Posted by: pinkturtle2 | Mei 28, 2009

Manek Urai: PAS Kelantan lancar Jentera Esok

N14:PAS lancar jentera esok


Responses

  1. PAS TELAH MENINGGALKAN DASAR PERJUANGAN ISLAM?. – KHAIRY

    Sekali lagi dalam sidang parlimen hari ini 12 Mei 2008 MP Rembau dalam perbahasan menjunjung kasih titah ucapan DYM Yang Dipertuan Agong, Dengan sombong dan bonkaknya, beliau menempelak Pas yang dikatakan telah melupakan dasar perjuangan Islam selepas menyertai Pakatan Rakyat.

    Sekali dengar, ucapan ini biasa saja, munkin kerana tujuan untuk menyerang dan menyakitkan hati MP Pas yang sehingga ini masih tidak menjawap dakwaan tersebut. Pas macam terperangkap dengan dakwaan ini yang telah acapkali dipersoalkan oleh kepimpinan Umno selepas membentuk kerajaan Pas di dua buah negeri Kelantan dan Kedah

    Khairy mengambil kesempatan diatas sikap membisu Pas dengan dakwaan tersebut. Bagi Khairy di parlimen ini adalah kesempatan terbaik untuk menghentam Pas dengan isu ini, dia mengharap dengan isu ini dia boleh mempertontonkan sikap Pas kepada rakyat, ahli Pas dan para penyokong Pas. Pas akan dituduh sebagai hipokrit dengan dasar perjuangannya, Pas seolah olah sama seperti Umno dalam perkara yang ada hubungkait (Pinjam kata kegemaran PM ) dalam melaksanakan beberapa enakmen yang terdapat dalam jabatan agama Islam. Itulah yang nak didedahkan oleh Khairy kepada umum.

    Memangpun sedikit sebanyak ada juga kesannya pada ahli dan penyokong Pas yang menghayati prinsip perjuangan Islam, tetapi tak berapa faham agenda politik Islam, walaupun telah diiplimentasikan cara pendekatan politik Islam oleh YAB TG Nik Abdul Aziz Menteri Besar Kelantan. Suara ini boleh dilihat dalam akhbar altenatif harakah, siasah dan dalam blog ahli dan
    penyokong Pas.

    Mungkin pandangan ahli yang berpegang teguh kepada prinsip perjuangan Pas yang istiqamah untuk menegak sebuah negara Islam, dan apabila YB MP Pas gagal menjawap isu ini ianya akan dilihat sebagai satu kelemahan kalau tidak ditangani oleh pemimpin Pas, sementelahan sebelum dan selepas PRU ke 12 ini Pas telah banyak mendapat sokongan dari pengundi bukan Islam. Penubuhan kelab penyokong Pas telah tumbuh di merata rata seluruh negara. Kebimbangan inilah yang membawa khairy membentangkan perangkap tempelak kepada Pas.

    Pas harus bersedia untuk menangani isu ini bukan saja dari sterategi politik, bahkan perlu menerangkan prinsip dan dasar perjuangan Pas kepada ahli, penyokong, dan ahli kelab penyokong Pas. Pas mesti menggunakan kesempatan yang ada sekiranya pas ingin mengekalkan sokongan dari penyokong dan pengundi bukan Islam bagi menghadapi PRU ke 13 yang akan datang.

    Bukan mudah untuk melaksanakan hasrat ini, dan Pas mesti melakukan sesuatu dengan idea yang boleh menerapkan dasar Islam kepada semua kaum di negara ini, dengan kesempatan menjadi kerajaan PR di 5+1 negeri yang dimenangi oleh PR, Pas mesti menerima tanggung jawap ini kerana kejahilan dasar Umno yang menjadi pemerintah selama 50 tahun yang tidak memperkenalkan sistem pemerintahan Islam yang syumul kepada seluruh rakyat Malaysia.

    Sebagaimana yang diketahui umum. Umno telah menerima dan melanjutkan dasar sekular yang dibawa oleh barat dari seawal mendapat kuasa hinggalah kehari ini. Umnolah yang memberi gambaran salah kepada sistem keadilan dan undang undang Islam dengan niat menakutkan pengundi pengundi bukan Islam. Bahkan Umno jugalah yang mengelirukan orang melayu Islam sendiri semata mata hanya kerana kuasa. Yang sebenarnya pemimpin Umno itu yang takut dengan dasar pemerintahan Islam kerana dosa dosa yang dilakukan kepada agama dan juga rakyat.

    Pemimpin Umno mungkin mengajar ahli dan penyokongnya, sekira ada melakukan sebarang dosa ianya tidak sebesar dosa yang dilakukan oleh pemimpin dan ahli Pas, kerana golongan ini yang beriyaiya nak menegakan daulah Islamiah. Dalam hal ini mungkin Umno berpendapat “Kalau anda menjadi Umno dosa anda lebih mudah diampun oleh tuhan (Allah)kerana moral anda ialah moral Umno kerana kita jahil dari Pas.” Sebab itu jika Pas melakukan sedikit kesilapan, Pas akan diserang pagi dan petang.

    62tahun lamanya Umno telah menerapkan pemikiran serupa ini kepada penyokong dan ahlinya. Makanya Pas mulai sekarang mesti membetulkan persepektif yang mungkin dibawa oleh Umno itu. Pas sewajarnya memulakan peranan menerap dan membudayakan pemikiran dan moral Islam kepada penyokong dan rakyat semua kaum dinegeri yang dimenangi PR ini dahulu. Bagi negeri lain yang tidak dikuasi oleh PR, Pas mungkin menghadapi beberapa kerenah dan mehnah dari Umno bagi menggagalkan usaha murni Pas. Bukan senang nak membuang karat tebal yang terlalu lama itu.

    Saranan perlu dibuat. PR yang mendapat sedikit kuasa mentadbir ketika ini, harus mengwujudkan Jabatan Penerangan PR dengan menyediakan kakitangan dan mobile begerak seperti yang pernah dibuat oleh Jabatan Penerangan Kerajaan Perikatan era tahun 60an dahulu. Idea ini mungkin agak perimitif, balik kebelakang, tetapi dengan kecanggihan teknologi peralatan media boleh digabungkan menjadi satu persembahan yang menarik.

    Dalam PR harini telah ada tokoh seniman pentas dan perfileman, mereka boleh mengembelingkan idea dan tenaga, serahkan jabatan ini kepada mereka. Bayangkan mereka menghasilkan satu filem dokumentasi Islam, disisipkan dengan filem derama budaya dan kehidupan menurut persepsi Islam, kemudian Jabatan Penerangan PR akan masuk kedaerah dan plosok perkampungan menghebahkan program Jabatan Penerangan PR di dewan ini dan dipadang sana. Orang lama mungkin akan berkata idea lama, agaknya tentu suka jugak. Nostalgia, dan jenerasi baru akan pakai fesyen lama yang dikatakan baru. Matlamat ini menghalalkan cara, terpulanglah kepada kerajaan PR untuk mengimplemantasikannya .

  2. kalau bab jentera PAS, aku tak risau.. UMNOkarat pun respek.. respek dalam risau..

    tak macam jentera berkarat depa tuu, apa pun tunggu masyuuk dulu..
    dari kepala, badan, sampai ekoq, semua melahaq duit..
    macamana keadaan sekali pun, badan dengan ekoq akan tetap ikut gaya ataupun rentak kepalanya..
    kalau kepala gila RM, ekoq kecik pun tumpang gila..
    kepala kaki rasuah, ekoq ikut jugak, biasa laa..

    ibarat ikan, kalau kepala dah busuk, tak boleh buat apa dah, sampai ke ekoq tetap akan busuk.. lempaq bagi anjing saja layaknya..

    kepada karat2 UMNO di Manek Urai, ingat..!!!
    jangan sesekali tersalah pilih, ikan yang berkepala busuk..

    orang PR tak beli ikan busuk..


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: