Posted by: pinkturtle2 | April 29, 2009

Hukum Manusia Lebih Besar Daripada Hukum Allah Di Malaysia

Ingat peraturan dan prosedur Islam mestilah berlandaskan syarak dan keputusan kabinet tidak boleh mengatasi syarak! Kini bukan hanya keputusan kabinet mengatasi syarak, malah ia tidak menghormati undang-undang keluarga Islam yang ada serta perintah dan keputusan mahkamah syariah tempatan

Ingat peraturan dan prosedur Islam mestilah berlandaskan syarak dan keputusan kabinet tidak boleh mengatasi syarak! Kini bukan hanya keputusan kabinet mengatasi syarak, malah ia tidak menghormati undang-undang keluarga Islam yang ada serta perintah dan keputusan mahkamah syariah tempatan

Keputusan kabinet mengatasi syarak…………

Isu pertikaian rumahtangga sehingga membabitkan nasib dan masa depan akidah anak-anak yang terlibat terus bergelora. Tidak dapat dinafikan ribut dalam rumah tangga ini berpunca dari ketidakserasian dan konflik peribadi antara pasangan suami isteri, sehingga bercerai dan si suami atau isteri pula kemudian memeluk Islam.

Apabila ini berlaku, isunya kemanakah halanya akidah anak-anak tadi, Islam atau tidak?

Terbaru dalam kes rumahtangga M. Indra Gandhi, 34 dan K. Pathmanatahn, 40. Mereka mempunyai 3 orang anak. Si suami telah memeluk Islam dan atas fahaman dan kepercayaannya telah membawa ketiga-tiga orang anaknya turut memeuluk Islam. Isteri tidak dapat menerimanya lantas membuat aduan bahawa pengislaman anak-anaknya itu dibuat tanpa persetujuan dan pengetahuannya sebagai ibu.

Mereka berdua naik-turun mahkamah untuk meneguhkan hujah masing-masing dengan harapan memperolehibukan hanya hak penjagaan ke atas anak-anak itu tetapi menentukan samada anak-anak itu hindu atau Muslim. Mahlamah Sivil dan Syariah menjadi rujukan.

Malangnya kabinet dibawah pimpinan PM yang baru telah campur tangan walaupun kedua-dua mahkamah sivil dan syariah masih mendengar permohonan-permohonan ini.
Kabinet memutuskan bahawa mana-mana pasangan yang salah-satunya menukar agama, maka anak-anak mereka hendaklah kekal dengan agama asalnya. Ini bermakna jika sepasang suami isteri yang bukan Islam, jika contohnya suminya memeluk Islam, maka anak-anak mereka hendaklah kekal beragama asal iaitu tidak Islam.

(Keputusan ini ternyata mencetuskan lebih banyak kontroversi dan langsung tidak membantu. Sebagaimana saya siarkans ebelumini ia dipertikaikan oleh cendikiawan dan para ulamak kita)

Kini akibat dari keputusan kabinet itu, dalam pertikaian Indra Gandhi lawan Pathmanathan, Mahmkamah Tinggi mengeluarkan perintah hak penjagaan sementara ke atas ketiga-tiga mereka pada Indra Gandhi dan atas semangat keputusan kabinet itu Indra boleh menganggap anak-anaknya yang telah di Islam kan sebagai “Hindu” dan membesarkan mereka mengikut adapt dan kepercayaannya.

Sisuami menurut laporan sudah pastilah tidak dapat menerima perkembangan ini dan kini menghilangkan diri dengan anak bongsu mereka.

Semua ini berlaku sedangkan Mahkamah Syariah telah pun mengeluarkan perintah jagaan sementara untuk Pathmanathan bagi menjaga anak bonsunya itu.

Ringkasnya kemanakah ini mebawa kita semua?

Tidak dapat tidak isu berkenaan Islam dan akidah terpaksa ditangani walaupun konflik ini berpunca dari masalah rumahtangga. Ada pihak yang mempelopori perjuangan liberalisma dan taksub pada hak sama rata, berhujah bahawa adalah lumrah bagi hak penjagaan anak-anak ini diserahkan kepada ibunya. Dan bajawa agama anak-anak di abwah umur biarlah begitu, sebagaimana keputusan kabinet sehingga anak-anak itu dewasa. Dewasa menurut perkiaraan siapa, 18 tahun atau akil baligh?

Kebiasaannya masyarakat akan bersimpati kepada si ibu, oleh itu sebarang tindakan si bapa akan dilhat sebagai mahu memaksa anak-anak dan tidak adil serta berbagai lagi. Ambil contoh kes Sharmala lawan Dr Jeyanganesh (yang telah memeluk Islam) yang kebetulan beritanya dilaporkan oleh akhbar tempatan hari ini. Siapa yang dilihat memaksa dan tidak adil?

Dalam kes mereka Mahkamah Sivil memberikan hak penjagaan kepada si isteri tetapi Mahkamah Syariah kepada si suami. Menurut laporan Sharmala kini menguasai anak-anak mereka dan berada di abwah penjagaannya. Tetapi mahkamah sivil mengenakan syarat bahawa Sharmala tidak boleh menukar agama anak-anak mereka atau mempengaruhi mereka dan tidak menghidangkan babi kepada mereka.

Si suami walaupun keberatan telah menyerahkan anak-anak mereka kepada Sharmala kerana mematuhi perintah mahkamah tetapi menurut beliau haknya menziarahi anak-anaknya itu setiap duaminggu tidak dipatuhi Sharmala dan sejak 5 tahun lalu beliau tidak pernah berjumpa dengan anak-anaknya itu!

Benar negara kita negara berbilang kaum dan agama. Suka ataupun tidak konflik seumpama ini pasti berlaku dalam masyarakat kita, Soalnya bagaimanakah kita menangani dan menyelesaikannya. Ingat peraturan dan prosedur Islam mestilah berlandaskan syarak dan keputusan kabinet tidak boleh mengatasi syarak! Kini bukan hanya keputusan kabinet mengatasi syarak, malah ia tidak menghormati undang-undang keluarga Islam yang ada serta perintah dan keputusan mahkamah syariah tempatan.

Beginikah nasib undang-undang Islam, pentadbiran, kehakimannya di bawah PM baru kita?

http://n32.blogspot.com


Responses

  1. Tindakan Najib ini akan lebih menjauhkan saudara baru kita yg ingin memeluk Islam…Najib lebih menyulitkan dan menyukarkan proses dakwah kpd saudara baru kita….Orang bukan Islam akan lebih takut untuk memeluk Islam..sebab mereka akan terinaya dan tidak dilindungi olh undang2…sepatutnya kita ucapkan AHLAN WA SAHLAN, SALAM YA SALAM, WELCOME TO THE TRUTH RELIGION…ALHAMDULILLAH….Ini tdak….kita menjauhkan lg mereka…masyaallah…nauzubillah..apa ko dah buat ni Najib/UMNO….

    Mana to mufti yg handal sgt tu…..main telor ker…..mana pemuda UMNO gagah perkasa nak pertahan kan melayu / Islam…..lancaula…..setan puak ni….

  2. Seolah olah kerajaan Najib hendak menang undi popular kerana memenangkan penganut Hindu..pastinya ini akan menyebabkan Najib lebih kelihatan liberal di kalangan yang bukan Islam dgn harapan kerajaan pimpinannya akan dapat sokongan yang sekarang ini semakin merosot dari kalangan bukan Melayu..

    Jika itulah matlamatnya..may Allah have mercy on your soul Datuk Seri Najib…

  3. Mereka ini tergolong/dikatakan PARIA kerana bila memeluk ISlam tanpa kebenaran pasangan menyusahkan siisteri dan anak-anak mereka kerana kena turun naik mahkamah.

    Klau laki kita nak MURTAD sumpah kita tak biarkan anak kita ikut bersama…

    Mahruz, nak promosi lebihlah itu…dia saje nak tunjuk benar ,orang lain tak benar..

    jangan pikir guna lutut,mana pinya akai…biar cakap ambil kira dari kaca mata orang lain juga ,itu kira ikut nafsulah…

    TGNA, diam aje…bila nak kempen cakap besar,tapi bila mai isu begini ..semua pakat tak setuju…

    BIAR PADAN MUKA PARIA YANG SOKONG PAS……..

    • Orang2 islam kat msia mana boleh murtad bodoooooh!

  4. Apa nak jadi dengan UMNO ni? Dah buang tabiat kot.
    Inilah padahnya bila kita letakkan kepentingan dunia di atas segala-galanya. Sekarang siapa yang mempermainkan agama Islam kita? PASkah atau UMNOkah atau DAPkah atau ……
    Mana yang lebih bahaya? Yang bercakap atau Yang melaksanakan? DAP, Karpal and the geng hanya bercakap tetapi UMNO melakukan dengan menguatkuasakan. Salah orang bukan Islamkah? Hanya Melayu yang buta hati dan sesat saja yang masih mempercayai bahawa UMNO akan mempertahankan Islam.
    Sudah beberapa kali, AKU menyatakan yang AKU lebih rela jadi orang Islam daripada jadi orang Melayu. Menjadi orang Islam adalah rahmat daripada Allah swt. Mempertahankan hak Melayu boleh membawa AKU ke neraka tetapi mempertahankan hak Islam akan membawa AKU ke syurga. Biarlah AKU tak dapat keistimewaan di dunia asalkan AKU dapat keistimewaan di akhirat nanti.
    Tak sampai AKU menyatakan kemunafikan orang Melayu kita. Kalaulah kita mengamalkan pemikiran yang dibawa UMNO, sudah tentu tiada beza kita dengan orang bukan Islam. Kadang-kadang ada orang bukan Islam yang baik malahan lebih baik dari orang Melayu UMNO. Kalau AKU cakap lagi, nanti orang Melayu UMNO akan kata AKU tak patriotik. Buat apa nak patriotik sekiranya agama AKU, Islam digadaikan. AKU tak sanggup menghadapinya kerana AKU tak sanggup menjadi munafikun.

  5. keputusan kabinet mengatasi hukum islam hadhari….

  6. aku tak taulah manusia jenis apa (yang mengaku beragama Islam dan mengucap Syahadah) yang akan sokong tindakan kabinet ni, kita yang mencorak anak-anak dan masadepan mereka, kita akan huni kan bumi Malaysia dengan anak-anak yang jahil dan munafiq, lihat saja balasan tuhan di bumi sebelah sana walaupun dipenuhi ulama-ulama dan juga bijak pandai Islam..

  7. nak tanya.. dimana kerusi tuan abdullah kita.. bekas perdana menteri?

    masih duk dlm parlimen ker?

  8. Itulah minda pemimpin pilihan rakyat UMNO yang jahil agama tapi menggunakan autoriti agama.

  9. menyampah betul aku tgok muko sekor ni.spesis haram jadah.aku nak tgok mcmna dia mati nti.msti susah nak mampus

  10. TUAN GURU NGA KOMENEH KESAYANGAN AMPA TU LEPAS MAKAN BABI BACA QURAN DEPAN TGNA PASTU SAMBUNG PEGI MABUK TODI DENGAN SI PARIAH SIVAKUMAR
    TU APA BARANG…

    ISLAM LA SANGAT PUAK2 PIS aka PAS NEH..

    he he he

    • Apa sangatlah kehebatan pas ka pis nih kalau dibandingkan dengan pak glokal kamu tu. Badannya di malaysia tapi kepala anunya di monggolia.

      Yeah, glokal benarlah tu!

  11. gitule manusia bila dah buang agama jauh-jauh dari ingatannya. sapa berani cegah dengan tangan kemungkran itu dia beriman, sapa sanggup cegah dengan kata-kata dia pun beriman, sapa yang hanya benci dalam hati dia turut beriman, dan tidak ada lagi iman selepas dari ketiga-tiga tadi walaupun sebesar biji sawi. iman tu kan percaya kepada hari akhirat dan di sana ada balasan bagi setiap aksi yang pernah kita perbuat. iniah yang membeza antara penganut Islam dengan anutan sesat yang lain yang anggap bila kita mati, tamatlah riwayat kesan degil. tapi kita diajar; mati itulah baru bermula kehidupan yang sebenar.

  12. memang dah ubigodok…hancus berderai2. undang dah tungganglanggang lintangpukang dan kongkalikong…

    ini satu keputusan jemaah menteri yang bengap bengong… bila ibubapak bergaduh maka anak2 akan bercempera… pemerintah buat keputusan yang langsung tak bijak…

  13. Inilah masaalahnya kalau orang yang bukan pakar dalam bidang ugama membuat keputusan hal-ehwal ugama Islam.Dah lah diri sendiri pun penuh dengan kontravesi yang belum diselesaikan,inikan nak cakap pasal Islam..HANCURRR…..

  14. kalo hati dah kelabu asap macam tu lah, nak buat camne, kuasa adalah segala2nya bg mereka…..

  15. Oleh kerana Malaysia tidak menjadikan Undang2 Islam sebagai Undang2 utama kerajaan Malaysia, tetapi satu peruntukan telah diberikan dlm Perlembagaan Persekutuan .

    Dalam perlembagaan Persekutuan Bahagian 1
    atas tajuk
    Negeri negeri, Ugama dan Undang Undang Bagi
    Persekutuan.

    Dlm article 3(2)
    Dlm tiap2 negeri melainkan neger1 yg tidak mempunyai Raja, kedudukan raja sebagai Ketua Ugama Islam dalam negerinya secara dan setakat mana yg diakui dan diistiharkan oleh Perlembagaan Negeri….
    Sebagai ketua Ugama Islam tidaklah tersentuh dan tercacat, tetapi dlm apa2 perbuatan, amalan atau upacara yg dipersetujui oleh Majlis Raja2 supaya meliputi seluruh Persekutuan, maka tiap org Raja lain hendaklah atas sifatnya sebagai Ketua Ugama Islam membenarkan Yang Dipertuan Agong mewakilinya.

    Article 3 (5)
    Walau apa2 jua dlm Perlembagaan ini, Yang Di Pertuan Agong hendaklah menjadi Ketua Ugama Islam dlm Wilayah2 Persekutuan Kuala Lumpur dan Labuan; dan bagi maksud ini Parlimen boleh dgn Undang2 membuat peruntukan- peruntukan bagi mengadakan peraturan mengenai hal- ehwal ugama Islam dan bagi menubuhkan suatu Majlis untuk menasihat Yang di- Pertuan Agong mengenai perkara – perkara behubung dengan ugama Islam.

    Ini adalah 2 petikan dlm Article Perlembagaan Persekutuan semoga jelas untuk saya membuat komen.

    Oleh kerana isu ini isu agama Islam terjadi kepada seorang hamba Allah dimana keputusanya telah pun dibuat oleh mahkamah syariah sebagai mengikut kehendak article 3(5).

    Jika mengikut article ini undang2 syariah mengikut kaedah Majlis Agama Islam telah dipersetujui dan diguna pakai setelah diputuskan oleh Dun atau Parlimen Persekutuan.

    Bagi saya keputusan yg telah dibuat oleh mana2 Mahkamah syariah tidak seharusnya dan perlu dipinda atau dibincangkan oleh mana2 lembaga lain termasuk sidang menteri kabinet.

    Kalau sidang menteri kabinet mencampuri urusan mahkamah syariah, penganut agama lain akan mempersoalkan intigeriti mahkamah ini.
    Kita kena akui rakyat Islam dan penganut agama lain bukan saja ingin melihat satu prundangan Islam yang adil baik dlm soal nikah kahwin, cerai berai dan masalah kekeluargaan.

    Soalannya adakah kabinet sendiri meragui keputusan yg dibuat oleh mahkamah syariah, ataupun sistem prundangan dlm mahkamah syariah Malaysia tidak sesuai dialaf ini, kerana tidak mengikut pertunjuk sebenar dalam alQuran.
    Wallahua’lam.

  16. kepada haram jadah umno.korang buatlah mcmna pn.nak kutuk ke nak maki ke nak buat ape2 pn lantak korangla.puak2 barua dan pencacai umno ni tetap golongan neraka jgk kerana korang bukan dari kalangan umat nabi muhammad.umat nabi muhammad tak menghina islam,tak menghina ulama2 yg mmpertahankan agama Allah dan tak mempertahankan yg batil.alhamdulillah Allah wujudkan PAS supaya hakNya terpelihara dari golongan yg batil

  17. Orang Islam boleh TERKELUAR DARI ISLAM dengan 3 cara yang TIDAK DISEDARI.
    1. (PERKATAAN anggota)
    Mengatakan undang-undang manusia seperti berumur 18 tahun baru boleh masuk Islam itu TIDAK BERCANGGAH DENGAN Al-Qur’an.
    2. (PERBUATAN lidah )
    Membantu mengembangkan peraturan berumur 18 tahun baru boleh masuk Islam.
    3. (PERBUATAN hati) YAKIN dalam hati bahawa peraturan berumur 18 tahun baru boleh masuk Islam adalah TIDAK BERCANGGAH DENGAN Al-Qur’an.
    Wallahua’lam.

    email : abuhakim98@yahoo.com

  18. dunia kita……

    minta maap lah ye.
    apo yang ko nak sampaikan dalam komen ko di atas aku tak faham.

    bahasa yang ko pakai tidak berapa rojak dah…sorry ana tak faham

  19. Assalamualaikum semua…..

    Semoga Allah merahmati kita semua dan memberi petunjuk dan hidayat Nya agar kita dapat melalui liku liku hidup yang penuh dengan pancaroba yang cuba disesatkan dan menyesatkan dalam tahun yang ke 50an mencapai kemerdekaan dan dibawah pemerintahan kerajaan BN yang disanjung oleh sebilangan besar umat Melayu yang mengaku Islam….

    Tapi adalah amat mendukacitakan, semakin hari semakin tenat akidah umat Islam dikelirukan dan mengelirukan, bukan sahaja kepada umat Melayu yg dilahirkan Islam, tetapi lebih mengelirukan orang yg baru mengenal dan memeluk agama suci Allah ini……

    Majlis Fatwa dan Majlis Mufti Negara perlu bertindak dengan tegas membetulkan perkara perkara yang menyimpang dan mengelirukan ini…. Jangan hanya berdiam diri dan sibuk mengeluarkan fatwa tentang “Jom / Sure Heboh” saja….. Ini lebih memerlukan perhatian para bijak pandai agama yang digelar Mufti / Ulama….

    Disyorkan juga ahli-ahli politik atau ahli ahli Parlimen Malaysia yang beragama Islam diberi kelas khas atau kursus dalam bidang agama Islam ini bagi mengelakkan perkara yang mencemarkan dan “menderhaka” kepada Allah Subhanahuwata’ala…..

    Sama samalah kita berdoa agar Allah memberi petunjuk kepada mereka dan lebih lebih lagi kepada wakil wakil rakyat bukan Islam yang cuba mendekati Islam dengan menghafal dan membaca terjemahan Al Quran dalam ucapan atau perbahasan mereka…. InsyaAllah dengan berkat ayat ayat Allah itu…. terbuka hati mereka untuk menerima agama suci Allah ini sebagai panduan hidup, memerintah dan InsyaAllah akan terbuka hatinya untuk memeluk agama suci ini……

    Bagi pemimpin pemimpin UMNO…. dekatilah para alim ulama, berbincang dan belajarlah, dalamilah agama suci Allah ini sebelum bercakap atau membuat keputusan atau dasar yang berkaitan dengan kesucian agama Allah ini…..

  20. Salam.

    Semua ini menunjukkan kelemahan PAS.
    PAS dipenuhi ramai ulama.
    PAS boleh beri pandangan.
    Di terimapakai atau tidak, lain cerita.

    PAS pun tidak disokong semua ulama.
    Ramai juga ulama yang sokong UMNO.
    Jangan salahkan UMNO.
    Salahkan ulama.

    Tanya 10 ulama.
    Tentu ulasan akan berbeza.
    Doalah.
    Supaya ulama sebenar ulama.

  21. babtu lah logo hijau……

    dalam hadis ada mengatakan ulama ada dua jenis :

    1. Ulama pewaris nabi- iaitu menyembung kerja2
    nabi.
    2. Ulama jahat ( usuk )- alim dalam agama,
    kerjanya mengampu pemerintah zalim,
    cari alasan termasuk hadis2 palsu untuk
    menyokong kezaliman. hukum2 allah
    langsung tidak diberi keutamaan semata.
    Bila satu2 dasar atau program keluar dari
    mulut penguasa, ulama ini akan menyusuli
    dengan hujah2 yang kononnya
    mempertabatkan islam tetapi ada agenda
    kotor untuk mengampu tuannya dengan
    harapan dapat sedikit habuan

  22. 01.05.09 DAP Perak State Dinner;
    7.00 pm; Tokong Tow Boh Keong; 12, Jln Tokong, 31650 Ipoh; Speakers: Lim Kit Siang, Lim Guan Eng, HAJI MOHD NIZAR, M. Kula, Ngeh Koo Ham, Nga Kor Ming and V. Sivakumar; Enquiries: 05-253 1532

    SEMUA FORUMER DIJEMPUT HADIR MAKAN MALAM DI ATAS

  23. 01.05.09 DAP PERAK STATE DINNER;(FORUM PERDANA)

    Speakers: Lim Kit Siang, Lim Guan Eng, HAJI MOHD NIZAR, M. Kula, Ngeh Koo Ham, Nga Kor Ming and V. Sivakumar; Enquiries: 05-253 1532

    TARIKH 日期: 1/5/2009 ( JUMAAT 星期五 )

    MASA 时间: 7:00 PM ( 晚上七点 )

    TEMPAT 地点: TOW BOO KEONG HALL , JALAN TOKONG, IPOH.( 怡保斗母宫礼堂 )

    HARGA 价钱: RM30 UNTUK SEORANG
    RM200 ( TIKET VIP ) UNTUK 2 ORANG

    Jika ada sebarang pertanyaan, sila hubungi DAP Perak ( 05-2531532 ) pada waktu pejabat atau 012-5275528 ( YB. Diamond Loke )

    KEHADIRAN SEMUA FORUMER MELAYU YANG SENTIASA MENYOKONG PARTI DAP DIALU-ALUKAN(KALAU TAK PERCAYA SILA HADIR DI TOKONG TERSEBUT)

  24. aku nak tanya hampa….kenapa barua patmanathan masuk Islam tapi tak bagitau Indra?..lepas tu..pandai2 tukar agama anak…hampa tak rasa bodokah?..anak2 kecil apa mereka tau?……inikah Islam?.agama yang adil?…ha?..hak indra gandhi macamana?..cakap!….


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: