Posted by: pinkturtle2 | Mei 31, 2009

Arahan SPR Tidak Jelas – Saifuddin

Saifuddin: EC flip-flop

…………………………………………………………………………………………………………………

SPR Tekan Pakatan Rakyat, Tukar Peraturan Saat Akhir

Kurang daripada 24 jam sebelum rakyat Dewan Undangan Negeri N12 Penanti keluar membuang undi Suruhanjaya Pilihan Raya sekali lagi mengeluarkan arahan aneh dan pelik yang dilihat hanya untuk berlaku tidak adil terhadap Pakatan Rakyat.

Apabila segala persiapan telah dibuat alam bentuk tempahan khemah untuk mendirikan pondok semakan daftar pemilih, SPR mengarahkan hanya khemah bersaiz 8 x 8 kaki sahaja boleh digunakan.

Lebih membingungkan SPR juga menarik balik peraturan supaya setiap kenderaan yang mengangkut pengundi ke pusat pembuangan undi tidak perlu lagi mengguna pelekat logo SPR.

Persoalan spontan yang timbul dalam fikirasn rakyat apakah tindakan terbaru SPR ini seolah-olah mahu menggalakkan gejala undi hantu semasa pilihan raya kecil Penanti esok ?

Pengarah Pilihan Raya Parti Keadilan Rakyat Saifuddin Nasution Ismail kesal dengan sikap SPR yang gagal mematuhi ketetapan yang dibuatnya sendiri sambil mengkritik tindakan badan itu yang mengubah peraturan sewenang-wenangnya tanpa pemberitahuan melalui surat rasmi dan hanya menyampaikan arahan baru secara lisan melalui panggilan telefon.

“Pakatan Rakyat tidak mempunyai pilihan melainkan meneruskan persiapan yang telah dirancang sepertimana yang dipersetujui dalam mesyuarat bersama SPR sebelum ini. Malah khemah telahpun di tempah dan bayaran telah dibuat bagi tujuan tersebut,” tegas beliau pada sidang akhbar harian Pakatan Rakyat di Yayasan Aman, Penanti.

Ahli Parlimen Machang itu juga berkata Pakatan Rakyat tetap akur dengan ketetapan bahawa pondok atau barong semakan daftar pemilih hanya boleh didirikan 50 meter radius dari pusat pengundian.

Mengulas mengenai peraturan baru berkenaan pelekat kenderaan Saifuddin berkata SPR juga tidak membenarkan kenderaan membawa pengundi menggunakan pelekat atau bendera parti. Peraturan ini juga disampaikan secara lisan tanpa notis hitam putih kepada Pakatan Rakyat.

Berhubung perkara yang sama, Pengarah Strategik PKR Tian Chua berkata tindakan SPR ini menimbulkan seribu satu spekulasi dan pandangan negatif.

Ketua Penerangan Latheefa Koya pula berkata SPR harus bersikap lebih profesional dan bukan membatal atau menarik-balik apa-apa ketetapan dengan begitu mudah sekali.


Responses

  1. biasa lah tu..bukan tak biasa…

  2. JENIH LIDAH BERCABANG.

  3. PENGERUSI SPR YANG PALING …………HIPOKRIT
    aka MUNAFIQ aka BIAWAK GABOK aka HARAM JADAH…

    CUMA MENANG DENGAN DOMOI SAJA DENGAN RASHID..!
    YOU MAY DISPLAY THE COLOR OF YOUR ‘CAMOUFLAGES’ A TO YOUR MASTER.. PERHAPS THEY MIGHT BE ENTERTAINED..!

    JUST STOP DISPLAYING YOUR COLORS OF HYPOCRISY TO THE PEOPLE AT LARGE… IT DOESN’T AUGURS WELL…!

    YOU GUYS ARE SCUMBAGS….!

  4. satu jer.. sungguh kambing itu SPR…

  5. disini saya ingin menyarankan SPRM menggubal undang-undang mana=mana pengundi yang berdaftar TETAPI semasa pilihanraya dijalankan TIDAK KELUAR mengundi, ditahan, dihadapkan ke mahkamah dan dijatuhkan hukuman kerana mempersendakan undang undang dan Perlembagaan Malaysia…….

    serta mana-mana individu yang menyarankan agar pengundi tidak keluar mengundi ditahan dan dihadapkan ke muka pengadilan di bawah Akta Hasutan dan dijatuhkan hukuman berat kerana tidak menghormati Seri Paduka Baginda Yang diPertuan Agung dimana sesebuah Suruhanjaya adalah dientuk dan ditubuhkan di bawah bidang kuasa Seri Paduka Baginda Yang diPertuan Agung….

  6. Pengerusi Haram jadah..

    Buat la apa tekanan sekali pun, namun pakatan nak berganjak tidak sekali.

    Penduduk Penanti telah menghantar massage yang terang lagi jelas. Humban kan kedalam jamban org seperti ini bila Pakatan memerintah nanti.

    Jumpa di Manik Urai

    Ati panasss

    Beritahu orang-orang BN. penghuni Penanti telah pun mengkafankan umno ati haram jadah..


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: