaskan kemuliaan istana Kelantan yang sekaligus akan mengaibkan anak-anak Kelantan di mana saja berada.

Jangan biarkan perkara ini berpanjangan penyelesaian tuntas hendaklah dibuat sebelum ianya menjadi lebih kusut dan dieksploitasikan oleh pihak-pihak yang sengaja mahu mencari kesempatan mengeruh dan memburukkan suasana.

http://msomelayu.blogspot.com

Advertisements

Responses

  1. aisehman,najib gak melepas!! 😛

  2. semoga nasib cewek ni tidak seperti nasib altantuya…..

  3. no komen..!

  4. ada can

    ada can untuk najid masuk jarum, oi!

    gapa dia nak kacau kelantan. tu

    jaga-jaga…..

  5. x phm aku kes ni

  6. APA KENA MENGENA HAL RUMAHTANGGA ORANG DENGAN NAJIB???

    Tak Mo..Tak Mo…Tak Mo….MULUT BUSUK!!!

    he he he

  7. sbb najib kan, ati panass..jenis suka godam awekz muda2 ni.
    tak caya kalu ..tanya kak Ziana Z kite tuh.. mesti kak Ziana Z tu kelip2 mata.. ahakzz 😛

  8. Kalau diamati cerita ini, ada dua persepsi yg kita boleh ulas.

    1) Mungkin ada unsur yg nak digambarkan oleh akhbar Surya ini, bahawa gulungan bangsawan di Malaysia mempunyai sikap yg ganas.

    Akhbar di Indonesia baru2 ini telah menyiarkan kisah pembunuhan Altanthuya yg dikaitkan dengan TPM Malaysia pada ketika itu. Najib juga dikatogorikan sebagai gulungan pengeran, selain itu kerajaan Indonesia banyak menerima aduan penderaan dari rakyatnya bekerja sebagai
    pembantu rumah di Malaysia. Apa kata kita membuat konkulusi, Indonesia ingin menjatuhkan reputasi Najib sebagai PM. Soalannya agenda siapa ini. Ezam berada dimana sekarang, siapa sahabat Ezam?.

    2) Ini krisis rumah tangga kepada seorang kerabat diraja negeri Kelantan yg digelar sebagai serambi Mekah yg MBnya seorang ulamak.

    Isteri yg juga seorang selibriti Indonesia diculik dikatakan berada di Kelantan, mungkin krisis ini melibatkan soal hukum dan undang perkahwinan orang Islam, jika ini benar Jabatan ugama Islam Kelantan adalah dipertanggung jawab untuk menyelesaikan krisis keluarga ini. Jika krisis tidak berjaya diselesaikan dgn baik, ia akan memberi gambaran buruk kepada kerajaan kelantan dan akan dijadikan isu oleh Umno Barisan Nasiaonal.

    Mari kita lihat isu arah kemana?.

  9. Kalau berita belum pasti jangan dihuraikan nanti jadi mengumpat pula

  10. salam kucing kota, saye agak bersetuju dgan komen anda…

  11. T.kasih onechai senario politik masakini memungkinkan apa saja beleh berlaku.

  12. nampaknya atipanas dah bertaubat.baguslah macam tu jangan prasangka buruk.

  13. Alhamdulilah, kalau Ati Panass dah boleh sejukan hatinya itu tandanya cahaya Iman masih bersemi dihati kecilnya, arab kata (dhamirnya).

    Dlm diri kita ini ada sekelumit hati yg sentiasa ingin melihat kebenaran, yg melindungi kebenaran ialah kemarahan, kekecewaan, kekesalan dan keegoan.

    Sebab itu Allah dan Rasul berpesan kepada manusia ” Qulill haq walau kana murra”. Berkata benarlah walaupun apa yg nak disampaikan itu pahit.

  14. Kucing kota
    tapi yang aku hairan ramai forumer kat sini yang memaki hamun kau langsung tak nak bagi nasihat, memang tak boleh ke bagi nasihat kalau mereka dah menyokong PR,itu sebab aku tak menyokong mana-mana parti sebab kita akan terikat dengan setikawan ,kau nak maki ke mencarut ke aku tutup sebelah mata
    cuba hang komen sikit kucing kota

  15. cerita BOHONG.
    sila baca malaysiakini yang terbaru.

    jangan cari popular dengan menyiarkan cerita bohong

  16. Ati Panass
    Sebenarnya dlm kehidupan saya, saya amat malu untuk melafazkan carut marut dan maki hamun ini.
    tak kira siapa lah
    Kita berpolimik dalam blog ini hendak melihat hujjah yg berasas kepada tajuk yg pamirkan. Kalau kita tidak bersetuju apa yang ditulis oleh penulis tajuk atau pengkomen tajuk, sebaiknya kita memberi jawapan dgn bukti yg kita ada.
    Mengulas berita politik atau peristiwa yg terjadi kepada org politik berbeza dgn tindakan politik.

    Mengulas pristiwa yg berlaku kepada org politik
    dan berita politik kita bukan menuduh tetapi membuat andaiyan, boleh jadi begini atau boleh jadi begitu.
    Sementara mengambil kesempatan kepada peristiwa peribadi org politik kita perlu merujuk kepada, dari mana dtg berita itu, siapa pembawa berita, bukti berita tulin atau palsu.
    Dalam Islam kita adalah dilarang mempercayai berita yg dibawak oleh orang fasik atau media yg membawa berita fasik. Sifat fasik adalah musuh kepada umat Islam.

    Siapa orang fasik?. Ialah orang yang mengekalkan dirinya sentiasa dalam maksiat.
    Tidak menjaga lidahnya, mata, hidung, telinga dan anggota yg boleh menyebabkan berlakunya maksiat, maksiat terbahagi kepada 2 maksiat zahir dan maksiat yg tersembunyi, maksiat zahir seperti yg saya sebutkan diatas, sementara tersembunyi tidak dilihat oleh manusia lain dan apa juga niat jahat didlm hati. kedua2nya ialah maksiat kepada Allah.

    Yang mana dikatakan media fasik?.
    Media bertulis, seperti akhbar, majalah poster dan lain2 yg mana dlm media sepert ini menyiarkan gambar2 atau tulisan yg berbentuk maksiat, gambar wanita separuh bogel, nombor2 perjudian dan berita2 yg dipalsukan. perbuatan media seperti ini akan menjerumuskan umat Islam kelembah kehinaan dan kehancuran.

    Apa dia Media Eletronik? Skrin bergambar, TV, camera, computer dan IT. Ini media teknologi hasil dari ketinggian akal manusia yg diberi Allah, tampa kesempurnaan akal teknologi ini tidak akan wujud, akal itu sifatnya berkembang dari masa kesemasa. Sewajarnya org Islam lebih dahulu mencipta teknologi ini.

    Kita tidak dapat menolak teknologi hasil ciptaan manusia kuffar ini, selain ia berguna kepada seluruh umat manusia, ia juga membawa budaya karya yg didalamnya tertulis berita dan gambar2 maksiat disiaran maya ini.

    Disinilah peranan Iman dan Islam mengambil tempat untuk mengawal umatnya dari terjerumus kelembah maksiat. kegagalan umat Islam mengawal dari serangan media2 sepert ini. Menyebabkan Islam akan dihina oleh penganut lain sebab mereka menganggap kita tiada bezanya dengan mereka.

    Sebab itu saya selalu bertanya. Kalau kita bersyahadah dgn Rasul dan mengaku Islam itu ugama kita. Siapa kah yg layak bangun menegakkan Islam agamanya.

    Penganut Hindu, Budha, Kristian atau lain2.
    Sebab itu saya menyeru semua org Islam dari semua bangsa, marilah terima Islam yg Syumul dan adil. Islam tidak akan berlaku zalim kepada semua manusia

    Ati Panass saya tidak nak mencerca sesiapa atau menyentuh sikap sesiapa. Orang Islam yg baik akan sentiasa berkata yg benar dan menjauhkan lidahnya dari menyebut perkataan yg sia2 dan mengundang dosa.

    Saya meletakan diri saya sebagai seekor kucing yg menjadi binatang peliharaan rasul. saya selalu mengimpikan. Alangkah beruntungnya saya sekiranya kucing dizaman rasul itu adalah saya.

    Untuk menjadi manusia yg baik didunia yg penuh mencabar iman ini, saya juga tidak terlepas membuat dosa. saya selalu bertanya pada diri saya manusiakah saya. Dgn Ilmu yg tak seberapa, saya hanya bertaraf seekor KUCING KOTA.

  17. syabas kucing kota..boleh paham ke ati panas tu,,,kang dimaki pulaaak…

  18. Sdr. Uwiss
    Dah dia maki pun. Dia memang manusia yg lebih teruk dari binatang.
    Dari cara dia behujjah dia tidak dapat membezakan yg mana firman dan yg mana hadis. dan dia cuba meletakan ayat pakai borong firman dan hadis. saya percaya dia bukan org yg suka dgn Quran.

    Yang jelas dia seekor Binatang.

    • kucing kota
      layakkah anda bercakap berkenaan hadis dan Quran jika anda sendiri menyamakan ciptaan Allah yg paling unggul (manusia) dengan binatang????

  19. Aku suka sekali dengan respon kucing kota.

    Orang Indonesia tidak suka dengan Malaysia sebab banyak victim dari orang Indonesia yang ada di Malaysia.

    Masalah perbatasan negara (Nation border).

    Orang Malaysia ada yang menjadi victim di Indonesia ? orang malaysia di Indonesia baik-baik saja … lihat konser, college, etc

    Please, tell the truth via blog about your country.

    Nama Malaysia buruk sekali diluar. fix it, please

  20. […] Manohara Odelia Pinot: Macam mana najib nak jawab soalan wartawan indonesia Kerabat Kelantan didakwa dera isteri model Model terkenal Indonesia, Manohara Odelia Pinot, didakwa dilarikan oleh […] […]

  21. if u look back history najib…mcm2 kes dia trlibat, khalwat dgn penyanyi popular di hotel room…kahwin dgn bini orang…kes mogolia…yg trkini manohara…inilah krja elit pengeran2 di M’sia. Doakan sj lps ni xde wanita jd mangsa dera lg…

  22. WITH THE CURRENT ADMINISTRATION …. MSIA
    IS ALREADY ‘TAINTED’ AND TARNISHED….
    IT GOES BACK TO MAHATHIR’S TENURE AS PM…

    WE ARE WORSE THAN MAYNMAR…

    HOPE EVERY SINGLE MSIANS UNDERSTAND OUR PREDICAMENT…. NAJIB SHOULD RESIGN…
    AND MAHATHIR INCARCERATED….!

  23. hm.. sya sbg warga indonesia brpendapat, kalau tak benar berita tu hrsnya x usah dibesarkan..
    tpi sampai sekarang belum jelas berita ni..
    kalau memang bohong berita tu, knapa kerajaan kelantan tidak segera mempertemukan ibu dan anak tu? kasihan mereka… huhuhu…

  24. Tolong jangan sibuk2..pastikan beritanya benar..jangan ada2kan cerita..jgn terlalu emotional tanpa bukti..mana tau ibu pinot mahukan publisiti murahan..dengarnya pinot popular di indon sedangkan dimalaysia tidak..mungkin inilah satu cara publisiti “murahan” untuk kasi perkenal itu pinot..jadi tolong sabar dong..

  25. Senang je kalau wartawan tanya, jawab je macam stail apenama(Chedet)…. saya tak tau (paklah)

    http://nmjnh.wordpress.com/2009/04/24/who-is-manohara-odelia-pinot-malaysiakini/

  26. Kalau memang kisah itu tidak benar, mintalah Manohara untuk membuat press conference (panggil wartawan) untuk membuat pernyataan kepada orang ramai/publik tentang gossip/issue penculikan nya. Kenapa Manohara tak boleh kontak siapa2 dengan handphone nya & internet/email? Kenapa Manohara tak boleh berjumpa dengan keluarganya sendiri?

    Pejabat agama di Indonesia tidak memberi izin kepada Manohara untuk menikah/kawin krn umurnya masih dibawah 21 tahun (belum dianggap dewasa untuk membuat keputusan). Dari itu, perkawinan Manohara dg Tengku Mohamad Fakry tidak dianggap sah/resmi. Dengan kata lain, mereka menikah siri (menikah dibawah tangan).

    Dari foto2 yg menunjukkan mereka bahagia, tidak terlihat Mano & Fakry memakai cincin kawin. Apakah foto2 itu adalah foto2 sebelum kawin?

  27. MALAYSIA, FREAK….
    MALAYSIA, IS A PIECE OF SHIT….

    ONLY ABLE TO STEAL….
    DASAR NEGARA MURAHAN….
    CUIH…

  28. Bukti sudah banyak di pihak Indonesia dengan segala pertanyaan yang ditujukan kepada fakhry, kerabat kerajaan itu bersembunyi dibalik perlindungan istananya.

    Mari silahkan bergabung menjadi bagian dari Indonesia. Just deleted ur Malaysia cause too much bad things…..

  29. sorry to say dis, but i tink that manohara juz want money. dia tu pn agak sosial.tah2 bf dia lepak dlm flight jet tu dgn dia. plus those singaporean tba2 lak baik nyer ati nk tlg dakwa malaysia. we all noe malaysia n singaporean mmg xngam sgt. n nape lak tengku nk kawin dgn manohara klu nk dera? mest ade sbb tengku pukul dia. baik wut minah tu jd mistress suda. pening pale je. biase la, duduk istana kn kene ctrl gile2 ke, minah tu busan la kot.tu yg cr psl smpi singapore.

  30. eh pandai-pandai indon ni kata negaranya baik dan hebat..negara yg paling dahsyat korapsi..tu sebab negaranya paling ramai rakyat miskin merempat menjadi kuli diseluruh dunia..warga business tahu berapa susah untuk berurusan dengan indon ni..semua org nak minta dirasuahkan..ramai menjauhi diri dari business dgn indon..sikap tidak konsisten..

  31. ntah la saper betol saper salah…. tapi aku rase macam lebih sudu dari kuahnyer….. renung renungkan….. macam nak kondemkan negeri aku je… adakah ini satu propaganda??? hanya allah sahaja yang mengetahui……..

  32. daisy fajarina, please tell all the medias about the truth facts! dont talk bull shit! we all know about your past! if u are not a fugitive, prove it! as for u, Mano, dont hide the truth behind your mother’s back! there’s something wrong between u two!

  33. Kita orang Malaysia jangan biadap seperti orang indon tu. Masa diorang susah minta bantu di acen dulu, jilat pantan pun rela terutama pantan Bush. Sekarang Indon hina-hina orang yang pernah bantu diorang.

    Baca penghinaan orang indon terhadap Malaysia.

    http://www.facebook.com/group.php?sid=3f4774618a51611738e14e20067a8162&gid=221952910160&ref=search

    • bulukun, it’s true what u’ve said here. next time, we dont help indon anymore. let them suffer!

  34. wi2….
    apalah bnda ni…..
    kalo kt owg buat salah….mcm2 dia owg kata….
    tgok la apa owg kamu buat kana cni…
    kalau x tgok…
    tak la tauk…

  35. not all indons are bad and not all msians are bad. our countries have had a long standing history of rship. The ppl who make this a national incident and blacklist an entire nation, whether it’s on either side, are stupid.

    let’s give manohara the benefit of the doubt she is telling the truth. now walk the talk and go to the doctor’s and get a medical exam. a NEUTRAL doctor. then go lodge a report. Jgn cakap2 kosong aje Mano.

    I also heard Daisy Fajarina is on Interpol’s list for sexually abusing her Indon maid Saleha in Cannes. The husband Reneit Pinot Noack is in jail for it now.

    Why the Kelantanese don’t want the mother around? She is a gold digger. Frankly which one of us don’t cut out bad in laws if given the chance….

  36. Tidak usah saling bertengkar. Ambil hikmahnya saja. Jangan pula mencari siapa yang salah, karena hanya akan menumbuhkan benih perseteruan, tak ada manfaatnya. Biarkan petugas yang berwenang saja yang menelitinya. Komentar orang yang tidak paham akan masalahnya malah akan menambah keruh suasana. Hidup ini cuma sebentar, tak usahlah bertengkar. Mubazir. Mari kita bantu do’a saja, semoga Alloh Subhanahu wa ta’ala memberi petunjuk kepada kita dan mereka semua yang sedang bermasalah.

  37. http://mymalaysian.wordpress.com/2009/06/09/polis-indonesia-periksa-tubuh-manohara-banyak-kenyataan-manohara-yang-boleh-dipersoalkan/

  38. salam teman semua…
    minta tolong klik link dibawah….
    dari klik tersebut dapat jugak saya 10 sen…
    http://jutawanklik.com?a_aid=9420077a
    tolong yer… terima kasih

  39. dasar negara pencuri, pemerkosa, pelanggaran HAM, negara miskin sedunia…..miskin moral…. tak punya budaye ngambil punya orang…..tak punya harga diri……kerjanya jadi maling

  40. biar la mano dgn cerita nya. apa istimewa dia. banyak lagi hal hal penting dalam negara perlu di beri perhatian. indonesia tak ada kerja sebab itu yang remeh dan kekeluargaan pun di kira isu negara. bodoh bangat ini orang.

  41. Salam….
    Kalau diikutkan Tengku Fakry berhak sepenuhnya ke atas isterinya Cik Puan Manohara, tetapi dari segi Tg Fakry mendera itu, adakah secara keterlaluan atau sebaliknya yang menyebabkan CP Manohara melarikan diri.
    CP Manohara tidak boleh membuat keputusan melarikan diri begitu ke Kedutaan Indonesia, sepatutnya beliau pergi melapor ke Mahkamah Syariah bagi mendapat pandangan dan nasihat mengenai perihal rumahtangga.
    Mahkamah Syariah berhak memberi nasihat dan bimbingan mengenai hal-hal perundangan dalam hal rumahtanggan dan masalah suami isteri..


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

w

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: