Posted by: pinkturtle2 | Mei 8, 2009

Tahanan ISA: Manoharan, Uthayakumar dibebaskan

bebas isa

ISA: Tiga pemimpin Hindraf bebas

Tiga pemimpin Hindraf – masih berada di kem tahanan Kamunting – bersama 10 yang lain akan dibebaskan daripada kurungan Akta Keselamatan Dalam Negeri, demikian diumumkan hari ini.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Hishammuddin Hussein membuat pengumuman demikian di sidang media khas di Putrajaya sebentar tadi.

Tiga pemimpin ini termasuk ADUN Kota Alam Shah, M Manoharan, dan penasihat undang-undang Hindraf, P Uthayakumar.

Daripada lima tokoh terkanan Hindraf yang ditahan Disember 2007 bawah akta kontroversi tersebut, dua daripadanya telah dibebaskan awal bulan lalu sejurus selepas Datuk Seri Najib Razak mengangkat sumpah sebagai perdana menteri.

R Kenghadharan dan V Ganabatirau dibebaskan bersyarat dalam kumpulan 13 tahanan ISA seperti diumumkan Najib sewaktu ucapan sulungnya ke seluruh negara.

http://www.malaysiakini.com

………………………………………………………………………………………………………………

Tahanan ISA: Manoharan, Uthayakumar dibebaskan

PUTRAJAYA: Tiga pemimpin Hindraf – Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kota Alam Shah, M Manoharan, penasihat undang-undang Hindraf, P Uthayakumar dan Vasantha Kumar – antara 10 tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) akan dibebaskan dalam masa terdekat.

Pengumuman itu dibuat Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein pada sidang akhbar khas, di sini hari ini.
http://www.bharian.com.my


Responses

  1. Macam ni baru Rakyat di dahulukan dan Pencapaian di utamakan.
    Banyak lagi kes2 besar jenayah dan salahguna kuasa yang perlu diselesaikan.

    Kami gerenti Melayu,Cina,India dan lain2 bangsa di Malayasia tak akan perang punya.Orang Malaysia ni baik2 belaka,pasai tu dok kena tipu selalu.

    Kami dok dikampong ni semua pakat2 elok belaka.Yang dok bekelahi sangat ni puak2 hampa atas yang gila kuasa tu.Buat2 berkelahi aje,bila dapat perojek pakat cari puak cina dan India juga.Melayu tak reti niaga konon……

  2. Terima kasih, bila pula nak mansuhkan ISA? ugama tak suruh anaiya org kalau betul bersalah dakwa kita ada undang2 bukan ada udang.

  3. NO COMMENDATION OFFERED…

    DON’T JUST RELEASE THE DETAINEES…. REVOKE
    ISA ALTOGETHER….!

    PUT AN END TO THIS UNCIVILISED ACT..!

  4. Kalau tak dibebaskan Manoharan PASTI meletakkan jawatan sebagai ADUN. Pilhanraya kecil PASTI berlaku. Jika pilihanraya berlaku, kemungkinan BN menang amat-amat TIPIS dan mungkin hilang wang pertaruhan.

  5. dah lepas tu jgn dok buat perhimpuanan haram lagi.. bikin semak je.. buat cara berhemah skit.. baru gentle.. professional skit baru orang respek..

    • cara berhemah tu macamana? cuba jelaskan……

  6. kalau kita perghati..

    satu, nampak seakan-akan Najiss betul.. bikin serupa cakap.. tindakan permulaan ‘mengkaji semula ISA’…

    dua, nampak serupa bapok lah pulak.. takut dengan PRK, kalau kerusi kosong(lepas bagi alasan di Penanti, alasan apa pulak nanti)..

    di sebalik ‘satu’ tadi, yang cuma merupakan cubaan si pondan ‘membeli’ rakyat, gambaran positif tentang kejantanan seorang pahlawan bangsa.. tulen bang..!!!
    rupa-rupanya ‘dua’ yang cuba diselindungkan sang bapok ini..
    auwww.. main selindung-selindung pulak engko, nyah..

  7. Nampaknya Najib, Hishamudin dah terketar-ketar akibat :

    1. Kes mesyuarat DUN Perak
    2. Manoharan nak step down ADUN Kota Alam Shah…
    Pembebasan ini dialu-alukan namun…..
    Nampak sangat keputusan pembebasan ini bermotifkan politik semata-mata nak cool down kemarahan rakyat akibat 2 peristiwa di atas……..UMNO/BN hanya takut KUASA RAKYAT sahaja, sedangkan kuasa2 lain, semuanya dalam poket mereka jer…Ok, ok…kuasa rakyat inilah yg akan kita digunakan sepenuhnya pd PRK dan PRU 13 nanti….compulsory….jgn tangguh-tangguh…..

    Aku yakin M.Manoharan akan tetap letak jawatan….giliran Pakatan Rakyat pulak nak jerut leher UMNO/BN….saksikan nanti….

  8. la ni baru sah dan jelas umno takut prk.kalau manoharan tak gertak nak letak jawatan …gerenti tak lepas lagi.

  9. mari kita berdoa mana-mana adun bn perak ada yang mampus,biar ada prk,nak tengok muka najib ada macho tak.

  10. bebas 5……. tangkap 200
    masih ada untung lagi 195

    he he he


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: