Posted by: pinkturtle2 | April 29, 2009

Kerajaan haram Perak Tergesa-gesa untuk mengadakan Persidangan Haram

Tidak Perlu Tergesa-gesa Mengadakan Persidangan DUN – Nizar

PUTRAJAYA – Menteri Besar Pakatan Rakyat Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin berkata tidak perlu tergesa-gesa mengadakan Persidangan Dewan Undangan Negeri Perak kerana terdapat banyak fakta-fakta yang masih dipertikaikan di mahkamah.

Mohammad Nizar berkata demikian kepada pemberita di luar Mahkamah Persekutuan hari ini setelah memutuskan pertikaian antara Datuk Dr Zambry Abdul Kadir dan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin mengenai siapa Menteri Besar yang sah akan didengar dan ditentukan oleh Mahkamah Tinggi.

Beliau turut berkata, keputusan hari ini adalah petanda yang krisis politik Perak akan dapat mencapai penyelesaian muktamad.

Sebelum itu, panel lima hakim yang diketuai Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Alauddin Mohd Sheriff sebulat suara memutuskan wujud pertikaian fakta dalam dua afidavit yang diikrarkan oleh Mohammad Nizar dan Penasihat Undang-undangan Negeri Perak Datuk Ahmad Kamal Md Shahid.

Prosiding untuk meneliti afidavit Ahmad Kamal akan didengar di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Abdul Aziz Abd Rahim pada Isnin.

Bernama melaporkan, ini merupakan kali kedua kes itu dirujuk semula ke Mahkamah Tinggi.

Kali pertama ialah pada 23 Mac apabila Mahkamah Persekutuan memutuskan isu membabitkan tafsiran Perkara 16(6) Undang-undang Tubuh Negeri Perak perlu didengar dan diputuskan di Mahkamah Tinggi dan hanya boleh dirujuk semula ke Mahkamah Persekutuan melalui rayuan.

Alauddin, Hakim Besar Malaya Datuk Ariffin Zakaria dan hakim-hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Zulkefli Ahmad Makinuddin, Datuk Wira Mohd Ghazali Mohd Yusuf dan Datuk James Foong hari ini dijadual mendengar permohonan Zambry, yang difailkan pada 21 April, untuk memohon pengisytiharan bahawa beliau adalah Menteri Besar yang sah.

Dengan panel lima hakim itu yang bersidang, permohonan Mohammad Nizar bagi panel sembilan hakim untuk mendengar kes itu telah ditolak.

Terdahulu dalam prosiding hari ini, peguam yang mewakili Mohammad Nizar, Sulaiman Abdullah membantah permohonan Zambry atas alasan wujud pertikaian fakta berhubung pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak yang dijadual didengar di Mahkamah Tinggi minggu depan.

Katanya percanggahan itu adalah antara apa yang diikrarkan oleh Ahmad Kamal dalam afidavitnya dengan apa yang sebenarnya berlaku dalam pertemuan antara Mohammad Nizar dan Sultan Perak Sultan Azlan Shah pada 4 Feb, 2009.

“Saya menegaskan bahawa semasa saya menghadap Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan, saya tidak pernah menyatakan dan tidak memaklumkan, dan tidak pernah mencadangkan kepada DYMM Sultan bahawa terdapatnya kehilangan kepercayaan terhadap saya sebagai Menteri Besar oleh majoriti ahli-ahli DUN. Saya juga tidak pernah mencadangkan kepada DYMM Sultan untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri selaras dengan Perkara 16(6) Undang-undang Tubuh Kerajaan Perak.

“Merujuk kepada afidavit penasihat undang-undang, saya menyatakan bahawa versi Datuk Ahmad Kamal berkenaan apa yang telah berlaku adalah salah dan tidak tepat,” kata Sulaiman ketika membacakan afidavit yang diikrarkan oleh Mohammad Nizar.

Beliau juga berhujah Ahmad Kamal telah mewakili Zambry apabila kes itu disebut di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman Mohamad Ariff Md Yusof pada 18 Feb. “Datuk Kamal telah mewakili Zambry dan ini jelas menunjukkan yang beliau tidak bersikap berkecuali,” kata Sulaiman.

Katanya atas prinsip “res judicata” (perkara yang sudah diputuskan), permohonan itu tidak sepatutnya didengar oleh Mahkamah Persekutuan kerana permohonan yang sama terhadap isu yang sama telah ditentukan oleh mahkamah yang sama pada 23 Mac.

Peguam Datuk Cecil Abraham yang mewakili Zambry dalam hujahan balasnya berkata terdapat keterangan dokumen berdasarkan dua pucuk surat yang ditulis oleh Mohammad Nizar kepada Sultan Perak pada 4 dan 5 Feb untuk menunjukkan tidak terdapat pertikaian fakta seperti dakwaan responden.

Beliau juga berkata prinsip res judicata tidak boleh diguna pakai kerana isu Perkara 63 tidak timbul pada perbicaraan di Mahkamah Persekutuan pada 23 Mac.

Turut hadir pada prosiding itu ialah Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail sebagai pencelah, peguam Mohd Reza Hassan selaku peguam pemerhati bagi Barisan Nasional dan Penolong Penasihat Undang-undang Negeri Perak Zulqarnain Hassan.

http://buletinonline.net

………………………………………………………………………………………………………………………………….

Nizar – UMNO Tidak Berhak Melangkaui Keputusan Mahkamah Adakan Sidang DUN

UMNO perlu bersikap rasional dan menangguhkan sidang dewan undangan negeri Perak pada 7 Mei depan sehingga isu dua menteri besar Perak diselesaikan. Datuk Seri Nizar Jamaluddin berkata UMNO tidak perlu terlalu ghairah mengadakan sidang DUN itu apabila banyak persoalan mengenai perlembagaan negara dan negeri masih belum diputuskan.

Beliau berkata demikian setelah Mahkamah Persekutuan menolak permohonan Zambry Abd Kadir dari UMNO untuk mendapatkan perisytiharan bahawa beliau adalah MB yang sah.

Panel lima hakim yang diketuai Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Alauddin Mohd Sheriff sebulat suara memutuskan bahawa pertikaian antara Datuk Dr Zambry Abdul Kadir dan Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin mengenai siapa menteri besar yang sah akan didengar dan ditentukan oleh Mahkamah Tinggi.

Di luar mahkamah, Mohd Nizar berkata kepada pemberita bahawa keputusan hari ini adalah petanda yang krisis politik Perak akan dapat mencapai penyelesaian muktamad.

“Saya harap persidangan Dewan Undangan Negeri 7 Mei ini ditangguhkan sehingga pertikaian ini diselesaikan di Mahkamah Tinggi. Tidak perlulah kita tergesa-gesa (untuk membuat persidangan itu) kerana terdapat banyak fakta-fakta yang dipertikaikan di sini,” katanya.

Selain cuba memintas Mahkamah Tinggi, Zambry telah menggerakkan usaha untuk memanggil sidang Dewan Undangan Negeri pada 7 Mei.

Pembinaan semula tugu bawah pokok demokrasi dihalang MBI


Usaha Pakatan Rakyat untuk membina semula tugu di bawah pokok demokrasi di Ipoh Perak dihalang Majlis Bandaraya Ipoh dan Polis Bandaraya. Mereka bertindak bagi memastikan tugu dan pokok demokrasi luput daripada ingatan orang ramai.

Greenboc


Responses

  1. Pada UMNO/BN Perak..Puak2 ni suka keadaan tergesa2…rampas negeri tergesa2, angkat sumpah tergesa2, nak buat sidang DUN pun tergesa2…apa ni deyyy!!!… sekarang Zambry akan dikejar olh 2 situasi, iaitu : Masa dan Nasib…

    Nasib ko la Labuuuu…..

    Kpd UMNO/BN tak berhajat ke nak rampas negeri lain???? sila lah yer…..

  2. Selagi Umno(BN) berkuasa, selagi itulah mahkamah, polis, SPR & SPRM menjadi tunggangan mrk. Umno(BN) tdk akan berjaya memulihkan keyakinan rakyat selagi institusi ini tdk d bebaskan walaupun PM makan d kaki lima sekali pun demi utk memujuk hati rakyat.

  3. Tuanku AsSultan Perak ada menitah di hadapan YAB DS Nizar dengan memetik ayat Al Quran,”Innallaha maas Sobirin’.Allah bersama orang yang sabar.
    DS Nizar nampak seorang yang sabar.Tapi Zambry nampak mengelabah dan kalut.

  4. Melayu ada tamadun ke atau tamadun Melayu tu masih muda atau tamadu Melayu sedang dibina di Perak oleh umno ………….

  5. Selangor diingatkan dan dah ada desas desus pada bulan oktober ni akan ada usaha perampasan seperti di negeri perak..so ambil perhatian PKR Selangor

  6. korang tak tengok ke berita tv3 semalam dengan pujian ntah apa2…..baru ja melawat 2….3 tempat keluarlah ayat ‘keluh kesah gundah gelana’…..tv3 ni mengampu nak mampus…..aku kadang2 nak tergelak pun ada…

  7. SI CILANAT NIZAR JONGOS BARUA CINA KOMENEH NI TAK ABIS2 NAK MENYALAK..

    PI LA JAGA DUN DENGAN PARLIMEN AMPA TUUU..

    MAIN POLITIK JALANG TAK ABIS2…

    he he he

    • SI CILANAT LAHABAU ZAMRY KATUN PENJILAT BONTOT NAJIB TU PUN APA KURANGNYE ASYIK MENYALAK AJE MCM ANJING KURAP..

      PI LA JAGA DUN PULAU PUNGKOQ AMPA TUUU..

      MAIN POLITIK TAKDE TELO TAK ABIS2…

      kuang, kuang, kuang

      • kah kah kah kah….balas jgn tak balas

  8. ati panas bawa bersabar jangat diikut bisikan syaitan tu. ini amanah rakyat yang beliau perlu tuntut. kita jangan selalu mengalah dan diperbodoh-bodohkan oleh umno. cukuplah dah berpuluh-puluh tahun rakyat diperbodohkan oleh umno tu so sekarang kita mesti tunjukkan kpd umno yang yang betul. tindakan hj nizar adalah bertepatan dengan amanah sebagai seorang pemimpin.

  9. babi zamry tu msti susah nak mampus bila dh smpai ajal nti.kebanyakan org umno ni susah nak mampus termasuk la pencacai2 umno yg buta tuli.dh le xdpt hidayah Allah.lpas tu menghina org yg nak menegakkan agama Allah.baik aku hina org yg menghina islam sbb taraf diorang tu xlebih dari bangkai binatang

  10. selagi umno memrintah mereka akan memastikan sprm dan semua jabatan awam menjadi babi tunggangan meraka.maka hapuskan umno.rakyat malaysia berhak mendapat yg lebih baik bkn hanya pemimpin malaysia.jika masih memperbodohkan rakyat suatu hari pasti akan tumbang jua umno nanti.

  11. Ati panas ni barua ameno buduh….

    Cara dia menulis seperti kanak2 yang baru belajar mengguna kan PC.

    Bahasa yang di gunakan pon cam kanak2 hingusan yang buta kayu…

    Keh keh keh

  12. yang lu nk nk kata nizar tu menyalak kenapa???wei ati panas..aku tgk dlm blog ni ko yg menyalak lebih2..mmg dasar hanjing BN tol la ko…

  13. TGNA kan pernah kata umno dan the geng ni kan oren, gitu le lagak oreng utan tak akan ikut peraturan selamanya biarpun meraka yang kalut-kalut buat peraturan tu, maklumlah oreng utan, sabar aje le

  14. Ati Panass kena penykit kutu babi kot…

  15. biar le ati panass begitu lagipun janji dia dengan Ilahi nak mengadap dengan HATI YANG PANAS kot…………

  16. Puak UMNO dan pencacai serta penjilat bontot para munafik yang menghina Islam serta para ulamak….

    Mudah-mudahan mati jadi babi atau anjing..

    Mereka makan rasuah, rompak harta rakyat, menipu, tak mahu tutup aurat, bersalaman tak mengira muhrim, berzina, minum arak, membunuh dan meletupkan manusia….

    Apa lagi yang UMNO dan pencacai mereka tak buat?

  17. baru kali ni nak wa tabek ati panass, sedo gak dia yang nizar (dibaca kita) dah dapat bukit gantang, he he he he down to umnooo.

  18. Seperti anjing menyalak bukit…wooooouh
    2 bukit runtuh(selambau dan gantang)
    Ini yg buat JEBAT hATI PANASS membARA.Mai plak hajat mamak ni tak tercapai lagi membuat JEBAT hATI PANASS bertambah membARA……………………….

    NAK BUAT CAMNA HANGPA TIGE MALAUUUN
    LIMAU PURUT TIGA SERANGKAI
    BNatang lu with no akai

  19. Teropong, atipanas aljuburi kena selsema Babi

  20. rasanya aku kenal sangat orang yang berjenama ATI PANASS tu … aku cuma nak confirm lagi aje…sama ada sah atau tak sah dia tu…..dulu rasanya berjenama JOY ( kalau inilah aku tau sangatttttt )

  21. INILAH PUAK2 ATI PANASS AL JUBURI YANG PENGKHIANAT BESAR MEMBUAT KERJA2 DAJAL SELAIN MEMFITNAH ! HAHAHA GENG2 ALJUBURI ATI PANASSI TETAP BERUSAHA MATI-MATIAN PUNYA TAMAK KUASA WALAU TAHU CARA DEPA ITU KHIANAT BESAR & PEMBELOT PADA BANGSA & AGAMA !

  22. INI BARU KALDAI YANG HENSEM…

    “Pemuda PAS Pulau Pinang tetap mahu meletakkan calon mereka dalam pilihanraya kecil DUN Penanti pada 31 Mei ini.

    Ketuanya, Mohd Hafiz Mohd Nordin berkata satu perbincangan dengan presiden parti berhubung hal itu akan diadakan dalam tempoh terdekat ini”

    PUAK2 AL JUBURI NI YANG WAT HINGAQ DOK NAYA KAT JUAK2 DEPA SENDIRI SAMPAI KUTU LETAK JAWATAN NAK KOSONGKAN KERUSI SUKATI MAK BAPAK DEPA ..

    AWAT TAK MO BAGI KAT PIS aka PAS JER KERUSI TUU???

    DARIPADA AMPA SUMA JADI KULI BATAK PANJAT POKOK MACAM BERUK TAPI PUAK2 AL JUBURI DOK KAT MARKAS BAGI ARAHAN SAMBIL MENTEKEDARAH…

    TENTU ARAH AMPA LETAK CALON…PI TENDANG BALIK PUNGKOK AL JUBURI YANG DOK KUDAKAN AMPA TU…

    UNTUNG2 DAPAT JADI TKM 1

    he he he

  23. ko cakap macam budak kecik la..
    memanglah ko baca utusan.. akhbar umNO..
    sengaja nak laga-lagakan PR..
    tapi ko bodo tak baca habis..
    memang pemuda PAS PP nak letak calon tapi belum bawa bincang lg..
    utusan memang macam tu jadi babi tunggangan umNO.. ko jangan jadi sama macam tu.. jangan jadi babi.. sekarang dah heboh pasal selsema babi

  24. Salam.

    Terimalah hakikat.
    Hakikat yang kita tidak ada majoriti.
    Hakikat yang lari3 itu orang3 PR.

    Apa sebab yang lari3 itu bukan isu.
    Isunya majoriti sudah berpindah.
    Kerajaan baru pun dilantik sudah.

    Lebih baik tumpukan kpd Muktamar PAS.
    Untuk Nizar menjadi Presiden PAS.
    Mengganti TGHA yang dah mula kebas.

  25. najib dan rosmah liabiliti bagi umno kerana isu altantuya,pr akan menang pru 13 insya allah.yang penting kuat kerja.

  26. DAP PERAK STATE (FORUM PERDANA)

    Speakers: Lim Kit Siang, Lim Guan Eng, HAJI MOHD NIZAR, M. Kula, Ngeh Koo Ham, Nga Kor Ming and V. Sivakumar

    TARIKH 日期: 1/5/2009 ( JUMAAT 星期五 )

    MASA 时间: 7:00 PM ( 晚上七点 )

    TEMPAT 地点: TOW BOO KEONG HALL , JALAN TOKONG, IPOH.( 怡保斗母宫礼堂 )

    HARGA 价钱: RM30 UNTUK SEORANG
    RM200 ( TIKET VIP ) UNTUK 2 ORANG

    Jika ada sebarang pertanyaan, sila hubungi DAP Perak ( 05-2531532 ) pada waktu pejabat atau 012-5275528 ( YB. Diamond Loke )

    KEHADIRAN SEMUA FORUMER MELAYU YANG SENTIASA MENYOKONG PARTI DAP DIALU-ALUKAN (KALAU TAK PERCAYA SILA HADIR DI TOKONG DEKAT JALAN KAMPAR/JALAN PERMAISURI BAINUN ) BEBERAPA PEMIMPIN TERTINGGI PAS DAN PKR DIJANGKA HADIR

    KEHADIRAN TUAN-TUAN DAN PUAN-PUAN AKAN MENYERIKAN LAGI MAJLIS TERSEBUT

  27. […] Kerajaan haram Perak Tergesa-gesa untuk mengadakan Persidangan Haram Tidak Perlu Tergesa-gesa Mengadakan Persidangan DUN – Nizar PUTRAJAYA – Menteri Besar Pakatan Rakyat Datuk Seri […] […]

  28. Pemimpin sejati dan diredhoi oleh ALLAH sungguh malu jika terasa diri ini sebagai pemimpin umat…
    Cerminlah diri wahai pemimpin2…kenapa perlu bergaduh kerana kuasa..termasuklah Nik Aziz…jgn humbankan diri tuan ke dalam neraka…malulah diri…di gelanggang politik kalian seperti LEMBU-LEMBU bodoh…berlaga sesama sendiri…akhirnya CINA INDIA yang untung…
    Tidak perlu mencaci ..kerana cacian dilemparkan adalah refleks dirinya…tidak perlu menuduh..kerana tuduhan yang dilemparkan adalah reflek dirinya…
    PIKIR..PIKIR..PIKIR…


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: