Posted by: pinkturtle2 | Jun 4, 2009

Mana ada agenda nak masuk UMNO, yang ada agenda nak gabung dengan UMNO

Berbaik Dengan UMNO Tak Apa, Tipu Ahli PAS Tak Apa…

Timbalan Presiden PAS, Nasharudin Mat Isa yang dilabel “sebagai terlalu liberal ke arah Umno” susulan pilihan raya umum 2008, hari ini menegaskan, kepimpinan parti itu tiada niat langsung untuk sertai Umno dan Barisan Nasional (BN).

“Saya ambil kesempatan di sini untuk sekelian kalinya menegaskan bahawa pemimpin tertinggi parti tidak pernah punya sebarang niat atau perancangan untuk masuk Umno atau BN.

KOMEN:

Betul tu… mana ada agenda nak masuk UMNO, yang ada agenda nak gabung dengan UMNO. Justeru, tuduhan itu adalah fitnah semata-mata.

Yang ada hanyalah, pertemuan sulit dengan Pak Lah, juga bersama beberapa tokoh dalam UMNO secara sembunyi-sembunyi. Perkara ini, tidak boleh diberitahu kepada ahli-ahli PAS, hatta terhadap Mursyidul Am. Ini kerana, memberitahu kepada ahli PAS dan Mursyidul Am memberi maksud “tidak wala'”.

Memberi Wala’ adalah wajib syarii, malah tipu ahli PAS dan rakyat Malaysia juga tidak menjadi salah, bahkan ia adalah syarii di sisi agama.

Ahli PAS tidak wajar tahu? Sebab nanti ahli PAS bising, mengakibatkan bocor rahsia. UMNO tahu tidak mengapa, sebab UMNO adalah kawan baik, dia akan jaga rahsia kita sampai kiamat.

Pertemuan dengan Pak Lah, itu adalah benar. Penafian selepas itu adalah tipu. Kenyataan hari ini – tiada usaha gabung dengan UMNO – adalah benar. Tetapi tidak diketahui, apakah wujud penafian berbentuk tipu selepas ini?? Allah lebih mengetahui.. diharap, kita orang beriman tidak ditipu kali kedua, sebab mukmin yang kuat tidak akan disengat ular dari satu lubang sebanyak dua kali.

http://greenboc.blogspot.com


Responses

  1. pungkoq hang… hangpa ni membesaqkan perkara ni je.. barua punya blogger.

  2. eh bila muktamar baru nak bagi statement. Sebelum ni tak pulak bersuara

  3. jgn percaya golongan yg fasik.mainan utusan tu hanyalah reverse psychology dari umno.bila dh selalu kluar paper utusan maka tokoh trsebut akan lebih dibenci kerana dilabel bersekongkol dgn umno.sbb ape akan dibenci??..sbb slalu kluar paper utusan.kesian.ramai lagi yg tak nampak permainan musuh islam ni.nampaknya ramai lg ahli pas yg lebih percayakan umno dari org pas sendiri.dh tau umno tu musuh islam p percaya buat pe kata2 paklah tu.

  4. bodoh betulla penulis blog ni
    sesame PAS pun dimaki hamun
    fitnah memfitnah
    macamla Husam tu ma’sum
    penyokong Husam mmg sgt bodoh!!!!!!
    sehari sebelum muktamar PAS tetibe jer 2 org UMNO mintak maaf kat Husam…
    tak cakap plak Husam ade pakatan ngan ADUN UMNO?????
    memang bengap

  5. selepas tamat muktamar ini, diharap semua ahli PAS walau apa jua aliran pemikiran hendaklah kembali kepada Islam.

    Bersatu kembali, rapatkan kembali saf, tautkan kembali jurang yang tercipta. Kita ikhlaskan perjuangan hanya sanya kerana Allah dan agamanya. Allahuakbar…

  6. Salam.

    Apalah nak jadi.

    Dok kisah UMNO dan dok kisah PAS dan dok kisah PKR. Tak ada lain. Tak berjuang pun tak apa. Tak melaku2 apa2 yang baik pun tak apa.

    Tak payah berjumpa secara sulit. Berjumpalah secara terang2. Jangan dok niat nak cari mileage. Jangan dok takut hilang mileage.

    Niatlah untuk mencari kedamaian dan kesejahteraan.

    Berjumpalah selalu wahai pemimpin2 Melayu Islam.

  7. ha ha ha…nampaknya nakhaei berjaya melahirkan zuriatnya dlm PAS…ha ha ha…patuk bang patuk. Elok la weh gabung ngan UMNO tu sebab sama dah perangai tu. Agak2nya lepas ni ‘tendangan percuma’ yg mcmnana UMNO bagi kat puak2 ni? Tapi kalau jadi la puak ni gabung ngan UMNO, aku pun nak mintak jawatan menteri hal ehwal wanita…ha ha ha…aku layak per sbb walau aku hanya rakyat biasa tapi tahap pemikiran kita ‘level’. ha ha ha

  8. Adalah menjadi kewajiban bagi kita semua orang islam tanpa mengira sempadan parti(baik pas atau umno) untuk berada pada satu payung(satu kata politik) yang berada tetap pada jalan pertunjuk Allah.Dan perintah ini jelas ada dalam Al-Quran.Sebab itu andai nya umno dan pas dapat digabungkan pada wadah politik yang hasrat politik nya ingin menjadikan pertunjuk Allah itu sebagai dasar pemerintahan,maka perkara ini amat dialu alukan.

  9. barua la.benda mcm ni gimik politik atasan ja ni..x kan pas x igt dulu mcm mana kna buli masa dok dlm perikatan lps pru 1969..siap kna pijak lagi..x kan x blajaq dr pengalaman kot..ats nama nk slamatkn ketuanna mlayu kononnya buat perbincangan mcm ni..padahal nk slamat kan umno yg nazak 2..sndiri pkiaq la…

  10. umno tu dah nazak nak mamposs…diorg yg terdesak nak carik sokongan PAS… ingat PAS buat silap bile sokong Ibrahim Katak, puak umnotaik akan buat taik kalo termasuk perangkap ni…umnotaik tu beyond repair, biarkan shj puak buduh ni lenyap dr muka bumi

  11. setahu saya , maklumat yang paling sahih ,,,,,, isu kerajaan perpaduan , muqabalah dgn umno , muzakarah dgn umno , pertemuan dgn pemimpin2 tertinggi umno dan seumpamanya adalah perancangan bahagian perang saraf dan intelligent umno

    matlamatnya satu saja , iaitu untuk pecahkan tulang belakang & tunjang pakatan rakyat iaitu PAS

    muslihat licik ini bukan menjadi rahsia umum lagi

    jadi kalau ada yg ragu2 di kalangan sebahagian saf pimpinan tentang isu ini , bukan salah mereka , tetapi lebih kepada kesedaran mereka untuk menjaga keutuhan parti.

    manakala , kalau presiden sendiri & sebahagian lagi dari saf pimpinan utama sudah ‘TERPERANGKAP’ dgn strategi ampuh umno ini , juga salah mereka , tetapi lebih kepada kelemahan peribadi dalam membaca muslihat musuh , iaitu umno

    saya sedih kerana sejauh ini parti sudah diperangkap dan terperangkap

  12. @@@Bismillah…

    JIKA TIDAK SILAP, PAS PUN TIDAK MINTA ANGGOTA PAS UNTUK MENERIMA PELAWAN TUN ABDUL RAZAK MASUK SATU-SATU, PAS-PERIKATAN. KEMUDIAN TEPERANGKAP DALAM BN PUN TIDAK ADA MESYUARAT AGUNG TERGEMPAR. TIDAK PERNAH DINYATAKAN DALAM MANISFESTO SEBELUMNYA, BUKAN ?

    KUASA POLITIK INI IBARAT SEBIJI PASIR DI DALAM SEMESTA ALAM. JIKA IA DI PANTAI TEMPAT PERKELAHAN MAKA IA MUNGIKN TERSELIT NAJIS. REBUTLAH JANGAN SAMPAI JADI LUPA DARATAN.
    ALLAH MEMBALAS KEMUNGKARAN DI DUNIA JUGA. SILA BACA SURAH SEJHDAH AYAT 21.

    @@@Bismillah….
    APA TUJUAN BERJUANG DALAM PAS, PKR, DAP, UMNO DAN LAIN ?
    A) SEBAB KEDUDUKAN ?
    “CARI MAKAN” ?
    CARI KUASA/KEKUATAN ? jadi wakil rakyat atau adun atau lain ?
    dapat saraan (PENSION) lumayan ?

    B) KERANA ALLAH : MEMBANTU RAKYAT ; MEMBERI PEDOMAN ; MEMBUAT KEBAJIKAN –KHIDMAT ? IKHLAS TIDAK MENGEJAR KEBENDAAN DAN PUJIAN MANUSIA ?. etika dan “rendah” diri kepada rakyat atau pemilih ?

    DARI PENGAMATAN, KAWAN DAN SAYA TERJUMPA DAN TERDENGAR bahawa masih RAMAI PEMIMPIN DAN PENGIKUT PARTI LEBIH CENDERUNG PADA UNSUR DALAM BAHAGIAN DI ATAS (A).

    Mereka taat beribadah, solat, puasa, pergi haji dan umrah, bayar fitrah dan tidak banyak yang bayar zakat, MALANGNYA tetapi kurang etika, baik secara soio-politik mahupun etika kekeluargaan. “sapu” pun tidak kurang pantang.
    MAKI HAMUN PUN MELEBIHI DARIPADA ISTIGHAR dan KERJA KEBAJIKAN MASYARAKAT.

    Orang politik seperti PAS ramai yang malas. mereka tidak bersungguh dalam perjuangan. SEKARANG PEMIMPIN PUN JADI “POWER BROKER”. Mahu upah dan fikirkan jasa diri.

    Mereka berharap jika tumpang pada parti lain seperti UMNO/BN mereka tidak susah. Dan ke menangan akan dapat dicapai. Kurang belanja dan kurang peluh. Menumpang sebagai “piliion rider”- di kerusi belakang kereta-mereka berangazn akan jadi menteri, timbalan, setiausaha politik, duta dan berbagai jawatan lumayan.

    BETAPA enaknya PAS dahulu , jadi satu ukuran dan “mimpian” oleh anak isteri dan keluarga. Dahulu, dalam kongsian SATU sama SATU, PAS-PERIKATAN. Bila dianjak ke dalam jerat BN maka PAS pun keenakan terus menjadi parti BN. Mereka tidak sedar yang PAS jadi satu parti kecil -hanya satu daripada tujuh mata mesin politik. MAKA MEREKA PUN DITOLAK dari KAPAL BN sebab “malas” berdayung apabila ketiadaan angin… memperhebatkan politik. JUSTERU keenakan maka ada yang terus kekal dan jadi UMNO sampai sekarang !
    PAKAATAN masih longgor, PAS hanya memikirkan “kuasa” dan STATUS TANPA SUSUNAN FIMIKIRAN dan tugas KERJA. Dengan kata lain, mereka masih banyak bercakap dalam perihakl yang tidak cekap. Mereka lemah tentang termasuk “security” dan disiplin.
    Dan ada antaranya yang akan mencemus apa yang ditegur. Saya berhak menegur dengan ter batas kerana apa yang saya tahu tidak boleh disebut dalam ruang ini Maaf. ~Aq 06 05 09.

  13. Habis yang kata, ‘buka pintu’ untuk apa? Nak bincang apa? Rata rata yang nak baik dengan UMNO ni, adalah ustadz yang tak pernah kena ISA.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: