Posted by: pinkturtle2 | Mei 5, 2009

MB Haram Dan Exco tidak boleh hadir,keputusan Jawatankuasa Hak dan Kebebasan dan DUN masih sah

keputusan Jawatankuasa Hak dan Kebebasan dan Dewan Undangan Negeri masih sah dan berkuat kuasa dan Speaker DUN sebagai pengerusi dan ahli dalam Jawatankuasa tersebut dan Dewan Undangan Negeri Perak Darul Ridzuan adalah terikat dengan keputusan yang telah diputuskan oleh kedua-dua badan tersebut.

keputusan Jawatankuasa Hak dan Kebebasan dan Dewan Undangan Negeri masih sah dan berkuat kuasa dan Speaker DUN sebagai pengerusi dan ahli dalam Jawatankuasa tersebut dan Dewan Undangan Negeri Perak Darul Ridzuan adalah terikat dengan keputusan yang telah diputuskan oleh kedua-dua badan tersebut.

DUN Kerajaan Haram UMNO BN Tak Layak Hadiri Sidang

Pakatan Rakyat Perak masih berpendirian bahawa Menteri Besar Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir dan enam exco yang lain tidak berhak menghadiri sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) yang bermula Khamis ini, demikian dilaporkan oleh MSTAR.

Datuk Ngeh Koo Ham, Exco Kanan semasa Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Perak dan Penyelaras Pasukan Peguam-Peguam Pakatan Rakyat berkata, keputusan Mahkamah Persekutuan pada 16 April lalu tidak membenarkan Zambry dan enam exconya memasuki Dewan Undangan Negeri, Khamis ini.

“Banyak kekeliruan telah timbul akibat daripada keputusan Mahkamah Persekutuan pada 16 April lalu sama ada Zambry dan 6 ADUN yang lain berhak untuk masuk ke Dewan Undangan Negeri Perak pada 7 Mei ini,” katanya.

Katanya, pada 18 Februari lalu Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Dewan Negeri telah membuat keputusan untuk menggantung Zambry daripada menghadiri sidang Dewan Undangan Negeri selama 18 bulan dan Zainol Fadzi Paharuddin (ADUN Sungai Manik), Datuk Ramly Zahari (ADUN Manong), Hamidah Osman (ADUN Sungai Rapat), Saarani Mohamad (ADUN Rungkup), Mohd Zahir Abdul Khalid (ADUN Kamunting) dan Dr Mah Hang Soon (ADUN Chenderiang) digantung daripada hadir sidang Dewan Undangan Negeri selama 12 bulan.

Keputusan Jawatankuasa Hak dan Kebebasan tersebut telah diterima dan diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri yang telah bersidang pada 3 Mac.

Tambah beliau, pihak Zambry dan enam ADUN tersebut telah memohon kepada mahkamah untuk satu pengisytiharan berkenaan dengan penggantungan mereka daripada menghadiri Dewan Undangan Negeri.

Mereka telah mengambil tindakan mahkamah tersebut terhadap Speaker dan Dewan Undangan Negeri Perak Darul dan kes tersebut telah dirujuk kepada Mahkamah Persekutuan untuk perbicaraan.

Bagaimanapun pada 2 April lalu mereka telah memohon menarik balik tindakan mahkamah tersebut terhadap Dewan Undangan Negeri dan tindakan terhadap Dewan Undangan Negeri telah dibatalkan oleh Mahkamah Persekutuan pada hari tersebut.

Pada 16 April lalu Mahkamah Persekutuan hanya membenarkan dua daripada 10 perintah yang dipohon oleh mereka dan sekarang sudah timbul persoalan sama ada Zambry dan enam ADUN yang tersebut di atas boleh menghadiri sidang Dewan Undangan Negeri.

Oleh yang demikian, katanya, keputusan Jawatankuasa Hak dan Kebebasan dan Dewan Undangan Negeri masih sah dan berkuat kuasa dan Speaker DUN sebagai pengerusi dan ahli dalam Jawatankuasa tersebut dan Dewan Undangan Negeri Perak Darul Ridzuan adalah terikat dengan keputusan yang telah diputuskan oleh kedua-dua badan tersebut.

“Sebenarnya kes tersebut tidak harus dibawa terhadap Speaker DUN kerana perlindungan yang diberikan kepada Speaker DUN di bawah Seksyen 3 Legislative Assembly (Privileges) Enactment 1959. Tambahan pula, keputusan Mahkamah Persekutuan merupakan satu pengisytiharan sahaja dan bukannya satu certiorari atau mandamus, katanya lagi.

http://greenboc.blogspot.com


Responses

  1. KALAU DAH MEMANG ASAL KETURUNAN BAHALOL..MEMANG PATUT SANGAT LA JADI BARUA ANWAR AL JUBURI TUU…

    MASA MERINTAH DOK SIBUK MENJILAT BONTOT CINA2 KOMENEH DENGAN KELING2 PARIA HINDRAF TU JER KEJE AMPA…

    YANG DOK KELUAR DARI PAKATIPU RAKYAT JADI BEBAS TU DATANG DARI PARTI MANA???

    ASIK NAK MENIPU JER KEJE ANWAR AL JUBURI TU SAPA NAK PERCAYA…

    he he he

    • TUNGGU LA BULAN PENUH BARU LA MENYALAK …….

      • MASA MERINTAH DOK SIBUK MENJILAT BONTOT CINA2 KOMENEH DENGAN KELING2 PARIA HINDRAF TU JER KEJE AMPA
        By: Ati Panass on Mei 6, 2009
        at 1:23 am
        ####################################
        kah kah kah,,,,munkee ni x abis2 dgn jilatan bontotnya…kah kah kah …dey munkee pas ni mu jilat plak pungkok bakal speaker haram ganesan mu tu..kah kah kah…woit jgn lupa cebuk sekali pungkok embi haram mu tu..kah kah kah…munkee ni suka sgt dgn jubur…kah kah kah

  2. Menurut Dr Yusof Qardawi dalam fatwanya;

    “Menuduh orang-orang yang bersih dengan tomahan-tomahan terutamanya tomahan-tomahan yang besar seperti zina, liwat dan membunuh merupakan satu yang diharamkan secara tegas dalam Islam. Bahkan ia termasuk dalam dosa-dosa besar yang boleh mendatangkan kemurkaan Allah dan azabNya. Ini kerana tomahan-tomahan seperti itu berupaya untuk menyerang kemuliaan diri orang-orang yang beriman sama ada lelaki atau perempuan. Ia juga boleh menyebabkan orang ramai berburuk sangka terhadapnya.”

  3. Firman Allah yang bermaksud:

    “Sesungguhnya orang-orang yang membawa berita bohong itu adalah daripada golongan kamu juga. Janganlah kamu mengira bahawa berita bohong itu buruk bagi kamu bahkan ia adalah baik bagi kamu. Tiap-tiap seseorang dari mereka mendapat balasan dari dosa yang dikerjakan nya. Dan sesiapa di antara mereka yang mengambil bahagian yang terbesar dalam penyiaran berita bohong itu baginya azab yang besar. Mengapa di waktu kamu mendengar berita bohong itu orang mukminin dan mukminat tidak berbaik sangka terhadap diri mereka sendiri dan (mengapa tidak) berkata ‘Ini adalah suatu berita yang bohong yang nyata.’ Mengapa mereka (yang menuduh itu) tidak mendatangkan empat orang saksi atas berita bohong itu? Oleh kerana mereka tidak mendatangkan saksi-saksi maka mereka itulah pada sisi Allah orang-orang yang dusta.”

    (Surah An-Nur 24:11-13)

  4. Ape nak d hairankan. ‘Ati panass’ ni mana ada rujuk
    bab hukum-hakam agama.ontah2 dr puak athies free thinker.cara dia cakap pn macam anak haram sundal yg x ada hala tuju! ontah2 dah murtad @ dah kafir. mulut cam mulut babi…komen cam taik mencarut je lebih..pi jahannam lah!

  5. Ati Panas ni merupakan Contoh orang UMNO yang tak ade otak dan akal……

    KOrang nengok je la ayat yang dia tulis tu….

  6. jgn asyik nak panas je…… yg marah2tu nape. lu ada bukti ke yg tuduh2 orang itu ini buat jahat dan u2 baik sangat ke?.

    jgn suka buat dosa kering… walaupun kering bila dah banyak takut tak terlarat nak kendong…besar sangatke badan awak tu. ingat dosa dengan Allah boleh taubat nasuha..tapi dosa umpat sana sinunnnnnn pada orang2 lain pulak tu…. bolehke ada berani nak g minta ampun pada orang yg anda kata itu ini…… ingat tak terampun selagi tak diampunkan oleh sipolan itu ini. ada faham…. hadari ke u ni?.

    tenang selagi ati tenang. tk

  7. salam pada ati panas…..>

    ada baca ke?. yg haram tetap haram dan Allah tak pernah halalkan yg haram…hanya manusia yg biol je yg halalkan yg harammmm…. ada faham….

    tolong kasi tau itu Pak Itam…jgn dok igau jadi MB yg tak direstui rakyat…………. kalau itulah yg ditunjukkan oleh nye… tak lama jawapnye..

  8. ati panass / teman mangkuk jamban…

  9. ati panass hati dia dah hitam, zikir dia hari-hari tak lekang di bibirnya ialah aljuburi, liwat, buntot, punai tuh jer hari-hari tak habis-habis agaknyer diucap semenjak tahun 1998 …. atas ajaran TDM.

    sebenarnya rakyat tak siapa pun percaya, itu semua fitnah!

    lafaz ler sampai puas ati panass .. kah..kah..kah!

  10. Salam.

    Sepatutnya.
    Sepatutnyalah.
    Bila kita sudah tidak ada majoriti.
    Kita terimalah yang majoriti akan memerintah.

    Sepatutnya.
    Sepatutnyalah.
    Bila 3 ADUN kita lari.
    Kita buatlah “post mortem” pakatan kita dulu.

    Sepatutnya.
    Sepatutnyalah.
    Pakatan tak perlu huhah huhah.
    Terima dan tunjuk contoh yang baik.
    Tidak ada himpunan.
    Tidak ada kedegilan (serah ajelah).
    Bawa ke mahkamah. Tunggu keputusan.

    Ini tidak.
    Tuan speaker nak jadi tuan speaker juga.
    Bersidang bawah pokok pun, bersidanglah.
    Apalah ada pada Camry.
    Simpan juga.

    Kita kira PR salah percaturan.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: