Posted by: pinkturtle2 | Mei 31, 2009

Isu PKFZ : Najib takut beri kenyataan, tolak pada Ong Tee Keat

Najib Elak Jawab Isu PKFZ : Najib takut beri kenyataan, tolak pada Ong Tee Keat

KUALA LUMPUR, 30 Mei (SK) : Perdana Menteri Najib Razak yang mempengerusikan mesyuarat bulanan Majlis Kerja Tertinggi Umno tengahari tadi mengelak daripada menjawab soalan media mengenai skandal penyelewengan Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ).

Skandal yang didakwa melibatkan beberapa pemimpin kanan Umno dan Barisan Nasional.

Bagi mengalihkan pandangan rakyat Najib berkata, semua penjelasan mengenai perkara tersebut hendaklah dibuat oleh Menteri Pengangkutan Ong Kee Keat.

Berhubung pilihanraya kecil Manik Urai Najib mengumumkan pelantikan Ketua Perhubungan Umno Kelantan, Mustapa Mohamed sebagai pengarah jentera pilihan raya sementara timbalan presiden, Muhyiddin Yassin akan menjadi penyelaras pada peringkat pusat.

Beliau juga berkata satu perhimpunan khas Umno akan diadakan dari 13 hingga 16 Oktober depan dan juga mengumumkan parti telah menerima semula keahlian mantan Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad, isteri beliau, Dr Siti Hasmah Mohamed Ali dan anaknya, Mokhzani.

Mesyuarat itu diadakan di ibu pejabat parti di Pusat dagangan Dunia Putra (PWTC) pukul 3.30 petang semalam.

http://www.suarakeadilan.com


Responses

  1. Saya masih ingat lagi Ezam kata macam-macam kat Tun Dr M tapi beliau sekarang berada dalam satu team pula dengan Tun. Mungkin sekarang Tun sudah berubah menjadi idola Ezam pula.

    INSAN BERJIWA BESAR… itulah ayat yang selalu keluar dari mulut Ezam. Mungkin Tun sudah menjadi insan berjiwa besar.

  2. SEMUANYA NAK DIELAKKAN.. PKFZ,WPI,RAZAK BAGINDA,ALTANTUYA…..! hurm.. TERUK BETOI
    PM KAMU..[ATI PANASS,DIO,DSAI,TADIKA IJAU]

    NAJIB IS NO BRAVEHEART.. PAK LAH ‘S TOOK ALMOST 3 YEARS BEFORE HIS POPULARITY TOOK A DIP..TAPI NAJIB DENGAN LANGKAH YANG PERTAMA LAGI DAH SUMBANG..DAH DI RAGUI,DI BENCI DAN DI MAKI…..

    THATS THE STANDARD YOU WERE ASSESSED.!

  3. Wahh!!!Nampaknya Malaysia di ambang bankrup di bawah kepimpinan Najib Altuntuttttt…..
    Hahahaha..!!

    Kepada semua barua2 UMNO BN mari ikut saya laungkan..

    Hidup Najib..!!Hidup Najib..!!

  4. CIYAN NAJIB …………. SEJAK JADI PM,BELIAU
    BERHEMPAS PULAS UNTUK MENYELAMATKAN JAWATAN PADA TAHAP NYAWA2 IKAN.

    SKANDAL DEMI SKANDAR MERAGUT KELAZATAN
    MENJADI PM. PRK PULA HILANG SATU DATANG SERIBU. EKONOMI PULAK MERUDUM.NAK SALAHKAN EKONOMI DUNIA 100% TAK LEH. HANG KAN PANDAI MERINTAH………..
    CUMA YANG ADA OTA ONE MSIA, SEBAGAI SLOGON AJINIMOTO.
    NAK OTA LEBIH2, TAK LEH SEBAB LONI RAKYAT SUDAH CEGHEDIK. TENGOKLAH OTA KAT PENANTI, PULAU PRK KUNUN…. DIKETAWAKAN
    KHALAYAK.

    JADIK NAK WAT LAGU MANA……
    AKU CADANG HANG BERTENANG SAJA SEBELUM DATANG MALIKULMAUT.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: