Posted by: pinkturtle2 | Mei 22, 2009

Seseorang MB tidak boleh dilucutkan,walaupun dia kalah dalam undi tidak percaya di DUN – Peguam

Seseorang Menteri Besar tidak boleh dilucutkan darpada jawatannya, walaupun dia kalah dalam undi tidak percaya di Dewan Undangan Negeri -

Seseorang Menteri Besar tidak boleh dilucutkan darpada jawatannya, walaupun dia kalah dalam undi tidak percaya di Dewan Undangan Negeri Peguam Sulaiman Abdullah

“Tidak Ada Peruntukan Undang-undang Yang Wujud Untuk Memecat Menteri Besar”

PUTRAJAYA – Peguam Sulaiman Abdullah yang mewakili Menteri Besar Pakatan Rakyat, Dato’ Seri Nizar Jamaludin memberitahu “Seseorang Menteri Besar tidak boleh dilucutkan darpada jawatannya, walaupun dia kalah dalam undi tidak percaya di Dewan Undangan Negeri”.

Sulaiman berkata demikian dalam Mahkamah Rayuan yang bersidang bagi mendengar kes untuk menentukan siapakah sebenarnya Menteri Besar Perak yang sah di sini semalam.

Beliau membuat kesimpulan tersebut berdasarkan kes Stephen Kalong Ningkan tahun 1966, yang telah membawa kepada pindaan kepada undang-undang negeri Sarawak dibawah peruntukan darurat (emergency legislation) bagi memberi kuasa kepada Gabenor Sarawak melucutkan jawatan Ketua Menteri.
Dalam kes Stephen Kalong Ningkan, mahkamah telah memutuskan cara untuk membuktikan Ketua Menteri telah hilang kepercayaan majoriti wakil rakyat adalah hanya dengan undi tidak percaya dan sidang DUN.

Suleiman berkata, walaupun mahkamah memutuskan demikian, krisis politik Sarawak ketika itu tidak selesai kerana Stephen Kalong Ningkan masih enggan meletakkan jawatan.

Oleh itu kerajaan persekutuan terpaksa menguatkuasakan perintah darurat di negeri Sarawak bagi membolehkan satu pindaan dibuat, memberikan kuasa kepada Gabenor untuk melucutkan jawatan Ketua Menteri.

Peruntukan yang dipinda tersebut walaubagaimanapun hanya bertahan selama enam bulan dan terbatal setelah perintah darurat ditamatkan.

Suleiman berkata, pindaan undang-undang melucutkan jawatan Ketua Menteri bagi kes Ningkan, terpaksa dibuat dibawah perintah darurat, adalah satu kenyataan bahawa seorang Ketua Menteri atau Menteri Besar itu tidak boleh dilucutkan jawatannya.

Ia adalah kerana tidak ada peruntukan yang wujud dalam undang-undang bagi melucutkan jawatan seoang Menteri Besar atau Ketua Menteri.

Sulaiman telah menggunakan fakta tersebut untuk menyokong hujahnya mengapa Sultan Perak, Sultan Azlan Shah tidak boleh meminta Nizar meletakkan jawatan atau menganggap jawatan Menteri Besar adalah ‘kosong’ sekiranya Nizar enggan meletakkan jawatan.

“Undang-undang negeri Sarawak tidak memperuntukkan kuasa keatas Gabenor untuk memecat atau dengan makna lain, untuk memaksa Ketua Menteri meletakkan jawatan, walaupun telah di buktikan Ketua Menteri tersebut telah hilang keprcayaan majority.

“Oleh kerana Stephen Kalong Ningkan tidak meletakkan jawatan, jawatanya (pejabatnya) tidak boleh dianggap kosong. Oleh yang demikian, undang-undang darurat dikuatkuasakan bagi membolehkan satu pindaan dibuat untuk melucutkan jawatan Stephen Kalong Ningkan,”kata Suleiman yang menambah undang-undang negeri Sarawak adalah sama dengan undang-undang negeri Perak

Mahkamah Rayuan telah menangguhkan keputusan persidangan semalam sehingga jam 3 hari ini (22 Mei)

http://buletinonline.net

(Gambar dan Berita Asal di tulis oleh Deborah Loh, The NutGraph, diterjemah secara bebas oleh SM Noor)


Responses

  1. BN ni mmg dasar pengkhianat bangsa dan negara, memporak perandakan undang2.. rakyat makin benci kpd BN….
    kami benci, meluat, menyampah kat BN dan sapa2 yg menyokong BN dan bekerjasama dgn BN.
    lawan tetap lawan

  2. This fact already clearly confirmed by the High Court
    http://globalbreakingnews.blogspot.com/2009/05/no-laws-exist-to-remove-mbs-says-nizars.html

    To see what happened in the court yesterday click here,
    http://nmjnh.wordpress.com/2009/05/21/isu-mb-perak-rayuan-zambry-didengar-dimahkamah-hari-ini-21509/

  3. pantat mak dia punya BN

  4. Salam,

    PERHATIKAN ULAQ SAWA.
    SEBELUM MEMBAHAM MANGSA
    DIA KENA BELIT DULU SAMPAI
    MANGSA TERSEBUT LEMAH BARU
    PROSES MENELANNYA BERMULA.
    KOT MANA PON KONAR PI KONAR MAI
    PUTAQ PI PUTAQ MAI DIA KENA BELIT.
    TAK KALAU TERLEPAS LAH HABUAN DIA.

    KITA TGK LIDAH DEPA CAMNA NAK BELIT
    PLAK….TU HABUAN NAK BOLEH KE DEPA.

  5. Ambo cakap dah dari dulu lg BN ni Penipu besar…. Tp ambo heran la ada lg yg dok sokong BN ni… tambah2 lg melayu sejati.. hehehehe…. pelek2….

  6. kawasan BN menang tipis di DUN perak dengan majoriti diperolehi…

    selama 355

    kubu gajah 66

    kuala kurau 467

    bagan serai 95

    trong 916

    kamunting 555

    manjoi 348

    pangkalan baru 14

    sg rapat 636

    teja 175

    rungkup 454

    MAJORITI 75 % KAWASAN INI PAS TEWAS PADA PRU 12 PERAK

    • Ini bermaksud UMNO bukanlah kuat sangat kat Perak. Kalau ada orang yang mengatakan jika DUN perak dibubarkan kuasa melayu akan hilang, saya rasa itu pandangan jumud dan masih lagi berada dalam kepompong perkauman yang tersangat tebal. Jadi saya menyeru kepada seluruh UMAT MELAYU di Perak, jika anda ingin melihat Melayu Islam menjadi tunggak pemerintahan di Perak maka ambillah langkah untuk memangkah calon PAS. Ini bermakna jika UMNO kalah calon Pas yang akan menjadi wakil rakyat. Bila ramai wakil Pas di dalam DUN maka tak timbullah masalah Cina DAP menguasai kerajaan Perak.

      Jadi ayohlah rakan-rakan sebangsa dan seagama dengan ku, kita buat perubahan yang besar dalam politik negara.

      Tiba masanya kini kita beri peluang kepada kepada para pejuang Islam untuk membuktikan keindahan dan keadilan Islam dalam sistem pemerintahan.

      Rasa tidak rugi untuk kita mengantikan SELURUH WAKIL RAKYAT UBN dengan wakil rakyat PAS.

      Sesungguhnya telah banyak kerosakkan yang telah dilakukan oleh UBN selama lebih 50 tahun pemerintahannya. Adakah kita rela untuk memberikan peluang 50 tahun lagi ??????????. Cukuplah…

      Biarlah kita dikenang oleh anak cucu kita sebagai orang yang telah berusaha untuk AMAR MAKRUF NAHI MUNGKAR.

      Wassalam.

  7. ape jua keputusan yang akan di umumkan nanti , krisis perak tetap xkan selesai selagi DUN tidak dibubarkan… Bongok betol la bn

  8. Jika UMNO mahu meneruskan perjuangan membela Melayu dan tidak mahu tenggelam selepas pilihan raya umum ke -13 nanti, parti Melayu itu perlu adakan perubahan serius dan bersatu atau kerjasama dengan parti pembangkang.

    Seorang bekas menteri kanan Barisan Nasional dan anggota Majlis Tertinggi UMNO paling terkenal berpendpat demikian pada waktu temu bual dengan beliau pada lewat petang semalam, di pejabatnya, dalam sebuah kawasan ekselusif di Kuala Lumpur.

    Beliau yang tidak mahu didedahkan namanya, berkata, “ Dato Seri Najib mesti adakan perubahan, tidak bercakap sahaja untuk berubah, saya yakin, kalau UMNO tidak ada prubahan, pilihan raya umum ke – 13,ia akan tenggelam.”

    “Sebilangan besar orang Melayu tidak percayakan UMNO lagi, kerana “UMNO masih mengamalkan nasional kapitalis, orang Melayu beragama Islam dan rata – rata dari mereka berkeadaan tertekan oleh kuasa kapitalis terutama dalam bidang ekonomi,” katanya.

    “UMNO parti Melayu, memang orang Melayu sayangkan UMNO, bahkan mereka bergantung harap kepada UMNO, tetapi oleh kerana di kalangan atasan dalam UMNO tidak bereibawa, tidak menekankan perjuangan membela orang Melayu dan takut kepada bangsa lain, maka menyebabkan sebilang besar orang Melayu tidak menubelahi UMNO lagi,” tambahyan.

    Menjawab pertanya, “ UMNO patut berubah, ubahkan dasarnya dari nasionala kapitalis kepada Islam dan bekerja sama dengan parti politik yang berjuangkan Islam dan negara Islam.”

    “Selagi UMNO tidak bekerjasam dengan PAS dan tidak ada pembaharuan, selama itulah orang Melayu, terutama golongan muda tidak akan menyebelahi UMNO, kecuali mereka yang buta Islam,”tegasnya.

    MEMIMPIN NEGARA

    Sambil mengakui kewibawaan Najib Tun Razak memimpin negara, beliau mengakui Najib tidak akan berjaya memimpin orang Melayu dan ummah selagi dia tidak mengadakan perubahan serius dalam UMNO dan parti itu tidak bekerjasama dengan parti pembangkang.

    “PAS juga sekarang ni sedang tersepit antara DAP dan Parti Keadilan Rakyat – PKR yang memperjuangkan Sosio – demokrasi,maka untuk keluar dari keadaaan itu PAS perlu bekerjasama dengan UMNO, kerana PAS dan UMNO sama – sama menjunjung agama Islam,” tegasnya lagi.

    Bekas menteri itu berpendapat, UMNO tidak boleh bergantung harap kepada MCA dan GERAKAN, kerana kebanyakan ahli kedua parti itu tidak percayakan UMNO lagi tidak mereka bekerjasama dengan pihak parti pembangkang.

    PARTI POLITIK

    Ditanya, bagaiamana kalau UMNO menolak kedua parti politik itu, dan bekerjsama dengan DAP, beliau yakin UMNO akan kuat dan mendapat sokongan dari sebilangan besar orang Cina.“Tapi jangan ada Lim Kit Siang dan Karpal Singh,”katanya.

    Kalau UMNO bekerjsama dengan PAS, orang – orang bukan Melayu – Cina dan India yang faham akan Islam akan menyokong kedua – dua parti politik Melayu dan Islam itu.

    Menurutnya, UMNO dicemoh oleh orang Melayu kerana di antara sebab- sebab yang diabaikan oleh para pemimpoin UMNO sendiri,di antaranya:

    1 – Sejak lama para pegawai di Jabatan Perdana Menteri tidak membenarkan orang – orang UMNO biasa datang ke pejabat untuk menemui Perdana Menteri, tetapi orang -orang Cina yang terdiri dari ahli perniagaan, di benarkan, kerana di antara pegawai itu menjadikan pintu masuk kebilik Perdana Menteri itu sebagi perniagaan.

    2 – Kebanyakan pegawai tinggi kerajaan dan pegawai biasa bekerja tidak jujur, curi tulang, amalkan rasuah, khianat atau dengki kepadas pegawai bawahan yang gigih dan dedikasi.

    3 – Wakil – wakil rakyat masuk ke kampung menaiki kereta mewah seperti menunjuk – nunjuk. Untuk merapatkan hubungan Perdana Menteri dengan orang ramai – orang kampung di luar bandar, hendaklah adakan pegawai khas Perdana Menteri yang mewakili Perdana Menteri untuk bertemu terus dengan rakyat. Mereka itu terdiri dari pegawai – pegawai yang merwakili orang Melayu, Cina, India, Kadazan dan sebagainya.

    GOLONGAN ATASAN

    Menurut bekas menteri itu, pada masa lalu hingga masa ini, Perdana Meenteri (Presiden UMNO) terlalu jauh dari rakyat luar bandar tetapi rapat dengan golongan atasan dan korporat.

    Beliau tidak setuju kerajaan menggunakan bahasa Inggeris bagi mata pelajaran metametik dan sains, kerana menurutnya, bahawa kita mempunyuai bahawa rasmi, iaitu bahasa Melayu, mengapa hendak menggunakan bahasa Inggeris.

    “Semua rakyat dan pelajar mesti belajar bahasa Inggeris, bahasa Inggeris tidak boleh dijadikan bahasa pengantar mata pelajaran,” ujarnya.

    “Jerman, Belannda, Indondsia dan negara – negara lainb tidak menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengatar ilmu pelajaran, tetapi mereka itu lebih maju dalalam bidang sains dan teknologi berbanding dengan negara kita, “ujarnya lagi.

    Sambil senyum sinis, beliau mengaku, bahawa para pemimpin kerajaan yang masih mendewa – dewakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar bagi mata pelajaran sains dan metamatik, adalah orang yang belum merdeka jiwa dan fikiran.

    OLEH MOKHTAR PETAH

  9. “tidak ada peruntukan yang wujud dalam undang-undang bagi melucutkan jawatan seoang Menteri Besar atau Ketua Menteri.”
    eish!! susah btol lah aku nak paham ayat nih! ..berbelit-belit!!

  10. Apa yang dihidangkan kepada kita hari ini ada hikmahnya. Paling tidak minda dan mata kita terbuka untuk mengenal undang2 dan perlembagaan yang selama ini tiada siapa mahu ambil peduli…

  11. ala ini tafsiran peguam ni saja. dia kena la bagi hujah atas fakta-fakta tu. setakat takdak lagi penghakiman ke atas mana-mana kes yang serupa ni. jadi ini adalah kes baru. apa yang dikatakan oleh peguam ni adalah tafsiran beliau menurut pemahaman dia saja ataupun manipulasi dia saja ke atas fakta yang dibawa untuk memenangkan DS Nizar. jadi tafsiran beliau perlu diper bahaskan. orang lain pun pandai undang-undang juga.

    • mat romeo DREBAR LORI TAIKKKKKK

      • salam kelabu,
        Hijau suruh sebut yg baik2 indah2 ja.
        Itu baca punya org cakap.Dia kena
        sebut camni…………………………..
        “DREBAR INDAH WATER”
        indah kan kelabu
        hijau confirm pls.

      • ohhhhhhhhh………..

        begitu indah great chief

      • Salam.

        Kita TIDAK diajar.
        Melihat rendah, mencemoh dan mencaci.
        Kepada pekerjaan, rupa paras, cacat dan kekurangan seseorang.

        Kita diajar.
        Menghormati dan melihat kebaikan.
        Kepada tingkah laku, budi bahasa dan kemurnian hidup seseorang.

        Kalau sudah ke sekolah atau ke universiti.
        Tapi masih tak faham2.
        Belajar2lah membaca banyak buku.
        Buku2 baik sahaja.

        Sekadar masih nak ingatkan.
        Supaya membaca banyak buku2 baik.

  12. Kalau orang biasa buat procedure dan kena audit dengan procedure mungkin faham dengan krisis perlembagaan ni. Orang yang buat perlembagaan ni pun dah kantoi sebenarnya. Sebab perlembagaan ni di buat dengan common assumptions.

    Sekarang ni bergantung dengan bagaimana bijaknya peguam2 membahaskan perlembagaan ini pada hakim2. Dan di harap hakim2 pun tidak dipengaruhi oleh mana2 pihak atau hakim punya political stand.
    Logiknya…hakim pun manusia juga. Kepada Allah kita berserah!

  13. ye lah tu…orang yang pandai pandai samada hakim atau peguam tak kan jadi drebar bas kut..?

    kebanyakkan yang ajdi drebar bas depa telan ‘ice’
    supaya tak mengantok…tapi fikiran dia blurrr la..
    sebiji macam drebar bas pos komen..hehehehe!

  14. Teman pikior 1 aje..diakhir zaman nt banyak pemimpin2 terdiri dari kalangan orang2 yang x boleh dipercayai yakni org yang xbetul itu diangkat menjadi pemimpin dan pemimpin yang betul itu difitnah.Oleh itu panjatkanlah doa supaya kita tergolong dalam orang2 yang beriman…Contoh2 itu dah berlaku dalam negara kita…

  15. Orang UMNO/BN nama jer melayu tapi hati penuh dengan syaitan.Mereka bukan fikir pasal orang miskin, cakap manis2 aje kalau depan orang kerana nak menunjuk2 bahawa aku ini priohatin dengan orang m iskin.Aduhai saudara seagamaku, lihat dalam TV3 dalam paparan BERSAMAMU, berapa ramai orang melayu yang merempat, berapa ramai orang melayu yang miskin, berapa ramai orang melayu yang tak dapat Kad Pengenalan, berapa ramai orang melayu yang tinggal di pondok buruk, berapa ramai orang melayu yang hidup kais pagi makan pagi, kais petang, makan petang.Apakah saudara seagamku tidak berfikir nasib-nasib mereka?. Lupakah kita ALLAH akan tanya siapakah saudar kamu?. Bukankah orang susah yang b eragama islam itu saudara kita. Lupakan persengketaan dan marilah kita hapuskan kezaliman UMNO yang telah membunuh harapan orang melayu.UMNO diwujudkan oleh penjajah supaya kita hidup terus dijajah. Bangunlah bersama ISLAM kerana kita akan mati suatu hari nanti.

  16. TEMAN NAK UCAPKAN TAHNIAH KEPADA MENTERI BESO HARAM…..APA KENAME DIE TU…ZAMBERY ..LANTOK MIKE LE…KITE SEMUE TAUULPRIT NI SEMUA…ORANG DAH KENA SUSPEND DUN PUN BOLEH JADI MENTERI BESO…EHHH BODOHNYE KOME ORANG PEGHAK YANG PILIH PENYAMUN NI…?????KOME SEMUE TAK RETI HAK KOME KE…..????NAK PILIH BEY N LAGI…EEEEISSHHH BODOH MACAM KAMBIN’ YEOP ORG KUALE JE…..

  17. Ni lah orang PAS…bila mahkamah bagi Nizar menang kat mahkamah tinggi bersorak, bertepuk tangan. Kata lak BAGUS HAKIM NI….Tapi bila kalah, kata lak HAMPEH….HAKIM TAK BAGUS LAH…MAKAN RASUAH LAH….MACAM-MACAM LAGI. Tapi orang PAS ni lupa ke yang timbul hal macam ni kerana ada ADUN dari PKR…sekali lagi PKR (Parti Kacau Rakan) dalam Pakatan Rakyat yang buat onar. Kenapa mereka keluar dari PKR? Takut tuduhan rasuah? Kenapa TKM Pulau Pinang yang hadapi tuduhan rasuah berani melawan tuduhan. Parti Kacau Rakan (PKR) ni telah menyebabkan MB PAS hilang jawatan. Mungkin lepas ni ketua-ketua kampung yang dilantik PAS pun hilang jawatan. Salah siapa? Roh orang-orang PKR tak sama macam Roh Orang-Orang PAS. Yang sakitnya orang PAS… Dalam diri Anwar Ibrahim pun tidak ada Roh PAS…boleh bila-bila masa masuk UMNO balik sebab beliau hanya Penasihat PKR sahaja bukan Presiden PKR… Pokok pangkal isu di Perak kerana PKR belot kepada perjanjian dalam PR. Entahlah PKR pilih calon macam mana dalam PRU. Ada juga yang ADUN dan S/U Politik dari PKR buat hubungan sulit sampai boleh rakam-rakam gambar. Takkan S/U tu tengok saja…takkan tak ada apa-apa. S/U tu Melayu Islam lagi…PAS tak pulak suruh bawak ke muka pengadilan atas tuduhan zina ke…khalwat ke… Takkah sikap ADUN PKR mencemarkan PAS. Dalam PR, PKR lebih dominan dan nampaknya PAS pun terpaksa menari ikut rentak PKR. Tenggelam dah…isu hudud dan negara Islam…Sebab sekarang dah mula mengejar kuasa…

  18. Salam.

    Sulaiman ni lawyer.
    Tahu sajalah.
    Tak mahu komen banyak2.

    Sekadar nak ingatkan saja.
    Jangan jadi loya loya buruk cukuplah.

  19. Telah menjadi matalamat bagi setiap ahli politik atau kumpulan politik untuk tetap berkuasa,namun ia perlu mengambil alih tampuk kuasa pemimpinan itu dengan cara yang bermaruah dan mengikut perlembagaan serta tak menyalahi kehendak suara rakyat.Pada awal lagi umno sudah cukup tidak bermaruah dengan beberapa cubaan untuk merasuah beberapa pemimpin dari PR untuk berpaling tadah.Begitu juga hal nya kerisis diPerak,dimana 3 orang adun PR telah berpaling tadah dengan tindakan rasuah yang telah dilakukan olih Umno.Kemudian hal ini berlanjutan bilamana kuasa dewan rakyat pun turut sama dicabuli.

  20. Anak kecil main api,
    Terbakar hatinya yang sepi,
    Air mata darah bercampur keringat,
    Bumi dipijak milik orang.

    Nenek moyang kaya raya,
    Tergadai seluruh harta benda,
    Akibat sengketa sesamalah kita,
    Cinta lenyap di arus zaman.
    Indahnya bumi kita ini,
    Warisan berkurun lamanya,
    Hasil mengalir ke tangan yang lain,
    Peribumi merintih sendiri.

    Kita rumpun bangsa Melayu,
    Menganut agama yang suci,
    Semangat bangsa berlandaskan Islam,
    Teras capai kemerdekaan.

    Masa depan sungguh kelam,
    Kan lenyap peristiwa semalam,
    Tertutuplah hati terkunci mati,
    Maruah peribadi dah hilang.

    Kini kita cuma tinggal kuasa,
    Yang akan menentukan bangsa,
    Bersatulah hati, bersama berbakti,
    Pulih kembali harga diri.

    Kita sudah tiada masa,
    Bangunlah dengan gagah perkasa,
    Janganlah terlalai teruskan usaha,
    Melayu kan gagah di nusantara

  21. […] Seseorang MB tidak boleh dilucutkan,walaupun dia kalah dalam undi tidak percaya di DUN – Pegu… “Tidak Ada Peruntukan Undang-undang Yang Wujud Untuk Memecat Menteri Besar” PUTRAJAYA – Peguam Sulaiman Abdullah […] […]


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: