Posted by: pinkturtle2 | Mei 6, 2009

Gani Patail Berniat Jahat Dalam Kes Nizar-Zambry

Gani Patail Berniat Jahat Dalam Kes Nizar-Zambry

………………………………………………………………………………………………………………………….

Angkatan Muda Keadilan (AMK) Negeri Terengganu menyangkal kenyataan yang dikeluarkan oleh Peguam Negara , Tan Sri Abd. Gani Patail yang menyatakan bahawa Datuk Seri Nizar Jamaludin dilucutkan daripada jawatan Menteri Besar Negeri Perak kerana tidak mendapat kepercayaan majoriti Ahli Dewan Undangan Negeri Perak .

Ketua AMK Terengganu, Fariz Musa berkata, Tan Sri Gani harus sedar kedudukan ADUN Barisan Nasional berjumlah 28, seimbang dengan ADUN Pakatan Rakyat.

Katanya tiga orang ADUN yang ‘melompat’ mengisytiharkan diri mereka ‘bebas’ dan tidak mewakili mana-mana parti.

Beliau mempersoalkan, sekiranya Datuk Seri Nizar boleh dilucutkan jawatan kerana tidak mendapat kepercayaan ADUN, bagaimana pula kedudukan Menteri Besar Terengganu, Datuk Ahmad Said?

“Menteri Besar Negeri Terengganu, Datuk Ahmad Said, secara jelas tidak mendapat kepercayaan daripada 18 ADUN BN, sehingga menimbulkan ketegangan dan konflik politik di Negeri Terengganu yang memalukan dan melucukan,” katanya

Fariz berkata, ekoran persengketaan politik dalaman, perpecahan UMNO-BN Negeri Terengganu begitu parah sehingga Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak terpaksa menurunkan pangkat Datuk Ahmad.

“Naib Presiden UMNO Datuk Seri Hishammuddin Hussein dilantik menjadi Pengerusi UMNO Negeri Terengganu menggantikan Datuk Ahmad, bermakna beliau gagal memimpin dan menyelesaikan polemik yang yang berlarutan dan tiada kesudahan,”  ujarnya ketika dihubungi Buletinonline.

Oleh itu, katanya Najib sepatutnya melucutkan jawatanDatuk  Ahmad kerana ADUN-ADUN UMNO sudah hilang kepercayaan kepada beliau.

Katanya Najib sepatutnya mengambilkan tindakan yang sama seperti mana tindakan yang beliau lakukan terhadap kerajaan negeri Perak.

Tambah Fariz lagi tindakan ADUN-ADUN UMNO menolak, menentang dan hilang kepercayaan terhadap Datuk Ahmad begitu jelas, terbuka dan tanpa segan silu menolak kepimpinan dan peribadi Datuk  Ahmad.

Beliau yang juga Timbalan AMK Pusat, membantah dan kesal dengan campur tangan Peguam Negara yang seolah-olah berniat jahat (mala-fide), berusaha untuk mempengaruhi perbicaraan kes antara Menteri Besar Pakatan Rakyat dengan Menteri Besar Rampasan Kuasa Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.

Kata Fariz, sekiranya hujah Tan Sri Gani diterima mahkamah dan ia menjadi ‘precedent case’ (kes ikutan), justeru Najib mesti melakukan tindakan yang sama mengikut kes tersebut dan memecat Ahmad Said sebagai Menteri Besar Terengganu.

AMK Negeri Terengganu turut mencadangkan, adalah lebih baik Datuk  Ahmad  segera melepaskan jawatan Menteri Besar  secara sukerala atau mengambil tindakan membubarkan Dewan Undangan Negeri Terengganu kerana beliau sudah tidak mendapat kepercayaan dan sokongan ADUN-ADUN UMNO.
http://buletinonline.net


Responses

  1. Gani Patail ni mmg jahat sejak lahir lagi 😛

  2. Sabda Rasulullah SAW (yang bermaksud):
    “Tanda orang munafik ada 3: jika berbicara dia dusta, jika berjanji dia ingkar, dan jika dipercaya (diberi amanat) dia berkhianat.” (HR. Bukhari Muslim)

  3. Aku percaya komen Fariz tidak akan mendapat respon dari umno pasai taik depan hidung depa pun berbau wangi… Keh keh keh…

  4. Firman Allah yang bermaksud: “Inilah dia sebagaimana yang telah Allah janjikan dan inilah menunjukkan kebenaran para Rasul.” Seperti yang telah Allah sebutkan dalam Al-Quran: “Mereka berkata: Aduhai celakanya kami! Siapakah yang membangkitkan kami dari kubur tempat tidur kami?, Lalu dikatakan kepada mereka: “Inilah dia yang telah dijanjikan oleh Allah Yang Maha Pemurah dan benarlah berita yang disampaikan oleh Rasul-rasul !” (Yassin, Ayat: 52).

    Mereka pun keluar dari kubur tanpa pakaian, tidak berkasut dan sebagainya. Mereka bertelanjang bulat tanpa seurat benang pun dibadan. Dalam masa bangkit itu, manusia dalam keadaan bermacam-macam rupa.

    1. Sesetengah mereka ada yang berupa kera kerana di dunia mereka suka membuat fitnah kepada orang lain.

    2. Ada yang berupa khinzir kerana suka makan rasuah ketika menjalankan hukuman.

    3. Ada yang buta mata kerana keterlaluan pada menghukum manusia.

    4. Ada yang pekak dan bisu kerana mereka hairan dengan amalan yang mereka lakukan.

    5. Ada yang mengalir daripadanya nanah dan darah yang amat busuk dan sentiasa menikam-nikam lidah sendiri.Ini adalah kumpulan ULAMA yang bercakap dan mengajar tetapi perbuatannya tidak sama dengan apa yang diucapkan.

    6. Ada pula yang luka-luka seluruh badan kerana suka menjadi saksi bohong.

    7. Ada yang telapak kaki mereka terletak didahi dan terikat kepada ubun-ubun mereka serta menjadi sangat busuk, lebih busuk daripada bangkai. Mereka adalah orang yang sanggup membeli dunia dengan akhirat (mencari kemewahan dunia dengan memperalatkan agama).

    8. Ada seperti orang mabuk, rebah ke kiri, rebah ke kanan terhuyung-hayang. Mereka inilah yang sanggup menyimpan harta dari belanjakan ke jalan Allah.

    9. Ada yang berkeadaan benar-benar mabuk,orang ini suka bercerita-cerita dalam masjid akan hal dunia.

    10. Ada yang berupa khinzir kerana suka makan harta riba.

    11. Ada yang tidak bertangan dan tidak berkaki. Mereka ini suka menyakiti orang-orang sekampungnya.

    12. Ada yang berupa khinzir kerana mereka mempermudah-mudahkan sembahyang lalai dalam sembahyang)

    13. Ada pula yang bangkit dengan perut mereka penuh dengan ular dan kala jengking yang sentiasa mengigit-gigit dan menyengat-nyengat. Mereka ini di dunia payah hendak mengeluarkan zakat.

    14. Ada yang berkeadaan dimana darah yang amat busuk sentiasa keluar dari mulut mereka.Orang ini suka berbohong dalam perniagaan.

    15. Ada yang sampai terasing daripada manusia serta badannya sangat busuk dari bangkai. Mereka ini suka menyembunyikan maksiat kerana takutkan manusia,tidak takut pada Allah.

    16. Ada yang terpotong halkum,keadaannya tercerai dari leher. Orang ini selalu sanggup untuk bersaksi bohong.

    17. Ada yang bangun dari kubur tiada berlidah dan mengali darah busuk dari dalam mulutnya. Orang itu malas mengucap kalimah syahdah.

    18. Ada pula yang berjalan dengan kepala di bawah dan kaki di atas langit.Darah dan nanah sentiasa mengalir dari kemaluan mereka.Mereka itu suka berbuat zina semasa hidup.

    19. Ada yang berkeadaan muka hitam dan perutnya penuh dengan api neraka.Mereka ini suka memakan harta anak yatim secara zalim.

    20. Ada pula yang bangun dengan mengidap penyakit kusta dan sopak. Mereka inilah yang derhaka terhadap kedua ibu bapanya.

    21. Ada yang gigi mereka seperti tanduk lembu, lidah mereka terjelir hingga ke perut, najis dan kencing sentiasa keluar dari perut mereka. Mereka adalah orang yang suka meminum arak.

    semoga kita tergolong dalam golongan yang segera menginsafi diri dan bertaubat di atas dosa dan pengkhianatan yang dilakukan terhadap sesama manusia.

  5. Ghani Patail ni AG untuk rakyat Malaysia atau AG utk UBN? Memanglah nampak sangat bersifat berat sebelah. Moga Allah membalas segala perbuatan beliau sewajarnya.

  6. Dalam amalan demokrasi di Malaysia, Parlimen Malaysia berasaskan sistem Parlimen Westminster yang diamalkan di England. Parlimen membuat undang-undang, Enakmen digubal oleh DUN tetapi Undang-undang di negara ini bukanlah diperkenankan oleh Majlis Raja-Raja, tetapi oleh Yang di-Pertuan Agong. Sementara itu fungsi Mahkamah Persekutuan, iaitu menentukan kesahan undang-undang. Ini bermakna undang-undang yang bercanggah dengan Perlembagaan diisytiharkan sebagai tidak sah.

    Undang-undang yang digubal oleh DUN di Sarawak dinamakan Ordinan. Begitu juga dengan undang-undang di Sabah serta undang-undang yang digubal sebelum Tanah Melayu merdeka, iaitu sebelum tahun 1957. Undang-undang persekutuan yang digubal oleh Parlimen dipanggil Akta, manakala yang digubal oleh DUN di Semenanjung ialah Enakmen. Undang-undang yang dibuat oleh menteri yang fungsinya untuk memperincikan Akta Parlimen ialah Perundangan Kecil. Dalam hal ini, menteri yang berkenaan mestilah mendapat keizinan daripada Parlimen terlebih dahulu.

    Mahkamah Persekutuan ialah
    • Institusi ini menentukan keadilan negara.
    • Institusi ini boleh mengesahkan undang-undang sebagai tidak sah.
    • Institusi ini boleh mengesahkan tindakan kerajaan sebagai tidak sah.

    Mahkamah ini menjalankan perbicaraan bagi kes-kes yang memang perlu dibicarakannya, iaitu perbicaraan kes-kes rayuan daripada Mahkamah Rayuan. Oleh itu, peranannya di sini adalah sebagai badan penentu keadilan. Mahkamah Persekutuan juga berfungsi mengesahkan undang-undang yang digubal oleh
    Parlimen dan dalam sesuatu kes, mahkamah ini berkuasa menentukan bahawa sesuatu tindakan kerajaan adalah tidak sah. Kedua-dua kuasa ini
    diistilahkan sebagai kuasa eksklusif, iaitu kuasa yang tidak diperuntukkan kepada mahkamah-mahkamah lain. Perlembagaan ialah undang-undang
    tertinggi, manakala Parlimen ialah penggubal undang-undang. Kebanyakan memahami Parlimen yang mempunyai bidang kuasa dalam menentukan keadilan negara, boleh mengesahkan undang-undang sebagai tidak sah dan boleh mengesahkan tindakan kerajaan sebagai tidak sah. Ini disebabkan mereka beranggapan bahawa undangundang digubal oleh Parlimen, maka institusi inilah yang menentukan keadilan negara dan mengesahkan undang-undang. Yang sebenarnya Mahkamah Persekutuanlah yang mempunyai bidang kuasa tersebut.

    Di sini jelas sekali terwujud kuasa check and balance yang dimainkan oleh Mahkamah Persekutuan dalam menyemak undang-undang dan Parlimen Malaysia. Secara mutlaknya Parlimen Malaysia perlu mendapatkan kesahan undang-undang daripada Mahkamah Persekutuan. Inilah konsep pengagihan kuasa yang dijalankan di Malaysia.

    Sebenarnya Dewan Undangan Negeri (DUN) tidak terbubar apabila Parlimen dibubarkan. DUN yang belum sampai tempoh pembubarannya akan terus
    berfungsi. Parlimen terbubar apabila Yang di-Pertuan Agong mengisytiharkan pembubaran Parlimen ialah Dewan Rakyat. Walau bagaimanapun di
    Semenanjung Malaysia, tarikh pembubaran Parlimen selama ini adalah sama dengan tarikh pembubaran DUN, dan untuk menjimatkan kos, pilihan raya diadakan serentak untuk Dewan Rakyat dan DUN. Di Sabah dan Sarawak, pembubaran DUN-nya berbeza dengan pembubaran Parlimen. Jadi, kedua-dua buah negeri tersebut mengadakan pilihan raya yang berbeza tarikhnya dengan pilihanraya Parlimen. Mereka yang berumur 21 tahun pula sebenarnya layak untuk mengundi, bukannya wajib. Jadi, tidak menjadi kesalahan bagi mereka untuk tidak mengundi.

    Yang di-Pertuan Agong merupakan ketua negara. Yang di-Pertuan Agong merupakan ketua angkatan tentera. Yang di-Pertuan Agong merupakan komponen Parlimen. Komponen Parlimen terdiri daripada Dewan Rakyat, Dewan Negara dan Yang di-Pertuan Agong. Kenyataan yang tidak benar mengenai kedudukan tertinggi Yang di-Pertuan Agong dari segi perlembagaan ialah Yang di-Pertuan Agong mengetuai perjalanan pemerintahan negara, yang mengetuai perjalanan pemerintahan ialah Perdana Menteri yang memegang status Ketua Eksekutif. Yang di-Pertuan Agong ialah pemegang Kuasa Eksekutif, tetapi kuasa itu tidaklah dijalankan oleh baginda sendiri kerana ia diagihkan kepada Perdana Menteri atau kabinet melalui “The Distribution of Power Act 1956”.

    Dengan kata lain perlembagaan adalah undang-undang dasar yang menentukan corak dan kuasa sesebuah kerajaan. Ia merupakan peraturan yang menentukan bagaimana sesebuah negara ditadbir. Ia juga menentukan pembahagian kuasa antara bidang pemerintahan dan pelaksanaannya. Perlembagaan ialah undang-undang tertinggi yang menjadi rujukan pemerintahan negara. Ia merupakan sumber bagi menggubal undang-undang yang lain. Maknanya Malaysia adalah sebuah negara yang unik di mana kita tidak meletakkan individu di tempat yang tertinggi tetapi perlembagaan adalah yang tertinggi. Maknanya perlembagaan yang mengawal kuasa YDPA atau PM. Perlu diingat bahawa asas kuasa adalah daripada YDPA.

    Di dalam perlembagaan telah dijelaskan bahawa Kuasa Eksekutif, iaitu kuasa untuk memerintah, diberi di bawah Perkara 39 Perlembagaan Malaysia kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agung, tetapi diselenggarakan oleh Jemaah Menteri yang diketuai oleh Perdana Menteri. Jemaah Menteri adalah bertanggungjawab terus kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Setiap tindakan eksekutif Kerajaan Persekutuan adalah disalurkan daripada kuasa Diraja, sama ada secara langsung atau tidak langsung. Oleh itu PM mempunyai Kuasa Eksekutif kerana kuasa itu telah diserahkan oleh YDPA kepada PM tetapi kuasa asalnya adalah daripada YDPA itu sendiri.

    Institusi pemerintahan beraja merupakan sumber kekuasaan dan kewibawaan, pemerintah dan kerajaan. Institusi ini merupakan sumber kekuatan rakyat dan tempat rakyat mencari perlindungan, keadilan, memberikan kesetiaan, kecintaan dan taat setia kepada negara. Di negara-negara yang mengamalkan sistem demokrasi berparlimen di bawah sistem kerajaan Raja berperlembagaan, kuasa rakyat terletak hak pada Parlimen yang kemudiannya meletakkan hak kuasa eksekutif kepada Jemaah Menteri. Walau bagaimanapun, setiap tindakan pihak berkuasa dilaksanakan atas nama Yang di-Pertuan Agong yang bertindak atas nasihat kerajaan.

    Di antara tugas-tugas yang dijalankan oleh Yang di-Pertuan Agong mengikut budi bicara ialah melantik Perdana Menteri dan Memanggil Mesyuarat Majlis Raja-Raja. Kuasa mengikut budi bicara ini bermakna kuasa yang dilaksanakannya tanpa perlu mendapatkan nasihat dan kuasa tersebut termaktub dalam perlembagaan. Kuasa Yang di-Pertuan Agong dalam melantik Ketua Hakim Negara dan melantik Yang Dipertua Negeri ialah kuasa mengikut nasihat, iaitu nasihat pihak tertentu, seperti Perdana Menteri dan Majlis Raja-Raja. Satu lagi kuasa baginda yang terkategori dalam kuasa budi bicara ialah menolak permintaan pembubaran Parlimen.

    Ahli-ahli suruhanjaya dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong,iaitu untuk tempoh lima tahun. Suruhanjaya juga terbahagi kepada dua jenis,
    iaitu suruhanjaya tetap (seperti Suruhanjaya Perkhidmatan Awam dan Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran) dan suruhanjaya khas atau
    sementara. Suruhanjaya ini ditubuhkan atas sebab tertentu demi kepentingan awam dan akan dibubarkan setelah tamat menjalankan tugasnya.
    Suruhanjaya Kereta Api merupakan suruhanjaya khas, sebenarnya suruhanjaya ini telah dimansuhkan dan fungsinya dilaksanakan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam.

    Manakala yang menjadi badan penyelaras antara kerajaan persekutuan dengan kerajaan negeri ialah majlis-majlis yang ditubuhkan khas, seperti Majlis Tanah Negara, Majlis Raja-Raja dan Majlis Kewangan Negara.

    Kebebasan peranan mahkamah dapat dilihat melalui perkara berikut:

    Tidak semua hakim dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong kerana hanya hakim-hakim Mahkamah Tinggi sahaja yang dilantik oleh baginda manakala Hakim Mahkamah Rendah dilantik oleh Sultan.

    Hakim Mahkamah Persekutuan yang disabitkan kesalahan boleh dipecat dan pemecatan dibuat oleh sebuah tribunal. Ahli-ahli tribunal terdiri daripada
    sekurang-kurang lima orang hakim yang berwibawa dan mereka dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong.

    Di samping itu ada Lembaga Tatatertib yang diperuntukan oleh Perlembagaan Persekutuan yang dinamakan PIHAK BERKUASA TATATERTIB. Sesuatu tindakan tatatertib ke atas mana-mana pegawai yang telah melakukan pelanggaran tatatertib hendaklah dilaksanakan oleh sesebuah Pihak Berkuasa Tatatertib (PBT) atau Lembaga Tatatertib (LTT) yang mempunyai bidang kuasa sebagaimana ditetapkan dalam peraturan-peraturan yang berkaitan.

    PERUNTUKAN PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN

    Mengikut Perkara 144 (1) Perlembagaan Persekutuan, kawalan tatatertib adalah merupakan salah satu fungsi tugas Suruhanjaya Perkhidmatan Awam. Walau bagaimanapun selaras dengan peruntukan Perkara 144 (5B), Yang di Pertuan Agong telah membuat peraturan-peraturan bagi menubuhkan lembaga-lembaga di peringkat Kementerian dan Jabatan bagi menjalankan sebahagian kuasa dan tugas Suruhanjaya berhubung kawalan tatatertib ini.

    PENUBUHAN LEMBAGA-LEMBAGA TATATERTIB

    Bagi Perkhidmatan Awam Am Persekutuan, penubuhan serta keanggotaan sesebuah Lembaga Tatatertib di peringkat Kementerian dan Jabatan adalah seperti diperuntukkan di bawah Peraturan 2, Peraturan-peraturan Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Awam, 1993 [ P.U. (A) 396] serta Jadual di bawah peraturan tersebut. Lembaga-lembaga Tatatertib ini adalah mempunyai bidang kuasa tatatertib mengikut seperti yang ditetapkan dalam Jadual yang berkenaan yang pada keseluruhannya adalah berasaskan kepada kumpulan perkhidmatan serta mengikut tempat bertugas seseorang pegawai yang diambil tindakan tatatertib itu, iaitu seperti berikut:
    *Suruhanjaya Perkhidmatan Awam;
    *Lembaga Tatatertib Kumpulan Pengurusan ( No. 1);
    *Lembaga Tatatertib Kumpulan Pengurusan ( No.2);
    *Lembaga Tatatertib Kumpulan Sokongan (No.1);
    *Lembaga Tatatertib Kumpulan Sokongan (No.2);

    • Laa. Panjang ceritanya… Pendekkan, bior snang nak faham.

    • Salam hormat sdr insan hina,

      Apakah landasan hukum yang dijadikan sandaran oleh Mahkamah Malaysia dalam kes DS Anwar yang telah didakwa di bawah Seksyen 337B Kanun Keseksaan kerana kononnya beliau telah meliwat Azizan Abu Bakar antara bulan Januari – Mac 1993, di Tivolli Villa Bangsar antara jam 7.30 malam – 8.30 malam, yang berhubung dengan pertimbangan berikut hatta menyebabkan DS Anwar dikirim ke penjara?

      1) Azizan menyatakan bahawa dia tidak pernah di liwat selepas tahun 1992.

      2) Azizan menyatakan bahawa dia kena liwat atas tilam dan katil.

      3) Azizan menyatakan bahawa dia diliwat pada hari kerja dan tidak pernah kena liwat dalam bulan Ramadhan.

      4) Azizan menyatakan bahawa dia di liwat dalam bilik yang ada penghawa dingin (air condition).

      5) Tuduhan telah di pinda beberapa kali:

      TARIKH PERTUDUHAN PERTAMA PADA TAHUN 1994 – Selepas doktor yang memeriksa Azizan mengesahkan tiada kesan Azizan telah dilewat dan kesan ini hanya akan hilang selepas 6 tahun, maka tuduhan di pinda:

      TARIKH PERTUDUHAN KEDUA PADA TAHUN 1992 – Tetapi setelah peguam DS Anwar menyatakan tuduhan ini tidak berasas kerana pada tahun 1992, Tivolli Villa belum siap di bina. Pendakwaraya telah meminda tuduhan untuk kali yang ketiga:

      TARIKH PERTUDUHAN KETIGA PADA TAHUN 1993 – Akhirnya penghakiman telah menjatuhkan hukuman penjara ke atas DS Anwar.

      ALIBI YANG DI KEMUKAKAN OLEH PEGUAM DATO’ SERI ANWAR YANG MEMBUKTIKAN ANWAR TIDAK BERADA DITEMPAT KEJADIAN.

      1 Januari hingga 12 Februari 1993 – Liwat tidak berlaku kerana tilam dan katil hanya di beli dan sampai di Tivolli Villa pada 12 Februari 1993. Bukti pembelian dan nota penghantaran dan catatan pengawal keselamatan Tivolli Villa di kemukakan di mahkamah.

      4 Februari hingga 17 Februari1993 – Anwar berada di London, Frankfurt dan Paris bersama Tun Daim dan Ali Abul Hasan kerana mempromosi IOFC Labuan. Passport Antarabangsa Anwar di kemuka di mahkamah.

      18 Februari 1993 – Anwar diraikan dalam Jamuan Makan Malam oleh Menteri-menteri Luar Pertubuhan Negara-negara Islam (OIC) di Kuala Lumpur.

      19 Februari 1993 – Anwar membawa isteri dan anak-anaknya menyaksikan pertunjukan Walt Disney’s on Ice di Kuala Lumpur.

      20 Februari 1993 – Anwar berada di Permatang Pauh menghadiri Program Bersama Rakyat dan mempengerusikan Mesyuarat UMNO Bahagian. Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang mengesahkan kehadiran Anwar.

      21 Februari hingga 23 Februari 1993 – Anwar berada di Bangkok menghadiri Mesyuarat Menteri-Menteri Kewangan ASEAN. Duta Malaysia di Bangkok, Dato Zainal mengesahkan kehadiran Anwar. Sekali lagi Passport Antarabangsa Anwar di kemukakan kepada mahkamah.

      23 Februari hingga 24 Mac 1993 – Anwar kembali ke tanahair. Tarikh ini merupakan hari permulaan puasa dalam tahun 1993 iaitu 1 Ramadhan.

      25 Mac 1993 – Hari Raya Pertama. Anwar mengadakan rumah terbuka meraikan rakyat yang mengunjungi beliau di Kediaman Rasminya.

      26 Mac 1993 hingga 27 Mac 1993 – Anwar berhari raya bersama keluarga dan rakyat di Pulau Pinang. 28 Mac 1993 – Anwar berhari raya bersama keluarga mertuanya di Kuala Lumpur.

      29 Mac 1993 – Anwar menerima kunjungan rakan-rakan lamanya di MCKK di rumahnya.

      30 Mac 1993 – Anwar menerima kunjungan rakan-rakan lamanya dari kalangan ABIM dan pergerakan Islam yang lain di rumahnya.

      31 Mac 1993 – Anwar menghabiskan masa sehari suntuk menghadiri sambutan Majlis Hari Raya di rumah Menteri Kabinet dan Pegawai Tinggi Kerajaan.

      Persoalannya adalah, dalam situasi di atas, maka apakah asas pertimbangan keadilan yang mewajarkan DS Anwar dipenjarakan?

      KEBENARAN BAGAIKAN SAMUDERA LAUTAN
      WALAU HUJAN SERIBU TAHUN TAK KAN TAWAR
      – Naspazi

  7. insan hina tesis ko ni…. jangan lah dimasukkan dalam semua entri…….. 1 @ 2 entri setiap tesis
    bolehlah.

    bukan pe aku takut semua orang naik muak….panjang sangat.

    merkasih

  8. Maha Suci ALlah yang membela hamba-hambaMU yang dizalimi serta dikhianati, telah acap kali hambaMU yang bernama Abdul Ghani Pathail ini mengkhianati serta menzalimi hamba-hambaMu yang lain apabila bertentangan dengan kehendak tuannya ioaitu kerajaan UBN, maka dengan ini kupanjatkan doa dengan sejuta harapan kepadaMU agar ENGKAU timpakan bala bencana ke atas Abdul Ghani Pathail serta tuan yang dilindunginya, UBn dengan azab yang menggerunkan semua makhlukMU yang berfikiran dan berakal. Selagi tiada bala pengajaran dariMu ya ALlah, selagi itulah mereka terus mengkhianati dan menzalimi hamba-hambaMU yang menjadi rakyat karhaen di negara Malaysia inji. Hancurkanlah kerajaan UBN dan anjing-anjingnya yang berkeliaran di seluruh negara di pelbagai peringkat jabatan dan agensi. Maha Suci ALlah , kami amat merindui pertolongan dan kasihan belasMU yang ALlah.

  9. Ketua BARUA AL JUBURI MUDA Fariz Musa berkata…

    “Tan Sri Gani harus sedar kedudukan ADUN Barisan Nasional berjumlah 28, seimbang dengan ADUN Pakatan Rakyat.

    Katanya tiga orang ADUN yang ‘melompat’ mengisytiharkan diri mereka ‘bebas’ dan tidak mewakili mana-mana parti”

    MEMANG BAHALOL TAHAP DEWA TOL LA PUAK2 AL JUBURI NEH..

    3 EKOR ADUN LOMPAT KESAYANGAN ANWAR AL JUBURI TU PEGI JUMPA SULTAN PERAK KATA DEPA DAH TAK PERCAYA KAT KELENTONG ANWAR AL JUBURI LAGI DAH…

    WALAUPUN DAH JADI ADUN BEBAS…DEPA BEBAS LA NAK SOKONG SAPA2 PULAK. APA LAH YANG BANGANG SANGAT TAK RETI NAK KIRA…28 + 3 JER PONN!!!

    he he he

    • kah kah kah…babun sekor ni ..kalau dah bebas mana boleh menyebelahi mana-mana pihak.kalau sokong mana boleh jadi bebas..kah kah kah mmg mangkuk la munkee ni…budak darjah 6 pun tau la…kah kah kah ..napa pilih jadi bebas??? masuk je la dlm BN…woit takut kah….kah kah kah….mmg ngoookkkkkkkkkkk

    • bebas sampai kes rasuah mereka pun bebas lepas kan…. siap boleh pi bandung jalan jalan cari makan… Rombongan Ahli UNMO perak ke Bandung tak join ke ati panas?

      BEBAS…. tapi tak akan lepas Hukuman Tuhan……… Sabar Ati Panas!!! PANAS Lagi api Neraka… itu kena ingat!!!

  10. Jgn bimbang. Masanya semakin hampir utk menetap d penjara. Rakyat akan pastikan Umno(BN) terima padah buruk akibat perbuatannya sendiri.

  11. Gani 4 Tahil tu memang confirm ‘BARUA’ umno/BN. Dia hidup umpama bangkai. Hidup dengan penuh ampu bodek umno agar dapat kekal jawatan AG. Pertimbangan mengikut lunas undang-undang sudah tiada dalam prinsip hidup orang macam Gani 4 Tahil tu. Kalaulah dia ingat dan lihat bagaimana seksanya arwah TS Mokhtar Abdullah bekas AG menderita koma di SJMC selama 6 bulan sebelum dijemput oleh malaikat maut! Itulah kifarat orang-orang yang melakukan kezaliman keatas orang lain yang tidak bersalah tapi dibuat-buat bukti agar kelihatan bersalah sehingga terpaksa mengheret tilam ke mahkamah tinggi. Memang bangang sungguh siapa yang mengarahkannya begitu. Ingatlah Gani 4 Tahil, umur kau bukanlah 40an lagi. Dah umur pencen pun. Ingat-ingat kubur…

  12. Gani 4 Tahil – BARUA DAN PEMBODEK UMNO NO.1

  13. Hina melayu kerana Umno.

  14. GANI EMPAT TAIL HANYALAH ‘ANJING’ YANG BERKHIDMAT UNTOK PERTAHANKAN KJAAN HARAM UMNO BN DI PERAK..

    ANJING INI JUGALAH YANG AKAN TERUS MEMPORAK PERANDAKAN KEDAULATAN UNDANG UNDANG YANG TINGGAL NYAWA NYAWA IKAN SAJA..

    DAN ‘ANJING’ INI JUGA AKAN TERUS BERLAKU TAAT PADA TUAN NYA YANG MABUKKAN KUASA..

  15. GANI EMPAT TAIL IS MOST INSTRUMENTAL
    WITH REGARDS TO THE RAPE OF LAW..

    A CORRUPTED BEGGAR WHO WOULD DO ANYTHING TO SATISFY THE WISHES OF HIS MASTER..

    ITS MOST UNFORTUNATE AND CATASTROPHIC FOR MALAYSIA TO HAVE AN AG OF SUCH CALIBRE….!

  16. Sebaiknya biar lah dahulu dewan undangan negeri Perak itu bersidang,kemudian baru bawa usul undi tak percaya pada MB besar Nizar,selepas itu Speker bolih putuskan agar dewan negeri perak dibubarkan.Dan biar rakyat yang memutuskan secara baik siapa yang layak untuk memerintah di Perak.

  17. mengapalah peguam negara ni dapat kat orang jahat…, takada lagi ke rakyat malaysia yang baik-baik jadi peguam negara.

    maka bermaharajalela lah si gani pata il.., diperbuatnya negara dan kapada rakyat malaysia ini macam sampah…., ikut sesuka hatinya saja.

    harap-harap rakyat malaysia yang kini semakin bijak akan mengobahnya nanti dalam pru 13.

    • Salam hormat sdr maulana,

      Betapa Si Gani Patail, peguam negara Malaysia standard kelas kambing yang berasal dari Tawau Sabah ini begitu putih matanya lantaran bongok dan bangang justeru tidak mampu berhujah secara dinamik dan komprehensif di hadapan hakim-hakim mahkamah antarabangsa dalam kes Pulau Batu Putih.

      Namun begitu, Si Gani Patail ini amat perasan dan berlagak sebagai peguam yang handal dalam usaha memperbodoh warga Malaysia, khususnya yang ada kaitan dengan mengatur logik bagi menegakkan benang basah konspirasi jahat gerombolan melayu UMNO dalam usaha menyiat maruah DS Anwar di samping memporak-perandakan PR.

      Dengan kata lain, ada darah dan dosa pada makanan yang dimakan oleh Si Gani Patail setiap hari. Tegasnya, Si Gani Patail ini bukan peguam yang terbaik untuk Malaysia. Namun, mungkin ia merupakan peguam yang paling sesuai bagi melaksanakan perancangan politik kambing hitam melayu UMNO. Betapa citra dan warga Malaysia baru tidak memerlukan Si Gani Patail.

      UMNO SARJANA AGUNG DALAM BERBOHONG
      SERENTAK BANGKIT MEREMPUH GANI PATAIL
      – Naspazi

  18. […] Gani Patail Berniat Jahat Dalam Kes Nizar-Zambry Gani Patail Berniat Jahat Dalam Kes […] […]

  19. By: bondtoad on Mei 6, 2009
    at 10:52 am

    “Ghani Patail ni AG untuk rakyat Malaysia atau AG utk UBN? Memanglah nampak sangat bersifat berat sebelah. Moga Allah membalas segala perbuatan beliau sewajarnya”

    Amin…..!

  20. Konspirator kes liwat DSAI, TS Mokhtar Abdullah & Khalid Jeffri meninggal dunia dalam keadaan aib. Kepada sapa2 yang berkenaan, sendiri mau ingatlah bila kuasa ada di tangan!


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: