Posted by: pinkturtle2 | Mei 30, 2009

Apa hal yang si Parasit sekoq ni sibuk sangat…

Apa hal yang si Parasit sekoq ni sibuk sangat sesiapa yang nak pimpin PAS... itu hak perwakilan.. kalau dia tak puas hati dengan sikap Dato Husam mengenai projek kambing jamparynya tu, itu hal lain..tunggulah kes tu kat mahkamah... apa pun orang dah tahu cerita hal sebenar.. Dato Husam cuma menjalankan tugas yang diamanahkan oleh rakyat Kelantan kepadanya...bukan hanya untuk kepentingan si Parasit sorang

Apa hal yang si Parasit sekoq ni sibuk sangat sesiapa yang nak pimpin PAS... itu hak perwakilan.. kalau dia tak puas hati dengan sikap Dato Husam mengenai projek kambing jamparynya tu, itu hal lain..tunggulah kes tu kat mahkamah... apa pun orang dah tahu cerita hal sebenar.. Dato Husam cuma menjalankan tugas yang diamanahkan oleh rakyat Kelantan kepadanya...bukan hanya untuk kepentingan si Parasit sorang

Anasir Luar yang cuba nak pecah perpaduan ahli PAS!!

Aku ingat nak relak sekejap… malas nak menulis apa-apa lagi… tapi bila dalam dok relak.. meninjau dari satu blog ke satu blog masuk balik ke blog parasit yang suka nak memecahkan perpaduan ahli jemaah parti…blogger ni memang hebat.. memang ternama… wartawan.. penulis… tetapi nampak nya bila masa kita jemaah PAS nak bermuktamar, sibuk nak memilih pimpinan baru tanpa adu domba kata-mengata kepada calon-calon yang lain…tetapi si parasit jahat ni mula nak buat sibuk..

Sebelum ni dalam blognya dia dah mengaku tak akan usik individu tertentu sehingga selesai muktamar…. tetapi nampaknya dia lebih teruk lagi… memang dalam tulisannya kali ini dia tak menyentuh nama individu -(ok lah aku terus sebut nama Individu tu – Dato Husam) lagi… tapi aku yakin desperado yang katakan hanyalah pada Dato Husam..Ceritanya Di Sini.

Apa hal yang si Parasit sekoq ni sibuk sangat sesiapa yang nak pimpin PAS… itu hak perwakilan.. kalau dia tak puas hati dengan sikap Dato Husam mengenai projek kambing jamparynya tu, itu hal lain..tunggulah kes tu kat mahkamah… apa pun orang dah tahu cerita hal sebenar.. Dato Husam cuma menjalankan tugas yang diamanahkan oleh rakyat Kelantan kepadanya…bukan hanya untuk kepentingan si Parasit sorang.

Bagi aku ketiga-tiga calon Timbalan Presiden baik dari penyandang YB Ustaz Nasarudin Mat Isa, Haji Mat Sabu dan YB Dato Husam Musa, kesemuanya adalah yang terbaik belaka.. itu sebab mereka boleh jadi pimpinan PAS…aku ulang… ketiga-ketiga mereka adalah terbaik… semuanya sayang kepada Islam, sayang kepada Parti.

Pada muktamar 4 tahun lalu sewaktu Ustaz Nasarudin bertanding dengan Ust Hasan Shukri lalu, aku memang berharap Ust Nasa menang, keran apa.. bagi aku bila muka baru ada pembaharu dalam parti yang aku sayangi…dan alhamdulillah Ust Nasa dan pun pegang jawatan Timbalan, dan sekarang untuk penambahbaik dalam parti aku rasa tak salah kita tukar pula Timbalan kepada yang baru.. untuk kebaikan parti yang aku sayang..cuma dari sini aku lebih nampak yang lebih daripada ketiga-tiga calon tersebut ada pada Dato Husam.

Tugas yang diamanahkan kepada Dato Husam sewaktu beliau menjadi Naib Presiden adalah cukup baik sekali untuk Parti dan Pakatan Rakyat. Aku ambik contoh besar ialah sewaktu krisis perlantikan Nizar nak menjadi MB Perak dulu, yang mana mendapat sedikit kekecohan antara Parti dalam PR… siapa wakil parti yang banyak turun buat penyelesaian… Dato Husam, beliaulah yang ke hulu ke hilir sehinggalah DS IR Nizar dapat menjadi MB Perak selama 11 bulan…dab banyak lagilah cerita-cerita mengenainya.. tak perlulah aku nak senarai semua sekali, nanti aku dikatakan berlebih-lebih pulak.. seolah-olah yyang 2 calon lagi tidak baik,, bukan itu maksud aku… aku nak yang terbaik dalam parti… dan lagi satu sewaktu perjumpaan blogger se Malaysia di Pasir Putih Kelantan sehari sebelum penamaan calon PRK Kuala Terengganu tahun lepas, Dato Husam juga sudi melapangkan masa membuat pertemuan dengan blogger cikai dari PR.. tetapi aku tak pegi.. hangpa tak percaya tanya blogger MSK, Sya-Reform dan Ciberboron dan ramai lagi….biarlah si parasit tu nak tulis apa pun…nanti jawablah beliau di hadapan Allah, kalau siparasit tu rasa dia betul.

Insyaallah, aku akan sambung lagi kisah-kisah Dato Husam dalam pentadbiran negeri Kelantan, apakah yang beliau alami di sana.. aku tengah mencari berita dari sumber yang sahih. dan juga kami blogger dari kumpulan Blogger Network Perak terutama MSK akan turut sama-sama menulis membantu Husam untuk menjawat Timbalan Presiden PAS.

http://manjongmari.blogspot.com/


Responses

  1. setuju, kalau dulu memang sokong nasarudin, tetapi sekarang Husam lebih layak

    PAS tak perlu risau dengan kepimpinan Ulama’ sebab PAS sudah ada Dewan Ulama’ dan Murshidul AM, merekalah yg akan membimbing kepimpinan PAS supaya tidak lari dari landasan ISLAM

  2. wo hoho…. mso kena hentam lagi, apa cerita ni , macam2 blog kasi bantai itu sayuti, sapa ada kebenaran pi dakwah dia terus , senang, dia pun nak semuka dengan semua dakwaan , itukan peluang anda dari kita dok cakap kat merata2 .

  3. “The weak can never forgive,forgiveness is the attributes of the strong” ghandi..

    Sebab itu MSO bertindak sedemikian rupa… sebab
    dia seorang yang LEMAH..tidak mampu untok hulurkan jemari kemaafan.

    Lebih baik jadi penulis upahan untok jatuhkan imej Hj.Husam. Manusia bernama Husam mesti dijatuhkan,di adu dombakan dipalitkan dengan imej negatif agar tidak di nobatkan oleh perwakilan sebagai Timb.Presiden Pas yang barU. iTU ADALAH MATLAMAT..!

    LEBIH BAIK MSO BERSAMA DENGAN ZAHID HAMIDI LUPAKAN SAJA HASRAT UNTOK MELIBATKAN DIRI DALAM PEMILEHAN PUCUK PIMPINAN PAS.

    PAS BUKAN UMNO..PAS SERLAHKAN KETELUSAN
    NAMUN UMNO TERBENAM DALAM LUMPUR KORUPSI DAN ADU DOMBA UNTOK JATUHKAN LAWAN.

    MSO TAK PERLU LAGI BERSELINDUNG SEBAGAI PENULIS YANG ‘NEUTRAL’ ISYTIHAR SAJA SEBAGAI PENULIS BLOG PRO UMNO.. SENANG BUKAN. MUDAH MUDAHAN SELEPAS INI HIDUPNYA AKAN LEBIH MEWAH DAN LUMAYAN…!

  4. Siapa kata mso penulis bebas?

    MSO sebenarnya adalah penulis upahan UMNO untuk memecahbelahkan dan menghancurkan perpaduan PAS.

    Sedikit kecelaruan yang berlaku sesama ahli PAS akhir-akhir ini adalah hasil daripada serangan bertali arus MSO didalam blognya terhadap Datuk Husam dan secara umumnya PAS itu sendiri.

    Dari hari ini, mana-mana pemimimpin PAS perlulah berhati-hati dengan penulis upahan UMNO ini

    Lebih banyak bahaya daripada kebaikan bila bergaul dan bertukar fikiran dengan orang seperti MSO ini.Kiri kanan dia makan

  5. ntah lah….MSO ni dulu aku suka baca tulisan dia…tp skrg kerja dia dok serang husam je…ada agenda peribadi dia kot…lagi pun MSO ni dah byk jatuhkan pemimpin politik hasil tulisan buku politiknya…

    saya cadangan pada MSO..apa kata di bertanding next pru…x kisah la atas tiket pas,pkr n umno…tp klu umno kompom dia kalahhhhhhhhhh

  6. KALAU TENGOK MUKA PERASIT NI MACAM WARAK SANGAT.
    TAPI RUPA2 NYA WAKKKKKKKKKKRAK JUGAK.

  7. MSO nie rasanya setakat hebat menulis je…perasan sorang2 tahu segala-galanya tentang sepak terajang politik.

    padahal…tulis tak serupa bikin….tulis je hebat…tapi in reality…hampeh.

  8. BARUA NI DARI DULU SELALU PELECE PAS DAN KUAT KAKI AMPU UMNOI ,DIA PENYOKONG TOTOK PARTI KARAT YANG MENGUPAH DIA MEMBUAT ARTIKAL2 KARUT AGAR PAS JADI KALUT , JAGA LAH PECACAI SEKOK NI LAGI SETAN DARI SETAN !

  9. wartawan macam orang jual ubat kat tepi jalan. Penjual tepi jalan kan ramai. Jadi mereka terpaksa jeritkan sesuatu yang berlainan daripada penjual2 yang lain untuk tarik perhatian. Soal etika….di Malaysia ni janganlah sebut pasal etika. Kalau dah mufti pun dah ikut rentak pihak yang berkuasa apa tah lagi wartawan.

    Aku memang tak setuju MSO buat macam ini. Tak sepatutnya dia melontarkan pandangan yang lebih berbentuk andaian belaka. Harap2 dia tidak di suap oleh musuh2 PAS.

  10. ambo raso tuan mso dah macam orang gila talak.nak marah bini pasa kes kambing jamnapari.teruh cerai talak 3 ,nak balik rujuk dah takleh, samotelah pulak bekas bini tak takser ko dia,muga bekas bini dah ada gewe baru hok lebih smart dan kacak dari dia, jadi nak tak nak biar samo2 ssajo…jaja cerita buruk bini[husam] rata2 dengan matlamat hancurkan karier politik husam……tapi ingat tuan mso.WAMAKARU WAMARULLAH,WALLAHUKHOIRUL MAAKIRIN” ….

  11. pembetulan(wamakaru wamakarullah wallahu khairul maakirin) HARAP MAAF!

  12. si mso ni memang btol2 aku tak pueh ati.. mcm baguih. dia ni dh mcm org ameno plak. geramnya aku,….

  13. Aku dari dulu tak sokong YB Nasha, dan kalau nak sebab sila datang kat parlimen Jerai (dulu Yan). Ust Nasha pernah menjadi MP bagi parlimen Yan dalam PRU 1999. Kami disini cukup kenal Ust Nasha.

  14. Suka lihat PAS berpecah…..so ahli PAS yang tak puas hati dijemput sertai PKR…..

  15. Saya telah lama mengikuti tulisan-tulisan MSO dan kenal benar dengan watak penulisanya. Dia hendak hidup dan menyokong UMNO kerana takut penerbitan yang dikendalikanya iaitu SIASAH diharamkan oleh KDN. Saya gulungan tua tapi sokong penuh supaya perwakilan mencalunkan Dato Husam. Ustaz Nasha, lupakan sahaja kerana beliau adalah saorang yang ego dan tidak sesuai dengan perwatakan orang PAS. Hebat dengan pakaian No.1 di hari pembukaan Parlimen. Macam orang UMNO juga. Pakai Mercedes, Toyota Fontera dan rumah banglo besar yang tidak mencerminkan saorang tokoh pejuang marhean.

  16. Bagi manusia yang sentiasa melaung-laungkan semangat perkauman, sudah pasti keperibadiannya menjadi tanda tanya. Hanya manusia yang hatinya hanya pada Allah swt saja akan menjadi manusia yang telus, berbaiksangka, tidak khianat, …..
    Kalau dok perjuangkan semangat perkauman, apa beza kita dengan puak UMNO-MCA-MIC-BN? Jadi jauhilah kita dari sifat kemunafikan. Hanya manusia yang munafik saja sanggup berbuat sedemikian iaitu RUPA SAJA DAN CAKAPNYA SEOLAH-OLAH MEMPERJUANGKAN AGAMA TETAPI SEBALIKNYA MEMPERJUANGKAN PERKAUMAN YANG DILARANG. PERJUANGAN MENEGAKKAN AGAMA HANYA KULIT TAPI ISI HATINYA TEBAL DENGAN SEMANGAT YANG JIJIK IAITU SIFAT PERKAUMAN.
    Marilah saudara-saudara AKU yang AKU cintai, jauhilah kita dari sifat munafik ini, insyaallah kita akan sentiasa berada di atas landasan yang benar. Tiada nasihat untuk penulis upahan dari AKU sebab tak guna dinasihati. Bagi mereka, ‘makan’ lebih penting dan dunialah segala-galanya.

  17. Islam melarang kita memburuk-burukkan peribadi seseorang selagi tidak mendatangkan bahaya kepada orang lain. Tetapi demi penulisan politik murahan, persetan kan itu semua. Masak dengan sepak terajang politik bukan alasan utk menjadi seorang penulis politik ego.

  18. Nampaknya kebencian terhadap YB Husam dah ke peringkat klimaks, sdr. MSO telah melancarkan perang habis-habisan terhadap Husam, saya telah mencurigai tulisan beliau sejak kebelakangan ini yang cuba memecah belahkan syaf parti PAS, nampaknya jika diamati tulisan beliau bukan sahaja sdr. Husam malah sesiapa sahaja yang agak rapat dgn DSAI akan dimusuhi juga termasuklah DSAI sendidri, tetapi tahap kebencian MSO melaui penulisan beliau terhadap Husam amat menjijikkan, seolah ada personal problem diantara beliau dan Husam yg beliau tidak boleh maafkan. Jika di kaji banyak tulisan jahat itu telah diguna pakai oleh salah sebuah akhbar harian dan ini amat merbahaya terhadap parti PAS dan PR. Saya amat bersetuju dengan komen2 di atas terhadap MSO!

  19. […] Apa hal yang si Parasit sekoq ni sibuk sangat… Anasir Luar yang cuba nak pecah perpaduan ahli PAS!! […]


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: