Posted by: pinkturtle2 | Jun 1, 2009

Membersih Datuk Husam Dari Fitnah Jahat MSO

Cerita Sebenar Dan Bukti-Bukti Dari Blogger kickdefella Episod 1

voucher 1

SAYA banyak menerima email dan pertanyaan mengenai dakwaan dan tuduhan ke atas saya berhubung projek kambing Jamnapari atau Jihad Ternak. Saya tidak bersedia untuk menjawab di sini sebab isu itu sudah lama ditimbulkan. – Mohd Sayuti Omar a.k.a Imam as Souti

Benarkah Husam Sedang Menyabung Nyawa?

Di dalam artikel bertajuk “Husam’s Fight For Survival” di dalam The Star hari ini, antara lain ianya melahirkan kegusaran yang mungkin akan dirasai sekiranya Haji Husam Musa tewas di dalam pertandingan tiga penjuru jawatan Timbalan Presiden PAS.

Artikel itu juga memetik tajuk temuramah antara Husam dan Berita Harian semalam yang bertajuk “Saya sedia kalah dalam pemilihan PAS”.

Hakikatnya, bukan sahaja Husam sedia untuk menghadapi kekalahan, tetapi Husam bermula dengan tewas dan besar kemungkinannya berakhir dengan kekalahan.

Memang Husam ramai tukang kempen, terutamanya di internet, contohnya blog ini sendiri. Tetapi kebanyakan tukang kempen Husam berkempen atas dasar mahukan perubahan dan bukan mahu menjatuhkan sesiapa.

Tetapi mereka yang tidak mahu Husam menang walaupun mungkin tak banyak tetapi amat berkesan terutamanya di internet. Mereka ini, kebanyakannya berselindung disebalik nama samaran dengan hanya seorang dua menggunakan identiti sebenar, taktik mereka adalah mudah, hapuskan Husam waima apa cara sekalipun.

Apa cara sekalipun itu termasuklah menggunakan fitnah dan mencipta cerita yang bukan-bukan.

Dalam temuramah dengan Berita Harian, Husam dipetik berkata,

Sesetengah pihak mendakwa blog (yang memburukan saya) ini didalangi kumpulan di pejabat Jalan Raja Laut (Ibu Pejabat Pas), tetapi saya tak pasti adakah mereka, ahli parti atau orang luar di belakang blog ini.

Namun apa yang pasti, satu nama telah disebut oleh pihak media massa sebagai orang yang sering menghubungi mereka untuk memberitahu mereka bahawa Husam akan kalah kerana pencalonan yang diterimanya sedikit. Orang yang samalah yang mendedahkan kepada media jumlah pencalonan yang diterima untuk kesemua dicalon bertanding jawatan Timbalan Presiden. Sesuatu yang tidak patut dilakukan apabila ianya dianggap sulit. Malangnya, orang ini berkhidmat dengan pucuk pimpinan parti dan ini membuatkan seolah-olah pucuk pimpinan parti merestui perbuatannya walaupun kita yakin tidak sama sekali.

Antara yang paling ketara memfitnah Husam ialah blogger Mohd Sayuti Omar atau menurut saudara Rozali Ahmad, di panggil dengan jolokan Imam as- Souti oleh Abangnya Ahmad Laksamana Bin Omar yang mengaku dirinya tuhan dan memanggil Rasulullah S.A.W sebagai Mamat Syariat yang jahat, penipu harta benda Mek Jah (Saidatina Khadijah r.a). Fitnah Sayuti bermula apabila Husam enggan campurtangan menyelesaikan kemelut antara syarikat milik sahabat Sayuti, Dato’ Amin Pipet dengan Akademi Pembangunan Keluarga Bahagia Berhad (APKB) berhubung isu Jihad Ternak atau lebih terkenal dengan nama Jamnapari. Dan fitnah ini dijunjung oleh segelintir pemimpin PAS yang tidak sebulu dengan gaya pentadbiran Husam.

Sahabat Sayuti itu, didapati telah tidak berlaku jujur dalam berurusan dengan pihak APKB dan program Jihad Ternak. Lalu usaha diambil mengikut saluran yang tepat untuk menghentikan penerimaan bekalan darinya.

Sayuti berusaha memujuk Husam supaya campurtangan di dalam urusan itu. Apabila gagal didalam memujuk Husam campurtangan supaya keputusan menyebelahi sahabatnya, Sayuti berusaha pula memujuk Husam supaya campurtangan didalam urusan pembayaran pampasan yang diminta.

Sekali lagi Husam tidak mahu campurtangan, lalu Sayuti memulakan ugutan terhadap Husam dengan berjanji untuk menulis pelbagai tuduhan ke atas Husam sehinggalah Husam campurtangan menyelesaikan urusan pampasan itu. Tetapi Husam tekad dan tidak tunduk.

Lalu mulai detik itu Sayuti mula menulis artikel-artikel yang diharap dapat membebankan Husam. Sayuti kemudian beralih kepada menjaja tuduhan demi tuduhan. Malangnya tiada sebarang tuduhan itu dibekalkan buktinya.

Sayuti berkali-kali berjanji akan mengeluarkan bukti tetapi kemudian senyap begitu sahaja. Antaranya ialah apabila Sayuti menuduh Husam telah mengambil seorang perempuan cina sebagai isteri kedua secara rahsia. Ianya cukup berkesan sehinggakan Annuar Musa ditengah-tengah malam menghantar sms tahniah kepada seorang wartawan kanan akhbar berbahasa Inggeris.

Sayuti kemudiannya berjanji untuk mengeluarkan bukti termasuk saksi nikah dan salinan surat nikah. Apa yang berlaku bagaimanapun berlainan sekali. Bukti tidak dikemukakan, sebaliknya Sayuti menghantar sms damai pada Husam yang antara ayatnya seperti berikut,

As’kum biar apa anggapan sdr pd saya, saya takan membawa rasa kecil hati selamanya. Mulai jam 11 malam tadi (akhir 2007) saya tamatkan segala aktiviti melepas geram dan kritikan pd sdr.”

Begitulah kerenahnya, sendiri bikin perang, sendiri isytihar damai.

Namun serangan Sayuti semakin menjadi-jadi semula apabila dia mula rasa akar umbi PAS mahukan Husam menggantikan YB Ustaz Nasharuddin Mat Isa sebagai Timbalan Presiden. Maka sendiri isytihar damai, sendiri perang semula.

Husam 0215Jihad Ternak

Masalah Sayuti ialah berhubung Jihad Ternak.

Maka blog ini hari ini mengambil inisiatif untuk mencabar Mohd Sayuti Omar berdepan dengan wakil Akademi Pembangunan Keluarga Bahagia Berhad di sebuah forum terbuka yang sedia saya anjurkan bagi semua yang berminat tahu apa sebenarnya yang berlaku di dalam isu Jihad Ternak.

Ustaz Zulkifli Yaacob, wakil Akademi yang terlibat dari awal dengan Jihad Ternak Sdn Bhd telah menyatakan persetujuan untuk tampil dalam forum terbuka ini.

Pihak Akademi juga sudah memberi kebenaran untuk blog ini menyiarkan dokumen-dokumen dan kertas sebut harga berhubung dengan urusan kambing Jamnapari. Ia juga akan membuktikan jumlah wang yang sudah pihak Akademi bayar kepada sahabat Sayuti seperti perjanjian awal perniagaan.

Dengan Nama Allah, saya mengambil tanggungjawab untuk mempamerkan dokumen-dokumen itu. Para pembaca boleh menafsir sendiri dengan membuat kajian harga pasaran kambing Jamnapari.

Husam 0131PAS HQ

Husam Tewas?

Ya. Husam bersedia untuk tewas dan diharap semua pihak, baik ahli PAS maupun penyokong dan peminat PAS dan Husam bersedia untuk menerima hakikat ini.

Apa yang mampu dilakukan sekarang hanyalah supaya Husam tidak tewas kerana fitnah. Biarlah perwakilan tidak mengundi Husam kerana menolak idea dan matlamatnya dan bukan kerana termakan fitnah.

Terima Kasih.

cadangan & kadar harga page-1

cadangan & kadar harga page-2kadar harga kambing page-1kadar harga kambing page-2kos perbelanjaan projek ternakan kambing

projek pusat latihan&ternakan page-2

voucher 1voucher 2

v APKBB 3

notis perintah page 1 of 2notis perintah page 2 of 2perintah page 1 of 3perintah page 2 of 3

http://kickdefella.wordpress.com

……………………………………………………………………………………………………………………………

Baru Saya Tahu Kenapa MSO Marah Sangat Dgn Husam Musa

Barulah saya tahu kenapa MSO marah sangat dengan Husam Musa. Pada satu masa dahulu, Kerajaan Negeri Kelantan telah melancarkan projek penternakan kambing di Kelantan.

Maka datanglah MSO bersama seorang Dato’ bernama Dato’ A untuk membuat tawaran “supply” kambing kepada kerajaan Kelantan.

Pada awalnya, tawaran MSO+Dato’ A ini, bagi baka Jama Lapari yang Betina dan Bunting adalah RM600 seekor. Tetapi, apabila mereka membuat tuntutan pembayaran, MSO dan gengnya telah memberikan tuntutan sebanyak RM1600 seekor.

Oleh kerana ini adalah projek kerjasama antara portfolio Husam dan Exco Pertanian, Dr Nik Mazian, maka Husam telah memberitahu kes ini kepada Dr. Nik Mazian. Lantas dicadangkan oleh Husam, serta dipersetujui oleh Dr Nik, bahawa perlu dicari sebut harga dari sumber lain.

Apabila dicari sebut harga dari sumber lain, yang paling mahal dari berbagai sebut harga adalah RM900 seekor. Maka, Kerajaan Negeri Kelantan TIDAK JADI mengambil kambing dari MSO+Dato’ A. Dato’ A ini pula kemudiannya didapati ada kena mengena dengan Khir Toyo, yakni seorang yang rapat dengan UMNO Selangor.

Dan Khir Toyo adalah arkitek kepada cadangan Kerajaan Perpaduan Melayu UMNO-PAS di Selangor selepas PRU-12 baru2 ini.

Dato’ A ini pula selepas ini telah menyaman Akademi Keluarga kerana penolakan Kerajaan Kelantan untuk membeli kambing dari beliau tapi saman Dato’ A ini telah ditolak mahkamah.

Dengan kata lain, MSO marah kepada Husam Musa bukan kerana dasar perjuangan atau PAS. MSO marah kerana projek kambing beliau telah digagalkan oleh Husam Musa kerana Husam Musa lebih rela jatuh dari membazir wang rakyat sebegini rupa.

Ini juga menunjukkan bahawa MSO telah lama berkerjasama dengan orang2 UMNO bagi tujuan ekonomi dan tidak menjadi satu perkara yang menghairankan apabila MSO menyokong usaha membawa PAS kepada UMNO.

Mereka, di dalam PAS, yang pro kepada muqabalah dan membawa PAS kepada UMNO ini sebahagian besar mempunyai sejarah bekerja sama dengan korporat2 UMNO dan sehingga sekarang masih lagi mengharap projek dan kontrak dari UMNO.

Ertinya, tujuan membawa PAS kepada UMNO ini tiada kena mengena dengan DAP, dengan Anwar Ibrahim yang liberal, dengan PAS yang tidak bersuara dalam PR.

Tujuannnya adalah untuk mengkayakan sebahagian dari pimpinan2 ini yang dijanjikan projek dan kontrak dari UMNO.

Zahid Hamidi memang sedang galak memberi “rasuah politik” sebegini atas nama Islam dan melindungi Melayu dan Islam dari serangan bangsa asing.

Tidak hairan, sehingga sekarang pun, pimpinan2 ini masih lagi berjumpa dan berkonspirasi dengan Zahid Hamidi.

Bagi saya, Zahid Hamidi ni seorang yang tiada prinsip dan penipu besar dan seorang yang penakut. Nak debat dengan Husam pun takut. Hantar katak sebagai ganti beliau.

Tulang Besi

……………………………………………………………………………………………………………………………….


Ugutan Dari Lanun?

Jam 1.58 tengahari semalam, mesej di bawah masuk ke bahagian spam ruangan komen blog ini. Yang jelas ia adalah tindakbalas berbentuk ugutan setelah saya menyiarkan kenyataan media dari peguam Amir Bazli. Ugutannya adalah jelas iaitu mahu menerbitkan sebuah buku yang menceritakan perkara-perkara yang boleh memburukan dan menjatuhkan seseorang. Tetapi di dalam kes ini, ia melibatkan tiga orang iaitu Haji Husam, Kickdefella dan Saudara Khir.

Dibawah saya siarkan balik secara penuh sebahagian mesej itu yang menyentuh hal berhubung kickdefella. Bahagian yang secara spesifik menyentuh saudara saya yang lain tidak saya siarkan kerana ianya bagi saya jelas tidak berasas saya sekali.

Bagaimanapun ini tidak bererti apa yang disiarkan di bawah adalah benar sama sekali.

_________________________________________________________________________________________________________

salam;

Saya minta saudara jawab tuduhan ini, kerana saya berminat untuk menerbitkan semua buku mengenainya.

mso
0192336996
————-
Penguasaan media alternatif

Husam banyak duit. Boleh beli sesiapa sahaja. Syed Azidi Syed Abd Aziz Al-Bukhary ( Sheikh Kickdefella ) adalah bekas Ketua Pemuda UMNO Cawangan Sri Hartamas yang pro Anwar.

Husam berminat dengan Sheikh Kickdefella, walaupun wataknya dan kehidupannya tidak sesuai dengan PAS. Kickdefella sendiri mengakui di dalam blognya bahawa kehidupannya bebas, bergaul dengan artis dan terlibat dengan minuman keras, namun, Husam berfikir sebaliknya, ‘latar belakang seperti itu’ adalah asset kepada PAS.

Kickdefella, blogger upahan Husam ditangkap polis kerana menyiarkan artikel yang berniat menghasut

“Minta maaf boss..dah kena tangkap dah..saya sanggup serahkan jiwa dan raga kepada tuan..”, kata Kickdefella kepada Husam sambil cium tangan. “Tak per..tak per..saya akan jamin nanti..nanti saya bincang dengan Anwar..jasa tuan ‘hamba’ amat besar..”, kata Husam.

Husam telah membeli Sheikh Kicdefella dengan harga RM 6000 sebulan menggunakan wang PMBK dan ditugaskan menggunakan media internet untuk menyerang musuh PAS dan musuh-musuh Husam.

_________________________________________________________________________________________________________

Pelbagai tuduhan telah dilemparkan ke atas saya sebelum ini antaranya ialah saya adalah talibarut Tengku Razaleigh dan spy Tun Dr. Mahathir, kebanyakkannya berpunca daripada hubungan saya dengan individu tertentu tetapi tuduhan bahawa saya Pro Anwar adalah sesuatu yang sudah tentu akan menggelikan hati blogger Penarik Beca sampai boleh pecah kerusi di Restoran Taqwa.

Saya kurang arif dengan maksud kehidupan bebas, tetapi sebagai seorang pengarah, penerbit dan penulis skrip selama lebih 15 tahun, sudah tentu saya punyai ramai kenalan rapat atau tidak dikalangan penggiat seni. Ya, saya pernah blog di sini mengenai mereka, antaranya ialah arwah Loloq. Saya juga pernah blog pada awal 2007 3 bulan sebelum pulang ke Kelantan siri artikel bertajuk ‘Karaoke With Satan’ yang setelah saya pulang di Kelantan di jaja di beberapa blog dan kemudiannya menjadi modal yang digunakan oleh mereka yang tidak selesa dengan saya sebagai ’satu pengakuan terbuka saya’ dalam mempromosi tabiat meminum minuman keras. Saya cadangkan dibaca semula posting tersebut.

Pendapatan saya bukan RM6,000 sebulan. Gaji yang dibayar PMBK kepada saya jauh lebih rendah daripada itu. Malangnya bagi mereka yang bekerja makan gaji, semua tentu arif bahawa hal ehwal gaji dan kontrak dengan majikan adalah sulit dan tidak boleh didedahkan. Kalau boleh, saya amat gembira sekali untuk mendedahkkannya. Tetapi bagi para Lanun, mereka tentu tidak arif tentang ini kerana mereka hanya tahu memeras ugut mangsanya bagi mendapat wang sara hidup.

Serba sedikit perjanjian kerja saya ialah saya perlu memikir dan melaksanakan kempen bagi menyebarkan maklumat aktiviti-aktiviti kerajaan Negeri Kelantan dan juga mendedahkan yang sebenar tentang Kelantan kepada umum. Ini dilakukan dengan menggunakan pelbagai saluran, agensi dan jawatankuasa.

Antara yang telah dilakukan ialah menarik minat terhadap penanaman Depu, Minifest Kelantan 2007, penerbitan Majalah Qiadah, Penerbitan Buku Foto Tuan Guru, Pentomin Malam Cakna Palestin dan lain-lain. Untuk melaksanakannya, saya tidak terikat dengan seorang exco sahaja, tetapi telah bekerja dansangat gembira untuk terus bekerja dengan ramai exco antaranya YB. Dato’ Haji Takiyuddin, YB. Dato’ Mohd Amar dan YB. Dr. Fadzli.

Apa yang tidak diketahui umum, aktiviti bukan kerajaan yang melibatkan Haji Husam, saya lakukan didalam cuti atau saya akan mengambil cuti tahunan saya. Ini kerana dari pengalaman saya, ahli-ahli exco Kerajaan Negeri Kelantan semuanya amat-amat tegas dan ‘particular’ dalam mengelak sebarang bentuk penyalahgunaan kuasa dan penyalahgunaan jentera Kerajaan untuk tujuan peribadi. Ini saya pasti mereka warisi daripada Tok Guru Nik Abdul Aziz.

Apa yang ramai tidak tahu, saya sebenarnya lebih rapat dan lebih mesra dengan YB. Dato’ Mohd Amar kerana sewaktu saya bersekolah, ibu saya tinggal di Pondok Panchor, milik Gemullah Pak Nik Lah, ayah kepada YB. Dato’ Mohd. Amar. Selepas habis tingkatan lima, saya bekerja sementara sebagai dreber kepada Gemullah Pak Nik yang ketika itu ahli Parlimen tunggal PAS selepas pilihanraya 1986. Bila di Kuala Lumpur, saya akan menghantar Gemullah Pak Nik ke rumah Mohd Amar yang ketika itu menetap di Bangi.

Arwah ibu saya amat menyanjung tinggi keluarga Gemullah Pak Nik sehingga berhajat benar hendak kahwinkan saya dengan  seorang adik YB. Dato’ Mohd Amar. Allah Maha Kuasa, jodoh tiada dan adik YB tersebut pula meninggal dunia.

Mungkin pada pandangan segelintir pihak, 15 tahun hidup dalam dunia seni adalah 15 tahun yang penuh maksiat tetapi bagi saya ia hanyalah mencari rezeki yang halal disamping terus mencari ruang sebaiknya menggunakan bakat yang Allah S.W.T kurniakan. itu secara peribadi bagi saya, jauh lebih baik dari menjadi lanun.

Tetapi saya tidak akan menuduh lanun itu jahat walau lazimnya begitu. Orang melanun ada sebabnya. Kadang-kadang mereka terpaksa melanun untuk tujuan yang jauh lebih mulia dari kita semua. Kadang-kadang mereka melanun untuk sesuap nasi kepada anak kecil mereka atau seteguk ubat untuk bayi mereka.

Namun, ada juga yang menggabungkan bakat mereka untuk memperkemaskan aktiviti melanun atas nama memperjuangkan kebenaran.

http://kickdefella.wordpress.com

Advertisements

Responses

  1. Jadi, isunya takde kena mengena dengan professional vs ulamak le ye? Ini kes dengki khianat namanya. Berdosa yob mendengki kat orang. Tak takut balasan dari Allah ke?

  2. Yang pasti inilah realiti RM punya pasal manusia sanngup memfitnah dan membunuh..akibat lupa agama allah,..baik ahli politik,ahli perniagaan dan penulis blog,ingatlah kematian sentiasa menghampiri anda berbuatlah sesuatu yang mendapat keredhaan allah..amin.

  3. Aku tak menyokong mana-mana pihak, tapi aku rasa Pas perlukan orang yang macam Husam Musa supaya pas tidak dipekotak katikkan oleh orang tertentu untuk kepentingan peribadi……..

  4. MSO nie ahli PAS ker???

    kalau dia ahli PAS….harap pihak pimpinan PAS cepat2lah PECAT MSO nie.

    PAS tidak perlukan orang yg hasad dengki cam MSO nie dlm parti.

    ayuh…..PECATTTTTT MSO dari PAS!!!!

  5. Muslim tidak semestinya mukmin dan mereka yang mukmin dengan Islam tidak akan membuat fitnah dan melakukan perkara yang tidak diredhai Allah.

    Ulamak mukmin dan ulamak Islam adalah dua watak yang berbeza. Ulamak Islam ada disemua kelompok muslim.

  6. kepada ahli PAS,

    Nak cari orang pandai calonkan ungku aziz.
    Nak cari orang pandai banyak bahasa pilih mahathir lokman.
    Nak cari seorang pemimpin itu dia HUSAM.

  7. Dulu MSO antara penulis yang aku minati, tapi skrg sudah rasa tawar dengannya, bukan kerana aku fanatik dgn Husam, jauh sekali, tapi bila diamati cara MSO menyerang Husam dari pelbagai sudut hingga sanggup buka satu blog khas utk hentam Husam melalui Diarymaya.wordpress.com, aku mula rasa ada sesuatu yg tidak kena dengan MSO ni… sampai mcm tu sekali tindakannya…

  8. Semasa mesyuarat Agung PAS Kawasan Alor Setar baru baru ini YB Husam Musa hazir merasmikan mesyuarat.Ranjit berkesempatan berbual dengan Husam..dia menceritakan MSO mengenai pembelian lembu dan kambing yang dibeli olih kerajaan PR Kelantan.MSO telah menyaman Kerajaan PR kerana gagal membeli kerana harga tawaran terlalu mahal.Kerajaan Kelantan terpaksa membayar hampir RM 70,000 kepada MSO dan syarikat Jihad ternak Sdn Bhd kerana batal perjanjian.Teruk betul puak puak nie…

  9. Salam,
    Entah2 kerana tak declare zakat ternakan.
    ALLAH rentap sekali jadi tak tahuan.Tu MSO
    dok melilau luan.Kamjatos punya manusia.
    kamjat…kamjat…..kamjat

  10. Menatang apa MSO ni? MSO tu Manusia Sakit Otak. Orang gila je beli kambing betina dengan harga ribuan ringgit sekor. Kalu kambing jamnapari masa kat MAHA tu ok la. Bapak dia harga RM 11,000.00. Cantik cam muka MSO. Mengawan pun kuat.

  11. MSO get out from my site

  12. Hj.Husam Yang Saya Kenal.
    Terpanggil saya untuk melakarkan kata-kata berhubung dengan fitnah MSO terhadap Hj.Husam.
    Pertengahan 1990 saya mula mengenali beliau sebagai setiusaha politik TGNA dan semasa beliau menjawat jawatan KP Pas Kelantan.
    Sekilas Pandang Siapa Hj.Husam:
    -Peristiwa 1997 pergolakan PAS-S46: Berkonsepkan tarik rambut dalam tepung. S46 pedih panas terpaksa tinggalkan PAS. Dengan ceramah/konvensyen pemuda negeri atas kelolaan beliau. PAS beroleh kemenangan.
    -PRU 10 MP Kubang Kerian 1999:
    Seorang MP dari PAS yang ada buat homework semasa bersidang diparlimen. Sehingga berhujah diparlimen tentang racun arsenik keatas DSA dipenjara umpama seorang doktor pakar.
    -PRU 11 ADUN Kijang
    DUN Kijang umpama bermain bolasepak pakai kain sarung dan baju melayu’ Lantaran gerakkerja dari Kubang Kerian untuk menidakkan beliau bertanding di salahsatu DUN di Kubang Kerian. Tetapi sebagai ahli politik berkemahiran tinggi beliau dapat mengembalikan semula imej DUN Kijang. Setelah beliau menang di DUN Kijang gelombang kedua melanda untuk menidakkan beliau menjawat jawatan TMB. Sehingga syarat termaktub TMB mesti dari kalangan al-Fadhil/al-Ustaz dan beliau terpinggir….sama la dengan kes sekaarang pertandingan jawatan Timb.Presiden.
    -PRU12 ADUN Salor.
    Dilantik sebagai EXco hingga kini.

    Saya percaya/yakin beliau adalah “SIFUPOLITIK”
    samada menag atau kalah jawatan Timb.Presiden


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: