Posted by: pinkturtle2 | April 30, 2009

Siapakah yang akan halang Najib menggunakan wang royalti minyak Terengganu

Najib perlukan RM10 bilion untuk menubuhkan TIA yang akan menjadi satu ‘benchmark’ baru serta ‘lubuk duit’ bagi projek-projek yang tidak dipastikan lagi.

Najib perlukan RM10 bilion untuk menubuhkan TIA yang akan menjadi satu ‘benchmark’ baru serta ‘lubuk duit’ bagi projek-projek yang tidak dipastikan lagi.Siapakah yang akan menghalang Najib menggunakan wang royalti minyak Terengganu sewenang-wenangnya apabila beliau melantik Hishamudin, sepupunya, menjadi Pengerusi Perhubungan UMNO Terengganu ??

Perebutan Wang Royalti Minyak

Tahun lalu, pada pada 19 April 2008, tidak sampai sebulan selepas Ahmad Said dilantik sebagai Menteri Besar, beliau menuntut wang royalti dikembalikan dan diserahkan sepenuhnya kepada negeri Terengganu

Wang royalti minyak dihentikan pembayarannya kepada negeri Terengganu sejak tahun 2000 sewaktu negeri Terengganu ditadbir oleh PAS.

Wang tersebut ‘dirompak’ oleh kerajaan pusat setelah pemimpin UMNO Terengganu mengusulkan dalam Perhimpunan Agong UMNO, supaya ia tidak dibayar kepada kerajaan PAS yang sedang memerintah pada waktu itu.

Tindakan Ahmad Said menuntut kembali wang royalti banyak menimbulkan kesusahan kepada UMNO dan kerajaan Barisan Nasional (BN) pusat, selain mendedahkan ‘tembelang’ bekas Menteri Besar, Dato’ Seri Idris Jusoh.

Pelbagai rahsia penyelewengan dan salahguna kuasa terbongkar ekoran tindakan Ahmad Said menuntut supaya wang royalti dikembalikan ke pangkuan negeri dan rakyat Terengganu.

Sejak wang royalti dirompak dan diuruskan tidak mengikut perjanjian dibawah akta petroleum, ia disalurkan melalui Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) dengan nama wang ehsan.

Berbilion ringgit wang kerajaan negeri dan rakyat negeri Terengganu dicurahkan melalui projek-projek politik bertujuan menguatkan UMNO Terengganu dalam mencapai cita-cita untuk menawan kembali tampuk pemerintahan.

Kebanyakkan projek yang dilaksanakan di negeri Terengganu datang dari pusat dan tidak berdasarkan kehendak dan keperluan rakyat Terengganu.

Ia datang dari Abdullah selaku Pengerusi UMNO Terengganu dan dilaksanakan oleh Idris selaku Timbalan Pengerusi.

Pakatan antara Idris dan Abdullah ‘menggasak’ wang royalti diteruskan apabila UMNO/BN merampas kembali negeri Terengganu pada tahun 2004.

Kedua-dua pemimpin UMNO tersebut membelanjakan wang royalti sewenang-wenangnya dengan nama ‘Dana Khas Kerajaan Persekutuan’.

Kenyataan-kenyataan Ahmad dan Idris sendiri, berkaitan penggunaan wang tersebut membuktikan, wang yang sepatutnya digunakan meningkatkan taraf hidup rakyat Terengganu itu, dibelanjakan sesuka hati.

“Buat jalan dalam hutan dengan kos hingga RM50 juta hingga RM60 juta. Kita hanya mengetahui tentang projek itu apabila ia mempunyai masalah seperti tanah ditarik balik dan sebagainya.


“Ini yang menjadi masalah… sebab terlalu banyak pihak yang menguruskan wang royalti kerana ia adalah wang ehsan. Mereka menggunakan wang kita, jadi apabila kementerian yang buat ia adalah berasaskan kepentingan kementerian semata-mata tanpa mengambil kira perasaan dan kehendak rakyat Terengganu.


“Ini menimbulkan masalah kepada kerajaan negeri. Saya cakap terus terang ada sesetengah projek yang saya sendiri secara peribadi tidak berpuas hati kerana dengan kos yang tinggi, tidak memberi keutamaan kepada rakyat sebaliknya orang lain tentukan bukan kita, sedangkan kita tuan rumah,” kata Ahmad ketika beliau menuntut semula wang royalti dikembalikan kepangkuan negeri Terengganu.

Setelah pendedahan tentang perbelanjaan wang royalti terbongkar di parlimen, Idris yang berkuasa menguruskan wang tersebut bersama Abdullah berkata “Beliau tidak tahu apa-apa”.

Pada 15 Mei, tahun lalu, Akhbar Sinar Harian melaporkan kenyataan Idris yang mengatakan beliau tidak tahu mengenai jumlah sebenar wang yang sepatutnya diterima oleh kerajaan negeri Terengganu.

Giliran Najib dan Hishamudin Mengurus duit royalti


Sepuluh hari selepas Najib dilantik menjadi Perdana Menteri Malaysia ke Enam, meletup kemelut politik UMNO Terengganu.

Kemuncak pertelagahan kumpulan Ahmad dan Idris menyaksikan pada lewat tengah malam, 14 April, tiga wakil rakyat (ADUN) UMNO/BN dari kumpulan Idris membuat laporan polis, mengadu mereka telah diugut bunuh melalui khidmat pesanan ringkas (SMS).

ADUN Permaisuri, Abd Halim Jusoh berkata ugutan tersebut adalah berkait dengan isu ‘undi tidak percaya’ terhadap Ahmad Said, Menteri Besar Negeri Terengganu.

Ia merupakan tindakan balas terhadap kenyataan Ahmad yang mahu memecat mana-mana ADUN BN yang membawa usul tersebut ke persidangan DUN, seminggu sebelum itu.

Keesokkan harinya, kumpulan ‘10 budak hitam’ sepuluh ADUN bertindak memboikot persidangan DUN Terengganu dan memberikan tekanan kepada Ahmad supaya meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar.

Mereka sebenarnya adalah kumpulan yang sama yang membantah pelantikan Ahmad Said sebagai Menteri Besar setahun yang lalu.

Dato’ Rosol yang mengetuai 22 ADUN menghantar memorandum ke istana Terengganu membantah pelantikan Ahmad, mengetuai sidang media mengisytiharkan perang sekali lagi terhadap Ahmad.

Drama politik UMNO Terengganu pada kali ini tidak kurang hebatnya dari siri-siri panas Ahmad Said lawan Idris Jusoh sepanjang tahun 2008.

Namun ‘plot’ pada kali ini sedikit janggal, seumpama ianya telah diskripkan terlebih dahulu.

Kemunculan seorang pelakun tambahan, bekas Setiausaha politik Idris Jusoh, Dato’ Dr Ahmad Ramzi Mohamad Zubir pada lewat tengah malam di balai polis Kuala Terengganu menimbulkan seribu pertanyaan.

Sehingga kini, setelah dua minggu berlalu, misteri penghantar SMS belum diselesaikan oleh pihak polis.

Tuduhan ADUN Permaisuri terhadap Setiausaha Sulit Kanan Ahmad Said yang didakwa sebagai penghantar ‘SMS ugut bunuh’ meleset sama sekali, mungkin menjadi satu adegan yang akan dipotong dari jalan cerita asal.

Namun apa yang menjadi satu kenyataan yang tidak pernah diduga adalah pelantikan Menteri Dalam Negeri, Dato’ Seri Hishamudin sebagai Pengerusi Perhubungan UMNO negeri Terengganu.

Samada ia adalah kebetulan atau satu lagi ‘konspirasi’, kemelut UMNO Terengganu telah membuka ruang kepada kerajaan pusat sekali lagi menguasai negeri Terengganu.

Ahmad tetap jadi Menteri Besar Terengganu, namun pengaruhnya dikalangan ahli UMNO, parti yang memerintah, kini dikurangkan kerana kuasanya sebagai Pengerusi Perhubungan Negeri diambil oleh Hishamudin.

Suara politik Ahmad juga tidak akan sampai keperingkat pusat kerana Ahmad bukan ahli Majlis Tertinggi UMNO yang berkuasa membincangkan politik dan halatuju sesebuah negeri.

Najib perlukan RM10 bilion untuk menubuhkan TIA yang akan menjadi satu ‘benchmark’ baru serta ‘lubuk duit’ bagi projek-projek yang tidak dipastikan lagi.

Siapakah yang akan menghalang Najib menggunakan wang royalti minyak Terengganu sewenang-wenangnya apabila beliau melantik Hishamudin, sepupunya, menjadi Pengerusi Perhubungan UMNO Terengganu ??

http://buletinonline.net


Responses

  1. Tak susah kalau nak kelentong wang royalty minyak Terengganu, buat macam Idris jusoh buat jugak lah. Form sebuah kah atau dua buah syarikat saudara mara atau anak beranak.
    Masuk tender projek yg sendiri rancang konon untuk rakyat Terengganu, kemudian mintak Pengerusi Perhubungan Umno Negeri bersama adun2 kroni lulus projek tersebut.

    Contohnya:-
    Kalau projek tersebut bernilai 20 juta mintak syarikat nilai dengan harga 60 juta, bila bawa dlm persidangan, syarikat diminta kurang kos projek kepada 50 juta.
    Syarikat akan akur dgn pengurangan harga tersebut, walaupun syarikat lain boleh beri lebih murah dari harga 50 juta,
    alasan akan diberi bahawa syarikat kroni lebih kukuh dari syarikat saingan. Maka syarikat kroni mendapat laba 30 juta,
    sedikit agihan boleh diberikan kepada adun2 kroni. Itu baru satu projek.

    Apa kata dlm plan pembangunan Terengganu kerajaan merancang lebih dari 10 projek dan katakanlah setiap projek bernilai 30 atau 20 juta dan ditender dengan harga sekali ganda atau dua kali ganda nilai projek.
    Dengan sendirinya kita boleh congak berapa banyak wang royalty masuk ke kantung syarikat kroni dan adun2 yg memberi kerjasama?.

  2. Tahniah Rakyat Terengganu!!
    Hidup Penyu Menangis!! UBN Hebakkk.. 😛

  3. Tak taulah aku kalau sekali kena cong dulu, rakyat Terengganu tak sedar lagi tapi kali ni kalau dorg terkena lagi alamat mcmana lah minda org kat Trg ni laaa kan..tapi rakyat Trg ramai yang cerdik sebenarnya, yg lagi best Presiden PAS tu dah tentulah org TRG..Hidup Haji Hadi.

  4. Skrg kita dah tahu kenape kepimpinan Trengganu bergolak. Antara sbbnya ialah fulus… rebut beb jgn tak rebut….

  5. Dulu masa pak Lah…ANAK MENANTU DIA STATION KAT SANA….

    KINI TOK JIB……SEPUPU DIA PI SANA
    NI KIRA BAGUIH PUNYA POT..SERBU JGN TAK SERBU….

    SELAMANYA…JEBAT DOK PERASAP KERIS
    UTK DI CIUM SAJA

  6. owg ganu hampa duk nganga apa lagi…najib nak cekik hampa dah….

  7. Siapakah yang akan halang Najib menggunakan wang royalti minyak Terengganu?

    jawapanya: RAKYAT….dengan mengundi parti selain BN dalam pilihan raya bila2 pun.

  8. kawang2 sumer

    nak kkabor ko mung….
    kalu najib dok bahang ke……….. pitih tu nye bahang ko hj deghih……… seghupe ye je…

    soghang penyagak .. seghang penyamung

    kite ghakyak je… tbolah-bolah… nak makang lagi anak nak ngaji lagi… hok tu aku nak nynyupah tu… BGHAIK MOK MU……….

  9. kah kah kah..mmg lawak..puak munkee ni buat duit rakyat mcm duit mak bapak deyall..kah kah kah.,..mmg dasar penyamun putar alam…kah kah kah..mmg bagus la …padan muka munkee2 tu semua…hidup melayau!!! kah kah kah

  10. Duit nie banyak..

    Bawah Idris Jusoh, macam2 projek nak buat..monsun cup, taman ilmu dll..

    Bawah said pun mula nak tukar merz untuk kete exco..sedapnye lumrah duit terengganu..

    Rakyat???

  11. Jangan2 semua ini hanya sandiwara mereka cuba menampakkan pergolakan tetapi di belakang bermuafakat macam mana nak bahagi harta2 tersebut.

    rakyat apa dapat..semuanya haawww

  12. KEPADA PEMBUAT BLOG PINKTUETLE TOLONG HEBAHKAN KEPADA KAUM KAU

    DAP PERAK STATE (FORUM PERDANA) MAJLIS ILMU

    Speakers:

    1.Lim Kit Siang,
    2. Lim Guan Eng,
    3. HAJI MOHD NIZAR (menteri besar Perak DAP)
    4. M. Kula,
    4. Ngeh Koo Ham,
    5. Nga Kor Ming
    6. V. Sivakumar

    TARIKH 日期: 1/5/2009 ( JUMAAT 星期五 )

    MASA 时间: 7:00 PM ( 晚上七点 )

    TEMPAT 地点: TOKONG TOW BOO KEONG HALL , JALAN TOKONG, IPOH.( 怡保斗母宫礼堂 )

    HARGA 价钱: RM30 UNTUK SEORANG
    RM200 ( TIKET VIP ) UNTUK 2 ORANG

    Jika ada sebarang pertanyaan, sila hubungi DAP Perak ( 05-2531532 ) pada waktu pejabat atau 012-5275528 ( YB. Diamond Loke )

    KEHADIRAN SEMUA FORUMER MELAYU YANG SENTIASA MENYOKONG PARTI DAP DIALU-ALUKAN (KALAU TAK PERCAYA SILA HADIR DI TOKONG DEKAT JALAN KAMPAR/JALAN PERMAISURI BAINUN ) BEBERAPA PEMIMPIN TERTINGGI PAS DAN PKR DIJANGKA HADIR

    KEHADIRAN TUAN-TUAN DAN PUAN-PUAN AKAN MENYERIKAN LAGI MAJLIS ILMU DI ATAS DAN SEBAGAI SOKONGAN KEPADA KERAJAAN HALAL KITA AGUNG-AGUNGKAN

    JANGAN KITE HANYA MENUDUH BN SAHAJA YANG BUAT PERKARA TAK BETUL INI LAGI LA MEMBUAT FORUM PERDANA DI TOKONG CINA, ITU LA KALAU DAH BODOH TU BODOH JUGA LA ATAU TELAH DIBELI OLEH DAP

    INI MENUNJUKKAN PAKATAN RAKYAT PARTI YANG LEBIH CELAKA DAN JAHANAM

  13. SIAPA2 YG IKUT HANG TEMAN ….LAGI CELAKA DAN JAHANAM….

  14. ahli umno paling bodoh,kerana sokong orang yang bersubhat bunuh al-tantuya,perasuah,kaki betina,menentang islam,mak bapak korang lagi kesian dapat anak yang derhaka pada allah.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: